isu utama akhbar - moe.gov.my

16
BPPDP BIL. (05) 2017, EDISI MEI Isu Utama Akhbar ____________________ Terma daftar sekolah tahfiz bakal diwujud YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Terma dan rujukan pendaftaran sekolah tahfiz swasta akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi meletakkan pusat pendidikan itu di bawah satu sistem. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan berbincang mengenai terma dan rujukan tersebut dengan mengambil kira aspek infrastruktur, kokurikulum dan tenaga pengajar. Sumber: Utusan Malaysia, 3 Mei 2017 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Gred Pengarah Pendidikan Negeri wajar naik JUSA B Kementerian Pendidikan Malaysia berharap gred sebahagian Pengarah Pendidikan Negeri dinaikkan daripada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C kepada JUSA B. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kenaikan gred tersebut berikutan jumlah guru negeri ini yang ramai dan ditadbir urus oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Justeru, KPM berharap agar perkara mengenai kenaikan gred Pengarah Pendidikan Negeri ini dapat dipercepatkan. Sumber: Utusan Malaysia, 17 Mei 2017 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1 “KPM telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kenaikan gred itu” YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Salam Ramadan

Upload: others

Post on 25-Jun-2022

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

BPPDP BIL. (05) 2017, EDISI MEI

Isu Utama Akhbar

Disember 2016

____________________

Terma daftar sekolah tahfiz bakal diwujud

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Terma dan rujukan pendaftaran

sekolah tahfiz swasta akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi meletakkan pusat pendidikan itu di bawah satu sistem. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan berbincang mengenai terma dan rujukan tersebut dengan mengambil kira aspek infrastruktur, kokurikulum dan tenaga pengajar.

Sumber: Utusan Malaysia, 3 Mei 2017

3 Mei 2017

Maklumat dan Pertanyaan

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

Gred Pengarah Pendidikan

Negeri wajar naik JUSA B

Kementerian Pendidikan Malaysia berharap gred sebahagian

Pengarah Pendidikan Negeri dinaikkan daripada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C kepada JUSA B. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kenaikan gred tersebut berikutan jumlah guru negeri ini yang ramai dan ditadbir urus oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Justeru, KPM berharap agar perkara mengenai kenaikan gred Pengarah Pendidikan Negeri ini dapat dipercepatkan.

Sumber: Utusan Malaysia, 17 Mei 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

“KPM telah

mengadakan

perbincangan dengan

Jabatan Perkhidmatan

Awam (JPA)

berhubung kenaikan

gred itu”

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Salam Ramadan

Page 2: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 2

Kata Kunci Kejayaan

“Yang baik bagi orang lain adalah selalu yang betul-betul

membahagiakannya.” (Aristoteles)

Infrastruktur 10,170 sekolah awam dinaik taraf - Mahdzir

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan Malaysia akan menambah

baik infrastruktur serta kemudahan 10,170 sekolah awam di seluruh negara dalam usaha kerajaan menyediakan pendidikan terbaik untuk generasi baharu. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, penambahbaikan tersebut akan dilakukan secara berperingkat dalam beberapa aspek mulai tahun ini. KPM tidak boleh membandingkan kemudahan sekolah awam yang jumlahnya lebih 10,000 dengan sekolah swasta yang hanya ada 125 buah sekolah. Tambah beliau, KPM sedang bergerak daripada pendidikan berorientasikan peperiksaan kepada pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui kurikulum untuk menghasilkan sebuah negara holistik yang seimbang.

“Penambahbaikan tersebut akan dilakukan secara berperingkat dalam beberapa aspek mulai tahun ini”.

Sumber: Utusan Malaysia, 16 Mei 2017

Kementerian kaji guna sistem debit di sekolah

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan sedang mengkaji

cadangan untuk mengguna pakai sistem bayaran elektronik atau debit bagi pembelian di kantin dan koperasi di semua sekolah di negara ini. Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, kajian perlu dibuat bagi mengenal pasti tahap keberkesanannya, sebelum ia dipraktikkan secara menyeluruh. Beliau berkata, perkara ini sedang dibincangkan di peringkat Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian ini selain akan membabitkan 40 sekolah terpilih sebagai ujian rintis.

Sumber : Berita Harian, 14 Mei 2017

Guru bandar ejen terbaik

pengajaran inovatif

Warga pendidik terutama guru di sekolah

kebangsaan mempunyai peluang luas bagi

menggerakkan hala tuju sistem pendidikan

negara lebih inovatif dalam aspek alat bantuan

mengajar.

