japanese intelligence during malayan campaign

Upload: mohd-azmi-arifin

Post on 13-Jul-2015

193 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PERISIKAN TENTERA JEPUN DALAM KEMPEN MALAYA Pendahuluan Pada Disember 1941, Jepun telah memulakan kempen ketenteraan bagi menguasai keseluruhan rantau Timur Jauh dan Pasifik dengan menyerang Pangkalan Tentera Laut AS dan Malaya. Dalam kempen Malaya, misi utamanya adalah untuk menawan Singapura yang disifatkan sebagai `Kubu Kuat empayar British di rantau ini. Tentera Imperial Jepun daripada Ketumbukan Ke-25 Tentera Darat dan diketuai oleh Lt Jen Tomoyuki Yamashita berjaya mencapai misinya dalam masa dua bulan dengan kekalahan Tentera British pada 15 Februari 1942 walaupun jumlah tenteranya lebih kecil berbanding tentera British dan terpaksa bertempur di dalam keadaan bentuk muka bumi serta keadaan cuaca tropika yang sukar. Inti pati kejayaan tentera Jepun boleh dikaitkan dengan prinsip dan falsafah Sun Tzu yang menyatakan Sekiranya kamu dapat mengenali tentang musuh dan diri kamu sendiri, kamu tidak perlu takut akan hasil keputusan daripada seratus peperangan. Ini bermaksud, faktor kejayaan tentera Jepun bukanlah semata-mata daripada aturgerak pasukan tentera tetapi perkara utama yang menjadi faktor penyumbang kejayaan tersebut adalah daripada perisikan. Jepun telah melaksanakan aktiviti pengutipan maklumat setahun sebelum Kempen Malaya dilancarkan melalui aktiviti perniagaan, melancung dan lain-lain. Aktiviti tersebut banyak menyalurkan maklumat strategik kepada tentera Jepun seperti bentuk muka bumi, infrastruktur, keadaan rakyat, lokasi sasaran penting, aktiviti dan kedudukan tentera British di Malaya. Sebagaimana Sun Tzu menegaskan, Tentera yang tiada perisikan adalah umpama manusia yang tidak mempunyai mata dan telinga. Aset dan Aktiviti Perisikan Tentera Jepun Terdapat tiga aset perisikan tentera Jepun terdiri daripada unit perisikan tentera dan agen perisikan yang melaksanakan aktiviti pengutipan maklumat, espionaj dan juga subversif sebagai Persediaan Perisikan Medan Perang. Antara aset-aset perisikan tersebut adalah seperti berikut:a.

Doro Nawa.

Untuk mendapatkan maklumat strategik dan taktikal sebagai persediaan kempen, tentera Jepun telah menubuhkan sebuah unit perisikannya, Seksyen Penyelidikan Tentera Taiwan atau dikenali sebagai Doro Nawa. Unit ini berkekuatan seramai 30 orang anggota dan diketuai oleh Kolonel Tsuji Masanobu bertanggungjawab untuk mengumpulkan segala data yang tepat untuk peperangan tropika sebagai sebahagian daripada perisikan taktikal selain daripada maklumat perisikan strategik. Selain memperoleh maklumat-maklumat daripada sumber terbuka, anggota-anggotanya juga menyamar sebagai pedagang, pelaut, pembaiki basikal, jurugambar, penggunting rambut dan lain-lain. Selain daripada itu, terdapat juga rakyat Jepun yang bermastautin di Malaya menjadi agen kepada Doro Nawa di mana kebanyakan mereka menguasai sebahagian bidang ekonomi melalui sistem perniagaan. Situasi tersebut telah memberi asas yang baik untuk melaksanakan aktivitiaktiviti perisikan. Dalam satu contoh, seorang daripada pemastautin tersebut telah1

menyerahkan sekeping foto pulau Singapura yang diambil dari udara. Kebanyakan rakyat Jepun tersebut telah meninggalkan Malaya sebaik sahaja hubungan dua hala Jepun dan Britain semakin tegang tetapi kembali semula untuk berkhidmat sebagai juru pandu arah pasukan tentera dan juga agen perisikan di bawah kelolaan Doro Nawa. Dalam peringkat perancangan, dengan perolehan maklumat yang disalurkan oleh Doro Nawa, pihak Jepun seterusnya melaksanakan analisa yang mendalam khususnya berkaitan keadaan geografi dan kemungkinan tindak balas tentera British. Hampir kesemua hasil analisa tersebut telah disahkan sebagai tepat melalui tinjauan udara yang dilaksanakan secara sulit ke seluruh Semenanjung Malaya. Hasilnya, pihak Jepun telah dapat menjangkakan situasi pertahanan Malaya dan Singapura. Sebagai contoh, Jepun telah mengetahui akan kelemahan tentera British yang tidak mempunyai kapal pengangkut kapal terbang dan mereka menjangkakan bahawa British akan bergantung sepenuhnya kepada bantuan udara yang berpangkalan di Utara semenanjung. Lantaran itu, Jepun meletakkan keutamaannya untuk menguasai lapangan-lapangan terbang tersebut dan seterusnya menyebabkan British kehilangan kuasa udaranya. b. Fujiwara Kikan.

