jamuan silaturrahim jkm tahun 2014 - polinilai.edu.my · penilaian kendiri bagi program diploma...

6
MUKA SURAT 1 BULETIN JKM JUL-SEPT Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menganjurkan satu Majlis Jamuan Silaturrahim yang telah diadakan pada 26 September 2014 bersamaan hari Jumaat di Kafe Sri Lawang Politeknik Nilai. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia tuan Pengarah Politeknik Nilai En Tajuddin bin Abdul Rashid dan di iringi oleh Timbalan Pengarah Dr Siti Junaidah binti M. Mujir. Majlis juga telah dihadiri oleh semua warga JKM dan diakhiri dengan persembahan pelajar dan jamuan makan. JAMUAN SILATURRAHIM JKM TAHUN 2014 Oleh : Nairul Akmar Bin Akashah

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

M U K A SUR A T 1 B U L E T I N J K M J U L - S E P T

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menganjurkan satu Majlis

Jamuan Silaturrahim yang telah diadakan pada 26 September 2014

bersamaan hari Jumaat di Kafe Sri Lawang Politeknik Nilai. Majlis

ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia tuan Pengarah

Politeknik Nilai En Tajuddin bin Abdul Rashid dan di iringi oleh

Timbalan Pengarah Dr Siti Junaidah binti M. Mujir. Majlis juga telah

dihadiri oleh semua warga JKM dan diakhiri dengan persembahan

pelajar dan jamuan makan.

JAMUAN SILATURRAHIM JKM TAHUN 2014 Oleh : Nairul Akmar Bin Akashah

M U K A SUR A T 2 B U L E T I N J K M J U L - S EP T

Jangan pernah m e r e m e h k a n diri sendiri. Jika k a m u t a k bahagia dengan h i d u p m u , perbaiki apa yang salah, dan t e r u s l a h melangkah.

iaitu CIDOS 2.5 telah

digunapakai pada masa

ini secara menyeluruh.

Secara keseluruhannya

bengkel ini telah memberi

manfaat yang berguna

kepada staf JKM dalam

memanfaatkan teknologi

s e d i a a d a d a l a m

menyampaikan input

dan output yang

berguna kepada para

pelajar yang tidak

lagi terkekang degan

proses Pengajaran

dan Pembelajaran

yang dilakukan di

bil ik-bil ik Kuliah

sahaja.

Satu Bengkel pemerkasaan penggunaan CIDOS dikalangan

staf Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Nilai telah

diadakan di Makmal Pembuatan dan CADCAM pada 22 Agos

2014 bersamaan hari Jumaat. Antara objektif utama yang telah

disasarkan disepanjang bengkel ini adalah untuk memberi

ruang dan peluang kepada staf JKM untuk meneroka dan

memanfaatkan penggunaan CIDOS dalam proses Pengajaran

dan Pembelajaran. Pendedahan kepada aplikasi yang ada dan

prosedur penggunaan CIDOS juga merupakan antara objektif

yang sangat dititik beratkan, memandangkan versi baru CIDOS

CIDOS 2.5 Oleh : Khairul Nizam Bin Kamarudin

B U L E T I N J K M J U L - S EP T M U K A SUR A T 3

PROGRAM PENGHASILAN PRODUK Jangan selalu katakan "masih ada waktu" a tau "nant i saja". Lakukan segera, gunakan w a k t u m u dengan bijak.

Satu Program Penghasilan Produk telah diadakan pada 13, 20 dan

27 Ogos 2014 bersamaan hari Rabu. Pengarah Syarikat USS

Engineering & Trading iaitu En Mohamad Sabri Bin Othman telah

dijemput sebagai penceramah dan program tersebut telah

diadakan di Bilik Lukisan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar semester

lima Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah terlibat dalam

menjayakan program ini dan seramai sebelas orang pensyarah

yang juga merupakan penyelia projek satu kepada para pelajar

ini juga terlibat dalam program yang sangat bermanfaat ini.

Antara objektif utama yang telah disasarkan disepanjang

program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman

kepada peserta tentang kehendak sebenar pasaran dan

memberi kefahaman kepada peserta kaedah proses penghasilan

yang berkualiti, sehingga ke pasaran.

Oleh : Sarah Narimah Noorazyze Binti Zainal Ramlan Noorazyze

M U K A SUR A T 4 B U L E T I N J K M J U L - S EP T

J a n g a n m e m b e n c i mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, k e r a n a merekalah yang buatmu semakin kuat setiap hari.

PENILAIAN KENDIRI PROGRAM DKM 11 DAN 12 SEPTEMBER 2014

Pada 11 dan 12 September 2014 bersamaan hari Khamis dan

Jumaat, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah melaksanakan

Penilaian Kendiri bagi Program Diploma Kejuruteraan

Mekanikal, DKM. Seramai tiga orang panel luar telah dijemput

untuk membuat penilaian tersebut. Antara perkara yang telah

dinilai adalah seperti, reka bentuk kurikulum dan kaedah

pengajaran pembelajaran, kaedah saintifik, kandungan

kurikulum, etika dan kemanusiaan, pengurusan program dan

hubungan dengan pihak luar berkepentingan. Seramai lima

orang staf dan empat belas

orang pelajar juga telah

d i t e m u b u a l d a l a m

mendapatkan maklumbalas

dari mereka terhadap

aspek-aspek yang dinilai.

B U L E T I N J K M J U L - S EP T M U K A SUR A T 5

Jangan jadikan k e g a g a l a n k e l m a r i n s e b a g a i p e n g h a m b a t h a r i i n i . S e m a n g a t untuk membuat hari esok lebih baik, melalui hari ini.

PEMANTAUAN SOP Prosedur Operasi Piawai (SOP), merupakan prosedur atau

langkah asas bagi menjalalankan atau mengoperasikan sesuatu

peralatan atau mesin. SOP ini adalah penting bagi memastikan

peralatan atau mesin digunakan secara betul dan mengikut

piawaian yang telah ditetapkan bagi setiap peralatan atau

mesin. Justeru itu, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, JKM telah

mengambil inisiatif dalam memantau dan memastikan perkara ini

dipatuhi dan diikuti bagi menjamin keselamatan pengguna

malahan turut menyumbang kepada jangka hayat peralatan

atau mesin itu tadi pada tahap maksimum. Pemantauan secara

meyeluruh telah dilakukan pada 25 September 2014 terhadap

semua makmal dan bengkel di JKM.

M U K A SUR A T 6 B U L E T I N J K M J U L - S EP T

Perasaan yang p a l i n g b e r b a h a y a a d a l a h i r i , kerana iri hati m e l a h i r k a n kebencian dan kebencian akan m e m b u n u h m u perlahan.

Kerja-kerja penambahbaikkan bengkel telah berjalan secara berterusan di bengkel-bengkel JKM. Antara penambahbaikan terbaru yang telah diusahakan sendiri oleh penyelia bengkel kimpalan dan fabrikasi logam iaitu En Mokhsein Abd Manap bersama-sama pelajar Latihan Industri adalah seperti kabinet penyimpanan kunci, “scrap

bin”, rak bahan luak, “bench” dan “safety signage”.

KREATIVITI DAN INISIATIF DI JKM

Oleh : Mokhsein Abd Manap