Sumber: Utusan Malaysia, 25 Mei 2017

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri

Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, guru-

guru yang mengajar di bandar berdepan

cabaran berbeza serta perlu bijak mengambil

peluang yang lebih kreatif dan berinovasi

dalam pengajaran di sekolah.

Katanya, hasrat kerajaan melalui Transformasi

Nasional 2050 (TN50) merupakan langkah ke

hadapan yang tepat untuk mendepani keadaan

dan pembangunan sosial negara yang begitu

dekat dengan dunia pendidikan.

2

Page 3: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar bagi Mei 2017

Maklumat bahan rujukan dan peminjaman

koleksi layari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

20172017 3

2. ARTIKEL AKHBAR

BIL BERITA HARIAN, UTUSAN

MALAYSIA, STAR,

NEW STRAITS TIMES

BILANGAN

TAJUK

BAHAN

JUMLAH 270

3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JUMLAH KOLEKSI

YANG DITERIMA

BILANGAN

DIKATALOG

15 12

Jumlah Kumulatif sehingga 31 Mei 2017: 191,960

1. PEROLEHAN

BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH

1. Koleksi Umum 0

2. Koleksi KPM 0

3. Koleksi Tesis 15

4. Koleksi CD-ROM 0

5. Koleksi Jurnal 0

6. Koleksi Risalah/

Hadiah/Sumbangan 0

JUMLAH 15

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR

BAGI BULAN MEI 2017

1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/

Sukatan Mata Pelajaran

- 03 isu

2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

- 11 isu

3. Pengurusan Pendidikan

- 02 isu

4. Keselamatan Murid

- 02 isu

STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI

BAGI BULAN MEI 2017

Bilangan Pengguna 126

Pendaftaran Baharu 20

Pinjaman Buku/CD/Bahan KPM 2

Rujukan Tesis 102

JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY KPM

SEHINGGA 31 MEI 2017

38,431 orang

Perkhidmatan Kaunter

Senyum Selalu

SEDIA BANTU 03-8884 6425

3

Page 4: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 4

Guru ejen jayakan aspirasi pendidikan negara

Pengulangan tema Guru Pembina Negara Bangsa buat kali keempat

sempena sambutan Hari Guru 2017 membuktikan guru memainkan

peranan penting dalam menjayakan agenda pendidikan negara. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Tuan Haji Aminudin Adam berkata, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek kognitif bagi memenuhi aspirasi pendidikan.

“Peranan guru dalam membina negara bangsa merujuk kepada melahirkan insan yang mempunyai jati diri beridentitikan Malaysia.”

Guru bertanggungjawab dalam melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

“Bagi menyempurnakan peranan dalam membina negara bangsa yang berpengetahuan, guru mesti menguasai disiplin ilmu yang diajar, menyampaikan ilmu secara kreatif dan inovatif selari dengan perkembangan teknologi terkini termasuk menggunakan kaedah pembelajaran abad ke-21.”

Menurut beliau, guru juga merupakan ejen penting dalam memperteguh peradaban bangsa melalui pendidikan. “Peradaban bangsa di Malaysia akan terus utuh dan mantap apabila bidang pendidikan dapat memastikan generasi yang dilahirkan adalah holistik dan cemerlang yang mampu memenuhi keperluan kepesatan pembangunan negara dan global.

Dalam konteks Malaysia, peradaban bangsa mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional.

Oleh itu, guru berperanan sebagai pembentuk masyarakat berilmu, berkeyakinan tinggi, mempunyai nilai etika yang kukuh dan mampu bersaing pada peringkat global selain mementingkan perpaduan.

Tegas beliau lagi, peradaban bangsa boleh diperkukuh apabila guru melaksanakan peranan mereka untuk melahirkan modal insan yang memiliki kemahiran memimpin, hidup dalam masyarakat demokratik, adil, altruisme, liberal, bertolak ansur dan penyayang menerusi pelaksanaan transformasi pendidikan.

Guru juga harus menggalas tugas berat melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemahiran berfikir aras tinggi serta berupaya berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai bahasa selain perlu mempunyai sahsiah positif. Oleh itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta mempunyai world class thinking. Matlamat dan dasar yang dihasratkan KPM dalam membina negara bangsa adalah untuk memastikan setiap murid memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat penyayang, berbudaya saintifik serta bersatu padu.