Fujiwara Kikan atau F Kikan adalah merupakan sebuah unit perisikan yang ditubuhkan oleh Tentera Imperial Jepun sendiri semasa peringkat awal Perang Pasifik pada akhir tahun 1941 di Bangkok, Thailand. Nama unit adalah bersempena nama Major Fujiwara Iwaichi, Ketua Staf Perisikan daripada Ketumbukan Ke-15 Tentera Darat Jepun. F Kikan dianggotai oleh lima orang pegawai dan dua penterjemah bahasa Hindi berperanan melaksanakan operasi subversif bagi mempengaruhi rakyat tempatan dalam mendapatkan sokongan mereka melalui gerakan-gerakan kemerdekaan tempatan seperti di India, Indonesia dan Malaya. Sebagai contoh, F Kikan bertanggungjawab menubuhkan rangkaian perisikan di Aceh melalui gerakan menentang Belanda iaitu Tani Yutaka seterusnya menjadi latar kepada penaklukan Jepun di Indonesia. Walau bagaimanapun, kejayaan utamanya ialah melalui rangkaian dengan Indian Liberation League (ILL) di India. Hasil hubungan dan kerjasamanya dengan Pritam Singh Dillon dan Kapten Mohan Singh di mana mereka berjaya merekrut hampir 40,000 orang untuk menubuhkan Indian National Army (INA). Di Malaya, F Kikan sering berhubung dengan kumpulan-kumpulan Melayu berhaluan kiri yang menentang penjajah British khususnya Kumpulan Melayu Muda pimpinan Ibrahim Hj Yaakob. Selain daripada itu juga, mereka turut mempengaruhi tentera-tentera India khususnya daripada Kor Ke-3 Askar India yang berkhidmat di bawah pimpinan British. Orang keturunan India terbukti bersemangat waja untuk bumi India apabila ramai di antara mereka menyertai INA yang ditubuhkan secara tidak rasmi di Gurun sebaik sahaja Askar India meletakkan senjata dan dirasmikan penubuhannya oleh Jepun di Taiping. Penubuhan INA dan memujuk askar India meletakkan jawatan adalah usaha melemahkan pertahanan British oleh perisikan Jepun. Selepas kekalahan British di Singapura pada Feb 1942, F Kikan telah dibubarkan dan digantikan dengan unit perhubungan raya iaitu Iwakuro Kikan atau I Kikan.

2

Patrick Heenan. Selain daripada dua unit perisikan tentera, seorang pegawai staf di markas tentera British iaitu Patrick Heenan turut terlibat dalam aktiviti espionaj atau penyuluhan. Beliau yang berpangkat Kapten dalam unit Askar India telah mendapat akses maklumat yang baik apabila dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemeriksaan keselamatan ke atas unit-unit tentera di Selatan Malaya. Antara maklumat yang dipercayai telah disalurkan kepada pihak Jepun ialah berkaitan jumlah kekuatan keseluruhan tentera British, penyata pesawat udara dan lakaran pertahanan Singapura. Patrick Heenan kemudiannya telah ditangkap dan dibicarakan dalam Mahkamah Tentera serta dijatuhkan hukuman bunuh pada Januari 1942 atas dakwaan melaksanakan pengintipan untuk tentera Jepun.c.

Kesimpulan Kempen Malaya berakhir dengan upacara penyerahan diri tentera British kepada Jepun oleh Lt Jen Arthur Percival. Seramai 130,000 anggota dari kalangan tentera British, Australia, New Zealand dan India telah menyerah kalah kepada tentera Jepun yang hanya berkekuatan separuh daripada mereka. Kelebihan Jepun ialah pihaknya mengetahui apa yang dilakukan oleh pihak British. Sebaliknya British tidak dapat menduga aktiviti dan manouvres pihak Jepun. Di samping memiliki risik gempur (combat intelligence), rakyat Jepun yang ada di Tanah Melayu telah membuat hubungan dengan elemen subversif tempatan. Peniaga Jepun inilah yang sebenarnya mengiringi tentera Jepun yang mara dan memandu pergerakan tentera Jepun melalui hutan. Lebih penting dari itu, Jepun mengetahui butiran lengkap pergerakan tentera Jepun, pelan atur kem tentera dan juga sasaran-sasaran penting.

3