jaminan kualiti kurikulum permata...

65
JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA 2017 Disediakan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q Jabatan Perdana Menteri Aras 3, Blok Podium Menara Usahawan Persiaran Perdana, Presint 2 62652 Putrajaya

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

63 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

2017

Disediakan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q

Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q Jabatan Perdana Menteri

Aras 3, Blok Podium Menara Usahawan

Persiaran Perdana, Presint 2 62652 Putrajaya

Page 2: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Pengenalan 1

2 Objektif Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara 1

3 Huraian Standard Kualiti (SQ) Kurikulum PERMATA Negara 2

SQ 1: Amalan Rutin dan Pengasuhan Kanak-kanak 3 - 13

SQ 2: Pembelajaran dan Pentaksiran Kanak-kanak; 14 - 27

SQ 3: Asuhan dan Penilaian Bayi; 28 - 42

SQ 4: Keselamatan Fizikal dan Sumber Pembelajaran; 43 - 51

SQ 5: Sumber Manusia 52 - 56

SQ 6: Pengurusan. 57 - 63

Page 3: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

1

PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

1. PENGENALAN

1.1 Panduan Kualiti Kurikulum Permata Negara (disebut “Panduan Standard

Kualiti atau Panduan SQ” selepas ini) dikeluarkan oleh pihak berkuasa

Jawatankuasa Kualiti PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2014.

1.2 Panduan SQ ini merupakan dokumen rujukan bagi TASKA yang berdaftar di

bawah Akta TASKA 1984 dan TASKA di bawah kelolaan agensi awam untuk

merangka dan melaksanakan program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-

kanak secara teratur dan menepati piawai kualiti yang telah ditanda aras

amalan baik antarabangsa.

1.3 Panduan SQ ini juga merupakan dokumen rujukan dalam pensijilan

PERMATA Q yang digunakan bersama Peraturan untuk Persijilan PERMATA

Q dan Instrumen Penilaian dan Pelaporan PERMATA Q.

1.4 PERMATA Negara adalah program pendidikan awal dan jagaan kanak-kanak

di bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program

PERMATA mengikut kelulusan Jemaah Menteri bertarikh 24 Oktober 2008.

1.5 Kurikulum PERMATA Negara telah diterima pakai sebagai Kurikulum

Kebangsaan mengikut pindaan Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012.

1.6 Sijil Perakuan PERMATA Q dianugerahkan kepada TASKA yang telah

melalui proses Jaminan Kualiti Permata Q dan mencapai hasrat dan matlamat

Kurikulum PERMATA Negara.

2. OBJEKTIF PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara bertujuan:

2.1 Membantu TASKA yang menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara

memenuhi semua aspek kualiti pengasuhan dan pembelajaran yang ditanda

aras amalan baik antarabangsa.

Page 4: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

2

2.2 Membantu TASKA membuat penilaian kendiri dan bersedia untuk penilaian

validasi.

2.3 Membantu TASKA mengenalpasti amalan-amalan baik yang sudah wujud di

TASKA dan mengambil tindaka memperkukuhkan amaln-amalan tersebut

2.4 Membantu TASKA mengenalpasti kelemahan dan memupuk budaya menilai

dan menambaik mutu pendidikan dan asuhan kepada kanak-kanak sebagai

kitaran kualiti secara berterusan dan sukarela.

3. HURAIAN STANDARD KUALITI (SQ) KURIKULUM PERMATA NEGARA

3.1 Panduan SQ mencakupi aspek-aspek penting yang ditekankan dalam Kurikulum

PERMATA Negara. Aspek-aspek ini dinyatakan sebagai “standard kualiti atau SQ”

yang merangkumi enam perkara berikut:

3.1.1 SQ 1: Amalan Rutin dan Pengasuhan Kanak-kanak;

3.1.2 SQ 2: Pembelajaran dan Pentaksiran Kanak-kanak;

3.1.3 SQ 3: Asuhan dan Penilaian Bayi;

3.1.4 SQ 4: Keselamatan Fizikal dan Sumber Pembelajaran;

3.1.5 SQ 5: Sumber Manusia; dan

3.1.6 SQ 6: Pengurusan.

3.2 Setiap aspek penilaian dibahagikan kepada beberapa SQ yang dihuraikan secara

terperinci sebagai panduan untuk dilaksanakan oleh TASKA.

3.3 Panduan SQ ini bukan panduan muktamad dan akan kaji semula dan dikemaskini

dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan baru.

Page 5: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

3

1.1 Pengendalian Aktiviti Rutin PERMATA

Pendidik/Pengasuh bertanggungjawab melaksanakan amalan rutin dan asuhan yang

memupuk tingkah laku kanak-kanak sehingga menjadi kebiasaan atau tabiat (habit) yang

positif seperti mencuci tangan dengan betul sebelum dan selepas makan. Semua proses

ini merupakan langkah-langkah pengasuhan rutin memastikan kanak-kanak dididik

menjadi individu berdisiplin, tertib, mulia dan dapat hidup secara berdikari. Amalan

rutin juga memastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat untuk mengikuti pembelajaran

di TASKA.

Antara amalan rutin yang baik adalah seperti berikut:-

1.1.1 Menyambut Ketibaan

Pendidik mesti menyambut ketibaan kanak-kanak dengan gembira, mengucap

salam dan bersalaman dengan kanak-kanak, sambil bertanya khabar dan kanak-

kanak memberi respons kepada salam dengan gembira. Pendidik juga berbual

AMALAN RUTIN DAN PENGASUHAN KANAK-KANAK

1.1 Pengendalian Aktiviti Rutin PERMATA

1.1.1 Menyambut Ketibaan

1.1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi

1.1.3 Makan Dan Minum

1.1.4 Kecergasan

1.1.5 Kebersihan Diri Kanak-kanak

1.1.6 Keselamatan

1.1.7 Rehat Dan Tidur

1.1.8 Pulang

1.2 Penerapan Nilai Murni Dan Tingkah Laku Positif Dalam Asuhan

1.3 Bimbingan Kanak-kanak Yang Mempunyai Masalah Tingkah Laku

Page 6: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

4

(bertanya khabar) dengan ibu/bapa mengenai kanak-kanak, sambil ibu/bapa

menandatangani Buku Kehadiran dan memulangkan Buku Log Harian Anak

PERMATA. Pendidik menyemak barangan peribadi yang dibawa dan memastikan

barangan peribadi yang dibawa dalam keadaan bersih. Sekiranya ibu-bapa

membekalkan ubat-ubatan, pendidik perlu mendapat arahan terperinci daripada

ibubapa tentang pengambilan ubat tersebut.

Pendidik hendaklah memeriksa keadaan kanak-kanak di hadapan ibu/bapa untuk

memastikan tiada sebarang tanda-tanda penyakit/demam atau tanda-tanda lebam

atau luka. Selepas itu, kanak-kanak bersalam dengan ibu/bapa dan membawa

begnya masuk ke kelas.

1.1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi

Aktiviti ‘Circle Time’ adalah sangat penting di mana semua kanak-kanak diasuh

untuk berkumpul (sebagai satu komuniti), dimulakan dengan doa, dan diikuti

dengan nyanyian lagu NegaraKu, lagu Kebangsaan Negeri, Lagu PERMATA, lagu-

lagu patriotik dan membaca Ikrar Anak PERMATA. Bendera Malaysia hendaklah

dikibarkan semasa menyanyikan lagu NegaraKu. Pendidik hendaklah

menerapkan ciri-ciri patriotik dan memastikan kanak-kanak berdisiplin dan berdiri

tegak menghormati Bendera Malaysia/Negeri yang dikibarkan atau dinaikkan

semasa menyanyikan lagu NegaraKu/Negeri.

Pendidik memanggil nama kanak-kanak dengan mesra dan kasih sayang,

seumpama mengambil kedatangan untuk membolehkan kanak-kanak saling

mengenali di antara satu sama lain. Pendidik digalakkan bertanya khabar dengan

kanak-kanak. Pendidik memberi pujian dan dorongan untuk membantu kanak-

kanak berasa dihargai dan dikasihi. Selepas bertanya khabar, pendidik boleh

mengadakan senaman atau pergerakan kreatif, samada di dalam atau di luar

Page 7: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

5

TASKA. Circle time dilaksanakan dalam masa tidak lebih daripada 30-40 minit

sahaja.

1.1.3 Makan dan Minum

1.1.3.1 Pemakanan

TASKA mematuhi Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak

Kecil, Bahagian Permakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia 2008, (Kurikulum

PERMATA Negara 2013, m.s.36-39), Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007) Peraturan-

peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 Bahagian XIII; perenggan 43 (1)(2) (a-

b) yang menyatakan:

“Jadual Makan: 43 (1) Pengusaha, pengurus atau penyelia, mengikut

mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan Jadual makan

bagi kanak-kanak di Taman asuhan kanak-kanak. (2) Jadual makan

hendaklah disediakan mengikut: (a) skala diet yang dinyatakan dalam

Jadual Keempat; dan (b) kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam

Jadual Kelima.”

TASKA menyediakan pemakanan sihat dan seimbang mengikut modul Pendidik

Permata 2013, m.s 100-113.

Pendidik wajib tahu jika ada kanak-kanak yang mengalami alahan terhadap sesuatu

jenis makanan.

1.1.3.2 Adab makan

Pendidik menjadikan suasana makan sebagai waktu yang sangat ditunggu-tunggu,

waktu yang sangat gembira, waktu untuk bersyukur dan berterima kasih. Suasana

makan mestilah ceria dan teratur, tidak bising atau kelam kabut.

Page 8: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

6

Pendidik memastikan kanak-kanak beratur, menunggu giliran untuk membasuh

tangan, mengambil makanan sendiri, duduk dengan tertib, menunggu rakan-rakan

semua duduk dan membaca doa sebelum dan selepas makan.

Pendidik memastikan kanak-kanak bersopan santun, mengikuti tata tertib semasa

makan. Pendidik memastikan kanak-kanak menggunakan pinggan-mangkuk,

sudu, garpu, dan bekas minuman yang sesuai bagi kanak-kanak.

Pendidik membimbing kanak-kanak untuk berdikari dan makan sendiri dengan

cermat dan tertib mengikut adab makan seperti tidak bercakap semasa makanan di

dalam mulut, makan dengan tangan kanan, menghabiskan makanan dan

mengambil makanan yang dekat dengannya sahaja.

Pendidik duduk bersama kanak-kanak semasa makan sambil bercerita atau

menerangkan tentang zat makanan, atau sebagainya dan menggalakkan kanak-

kanak menghabiskan makanan. Pendidik perlu prihatin bahawa kanak-kanak telah

makan dan minum secukupnya. Pendidik perlu juga menggalakkan kanak-kanak

minum air kosong.

Selepas makan, pendidik menggalakkan kanak-kanak meletakkan pinggan dan

cawan masing-masing ke dalam bekas yang disediakan, membersihkan meja dan

menyusun kerusi yang telah digunakan.

1.1.4 Kecergasan

Pendidik memastikan aktiviti jasmani seperti senaman, tarian, pergerakan kreatif,

permainan bebas dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari pada masa-masa sesuai

contohnya semasa/selepas circle time dan sebelum pulang.

Page 9: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

7

1.1.5 Kesihatan dan Kebersihan Diri Kanak-kanak

Kanak-kanak berisiko tinggi dijangkiti penyakit di TASKA kerana pergaulan

sesama mereka. Pendidik sentiasa mengamalkan peraturan-peraturan kebersihan

dan kesihatan di TASKA mengikut Buku Modul Latihan (m.s. 512-525), untuk

mengelakkan kanak-kanak dijangkiti penyakit.

1.1.5.1 Pemeriksaan kesihatan

Pihak TASKA menjemput pegawai perubatan dan pergigian kanak-kanak ke

TASKA secara berkala dan memastikan ibu-bapa membawa kanak-kanak untuk

pemeriksaan lanjut jika perlu.

Semua rekod kesihatan kanak-kanak (imunisasi dan vaksinasi, carta pertumbuhan

gigi, rekod Indeks BMI, rekod alahan, kecacatan, dan penyakit yang pernah atau

sedang dialami) disimpan secara sulit, sistematik, kemaskini dan mudah diakses.

Pendidik mengasingkan kanak-kanak yang sakit dan menghubungi ibubapa kanak-

kanak tersebut untuk membawa pulang anak mereka.

1.1.5.2 Amalan Membasuh tangan

Pendidik hendaklah mengajar kanak-kanak membasuh tangan dengan cara yang

betul. Ini termasuk kanak-kanak membasuh tangan dengan cermat menggunakan

air semasa membilas dicelah-celah jari dengan menggunakan sabun. Selepas itu

mereka mengelap tangan dengan tuala kering yang disediakan atau dengan tuala

sendiri. Semua kanak-kanak membasuh tangan setiap kali sebelum dan selepas

makan. Pendidik memastikan kanak-kanak membasuh tangan sendiri selepas

Page 10: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

8

semua aktiviti terutama selepas bermain di luar kelas, samada bermain fizikal, main

air, main pasir, nature walk, atau selepas berkebun dan sebagainya.

