jawapan

Upload: zee-hashim

Post on 13-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan khas

TRANSCRIPT

HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Inklusif adalah dasar pembelajaran sama rata kepada semua pelajar termasuklah pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Hal ini demikian agar pelajar yang berkeperluan khas dapat menikmati pembelajaran yang sama di sekolah biasa bersama dengan rakan-rakan seusia mereka. Dengan ini mereka juga dapat bergaul dan mengikuti cara hidup seperti pelajar normal yang lain. Menurut Kamariah Jarji 1994, Pendidikan Inklusif adalah pendidikan yang melibatkan pelajar berkeperluan khas di dalam kelas biasa bersama pelajar normal yang lain. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid yang berpotensi menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid ini akan diinklusifkan secara separa masa atau sepenh masa dan ditempatkan di lama kelas yang dirasakan sesuai dengan kebolehan mereka.Pendidikan inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai masalah kecacatan seperti masalah pendengaran, penglihatan dan juga masalah pembelajaran seperti Slow Learner, Terencat Akal Ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama denagan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih berkesan.Walau bagaimanapun, perlaksanaan kelas inklusf ini memerlukan perhatian yang serius daripada guru-guru kelas inklusif ini memandangkan jika tersalah langkah murid-murid berkepeluan ini akan ketinggalan serta bosan dalam proses pembelajaran pengajaran dalam kelas inklusif memandangkan aktiviti dan juga kemahiran yang diajar terlalu banyak kerana kebanyakan guru hanya mengejar silibus berbanding mencapai objektif pembelajaran secara keseluruhan. Ini akan menyebabkan murid berkeperluan khas ini menunjukkan prestasi akademik yang menurun. Oleh yang demikian, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah ditubuhkan keranan murid-murid berkeperluan khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding dengan murid-murid biasa. Keadaan ini menyebabkan guru-guru pendidikan khas perlu mempunyai ilmu pendidikan dan kemahiran yang lebih untuk membimbing kanak-kanak ini.

2.0 KAJIAN KES MURID KEPERLUAN KHAS2.1Latar Belakang MuridMurid yang telah dipilih untuk melaksanakan program pendidikan inklusif ini ialah salah seorang murid Tahun 4 iaitu Muhammad Danish Haikal. Anak kedua daripada tiga adik beradik ini didiapati mempunyai masalah penglihatan iaitu low vision serta masih menerima rawatan pemulihan mata daripada Hospital Mata Tun Hussien Onn Kuala Lumpur. Murid ini telah mengalami masalah ini seawal usia dua tahun. Selain itu murid ini adalah normal seperti kanak-kanak yang lain dimana murid ini tiada masalah dari aspek kognitifnya mahupun fizikal. Low vision boleh didefinisikan sebagai kecatatan penglihatan yang tidak sepenuhnya iaitu apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 2-/200 dan 20/70 iaitu kurang daripada 20%. Menurut World Health Organization (WHO) dan Norini Salleh (1993) telah mengistilahkan kerabunan/low vision sebagai mempunyai baki penglihatan (residual vision) yang signifikan.Penglihatan terhad didefinisikan sebagai signifikan terhadap penurunan tahap pengupayaan penglihatan iaitu ketepatan penglihatan adalah kurang daripada 6/18 atau keadaan penglihatan kurang daripada 20 darjah garis pusat (Norini Salleh, 1993). Masalah penglihatan biasanya meliputi ketajaman penglihatan, keluasan penglihatan dan pengamatan penglihatan. Ketajaman penglihatan bermaksud keupayaan melihat sesuatu benda dengan jelas. Keluasan penglihatan bermakna luasnya kawasan yang dapat dilihat sekiranya mata dan kepala tidak digerakkan. Pengamatan penglihatan bermaksud pentafsiran penglihatan yang diproses di dalam otak untuk mengenal pasti konsep ruang. Kedudukan atau orentasi objek sama ada terbalik atau tidak.Berdasarkan ujian visual acuity (ketajaman pengihatan) dan juga adaptasi pendidikan khas, murid ini mempunyai penglihatan terhad tahap sederhana sahaja. Masalah terhadap tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. Jenis masalah penglihatan murid ini adalah dalam jenis strabismus atau dikenali sebagai juling. Strabismus ini adalah suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah yang dihadapi oleh murid ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah mata iaitu mata sebelah kanan.Masalah mata juling ini adalah disebabkan oleh mata-mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri. Strabismus yang dialami oleh murid ini adalah exotropia di mana mata murid ini juling di sebelah kanan dan bergerak keluar seperti yang ditunjukkan oleh rajah di bawah. Mata sebelah kanannya itu tidak boleh nampak sebarang imej atau objek dan hanya menggunakan sebelah mata kirinya sahaja untuk melihat.

