jangkitan selsema burung yang berpunca ancaman · pdf filesinggah kembali ke malaysia dengan...

4
Buletin Umum Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia Bilangan 57, Mac 2006 ISSN 1394-5238 Negara Jumlah Kes Jumlah Kematian China 12 8 Indonesia 26 19 Iraq 1 1 Kemboja 4 4 Thailand 22 14 Turki 12 4 Vietnam 93 42 Jumlah Keseluruhan 170 92 5 Januari 2005, Malaysia telah diisytiharkan bebas daripada wabak selsema burung. Namun begitu, setelah setahun berlalu virus ini singgah kembali ke Malaysia dengan kes kematian 40 ekor ayam kampung yang disahkan dijangkiti virus H5N1. Ancaman selsema burung mula berlaku dalam sektor ternakan di hampir 8 buah negara di Asia lewat tahun 2003 hingga awal tahun berikutnya. Keadaan menjadi agak terkawal menjelang pertengahan 2004. Namun begitu, penularan wabak ini kembali menjadi perhatian masyarakat dunia apabila ia dilaporkan masih terus berlaku dengan peningkatan bilangan mangsa yang dijangkiti virus berbahaya ini. Berikut adalah statistik yang menunjukkan bilangan kes individu yang dijangkiti virus Avian Influenza (H5N1) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 20 Februari lalu. Virus H5N1 pada kebiasaannya tidak menjangkiti manusia. Malah, kebanyakan kes jangkitan terhadap manusia berlaku dalam kalangan individu yang berisiko tinggi seperti mereka yang bekerja di ladang ternakan, bersabung ayam atau mereka yang memeriksa tempat- tempat ternakan dan mengendalikan pemusnahan ternakan yang berpenyakit. Selsema Burung : Ancaman Pandemik Menanti Oleh : Azaharudin Awang Ahmad dan Sulastri Samsudin berpenyakit. Sehingga kini belum ada lagi kes jangkitan selsema burung yang berpunca daripada manusia. Namun begitu, kita harus sedar bahawa virus mempunyai keupayaan yang tinggi untuk bermutasi dan tidak hairanlah jika suatu hari nanti ia mampu merebak melalui manusia pula. Sekiranya jangkitan sangat mudah berlaku dan sukar dikawal lagi, maka seluruh dunia akan berhadapan dengan ancaman pandemik 1 selsema burung yang sangat ditakuti. Selain kebimbangan wabak ini menjadi pandemik, faktor kerintangan virus avian influenza terhadap rawatan anti-viral juga membimbangkan para saintis. Virus yang bermutasi berpotensi tinggi untuk menjadi rintang disebabkan perubahan struktur genetik yang berlaku mengganggu tindakan ubat terhadapnya. Sehingga hari ini, virus ini telah pun mengalami kerintangan dengan dua jenis anti- viral yang biasa digunakan untuk merawat jangkitan influenza iaitu amantadin dan rimantadin. Manakala, dua lagi anti-viral iaitu zanamivir (Relenza®) dan oseltamivir (Tamiflu®) dengan mekanisma tindakan yang dikatakan berpotensi untuk merawat jangkitan selsema burung masih memerlukan kajian tambahan untuk memastikan keberkesanannya. Berikut adalah soalan yang kerap ditanya berkaitan selsema burung: Apakah penyebab jangkitan selsema burung? Selsema burung disebabkan oleh sejenis virus. Dalam kalangan ahli sains, virus ini dikenali sebagai Avian Influenza A (H5N1) atau H5N1 (highly pathogenic avian influenza - HPAI). Berdasarkan kajian, virus avian influenza terdiri daripada banyak subjenis. Kebanyakan subjenis virus ini hanya menjangkiti haiwan ternakan terutamanya spesis burung seperti ayam, itik, angsa dan juga burung-burung liar. Namun demikian, saintis telah berjaya mengenalpasti beberapa subjenis yang dapat menjangkiti manusia, antaranya ialah H5, H7 dan H9. Antara ketiga-tiga subjenis ini, subjenis H5N1 diketahui paling patogenik, manakala keupayaan subjenis H7N7 dan H9N2 untuk menyebabkan jangkitan masih dalam kajian para saintis. Bagaimanakah virus ini boleh menjangkiti manusia? Kebanyakan kes yang berlaku adalah akibat pendedahan secara langsung terhadap haiwan ternakan yang dijangkiti atau terhadap permukaan yang telah dicemari oleh najis haiwan ternakan

