jabatan pendidikan tinggi - moe.gov.my · pdf fileorang calon telah berjaya ditawarkan tempat...

6
1 KENYATAAN AKHBAR OLEH YBHG. DATO’ PROF. DR. ASMA BINTI ISMAIL KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI STATUS KEPUTUSAN RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/MATRIKULASI/ASASI (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2014/2015 1. Bagi Sesi A kademik 2014/2015, sejumlah 21,502 calon Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi telah mengemukakan permohonan e-Rayuan setelah tidak mendapat tempat di IPTA sewaktu tawaran pertama pada 12 Ogos 2014. 2. Berdasarkan permohonan rayuan yang diterima, s ejumlah 5,328 orang calon telah berjaya ditawarkan tempat atas dasar memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian. Seramai 2,119 orang calon adalah dari aliran Sains dan 3,209 orang calon adalah dari aliran Sastera. Bagi pecahan mengikut jantina pula, sejumlah 1,586 orang calon adalah lelaki manakala 3,742 orang calon adalah perempuan. 3. Secara keseluruhannya, jumlah bilangan tempat yang ditawarkan kepada calon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi bagi Sesi Akademik 2014/2015 adalah sebanyak 42,795 tempat, berbanding 41,573 tempat pada sesi lepas.

Upload: lydung

Post on 22-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN PENDIDIKAN TINGGI - moe.gov.my · PDF fileorang calon telah berjaya ditawarkan tempat atas dasar memenuhi syarat am universiti dan syarat ... pengajian di luar ... Kementerian

1

KENYATAAN AKHBAR OLEH

YBHG. DATO’ PROF. DR. ASMA BINTI ISMAIL KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI

JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MENGENAI STATUS KEPUTUSAN RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN

KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) BAGI PROGRAM PENGAJIAN

LEPASAN STPM/MATRIKULASI/ASASI (IJAZAH PERTAMA)

SESI AKADEMIK 2014/2015

1. Bagi Sesi A kademik 2014/2015, sejumlah 21,502 calon Lepasan

STPM/Matrikulasi/Asasi telah mengemukakan permohonan e-Rayuan

setelah tidak mendapat tempat di IPTA sewaktu tawaran pertama pada

12 Ogos 2014.

2. Berdasarkan permohonan rayuan yang diterima, sejumlah 5,328

orang calon telah berjaya ditawarkan tempat atas dasar memenuhi

syarat am universiti dan syarat khas program pengajian. Seramai 2,119

orang calon adalah dari aliran Sains dan 3,209 orang calon adalah dari

aliran Sastera. Bagi pecahan mengikut jantina pula, sejumlah 1,586

orang calon adalah lelaki manakala 3,742 orang calon adalah

perempuan.

3. Secara keseluruhannya, jumlah bilangan tempat yang ditawarkan

kepada calon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi bagi Sesi Akademik

2014/2015 adalah sebanyak 42,795 tempat, berbanding 41,573 tempat

pada sesi lepas.

Page 2: JABATAN PENDIDIKAN TINGGI - moe.gov.my · PDF fileorang calon telah berjaya ditawarkan tempat atas dasar memenuhi syarat am universiti dan syarat ... pengajian di luar ... Kementerian

2

4. Sukacita dimaklumkan bahawa dasar pengambilan dan pemilihan

kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan

STPM/Matrikulasi/Asasi (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip

meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10%

markah kokurikulum dalam menentukan nilai merit seseorang calon.

Prinsip meritokrasi ini dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa,

keturunan, negeri, jantina, tempat tinggal dan sebagainya.

5. Bagi program pengajian perubatan, tindakan khas telah

diusahakan untuk meningkatkan sekurang-kurangnya 100 tempat untuk

pengambilan terus diperingkat IPTA bagi calon lepasan

STPM/Matrikulasi/Asasi yang mendapat PNGK 4.00 dan memohon

program pengajian perubatan, tetapi telah ditawarkan program

pengajian di luar pilihan mereka.

HEBAHAN RASMI KEPUTUSAN

6. Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA bagi

Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015

boleh disemak mulai 15 September 2014 (Isnin), jam 12:00 tengah

hari melalui saluran hebahan seperti di Lampiran 1.

7. Calon boleh membuat semakan dan cetakan surat tawaran rasmi

melalui Laman Web Rasmi IPTA berkaitan seperti di Lampiran 2 mulai

15 September 2014 (Isnin).

8. Dimaklumkan juga, KPM tidak pernah melantik mana-mana ejen

atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan ke IPTA.

