jadi tenaga ave $ 3111 berita harian, 28 may 2019, … nea...soal sama ada ia akan berlaku, tetapi...

1
Loji baru $40 juta UBAH SISA JADI TENAGA Laporan penuh – Muka 2 SEBUAH loji pembakaran baru di Tuas South akan mengubah semua sampah yang dikumpulkan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menjadi sumber berharga seperti elektrik, bahan binaan dan bahan untuk dikitar semula. Loji itu sebahagian prasarana penyelidikan ber- nilai $40 juta yang dilancar oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Moham- ad, semalam. Prasarana Penyelidikan Sisa-kepada-Tenaga itu ju- ga merangkumi makmal bagi menguji teknologi ino- vatif bagi mengubah sisa kepada tenaga dan bahan berguna. Berucap di majlis pelancaran loji tersebut, Encik Masagos berkata prasarana penyelidikan itu mengisi jurang dalam landskap penyelidikan dalam bidang si- sa-kepada-tenaga setempat. “Ia menyediakan wadah bagi para saintis dan syarikat untuk menguji atau menunjukkan inovasi dan prototaip mereka dalam sekitaran sebenar. Ia ju- ga menawarkan pendidikan dan latihan amali yang boleh membangun kepakaran setempat dalam proses sisa-kepada-tenaga setempat,” kata Encik Masagos. Menggunakan teknologi pengewapan sanga atau ‘slagging gasification’ yang boleh merawat sampah dari pelbagai sumber, loji itu diharap dapat menam- bah kepada keupayaan Singapura membakar sam- pah secara tradisional. Ia boleh membakar sampah sehingga suhu 1,600 darjah Celsius – hampir seganda lebih tinggi berband- ing loji pembakaran konvensional – untuk menghasil- kan syngas, iaitu campuran karbon monoksida dan hidrogen. Gas itu boleh digunakan untuk menghasil- kan elektrik, sanga – sejenis bahan serupa kaca yang boleh digunakan sebagai bahan binaan – dan butiran logam yang boleh dikitar semula. Loji itu juga menggunakan bahan api tambahan ‘bersih’, iaitu arang biomas. Dalam kenyataannya, NTU berkata ia institusi pendidikan tunggal di Singapura yang merawat sendi- ri sampah yang dihasilnya. “Keupayaan merawat sendiri sampah dari kam- pus kami dan menggunakannya bagi penyelidikan se- laras dengan wawasan Kampus Bijak NTU... untuk menjadi makmal ujian hidup bagi huraian berteras teknologi lanjut yang bertujuan menangani sebahagi- an cabaran yang dihadapi Singapura dan dunia lebih luas,” kata Presiden NTU, Profesor Subra Suresh, dalam kenyataan itu. Projek itu, yang disokong oleh Yayasan Penyelidi- kan Nasional (NRF), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) akan diuruskan oleh NTU. Menurut NTU, para saintis dan jurutera dari Insti- tut Penyelidikan Sekitaran dan Air Nanyang (NE- WRI), dalam beberapa tahun akan datang, akan bek- erjasama dengan rakan kongsi industri dan akademik untuk memulakan beberapa projek penyelidikan yang bertujuan membangun dan menguji teknologi dalam bidang sisa-kepada-tenaga. Loji bakar baru $40j ubah sampah jadi bahan tenaga PANDANG KE HADAPAN: Encik Masagos (memegang bekas plastik) mendengar taklimat seorang pegawai berkenaan proses mengubah sisa menjadi sumber berguna. – Foto CMG

Upload: hoangkien

Post on 15-Aug-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JADI TENAGA AVE $ 3111 BERITA HARIAN, 28 MAY 2019, … NEA...soal sama ada ia akan berlaku, tetapi bila ia akan berlaku. Oleh itu, kita perlu terus bertungkus-lu-mus dalam usaha menerusi

Copyright 2016 Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction.

