radioterapi - universiti putra malaysia...radioterapi atau terapi x-ray adalah rawatan lazim untuk...

34

Upload: others

Post on 21-Oct-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • RADIOTERAPI

    PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN

    Mazanah Muhamad

    Othman Omar

  • Radioterapi: Penjagaan Selepas Rawatan Versi online 2014 © Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis da-ripada Cornell University-Universiti Putra Malaysia, d/a Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Mazanah Muhamad Radioterapi : penjagaan selepas rawatan / Mazanah Muhamad, Othman Omar. ISBN 978-983-44361-0-0 1. Radiotherapy. 2. Cancer-Radiotherapy. I. Othman Omar. III. Judul. 615.842

  • Penerbitan ini ialah usaha sama Cancer Education

    and Research (CaEd) Laboratory, Institut Pengajian

    Sains Sosial (IPSAS), UPM; Cornell University; dan

    Persatuan Penterjemah Malaysia di bawah

    Cancer Education and Research (CaEd) Project.

    Penulis

    Mazanah Muhamad

    Othman Omar

    Penyemak

    Dr. Ahmad Kamal Mohamed

    Pakar Runding Onkologi Klinikal dan Pakar

    Radioterapi, Pusat Rawatan Subang Jaya

    Pembantu Penyelidik

    Norsidawati Abdul Gani

    Siti Rohani Mohamed

    Khateejah Mohd Yadzid

    Editor

    Ramlah Muhamad

    III

  • Buku kecil ini adalah adaptasi dan terjemahan dari

    penerbitan American Cancer Society. Ia menjelaskan

    tentang radioterapi dan bagaimana untuk menangani

    kesan-kesan sampingan selepas rawatan radioterapi

    diberikan. Ia juga mengandungi panduan tentang

    bagaimana memberi penjagaan susulan selepas

    rawatan. Kami juga menyediakan beberapa

    pertanyaan lazim yang boleh anda tanyakan kepada

    doktor dan jururawat anda.

    Maklumat Tambahan daripada Siri Penerbitan ini:

    Kemoterapi: Penjagaan Selepas Rawatan

    Lumpektomi: Penjagaan Selepas Rawatan

    Mastektomi: Penjagaan Selepas Rawatan

    IV

  • Di bawah Dana:

    Bahan Pendidikan Kanser Peringkat Mudah

    V

  • KANDUNGAN

    Apakah radioterapi? 1

    Bagaimana radioterapi diberikan? Radioterapi luaran 2 Radioterapi dalaman 3 Kesan semasa rawatan terapi implan 4 Kesan selepas implan sementara dikeluarkan 4

    Kesan sampingan 5 Bagaimana untuk menjaga diri semasa 6 menjalani terapi? Kesan sampingan lazim 7 Menangani kelesuan 7 Menangani masalah kulit 9 Menangani masalah selera makan 10

    PENGENALAN

    BAHAGIAN 1

    BAHAGIAN 2

    VII

  • Kesan sampingan lain Masalah rambut gugur 11 Menangani masalah darah 11 Kesan radioterapi pada kepala & leher 12 Menangani masalah mulut 12 Kesan radioterapi pada perut 13 dan abdomen Kesan radioterapi pada payudara 14 & dada Menangani loya 15 Menangani cirit-birit 15 Kesan radioterapi pada pelvis 16 Kesan radioterapi pada kesuburan 17 wanita dan hubungan seks Adakah kesan sampingan radioterapi 17 akan menghadkan aktiviti saya?

    Penjagaan susulan Penjagaan selepas radioterapi 18 Soalan untuk ditanya pada doktor & jururawat 19

    Sumber 20

    BAHAGIAN 3

    BAHAGIAN 4

    VIII

  • Radioterapi atau terapi

    x-ray adalah rawatan

    lazim untuk kanser. Ia

    digunakan selepas

    lumpektomi

    untuk memusnahkan

    sel kanser.

