rosli saludin - kitab-kitab mat kilau

20
SEMINAR PERSURATAN PAHANG :Menjeja� Warisan Paliang Kitab-Kitab Mat Kilau Oleh: Sdr. Rosli Saludin 27 - 28 Oktober 2001 Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan )lnjuran (]Jersama: Jabatan Kebudayaan &. Kesenian Pahang (JKKP) Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) (j)enoan 1(.erjasama Yayasan Pahang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kerajaan Negeri Pahang "., .• , '\ "'I�'.·, ", _',H"';'�"",' 0<," ��.""".' ':'-, -,0:' .' .". .." ,. ',0 ",", '�"'. .•• ••

Upload: jefri-chaniago

Post on 16-Aug-2015

547 views

Category:

Documents


81 download

DESCRIPTION

pembahasan tentang kitab

TRANSCRIPT

Page 1: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

SEMINARPERSURATAN PAHANG

:Menjeja� Warisan Paliang

Kitab-Kitab Mat Kilau

Oleh:

Sdr. Rosli Saludin

27 - 28 Oktober 2001

Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan

)lnjuran (]Jersama:

Jabatan Kebudayaan &. Kesenian Pahang (JKKP)Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)

(j)enoan 1(.erjasamaYayasan Pahang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)Kerajaan Negeri Pahang

"., .• , '\ "'I�'.·, ", _',H"';'�"",' 0<," ��.""".' ':'-, -,0:' .' '• .". .." • ,. ',0 ",", '�"'. r· .••

-

••

Page 2: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

Kitab-Kitab Mat Kilau

Mobd RosH Bin SaludinFakulti Bahasa dan KesusasteraanUniversiti Pendidikan Sultan Idris

Tanjung Malim, Perak

PendahuJuan

Kitab-Kitab Mat Kilau ini telah penulis perolehi daripada Saudara Talib Samat

iaitu rakan yang sama-sama mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung

Malim, Perak. Ada tiga kitab dan telah pun dicetak oleh Utusan Melayu (Malaysia)

Berhad, 46 M, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, iaitu cetakan pertama Ogos 1970

dan berharga Ringgit Malaysia 4.50. Jika anda berminat untuk mengkajinya dengan

Iebih mendalam lagi boleh diperolehi dari perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

Penerbitan kitab ini menggambarkan bahawa beratus tahun dahulu orang-orang

Melayu sudah maju dalam lapangan perusahaan ini dan dapat dibuktikan dengan jilidan

kitab asal Kitab-Kitab Mat Kilau yang cantik dan kemas itu. Kalau keluarga penjilid

kitab tersebut meneruskan perusahaannya, hari ini kita tentu dapat melihat penjilid

Bumiputera yang setanding dengan penjilid-penjilid antarabangsa.

Penulis juga ingin berkongsi pengalaman untuk memperkenalkan ilmu-ilmu

kepahlawanan orang-orang Melayu dahulu, di samping hendak menunjukkan akan rupa

Page 3: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

2

bentuk perbendaharaan sastera tradisional, yang mana setengah dari simpulan kitab­

kitab lebih tepat dan padat ertinya bagi pengetahuan generasi kita yang akan datang.

Kajian penulis ini diharapkan akan menjadi perintis kepada kajian yang lebih

mendalam lagi, terutama dalam hal-hal yang melibatkan kemasyarakatan, ekonomi dan

agama supaya sesuai dengan zaman globalisasi ini iaitu 'biar maju dengan penuh ilmu

di dada, jangan maju dengan meninggalkan sesuatu yang telah ada kaitan dengan jati

diri bangsa'.

Kitab-kitab ini di susun dan dipunyai oleh Mat Kilau pada masa Mat Kilau dalam

buruan penjajah Jnggeris. Kitab tersebut diserahkan di bawah jagaan Mat Saman

Kelantan kerana Mat Kilau ketika itu sentiasa pindah dari satu tempat ke satu tempat

untuk melarikan diri dari tangkapan penjajah Inggeris, sehinggalah putus hubungan

mereka.