1.1.5.3 Gosok Gigi

Setiap kanak-kanak mempunyai bekas (kit) menyimpan berus dan ubat gigi sendiri.

Kanak-kanak diajar menunggu giliran untuk menggunakan sinki. Sebelum mandi,

semua kanak-kanak menggosok gigi menggunakan berus gigi sendiri dengan

dipantau oleh Pendidik supaya memberus gigi dan berkumur dengan betul.

1.1.5.4 Mandi

Kanak-kanak dikehendaki mandi sekurang-kurangnya sekali sehari dan mengikut

keperluan. Kanak-kanak menggunakan bilik mandi berasingan di antara laki-laki

dan perempuan atau mengambil giliran mengikut gender. Kanak-kanak 2 hingga 4

tahun menanggal pakaian sendiri, mandi sendiri menggunakan sabun dan syampu

dengan penyeliaan pendidik. Kanak-kanak tidak membazirkan air. Selepas mandi,

kanak-kanak mengelap badan dengan tuala sendiri, memakai pakaian baru yang

bersih dan mengemas diri sendiri seperti menyikat rambut dan sebagainya. Pakaian

kotor dimasukkan ke dalam beg untuk dibawa pulang. Pendidik membimbing

secara konstruktif, menyuruh kanak-kanak melakukan mengikut cara-cara yang

betul.

1.1.5.5 Latihan ke Tandas

Pendidik mengesan tanda-tanda kanak-kanak sudah bersedia untuk ke tandas.

Pendidik memastikan kanak-kanak menjalani latihan ke tandas sekurang-

kurangnya tiga (3) kali sehari iaitu selepas minum pagi, sebelum mandi dan selepas

bangun tidur. Pendidik melatih kanak-kanak menggunakan potty atau tandas

kanak-kanak. Pendidik memantau semasa kanak-kanak ke tandas, memastikan

Page 11: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

9

kanak-kanak membersihkan diri, mengepam tandas dan mencuci tangan dengan

cara yang betul.

1.1.5.6 Barangan Peribadi

Pendidik memastikan barangan peribadi kanak-kanak seperti tuala, berus gigi,

sikat, shampoo, sabun dan lain-lain sentiasa bersih, dilabel dengan nama kanak-

kanak dan tidak dikongsi dengan kanak-kanak lain. Pastikan tuala yang sudah

digunakan disidai dan dikeringkan sebelum digunakan semula pada hari tersebut.

Pakaian bersih dan kotor diasingkan. Pakaian kotor dimasukkan ke dalam beg atau

plastik beg pakaian kotor yang disediakan dan dipulangkan kepada ibu bapa

kanak-kanak setiap hari.

1.1.5.7 Ruang Tidur

Pendidik memastikan ruang tidur kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan

bersih. Peralatan tidur kanak-kanak seperti stackable cot/tilam, cadar, bantal, sarung

bantal dan selimut dibersihkan sekurang-kurang seminggu sekali (atau bila-bila

masa yang perlu).

1.1.6 Keselamatan Kanak-kanak

Pendidik memahami dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan kecederaan

dan kemalangan kanak-kanak di TASKA.

Pendidik sentiasa mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa makan dan

minum, menukar pakaian, mandi, tidur dan semasa menjalankan aktiviti di dalam

dan di luar TASKA. Pendidik memastikan peralatan mainan kanak-kanak selamat

(tidak tajam, tidak terlalu kesat, tidak berkarat, tidak mudah tanggal) dan tidak

toksik.

Page 12: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

10

1.1.7 Rehat dan Tidur

Kanak-kanak perlu diasingkan di antara laki-laki dan perempuan semasa tidur.

Kanak-kanak perlu dipastikan berpakaian bersih sebelum tidur. Mereka perlu

digalakkan menyediakan tempat tidur sendiri, membaca doa sebelum tidur dan

selepas bangun. Pendidik/pengasuh memalapkan lampu bilik tidur,

memperdengarkan muzik atau zikir yang menenangkan dalam volume yang

rendah. Kanak-kanak mengemas tempat tidur setelah bangun. Bagi kanak-kanak

yang tidak mahu tidur, Pendidik hendaklah membacakan buku cerita atau bermain

games yang senyap dengannya sehingga kanak-kanak tertidur atau dapat berehat.

1.1.8 Pulang

Semasa hendak pulang, kanak-kanak bersalam dengan Pendidik. Kanak-kanak

mengambil semua barang dan pakaian kotor untuk dibawa pulang. Pendidik

memastikan ibu/bapa mengambil balik Buku Log Anak PERMATA yang telah

dilengkapkan oleh Pendidik.

1.2 Penerapan Nilai Murni dan Tingkah Laku Positif Dalam Asuhan

Dalam menjalankan aktiviti rutin dan pembelajaran, pendidik sentiasa menerapkan 11

nilai murni PERMATA berikut bagi memupuk budi pekerti kanak-kanak. Nilai-nilai

tersebut ialah:-

Kepercayaan kepada Tuhan

Berdisiplin dan yakin diri

Baik hati

Berani mencuba

Rajin

Hormat

Kasih sayang

Page 13: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

11

Berbudi bahasa

Jujur

Daya tahan diri (Resilience)

Bertanggungjawab

Pendidik sendiri menjadi role model dalam memupuk tingkahlaku positif dengan

bercakap dengan sopan, berkelakuan baik dan beradab, memberi pujian, ganjaran yang

bersesuaian dengan situasi. Contohnya kepercayaan kepada Tuhan diterapkan melalui

amalan seperti berdoa sebelum dan selepas makan, sebelum dan selepas tidur dan

bersyukur.

Hasil bimbingan pendidik dilihat apabila kanak-kanak bercakap dengan sopan,

berkelakuan baik dan beradab, mengucapkan salam kepada guru, ibu bapa dan tetamu,

mengucapkan terima kasih apabila diberikan sesuatu atau apabila menerima sesuatu

bantuan atau pertolongan dari pendidik atau rakan-rakan, berdoa sebelum dan selepas

makan, sebelum dan selepas tidur dan bersyukur. Kanak-kanak juga suka membantu,

bekerjasama, memujuk kawan, bertolak ansur dan meminta izin daripada pendidik jika

ingin keluar, bertanya atau bercakap.

1.3 Bimbingan Kanak-Kanak Yang Mempunyai Masalah Tingkah Laku

Pendidik perlu mengunakan beberapa pendekatan untuk menyelesaikan masalah

tingkah laku kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah individu yang berbeza, oleh

itu tiada satu cara yang sama boleh digunakan untuk semua kanak-kanak. Antara

tingkah laku bermasalah yang perlu diurus oleh Pendidik ialah kanak-kanak terlalu

aktif, sangat pemalu, murung, mengamuk (temper tantrum) dan bergaduh.

Pendidik mengelak daripada melabel kanak-kanak.

Page 14: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

12

1.3.1 Mengurus Kanak-Kanak Terlalu Aktif

Pendidik mengamalkan cara berikut: Membawa kanak-kanak ke satu ruang atau

sudut untuk kanak-kanak ini bermain sendiri dengan alat mainan yang

menggalakkannya menumpu perhatian. Pasang muzik yang menenangkan untuk

membantunya relaks; usap kepala atau belakangnya untuk menenangkan,

bercakap dengan suara yang tenang dan lembut, pujuk supaya kanak-kanak tidak

mengganggu kanak-kanak lain. Pandang pada matanya dan minta kanak-kanak

pandang pada mata pendidik semasa bercakap. Ajar kanak-kanak menarik dan

melepaskan nafas yang panjang beberapa ketika. Suruh kanak-kanak berzikir

bersama Pendidik.

1.3.2 Mengurus Kanak-Kanak Sangat Pemalu

Malu ialah satu ciri personaliti yang normal, ia bukan satu kecacatan atau

kelemahan. Pendidik perlu menanam sifat yakin diri pada kanak-kanak melalui

galakan untuk kanak-kanak bermain bersama-sama kanak-kanak lain, selalu

berikan pelukan; dengar dengan sabar; kerap memberi pujian terutama di hadapan

rakan-rakannya.

1.3.3 Mengurus Kanak-Kanak Murung (Depression)

Pendidik memahami kemurungan adalah simptom/tanda kanak-kanak

mengalami stress atau perasaan tidak selesa, tidak gembira, tidak sihat dan tidak

bermaya. Ini menyebabkannya kanak-kanak tidak mahu terlibat dalam aktiviti

pembelajaran di Taska. Tanda-tanda lain ialah kanak-kanak tidak berselera makan,

sukar tidur dan menarik diri dari rakan-rakan dan suka duduk bersendirian.

Pendidik perlu membantu kanak-kanak yang murung dengan mengajak mereka

membuat aktiviti-aktiviti tertentu seperti melukis, main peranan dan main bebas.

Page 15: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

13

Semasa melakukan aktiviti, pendidik menggalakkan kanak-kanak meluahkan

perasaan, mendengar dengan sabar dan berempati, pegang tangannya dan duduk

dekat dengannya.

Apabila kanak-kanak ini sudah menunjukkan keinginan untuk bersama kembali ke

dalam aktiviti yang sedang dijalankan, pendidik menggalakkan kanak-kanak lain

untuk bermain bersama kanak-kanak murung itu.

1.3.4 Mengurus Kanak-Kanak Mengamuk (Temper Tantrum)

Pendidik perlu memahami bahawa kanak-kanak ini sedang belajar mengurus

emosinya. Pendidik mesti tenang, bersabar dan berempati dan tidak perlu menurut

kehendak kanak-kanak. Pendidik mengasingkan kanak-kanak yang masih

mengamuk ke suatu sudut untuk menenangkannya buat sementara waktu.

Pendidik mengalih perhatian kanak-kanak kepada aktiviti/mainan lain. Pendidik

memuji kanak-kanak apabila berkelakuan baik.

1.3.5 Mengurus Kanak-Kanak Bergaduh

Pendidik perlu mengajar kanak-kanak cara-cara menyelesaikan pergaduhan

sesama sendiri (conflict resolution) contohnya berebut mainan, mengigit, tolak-

menolak dan sebagainya. Pendidik membawa kanak-kanak ke satu sudut yang

lebih sunyi dan berbincang apakah masalah yang dihadapi. Pendidik memberi

peluang setiap pihak menceritakan kes masing-masing. Pendidik mencadangkan

penyelesaian yang adil dan mendapatkan persetujuan kanak-kanak. Pendidik

menyuruh kanak-kanak bermaafan, bersalaman atau berpelukan dan ucap maaf

apabila kes sudah selesai.

Page 16: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

14

2.1 Prinsip Pedagogi PERMATA

Pendidik memahami konsep whole brain learning yang menjadi teras kepada pedagogi

PERMATA dan menunjukkan pemahaman ini melalui pengintegrasian 6 bidang

pembelajaran PERMATA dalam kesemua aktiviti-aktiviti pembelajaran. Bidang

pembelajaran Permata adalah seperti berikut:

Perkembangan Sahsiah, Sosio-emosi dan Kerohanian

Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

Perkembangan Kreativiti dan Estetika

2.1.1 Pengintegrasian Whole Brain Learning Dalam Setiap Aktiviti

Pendidik mengetahui/memahami bahawa pengintegrasian berlaku dalam sesuatu

aktiviti pembelajaran dan mempunyai tujuan untuk mengembangkan semua atau

beberapa daripada bidang perkembangan kanak-kanak. Contohnya dalam bermain

PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN

2.1 Prinsip Pedagogi PERMATA

2.2 Aktiviti Pembelajaran PERMATA

2.3 Pemerhatian Dan Pentaksiran Perkembangan

Page 17: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

15

doh (play dough) untuk mencipta haiwan atau buah-buahan, pendidik memahami

bahawa aktiviti bermain doh boleh membantu:

Perkembangan fizikal kanak-kanak dari segi motor halus, koordinasi mata-

tangan.

Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian dari segi konsentrasi,

bekerjasama, iltizam, yakin dan bersyukur.

Perkembangan awal matematik dari segi membahagikan banyak atau sedikit

bahan doh untuk membuat bahagian-bahagian tertentu objek yang sedang dibina.

Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran dari segi kesedaran

kanak-kanak tentang rupa bentuk buah atau haiwan dan sebagainya.

Perkembangan kreativiti dan estetika dari segi kebolehan kanak-kanak

mengimaginasi buah atau haiwan yang hendak dibentuk, menghayati hasil

ciptaan sendiri dan rakan-rakan.