Sumber: Utusan Malaysia, 3 Mei 2017

Tambahnya, aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina

negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan

cuti umum

KEAHLIAN

Keahlian adalah percuma

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat &

Mesra

4

Page 5: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5

Informasi

DBP sokong pendirian KPM tidak iktiraf UEC

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyokong

pendirian KPM untuk tidak mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersepadu atau Unified Examination Certificate (UEC). Ketua Pengarah DBP, Dato’ Abdul Adzis Abas berkata, pendirian itu berdasarkan kepada ketidakakuran UEC terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan yang diperuntukkan oleh Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Bahasa Kebangsaan di bawah Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

"UEC bercanggah dengan Dasar Bahasa Kebangsaan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 152 (1), Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32). Kedua-dua peruntukan tersebut menetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi termasuk dalam bidang pendidikan." Menurut beliau, bagaimanapun, UEC yang dikendalikan oleh badan persendirian sejak tahun 1975 menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum dan peperiksaan yang tidak menepati standard serta aspirasi negara.

Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam UEC tidak setara dengan sukatan pelajaran Kurikulum Kebangsaan dan cakupan sejarah Malaysia. Keadaan ini tidak menepati hasrat kerajaan yang menekankan bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai wadah bagi memupuk perpaduan negara dan membentuk jati diri kebangsaan setiap warganegara Malaysia. Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama selama ini telah terbukti berjaya melahirkan golongan cerdik pandai yang diiktiraf dalam negara dan peringkat antarabangsa.

Sumber : Kosmo 2017, 6 Mei 2017

ISU SEMASA MEI 2017

Terma daftar sekolah tahfiz bakal diwujud

Kementerian kaji guna sistem debit di

sekolah

Tiada halangan kegiatan luar sekolah

diteruskan walaupun wabak Influenza A

(H3) kini sedang menular

Pertandingan ACA tonjol kualiti

pendidikan negara

Sedia kaji perkasa bahasa Melayu

Instrastruktur 10,170 sekolah awam

dinaik taraf - Mahdzir

Penggunaan teknologi tingkat mutu

pendidikan

Gred Pengarah Pendidikan Negeri wajar naik JUSA B

Guru bandar ejen terbaik pengajaran inovatif

Sekolah perlu sokong 1Sekolah

1Silat

SMAP Kajang, SMS Kuching Utara

Johan Bahas PPM

Jangan malu jadi guru tadika – JPNIN

YGMB akan bantu kebajikan guru

Cuti sekolah seminggu sempena

Aidilfitri

Utamakan pertukaran guru duka lara

Pendidikan TVET dekati komuniti

Sumber : Utusan/Berita Harian

Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, April 2017

Page 6: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

NOTA ILMIAH

Program Sekolah Transformasi (PST)

Objektif

Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan dengan menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Sebanyak 100 buah sekolah telah melaksanakan PST pada 2016. Manakala pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah lagi dipilih untuk melaksanakan PST.

Sumber : PADU 2017

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Laluan pendidikan yang pelbagai dan pembelajaran sepanjang hayat

Kerajaan bertanggungjawab bagi memastikan

rakyat mendapat pendidikan yang berterusan untuk menyediakan pelbagai peluang kemahiran dan sumber tenaga kerja bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan ekonomi negara khasnya.

Pendidikan Untuk Semua

Sumber : Teks Ucapan Perhimpunan Bulanan KPM, Mac 2017

Selari dengan hasrat Simposium Pendidikan 2030

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 6 6

Page 7: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

7 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Pemerkasaan TVET

• Hasrat kerajaan melalui Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan tenaga kerja separuh mahir dan mahir bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi

• 2,273 pelajar kohort pertama (2012) yang bergraduat pada April 2016 memperoleh Diploma dari 15 KV seluruh negara

• 83.10% mendapat pekerjaan dan menjadi usahawan dalam tempoh 3 bulan bergraduasi

• RM4.6 bilion diperuntukkan kepada institusi TVET dalam Bajet 2016

Sumber : PADU 2017

Kementerian Pendidikan perkenal anugerah Tokoh Guru Inovatif

Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif

mewujudkan satu lagi penghargaan kepada warga pendidik dengan memperkenalkan kategori Tokoh Guru Inovatif sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-46 di Johor Bahru.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Aminudin Adam berkata, kategori baharu itu diperkenalkan sebagai menghargai kreativiti dan inovasi guru dalam menghasilkan alat bantu mengajar untuk menarik minat murid.

Kita boleh lihat pelbagai usaha dilakukan guru untuk mempelbagaikan cara mengajar di dalam kelas termasuk menggunakan bahan-bahan yang kreatif sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas.