Akbimya kitab tersebut diserahkan kepada Sultan Ismail bin Sultan Muhammad

Mulut Merah oleh Mat Samano Kemudian diserahkan pula kepada Yang Teramat Mulia

Tengku Bongsu Kelantan, yang kemudiannya diserahkan pula kepada Dato' Haji Nik

Mahmud yang pada masa itu menjadi Dato' Menteri Kelantan. Selain dari menjadi

Perdana Menteri Kelantan Haji Nik Mahmud ialah juga pengarang Kitab Pati Rahsia

iaitu sebuah kitab mengenai ilmu-ilmukebal yang diterbitkan di Negeri Kelantan.

Dari Haji Nik Mahmud inilah kitab ini diserahkan kepada Ustaz Wan Alim Bin

Wan Hassan, satu-satunya murid kepada Dato' Nik Mahmud yang telah menamatkan

Page 4: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

3

ajaran-ajaran yang terkandung di dalam ketiga-tiga buah kitab kepunyaan Mat Kilau

dan yang mengamalkannya sehingga sekarang. Beliau telah diamanahkan untuk

menjaga kitab-kitab tersebut. Kitab ini telah ditspis oleh Dato' Haji Nik Mahmud yang

pada masa itu menjadi Dato' Perdana Menteri Kelantan yang sultannya ialah Sultan

Ismail.

Beliau jugalah yang telah menangkap pahlawan Tok Janggut Pasir Putih Kelantan

waktu ia menentang kerajaan Kelantan kerana tidak mahu membayar cukai yang

ditetapkan oleh kerajaan. Di samping itu beliau juga telah mengharamkan polis bangsa

Sikh berkhidmat di Negeri Kelantan

lsi Kandungan

Kitab-kitab ini mengandungi 139 muka surat, tennasuk lampirannya dan terdiri

daripada 113 perkara. Perkara tersebut ialah :

1. Salinan daripada Wali Allah2. Aturan menggunakan bagi tujuan tertentu3. Untukjadi kebal4. Tilik perjalanan5. Untuk mendapat keuntungan6. Kebal segenap sendi dan tulang7. Bacaan dalam Syahadat8. Kunci bedil9. Guru besi10. DuaIsim11. Ayat Tujuh12. Untuk penawar racun dan dipagut ular13. Imu teraca

14. Ilmu penyalah

Page 5: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

15. Doa kasihan16. Untuyk murah rezeki dan panjang umur

17. Penawar api18. Pembangkit besi19. Untuk pemberat20. Untuk pelemah21. Doa sekelian iImu22. Untuk tolak besi23. Untuk kebal badan24. Pencepat gerak-geri25. Penggerun pandangan seteru

26. Untuk kebal27. Ayat sembilan28. Isim pengadang dan kebal29. llmu pengagah30. Kiliran mengasah lembing, keris dan pedang31. Doa Fakir32. Ubat lemah zakar33. Penggalak zakar34. Mengeras dan membesarkan zakar35. Penahan mani36. Azimat pengasiha7. Pembuka pintu hati38. Fadhilat membaca Yassin39. Diperkenankan segala permintaannya40. Melindungi dari segala kecelakaan manusia,jin dan binatang41. Ayat kebal dan penawar perbuatan khianat42. Untuk pagar rumah dan harta benda43. Penguat zakar dan nafsu44. Ayat pengagah dan kebal45. Doa bermain Mak Yong46. Doa Asyik Sekampung47. Jampi laga kerbau48. Jampi laga kerbau dan kebal49. Azimat untuk laga kerbau50. Mengubati burung51. Mendenak burung52. Bab Hakikat Bahagian Satu53. Bab Hakikat Bahagian Dua54. Rajah-Rajah55. Tilik Jasad56. Doa mengetun57. Jauh dari seteru

58. Sangga bunuh59. Doa tebak untuk kebal60.Isim

Page 6: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

5

61. Tiada matt eli tempat orang62. Sesuatu yang dikehendaki dapat63. Bab tilik bayang-bayang64. Doa berani65. Lawan tidak boleh menentang66. Tidak kena senjata67. Doa tabah hati68. Rajah Khatam Al-Sharif69. Kata besar70. Untuk bertanya71. Pencegah senjata dan bala72. Panjang umur