Perkembangan komunikasi dari segi kebolehan kanak-kanak menceritakan

perihal hasil ciptaan mereka kepada guru atau kanak-kanak lain.

2.1.2 Peka Kepada Perbezaan Perkembangan

Pendidik prihatin kepada perbezaan perkembangan, minat dan bakat antara kanak-

kanak dan merancang aktiviti yang sesuai bagi membina kebolehan ke tahap

potensi yang boleh dicapai.

Pendidik memahami gaya belajar kanak-kanak, dan menggunakan pelbagai teknik

dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang merangsang visual, auditori, spatial

dan kinestetik kanak-kanak untuk belajar sambil bermain.

Page 18: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

16

2.13 Kaedah 3E dan Projek

Pendidik menggunakan projek STEM mengikut modul Pembelajaran STEM

PERMATA bagi memperkenalkan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik

kepada kanak-kanak.

Pendidik menekankan kaedah 3E (explore, experiment and experience) semasa

melaksanakan aktiviti pembelajaran bagi merangsang penglibatan aktif kanak-

kanak serta menggalakkan sifat iltizam (persistence and focused on task).

Pendidik menyediakan kaedah 3E secara hands-on dan dalam konteks sebenar

untuk membolehkan kanak-kanak mengalami (experience) penerokaan sendiri.

Pendidik bersikap fleksibel dan membenarkan kanak-kanak meneroka dan

mengeksperimen mengikut kreativiti mereka sendiri dan tidak terlalu terikat

kepada jadual waktu.

Pendidik merangsang rasa ingin tahu, menggalakkan kanak-kanak bertanya soalan,

melahirkan pendapat, meneroka, menyiasat, menguji, mengeksperimen,

merungkai, membina dan merekacipta. Pendidik menggalakkan kanak-kanak

memerhati, meramal, membuat keputusan, merumus hasil dan bercerita tentang

aktiviti yang mereka lakukan.

Contoh penggunaan kaedah 3E dalam konteks sebenar adalah semasa bermain air

dimana pendidik memberi tugasan kepada kanak-kanak untuk “menyiasat air” dan

menyoal kanak-kanak tentang:

Kuantiti & sifat-sifat air, apa air boleh buat, apa yang boleh atau tidak boleh

dilakukan dengan air, apa air tidak boleh buat.

Apa yang berlaku kepada benda-benda jika dimasukkan ke dalam air.

Page 19: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

17

Mengapa baju menjadi basah apabila terkena air.

Apakah benda-benda lain yang boleh menjadi basah apabila terkena air.

Kanak-kanak mengeksperimen benda-benda yang boleh basah (menyerap air)

misalnya kertas, buku, kotak, kasut yang diperbuat dari kanvas, dan lain-lain.

Kanak-kanak mengeksperimen benda-benda yang tidak boleh basah (water

proof) apabila dicurah dengan air, misalnya plastik, cermin mata, toys yang

dibuat dari plastik, botol mineral, besen, dan lain-lain.

2.1.3 Learning Is Fun

Pendidik memastikan dan kanak-kanak kelihatan gembira semasa bermain.

Pendidik menggunakan juga aktiviti ini sebagai terapi untuk membina self esteem

yang menghasilkan karakter dan kanak-kanak kelihatan yakin, ceria, berpersonaliti

positif dan terbuka.

.

2.1.4 Hubungan dan Interaksi

Pendidik membina hubungan intim dan mesra dengan kanak-kanak melalui

interaksi yang positif dan konstruktif antara kanak-kanak dengan pendidik dan

rakan-rakan.

Pendidik memastikan suasana bermain dalam semua aktiviti pembelajaran

PERMATA memberikan keseronokan.

Hubungan mesra dalam semua aktiviti dilihat dari tingkah laku kanak-kanak yang

membina konsep kendiri dan bermain dengan rasa selamat, yakin, berani berfikir,

berimaginasi, bertanya, merespon, meneroka dan mencuba bagi menyelesaikan

masalah.

Pendidik memberi dorongan dan motivasi dan kanak-kanak kelihatan terus

berusaha, bersemangat menyiapkan kerja/tugasan yang dijalankan dan memahami

dunia persekitaran mereka.

Page 20: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

18

Dalam membina hubungan mesra, pendidik bertutur dengan lemah lembut dan

menggunakan bahasa yang mudah supaya senang difahami dan kanak-kanak

menunjukkan sopan santun dalam pertuturan.

Pendidik sentiasa mengguna ayat yang lengkap dan kanak-kanak bertutur dalam

ayat yang lengkap untuk membina kosa kata.

Pendidik mendengar apabila kanak-kanak bercakap dan kanak-kanak juga

mendengar apabila orang lain bercakap.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dengan pendidik dan rakan-

rakan, memberi pujian kepada tingkah laku positif (contohnya cara duduk,

bertutur, menunggu giliran) dan kepada usaha, tidak hanya kepada hasil.

Kanak-kanak menunjuk empati dan membina kebolehan berkomunikasi dan

bersosial.

Pendidik menerima kesilapan kanak-kanak, memberi tunjuk ajar dan meleraikan

konflik di kalangan kanak-kanak secara baik.

Pendidik melayan semua kanak-kanak sama rata.

2.2 Aktiviti Pembelajaran PERMATA

Pendidik melaksanakan aktiviti pembelajaran PERMATA melalui aktiviti - aktiviti

yang mengintegrasikan 6 bidang pembelajaran PERMATA yang tersebut di atas.

2.2.1 Main Bebas (Dalam Atau Luar)

Pendidik memastikan semua kanak-kanak diberi peluang untuk bermain bebas. Ia

boleh dilakukan di waktu pagi semasa baru tiba ke TASKA atau sebelah petang

semasa menunggu untuk pulang.

Page 21: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

19

Kanak-kanak diberi peluang memilih barang permainan dan sudut bermain yang

mereka sukai. Mereka boleh menukar alat mainan apabila merasa jemu.

Pendidik hendaklah menggalakkan kanak-kanak menyatakan mengapa mereka

memilih permainan atau alat mainan tersebut dan membantunya membina

pemahaman dan perbendaharaan kata yang berkaitan.

Pendidik hendaklah sentiasa peka dengan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak

kerana ini mungkin mencerminkan minat dan bakat yang ada padanya.

2.2.2 Main Pasir

Pendidik menjalankan aktiviti ini dalam dua keadaan sama ada menggunakan pasir

basah atau pasir kering. Aktiviti ini bertujuan merangsang perkembangan sensori

dan psikomotor kanak-kanak, disamping membina daya imaginasi dan kreativiti

untuk merekacipta.

Pasir basah boleh dipadatkan dan dibentukkan mengikut acuan, manakala pasir

kering membolehkan kanak-kanak merasai tekstur pasir tersebut. Pasir boleh

diganti dengan garam untuk menggalakkan kanak-kanak merasa tekstur.

Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa main pasir ialah: menggali,

mencurah, menapis dan menceduk pasir; membina istana pasir, menggali

terowong, atau membina zoo, dan sebagainya; mengisi pasir ke dalam bekas,

corong atau botol; menulis dan melukis atas permukaan pasir; membuat pelbagai

bentuk, dengan tangan atau acuan seperti cawan, mangkuk, sudu dan penutup

botol; dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai mengikut kreativiti kanak-kanak.

Kanak-kanak terlibat dalam mengemas dan membersihkan kawasan bermain pasir

setelah selesai bermain.

Page 22: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

20

Pendidik mengawasi dan memastikan kanak-kanak membersih tangan dan kaki

setelah selesai bermain.

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan

semasa aktiviti main pasir dijalankan.

2.2.3 Main Air

Pendidik memastikan main air dijalankan dengan pengawasan rapi melalui main

buih sabun, mencuci pakaian, sayur-sayuran, alat mainan, buah-buahan, menuang

dan menceduk air dari bekas besar ke bekas kecil, memerah air dari span dan lain-

lain.

Pendidik menggalakan kanak-kanak bereksperimen dan mempelajari pelbagai

konsep sains seperti kosong-penuh, sebelum-selepas, cetek-dalam, berat-ringan,

timbul-tenggalam, atas air - dalam air, basah - kering, serap - tidak serap, larut -

tidak larut, cair - beku dan perkataan seperti corong, permukaan, terapung,

berpusar, mengalir, berkocak, memercik dan melimpah.

Pendidik melibatkan kanak-kanak dalam mengemas dan membersihkan kawasan

bermain air setelah selesai bermain.

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan

semasa aktiviti main air dijalankan.

2.2.4 Nature Walk

Pendidik membawa kanak-kanak berjalan di taman, di sekitar TASKA atau di

kawasan berdekatan bagi memberi pengalaman langsung dalam penggunaan

semua deria iaitu penglihatan, sentuhan, rasa, bau dan pendengaran.

Page 23: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

21

Pendidik memupuk kebolehan memerhati, imaginasi, kreativiti dan menanamkan

rasa cinta kanak-kanak kepada alam sekitar. Pendidik melatih kanak-kanak

mencintai alam sekitar dan menghargai kebesaran ciptaan Tuhan.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak meneroka, memeriksa, mengalami sendiri

dan membuat eksperimen dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran.

Contohnya pendidik membimbing kanak-kanak meneroka dan memeriksa:

Tumbuh-tumbuhan: bentuk-bentuk batang, daun dan buah, warna, saiz;

merasai tekstur dan bau, dan sebagainya.

Haiwan dan serangga: melihat pelbagai jenis, bentuk, anggota badan dan

membuat perbandingan.

Batu-batan: memeriksa batu, saiz, warna dan sebagainya.

Pendidik memberi galakan kepada kanak-kanak yang membuat penemuan baru,

inferen dan mengumpul koleksi bahan-bahan yang dijumpai di persekitaran.

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan

semasa aktiviti nature walk dijalankan.

Pendidik mengawasi kanak-kanak membersih tangan dan kaki dan tukar pakaian

jika perlu.

2.2.5 Aktiviti Manipulatif

Pendidik mengguna alat-alat mainan yang sesuai untuk perkembangan motor

halus, koordinasi mata tangan, deria, dan daya tumpuan.

Page 24: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

22

Kanak-kanak digalakkan melakukan aktiviti seperti menyusun blok/bongkah,

mencantum puzzle, menguntai manik, membina struktur, mengasing mengikut saiz,

bentuk dan warna, dengan menggunakan bahan seperti daun, ranting dan bahan

kitar semula seperti kotak, kadbod, batu, tin, tali, perca kain, botol plastik dan

sebagainya.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak meneroka, berfikir untuk memanipulasi

bahan, menggunakan idea dan kreativiti sendiri untuk membuat projek,

pertukangan, perkebunan dan merekacipta serta menyelesaikan masalah melalui

proses cuba jaya (trial and error).

2.2.6 Aktiviti Seni Kreatif Dan Kraf

Pendidik melaksanakan aktiviti seni dan kraf untuk meningkatkan kemahiran

motor halus, membina kreativiti dan estetika kanak-kanak dengan mengguna

bahan seperti water colour, berus besar, crayon bersaiz jumbo, easel rendah, tepung,

span, cop pelbagai bentuk dan jenis, pelbagai jenis kertas (kecuali kertas surat

khabar) dan lain-lain.

Kanak-kanak mengguna bahan seperti kerincing, gendering, kompang, kastenet

dan bahan semulajadi seperti tempurung, daun kelapa, batang padi, kulit kerang

bagi meneroka bunyi-bunyian.

Pendidik memberi peluang kanak-kanak mengekpresikan diri dan melahirkan idea

dalam bentuk contengan, lakaran, lukisan, capan, binaan, kraf, ukiran, guntingan,

lipatan, tampalan, kolaj, dan lain-lain.

Kanak-kanak terlibat dalam mengemas dan membersihkan tempat setelah selesai

aktiviti. Pendidik mengawasi dan memastikan kanak-kanak membersih tangan dan

kaki dan tukar pakaian jika perlu.

Page 25: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

23

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan

semasa aktiviti dijalankan.

2.2.7 Aktiviti Fizikal (Permainan Luar)

Pendidik menjalankan aktiviti fizikal bagi meningkatkan kemahiran motor kasar

dan motor halus, kordinasi deria yang menyumbang kepada kesihatan dan

kecergasan tubuh badan kanak-kanak.

Pendidik beri peluang kanak-kanak melakukan aktiviti berikut:

Merangkak ke dalam terowong

Melompat tali

Berlari dan mengejar

Main gelongsor

Main buaian

Memanjat pokok

Meniti jambatan

Menendang bola

Mengayuh basikal

Senamrobik

Pendidik memilih aktiviti mengikut kesesuaian umur dan taraf kesihatan kanak-

kanak (contohnya asma, atau lain-lain penyakit yang tidak membenarkan aktiviti

senaman yang berat/meletihkan).