Bagi menghargai usaha guru itu, Kementerian Pendidikan membuat keputusan untuk memperkenalkan anugerah tersebut pada tahun ini.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-46 yang bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa itu bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Sukan Educity di Johor Bahru dan dihadiri kira-kira 2,500 guru dari seluruh negara.

Menurut Aminudin, walaupun kategori Tokoh Guru Inovatif baru diperkenalkan pada tahun ini, namun pihaknya menerima pencalonan yang menggalakkan daripada pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah di seluruh negara.

Anugerah ini juga secara tidak langsung akan menggalakkan lebih ramai guru untuk menjadi lebih kreatif ketika menyampaikan ilmu kepada murid terutamanya ketika Kementerian Pendidikan cuba menerapkan kaedah pembelajaran abad ke-21 yang bertumpu kepada murid pada masa ini.

“Selain itu, dua anugerah lain turut disampaikan dalam sambutan kali ini, iaitu Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan.”

Sumber: Utusan Malaysia, 13 Mei 2017

Guru Pembina Negara Bangsa Tema Perayaan Hari Guru 2017

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/kementerian-pendidikan-perkenal-

7

Page 8: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Sekolah satu aliran, pemimpin kaum perlu bincang bersama - Mahdzir

Pemimpin semua kaum negara ini perlu berbincang sama ada perlu atau tidak mewujudkan sistem

sekolah satu aliran di negara ini, kata Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata, isu sistem sekolah satu aliran itu dan kepentingannya terhadap perpaduan nasional perlu difikirkan secara bersama oleh semua kaum negara ini. "Semua orang kena berfikir apa yang terbaik untuk perpaduan. Jika puncanya (perpaduan) adalah daripada pendidikan, maka kita kena ambil tindakan. "(Semua kaum) kena duduk (berbincang), kena serius dan ada keberanian politik untuk menyatakan kehendak negara bagi 50 tahun akan datang," katanya. Mahdzir mengulas pandangan beberapa pihak termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang mahu sistem sekolah satu aliran diutamakan bagi memupuk perpaduan kaum negara ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO turut berpendapat sistem sekolah satu aliran mampu memperkasa perpaduan rakyat pelbagai kaum negara ini. Mahdzir berkata, selepas Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965, Perdana Menterinya ketika itu Lee Kuan Yew memutuskan untuk menutup semua sekolah aliran Cina, Tamil dan Melayu di republik itu. "Apa yang ada, hanya sekolah satu aliran kebangsaan Singapura," katanya.

Namun, beliau berkata buat masa ini, Kementerian Pendidikan akan terus memperkasa program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) bagi memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum di negara ini. Menerusi RIMUP, murid-murid boleh mengenali satu sama lain walaupun budaya dan agama mereka berlainan serta memulakan proses asimilasi antara satu sama lain. Selain itu, katanya kementerian juga sedang meneliti cadangan untuk membawa murid-murid berlainan bangsa dan agama keluar daripada sekolah dan meletakkan mereka di dalam program-program RIMUP.

“Semua pihak hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya mengembalikan dan

membudayakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan

menjadi asas kepada pembinaan perpaduan rakyat di Malaysia.”

Sumber : BERNAMA

8 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

"Semua kaum kena

duduk berbincang,

kena serius dan ada

keberanian politik

untuk menyatakan

kehendak negara

bagi 50 tahun akan

datang,"

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

8

Page 9: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Maklumat Perancangan Pendidikan

Kemenjadian murid fokus pendidikan TN50

- Mahdzir

Transformasi Nasional

Kemenjadian murid perlu menjadi fokus aspirasi

dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi

mewujudkan generasi masa depan berkemahiran

tinggi. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir

Khalid, berkata ia penting bagi membentuk murid

yang mempunyai kemahiran menyeluruh dalam

sistem pendidikan. "Masyarakat mahu melihat kualiti

daripada guru dan mahu perancangan pendidikan

daripada peringkat awal sehingga ke peringkat

universiti. Semua pihak perlu memainkan peranan

terutama guru, kerana pendidikan penting untuk

kejayaan transformasi membentuk generasi pada

2050," katanya ketika berucap pada Siri Dialog

TN50 bersama Guru Muda 1Malaysia. Dialog

Memacu Masa Depan Pendidikan Negara di Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) itu disertai 300 guru

muda seluruh negara. Menteri Belia dan Sukan,

Khairy Jamaluddin bertindak sebagai moderator.