73. Jauh dari maut seteru dan lain-lain74. Memasukkan raksa75. Mematikan raksa76. Kunci raksa77. Pantang larang orang yang memasukkan raksa78. Hadiah memasukkan raksa79. Untuk kebal dan pembarut80. Bacaan untuk berjalan81. Bab perubatan82. Ilmu penangkis83. Pembantut besi84. Pelepas petjalanan85. Penggenm besar86. Dmu gerak cepat87. Tidak mudarat88. Penangkis peluru89. Ilmu Tok Diamid Semerak90. Pohon dan isi ilmu91. Untuk bicara92. Penunang bedil93. Doa seratus sembilan puluh hajat94. Isim peliharaan95. Ilmu tiga patah96. Ilmu siwa bertanya97. Pengbalau hantu98. Hikmat membaca Bismillahhirahmanirahim99. Doa Bismillahirahmanirahim100. Ilmu gagah10 1. Ayat Tujuh102. Tiada mati103. Kota Tauhid104. Mengelak angkara jahat dan rasa takut105. Untuk mengadap Raja Islam106. Menolak bala perkelahian

Page 7: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

6

107. Untuk pelaris108. Untuk bemiaga109. Petua menguatkan zakar yang lemah110. Mengubat zakar yang kena sihir111. Penyampai segala baja�112. Mengbapuskan seteru zalim113. Gambar-Gambar Pahlawan Mat Kilau

Bahasan-Bahasan Tentang Ilmu Mat Kilau

Jib kita lihat deretan perkara eli atas tidak hairanlah Mat Kilau seorang Pahlawan

yang begitu cekal dan hebat ketika menentang penjajah Inggeris. Perjuangannya

mendaulatkan maruah bangsa tiada tolok bandingnya. Pahlawan yang mempunyai ilmu

yang lengkap eli dada dan penuh dengan amalan-amalan. Ilmu yang dibawanya meliputi

segala pergerakan kehidupan seharian terutama sebagai seorang pahlawan yang sedang

menantang penjajah.

Selain dari ilmu kepahlawanan seperti kebal, penggerun, pelemah, doa sekelian

ilmu, selok-belok bedil, isim pengadang, ilmu yang ada kaitan dengan besi dan lain

lain, terdapat juga ilmu dari aspek kesihatan sebagai seorang lelaki. TImu ini sangat

penting untuk menjaeli seorang lelaki yang sejati dan jika tidak sejati, bagaimana

hendak menentang musuh. Amalan-amalan Mat Kilau adalah berupa Ayat al-Quran dan

mantera serta azimat dan telah diperakui oleh bekas Imam Besar Masjid Negara, iaitu

Haji Mohd Salleh Hassan Farid sebagai boleh diamalkan.

Pelemah

Page 8: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

7

PatsebarlernbangkuBatu bergulingMelintang batang putihBatang hiram pengikat kakiMandul patah di hadapankuSadah ah! ah! ah!TunduklahsekelianseurruMelawanakuBerkat laillahbailaul1ah Mubatnmadurasulullah

Doa Sekelian Ilmu

Keluarlah mata hatiku yang putihHendak melihat yang baik dan jahatJika jahat keluarkan yang jahatJika baik keluarkan yang baikJika tidak keluarDerhakalah kau kepada AllahDerhakalah kau kepada Nabi MuhamrnmadTampil jangan kau hampirAdam. kencanaAdam besi makanan engkauJika kau harnpir Adam kencanaAku fana senjata abu diaAlih besi melilit dirikuFOnalifatmelilitdepankuHadiah raja segala besiBesi kalang besi kursaniTerkejut mulutnyaTerbela ak:u dalam kandangKalimah lailahailaullah rnubamadurasulullah maujud

Tidak ketinggalan juga dengan ilmu-ilmu yang berkaitan untuk rnenjaga

kehannonian keluarga misalnya untuk menguatkan zakar yang lemah, untuk pagar

rumah, keluarga dan harta benda. Tindak ketinggalan juga ilmu penghalau bantu dan jin

yang boleh merosakkan. Bagi yang minat bemiaga terdapat ilmu untuk peIaris dan

berniaga.