    ● Ramai pesakit pulih dari kanser selepas

    menerima rawatan radioterapi semata-mata atau

    digabungkan dengan pembedahan, kemoterapi

    atau imunoterapi.

    ● Radioterapi menggunakan alat khas untuk

    menyalurkan sinaran yang banyak kepada tumor

    berkanser lalu membunuh atau merosakkannya

    supaya ia tidak dapat tumbuh, membiak atau

    merebak.

    APAKAH RADIOTERAPI?

    P E N G E N A L A N

    1

  • ● Rawatan sinaran luaran tidaklah menyakitkan

    dan hanya seperti menjalani x-ray biasa.

    ● Dos sinaran dan bilangan rawatan

    bergantung kepada saiz, lokasi kanser,

    jenisnya dan kesihatan anda.

    ● Setiap sesi akan berlangsung selama 25-30 minit

    dan dilakukan lima hari

    seminggu selama 5-8

    minggu.

    BAGAIMANA

    RADIOTERAPI DIBERIKAN?

    1) RADIOTERAPI LUARAN

    B A H A G I A N

    1

    2

  • 2) RADIOTERAPI DALAMAN

    ● Radioterapi dalaman merupakan salah satu cara

    terbaik untuk merawat kanser anda menerusi

    jumlah dos sinaran yang lebih tinggi dalam masa

    yang singkat.

    ● Antara kaedah menggunakan sinaran dalaman

    ialah:

    1) Implan dimasukkan ke dalam rongga tubuh.

    2) Implan dimasukkan ke dalam / berhampiran

    kanser tapi tidak dalam rongga tubuh.

    3) Sinaran menerusi suntikan larutan radioaktif ke

    dalam saluran darah atau rongga tubuh.

    ● Semasa menjalani terapi implan, anda mungkin

    tidak berasa sakit atau akan jatuh sakit.

    ● Walau bagaimanapun, jika implan berada di

    tempatnya dengan bantuan suatu alat, anda

    mungkin berasa tidak selesa sedikit.

    3

  • ● Nyeri atau sensitif selama

    beberapa ketika selepas

    terapi.

    ● Perlu tidur lebih lama atau

    berehat selama beberapa

    hari selepas rawatan bagi

    membantu pemulihan

    tubuh.

    KESAN SEMASA RAWATAN TERAPI

    IMPLAN

    ● Kurang selesa

    ● Mengantuk

    ● Lemah atau loya dalam tempoh

    sekejap sahaja.

    KESAN SELEPAS IMPLAN

    SEMENTARA DIKELUARKAN?

    4

  • ● Amat penting untuk anda berbincang dengan

    doktor tentang kesan sampingan yang anda

    alami kerana mereka boleh memberi nasihat

    yang betul tentang kebimbangan anda.

    ● Kesan sampingan yang dialami mungkin

    berbeza bergantung kepada dos sinaran

    dan bahagian tubuh yang dirawat.

    ● Radioterapi boleh

    meninggalkan kesan

    sampingan awal atau lewat

    yang mangambil masa

    berbulan atau bertahun untuk muncul.

    KESAN SAMPINGAN

    BAHAG I AN 2

    5

  • Bagaimana untuk menjaga diri

    saya semasa menjalani terapi?

    ● Pastikan berehat secukupnya.

    ● Makan makanan seimbang dan

    berzat.

    ● Jaga kulit dan kawasan yang

    dirawat.

    ● Lindungi kulit daripada cahaya matahari.

    ● Elakkan memakai pakaian ketat.

    ● Jangan gosok, berus atau guna pita pelekat pada

    kulit yang dirawat.

    ● Tidak mengenakan benda panas atau sejuk

    (penuam panas atau sejuk).

    ● Tidak mengggunakan losen sebelum atau selepas

    bercukur.

    ● Pastikan doktor tahu tentang

    ubat yang sedang diambil

    sebelum rawatan dimulakan.