Rajah 1 : Jenis mata Strabismus (juling)2.2Masalah murid dalam kelas inklusifDari aspek pendidikan, murid yang mempunyai masalah penglihatan seperti murid ini iaitu penglihatan terhad ini berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf biasa dalam bentuk tulisan atau gambaran yang lebih besar. Murid ini juga adalah normal seperti kanak-kanak biasa yang lain Cuma mereka hanya kekurangan dari segi kebolehan untuk melihat sahaja. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh murid ini iaitu Muhammad Danish Haikal apabila menjalani kelas inklusi ialah:

a) Masalah komunikasi Danish sukar untuk berkomunikasi dan bersosial dengan rakan kelas yang lain yang normal. Murid ini hanya suka bersendirian dan mengasingkan diri apabila waktu rehat dan juga semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku di dalam kelas. Ini menyebabkan Danish bersikap pasif dan kurang memberikan respon terhadap aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas. Hal ini mungkin kerana Danish kurang keyakinan diri atas kekurangan upayanya iaitu masalah penglihatan.

b) Ketinggalan dalam pembelajaranMurid ini juga tidak dapat mengejar menyesuaikan diri dengan cara belajar kanak-kanak normal yang lain kerana terdapat guru yang kurang memberikan tumpuan yang lebih kepada murid ini. Hal ini kerana guru kurang memahami keperluan murid ini yang memerlukan kemudahan tambahan atau khidmat sokongan seperti kanta tangan, atau CCTV daripada guru bagi melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut Supiah Saad (2003) mengatakan pendekatan pendidikan inklusif ini telah wujud secara semula jadi di Malaysia di mana pelbagai kategori murid berkepeluan khas belajar bersama rakan sebaya yang normal tanpa sebarang kemudahan tambahan atau khimat sokongan.

c) Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa.Murid ini mempunyai self-estem yang rendah kerana mereka berfikir tentang kekurangan diri mereka dan seterusnya mengasingkan diri dari rakan normal yang lain. Murid ini juga pendiam dan jenis orang yang senyap dan tidak banyak bercakap sama ada denga rakan sebaya mahupun guru. Perangai atau perlakuan seharian murid ini juga tidak konsisten di mana terdapat hari murid ini menglibatkan diri sepenuhnya dalam aktivti P&P manakala sebaliknya pada hari-hari yang lain. Murid ini juga mengalami rasa ketegangan dan rasa bimbing kerana murid ini disalah sangka dan digelar murid yang malas, bodoh dan lembab kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di samping guru yang tidak memberikan perhatian dan juga kurang peka terhadap kemudahan tambahan serta bahan sokongan yang diperlukan oleh murid ini semasa proses P&P. Oleh itu murid ini mempunyai gangguan emosi seperti kemurungan yang teruk sehingga mengambil langkah dengan menyendiri dan mengasingkan diri daripada dunia persekolah bagi kelas inklusif ini.

3.0SOALAN TEMUBUALPerkhimatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Berikut adalah soalan temubual antara guru bimbingan dan kaunseling dengan murid Danish Soong tentang penglibatan dan pencapaian murid ni di dalam kelas inklusif:Guru menerangkan terlebih dahulu tujuan temubual ini dilaksanakan iaitu untuk mengumpul maklumat tentang penerimaan rakan sekelas, guru dan pentadbir sekolah, cara murid menyesuaikan diri, perkembangan akademik dan pengalaman mereka sepanjang berada di dalam kelas inklusif atau aliran perdana.