Pendidik menerapkan nilai murni seperti bersabar menunggu giliran, bekerjasama,

tolong menolong, bersikap sederhana dan saling hormat menghormati semasa

kanak-kanak bermain.

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan

semasa aktiviti dijalankan. Pendidik mengawasi kanak-kanak membersih tangan

dan kaki setelah selesai aktiviti dan tukar pakaian jika perlu.

Page 26: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

24

2.2.8 Aktiviti Bahasa Dan Literasi Awal (Membaca, Menulis, Bercerita, Dan

Menyanyi)

Pendidik melaksanakan aktiviti seperti membaca, menulis, bercerita, dan menyanyi

untuk meningkatkan perkembangan bahasa dan literasi awal kanak-kanak.

Kanak-kanak menunjuk kebolehan berkomunikasi melalui perbualan, bercerita,

bermain teka teki, berpantun, rhyming, menyanyi, berlakon dan sebagainya.

Pendidik menjalankan aktiviti ini setiap hari dengan cara yang menyeronokkan.

Semasa bercerita Pendidik memberi peluang kanak-kanak meningkatkan

kemahiran mendengar, memahami, berfikir, menguasai bahasa, mencerita semula

dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Pendidik memupuk minat membaca dan

menulis serta menggalakkan kanak-kanak mereka cerita sendiri.

Pendidik mendedahkan kanak-kanak kepada penggunaan teknologi ICT.

2.2.9 Aktiviti Kesenian Dan Kebudayaan

Pendidik menjalankan aktiviti seni muzik, tarian, nyanyian, permainan dan

pergerakan kreatif bagi meningkatkan kreativiti kanak-kanak serta apresiasi

kepelbagaian kesenian dan kebudayaan negara.

Kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti berikut:

Menyanyi lagu tradisional kanak-kanak seperti enjit-enjit semut, rasa sayang,

ikan kekek.

Bermain permainan tradisional kanak-kanak seperti congkak, lompat tali,

teng-teng dan sorok-sorok.

Menari tarian tradisional seperti kuda kepang, sumazau, ngajat dan tarian lain

yang mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia.

Page 27: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

25

Pendidik melaksanakan aktiviti yang berkaitan perayaan kaum di Malaysia seperti

menggalakkan kanak-kanak memakai pakaian tradisional, menyediakan makanan,

menghasilkan kraf seperti anyaman ketupat, tanglung, kolum, menyanyi lagu-lagu

perayaan, dan mempamerkan tarian seperti tarian naga.

Bagi kanak-kanak beragama Islam pendidik menggalakkan berzikir dan bernasyid.

Pendidik memastikan kanak-kanak bekerjasama semasa aktiviti-aktiviti ini bagi

membina harga diri (self esteem), keyakinan diri dan sifat positif dan terbuka.

2.2.10 Main Peranan

Pendidik menjalankan aktiviti main peranan bagi membantu kanak-kanak

memahami antara fantasi dan realiti serta menggalakkan kreativiti dan imaginasi.

Pendidik membenarkan kanak-kanak memilih sendiri peranan yang disukai dan

melakonkan watak tersebut. Contoh main peranan termasuk bermain masak-

masak, melakonkan watak-watak dalam keluarga (seperti ibu, ayah, datuk/nenek,

abang dan adik), doktor dan pesakit, penjual dan pembeli, cikgu dan murid, dan

sebagainya.

Pendidik menyediakan prop dan ruang untuk kanak-kanak berlakon peranan.

Pendidik memastikan suasana bermain dapat memberikan keseronokan,

meningkatkan konsep kendiri, empati serta keyakinan diri kanak-kanak, disamping

membina kebolehan berkomunikasi dan bersosial.

2.3 Pemerhatian dan Pentaksiran Kanak-Kanak

Pentaksiran dan penilaian merupakan instrumen penting untuk mengumpul maklumat

berkaitan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak, kesihatan dan tingkahlaku

Page 28: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

26

dalam merancang pembelajaran yang bersesuaian untuk kanak-kanak. Pentaksiran

kanak-kanak hendaklah dijalankan secara berterusan melalui pemerhatian semasa

mereka menjalani aktiviti dan rutin harian.

2.3.1 Indikator Rekod Pemerhatian & Pentaksiran kanak-kanak

Pendidik menyediakan Log Harian Anak PERMATA yang mencatatkan perkembangan

yang dicapai atau masalah yang dihadapai oleh kanak-kanak pada hari tersebut. Log

Harian hendaklah dibincang dan diserahkan kepada ibu bapa untuk semakan. Log

Harian itu dikembalikan semasa kanak-kanak datang ke TASKA keseokan harinya.

Pendidik mengambil ukuran berat badan dan kepanjangan (length) kanak-kanak setiap

tiga bulan dan memetakan kepada carta tumbesaran (growth chart) dan BMI.

Pendidik menyediakan senarai semak PERMATA yang lengkap untuk merekodkan

status pencapaian setiap kanak-kanak pada masa semakan itu dibuat. Pendidik sentiasa

mengemaskini rekod perkembangan kanak-kanak dalam senarai semak perkembangan

kanak-kanak PERMATA.

Pendidik menyediakan portfolio untuk setiap kanak-kanak yang mengandungi profil,

rekod tumbesaran dan perkembangan, hasil kerja kanak-kanak & gambar aktiviti dan

dipamerkan di dalam kelas.

Pendidik menyediakan lain-lain rekod seperti rekod anekdot apabila sesuai untuk

merekodkan sesuatu kejadian/event dalam perkembangan kanak-kanak dan membuat

persampelan peristiwa (event sampling).

2.3.2 Indikator Pentaksiran

Pendidik membuat pentaksiran perkembangan kanak-kanak berdasarkan semua

maklumat yang dikumpul dan dapat menentukan tahap perkembangan normal dan

keperluan khas kanak-kanak.

Page 29: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

27

Pendidik berbincang dengan ibu-bapa hasil pengesanan keperluan khas yang dibuat dan

menasihat dirujuk kepada pakar perubatan/pakar kanak-kanak.

Dari masa ke semasa pendidik berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan

kanak-kanak, membuat perjumpaan formal sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan

menyerahkan porfolio dan laporan perkembangan kanak-kanak.

Dalam membuat taksiran, Pendidik mendapatkan input daripada pendidik lain, ibu bapa

dan agensi sokongan.

Pendidik menyimpan maklumat pentaksiran kanak-kanak dalam kabinet berkunci

untuk menjamin kerahsiaan.

Page 30: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

28

Pendidik/Pengasuh bertanggungjawab melaksanakan amalan rutin dan asuhan secara

konsisten dan selaras dengan falsafah dan matlamat kurikulum PERMATA dalam

persekitaran yang menggalakkan untuk memastikan (i) keperluan asas bayi dipenuhi,

(ii) pembelajaran dan perkembangan bayi berlaku secara holistik dan (iii) pentaksiran

terhadap perkembangan bayi dijalankan secara berterusan.

3.1 Amalan Rutin Asuhan Bayi

Peranan pendidik/pengasuh adalah untuk menjamin kebersihan, kesihatan serta

keselamatan fizikal dan emosi bayi. Pendidik/pengasuh perlu menyediakan

persekitaran yang bersih dan selamat.

3.1.1 Hubungan dan Interaksi

Pendidik/pengasuh hendaklah menyedari akan kepentingan belaian dan kasih

sayang dalam membina hubungan rapat (attachment) dan kejelekitan (bonding)

untuk menjamin kestabilan emosi bayi. Komunikasi dan interaksi pendidik dengan

bayi boleh dilakukan melalui dakapan, sentuhan, pertembungan mata serta

perbualan dan nyanyian dengan nada suara yang lembut. Bayi bersedia dari aspek

emosi dan didapati terurus, selesa, tenang dan ceria.

ASUHAN DAN PEMBELAJARAN BAYI

3.1 Amalan Rutin Asuhan Bayi

3.2 Pembelajaran Bayi

3.3 Pemerhatian dan Pentaksiran Bayi

Page 31: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

29

Pendidik/pengasuh sentiasa berada bersama bayi untuk memastikan keselamatan

mereka.

Pendidik/pengasuh dapat mengesan bayi berkeperluan khas.

3.1.2 Menyambut Ketibaan Bayi

Pendidik/pengasuh mesti menyambut ketibaan bayi dengan gembira. Semasa

menyambut ketibaan bayi, pendidik/pengasuh perlu bertanya khabar tentang

kesihatan bayi, memastikan kehadiran dicatatkan, menerima buku log harian anak

PERMATA dan menyemak barangan peribadi yang dibawa dan memastikan

barangan peribadi yang dibawa dalam keadaan bersih. Sekiranya ibubapa

membekalkan ubat-ubatan, pendidik/pengasuh perlu mendapat arahan terperinci

daripada ibubapa tentang pengambilan ubat tersebut. Pendidik hendaklah

memeriksa keadaan bayi di hadapan ibu/bapa untuk memastikan tiada sebarang

tanda-tanda penyakit/demam atau tanda-tanda lebam atau luka.

Pendidik/pengasuh memastikan susu ibu yang dibekalkan dilabel dengan nama

bayi dan disimpan di dalam peti sejuk khas.

3.1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi

Aktiviti ‘Circle Time’ adalah sangat penting di mana semua kanak-kanak dan bayi

diasuh untuk berkumpul (sebagai satu komuniti), dimulakan dengan doa, dan

diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu, lagu Kebangsaan Negeri, Lagu

PERMATA, lagu-lagu patriotik dan membaca Ikrar Anak PERMATA. Bendera

Malaysia hendaklah dikibarkan semasa menyanyikan lagu NegaraKu. Pendidik

hendaklah menerapkan ciri-ciri patriotik dan disiplin dalam diri kanak-kanak

seperti berdiri menghormati bendera dan lagu Kebangsaan.

Page 32: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

30

Pendidik memanggil nama kanak-kanak dan bayi seumpama mengambil

kedatangan untuk membolehkan kanak-kanak dan bayi saling mengenali di antara

satu sama lain. Pendidik hendaklah menunjukkan kemesraan dan kasih sayang

kepada kanak-kanak dan bayi. Selepas bertanya khabar, pendidik melibatkan bayi

dalam aktiviti senaman atau pergerakan kreatif, samada di dalam atau di luar

TASKA. Circle time dilaksanakan dalam masa tidak lebih daripada 30 - 40 minit

sahaja.

3.1.3 Makan dan Minum

3.1.3.1 Pemakanan

TASKA mematuhi Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak

Kecil, Bahagian Permakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia 2008, (Kurikulum

PERMATA Negara 2013, m.s.36-39), Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007) Peraturan-

peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 Bahagian XIII; perenggan 43 (1)(2) (a-

b) yang menyatakan:

“Jadual Makan: 43 (1) Pengusaha, pengurus atau penyelia, mengikut

mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan Jadual makan

bagi kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak. (2) Jadual makan

hendaklah disediakan mengikut: (a) skala diet yang dinyatakan dalam

Jadual Keempat; dan (b) kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam

Jadual Kelima.”

TASKA menyediakan pemakanan sihat dan seimbang mengikut modul Pendidik

Permata 2013, m.s 100-113. Pendidik/pengasuh wajib tahu jika ada bayi yang

mengalami alahan terhadap sesuatu jenis makanan. Jenis alahan di catatkan di

tempat yang mudah dilihat oleh pendidik/ orang lain (Contoh: notis board di tempat

makan).

TASKA menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi enam bulan

Page 33: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

31

pertama selaras dengan syor World Health Assembly 2001 dan cadangan Garis

Panduan Permakanan Bayi dan Kanak-kanak, KKM 2008.

Susu hendaklah diberi mengikut keperluan individu bayi. Bagi bayi yang menyusu

susu ibu, pendidik/pengasuh menyemak nama bayi yang dilabel di botol susu

sebelum memanaskan susu bagi bayi tersebut. Cara penyediaan susu perlu

mengikut SOP (sila rujuk muka surat 41 buku rujukan SOP). Baki susu yang berada

pada suhu bilik yang melebihi tiga (3) jam tidak diberikan semula kepada bayi.

Pendidik/pengasuh mengalas dada bayi sebelum menyusukan bayi.

Di samping susu ibu, bayi yang berumur enam bulan perlu dilengkapkan dengan

pemberian makanan pepejal. Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi

pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral

yang diperlukan oleh bayi. Contoh Makanan Pepejal Untuk Bayi adalah:

Bijirin dan hasil bijirin, Contoh: nasi, bubur, roti dan ubi membekalkan tenaga.

Ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.

Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan galian.

Pendidik/pengasuh memastikan setiap bayi disediakan sudu dan mangkuk

berasingan dan tidak menyuapkan makanan menggunakan sudu dan mangkuk

yang sama sekiranya menyuapkan makanan kepada lebih daripada seorang bayi.

