· web viewgaris panduan ini dibuat berdasarkan buku peraturan pelajar matrikulasi mengikut akta...

6
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Garis Panduan Penampilan Diri Pelajar Garis panduan ini dibuat berdasarkan buku peraturan pelajar matrikulasi mengikut Akta 174 dan diperincikan lagi bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan. Ia diguna pakai semasa pendaftaran, menghadiri kuliah, tutoran, amali dan aktiviti rasmi kolej seperti berikut : Pelajar Lelaki Pakaian : Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang atau pendek yang berwarna cerah, bertali leher dan berseluar panjang (slack) yang berwarna gelap. Tali pinggang tidak melebihi 3 cm lebarnya (kepala tali pinggang yang besar dan berlambang yang kurang sesuai tidak dibenarkan) Dikehendaki memakai kasut bertutup berwarna hitam sahaja diperbuat daripada kulit atau pvc. Kasut yang diperbuat daripada kain tidak dibenarkan sama sekali. Pelajar juga dikehendaki memakai sarung kaki atau stokin. Tidak dibenarkan berpakaian seluar pendek, seluar jeans, kameja ‘hawaii’, baju ‘T’, kasut sukan dan sebarang jenis selipar atau sandal dan pakaian bersukan termasuk pakaian trek. Fesyen seluar londeh tidak dibenarkan.

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web viewGaris panduan ini dibuat berdasarkan buku peraturan pelajar matrikulasi mengikut Akta 174 dan diperincikan lagi bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan. Ia diguna pakai

KOLEJ MATRIKULASI LABUANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Garis Panduan Penampilan Diri Pelajar

Garis panduan ini dibuat berdasarkan buku peraturan pelajar matrikulasi mengikut Akta 174 dan diperincikan lagi bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan. Ia diguna pakai semasa pendaftaran, menghadiri kuliah, tutoran, amali dan aktiviti rasmi kolej seperti berikut :

Pelajar LelakiPakaian :

Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang atau pendek yang berwarna cerah, bertali leher dan berseluar panjang (slack) yang berwarna gelap. Tali pinggang tidak melebihi 3 cm lebarnya (kepala tali pinggang yang besar dan berlambang yang kurang sesuai tidak dibenarkan)

Dikehendaki memakai kasut bertutup berwarna hitam sahaja diperbuat daripada kulit atau pvc. Kasut yang diperbuat daripada kain tidak dibenarkan sama sekali. Pelajar juga dikehendaki memakai sarung kaki atau stokin.

Tidak dibenarkan berpakaian seluar pendek, seluar jeans, kameja ‘hawaii’, baju ‘T’, kasut sukan dan sebarang jenis selipar atau sandal dan pakaian bersukan termasuk pakaian trek.

Fesyen seluar londeh tidak dibenarkan.

Rajah 1Pelajar Lelaki Pakaian Waktu PdP / Majlis Rasmi

Page 2:  · Web viewGaris panduan ini dibuat berdasarkan buku peraturan pelajar matrikulasi mengikut Akta 174 dan diperincikan lagi bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan. Ia diguna pakai

Rambut :

Semua pelajar lelaki dilarang berambut panjang. Istilah berambut panjang bermaksud seperti berikut :

Di belakang - rambut panjang jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua teling

Di hadapan - rambut panjang menutupi garisan tengah dahi Di sisi - rambut menutup kedua-dua telinga atau

sebahagian daripadanya dan ‘sideburns’ melebihi paras tengah hidung

Mewarnakan rambut dilarang sama sekali Gaya rambut mesti kemas. Istilah kemas bermaksud disikat ke tepi atau ke

belakang

Rajah 2Pandangan depan

Rajah 3Pandangan sisi

Rajah 4Pandangan belakang

Misai dan janggut :

Pelajar yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa mengurusnya dengan kemas.

Kuku :

Semua pelajar lelaki dilarang berkuku panjang. Kuku tidak boleh diwarnakan. Kuku hendaklah sentiasa dipotong pendek dan dijaga agar ia bersih dan rapi.