Upload: lamtram

Post on 05-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: jangkitan selsema burung yang berpunca Ancaman · PDF filesinggah kembali ke Malaysia dengan kes kematian 40 ekor ayam kampung ... sistem pernafasan dan fungsi organ. ... Memusnahkan

Buletin Umum Pusat Racun Negara, Universiti Sains MalaysiaBilangan 57, Mac 2006 ISSN 1394-5238

Negara Jumlah Kes Jumlah Kematian China 12 8 Indonesia 26 19 Iraq 1 1 Kemboja 4 4 Thailand 22 14 Turki 12 4 Vietnam 93 42 Jumlah Keseluruhan 170 92

5 Januari 2005, Malaysia telah diisytiharkan bebas daripada wabak selsema burung. Namun begitu, setelah setahun berlalu virus ini singgah kembali ke Malaysia dengan kes kematian 40 ekor ayam kampung yang disahkan dijangkiti virus H5N1.

Ancaman selsema burung mula berlaku dalam sektor ternakan di hampir 8 buah negara di Asia lewat tahun 2003 hingga awal tahun berikutnya. Keadaan menjadi agak terkawal menjelang pertengahan 2004. Namun begitu, penularan wabak ini kembali menjadi perhatian masyarakat dunia apabila ia dilaporkan masih terus berlaku dengan peningkatan bilangan mangsa yang dijangkiti virus berbahaya ini. Berikut adalah statistik yang menunjukkan bilangan kes individu yang dijangkiti virus Avian Influenza (H5N1) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 20 Februari lalu.

Virus H5N1 pada kebiasaannya tidak menjangkiti manusia. Malah, kebanyakan kes jangkitan terhadap manusia berlaku dalam kalangan individu yang berisiko tinggi seperti mereka yang bekerja di ladang ternakan, bersabung ayam atau mereka yang memeriksa tempat-tempat ternakan dan mengendalikan pemusnahan ternakan yang berpenyakit.

Selsema Burung : Ancaman Pandemik

MenantiOleh : Azaharudin Awang Ahmad dan Sulastri Samsudin

berpenyakit. Sehingga kini belum ada lagi kes jangkitan selsema burung yang berpunca daripada manusia.

Namun begitu, kita harus sedar bahawa virus mempunyai keupayaan yang tinggi untuk bermutasi dan tidak hairanlah jika suatu hari nanti ia mampu merebak melalui manusia pula. Sekiranya jangkitan sangat mudah berlaku dan sukar dikawal lagi, maka seluruh dunia akan berhadapan dengan ancaman pandemik1 selsema burung yang sangat ditakuti. Selain kebimbangan wabak ini menjadi pandemik, faktor kerintangan virus avian influenza terhadap rawatan anti-viral juga membimbangkan para saintis. Virus yang bermutasi berpotensi tinggi untuk menjadi rintang disebabkan perubahan struktur genetik yang berlaku mengganggu tindakan ubat terhadapnya. Sehingga hari ini, virus ini telah pun mengalami kerintangan dengan dua jenis anti-viral yang biasa digunakan untuk merawat jangkitan influenza iaitu amantadin dan rimantadin. Manakala, dua lagi anti-viral iaitu zanamivir (Relenza®) dan oseltamivir (Tamiflu®) dengan mekanisma tindakan yang dikatakan berpotensi untuk merawat jangkitan selsema burung masih memerlukan kajian tambahan untuk memastikan keberkesanannya.

Berikut adalah soalan yang kerap ditanya berkaitan selsema burung:

Apakah penyebab jangkitan selsema burung?Selsema burung disebabkan oleh sejenis virus. Dalam kalangan ahli sains, virus ini dikenali sebagai Avian Influenza A (H5N1) atau H5N1 (highly pathogenic avian influenza - HPAI). Berdasarkan kajian, virus avian influenza terdiri daripada banyak subjenis. Kebanyakan subjenis virus ini hanya menjangkiti haiwan ternakan terutamanya spesis burung seperti ayam, itik, angsa dan juga burung-burung liar. Namun demikian, saintis telah berjaya mengenalpasti beberapa subjenis yang dapat menjangkiti manusia, antaranya ialah H5, H7 dan H9. Antara ketiga-tiga subjenis ini, subjenis H5N1 diketahui paling patogenik, manakala keupayaan subjenis H7N7 dan H9N2 untuk menyebabkan jangkitan masih dalam kajian para saintis.