3.1.5 Kecergasan

Pendidik/pengasuh memastikan aktiviti jasmani seperti senaman, tarian,

pergerakan kreatif, permainan bebas dilakukan oleh bayi setiap hari pada masa-

masa sesuai contohnya semasa/selepas circle time dan sebelum pulang.

3.1.6 Kesihatan dan Kebersihan Diri Bayi

Bayi berisiko tinggi dijangkiti penyakit di TASKA kerana pergaulan sesama

mereka. Pendidik sentiasa mengamalkan peraturan-peraturan kebersihatan di

Page 34: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

32

TASKA untuk mengelakkan bayi dijangkiti penyakit. Pelbagai amalan kebersihan

TASKA dan kesihatan bayi diberikan dengan terperinci dalam Buku Modul Latihan

(m.s. 512-525).

3.1.6.1 Pemeriksaan kesihatan

Pendidik/pengasuh sentiasa mengamalkan peraturan-peraturan kesihatan dan

kebersihatan di TASKA untuk mengelakkan bayi dijangkiti penyakit seperti

terkandung di dalam Buku Modul Latihan (m.s. 512-525). Pendidik/pengasuh

memastikan bayi menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut jadual dan

memastikan ibu-bapa membawa bayi untuk pemeriksaan lanjut jika perlu. Semua

rekod kesihatan bayi disimpan secara sulit, sistematik, kemaskini dan mudah

diakses. Rekod-rekod yang perlu wujud adalah rekod imunisasi dan vaksinasi,

carta pertumbuhan gigi, rekod Indeks BMI, dan rekod alahan, kecacatan, dan

penyakit yang pernah atau sedang dialami.

Pendidik mengasingkan bayi yang sakit dan menghubungi ibubapa kanak-kanak

tersebut untuk membawa pulang anak mereka.

3.1.6.2 Kebersihan Oral

Mulut dan gusi bayi dibersihkan dengan mengelap mulut dengan kain bersih,

lembut dan basah setiap kali selepas makan atau minum susu walaupun bayi masih

belum tumbuh gigi. Tangan bayi dibasuh setiap kali selepas makan.

3.1.6.3 Mandi

Pendidik/pengasuh memandikan bayi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan

sabun bayi. Bahan kebersihan diri seperti mandian/sabun bayi dan shampoo

sentiasa ada dan mencukupi. Cara memandikan bayi perlu mengikut SOP (sila

rujuk muka surat 10-11 buku rujukan SOP). Selepas mandi, pendidik mengelap

badan bayi dengan tuala bayi sendiri. Pendidik/pengasuh memilih pakaian bersih

Page 35: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

33

dan sesuai dengan keadaan cuaca, suhu dan aktiviti. Pendidik/pengasuh

mengemas pakaian kotor dan memasukkan ke dalam beg untuk dibawa pulang.

3.1.6.4 Menukar Lampin Bayi

Pendidik/pengasuh memastikan bayi sentiasa memakai lampin yang bersih

supaya bayi merasa selasa. Pendidik menukar lampin dengan segera mengikut

SOP (sila rujuk muka surat 38-39, buku SOP) apabila basah atau ada najis untuk

mengelakkan bayi daripada mendapat ruam atau lain-lain penyakit kulit.

Pastikan lampin pakai buang yang telah digunakan dibuang di tong sampah yang

bertutup dan diuruskan dengan betul. Lampin yang belum digunakan disimpan di

dalam almari/bekas bertutup untuk mengelak daripada habuk.

3.1.6.5 Barangan peribadi

Pendidik/pengasuh memastikan barangan peribadi bayi seperti tuala, lampin,

botol susu, sikat dan lain-lain sentiasa bersih, dilabel dengan nama bayi dan tidak

dikongsi dengan bayi lain. Pastikan tuala yang sudah digunakan disidai dan

dikeringkan sebelum digunakan semula pada hari tersebut. Pakaian bersih dan

kotor diasingkan. Pakaian kotor dimasukkan ke dalam beg atau plastik beg pakaian

kotor yang disediakan dan dipulangkan kepada ibu bapa bayi setiap hari.

3.1.6.6 Ruang Tidur

Pendidik memastikan ruang tidur bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Peralatan tidur bayi seperti stackable cot/tilam, cadar, bantal, sarung bantal dan

selimut dibersihkan sekurang-kurang sekali seminggu (atau bila-bila masa yang

perlu).

3.1.7 Mengurut Bayi

Pendidik/pengasuh perlu mengurut bayi sebagai satu rutin yang diamalkan untuk

perkembangan emosi (memberi ketenangan dan merapatkan hubungan di antara

bayi dan pendidik/pengasuh), fizikal bayi (penghadaman, pertumbuhan dan

Page 36: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

34

koordinasi anggota badan dan mengelakkan kembung perut (colic), meningkatkan

kepekaan deria sentuh bayi dan menggalakkan perkembangan minda.

Pendidik/pengasuh mengaplikasikan teknik urutan yang betul dan

mengaplikasikan belaian dan sentuhan yang lembut supaya tidak mendatangkan

kecederaan kepada bayi. Ketika mengurut, pendidik/pengasuh berusaha

mengesan bayi keperluan khas seperti gerakan dan pantulan (refleks) yang luar

biasa dan autisma.

3.1.8 Keselamatan

Pendidik/pengasuh memahami kecuaian mereka mendedahkan bayi terhadap

risiko kecederaan dam kemalangan. Pendidik/pengasuh melaksanakan langkah-

langkah pencegahan kecederaan dan mengawasi bayi pada setiap masa di TASKA.

Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi keselamatan bayi semasa menyusu,

makan, menukar lampin, memandikan bayi, tidur dan semasa menjalankan aktiviti

seperti merangkak dan bermain (di dalam dan di luar TASKA).

Pendidik/pengasuh memastikan peralatan mainan bayi selamat (besar, tidak tajam,

tidak terlalu kesat, tidak berkarat, tidak mudah tanggal) dan tidak bertoksik.

3.1.9 Rehat dan Tidur

Pendidik perlu memastikan bayi cukup tidur dan rehat. Bayi berpakaian bersih dan

selesa sebelum tidur. Pendidik/pengasuh perlu memastikan tempat tidur bayi

bersih dan selamat. Pendidik/pengasuh memalapkan lampu bilik tidur, membaca

doa tidur dan mempendengarkan alunan zikir/muzik yang menenangkan dalam

volume yang rendah.

3.1.10 Pulang

Semasa hendak pulang, pendidik/pengasuh hendaklah menyerahkan bayi, semua

barang dan pakaian kotor untuk dibawa pulang. Ibu/bapa mengambil balik Buku

Log Harian Anak PERMATA yang telah dilengkapkan oleh pendidik/pengasuh.

Page 37: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

35

3.2 Pembelajaran Bayi

Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti pembelajaran PERMATA yang bertujuan

untuk perkembangan enam bidang pembelajaran PERMATA iaitu (i) sahsiah, sosio-

emosi, kerohanian (ii) bahasa, komunikasi dan literasi awal (iii) awal matematik dan

pemikiran logik (iv) deria dan pemahamana dunia persekitaran (v) fizikal dan

psikomotor (vi) kreativiti dan estetika. Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti yang

sesuai mengikut umur bayi dan mengintegrasikan enam bidang tersebut berpandukan

prinsip pedagogi PERMATA.

3.2.1 Pedagogi

Pendidik/pengasuh menekankan penggunaan kaedah 3E (explore, experiment, and

experience) yang merangsang fitrah bayi untuk meneroka, menyiasat, menguji dan

mengalami. Semasa bayi bermain, pendidik hendaklah turut ‘bermain’ bersama

dan berinteraksi, berbual, bercerita dan sebagainya. Pendidik/pengasuh

berinteraksi secara positif dan konstruktif supaya dapat membimbing bayi berfikir

secara logik dan kreatif.

Pendidik berperanan sebagai pembimbing (scaffolder) semasa bayi melaksanakan

aktiviti. Semasa membimbing bayi dalam pelaksanaan aktiviti, pendidik

hendaklah mempamerkan sifat berikut:

Sentiasa ceria, positif, sabar, tenang, berinisiatif, rajin dan jujur.

Prihatin kepada bayi.

Berinteraksi dengan bayi dengan cari memberi: sentuhan, dakapan, pelukkan,

galakan, ransangan, menepuk tangan dan memberi pujian apabila bayi berjaya

melakukan sesuatu, berbual dengan mesra, soal jawab dan sebagainya.

Menyediakan bahan yang bersesuaian dengan aktiviti dan kebolehan bayi.

Melaksanakan aktiviti secara kreatif dan bersesuaian dengan perkembangan

individu bayi.

Memastikan bayi terlibat dalam aktiviti dan memberi peluang sama rata.

Page 38: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

36

Sentiasa menjalankan pemerhatian terhadap perkembangan bayi.

Boleh menyelesai masalah tingkah laku bayi.

3.2.2 Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

Pendidik/pengasuh mengagah bayi, membuat pelbagai bunyi, suara, menyanyi,

selawat dan zikir. Ketika memegang bayi, ayunkan bayi secara perlahan dan

nyanyikan pelbagai jenis lagu (seperti azan, zikir nasyid, lagu rakyat, klassik, dsb)

yang menenangkan perasaannya dan merangsangkan pendengaran bayi.

Pendidik/pengasuh menggalakkan bayi menerokai diri melalui bermain dengan

anggota badan dan cermin. Beri peluang kepada bayi untuk bermain sendiri ketika

meneroka sesuatu barang permainan dan pendidik/pengasuh memberi bantuan

apabila bayi menunjukkan isyarat memerlukan bantuan. Pendidik/pengasuh

sentiasa mengawasi bayi untuk memastikan keselamatan fizikal dan emosi.

Pendidik/pengasuh memberi peluang kepada bayi untuk berkenalan dengan

orang lain. Walau bagaimanapun, pendidik/pengasuh tidak perlu memaksa bayi

sekiranya mereka menunjukkan ketidakselesaan atau perasaan takut ketika

diperkenalkan.

Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi bayi untuk memastikan keselamatan

fizikal dan emosi.

3.2.3 Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Pendidik/pengasuh peka kepada komunikasi bukan lisan bayi dan segera

memenuhi keperluan bayi secepat mungkin sekiranya bayi merengek. Misalnya,

Page 39: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

37

memberi susu sekiranya bayi lapar atau mendakap dan menidurkannya sekiranya

bayi mengantuk.

Pendidik/pengasuh merangsangkan perkembangan bahasa dan komunikasi secara

memanggil nama bayi dan bercakap ketika memberi susu/makanan. Mereka

meniru bunyi yang dibuat oleh bayi.

Pendidik/pengasuh menamakan bahagian badan bayi sambil menyentuhnya,

seperti mulut, telinga, hidung, jari, dsb ketika aktiviti rutin seperti mandi, menukar

lampin, membersihkan mereka dan memakai baju.

Pendidik/pengasuh menamakan barang yang ada dalam persekitaran bayi ketika

bercakap dengan bayi pada masa makan, menukar lampin, mandi dan membawa

mereka berjalan-jalan.

Pendidik/pengasuh memupuk minat membaca bayi dengan menyedia serta

membacakan pelbagai jenis buku yang bersesuaian dengan umur bayi seperti buku

bergambar yang pelbagai tekstur, bunyi dan bau.

3.2.4 Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Pendidik menggalakkan bayi untuk memegang, memerhati, meneroka dan meneliti

saiz, bentuk, warna dan pola yang terdapat pada objek seperti bola, tayar, kereta,

buah-buahan serta blok/bongkah, shape slotters, puzzle, daun, kotak, kadbod, tin, tali,

perca kain, botol plastik dan sebagainya dengan bimbingan pendidik. Pendidik

bercakap dan merangsang bayi untuk berfikir sambil memanipulasi bahan dan

menyelesaikan masalah.

Mereka menggalakkan bayi menggerakkan badan dan meneroka dalam ruang yang

lapang, bersih dan selamat, sambil bercakap dengan bayi tentang apa lakukan.

Page 40: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

38

Pendidik/pengasuh menggalakkan pemahaman konsep object permanence melalui

bermain “ciku-cak” atau permainan yang lain ketika pengasuh hilang dan timbul di

depan bayi.

Pendidik/pengasuh mendedahkan bayi kepada peraturan - peraturan yang mudah;

menggunakan perkataan “boleh” and “jangan” dengan nada suara, wajah, dan

reaksi berbeza (tegas, tetapi tidak menakutkan). Mereka menerangkan mengapa

“boleh” atau “tidak boleh, serta memberitahu “kenapa” apabila dihalang daripada

meneroka sesuatu dalam persekitaran yang merbahaya, seperti saluran elektrik,

mesin, dan lain-lain.