TN50 diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib

Razak dan dilancarkan di Universiti Malaya (UM)

Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu. Mengulas lanjut,

Mahdzir berkata satu dasar pendidikan futuristik

yang bersifat holistik dan inklusif meliputi

kecemerlangan akademik, sahsiah, kesihatan dan

akhlak positif murid perlu diwujudkan. "Setiap murid

masa hadapan perlu ada ciri utama seperti

kemahiran kepimpinan dan kemahiran berfikir untuk

bersaing di peringkat global. Kita mahu dasar

dilakukan nanti mampu membentuk ciri-ciri Malaysia

di dalam diri mereka," katanya. Sementara itu,

Khairy berkata dua Guru Muda 1Malaysia akan

menyertai Pakar Subjek Kumpulan Masa Depan

TN50, sekali gus mengkaji cadangan

memartabatkan bidang pendidikan. Ketika ini,

Kumpulan Masa Depan TN50 dianggotai 10 anggota

belia dan tiga pakar subjek, yang akan melihat dan

mengkaji dengan lebih mendalam mengenai topik

utama berkaitan TN50.

Selanjutnya di :

http://www.bharian.com.my/node/276702Sumber:

Utusan Malaysia 2017

"Setiap murid masa hadapan

perlu ada ciri utama seperti

kemahiran kepimpinan dan

kemahiran berfikir untuk

bersaing di peringkat global.

Kita mahu dasar dilakukan

nanti mampu membentuk ciri-

ciri Malaysia di dalam diri

mereka."

Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid

berucap pada Siri Dialog TN50 bersama Guru

Muda 1Malaysia di DBP, Kuala Lumpur

"Semua pihak perlu memainkan peranan terutama

guru, kerana pendidikan penting untuk kejayaan

transformasi membentuk generasi pada 2050."

Sumber : Berita Harian, 3 Mei 2017

.

9 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 9

Page 10: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Kajian Penyelidikan Pendidikan

10

Pertimbangan Dasar 60:40

(60:40 Policy Review)

Kajian ini bertujuan untuk membantu KPM

melaksanakan penilaian terhadap beberapa

bidang pendidikan tertentu supaya hasilnya

dapat dijadikan input penting dalam membuat

sesuatu dasar baharu. Selain itu, ia juga bagi

mengenal pasti sesuatu dasar pendidikan itu

boleh dikekal dan diteruskan, ditambah baik

atau dimansuhkan. Kajian ini melibatkan

pengetua, guru kanan, guru sains dan murid

dari 100 buah sekolah menengah di seluruh

negara yang dipilih secara rawak. Kaji selidik

merangkumi persepsi pengetua dan guru

sains serta sikap, minat, yakin boleh dan niat

murid dalam aliran sains. Selain itu, maklumat

juga diperoleh melalui temu bual dengan wakil

pengurusan, pensyarah dan penyelidik dalam

bidang sains dan teknologi di IPTA, pegawai-

pegawai KPM (BPK, LP dan JNJK). Kajian ini

juga menggunakan kaedah menanda aras soft

strategy menerusi analisis dokumen yang

berkaitan dengan hala tuju, penyataan dasar,

strategi dan pelan tindakan merancang dan

memacukan STEM di beberapa negara

terpilih, termasuk Korea Selatan dan Finland.

Ini termasuklah melibatkan proses

menemukan cadangan-cadangan

penyelesaian masalah yang berpusatkan

perspektif pemegang taruh yang terdiri

daripada guru sains dan kepimpinan sekolah.

Dapatan kajian mencadangkan Pertimbangan

Dasar 60:40 ini boleh dikekal dan diteruskan

dengan ditambah baik.