Bagaimanakah virus ini boleh menjangkiti manusia?Kebanyakan kes yang berlaku adalah akibat pendedahan secara langsung terhadap haiwan ternakan yang dijangkiti atau terhadap permukaan yang telah dicemari oleh najis haiwan ternakan

Page 2: jangkitan selsema burung yang berpunca Ancaman · PDF filesinggah kembali ke Malaysia dengan kes kematian 40 ekor ayam kampung ... sistem pernafasan dan fungsi organ. ... Memusnahkan

The International Society of Drug Bulletins (ISDB) merupakan rangkaian global bagi buletin dan jurnal bebas seluruh dunia yang membincangkan tentang drug dan kesan terapeutiknya. Buletin-buletin ini dikeluarkan oleh kumpulan profesional dari pelbagai negara.

PenawaRacun telah diterima sebagai ahli ISDB pada bulan Disember 1997. PenawaRacun merupakan Buletin Umum PRN bertujuan untuk membantu anda berwaspada terhadap bahan-bahan yang mungkin mengakibatkan keracunan disamping meningkatkan kesedaran kesihatan anda dan keluarga.

PenasihatDato' Dzulkifli Abdul Razak

Penyunting bersamaRahmat Awang

Mohd Isa Abdul MajidMohamed Izham Mohamed

IbrahimRazak Haji Lajis

Grafik dan DTPIntan Suhaila Kassim

Penyunting www Natrah Mustapha

PenyelarasSulastri Samsudin

Buletin ini boleh didapati melalui internet, dalam PRNWeb

http://www.prn.usm.my

Ahli ISDB

ternakan yang terjangkit. Sehingga kini, jangkitan antara individu yang terjangkit kepada individu lain masih belum dilaporkan. Hampir semua kes yang dilaporkan adalah berpunca daripada haiwan ternakan.

Apakah tanda-tanda jangkitan?Individu yang telah dijangkiti oleh virus influenza akan mengalami demam (suhu badan > 38°C ), batuk, kesukaran bernafas, bernafas dengan cepat, loya dan muntah serta jangkitan paru-paru. Terdapat juga laporan mengatakan pesakit akan mengalami penurunan tekanan darah. Pada peringkat akhir jangkitan ini, pesakit juga akan mengalami kegagalan sistem pernafasan dan fungsi organ. Risiko kematian akan meningkat jika pesakit tidak diberikan rawatan segera.

RawatanPada masa ini terdapat 4 jenis agen antiviral yang digunakan untuk merawat jangkitan influenza pada manusia iaitu amantandin, rimantandin, zanamivir (Relenza®) dan oseltamivir (Tamiflu®). Amantandin dan rimantandin bertindak sebagai antiviral dengan cara merencat replikasi virus. Penggunaan 2 agen ini hanya disarankan untuk jangkitan selsema yang biasa dan bukan untuk jangkitan selsema yang disebabkan oleh virus H5N1. Ini kerana virus ini dikatakan rintang terhadap 2 agen ini. Zanamivir dan oseltamivir pula merupakan agen antiviral perencat neuramidase.

Virus pada asasnya bukanlah satu benda hidup dan tidak dapat membiak dengan sendirinya. Bagi tujuan pembiakan, virus mesti menjangkiti sel induk perumah dan menggunakan keupayaan sel yang telah dijangkiti untuk mengandakan bilangan. Di dalam virus terdapat sejenis enzim yang dikenali sebagai neuramidase yang bertindak melepaskan keluar virus H5N1 yang telah siap dihasilkan daripada sel induk yang dijangkiti.