Page 9: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

8

Menguatkan Zakar Yang lemah

BismillahhirahmannirrabimHeiiiiiii.. besi akulah besi di dalam dirikuHeiiliii .. besi akulah nyawa di daIam nyawakuHeiiiiii ... besi akulah besi di hujung ka1amkuKalamku menjadi besiTegak tegang tumpat mampat uratDan sendi tulangkuBerkat laillahhaillaulahTidak wujudkuWujud Allah yang sebenar-benarnya

Pengalak Zakar

Heiiiii .. , .. pucuk maha pucuk kalamWallah nama pucuk yang lemah aku keraskanKeraskanlah aku dengan zat AllahKalau pucuk tak keras derhakalah kepada AllahPucuk yang mati aku hidupkanHiduplah pucuk dengan kata AllahPucuk tak hidup derhakaJah kepada AllahAssalammualaikum ibu di kiriku

Bapa di kanankuAku minta pengalak yang semula jadiAssa1ammualaikum perbuatan jin yang pulang ke jinPerbuatan manusia yang pulang ke manusiaKalau tak pulang kepada manusia derhakalah kepada AllahDengan berkat laillahhailaullah

Bukan semua di dalam kitab Mat Kilau ini menggunakan mantera, cuma 40 peratus

secara mantera dan 60 peratus lagi adalah secara ayat suci al-Quran. Ayat-ayat ai­

Qmannya adalah ayat-ayat yang mudah untuk diamalkan. Penggunaan ayat sud al·

Quran contohnya dalam rajah Kataman Nabuwwah.

Page 10: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

9

Dijelaskan juga soal nafsu dalam diri manusia yang harus diketahui dan jika sudah

diketahui baharuIah kita boleh membentuk diri yang baik yang dikehendaki oleh ajaran

agama Islam. Nafsu amarsh bangsanya ialah syaitan dan inilah hati orang kafir, hati

orang munafik nafsunya lauwamah iaitu bangsa syaitan dan haiwan, hati orang yang

fasik ialah nafsunya sauwyiyah iaitu bangsanya syaitan dan haiwan, hati orang m.ukmin

nafsunya mutmainah dan bangsanya Muhammad. Dengan segala yang lain daripada

Allah Taala tiada adanya.

Terdapat juga percampuran penggunaan ayat al-Quran dan mantera di dalam kitab-

kitab Mat Kilau ini. Contohnya dalam ilmu penangkis dan sesiapa yang

roengamaJkannya akan terselamat dari sebarang senjata dan seteru. Ayat ini dibaca

sambil membayangkan wajah kita sendiri terlebib dahulu.

Laillabhaillaullab laillabhailaullabAllab kata salahJibrail kata simpangMuhammad kata fana'Akulab yang memakai penyalab nasyhudDengan berkat JailJahhaiIJaullah

. Allah akan payungkuAli akan tongkatkuGhaiblah akuDi dalam kata laillabhailaullah

Terdapat juga amalan ilmu yang begitu rinbgkas sekali bacaannya. Contohnya ilmu

tiga patah. Bacaannya Hu akan Nur Syubud dan diikuti dengan sebutan Allah Hu, Ya

Hu dan llla Ya Hu. Tidak akan binasa diri jika diamalkan secara sebati.

Page 11: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

10

Jika kita hendak berjalan dengan baik dan selamat terdapat juga ilmu tilik

perjalanan yang juga boleh dijadikan sebagai panduan. llmu ini dikaitkan dengan hari

dan . suasana yang ..baik ...serta tidak baik jika kita melalui sebarang perjaIanan itu.

