abses anus : kenapakah ia berlaku?

1
MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021 INFO KESIHATAN 19 ABSES anus bagi pemahaman pembaca ber- makna nanah di persekeliling dubur atau bon- jolan bernanah di dubur. Bila ini berlaku , ianya memberi kesan yang amat perit bagi pesakit. Seringkali masalah ini di silapkan dengan bua- sir kerana ciri-ciri kesakitannya yang amat sama. Sama juga seperti buasir, pesakit akan segan untuk membuang air besar kerana takut akan kesakitan. Malah komplikasi yang boleh timbul jika masalah ini tidak di tangani dengan awal boleh menyebabkan pesakit menjadi sep- tik. Bagaminakah abses anus ini boleh ber- laku dan kenapakah ianya boleh berlaku? Abses anus ini berlaku di sebabkan oleh jang- kitan kuman di kelenjar cryptoglandular di anus , jangkitan yang melarat di kelenjar anus inilah yang akan menjadi abses anus. Bila tidak segera ditangani, abses anus dapat menyebab- kan terbentuknya saluran tidak normal di anus yang di panggil fistula ani. Masalah ini akan menjadikan sakit semakin teruk, bahkan me- nyebabkan kesulitan menahan pembuangan air besar. Abses anus boleh berlaku kepada sesiapa pun,namun lebih berisiko kepada seseorang yang memiliki faktor-faktor berikut: Menderita radang usus seperti Crohns Disease Akibat sering sembelit sehingga meluka- kan dubur Memiliki sistem kekebalan tubuh lemah, misalnya akibat HIV/AIDS Melakukan seks anal (khususnya yang menjadi penerima) Kanser tangkal rektum tahap 4 atau kanser anuus Apakah simptom – simptomnya ? Ini terma- suk - Sakit di dubur - Kesan nanah di seluar dalam - Bengkak di sekitar anus - Bau nanah busuk semasa pembuangan najis - Terasa gatal di lubang dubur Abses anus boleh di sahkan dengan memeriksa secara fizikal kawasan dubur tersebut. Bila se- seorang itu datang dengan simptom di atas, doktor akan melakukan beberapa jenis ujian untuk megesahkan abses anus. Pada awalnya bahagian luar dubur akan di periksa untuk melihat tahap atau saiz nanah, kesan inflamasi kulit dubur dan dalaman dubur akan diperiksa dengan jari untuk mengesan sebarang ketum- buhan di tangkal rektum dan dubur. Pakar bedah yang arif dengan merawat masalah ini boleh memastikan tahap masalah abses anus ini dengan memeriksa secara fizikal sahaja. Jika absesnya besar, lazimnya endoanal ultrasound boleh di gunakan untuk melihat se- cara visual seberapa dalam abses ini telah merebak. Sekiranya abses itu adalah rumit, abses yang komplek atau pesakit pernah men- jalani pembedahan di kawasan dubur, MRI Pelvis atau CT Pelvis boleh di lakukan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas. Kadang- kala jika kanser hujung tangkal rektum di syaki, ujian sigmoidoscopy atau kolonoskopi akan di lakukan. Lazimnya abses anus ini terpaksa di rawat secara pembedahan dan sekadar mengambil ubatan antibiotik tidak memadai, malah ia boleh memburukkan keadaan. Biasanya po- tongan akan di buat di atas abses tersebut, nanah di keluarkan dan kawasan dalaman di bersihkan seberapa baik yang mungkin. Kulit di biarkan begitu sahaja selepas pembedahan di mana pembersihan di kawasan tersebut ter- paksa di lakukan setiap hari. Seringkali juga pakar bedah akan mencari fistula ani di abses anus kerana 40 % abses anus ini mempunyai fistula ini.Jika ini berlaku seton atau getah akan di selitkan ke dalam “terowong” fistula untuk mematangkan terowong tersebut, agar pem- bedahan kedua dapat di lakukan dengan sen- ang. Kebiasaanya pembedahan kedua ini melibatkan prosedur LIFT (ligation of inter- sphinteric tract) ke atas seton tersebut. Jika abses tersebut berpunca daripada kanser tang- kal rektum, maka rawatan atau pembedahan terhadap kanser terpaksa juga terpksa di laku- kan. Ini merangkumi rawatan chemoterapi dan radioterapi terhadap barah tersebut , sel- epas abses itu di tangani dengan sempurna. Bagaimanakah anda boleh menghindar masalah abses anus ini? Faktor utama ialah menjaga kebersihan anus . Sekiranya penjag- gan yang tidak baik, ianya akan menyebabkan kekotoran , luka dan akhirnya dubur akan bernanah. Satu lagi faktor ialah mengelakan masalah sembelit yang boleh menyebabkan luka di dubur , nanah dan sekaligus fistula ani. Rawatan untuk abses anus sememangnya rumit dan pesakit perlu faham di mana kesan penyembuhan akan mengambil sedikit masa.Sekiranya anda ada meghidapi masalah abses anus ini ,anda boleh berhubung dengan Dr Shankar Gunarasa, Pakar Bedah Umum, Laparoskopi dan Kolorektal di Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka di talian 06 2319999 Samb; 2131 DR. Shankar Gunarasa Abses Anus : Kenapakah ia berlaku?

Upload: others

Post on 02-Dec-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abses Anus : Kenapakah ia berlaku?