    6

  • Kesan sampingan lazim:

    1) Masalah lesu

    2) Masalah kulit

    3) Masalah hilang selera makan

    1) MENANGANI KELESUAN

    ● Senaraikan aktiviti mengikut

    kepentingan ketika anda

    bertenaga.

    ● Letak barang ditempat yang mudah

    dicapai untuk menjimatkan tenaga.

    ● Wujudkan rutin harian yang tersusun.

    7

  • ● Amalkan kaedah mengurangkan tekanan seperti

    bernafas panjang, bertafakur, bersolat, berdoa,

    melukis atau aktiviti lain yang menggembirakan

    anda.

    ● Membuat catatan dalam buku

    harian.

    ● Imbangi waktu rehat dan waktu aktiviti.

    ● Berbincanglah dengan doktor tentang cara untuk

    mengawal kesakitan, loya dan kemurungan.

    ● Berbincanglah dengan doktor

    tentang latihan jasmani sebelum

    anda mula melakukannya. Seboleh-

    bolehnya, sedut udara yang segar

    dan bersih.

    ● Makan

    makanan yang seimbang

    termasuklah protein (daging,

    susu, telur dan kekacang) dan

    minum lebih kurang dua liter

    (lapan hingga sepuluh gelas)

    air sehari.

    8

  • ● Gunakan sabun yang lembut

    dan air suam untuk menjirus.

    ● Jangan pakai pakaian ketat.

    ● Jangan gosok, berus atau

    garu mana-mana tempat yang sensitif.

    ● Jangan meletak bahan yang panas/sejuk seperti

    penuam/pek ais pada kulit yang mendapat

    rawatan kecuali mendapat nasihat doktor.

    ● Jangan pakai bedak, krim, minyak wangi,

    deodoran, minyak untuk badan dan losen di

    kawasan yang dirawat.

    ● Lindungi kulit daripada cahaya

    matahari semasa menjalani

    rawatan dan setahun selepas

    rawatan berakhir.

    2) MENANGANI MASALAH KULIT

    9

  • ● Banyakkan makanan

    berprotein dan berkalori tinggi.

    ● Makan apabila berasa lapar.

    ● Makan sedikit-sedikit beberapa kali pada waktu

    siang.

    ● Pelbagaikan diet dan cuba resepi

    baru.

    ● Jika tinggal bersendirian, anda

    boleh minta keluarga terdekat

    atau orang lain menghantar

    makanan kepada anda.

    ● Jika anda meminum alkohol, sila tanya kepada

    doktor sama ada anda perlu menghindarnya.

    3) MENANGANI MASALAH SELERA MAKAN

    ● Jika berasa sakit untuk

    mengunyah dan menelan,

    doktor mungkin menasihati

    untuk mengambil suplemen diet dalam bentuk

    serbuk atau cecair.

    10

  • Kesan sampingan lain:

    ● Radioterapi boleh menyebabkan rambut dan bulu

    badan gugur.

    ● Anda boleh memilih alternatif untuk

    memakai topi, tudung atau rambut

    palsu.

    ● Kesan sampingan ini kemungkinan lebih besar

    dihadapi jika anda juga menjalani rawatan

    kemoterapi.

    1) MASALAH RAMBUT GUGUR

    2) MENANGANI MASALAH DARAH

    ● Jarang sekali radioterapi mengakibatkan kiraan

    sel-sel darah putih rendah atau aras platlet

    rendah.

    11

  • ● Elakkan makanan berempah dan yang kasar

    seperti sayuran segar dan biskut kraker.

    ● Jangan makan atau minum minuman atau

    makanan yang terlalu panas atau sejuk.

    ● Jangan makan snek yang manis.

    3) MENANGANI MASALAH MULUT

    Apakah kesan sampingan

    radioterapi yang diberikan pada

    kepala dan leher?