DUNIAE Muka 6

WACANA E Muka 7

BERITAE Muka 2-3,8-9

GAYA HIDUPE Muka 10-12, 14-16

MCI (P) 027/09/2018 60 senSebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini

BH dicetak 10 malam. Edisi

digital BH di BeritaHarian.sg

Loji baru $40 jutaUBAH SISA

JADI TENAGA

SOLAT Subuh 5.34 Syuruk 6.57 Zuhur 1.04 Asar 4.28 Maghrib 7.09 Isyak 8.22

Chee Hean sertai majlis berbuka

bersama anggota RRG, pemimpin masyarakat

– Muka 2

Taman Sang Nila Utama tarikan baru

di Fort Canning– Muka 3

Kuih tradisi, moden tetap laris – Muka 8-9

Laporan penuh– Muka 2

SELASA, 28 MEI 2019 (23 RAMADAN 1440)

PERNIAGAAN di Singapura sedar akan an-caman pengganasan, dengan 60,000 wakil te-lah mendaftar di bawah program Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk memastikan ke-selamatan di tempat kerja.

Jumlah tersebut melebihi sasaran tiga tahun iaitu 57,000, yang ditetapkan sewaktu SGSecure@Workplaces dilancarkan pada Sep-tember 2017.

B e r u c a p d i S e m i n a r SGSecure@Workplaces 2019 di Pusat Konven-syen Suntec semalam, Menteri Negara (Tena-ga Manusia merangkap Pembangunan Nega-ra), Encik Zaqy Mohamad, berkata lebih 11,000 syarikat telah mencapai tahap tiga bi-zSAFE, yang memerlukan syarikat untuk melaksanakan pelan pengurusan risiko terma-suk langkah-langkah menentang ancaman pengganasan, lapor The Straits Times.

“Pengganasan adalah bahaya yang benar dan sedang berlaku. Singapura terus menjadi sasaran kumpulan pengganas. Ia bukan lagi

soal sama ada ia akan berlaku, tetapi bila ia akan berlaku.

“Oleh itu, kita perlu terus bertungkus-lu-mus dalam usaha menerusi program SGSecure@Workplaces,” katanya kepada 600 hadirin daripada lebih 450 syarikat.

Di bawah program itu, lima sektor menjadi keutamaan – runcit, makanan dan minuman (F&B), hiburan, hotel, serta pengangkutan dan logistik.

Wakil SGSecure dalam syarikat mempun-yai tanggungjawab untuk berkongsi maklumat pendidikan bersama rakan kerja, dan menye-barkan tip mengenai langkah berjaga-jaga ter-hadap ancaman pengganasan.

Dalam waktu krisis, mereka adalah or-ang-orang yang akan menghubungi orang lain dan menyebarkan maklumat serta mengendali-kan respons yang padu.

E n c i k Z a q y b e r k a t a , f a s a SGSecure@Workplaces seterusnya akan men-yaksikan pengukuhan langkah berjaga-jaga yang teras.

Ini termasuk memastikan bahan sumber da-pat diakses dengan lebih mudah oleh semua wakil SGSecure.

“Kami telah memperbaharui laman web SGSecure@Workplaces MOM dan juga mem-perluas jumlah bahan yang boleh didapati. Ki-ni, anda boleh memuat turun poster untuk dic-etak dan dipaparkan di tempat kerja supaya ra-kan kerja yang lain lebih sensitif dengan anca-man pengganasan,” kata Encik Zaqy.

Beliau menambah, bahan sumber yang se-dia ada akan disesuaikan untuk menjadi lebih relevan bagi sektor keutamaan berbeza-beza, bermula dengan F&B dan penjualan.

“Kita semua memainkan peranan dalam membina tempat kerja yang bersedia dan me-mupuk masyarakat perniagaan yang kuat dan berdaya tahan.

“Ini tidak akan menjadi perjalanan yang mudah kerana kita akan perlu menukar cara pemikiran yang mungkin dimiliki ramai, iaitu mengambil sambil lewa keselamatan Singapu-ra,” katanya.

EFARID [email protected]

BANGSA dan agama merupakan sasaran mudah bagi penyebar berita palsu mem-bahayakan masyarakat, kata Menteri Kan-an, Encik Teo Chee Hean.