Contohnya:

Hari Ahad- Pagi subuh aIamat rugiMatahari naik alamat beruntungAntara jam 9 bingga sebelas pagi bertemu keluargaTengahari alamat rosak atau celakaZuhur: alamat bertemu adik, kakak atau kekasih

Asar: alamat baikMalam: aIamat berseteru. Jika mengadap pemimpin duduknyahendaklah mengadap ke tikur Iaut

Hari Isnin- Pagi subuh alamat rosakMatahari naik alamat celakaMatahari tulah: alamat beruntungTengahari: alamat berjumpa seteru

Zuhur: alamat beruntung emas dan perakAsar: alamat bertemu keluarga .

Petang dan malam: alamat mendapat untung. Masa yang baik untukmengadap pemimpin.

Han Selasa- Pagi subuh alamat tidak baikMatahari naik: berjumpa seteruMatahari tulah: mendapat untungTengahari: akan menangisZuhur: mendapat untungPetang dan malam: mendapat untung benda-benda baik. Jikamengadap pemimpin hendaklah duduk ke arah tenggara.

Hari Rabu- Pagi subuh bertemu dengan perempuanMatahari naik: mendapat labaMatahari tulah: berkelahi dengan keluargaTengahari: akan menangisAsar: mendapat untungPetang dan malam: mendapat makanan. Jika mengadap pemimpinhendaklah mengadap ke selatan.

Hari Khamis- Pagi subuh mendapat untung tapi tiba-tiba hilangMathari naik: bertemu seteru

Page 12: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

11

Matahari tuJah: mendapat untungTengahari: mendapat barang yang baikZuhur:akan rosakAsar: bertemu keluarga. Jika mengadap pemimpin hendaklahduduk ke arab barat daya.

Hari Jumaat- Pagi subuh waktu yang baikMatahari naik: bertemu seteru

Tengahari: berjumpa keluargaAsar: mendapat benda baikiPetang atau malam: membuang benda yang baik. Jib mengadappemimpin hendaklah mengadap ke barat laut.

Hari Sabtu- Pagi subuh mendapat kata nistaMatahari naik: mendapat untungMatahari tuJah: bertemu seteru

Tengahari: alamat menangisZuhur: mendapat untungPetang dan malam: celaka dan jika mengadap raja hendaklah dudukke arab utara.

Sabtu dan ahad ke arah utara., isnin dan selasa ke arab timur, rabu dan khamis ke

arah selatan dan jumaat ke arah barat. Janganlah membuat pekerjaan di tempat ini

kerana pakaian hulubalang turunan sejak baginda Ali.

Jika inginkan keuntungan, berjalan di hari ahad hendaklah basuh muka dengan air

sebehim berjaIan, kalau berjalan pada hari isnin tidur dahulu sebelum berjalan, kalau

berjalan hari selasa minum air dahulu sebelum berjalan, kalau berjalan hari rabu makan

nasi sebelum berjalan, kalau berjalan hari khamis ambil abu dan tabur di depan kita,

kalau berjalan hari jumaat bergurau dahulu sebelum berjalan dan kalau berjalan hari

sabtu keraskan nafas kita di sebelah kanan.

Page 13: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

12

Asas Utama Kejayaan Mat KHau Mengamalkan lImu lni

Pada pandangan penulis Pahlawan Mat Kilau bukan sembarangan orang yang

boleh diperkeciIkan akan kehebatannya. Penulis berpendapat Mat Kilau adalah seorang

yang alim dan alim ini adalah dalam konteks yang luas iaitu serba tabu dalam konteks

zamannya. Seorang yang alim dan kuat amalannya boleh terlepas daripada beberapa

kepungan penjajah Inggeris. Sekitar 1970-an barulah beliau ditemui semula setelah

berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Seorang yang begitu gigih dan mempunyai pengalaman yang begitu luas terutama

ketika usahanya untuk menghalau penjajah Inggeris. Beliau telah menyamar supaya

tidak dijejaki oleh talibarut Jnggeris dan Inggeris sendiri. Seorang yang a1im biasanya

akan banyak mendapat petunjuk daripada Allah. AmaJannya terbadap ilmu Allah begitu

tinggi sekali dan yang paling puncaknya ialah amalan bersembahyang serta hakikatnya.

