jasa mat kilau

Upload: pei-ni

Post on 14-Jan-2016

529 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

sumbangan tokoh sejarah

TRANSCRIPT

http://new.060s.com/news/mulu/455/http://www.jianjian.org/flashclass/jianjian_flashclass_6_1.htmlJasa Mat KilauSekitar 1890-an, rakyat negeri Pahang memberontak kerana marah dengan tindakan British yang mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Kesannya, pembesar negeri bermula siri pemberontakan hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Perjuangan Dato Bahaman dalam menawan semula Lubuk Terua menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.Seterusnya, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri ke negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggutdi Kelantan.Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus. Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi dicop sebagai penderhaka dan menjadi orang buruan Inggeris Beliau terpaksa mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Mat Kilau Menubuhkan Pasukan Silat Melawan British

Pada peringkat awal perjuangan, kumpulan Mat Kilau itu dan pengikut-pengikutnya mencapai beberapa kejayaan. Bagaimanapun, dengan kekuatan tentera tambahan serta tipu helah kononnya pejuang-pejuang itu sebenarnya menderhaka sultan, British berjaya memperdaya rakyat supaya tidak lagi menyertai kumpulan itu dan seterusnya menghakis kekuatan mereka.Mat Kilau yang pernah membunuh beberapa askar penjajah terpaksa melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan dan akhirnya menjadi orang buruan Inggeris secara berterusan.Ketika dalam persembunyian, beliau telah membuka gelanggang silat untuk melatih penduduk setempat bagi menubuhkan satu pasukan silat di kampung berkenaan dan anak muridnya terdiri daripada muda-mudi di kampung itu dan sekitarnya.untuk kembali melawan British. Salah satu tempat yang menjadi persinggahan Mat Kilau ketika merantau ialah Kampung Pasir Raja. Anak buah yang mengikuti Mat Kilau juga diajar menggunakan senjata seperti parang dan tombak. Tujuan Mat Kilau mengajar silat kepada mereka adalah untuk menubuhkan sebuah pasukan bagi menentang penjajah. Selepas kira-kira tiga bulan, Mat Kilau membuat keputusan untuk pulang semula ke Hulu Tembeling. Kesemua anak buah memutuskan untuk mengiringi Mat Kilau ke tempat itu melalui kawasan hutan yang mengambil masa yang agak lama untuk sampai. Selepas menghantar Mat Kilau ke Hulu Tembeling, mereka kemudiannya berpatah balik ke Kampung Pasir Raja mengikut laluan yang sama tetapi kali ini dibantu oleh tiga Orang Asli yang menjadi juruarah mereka. Selepas daripada itu, Mat Kilau tidak pernah pulang ke Kampung Pasir Raja. Kesimpulannya, Pahlawan terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Peristiwa-peristiwa Penting Mat Kilau

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau juga adalah seorangyang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau. Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri sehingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus.Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu. Laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober, 1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali , Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Mat Kilau menceritakan kisahnya setelah pulang ke Kampung Pulau Tawar, Jerantut.

Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, MatKilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.Keberanian dan ketabahan Mat Kilau haruslah kita menyemai dalam diri kita. Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Walaubagaimanapun, beliau tetap mengaku identiti sendiri pada akhirnya dan generasi baru dapat menghargai jasa beliau.Mudah-mudahan jasa dan pengorbanan Mat Kilau dapat dihargai dan disanjungi oleh seluruh warga Malaysia.

http://pewira79.wordpress.com/2008/10/08/kisah-perjuangan-mat-kilau/http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Kilauhttp://jiwang.org/sejarah-mitologi/34890-mat-kilau.htmlhttp://resam-melayu.com/2010/06/mat-kilau-pahlawan-melayu.html