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

INFO KESIHATAN19

ABSES anus bagi pemahaman pembaca ber-makna nanah di persekeliling dubur atau bon-jolan bernanah di dubur. Bila ini berlaku , ianyamemberi kesan yang amat perit bagi pesakit.Seringkali masalah ini di silapkan dengan bua-sir kerana ciri-ciri kesakitannya yang amatsama.

Sama juga seperti buasir, pesakit akansegan untuk membuang air besar kerana takutakan kesakitan. Malah komplikasi yang bolehtimbul jika masalah ini tidak di tangani denganawal boleh menyebabkan pesakit menjadi sep-tik.

Bagaminakah abses anus ini boleh ber-laku dan kenapakah ianya boleh berlaku?Abses anus ini berlaku di sebabkan oleh jang-kitan kuman di kelenjar cryptoglandular dianus , jangkitan yang melarat di kelenjar anusinilah yang akan menjadi abses anus. Bila tidaksegera ditangani, abses anus dapat menyebab-kan terbentuknya saluran tidak normal di anusyang di panggil fistula ani. Masalah ini akanmenjadikan sakit semakin teruk, bahkan me-nyebabkan kesulitan menahan pembuanganair besar.

Abses anus boleh berlaku kepada sesiapapun,namun lebih berisiko kepada seseorangyang memiliki faktor-faktor berikut:• Menderita radang usus seperti CrohnsDisease• Akibat sering sembelit sehingga meluka-kan dubur• Memiliki sistem kekebalan tubuh lemah,misalnya akibat HIV/AIDS• Melakukan seks anal (khususnya yangmenjadi penerima)• Kanser tangkal rektum tahap 4 ataukanser anuus

Apakah simptom – simptomnya ? Ini terma-

suk- Sakit di dubur- Kesan nanah di seluar dalam- Bengkak di sekitar anus- Bau nanah busuk semasa pembuangannajis- Terasa gatal di lubang dubur

Abses anus boleh di sahkan dengan memeriksasecara fizikal kawasan dubur tersebut. Bila se-seorang itu datang dengan simptom di atas,doktor akan melakukan beberapa jenis ujianuntuk megesahkan abses anus. Pada awalnyabahagian luar dubur akan di periksa untukmelihat tahap atau saiz nanah, kesan inflamasikulit dubur dan dalaman dubur akan diperiksadengan jari untuk mengesan sebarang ketum-buhan di tangkal rektum dan dubur.

Pakar bedah yang arif dengan merawatmasalah ini boleh memastikan tahap masalahabses anus ini dengan memeriksa secara fizikalsahaja. Jika absesnya besar, lazimnya endoanalultrasound boleh di gunakan untuk melihat se-cara visual seberapa dalam abses ini telahmerebak. Sekiranya abses itu adalah rumit,abses yang komplek atau pesakit pernah men-jalani pembedahan di kawasan dubur, MRIPelvis atau CT Pelvis boleh di lakukan untukmendapat gambaran yang lebih jelas. Kadang-kala jika kanser hujung tangkal rektum disyaki, ujian sigmoidoscopy atau kolonoskopiakan di lakukan.

Lazimnya abses anus ini terpaksa di rawatsecara pembedahan dan sekadar mengambilubatan antibiotik tidak memadai, malah iaboleh memburukkan keadaan. Biasanya po-tongan akan di buat di atas abses tersebut,nanah di keluarkan dan kawasan dalaman dibersihkan seberapa baik yang mungkin. Kulitdi biarkan begitu sahaja selepas pembedahandi mana pembersihan di kawasan tersebut ter-paksa di lakukan setiap hari. Seringkali jugapakar bedah akan mencari fistula ani di absesanus kerana 40 % abses anus ini mempunyaifistula ini.Jika ini berlaku seton atau getah akandi selitkan ke dalam “terowong” fistula untukmematangkan terowong tersebut, agar pem-bedahan kedua dapat di lakukan dengan sen-ang. Kebiasaanya pembedahan kedua inimelibatkan prosedur LIFT (ligation of inter-sphinteric tract) ke atas seton tersebut. Jikaabses tersebut berpunca daripada kanser tang-kal rektum, maka rawatan atau pembedahan

terhadap kanser terpaksa juga terpksa di laku-kan. Ini merangkumi rawatan chemoterapidan radioterapi terhadap barah tersebut , sel-epas abses itu di tangani dengan sempurna.

Bagaimanakah anda boleh menghindarmasalah abses anus ini? Faktor utama ialahmenjaga kebersihan anus . Sekiranya penjag-gan yang tidak baik, ianya akan menyebabkankekotoran , luka dan akhirnya dubur akanbernanah. Satu lagi faktor ialah mengelakanmasalah sembelit yang boleh menyebabkan

luka di dubur , nanah dan sekaligus fistulaani.

Rawatan untuk abses anus sememangnyarumit dan pesakit perlu faham di mana kesanpenyembuhan akan mengambil sedikitmasa.Sekiranya anda ada meghidapi masalahabses anus ini ,anda boleh berhubung denganDr Shankar Gunarasa, Pakar BedahUmum, Laparoskopi dan Kolorektal diPantai Hospital Ayer Keroh Melaka ditalian 06 2319999 Samb; 2131

DR. Shankar Gunarasa

Abses Anus :

Kenapakah ia berlaku?