Justeru, kata beliau, sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama, Sin-gapura perlu menghapuskan berita palsu dalam talian yang boleh menimbulkan ke-sengsaraan.

Berkata demikian di majlis berbuka pua-sa tahunan Kumpulan Pemulihan Keagam-aan (RRG) bersama Masjid Khadijah se-malam, Encik Teo berkata Akta Perlindun-gan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) yang diluluskan ba-ru-baru ini, merupakan langkah penting dalam usaha negara ini mengekang kepalsu-an dalam talian, dan menjadikan ruang siber wadah lebih selamat.

“Jika diayah ini tidak ditangani, ia boleh menimbulkan salah faham dan memburuk-kan, atau membesar-besarkan insiden atau isu kecil,” tambahnya.

Sekitar 100 tetamu hadir di acara yang berlangsung di Auditorium Masjid Khadijah itu.

Mereka termasuk Menteri Bertanggung-jawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; para Anggota Parlimen (AP) Dr Yaacob Ibrahim dan Profesor Madya Dr Fatimah Lateef.

Beberapa pemimpin Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang hadir termasuk Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram; Presiden Muis, Encik Mohammad Alami Musa; Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood dan Tim-balan Mufti, Dr Nazirudin Nasir.

Acara itu turut disertai beberapa pemimpin agama lain.

Memetik dua serangan pengganas di

Christchursh, New Zealand dan di Sri Lan-ka, baru-baru ini, Encik Teo menekankan ba-hawa Singapura tidak boleh ambil mudah ke-harmonian antara kaum dan agama di sini.

“Serangan baru-baru ini di Christchurch dan Sri Lanka merupakan peringatan yang mengerikan bahawa pengganas dan pelam-pau terus mengancam kedamaian dan kesta-bilan, dan melakukan serangan bahkan di tempat-tempat ibadat. Mereka terus mengha-

sut konflik dan menyebarkan kebencian mengikut garis bangsa dan agama.

“Mereka sering menyembunyikan agen-da merbahaya dalam acara atau bahan siar-an harian. Malangnya, kita telah mula meli-hat beberapa wanita dan remaja jatuh ke dalam perangkap mereka dan terpengaruh dengan diayah negatif mereka,” katanya.

Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Ali Mohamed,

yang berucap pula berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Muis, Kumpulan Ja-gaan Susul Antara Agensi (ACG) dan Kump-ulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) untuk menggalak sifat toleransi ant-ara semua kaum dan agama, serta melahir-kan kefahaman yang lebih baik mengenai ag-ama dan budaya masing-masing.

“Masyarakat di sini, terutamanya kumpu-lan agama, mempunyai peranan penting un-

tuk dimainkan bagi menggalak kesepaduan sosial dan kehidupan berharmoni.

“Kita perlu terus berusaha untuk melind-ungi dan menghargai keamanan yang dinik-mati masa kini, demi masa depan yang lebih cerah.

“Dalam mempertahankan keharmonian agama, RRG telah mendapatkan semua ang-gota dan rakan RRG, terutamanya ACG, agar komited dalam mencapai keharmonian kaum,” katanya.

SEBUAH loji pembakaran baru di Tuas South akan mengubah semua sampah yang dikumpulkan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menjadi sumber berharga seperti elektrik, bahan binaan dan bahan untuk dikitar semula.

Loji itu sebahagian prasarana penyelidikan ber-nilai $40 juta yang dilancar oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Moham-ad, semalam.

Prasarana Penyelidikan Sisa-kepada-Tenaga itu ju-ga merangkumi makmal bagi menguji teknologi ino-vatif bagi mengubah sisa kepada tenaga dan bahan berguna.

Berucap di majlis pelancaran loji tersebut, Encik Masagos berkata prasarana penyelidikan itu mengisi jurang dalam landskap penyelidikan dalam bidang si-sa-kepada-tenaga setempat.