Kata kunci : Pertimbangan Dasar 60:40,

STEM, pemegang taruh

OLEH : PROF. DR MOHAMAD SAHARI NORDIN,

PROF. DR NIK AHMAD HISHAM ISMAIL, PROF. DR

ISARJI SARUDIN, PROF. MADYA DR MOHD BURHAN

IBRAHIM, PROF. DATUK DR TAMBY SUBAHAN

MOHD MEERAH, PROF. DR LILIA HALIM dan LANITA

MD YUSUF

ABSTRAK KAJIAN

Lesson Study: Hubungan Antara

Pengetahuan dan Kemahiran Guru Dalam

Pengajaran Sains Secara Inkuiri Dengan

Pengalaman Mengajar

Kajian dengan reka bentuk perbandingan penyebab

(causal comparative) ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru dalam pengajaran Sains secara inkuiri dengan pengalaman mengajar bagi guru yang melaksanakan Lesson Study dan guru yang tidak melaksanakan Lesson Study. Kajian telah dijalankan ke atas 240 orang guru Sains Tingkatan 1 yang mengajar Sains dengan kaedah inkuiri melalui eksperimen. Mereka terdiri daripada 64 orang guru yang telah melaksanakan Lesson Study dan 176 orang guru yang tidak melaksanakan Lesson Study. Instrumen soal selidik dengan lima skala Likert telah digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif dengan penentuan min dan sisihan piawai serta analisis inferensi korelasi Spearman telah digunakan untuk mencapai tujuan kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik bagi pengetahuan dan kemahiran pengajaran Sains secara inkuiri bagi kedua-dua kumpulan guru. Guru yang melaksanakan Lesson Study didapati mempunyai pengetahuan dan kemahiran pendekatan inkuiri yang lebih tinggi berbanding guru yang tidak melaksanakan Lesson Study. Kajian juga mendapati kekuatan hubungan yang sederhana negatif antara pengalaman mengajar dengan pengetahuan dan kemahiran pengajaran secara inkuiri bagi kedua-dua kumpulan guru. Dapatan kajian ini memberi implikasi yang menyokong pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak pentadbir dan pengurusan tertinggi sekolah boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk meningkatkan pembelajaran murid dan profesionalisme guru.

Kata kunci : inkuiri, Lesson Study, pengalaman mengajar, pengetahuan guru, kemahiran guru

OLEH : NOR’AIDAH NORDIN

Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian, BPPDP

Jurnal

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 10

Page 11: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Berita Aktiviti BPPDP

Mesyuarat Jawatankuasa Khas

Mengawal Selia Secara Bersepadu

Penubuhan dan Operasi Institusi

Pendidikan Awal Kanak-kanak di

Malaysia Bil 1/2017

Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-

sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2017 telah julung kali mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Mengawal Selia Secara Bersepadu Penubuhan dan Operasi Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia Bil. 1/2017. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perkara berkaitan mengawal selia secara bersepadu penubuhan dan pengoperasian institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia serta menyelaras isu-isu pendaftaran dan pengoperasian institusi tersebut. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama-sama oleh Menteri Pendidikan, iaitu YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, iaitu YB Dato’ Sri Rohani binti Abdul Karim. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, KSU daripada kedua-dua kementerian, KPPM, KP JAKIM, JKP KEMAS serta KKLW, wakil Bahagian PERMATA, KPKT, JPNIN, MKN, NCDRC, ECCE dan Majlis Agama Islam Negeri. Mesyuarat yang telah diadakan pada 31 Mei 2017 pada jam 11:00 pagi di KPM ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Sumber : Sektor Dasar, BPPDP

Transformasi Tingkatan 6

Tindak Susul: Keperluan

Penstrukturan Pengurusan dan

Pentadbiran Tingkatan Enam –

Dapatan Awal

Salah satu daripada lima fokus utama penjenamaan

semula Tingkatan Enam (T6) di bawah inisiatif 46B: Pemantapan Pendidikan Tingkatan Enam, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah dengan memberi tumpuan terhadap pengurusan dan pentadbiran T6. Satu Tindak Susul Keperluan Penstrukturan Pengurusan dan Pentadbiran T6 diadakan bagi melihat keperluan penstrukturan semula pengurusan dan pentadbiran T6.

Dapatan Awal

Kolej Tingkatan Enam (KT6)

Secara amnya, pengurusan dan pentadbiran KT6 adalah lebih tersusun dan berfokus dengan tertubuhnya KT6. Menurut pihak pentadbir KT6 dan guru, tugas pentadbiran di KT6 tetap rencam. Antara faktor yang menyumbang kepada beban dan kerencaman tugas ialah penyediaan murid untuk peperiksaan awam, pelaksanaan pentaksiran sistem modular yang melibatkan kerja kursus dan peperiksaan setiap penggal, dan program yang ada di aliran perdana juga dilaksanakan di KT6 (contoh: NILAM, VLE Frog). Usaha meningkatkan motivasi dan mengubah sikap murid ke arah pencapaian keseluruhan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang lebih tinggi juga merupakan satu cabaran yang sukar.

Pusat Tingkatan Enam Mod 2 dan Mod 3

Menurut pihak pentadbir dan guru, pengurusan kurikulum dan kokurikulum di Pusat T6 Mod 2 dan Mod 3 lebih berfokus kerana dilaksanakan secara berasingan.