    ● Sesetengah orang yang menerima rawatan

    sinaran pada kepala atau leher mengalami tanda

    kemerah-merahan di dalam mulut dan sakit mulut,

    mulut kering, sukar menelan, berubah rasa atau

    loya.

    ● Kesan sampingan lain yang mungkin dialami

    termasuklah hilang rasa, sakit telinga dan

    bengkak-bengkak.

    12

  • ● Minum minuman yang sejuk selalu

    sepanjang hari.

    ● Jangan merokok, mengunyah tembakau

    atau minum alkohol.

    ● Makan atau kunyah gula-gula atau

    gula-gula getah (kurang gula) supaya

    mulut anda sentiasa lembab.

    ● Basahkan makanan dengan kuah dan sos supaya

    mudah dimakan.

    Apakah kesan sampingan radioter-

    api yang diberikan pada perut

    dan abdomen?

    ● Anda mungkin mengalami muntah-muntah, loya

    atau cirit-birit.

    ● Doktor akan memberi ubat untuk melegakan

    masalah ini.

    ● Jangan ambil apa-apa ubat lain semasa menjalani

    rawatan melainkan anda merujuk kepada doktor

    13

  • Apakah kesan sampingan

    radioterapi yang diberikan pada

    payudara dan dada?

    ● Sukar menelan, batuk dan sesak nafas.

    ● Sakit atau bengkak payudara akibat pengumpulan

    cecair di tempat yang dirawat.

    ● Warna kulit berubah menjadi merah atau perang

    dan kemungkinan hilang 1-2 bulan selepas

    menjalani rawatan.

    ● Kulit akan sedikit gelap, liang roma lebih besar,

    kulit pada payudara lebih atau kurang sensitif dan

    terasa lebih tebal (sekiranya anda menjalani

    radioterapi selepas lumpektomi).

    ● Payudara mungkin lebih besar kerana

    pengumpulan cecair atau lebih kecil kerana

    terbentuk tisu berserat.

    14

  • ● Jangan makan selama beberapa

    jam sebelum rawatan.

    ● Selepas rawatan, anda perlu

    menunggu satu atau dua jam lagi sebelum

    makan .

    ● Jika masalah ini berlarutan, minta

    doktor berikan ubat (antiemetic) untuk

    mencegah dan mengubati loya.

    ● Cuba diet cair yang jernih (air, teh cair, jus epal,

    sup jernih) sebaik sahaja cirit-birit

    mula dialami atau apabila anda

    berasa ia akan mula.

    4) MENANGANI LOYA

    5) MENANGANI CIRIT-BIRIT

    15

  • ● Elakkan makanan yang banyak serat atau boleh

    menyebabkan angin atau kejang seperti buah-

    buahan dan sayuran yang dimakan mentah, kopi,

    kacang, kubis, roti gandum tulen dan bijirin,

    makanan manis dan berempah.

    ● Makan sedikit tetapi kerap. ● Elakkan susu dan barangan yang diperbuat

    daripada susu jika ia mengganggu perut.

    Apakah kesan sampingan

    radioterapi yang diberikan pada

    pelvis?

    ● Anda mungkin mengalami kerengsaan pundi

    kencing menyebabkan rasa tidak selesa atau

    kerap buang air kecil.

    16

  • Kesan terhadap kesuburan wanita

    dan hubungan seks

    ● Anda tidak digalakkan hamil semasa menjalani

    radioterapi kerana sinaran boleh membahayakan

    janin. Jika anda hamil, beritahu doktor sebelum

    rawatan dimulakan.

    Adakah kesan sampingan akan

    menghadkan aktiviti saya?

    ● Sesetengah pesakit boleh bekerja atau menikmati

    aktiviti santai semasa menerima radioterapi.

    ● Doktor mungkin menyarankan supaya anda

    menghadkan aktiviti yang boleh menyakitkan

    kawasan yang dirawat.

