jaringan 1

6
1.0 Tajuk Permainan “Bouncing Bouncing”. 2.0 Matlamat Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menyediakan perancangan awal sebelum melakukan ujian amali permainan kanak-kanak. Setiap peraturan dan cara permainan dilaksanakan akan dicatat dengan rapi bagi melancarkan perjalanan amali. 3.0 Objektif Pada akhir penyediaan kertas kerja : 1. Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan. 2. Dapat merangsang minda dengan mereka permainan baru berdasarkan permainan sedia ada dan menepati tajuk yang telah diberikan iaitu jaring/dinding. 3. Dapat melibatkan koordinasi otot- saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum 4. Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi. 5. Dapat menambah kemahiran pelajar dalam penggunakan blog untuk persembahan maklumat dan menyelesaikan tugasan sejajar dengan kemajuan teknologi masa kini. 4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN 4.1 Senarai Jenis Alatan Bi l. Alatan Bilanga n Gambar Catatan 1. Skitel kecil 4 Digunakan untuk mengasingkan zon.

Upload: yahoobijak

Post on 02-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jaringan dalam tgfu

TRANSCRIPT

Page 1: jaringan 1

1.0         Tajuk  

Permainan “Bouncing Bouncing”.

2.0       Matlamat

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menyediakan perancangan awal sebelum

melakukan ujian amali permainan kanak-kanak. Setiap peraturan dan cara

permainan dilaksanakan akan dicatat dengan rapi bagi melancarkan perjalanan

amali.

3.0       Objektif

Pada akhir penyediaan kertas kerja :

1.    Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan,

ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.

2.    Dapat merangsang minda dengan mereka permainan baru berdasarkan permainan

sedia ada dan menepati tajuk yang telah diberikan iaitu jaring/dinding.

3.    Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya

tahan secara maksimum 

4.    Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi. 

5.    Dapat menambah kemahiran pelajar dalam penggunakan blog untuk persembahan

maklumat dan menyelesaikan tugasan sejajar dengan kemajuan teknologi masa kini.

4.0       PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

4.1       Senarai Jenis Alatan

Bil

.Alatan Bilangan Gambar Catatan

1. Skitel kecil 4

Digunakan

untuk

mengasingkan

zon.

2. Skitel 4 Digunakan

Page 2: jaringan 1

sederhana

untuk menetap

kawasan

permainan.

3. Bola 1

Untuk

dilambung

dengan

menggunakan

guni.

4. Jaring 2

Digunakan

untuk menjadi

jaring yang

diperbuat

daripada tali

raffia dan skitel

besar.

5. Guni 4

Digunakan

untuk

melambung

bola.

6. Papan skor 1 -

Page 3: jaringan 1

4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan

1.    Bahagikan pelajar kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdapat 4 orang pelajar.

2.    Kawasan setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 zon, iaitu Zon A dan Zon B.

3.    Setiap zon terdapat 2 orang pelajar dengan memegang guni.

Garisan Merah: “Playing Line”

Garisan Biru: “Servis Line”

Garisan Hijau: “Zon Line”

4.    Permainan dimulakan dengan servis dari kumpulan A kepada kumpulan B.

5.    Servis dibuat di kawasan servis Kumpulan A ke kawasan servis Kumpulan B dan

tidak boleh melepasi “Servis Line”. Sekiranya bola tidak sampai di kawasan servis

pihak berlawan atau keluar daripada “Playing Line”, maka servis dikira batal dan

markah akan diberi kepada pihak lawan.

6.    Setiap kumpulan hanya dibenarkan melambung bola sebanyak 2 kali pada zon

kumpulan sendiri sebelum melambung bola kepada pihak lawan.

7.    Mata akan diberi kepada kumpulan yang berjaya menghantar bola ke dalam

gelanggang lawan dan pihak lawan gagal membalas hantaran tersebut. 

8.    Sekiranya bola jatuh di kawasan larangan atau keluar daripada “playing line”, maka

pihak lawan akan mendapat mata.

Page 4: jaringan 1

9.    Pertukaran servis berlaku apabila pihak servis gagal mendapat mata.

10. Kumpulan yang berjaya mendapat 3 markah berterusan akan mendapat peluang

untuk pusingan bonus.

11. Untuk pusingan bonus, pihak menang diberi 1 kali peluang untuk melambung bola

ke kawasan pihak lawan. Sekiranya bola jatuh dalam bulatan, maka 2 mata akan

diberi dan 1 mata akan diberi jika bola jatuh dalam zon pihak lawan. Tiada mata

diberi jika bola jatuh dalam kawasan larangan atau keluar daripada “playing line”

Warna merah: 2 markah                                         Warna biru: 1 markah

12. Kumpulan yang berjaya mendapat 15 mata dahulu akan dikira menang 1 set.

Kumpulan yang menang 2 daripada 3 set adalah pemenang akhir.

4.2  Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

                                                                                                   

Garisan Merah: “Playing Line”   

Garisan Biru: “Servis Line”

Garisan Hijau: “Zon Line”

4.4 Peraturan dan Syarat-syarat Permainan

4.4.1.   Peraturan Permainan

a.    Ahli kumpulan dalam zon A dan B hanya boleh bergerak dalam zon sendiri sahaja.

b.    Bola tidak boleh disambut tanpa menggunakan guni.

Page 5: jaringan 1

c.    Setiap kumpulan hanya dibenarkan melambung bola sebanyak dua kali dalam

pasukan sendiri.

d.    Ahli kumpulan tidak dibenarkan keluar dari zon kawasan permainan masing-masing

semasa pertandingan dijalankan.

e.    Semasa melambung bola,pemain tidak dibenarkan mengubah posisi untuk

menghantar bola kembali ke pihak lawan.

f.     Service dimulakan dari pemain zon A ke zon A pihak lawan, atau dari pemain zon B

ke zon B pihak lawan.

g.    Sekiranya pihak penerima servis tidak dapat membalas bola dan bola terkena

lantai,pihak membuat servis mendapat satu mata.

h.    Sekiranya bola yang dilambung atau dibalas keluar daripada garis sempadan yang

ditentukan,  pihak lawan mendapat satu mata.

i.      Jika pemain melambung bola tidak melepasi jaring dan kawasan larangan, mata

akan diberi kepada pihak lawan.

j.      Cara pemegang guni adalah bebas antara peserta.

k.    Permainan akan dimulakan dengan membaling wang syiling untuk menentukan

pasukan A dan pasukan B.

4.4.2.   Sistem Permainan

a.    Sistem permainan dijalankan secara kalah mati. Pasukan yang gagal akan dikira

kalah.

4.4.3.   Sistem Pemberian Mata

a.    Sekiranya bola yang dilambung oleh pemain terkeluar daripada kawasan pemainan,

pihak lawan akan mendapat mata dan begitu juga sebaliknya.

b.    Permainan akan dijalankan dalam 3 set di semua peringkat iaitu pasukan yang

memenangi 2 set dikira menang.

c.    Pasukan yang mendapat 3 mata berturut-turut akan memasuki pusingan bonus

dimana jika bola berjaya memasuki bulatan melepasi jaringan akan mendapat 2

mata dan 1 mata diberi jika di luar bulatan tetapi dalam kawasan permainan.

d.    Kumpulan yang mendapat mata ke 15 dahulu dikira sebagai pemenang.

4.4.4.   Pertukaran Pemain

a.    Pertukaran boleh dilakukan sebelum dan semasa perlawanan dijalankan mengikut

peraturan melalui pengadil . Selepas itu, segala pertukaran tidak akan dibenarkan.