Dari penghayatannya kepada amalan ilmu yang paling puncak iaitu sembayang berserta

hakikatnya, tidak hairanlah ia menjadi seorang pejuang yang ditakuti oleh penjajah

Inggeris

Banyak orang sembahyang, namun kebanyakannya tidak memahami apakah itu

sembahyang dan tidak tabu menahu apakah sesungguhnya sembahyang itu, serta

apakah sesungguhnya hakikat sembahyang itu. Banyak di antara kita yang mengaku

Islam, sembahyangnya belang kambing, umpama subuh sudah ke siang, zuhur sibuk

bekerja, asar tercicir atau ketinggalan entah di mana, magbrib di padang bola atau main

sepak takraw, isyak badan telah letih terus tidur. Adakalanya, mereka sembahyang dua

Page 14: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

13

kali dalam seminggu atau sejumaat sekali. Sedangkan ada ayat aI-Quean yang selalu

kita dengar yang maksudnya:

"Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar".

Tidak: hairanlah Pahlawan Mat Kilau boleh melakukan sesuatu yang ajaib dan

boleh terlepas dari buruan dan kepungan penjajah Jnggeris, walaupun sudah beberapa

kaIi bertempur, namun kita masih boleh melihat wajahnya selepas kita merdeka. Beliau

juga sempat melihat basil perjuangannya selepas kemerdekaan. Hasilnya ialah apabila

wujudnya Malaysia sebuah negara yang aman damai, walaupun terdapat berbilang

bansa di dalamnya.

Alam dan dunia Allah ini penuh dengan keajaiban yang boleh jika jadikan sebagai

renungan. Contohnya kejadian tanah, api, air, bam, kayu, besi, Piramid di Mesir,

Menara Effel di Paris, Air Terjun Niagara di merika, Tembok Besar Cina, Pagoda Di

Bangkok, Thailand, Taj Mahal Di Agra, India dan Candi Borobudur Di Jakarta,

Indonesia.

Oleh itu sangatlah perlu atau patut bagi kita yang mengaku sebagai umat Islam

untuk mempelajari apakah itu hakikat sembahyang atau tujuan sembahyang ito kerana

sembahyang harus meIaksanakan yang empat iaitu syariat ertinya perlaksanaan

(perbuatan), tharikat ertinya perjalanan (Tujuan, Arah dan Tarigh), hakikat ertinya

maksud (Matlamat) dan makrifat ertinya (Berjwnpa dengan apa yang diinginkan).

Page 15: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

14

Sesunggubnya sembahyang lima waktu itu adalahg kesempurnaan diri insane

kerana semua orang tahu bahawa lembaga manusia nab jadikan empat unsure atau

elemen iaitu tanah, api, air, angin dan ditambah satu lagi iaitu roh maka jadilah lima.

Marilah kita renungkan sejenak. pantun Buya Hamka:

Kain basahan chbawa mandiSetelah mandi di bawa pulangAmal ibadah chbawa matiHarta yang banyak diambil orang

Kayu ara di tepi IautJatuh sebiji dimakan ikanKalau datang malaikat maut

Ke mana nyawa disembunyikan

B\U'UIlg layang terbang melayangHinggapnya di kayu jatiUntungnya orang yang bersembahyangMukanya jernih hatinya suci

Solatlah engkau sebelum disolatkan orangMenangislah kamu sebelum ditangiskan orangMandikan dirim.u sebelum dimandikan orangHisablah dirimu selagi di atas duniaSebelum dihisab Allah di padang Mahsyar nanti