Inisiatif 46B: PPPM 2013-2025 adalah dengan memberi tumpuan terhadap pengurusan dan pentadbiran T6

Samb – muka surat 12

Program

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 11

1

Page 12: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Samb – daripada muka surat 11

Walau bagaimanapun, pengurusan dan pentadbiran di Pusat T6 Mod 2 dan 3 dinyatakan mencabar, membebankan dan rencam atas faktor yang berikut:

- terdapatnya dua kategori murid: kelas T6 dan aliran perdana. Pengurusan T6 memerlukan penumpuan khusus yang berbeza kerana pengurusan PdP secara modular dan peperiksaan yang dilaksanakan setiap penggal memerlukan tumpuan yang khusus. Perkara ini agak membebankan kerana terlalu banyak topik dan tugasan kerja kursus yang perlu dihabiskan dalam masa yang singkat (3 penggal: 18 bulan);

- kekurangan kemudahan fizikal, infrastruktur dan infostruktur seperti LCD, komputer, peralatan/radas sains, wifi dan sebagainya mengganggu kelancaran PdP dan kualiti pendidikan T6;

- Bantuan Geran Per Kapita (PCG) untuk kegunaan PdP dan pembelian bahan amali sains tidak mencukupi.

- meningkatkan kualiti Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) kerana terdapat murid yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah pada peringkat pendidikan prauniversiti; dan

- murid T6 kurang berminat untuk membaca.

Kolej Tingkatan Enam (KT6)

Mod 2: SMK Tinggi Klang Mod 3: SMK Gombak

Kesimpulannya, tindak susul ini memberi dapatan awal berkaitan pelaksanaan tugas pengurusan dan pentadbiran T6 bagi penyediaan Kertas Cadangan Penstrukturan T6. Rujukan kepada Garis Panduan Pengurusan T6 (GPPT6) yang diterbitkan pada tahun 2016 menjadikan pentadbiran dan pengurusan T6 khasnya dalam aspek pengurusan akademik, kokurikulum, sumber manusia, murid serta peperiksaan dan pentaksiran STPM lebih terancang dan sistematik. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang bagi menambah baik struktur pengurusan dan pentadbiran T6 selaras dengan hasrat merealisasikan keberhasilan murid yang merupakan matlamat utama inisiatif #46B, PPPM 2013-2025.

Sumber : Sektor Dasar, BPPDP

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 12

1

PT

Page 13: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 13

1

Pemerkasaan STEM

Kolokium STEM 2017 Peringkat Zon Tengah Anjuran KPM – USIM

Majlis Perasmian oleh YBhg. Dato’ Sulaiman bin

Wak Pengarah BPPDP

Bertemakan “Pendidikan Menerusi

Penerokaan” Kolokium Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) telah memberi manfaat kepada peserta dalam pemahaman yang lebih spesifik serta komprehensif tentang pendidikan STEM dan kerjaya bidang STEM. Malah penganjuran kolokium ini turut mewujudkan rangkaian kerjasama dengan guru-guru, agensi kerajaan, bukan kerajaan serta pihak industri bagi menjayakan agenda pendidikan STEM dengan lebih menyeluruh dan bersepadu. Kolokium yang diadakan pada 9 Mei 2017 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan program bersama antara KPM dan USIM. Kolokium ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sulaiman bin Wak, Pengarah BPPDP, KPM.

Memberi pemahaman yang lebih spesifik serta komprehensif tentang pendidikan STEM dan kerjaya bidang STEM

Para Peserta Kolokium Pendidikan STEM 2017

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil-wakil

universiti, pensyarah, guru-guru, pelajar, murid

dan pihak swasta. Kolokium peringkat zon

tengah diadakan bertujuan;

meningkatkan kompetensi, pengetahuan

dan kemahiran guru bagi memantapkan

PdP berkaitan mata pelajaran STEM;

memperoleh maklumat terkini berkaitan

kerjaya STEM supaya pendidik dapat

menyebarluaskannya kepada murid.

Mewujudkan rangkaian kerjasama antara

penggubal dasar, ahli akademik, pendidik,

kaunselor, agensi kerajaan dan bukan

kerajaan berkongsi ilmu pengetahuan dan

pengalaman bagi melaksanakan program

berkaitan pendidikan STEM; dan

berkongsi amalan terbaik bagi menjayakan

pendidikan STEM.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk forum

dan pameran oleh lebih 40 agensi yang terdiri

daripada pihak kerajaan dan bukan kerajaan.