Dengan adanya perencat enzim ini, maka pelepasan virus daripada sel perumah dapat dihalang dan seterusnya menghalang virus tersebut daripada menjangkiti sel-sel yang lain. Selain daripada agen-agen ini, saintis masih lagi sedang mengkaji beberapa jenis agen yang berkemungkinan dapat digunakan untuk merawat selsema burung antaranya ialah peramir, interferon alfa dan juga ribavirin tindakan panjang. Selain daripada penggunaan agen kimia, pesakit juga memerlukan rawatan sokongan seperti bekalan oksigen bagi membantu pernafasan.

1Pandemik: penularan penyakit berjangkit yang berlaku di seluruh dunia.

www.livewellguide.com

http://www.taipeitimes.com

Page 3: jangkitan selsema burung yang berpunca Ancaman · PDF filesinggah kembali ke Malaysia dengan kes kematian 40 ekor ayam kampung ... sistem pernafasan dan fungsi organ. ... Memusnahkan

Semburan kabus racun serangga (Fogging) . bertujuan untuk membunuh nyamuk dewasa. semburan dilakukan dengan menggunakan Thermal Fogger. semburan dilakukan seluas 200 meter sekeliling rumah pesakit. apabila berlaku wabak secara meluas semburan dijalankan dengan menggunakan mesin Ultra Low Volume yang diletakkan di atas kenderaan. semburan dijalankan pada awal pagi dan petang dan keadaan cuaca yang sesuai (tanpa hujan). semburan dibuat apabila ada kes demam denggi yang dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan dalam masa 24 jam selepas notifikasi dan diikuti dengan semburan berikutnya pada hari ke 7 - 10.

Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk

. memusnahkan atau mengurangkan sebanyak mungkin pelbagai bekas dan tempat di mana vektor dapat bertelur dan berkembang biak. mengurangkan atau mengelakkan penyimpanan air takungan seperti di dalam tempayan, kolam simen dan sebagainya. mencampurkan racun serangga Abate ke dalam semua bekas takungan air atau mencampurkan garam atau minyak tanah untuk menggantikan Abate . mengemas halaman rumah daripada lalang dan sampah sarap kerana Aedes albopictus dapat berkembang biak di halaman yang kurang bersih atau semak

Kawalan biologi : Kawalan pencegahan jangka panjang

Kawalan biologi merupakan kawalan nyamuk melalui pemangsanya atau organisma parasitnya atau juga patogennya.

Pemangsa Aedes : ikan Gambusia, Claris fuscus, Macropodus dan Tilapia nilotica - berfungsi untuk memakan jentik-jentik ;Selain spesies ikan, spesies nyamuk Toxorhynchites boleh juga digunakan untuk memakan jentik jentik Aedes sp. yang terdapat di dalam bekas-bekas takungan air. Nyamuk spesies ini tidak menghisap darah manusia dan ianya bersaiz lebih besar berbanding Aedes.Bakteria seperti Bacillus thuringiensis, B. israelensis dan B. sphaericus boleh digunakan untuk membunuh larva nyamuk Aedes ketika diperingkat instar ketiga dan keempat.Lain-lain - menggunakan cacing gelang dan kulat seperti Coelomomyces.

KAWALAN KETIKA BERLAKU WABAK DEMAM DENGGI

Sumber : . www.commhlth.medic.ukm.my . www3.baylor.edu . Utusan Malaysia, 4 September 2005

http://www.sapp.org.my/img/fogging.gif

KAWALAN & PENCEGAHAN DENGGI DI PERSEKITARAN ANDA

Pengawasan Vektor(Nyamuk Aedes)

. Aedes aegypti vektor penyakit utama. Mengawasi jumlah dan paras kepadatan vektor. Terdapat dua peringkat pengawasan vektor

Pengawasan jentik-jentik

. Tinjauan akan dilakukan di setiap rumah di sesebuah kawasan perumahan. Beberapa jenis indeks akan digunakan untuk menentukan kepadatan jentik-jentik

Pengawasan nyamuk dewasa

. Aedes aegypti boleh ditangkap ketika ia sedang berehat atau ketika ia menggigit umpan. Aedes albopictus boleh ditangkap ketika di luar rumah dengan menggunakan umpan manusia. Perangkap khas untuk telur nyamuk (ovitrap) boleh digunakan untuk menentukan kepadatan nyamuk