SOALAN TEMUBUALa) Adakah kamu mempunyai rakan di dalam kelas? Berapa orang rakan yang kamu ada?b) Jadi kamu tidak ramai kawan yang rapat dengan kamu. Bagaimana rakan sekelas yang lain yang tidak rapat dengan kamu melayan kamu? Cara mereka bercakap dengan kamu?c) Adakah kamu pernah mengalami sebarang masalah dengan rakan sekelas kamu contohnya seperti dibuli atau mengejek?d) Bagaimana dengan guru yang mengajar kamu? Adakah guru tersebut memberikan perhatian kepada kamu?e) Adakah guru kamu tahu kamu tidak dapat melihat atau mempunyai masalah penglihatan? Apa tindakan guru tersebut?f) Adakah guru tersebut memberi kemudahan tambahan atau alat sokongan seperti kanta tangan kepada kamu jika kamu tidak dapat melihat huruf dan perkataan semasa belajar di dalam kelas? Ataupun guru tersebut meletakkan kamu di barisan hadapan kelas?g) Apakah subjek yang paling kamu minati? Adakah kamu suka guru itu mengajar subjek kesukaan kamu? Apakah aktiviti yang guru tersebut lakukan menyeronokkan kamu?h) Adakah kamu terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum seperti pertandingan di sekolah?i) Adakah kamu dapat mengikuti semua subjek yang diajar oleh guru di dalam kelas? Subjek apa yang kamu tidak faham sepanjang belajar di kelas tersebut?j) Adakah kamu rasa tertekan semasa belajar di dalam kelas itu? Jika ada kenapa?k) Secara keseluruhannya, adakah kamu suka belajar di dalam kelas ini? Apa perasaan kamu suka atau tidak suka?

4.0LAPORAN DAN RUMUSAN Gambar Murid ketika di temubual

Gambar keadaan fizikal mata murid yang bermasalah

Berdasarkan kepada hasil dapatan temubual, responden telah menyatakan bahawa beliau mempunyai rakan di dalam kelas itu sebanyak enam orang yang rapat denganya, namun hanya seorang sahaja yang betul-betul memahami keperluannya. Sementara rakan yang lain turut melayannya, akan tetapi layanan yang diberikan rakan lain agak biasa dan cara berkomunikasi dengannya juga kasar. Sementara itu responden juga menyatakan bahawa beliau tidak diejek atau dibuli sepanjang berada di dalam kelasnya. Namun sebaliknya pula berlaku di luar bilik darjahnya apabila responden ini sering diejek atau dibuli oleh rakan satu sekolahnya.Sewaktu di dalam kelas, beliau juga menyatakan bahawa guru kurang memberikan perhatian kepadanya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, oleh itu beliau sendiri cuba meraih perhatian guru dengan mengajukan soalan sekiranya tidak faham atau memberikan respon segera kepada guru pada waktu itu. Tindakan guru sebegini boleh menyebabkan responden mengalami penurunan keyakinan ketika berhadapan dengan orang ramai. Apabila tidak mendapat perhatian secukupnya, beliau mungkin berasakan masalah yang dihadapi menjadi salah satu faktor dirinya diabaikan.Selain itu, responden turut menyatakan bahawa ada sesetengah guru tidak mengetahui akan keadaan fizikal matanya, oleh itu beliau terpaksa mengambil tindakan sendiri dengan memaklumkan kepada guru terbabit. Kesungguhan beliau memaklumkan kepada guru mengenai masalah yang dihadapi adalah sebagai satu langkah untuk memudahkan guru lebih fokus kepadanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Justeru guru terbabit akan lebih memberikan sedikit tumpuan yang istimewa kepadanya.Di samping itu, guru juga tidak memberikan kanta atau alat yang memudahkan beliau melihat serta menempatkan beliau di tempat duduk tepi tingkap. Hal ini menambahkan lagi masalah kepada responden kerana beliau mempunyai kadar penglihatan yang sangat rendah. Namun, setelah guru sedar bahawa responden adalah murid istimewa, barulah guru mengalihkan tempat duduknya dari tepi tingkap ke bahagian depan kelas agar responden dapat memberikan tumpuan sepenuhnya serta memudahkan beliau memahami proses pengajaran.Responden jugak menyatakan bahawa beliau begitu meminati subjek matematik dari sejak umur lima tahun, manakala sejak umur tujuh tahun beliau mula meminati subjek sains. Kedua-dua subjek ini adalah subjek yang paling digemari oleh beliau. Beliau gembira melakukan aktiviti sains di dalam makmal sains serta dapat merasai sendiri pengalaman melaksanakan uji kaji. Contoh aktiviti yang paling seronok yng dilakukan oleh beliau ialah menjawab kuiz matematik dalam tempoh yang diberikan dengan tepat sama seperti murid yang lain serta mendapat hadiah daripada guru.Selain itu, responden juga terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah seperti kelab permainan catur di peringkat sekolah serta ahli persatuan pengakap yang sangat berdedikasi. Beliau sangat sukakan aktiviti kokurikulum yang memberikan beliau peluaang untuk berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain, selain dari dapat mengembangkan keyakinan diri beliau.Menurut responden juga, beliau dapat mengikuti semua subjek yang di ajar oleh guru di dalam kelas. Namun sekiranya beliau tidak tidak dapat memahami apa yang telah diajarkan di dalam kelas, beliau akan cuba untuk bertemu guru selepas kelas ataupun mengulang kaji pelajarannya bersama keluarga dirumah. Ini adalah usaha kendiri untuk membuktikan beliau juga mampu untuk meneruskan pengajian seperti murid-murid biasa juga.Berdasarkan temubual ini, responden tidak tertekan berada di dalam kelas itu, namun responden lebih suka kerana rakan-rakan di dalam kelas itu dapat menerima kehadirannya untuk belajar bersama-sama mereka.Secara keseluruhannya, responden melahirkan rasa suka untuk belajar di dalam kelas 4 kreatif ini kerana persekitaran serta penerimaan rakan rakan yang mampu membantu beliau untuk membina kembali keyakinan dirinya serta tidak menyendiri lagi.