3.2.5 Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Pendidik/pengasuh merangsang perkembangan deria dengan meletakkan barang

mainan yang pelbagai warna, bunyi dan bentuk di tempat yang mudah untuk

dicapai dan disentuh oleh bayi (seperti digantung atas katil supaya dapat dilihat

ketika baring atau di depan bayi yang sedang meniarap).

Pendidik/pengasuh menyediakan permainan yang mengeluarkan bunyi, seperti

patung atau itik yang berbunyi bila ditekan. Mereka membunyikan alat mainan

yang berbunyi seperti kerincing di sebelah telinga kiri telinga kanan dan belakang

bayi, untuk melatihkan pendengaran dan menggalakkan bayi mencari punca

bunyi.

Pendidik/pengasuh menggalakkan bayi meneroka pelbagai tekstur objek dengan

meramas, memicit, menepuk dan menekan. Contoh, meneroka tepung yang telah

dibancuh dengan air dalam pelbagai kepekatan atau memegang makanan seperti

makaroni, spaghetti dan lain-lain.

Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti bermain air bersama bayi seperti

menuang, menceduk, memerah air dengan menggunakan span atau kain,

Page 41: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

39

meneroka bahan tenggelam, timbul dan terapung dan mengalami konsep mengenai

air seperti berpusar, mengalir, berkocak, memercik, melimpah, memenuhi bekas

dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai mengikut kreativiti

pendidik/pengasuh.

Pendidik/pengasuh mendokong atau meletakkan bayi dalam kereta sorong untuk

meneroka alam persekitaran: melihat keindahan alam seperti pokok-pokok, langit,

awan, ayam, lembu; menghirup udara bersih dan menghidu wangi-wangian daun,

bunga; mendengar pelbagai jenis bunyi haiwan; menyentuh pelbagai tekstur yang

tidak tajam atau beracun seperti daun, batang, buah dan batu-batan.

Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi dan berbual dengan bayi semasa aktiviti

dijalankan.

3.2.6 Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

Pendidik/pengasuh menyediakan tempat yang luas dan selamat untuk bayi

menggapai, mengesot, merangkak dan belajar berdiri. Pendidik/pengasuh

merangsang kemahiran motor kasar seperti mengiring, menjulur, membalikkan

badan dan meniarap menggunakan objek mainan.

Pendidik/pengasuh menggerakkan anggota bayi sambil melakukan senaman pagi;

meletakkan bola atau barang mainan yang bergolek apabila disentuh di hadapan

bayi untuk menggalakkan bayi bergerak ke depan atau ke tepi.

Pendidik/pengasuh merangsang kemahiran motor halus seperti membuka tangan,

memegang, menggenggam, mengutip, mencungkil dan menggunakan objek

mainan.

Page 42: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

40

3.2.7 Perkembangan Kreatif Dan Estetika

Pendidik/pengasuh memperdengarkan pelbagai melodi serta ritma lagu kanak-

kanak dan zikir. Mereka menggerak-gerakkan anggota bayi mengikut alunan

muzik, sambil mendengar muzik/ menyanyi/berselawat.

Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti seni dan kraf untuk bayi menggunakan

alat dan bahan yang sesuai seperti cat air (water colour), berus besar, crayon bersaiz

jumbo, easel rendah, tepung, span, cop pelbagai bentuk dan jenis, pelbagai jenis

kertas (kecuali kertas surat khabar) dan lain-lain. Aktiviti yang sesuai untuk bayi

ialah mengecat, mengecop, mengoyak, merenyuk, menconteng, menggaul dan

menguli.

Pendidik/pengasuh menggalakkan bayi bermain peranan dan imaginasi yang

mudah seperti berlakon bercakap-cakap dalam telefon.

3.3 Pemerhatian dan Pentaksiran Bayi

Pentaksiran dan penilaian merupakan instrumen penting untuk mengumpul maklumat

berkaitan perkembangan dan pembelajaran bayi, kesihatan dan tingkahlaku dalam

merancang pembelajaran yang bersesuaian untuk bayi. Pengumpulan data termasuk

gambar dan video tentang pembelajaran dan perkembangan bayi hendaklah

berdasarkan kepada Kurikulum PERMATA Negara. Pentaksiran bayi hendaklah

dijalankan secara berterusan melalui pemerhatian semasa mereka menjalani aktiviti dan

rutin harian.

3.3.1 Rekod pemerhatian dan pentaksiran bayi

Pendidik/pengasuh menyediakan Log Harian Anak PERMATA yang

mencatatkan perkembangan yang dicapai atau masalah yang dihadapai oleh bayi

pada hari itu. Log Harian hendaklah dibincang dan diserahkan kepada ibu bapa

Page 43: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

41

untuk semakan. Log Harian itu dikembalikan semasa bayi datang ke TASKA

keesokan harinya.

Pendidik/pengasuh mengambil ukuran berat badan dan kepanjangan (length)

bayi setiap tiga bulan dan memetakan kepada carta tumbesaran (growth chart) dan

BMI.

Pendidik menyediakan Rekod Anekdot apabila sesuai untuk merekodkan sesuatu

kejadian/event dalam perkembangan bayi (persampelan peristiwa atau event

sampling).

Pendidik menyediakan senarai semak PERMATA yang lengkap untuk

merekodkan status pencapaian bayi pada masa semakan itu dibuat. Pendidik

sentiasa mengemaskini rekod perkembangan bayi dalam senarai semak

perkembangan kanak-kanak PERMATA.

Pendidik menyediakan portfolio untuk setiap bayi yang mengandungi profil,

rekod tumbesaran dan perkembangan, hasil kerja bayi, gambar aktiviti dan

mempamerkan di dalam kelas.

3.3.2 Pentaksiran bayi

Pendidik/pengasuh membuat pentaksiran perkembangan bayi berdasarkan semua

maklumat yang dikumpul bagi menentukan tahap perkembangan normal dan

keperluan khas bayi. Pendidik dapat membuat pengesanan awal untuk mengesan

perkembangan bayi dan berbincang dengan ibu bapa hasil pengesanan yang dibuat

supaya dapat dirujuk kepada pakar perubatan/pakar bayi.

Dalam membuat taksiran, pendidik/pengasuh mendapatkan input daripada

pendidik lain, ibu bapa dan agensi sokongan.

Page 44: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

42

Dari masa ke semasa pendidik/pengasuh berbincang dengan ibu bapa tentang

perkembangan bayi, membuat perjumpaan formal sekurang-kurangnya tiga kali

setahun dan menyerahkan porfolio dan laporan perkembangan bayi.

Pendidik/pengasuh menyimpan maklumat pentaksiran bayi dalam kabinet

berkunci untuk menjamin kerahsiaan.

Page 45: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

43

4.1 Keselamatan Fizikal

Aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh pihak TASKA untuk memastikan

keselamatan bayi dan kanak-kanak ialah:

Menyediakan Peraturan dan Polisi Keselamatan di TASKA

Menyediakan persekitaran dan peralatan yang selamat dan bersih untuk bayi dan

kanak-kanak.

Melaksanakan peraturan keselamatan secara konsisten dan setiap masa.

4.1.1 Peraturan dan Polisi Keselamatan

TASKA mempunyai polisi yang jelas mengenai Keselamatan TASKA dan kanak-

kanak berasaskan buku SOP Pusat Anak PERMATA Negara (Bahagian Permata

JPM, 2008), Peraturan-peraturan Keselamatan seperti termaktub dalam Akta

TASKA pindaan 2012 dan peraturan perlesenan.

Dasar ini mengandungi langkah-langkah yang diambil oleh pendidik yang

bertanggungjawab dengan mengambil kira umur dan perkembangan kanak-kanak

dan bayi dan disediakan dalam bentuk senarai semak dan strategi menghadapi

risiko-risiko keselamatan. Dasar dan peraturan dipamerkan dengan jelas,

contohnya:

KESELAMATAN FIZIKAL DAN SUMBER PEMBELAJARAN

4.1 Keselamatan Fizikal

4.1.1 Peraturan dan Polisi Keselamatan di TASKA

4.1.2 Latihan Staf

4.1.3 Persekitaran Fizikal Luaran

4.1.4 Persekitaran Fizikal Dalaman

4.2 Persekitaran Pembelajaran

4.2.1 Ruang dan Kemudahan Pembelajaran

4.2.2 Ruang dan Peralatan Umum

4.2.3 Peralatan dan Sumber Pembelajaran

Page 46: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

44

Jadual tutup dan buka pintu pagar TASKA.

Peraturan menghantar dan menjemput anak.

Peraturan mengenai penggunaan bahan-bahan tumbuhan atau haiwan, dll.

Prosedur menghubungi ibu-bapa bayi atau kanak-kanak atau pihak

hospital jika berlaku kemalangan.

Prosedur rawatan awal kecederaan jika berlaku kecederaan atau

kecemasan sebelum kedatangan ibubapa atau pakar perubatan.

Prosedur pemeriksaan kesihatan, pendidik/ pengasuh dan tukang masak

(suntikan typhoid).

Pendidik dan ibubapa perlu memahami peraturan dan polisi tersebut.

TASKA mematuhi semua peraturan keselamatan yang dikeluarkan oleh Pihak

Berkuasa Tempatan, Bomba, Jabatan Kesihatan, dan memastikan terdapat alat

pemadam api yang diperiksa oleh Bomba secara berkala. TASKA mempunyai peti

rawatan kecemasan yang lengkap dan tidak luput tarikh.

4.1.2 Staf terlatih tentang keselamatan

TASKA mengadakan latihan keselamatan yang bersesuaian secara berkala

terutamanya menggunakan alat-alat keselamatan (fire drill). Pendidik yang

bertanggungjawab memahami langkah-langkah dalam senarai semak dan strategi

menghadapi risiko-risiko keselamatan dengan mengambil kira umur dan

perkembangan kanak-kanak dan bayi.

Setiap staf TASKA memahami dan dapat melaksanakan langkah-langkah

pencegahan kecederaan bayi dan kanak-kanak di TASKA. Contohnya:

Pendidik/pengasuh mengawasi keselamatan kanak-kanak dalam lingkungan

penglihatan atau pendengaran pendidik sepanjang masa.

Page 47: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

45

Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi keselamatan bayi dan kanak-kanak

semasa menyusu, menukar lampin, memandikan bayi, dan semasa

menjalankan aktiviti-aktiviti rutin lain seperti makan, tidur, dan ke tandas.

Pendidik/pengasuh mematuhi peraturan keselamatan kanak-kanak semasa

menjalankan aktiviti fizikal, seperti bermain di playground, merangkak di

dalam dan di luar TASKA, serta aktiviti pembelajaran seperti bermain

air/pasir, dan menggunakan peralatan tajam, dsb).

TASKA mempunyai prosedur rawatan awal kecederaan jika berlaku kecederaan

atau kecemasan. Pendidik memahami dan dapat melakukan kaedah first-aid dan

prosedur rawatan awal dan prosedur semasa kecemasan sebelum kedatangan

ibubapa atau pakar perubatan. Pendidik mengetahui prosedur menghubungi ibu-

bapa bayi atau kanak-kanak atau pihak hospital jika berlaku kemalangan.

Pendidik, Pembantu Pendidik dan tukang masak di TASKA mendapat suntikan

mencegah typhoid dan membuat pemeriksaan kesihatan diri secara berkala.

4.1.3 Keselamatan fizikal luaran

TASKA memastikan pintu pagar sentiasa terkunci dan kunci berada di tempat letak

kunci.

TASKA memastikan persekitaran seperti longkang, jenis-jenis pokok dan

tumbuhan hiasan yang ditanam di sekitar TASKA hendaklah bukan dari jenis

berduri atau beracun.

Semua peralatan permainan yang disediakan adalah dalam keadaan baik, selamat

dan bersih, misalnya lopak pasir (sand pit), kolam, terowong, gelongsor, buaian,

jongkang-jongket, jambatan, pondok, dan lain-lain.

4.1.4 Keselamatan fizikal dalaman

Pendidik/TASKA memastikan susun atur persekitaran dalaman tidak

membahayakan atau boleh mengganggu pergerakan bayi dan kanak-kanak. Semua

Page 48: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

46

peralatan dan ruang-ruang aktiviti bayi dan kanak-kanak adalah selamat, tidak

berair dan licin, kemas dan teratur, mempunyai pencahayaan yang baik, dan suhu

yang bersesuaian. Tidak terdapat perabot atau peralatan yang rosak yang boleh

mendatangkan bahaya kepada bayi dan kanak-kanak.

Peralatan elektrik diletak di tempat yang jauh dari jangkauan bayi dan kanak-

kanak.

Kanak-kanak dilarang memasuki dapur.