“Ia menyediakan wadah bagi para saintis dan syarikat untuk menguji atau menunjukkan inovasi dan prototaip mereka dalam sekitaran sebenar. Ia ju-ga menawarkan pendidikan dan latihan amali yang boleh membangun kepakaran setempat dalam proses sisa-kepada-tenaga setempat,” kata Encik Masagos.

Menggunakan teknologi pengewapan sanga atau ‘slagging gasification’ yang boleh merawat sampah dari pelbagai sumber, loji itu diharap dapat menam-bah kepada keupayaan Singapura membakar sam-pah secara tradisional.

Ia boleh membakar sampah sehingga suhu 1,600 darjah Celsius – hampir seganda lebih tinggi berband-

ing loji pembakaran konvensional – untuk menghasil-kan syngas, iaitu campuran karbon monoksida dan hidrogen. Gas itu boleh digunakan untuk menghasil-kan elektrik, sanga – sejenis bahan serupa kaca yang boleh digunakan sebagai bahan binaan – dan butiran logam yang boleh dikitar semula.

Loji itu juga menggunakan bahan api tambahan ‘bersih’, iaitu arang biomas.

Dalam kenyataannya, NTU berkata ia institusi pendidikan tunggal di Singapura yang merawat sendi-ri sampah yang dihasilnya.

“Keupayaan merawat sendiri sampah dari kam-pus kami dan menggunakannya bagi penyelidikan se-laras dengan wawasan Kampus Bijak NTU... untuk menjadi makmal ujian hidup bagi huraian berteras teknologi lanjut yang bertujuan menangani sebahagi-an cabaran yang dihadapi Singapura dan dunia lebih luas,” kata Presiden NTU, Profesor Subra Suresh, dalam kenyataan itu.

Projek itu, yang disokong oleh Yayasan Penyelidi-kan Nasional (NRF), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) akan diuruskan oleh NTU.

Menurut NTU, para saintis dan jurutera dari Insti-tut Penyelidikan Sekitaran dan Air Nanyang (NE-WRI), dalam beberapa tahun akan datang, akan bek-erjasama dengan rakan kongsi industri dan akademik untuk memulakan beberapa projek penyelidikan yang bertujuan membangun dan menguji teknologi dalam bidang sisa-kepada-tenaga.

Program keselamatan di tempat kerja SGSecure lebihi sasaran, 60 ribu wakil sudah daftar: Zaqy

Bangsa, agama sasaran mudah penyebar berita palsu: Chee Hean

Loji bakar baru $40j ubah sampah jadi bahan tenaga

BERBUKA BERSAMA: (Dari kiri) Encik Esa, Ustaz Ali, Encik Teo, mantan Mufti, Shaikh Syed Isa Semait dan Encik Masagos sewaktu majlis berbuka puasa yang berlangsung di Auditorium Masjid Khadijah. – Foto BH oleh CHONG JUN LIANG

PANDANG KE HADAPAN: Encik Masagos (memegang bekas plastik) mendengar taklimat seorang pegawai berkenaan proses mengubah sisa menjadi sumber berguna. – Foto CMG

Pofma langkah penting dalam usaha negara kekang kepalsuan dalam talian dan jadikan ruang siber wadah yang lebih selamat

Kunjungi kami di:www.jjpawnshop.com.sg

Jurong Pawnshop Pte Ltd Tel: 6791 8916Blk 966 Jurong West St 93 #01-217 Singapore 640966

Jurong East Pawnshop Pte Ltd Tel: 6563 6966Blk 130 JurongGateway Road #01-221 Singapore 600130

Pajak Gadai EmasPadaHargaTinggiüNilai TinggiüLayanan Amat Baik

üDipercayai sejak 1971

2 Berita Harian | Selasa, 28 Mei 2019

BeritaHeadline Loji bakar baru $40j ubah sampah jadi bahan tenagaPublication BERITA HARIANDate 2019-05-28Section BHSPage Number 1 & 2Article Size 1091.531 cm2Journalist -AVE $ 3111

Lesterkok
Typewritten Text
BERITA HARIAN, 28 MAY 2019, PAGE 1 & 2
Lesterkok
Typewritten Text
Lesterkok
Typewritten Text