Pada pendapat penulis Mat Kilau mengamalkan ilmunya adalah secara yakin,

sabar, redha, ikhlas, iman, ilmu dan akal. Dalam amaJan Mat Kilau hendaklah beramal

selepas sembahyang dengan membaca al-Fatihah sekali, Kual huallah Hua-Ahad

sebelas kali dan selawat nabi sepuluh kali. Semua pahala bacaan itu kita hadiahkan

kepada nabi, seluruh keluarga nabi, sahabat-sahabat nabi, wali-wali, guru-guru dan

sekelian kaum muslimin serta muslimat

Page 16: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

15

Wirid-wirid yang diama1kan hcndaklah dtbuat pada scbclah malam tcrutama

selepas sembahyang tahjud, Di antara jam dua belas ke atas tengah malam. Ya Nur

diwiridkan sebanyak yang mungkin, Ya Latif seratus kali dan Iaillahhaillanllah seratus

kali. Jika kita hendak berhenti berwirid hendaklah kita menyedut nafas kita dengan

iktikad memasukkan amalan ke dalam hati sam bit membayangkan kalimat Allah itu

sepenuh hati dan jasad kita. Inilah yang dinamakan Syuhud Makrifat yang sebenar-

benamya. Dalam ungkapan orang Melayu ada dinyatakan bahawa:

Jika kecil selebar dulangJika Iebar sebesar payung

Untuk bias tangan hendaklah digambarkan cahaya biru dan huruf lima Allah itu

seolah-olah keluar memancar mengelilingi badan kita dan tangan yang kita kehendaki.

Bagi pendinding dari peluru dan semua senjata-senjata tajam lainnya, hendaklah

digambarkan seperti cahaya emas yang bam disepuh. Setiap orang yang berniat jahat

kepada kita, maka dengan sendirinya insyaAllah akan berasa lemah seluruh anggotanya

dan membawa bencana pula kepadanya.

Dalam membentuk penggerun hendaklah digambarkan huruf Allah itu di dahl kita

dengan cahaya merah, tetapi sebaliknya jika kita bendak menggunakannya untuk

supaya orang belas kasihan kepada kita hendaklah kita gambarkan cahaya huruf Allah

itu menjadi putih. Setiap kali hendak menggunakan maksud-maksud yang di atas

hendaklah terlebih dahulu apa yang dihajatkan kemudian membaca ayat yang disebut di

bawah:

Page 17: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

16

"Ya Hu, Yaman Hu, Hu Allah". Tujuh kali .

.

. Sekiranya diri kita ingin menjadi banyak mengikut pandangan musuh hendaklah

kita memakai pakaian yang lengkap dan kemudian berdiri di hadapan cermin serta

memandang sifat-sifat kita di dalam cennin itu sehingga cukup sifat-sifat kita itu.

Setelah itu kita hendaklah pejamkan mata dan menggambarkan rupa kita seperti yang

ada di dalam cermin tadi di sebelah kanan, kiri, depan dan belakang kita. Sekiranya

anggota yang kita gambarkan itu tidak cukup, kurang satu anggota kita, maka janganlah

pergi pada ketika itu. Kalau pergi juga akan mendapat bahaya dan kalau didapati

gambaran diri kita tidak nampak kesemuanya alamat diri kita akan mati.

Setiap orang yang mengamalkan amalan-amalan ini hendaklah sentiasa berzikir

dengan Tuhan dengan kaJimah Allah Hu sewaktu nafas kita keluar. Kita hendaklah

berniat lafaz Allah dan apabila kita menarik nafas hendaklah berniat dengan lafaz Hu.

Setiap orang yang mengamalkan amalan ini dilarang keras bercakap besar dan bermain­

main, melainkan semata-mata berserah kerana Allah. Mereka juga dikehendaki jangan

meninggalkan sembahyang lima waktu.

Saranan

Dicadangkan supaya diadakan satu seminar khas untuk mencari rahsia di sebalik

amaJan yang terdapat dalam kitab-kitab Mat Kilau. Setiap amalan ini hendak1ah

dikupas sedalam mungkin dari semua aspek dan teras utamanya ialah Islam. Melalui

Page 18: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

17

amalan-amalan Mat Kilau ini didapati teras utamanya ialah Islam dan adat amaIan

seharian yang tidak berpisah. Terdapat sifat yakin dan kuat berpegang kepada ajaran

Islam Amalan seperti ini menunjukkan kemuJiaan, keutamaan, kelebihan, keunggulan

dan nilai-nilai luhur yang dianutnya dan nilai-nilai agama yang dipeluknya. Perkara

seperti inilah yang sepatutnya menjadi panduan kepada generasi sekarang.