4.1.5 Kebersihan TASKA

Pihak TASKA mengambil langkah berikut untuk menjaga kebersihan:

Membersih dan membuat nyahkuman (sanitasi) setiap hari ke atas semua

ruang dan lantai yang digunakan oleh bayi dan kanak-kanak, seperti

ruang/sudut pembelajaran, tempat makan dan tidur, tempat menukar lampin

bayi, laluan dan tangga, ruang susunan kasut dan beg kanak-kanak.

Memvakum hamparan (permaidani) dan tikar (floor mat) dan mencuci cermin

dan tingkap, tombol pintu, dan lain-lain setiap hari.

Memastikan tandas dan bilik mandi sentiasa kering dan tidak berbau.

Memastikan kebersihan peralatan dapur, peti sejuk dan stor penyimpanan

bahan makanan bagi mengelakkan berlaku keracunan makanan.

Membuang sampah dan sisa makanan kanak-kanak setiap hari bagi

menghalang penyebaran penyakit, dan mencegah bau yang tidak

menyenangkan. TASKA mestilah sentiasa bersih dari lalat, semut, lipas dan

tikus.

Membuang serta-merta item kotor, contohnya lampin pakai buang, sarung

tangan, kertas tisu ke dalam bekas sampah yang bertutup.

Memastikan longkang di sekeliling sentiasa bersih.

Page 49: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

47

4.2 Persekitaran Pembelajaran

Persekitaran pembelajaran untuk kanak-kanak dan bayi merupakan satu aspek

penting, yang mempunyai kesan mendalam serta mampu mempengaruhi

pembentukan intelek, fizikal, sosio-emosi, peribadi dan sahsiah semua kanak-

kanak. Tiga komponen ditekankan: (i) ruang dan kemudahan pembelajaran di

dalam dan luar TASKA (ii) ruang dan peralatan umum TASKA (iii) peralatan dan

sumber pembelajaran.

4.2.1 Ruang dan Kemudahan Pembelajaran (dalam & luar TASKA)

Kanak-kanak di TASKA harus berpeluang menikmati pengalaman pembelajaran

dalam ruang yang selesa untuk pergerakan bebas dan penerokaan serta kondusif

untuk pembelajaran sesuai dengan tahap perkembangan bayi dan kanak-kanak,

mengikut Peraturan 24(1), (2) dalam Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (di

Institusi) 198, yang menggariskan bahawa seorang kanak-kanak perlu mempunyai

ruang seluas sekurang-kurangnya 3.5 meter persegi di TASKA.

TASKA mempunyai ruang-ruang dalaman untuk pembelajaran PERMATA seperti

ruang/sudut khas untuk bacaan, aktiviti manipulatif, main peranan, aktiviti seni

dan kreativiti, teknologi dan dll.

TASKA mempunyai kemudahan luaran seperti Taman Permainan, ruang main air,

ruang main pasir, persekitaran untuk menjalankan aktiviti meneroka (terowong,

jambatan, gua buatan, dan lain-lain); dan ruang/sudut permainan fizikal

(playground).

TASKA menyusun atur persekitaran pembelajaran yang menyegarkan kanak-

kanak berasaskan konsep persekitaran semulajadi, sesuai dengan ciri-ciri alam

sekitar kanak-kanak, misalnya penggunaan bahan-bahan dengan warna yang

Page 50: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

48

lembut, ceria dan pencahayaan semula jadi yang baik, tanpa terlalu banyak

bergantung kepada pencahayaan dari sumber elektrik.

TASKA menyusun atur perabut dan peralatan dengan kemas bagi memberikan rasa

selesa kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti dalam suasana yang

menyegarkan untuk pertumbuhan sihat bayi dan kanak-kanak.

4.2.2 Ruang dan Kemudahan Umum

TASKA menyediakan ruang-ruang seperti dapur, bilik air dewasa, ruang

menunggu, ruang pejabat, stor, bilik guru, bilik penyelia dan bilik rundingan bagi

tujuan perbincangan bersama ibu bapa, Pakar Psikologi, Pakar Perubatan dan

sebagainya.

TASKA menyediakan kemudahan pejabat seperti komputer, laptop, kabinet fail,

kerusi dan meja, pejabat, sofa dan kabinet berkunci.

TASKA mempunyai ruang untuk mempamerkan hasil kerja yang menunjukkan

‘learning journey’ kanak-kanak.

TASKA menyediakan ruang makan, ruang penyusuan bayi, ruang rehat/tidur,

bilik air kanak-kanak serta kelengkapan lain seperti pondok, bangku, meja, rak

buku, rak penyimpanan mainan, rak kasut, stackable cot, cermin dan sinki yang

kondusif dan bersesuaian dengan umur dan perkembangan kanak-kanak.

TASKA mempunyai sick bay/bilik sakit atau ruang pengasingan.

4.2.3 Peralatan dan sumber Pembelajaran PERMATA

TASKA mempunyai peralatan dan sumber pembelajaran yang dapat merangsang

perkembangan menyeluruh potensi kanak-kanak melalui whole brain learning ke

tahap optimum berdasarkan kepada enam bidang pembelajaran PERMATA.

Page 51: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

49

TASKA menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat dalam persekitaran

kanak-kanak secara kreatif contohnya batu-batuan kecil (pebbles) yang boleh

didapati dari sungai, tempurung kelapa, kulit siput/cengkerang laut, ranting, daun

dan bahagian-bahagian tumbuhan kering, pelbagai jenis biji benih, tanah liat dan

sebagainya.

TASKA menyediakan peralatan dan sumber pembelajaran seperti berikut:

4.2.3.1 Peralatan Muzik

TASKA menyediakan peralatan muzik seperti kompang saiz kanak-kanak,

tambourine, castanets, xylophone, kayu tiktok, maracas, hand bell dan gendang bagi

membantu konsentrasi, mententeramkan jiwa dan merangsang kreativiti kanak-

kanak.

4.2.3.2 Peralatan Manipulatif

TASKA menyediakan peralatan manipulatif seperti blok binaan, cantuman bentuk,

puzzle, manik besar, skru, doh, mainan pertukangan kayu dan lain-lain perlulah

mengikut umur kanak-kanak untuk membantu kanak-kanak memanipulasi bahan

atau objek semasa bermain.

4.2.3.3 Peralatan Kognitif (Awal Matematik dan Awal Sains)

TASKA menyediakan peralatan pembelajaran kognitif seperti human torso, model

gigi besar serta berus gigi besar, kanta pembesar, glob, span nombor, jam besar,

butang dan manik pelbagai bentuk, saiz dan warna, dan stacking blocks untuk

meransang pemikiran logik (contohnya membuat perbandingan, pengelasan) dan

penyelesaian masalah dalam permainan domino, binaan, padanan, susunan,

seriasi, pola dan lain-lain.

Page 52: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

50

4.2.3.4 Peralatan Main Peranan

TASKA menyediakan peralatan main peranan seperti patung sarung tangan,

patung boneka, set permainan kosmetik, permainan dapur, permainan doktor,

pakaian seragam pekerjaan, model buah-buahan dan sayuran, model haiwan dan

model makanan bagi memberikan keseronokan dan meningkatkan konsep kendiri

serta keyakinan diri kanak-kanak, di samping dapat menyuburkan sahsiah dan

kemahiran sosial mereka.

4.2.3.5 Peralatan Main Air dan Main Pasir

TASKA menyediakan peralatan permainan air dan pasir seperti botol dan bekas

pelbagai saiz, penyodok pasir, penapis, corong, tiub getah, jug, bekas siraman dan

lain-lain.

TASKA yang tidak mempunyai prasarana untuk main pasir dan air boleh

menggantikan dengan bekas yang bersesuaian.

4.2.3.6 Peralatan Fizikal dan Senaman

TASKA menyediakan peralatan fizikal dan senaman seperti basikal, climber, tunnel,

gelongsor, playard dan bola berwarna, balancing beam, bean bag, gelung, paracut, alas

senaman, tali lompatan, trampoline, jongkang-jongkit, soft gym, dan lain-lain.

4.2.3.7 Bahan Bahasa, Bacaan dan Literasi

TASKA menyediakan bahan bahasa, bacaan dan literasi seperti cantuman ABC,

CD/VCD cerita/lagu kanak-kanak, kad padanan, buku cerita, buku agama, buku

bergambar, buku besar, soft book dan board book untuk bayi, buku-buku sensori, dan

bahan-bahan bacaan lain dalam bahasa Melayu dan Inggeris bagi menggalakkan

kanak-kanak berkomunikasi, bertutur dan mendengar melalui permainan seperti

perbualan, bercerita, tunjuk dan cerita (show and tell), rhyming, atau meniru tingkah

laku yang diperhatikan.

Page 53: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

51

4.2.3.8 Peralatan Seni dan Kraf

TASKA menyediakan peralatan seni dan kraf mencukupi untuk setiap kanak-kanak

seperti cat air, berus, crayon, easel, tepung, span, cop pelbagai bentuk dan jenis,

pelbagai jenis kertas, tanah liat, acuan, kertas warna, gunting, apron dan lain-lain.

4.2.3.9 Peralatan Teknologi dan ICT

TASKA menyediakan peralatan Teknologi dan ICT seperti LCD, komputer, laptop

dan printer, tablet, televisyen, pemain cakera padat, mesin pengimbas, xerox,

kamera, blender, glue-gun, peralatan pertukangan, peralatan perkebunan, dan lain-

lain.

Adalah wajib bagi setiap TASKA PERMATA menyediakan sekurang-kurangnya

sebuah komputer atau laptop untuk digunakan oleh pendidik dan kanak-kanak.

Page 54: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

52

Kurikulum PERMATA Negara menekankan ‘setiap anak Permata Negara’ perlu dididik

dengan baik, agar dapat digilap potensi mereka untuk kejayaan masa hadapan. Pendidik

adalah individu yang paling rapat dengan kanak-kanak dan merekalah yang

menentukan kejayaan kanak-kanak masa hadapan melalui pelaksanaan Kurikulum

PERMATA Negara. TASKA perlu membuat pelantikan staf yang berkelayakan,

mempunyai nisbah pendidik: kanak-kanak dan bayi yang bersesuaian, memastikan

amalan professional dan beretika yang dapat membentuk individu yang bersahsiah

mulia, berdikari, berintelek tinggi, patriotik dan dapat menyesuaikan diri dengan

kemajuan teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan

antarabangsa.

5.1 Kelayakan, Pelantikan dan Perkembangan Staf

5.1.1 Kelayakan

Pendidik mempunyai kelayakan akademik, sekurang-kurangnya atau sebaik-

baiknya setaraf peringkat Diploma.

SUMBER MANUSIA

5.1 Kelayakan, Pelantikan dan Perkembangan Staf

5.2 Nisbah Pendidik:Kanak-Kanak Dan Bayi

5.3 Amalan Profesional Dan Etika

5.4 Menerima Kepelbagaian (Pendidikan Inklusif)

5.5 Patriotisme

Page 55: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

53

Pendidik telah lulus kursus KAAK/KAP dan berdaftar sebagai

pengasuh/pendidik mengikut Akta TASKA 1984 (pindaan 2007) dan Peraturan-

peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012: Bahagian VI – 14 (1-3), perenggan 14

(1) subperenggan (3) dalam pelantikan pekerja yang menyatakan:

”Pengusaha hendaklah mengambil bekerja atau melantik apa-apa bilangan pengasuh yang

berdaftar seperti berikut: 14(2) adalah seorang warganegara Malaysia, berumur 18 tahun

dan ke atas, telah lulus kursus KAAK/KAP, dan berdaftar sebagai pengasuh/pendidik

kanak-kanak di bawah Peraturan 16.”

5.1.2 Pelantikan

Pendidik menerima kemudahan kebajikan pekerja (EPF,PERKESO), insuran dan

lain-lain mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.

Pendidik menerima gaji minimum yang setimpal dengan tanggungjawab.

5.1.3 Latihan Perkembangan Profesional

Pendidik telah mengikuti atau menghadiri kursus perkembangan profesional atau

menghadiri seminar/persidangan/bengkel yang berkaitan secara berterusan untuk

meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai pendidikan awal kanak-

kanak.

5.2 Nisbah Pendidik: Kanak-Kanak Dan Bayi

TASKA mematuhi peraturan Kurikulum PERMATA Negara dan Garis Panduan

Bahagian PERMATA mengenai nisbah pendidik: kanak-kanak dan bayi dengan

mengelompokkan kanak-kanak dan bayi mengikut umur sesuai dengan Modul

PERMATA 1 hingga 6.

Page 56: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

54

Kategori kanak-kanak Umur

Bilangan Kanak-Kanak

Bilangan Pengasuh/ Pengasuh Berdaftar

Kanak-Kanak Normal

0 - 1 tahun 3 1

1 – 2 tahun 5 1

3 – 4 tahun 10 1

Kanak-Kanak Kurang Upaya

0 - 1 tahun 3 2

1 – 2 tahun 5 2

3 – 4 tahun 10 3

5.3 Amalan Profesional dan Etika

5.3.1 Kompetensi

Pendidik mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi tentang

asuhan dan didikan kanak-kanak dan bayi serta memahami falsafah, prinsip,

konsep dan kandungan Kurikulum PERMATA Negara serta peraturan-peraturan

TASKA.