Page 4: jangkitan selsema burung yang berpunca Ancaman · PDF filesinggah kembali ke Malaysia dengan kes kematian 40 ekor ayam kampung ... sistem pernafasan dan fungsi organ. ... Memusnahkan

PENERANGANCekur ialah sejenis tumbuhan herba yang terdapat di kawasan tropika dan boleh ditemui di Malaysia. Ia sejenis herba renek yang tumbuh melebar di atas tanah. Tumbuhan bersaiz kecil dan mempunyai mempunyai daun dalam anggaran 2 hingga 7 helai sahaja. Daunnya berbentuk bujur tirus, licin dan tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Hujung daun agak runcing dan saiznya boleh mencapai 15 cm panjang dan 10 cm lebar .

Cekur juga mempunyai bunga yang berwarna putih dengan dua belahan lengkuk yang berwarna unggu di tengah-tengah rumpun. Di bahagian rizomnya pula terdapat ubi-ubi yang berbentuk seperti jari. Istimewanya tumbuhan herba ini adalah kerana daun dan akarnya yang mempunyai aroma yang unik dan boleh membangkitkan selera.

BAHAGIAN BERMANFAATBahagian : Daun dan rizom (akar)Bahagian Aktif : Sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain.

BAHAN BERCETAKPusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang.

Tel: 04-6570099 Fax: 04-6568417

KEGUNAANRizom pokok cekur boleh digunakan sebagai salah satu bahan dalam perubatan tradisional orang Melayu untuk mengubati beberapa jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf dan lain-lain lagi. Cara pengubatannya adalah dengan memakan rizomnya secara segar.Namun ada segelintir individu yang meminum air perahan rizomnya sahaja bagi mengatasi penyakit-penyakit tersebut. Masyarakat Cina juga tidak terkecuali daripada menikmati manfaat yang terdapat pada tumbuhan cekur ini. Sinseh (tabib perubatan tradisional Cina) menggunakan rizom cekur yang telah matang dan telah dibersihkan untuk dilunturkan dengan asap sulfan (sulfan atau sulfur trioxide adalah bahan kimia yang amat menghakis dan sesuai dijadikan peluntur) selama sehari sebelum dijemur kering. Bahan ini telah digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi, menghilangkan kelumumur dan juga membunuh kutu kepala. Masyarakat Cina juga menggunakan rizom sebagai mengatasi masalah sembelit, sakit kepala, membuang angin dalam perut dan juga bahan penambah selera makan.

Wanita-wanita di Indonesia banyak menggunakan rizom cekur sebagai salah satu bahan dalam pembuatan jamu dan tonik. Bagi wanita selepas bersalin rizom dikatakan mampu memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot dan menyembuhkan luka dalam perut. Penyakit selesema juga boleh diatasi dengan menghidu bau rizomnya.

Daun cekur banyak digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai ulam-ulaman. Orang tua-tua berpendapat bahawa daunnya mampu menambah selera makan.

KESAN PENGAMBILANSehingga kini belum ada laporan kes khusus yang mel ibatk an k esan penggunaan pokok cekur. Namun seperti tumbuhan herba yang lain pengguna dinasihatkan agar tidak mengambil mana-mana bahagian tumbuhan ini secara berlebihan.

RAWATAN KECEMASANMangsa dinasihatkan agar menghentikan pengambilan rizom cekur jika berlaku kesan buruk pada kesihatan selepas pengambilan herba ini. Segera dapatkan rawatan kecemasan di hospital atau klinik yang berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Mereka yang ingin mengamalkan pengambilan pokok cekur sebagai sebahagian bahan dalam tonik dan jamu, sewajarnya merujuk kepada ahli botani yang diiktiraf terlebih dahulu bagi mengelakkan dari berlakunya hal-hal yang tidak diingini nanti.

Sumber:

http://agromedia.mardi.my

http://environmentalchemistry.com

CEKUR>>SIRI TUMBUHAN HERBA

PENGENALANFamili : ZingiberaceaeNama saintifik : Kaempferia galangaNama Melayu : Kencur, CekurNama Lain : Pro hom (Thai), Lesser galanga, Fingerroot (Inggeris)

Oleh : Norazihan Bt Othman