Perhiasan atau aksesori :

Semua pelajar lelaki dilarang memakai sebarang barang perhiasan atau aksesori kecuali jika ianya adalah lambang keagamaan dan mengikut spesifikasi seperti berikut :

Page 3:  · Web viewGaris panduan ini dibuat berdasarkan buku peraturan pelajar matrikulasi mengikut Akta 174 dan diperincikan lagi bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan. Ia diguna pakai

Rantai yang dibuat dari tali dan bersaiz kecil dan dipakai di bahagian dalam baju.

Sebarang rantai yang dibuat daripada bahan logam tidak dibenarkan.

Pelajar yang memakai gelang atas arahan doktor atau sebab-sebab kesihatan mestilah mendapat surat pengesahan dari pihak yang berkenaan.

Tatu tidak dibenarkan.

Pelajar perempuanPakaian :

Dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata. Istilah menjolok mata bermaksud pakaian yang ketat, sendat dan menampakkan bahagian tubuh badan seperti perut dan bahagian belakang. Pemakaian baju kurung adalah sangat bersesuaian.

Skirt labuh tanpa belah yang melebihi buku lali adalah dibenarkan. Skirt atau baju kurung yang berbelah kainnya ditegah sama sekali. Jubah (dress) juga tidak dibenarkan sama sekali. Dikehendaki memakai kasut bertutup (court shoes) berwarna hitam sahaja yang

diperbuat daripada kulit atau pvc. Kasut yang diperbuat daripada kain tidak dibenarkan sama sekali. Ketinggian tumit kasut tidak melebihi 1 inci.

Tidak dibenarkan berpakaian baju ‘T’, seluar jeans, skirt jeans atau skirt pendek, sebarang jenis baju tanpa lengan, kasut sukan dan sebarang jenis selipar atau sandal, pakaian bersukan termasuk pakaian trek dan sebarang jenis pakaian yang tidak menampakkan muka.

Page 4:  · Web viewGaris panduan ini dibuat berdasarkan buku peraturan pelajar matrikulasi mengikut Akta 174 dan diperincikan lagi bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan. Ia diguna pakai

Rajah 4Pelajar Perempuan Pakaian Waktu PdP / Majlis Rasmi

Rambut :

Pelajar perempuan yang berambut panjang hendaklah mengikat rambutnya dengan kemas dan rapi. Istilah berambut panjang ialah rambut yang melebihi paras bahu atau rambut yang boleh diikat.

Mewarnakan rambut dilarang sama sekali. Fesyen rambut yang keterlaluan tidak dibenarkan.

Page 5:  · Web viewGaris panduan ini dibuat berdasarkan buku peraturan pelajar matrikulasi mengikut Akta 174 dan diperincikan lagi bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan. Ia diguna pakai

Rajah 5Pandangan depan

Rajah 6Pandangan sisi

Rajah 7Pandangan belakang

Kuku :

Semua pelajar perempuan dilarang berkuku panjang. Kuku tidak boleh diwarnakan kecuali inai. Kuku hendaklah sentiasa dipotong pendek dan dijaga agar ia bersih dan rapi.

Perhiasan atau aksesori :

Semua pelajar perempuan dibenarkan memakai sebarang barang perhiasan atau aksesori tetapi mengikut spesifikasi seperti berikut : Memakai sepasang subang yang bersaiz kecil Memakai cincin, gelang dan rantai cuma dari logam berharga dan nilainya

tidak melebihi RM300. Semua pelajar perempuan tidak dibenarkan :

Memakai barang perhiasan dari tali, besi, getah dan barang perhiasan berbentuk ‘hippies’.

Memakai barang perhiasan yang mahal dan melebihi harga RM300. Memakai perhiasan di lidah, pusat, hidung dan tempat-tempat lain selain dari

telinga. Tatu tidak dibenarkan.

Garis panduan ini akan digunapakai semasa pendaftaran dan sepanjang tempoh pengajian pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan. Pelajar yang tidak mematuhi peraturan di atas di dalam tempoh pengajian akan dikenakan tindakan yang sewajarnya berdasarkan Akta 174.