Pendidik melaksana tugas dan tanggungjawab berdasarkan kurikulum dan

peraturan Permata Negara secara baik, benar, komited, amanah, cekap dan

bertanggungjawab tanpa prejudis dan diskriminasi.

5.3.2 Kemasan Diri (personal grooming)

Pendidik/pengasuh memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan bersih dan

kemas.

Page 57: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

55

5.3.3 Sifat Peribadi

Pendidik/pengasuh bersifat penyayang, mesra kanak-kanak, berempati, adil,

sentiasa menjaga maruah dan harga diri bayi dan kanak-kanak serta sensitif

kepada kepelbagaian kebolehan, minat dan bakat kanak-kanak.

Pendidik mengamalkan sikap yang positif dan saling menghormati dalam

hubungan dengan rakan sekerja dan membina suasana kerja yang harmoni.

Pendidik melayani ibu bapa dan komuniti dengan hormat dan berbudi bahasa

dalam memberi nasihat dan maklumat tepat tentang perkembangan kanak-kanak

dan bayi

5.3.4 Penambahbaikan Diri

Apabila berhadapan masalah, pendidik memahami limitasi diri dan merujuk

kepada pihak pengurusan sebelum membuat sebarang keputusan terutamanya

yang menyentuh dasar berkaitan kanak-kanak dan ibubapa.

Pendidik/pengasuh proaktif dan bermotivasi tinggi untuk penambahbaikan diri

secara berterusan agar lebih profisyen dan kompeten dalam bidang asuhan dan

pendidikan awal kanak-kanak.

5.4 Menerima Kepelbagaian (Pendidikan Inklusif)

5.4.1 Meraikan Kepelbagaian

Pendidik/pengasuh memahami bahawa mereka berkhidmat dalam keluarga yang

terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang mempunyai budaya/cara hidup

atau adat resam sendiri, amalan ibadat dan kepercayaan, makanan dan pantang

larang yang perlu difahami.

Page 58: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

56

Pendidik menghormati kepelbagaian ini dengan dan mengadakan aktiviti yang

meraikan kepelbagaian, contohnya menyambut hari-hari perayaan kaum bersama

kanak-kanak dan keluarga di TASKA.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak dan bayi bersikap positif terhadap

kepelbagaian budaya dan kaum yang terdapat di Malaysia dan menerapkan

pemahaman dan menanam nilai-nilai perpaduan di kalangan mereka.

5.4.2 Tidak Bias

Pendidik tidak membuat tanggapan yang akan menjejaskan hubungan di antara

pengasuh, ibubapa dan keluarga mereka.

5.5 Patriotisme

5.5.1 Role Model

Pendidik menunjukkan ciri-ciri patriotik sebagai role model seorang rakyat yang taat,

yakin membina harga diri (self esteem) dan berani mempertahan Negara dari kejian.

5.5.2 Aktiviti Patriotisma

Pendidik bercerita tentang sejarah dan kesejahteraan Malaysia bagi menanam

perasaan cintakan negara.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak dan bayi menyanyi lagu Negaraku, berikrar

Rukun Negara, menyambut Hari Kebangsaan bagi membina perkembangan

sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian dan juga membina keyakinan diri dan harga

diri (self-esteem) tinggi, keberanian dan patriotisma.

Page 59: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

57

Penyampaian perkhidmatan asuhan dan didikan awal kanak-kanak bergantung kepada

pengurusan TASKA secara cekap dan berkesan. Ia bermula dengan penentuan visi, misi

dan matlamat dan diikuti oleh strategi pelaksanaan untuk mencapai visi, misi dan

matlamat tersebut. Strategi-strategi pelaksanaan merangkumi perancangan aktiviti

tahunan, bulanan, mingguan dan harian, pengendalian maklumat dan rekod,

pengurusan sumber manusia, pengurusan kesihatan dan keselamatan serta kolaborasi

dengan ibubapa dan komuniti.

6.1 Visi, Misi dan Matlamat

6.1.1 Kejelasan Visi, Misi & Matlamat

TASKA mempunyai visi, misi dan matlamat bagi memastikan pengoperasian dan

pengurusannya berjalan dengan lancar sepanjang masa.

TASKA mempamerkan visi, misi dan matlamat tersebut di tempat yang mudah

dilihat oleh pendidik dan ibubapa.

6.1.2 Organisasi Pengurusan

TASKA mempunyai organisasi TASKA yang jelas termasuk Ahli Lembaga

dan/atau Penasihat organisasi TASKA yang jelas.

PENGURUSAN

6.1 Visi, Misi dan Matlamat

6.2 Perancangan Aktiviti

6.3 Pengendalian Maklumat dan Rekod

6.4 Pengurusan Sumber Manusia

6.5 Pengurusan Kesihatan Dan Keselamatan

6.6 Kolaborasi Dengan Ibubapa Dan Komuniti

Page 60: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

58

TASKA mempamerkan carta organisasi, logo, tagline dan tanda nama dengan jelas.

6.2 Perancangan Aktiviti

TASKA membuat perancangan tahunan, bulanan, mingguan dan harian yang mereflek

visi, misi dan matlamatnya.

TASKA mempamerkan takwim tahunan dan bulanan untuk perhatian ibu bapa, penyelia

dan/atau pelawat mengenai program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di TASKA.

6.3 Pengendalian Maklumat dan Rekod

6.3.1 Jenis Rekod mengikut peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012

TASKA menyimpan sijil pendaftaran TASKA

TASKA menyimpan rekod kanak-kanak yang mengandungi:

Latar belakang

Kedatangan

Kesihatan

Pihak yang bertanggungjawab menghantar dan menjemput kanak-kanak

Pihak yang perlu dihubungi semasa kecemasan

TASKA menyimpan rekod kakitangan yang mengandungi:

Kelayakan akademik

Latihan & perkembangan professional

Pengalaman bekerja

Gaji

Maklumat kesihatan

Page 61: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

59

Cuti

Pelanggaran disiplin

Anugerah

Alamat

Orang yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan

TASKA menyimpan rekod pengurusan yang termasuk:

Rekod kewangan

Rekod inventori dan asset

Rekod perancangan tahunan, bulanan, mingguan, (takwim)

Rekod harian/menu

Rekod latihan kebakaran

Rekod Pelawat

Rekod penglibatan ibubapa secara sistematik

6.3.2 Kelengkapan, Kemaskinian dan Kerahsiaan Rekod

TASKA dapat memberi maklumat terkini tentang semua perkara berkaitan kanak-

kanak, staf atau urusan pentadbiran, terutama apabila berlaku sesuatu kecemasan

atau kemalangan.

TASKA menyimpan rekod sulit di dalam kabinet berkunci.

6.4 Pengurusan Sumber Manusia

6.4.1 Pelantikan

TASKA mempunyai kriteria dan prosedur melantik pendidik/pengasuh mengikut

Akta TASKA 1984 (pindaan 2007) dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-

kanak 2012: Bahagian VI – 14 (1-3), perenggan 14 (1) subperenggan (3) dalam

Page 62: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

60

pelantikan pekerja yang menyatakan: warganegara Malaysia, berumur 18 tahun

dan ke atas, mempunyai sekurang-kurangnya diploma, telah lulus kursus

KAAK/KAP, dan berdaftar sebagai pengasuh/pendidik kanak-kanak di bawah

Peraturan 16 Taman Asuhan Kanak-kanak 2012: Bahagian VI – 14 (1-3), perenggan

14 (1) subperenggan (3).

TASKA mempunyai cara dan rekod untuk memastikan tidak ada syak wasangka

pendidik mendatangkan risiko kepada keselamatan kanak-kanak dan dia adalah

seorang yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab untuk menjaga dan

melindungi kanak-kanak dari sebarang kecederaan atau kesusahan.

6.4.2 Syarat Perkhidmatan

TASKA memberi gaji minimum yang setimpal dengan tanggungjawab dan

kemudahan kebajikan pekerja (EPF,PERKESO), Insuran dan lain-lain mengikut

dasar yang ditetapkan kerajaan.

TASKA memberi insentif sebagai saguhati kepada staf yang menunjukkan prestasi

cemerlang sebagai motivasi dalam mempertingkatkan kecemerlangan mereka.

6.4.3 Perkembangan professional

TASKA menggalakkan pendidik/pengasuh mengikuti program latihan

perkembangan professional dan bengkel secara sistematik dan berterusan untuk

menambahbaik pengetahuan mereka dalam bidang yang berkaitan selain dapat

meningkatkan keterampilan diri mereka sebagai pendidik/pengasuh PERMATA.

Page 63: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

61

6.5 Pengurusan kesihatan dan Keselamatan

6.5.1 Kerjasama dengan pihak lain

TASKA menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan di komuniti seperti

Bomba, Polis, Pejabat Pos, Klinik/Poliklinik, Hospital atau Pusat Perubatan.

TASKA mematuhi semua peraturan keselamatan yang dikeluarkan oleh Pihak

Berkuasa Tempatan, Bomba, Jabatan Kesihatan.

6.5.2 Kesihatan dan pemakanan kanak-kanak

TASKA memastikan kanak-kanak telah diberi vaksinasi mengikut jadual

Kementerian Kesihatan sebelum diterima masuk ke TASKA.

TASKA menyemak dan mengemaskini rekod vaksinasi untuk memastikan ibu

bapa meneruskan pemberian vaksinasi kepada kanak-kanak.

TASKA mengguna rekod kedatangan kanak-kanak untuk membuat perancangan

aktiviti dan sajian makanan setiap hari.

6.6 Kolaborasi Dengan Ibubapa Dan Komuniti

6.6.1 Kerjasama dengan ibu bapa

Ibu bapa datang daripada berbagai pengalaman dan kepakaran yang boleh

dikongsi bersama kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa akan menyemai rasa

kepunyaan, menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh

pendidik kepada anak-anak mereka.

Page 64: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

62

TASKA mewajibkan penglibatan ibu bapa/penjaga dalam aktiviti TASKA

sekurang-kurangnya 1 jam seminggu atau 4 jam sebulan.

TASKA membuat perancangan (sejak awal tahun) untuk memastikan ibu bapa tahu

bila mereka diperlukan hadir dan apakah aktiviti yang dapat mereka sumbangkan

di TASKA.

TASKA menggalakkan penubuhan Persatuan Ibu Bapa bertujuan mengendalikan

aktiviti TASKA contohnya hari sukan dan sambutan perayaan. Persatuan Ibu Bapa

juga digalakkan mengendali aktiviti hujung minggu contohnya lawatan ke tempat

tertentu dan juga untuk memberi sokongan sesama.

TASKA mengguna pelbagai cara untuk perhubungan, termasuk e-mail, pesanan

ringkas atau surat rasmi, melalui kanak-kanak atau berbincang terus dengan ibu

bapa/penjaga semasa mereka menghantar dan mengambil anak di TASKA.

6.6.2 Kerjasama dengan Masyarakat

Kurikulum PERMATA Negara mengiktiraf kepentingan komuniti dalam

membangunkan generasi bangsa Malaysia masa hadapan. Kolaborasi daripada

masyarakat setempat dan ahli komuniti adalah sangat besar dan berkesan terhadap

perkembangan kanak-kanak yang kelak akan menjadi ahli dalam komuniti

berkenaan.

TASKA menjalin hubungan yang baik antara TASKA dan masyarakat setempat

seperti Majlis Daerah atau Perbandaran, Ketua Kampung atau Penghulu, JKKK,

Wakil Rakyat, Ahli masyarakat biasa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Badan-

Badan Berkanun, Sekolah, Perpustakaan, Institusi Pengajian Tinggi, Kilang

Page 65: JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/2-PANDUAN-KUALITI...SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 ... 1.2 Panduan

63

Perindustrian, Supermarket, Syarikat Perniagaan, Masjid/Rumah-Rumah Ibadat,

Kedai, Pasar, Muzium, Zoo, Taman Bunga/Rekreasi dan sebagainya.

Ahli komuniti boleh terlibat dalam berbagai aktiviti pembelajaran kanak-kanak di

TASKA PERMATA secara langsung atau tidak langsung, melalui sokongan

kepakaran, peralatan, kewangan atau kesukarelawanan yang ada dalam

kemampuan mereka.

TASKA menganjurkan atau mengambil bahagian dalam aktiviti secara bersama

sekurang-kurangnya sekali setahun.

TASKA menjalin hubungan yang baik dan mendedahkan Program PERMATA dan

keistimewaan yang terdapat dalam program ini kepada masyarakat.