5.0CADANGAN PENAMBAIKANTerdapat beberapa cadangan bagi mengatasi masalah yang telah di alami oleh responden seperti guru memberi penerangan kepada rakan sekelasnya bahawa keistimewaan yang di hadapi oleh Danish ialah keupayaan melihat yang rendah. Oleh itu, guru berharap murid yang lain dapat memahami situasi responden supaya keadaan ini mampu membantu responden untuk lebih berkeyakinan. Sekiranya masala hini dapat diatasi, responden akan lebih mudah berkomunikasi dan bersosial dengan rakan kelas yang lain yang normal. Maka, responden tidak lagi mengalami kemurungan dan mengasingkan diri apabila waktu rehat serta juga semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku di dalam kelas. Manakala guru pembimbing juga harus cuba memahami keperluan murid ini seperti menyediakan kemudahan tambahan atau khidmat sokongan seperti kanta tangan, atau CCTV daripada guru bagi melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut Supiah Saad (2003) mengatakan pendekatan pendidikan inklusif ini telah wujud secara semula jadi di Malaysia di mana pelbagai kategori murid berkeperluan khas belajar bersama rakan sebaya yang normal tanpa sebarang kemudahan tambahan atau khimat sokongan.Sementara guru bimbingan dan kaunseling harus membuat satu sesi perjumpaan bagi membantu meningkatkan keyakinan murid supaya mereka berfikir kekurangan diri mereka itu adalah satu keistimewaan dan keistimewaan itu adalah satu anugerah yang memberikan mereka untuk mendapat lebih perhatian daripada guru dan rakan-rakan serta warga sekolah. 6.0 PENUTUPPendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif.Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.Murid inklusif perlukan persekitaran sekolah biasa dan penerimaan rakan-rakan yang baik supaya mereka dapat membina keyakinan diri kembali dengan berkesan. Di samping guru pembimbing haruslah memainkan peranan yang lebih mendalam supaya dapat membantu kesukaran murid inklusif ini dalam mempelajari subjek-subjek di sekolah. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran perlu bekerjasama dengan guru pembimbing untuk membuat penyesuaian. Kesimpulannya, meskipun penglihatan terhad yang dialami oleh responden disebabkan penurunan tahap pengupayaan penglihatan iaitu ketepatan penglihatan adalah kurang daripada 6/18 atau keadaan penglihatan kurang daripada 20 darjah garis pusat (Norini Salleh, 1993). Namun guru dan rakan sebaya memberikan impak yang sangat besar dalam membantu murid inklusif menghadapai segala kesukaran di dalam kelas. Oleh itu, peranan guru mata pelajaran, guru pembimbing dan rakan-rakan di dalam kelas adalah penting bagi membantu meningkatkan keyakinan diri serta keupayaan responden untuk mencapai kejayaan bersama rakan-rakan yang lain.

7.0 RUJUKANAbdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion. London: SAGE Publications Inc.Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David Fulton Publisher.Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA : Thomson Wadsworth Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu.Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya..http://store.elsevier.com/Low-Vision/Christine-Dickinson/isbn-9780750622622/http://store.elsevier.com/Low-Vision/Christine-Dickinson/isbn-9780750622622/

9MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL770605025763