Apabila adat seharian yang diamalkan dan Islam tidak berpisah, maka wujudlah

perasaan yakin terutama untuk menentang penjajah Inggeris pada masa itu. Bagi

mereka yang berkuasa adalah Allah dan kita mestilah berusaha untuk meminta

pertolongannya. Setiap permohonan mestilah melalui amalan yang kukuh. Ungkapan

orang tua-tua Melayu ada menjelaskan bahawa:

Mulia bangsa berbudi bahasaMulia umat hidup beradatMulia anak sempuma akhlakMulia tua sempuma agamaIslam. dan adat bidup menyatuIbarat mata mutih dengan mata hitamRosak yang putih binasa yang hitamRosak yang hitam binasa yang putihDianjak layu diumbut matiBila dibuang membawa malangBila dianjak membawa rosakBila diungkai aib terburaiBila dipisah hilanglah maruah

Kesimpulan

Page 19: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

18

Kajian penulis ini bukanlah untuk mengajak masyarakat Melayu pada hari ini

supaya menjadi macam Mat Kilau sepenuhnya, tetapi ingin mengajak umat Melayu

berfikir disebalik amal31i Mat Kilau tersebut yang penuh dengn segala rahsia yang

boleh kita fikirkan dan mungkin boleh dijadikan sebagai panduan kepada kita untuk

berjaya. Disebalik amalan ini terpancar rahsia yang paling kukuh iaitu pegangannya

terhadap Islam adalah kuat dan solat adalah tiang dalam segala-galanya, tanpa tiang ini

yang lainnya akan runtuh.

Mat Kilau juga boleh kita anggapkan sebagai seorang ilmuan kerana berjaya

menyusun satu bentuk ilmu yang boleh dijadikan panduan kepada anak cucu yang akan

datang. Semangat dan kegigihannya boleh kita teladani dalam menempuh era

globalisasi ini. Sifat-sifat yakin, sabar, redha, ikhlas, iman, ilmu dan akal dalam

amalannya boleh dijadikan sebagai iktibar yang berguna. Ungkapan oamg tua-tua

Melayu ada menyatakan babawa:

Tabu asal mula kejadianTabu berpegang pada yang satuHamba tabu akan TuhannyaMakhluk tabu akan KhaliknyaYng agama berkukuhanYang iman berteguhanYang sujud berkekalanYang amal berkepanjanganSesama manusia ia bergunaSesama makhluk ianya elokDi dunia ia bertuahDi akhirat beroleh berkah

Page 20: Rosli Saludin - Kitab-kitab Mat Kilau

19

Melalui kitab-kitab Mat Kilau ini kita dapan, Mat Kilau seorang yang tabu bidup

meninggalkan, tabu mati mewariskan, iaitu ilmunya yang boleh dikaji dan dijadikan

panduan. Sifatnya jugs menyandarkn orang untuk berkarya, berbuat kebajikan, berbuat

budi dan jasa selama hidupnya serta mewariskan karya dan jasa, mewariskan nama

baik, mewariskan keteJadanan dan peri1aku terpuji dan sebagainya, yang memberi

faedah dan manfaat yang sebesar-besamya bagi masyarakat, bangsa dan negara. Di

dalam ungkapan orang tua-tua Melayu ada disebutkan bahawa;

Yang disebut hidup meninggalkanMeninggaIakan syarak tempat berpijakMeninggalkan adat tempat menepatMeninggalkan lembaga tempat berjagaMeninggalkan budi yang terpujiMeninggalkan contoh yang senonoh

Meninggalkan teladan yang sepadanMeninggalkan nama yang mulia

Meninggalkan petuah yang berfaedah

Meninggalkan kaji yang berisi

Meninggalkan pusaka yang berhargaMeninggalkan anak yang dipinakMeninggalkan harta yang bergunaMeninggalkan dunia dengan bekalnya