    17

  • Penjagaan selepas radioterapi

    ● Jika anda mengalami masalah kulit selepas

    rawatan berakhir, jagalah kulit di kawasan

    yang dirawat itu dengan lembut sehingga

    tiada lagi tanda-tanda kerengsaan.

    ● Tidurlah sekerap mungkin dan jangan

    tergesa-gesa untuk menjalankan semula

    jadual aktiviti.

    Kesakitan selepas terapi

    ● Jangan guna pelapik panas atau penuam hangat

    untuk melegakan kesakitan di mana-mana

    kawasan yang dirawat dengan sinaran.

    ● Sebaliknya, berbincanglah dengan doktor anda

    dan terangkan kepadanya tempat dan jenis

    kesakitan (kejang, sakit-sakit dan lain-lain).

    ● Cuba lakukan senaman yang

    menenangkan untuk mengurangkan

    rasa takut dan teruja kerana perasaan

    negatif boleh menyumbang kepada

    ketidakselesaan yang anda alami.

    PENJAGAAN SUSULAN

    BAHAGI AN 3

    18

  • 1. Bilakah saya boleh menjalankan

    semula aktiviti biasa? 2. Berapa kerap temu janji susulan

    saya? 3. Apakah ujian yang hendak

    dilakukan dan mengapa? 4. Bilakah saya boleh menggunakan

    prostesis (payudara palsu) dan menjalani pembedahan pembentukan semula?

    5. Adakah saya harus meneruskan

    perubahan diet saya? 6. Bilakah saya boleh memulakan

    semula aktiviti seks saya atau hamil?

    SOALAN UNTUK DITANYA KEPADA DOKTOR & JURURAWAT

    19

  • SUMBER

    Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) Tingkat 7, Blok Makmal A Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Tel/Faks : 03 8947 2787 / 1800 22 2233 Emel : [email protected] Laman web : www.care.upm.edu.my www.cancereducation.org.my Pusat Sumber Kanser (CrC) Hospital Putrajaya Presint 7 62250 Putrajaya Tel : +603 8312 4200 sambungan 1105 Laman web : http://www.hpj.gov.my/hpj/index.php/ cancer-resource-centre Pusat Sumber Kanser Payudara Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Lembah Pantai 59100 Kuala Lumpur Tel : +603 7949 2639 Faks : +603 7949 4606 Emel : [email protected] Laman web : http://www.ummc.edu.my/index.php? frontpage/content/97/405

    BAHAGI AN 4

    20

  • 21

    Pusat Sumber Kanser Payudara Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Yaacob Latif Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel : +603 9145 7580 Pusat Payudara IIUM Universiti Islam Antarabangsa Jalan Hospital 25150 Kuantan, Pahang Tel : +609 5163 799 Faks : +609 5178 548 Laman web : www.iiu.edu.my/breastcentre/ Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Jalan Raja Perempuan Zainab II 16150 Kubang Kerian, Kelantan Tel : +609 7674056 Emel : [email protected] Majlis Kanser Nasional (MAKNA) Megan Ambassy, 225 Jalan Ampang, KL. Cancer Helpline : 1-800-88-62562 Emel : [email protected] Pusat Sumber dan Kesihatan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) 66 Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur Tel : +603 2698 7300 Faks : +603 2698 4300 Emel : [email protected] Laman web : www.cancer.org.my

  • 22

    Kolej Radiologi Akademi Perubatan 210 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Tel : +603 4025 2808 Faks : +603 4025 1808 Emel : [email protected] Laman web : www.radiologymalaysia.org American Cancer Society (ACS) Laman web: www.cancer.org National Cancer Institute (NCI) Laman web: www.cancer.gov Cancer Council Victoria (CCV) Laman web: www.cancervic.org.au Breastcancer.org Laman web: www.breastcancer.org The Cancer Nutrition Center Laman web: www.cancernutrition.com

  • 23