Page 3: JABATAN PENDIDIKAN TINGGI - moe.gov.my · PDF fileorang calon telah berjaya ditawarkan tempat atas dasar memenuhi syarat am universiti dan syarat ... pengajian di luar ... Kementerian

3

9. Semua pengurusan pengambilan pelajar ke IPTA telah

diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan

Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan kerjasama semua IPTA terlibat

dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang

telah ditetapkan oleh KPM.

10. BPKP JPT turut menyediakan perkhidmatan untuk membantu

menjawab sebarang pertanyaan melalui saluran Talian Khidmat

Bantuan (Helpline) di talian 03-8870 6767 atau Hotline di talian 03-

8870 6777 atau melalui e-mel di alamat [email protected].

11. Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan

tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar

baharu. Tawaran adalah muktamad. Jika tiada sebarang jawapan diterima

dari IPTA sehingga 30 September 2014, maka rayuan tersebut

hendaklah dianggap gagal.

12. Dengan ini tamatlah proses pengambilan yang diselaraskan oleh

Bahagian Pengurusan Pelajar, JPT, KPM. Selepas 15 Sept, 2014, pelajar

yang layak dinasihatkan untuk merayu terus kepada IPTA pilihan bagi

kursus yang masih ada kekosongan.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

13. Tarikh pendaftaran pelajar baharu di IPTA bermula pada 17

September 2014. Calon adalah dinasihatkan agar merujuk kepada

Laman Web Rasmi IPTA berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut

tarikh sebenar pendaftaran.

Page 4: JABATAN PENDIDIKAN TINGGI - moe.gov.my · PDF fileorang calon telah berjaya ditawarkan tempat atas dasar memenuhi syarat am universiti dan syarat ... pengajian di luar ... Kementerian

4

Dato’ Prof. Dr. Asma Binti Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

15 September 2014

Page 5: JABATAN PENDIDIKAN TINGGI - moe.gov.my · PDF fileorang calon telah berjaya ditawarkan tempat atas dasar memenuhi syarat am universiti dan syarat ... pengajian di luar ... Kementerian

5

LAMPIRAN 1

SALURAN HEBAHAN STATUS KEPUTUSAN RAYUAN

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF

(IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2014/2015

1

Laman Web

http://upu.moe.gov.my https://jpt.utm.my

http://jpt.uum.edu.my https://jpt.unimas.my http://jpt.ums.edu.my

2 Hotline 03-8870 6767

3 Helpline 03-8870 6777

4 Talian Am 03-8870 6755 / 6766

5 Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

(Short Messaging Service)

Untuk semua talian telefon bimbit

Sila taip: UPU RESULT [No. KP]

dan SMS ke: 15888

Dato’ Prof. Dr. Asma Binti Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

15 September 2014

Page 6: JABATAN PENDIDIKAN TINGGI - moe.gov.my · PDF fileorang calon telah berjaya ditawarkan tempat atas dasar memenuhi syarat am universiti dan syarat ... pengajian di luar ... Kementerian

6

LAMPIRAN 2

SENARAI URL LAMAN WEB IPTA

UNTUK CETAKAN SURAT TAWARAN (RAYUAN) PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF (IJAZAH PERTAMA)

SESI AKADEMIK 2014/2015

BIL IPTA URL LAMAN WEB IPTA

1 UTHM wapps.uthm.edu.my/ppa/tawaran/

2 UPSI www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran

3 USM https://pohon.usm.my

4 UKM www.ukm.my/kemasukan/tawaran

5 UPM www.smp.upm.edu.my/tawaran

6 UUM www.uum.edu.my/kemasukan

7 UNIMAS www.unimas.my/kemasukan/tawaran

8 UMS bpa.ums.edu.my/semakanums

9 UITM www.online.uitm.edu.my

10 UTeM www.utem.edu.my/kemasukan

11 UniSZA www.unisza.edu.my/bpa

12 UMP www.ump.edu.my/kemasukan/tawaran/

13 USIM etasjil.usim.edu.my

14 UMK www.umk.edu.my/kemasukan/tawaran

15 UNIMAP offer.unimap.edu.my

16 UIAM www.iium.edu.my/kemasukan/tawaran/

17 UTM https://jpt.utm.my

18 UMT intake.umt.edu.my/tawaran

Dato’ Prof. Dr. Asma Binti Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

15 September 2014