Antaranya PETROSAINS, MAHSAT SDN.

BHD, DESIGNEX 3D SDN BHD, ECO

ARTISTIC ROBOTS, ARTLINK, sekolah dan

lain-lain.

Aktiviti Kolokium Pendidikan STEM

FORUM

Ilmu STEM dan Keperluan Industri Ahli Panel: Universiti Teknologi Malaysia,

MACRI, Telentcorp

Kerjaya dalam bidang STEM

Ahli Panel: Petrosains, The Institution of

Engineers Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia,

Strand Aerospace Malaysia

PAMERAN

Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian BPPDP

Page 14: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Program GREAT 2017 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 6 Mei dan 7 Mei 2017 yang lalu. GREAT 2017 yang diadakan di dua lokasi, iaitu Magellan Sutera Habour dan Hotel Pacific Sutera Habour ini merupakan perhimpunan terbesar para usahawan dan pelabur di Sabah. Tujuan Program GREAT ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan dan memperkasa entrepreneur di negeri Sabah. Program selama dua hari itu merangkumi pelbagai bengkel, seminar dan program yang diadakan khas untuk perkongsian maklumat dan pengalaman selain meluaskan kenalan profesional dan juga untuk memudahkan akses kepada lebih 50 agensi kerajaan yang berkaitan. Tambahan pula, GREAT merupakan satu contoh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilancarkan untuk membina ekosistem keusahawanan negara yang kukuh dan dinamik. Murid-murid di Kolej Vokasional Keningau, KPM telah menjadi pempamer dalam program tersebut. Antara produk yang dihasilkan adalah dalam penyediaan dan pembuatan makanan seperti roti, biskut dan demonstrasi ukiran buah-buahan. Mereka turut menyediakan perkhidmatan manicure dan pedicure kepada para pengunjung. Murid-murid memperoleh pendedahan awal dalam keusahawanan dan perniagaan seterusnya memupuk minat mereka dalam bidang tersebut. Melalui program ini, mereka juga telah menunjukkan bakat dan kreativiti dalam bidang kemahiran yang dilatih di Kolej Vokasional. Kesimpulannya, pendedahan awal murid-murid dalam program keusahawanan seperti Program GREAT dapat memupuk dan menggalakkan pembangunan usahawan muda bermula pada peringkat sekolah lagi. Justeru, KPM perlu membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada murid-murid di sekolah untuk terlibat dalam program-program keusahawanan dalam usaha untuk meningkatkan bilangan usahawan muda.

GREAT 2017 dilihat sebagai salah satu platform untuk melibatkan murid-murid di sekolah KPM

Sumber : UPEB BPPDP 2017

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

INISIATIF UPEB: MEMACU EKOSISTEM

PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA

GREAT 2017

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

merupakan agenda nasional untuk memperhebat penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memacu agenda pembangunan bumiputera. Pada tahun 2013, program pemerkasaan ekonomi bumiputera dilancarkan yang meliputi lima teras utama iaitu modal insan, ekuiti korporat, pemilikan aset bukan kewangan, keusahawanan dan perniagaan dan sistem penyampaian. Teras tersebut menjadi inisiatif kementerian dilaksanakan secara merentas kementerian, agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Salah satu teras utama program pemerkasaan ekonomi bumiputera adalah keusahawanan dan perniagaan. Seiring dengan hasrat tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dalam usaha untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan murid sekolah. Hal ini demikian kerana, kemahiran keusahawanan merupakan titik tambah dalam membentuk masa depan murid. Pemerkasaan ekonomi dapat dilaksanakan melalui pendidikan bersesuaian dengan peranan KPM untuk melahirkan dan membangunkan modal insan bumiputera yang mapan dan berdaya saing pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, UPEB telah bersama-sama dengan murid-murid di Kolej Vokasional Keningau, Sabah menyertai Program GREAT anjuran Kementerian Kewangan. Program Gabungan Enterpreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2017 dilihat sebagai salah satu platform untuk melibatkan murid-murid di sekolah KPM.

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 14

Page 15: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

12 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 15

Edisi Khas

Tema Hari Guru 2017 mengulangi tema Hari Guru

2009, 2010 dan 2016. Ini membuktikan bahawa tema, ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ sangat signifikan dengan peranan utama guru dalam melunaskan akauntabiliti mereka. Guru seperti lilin membakar diri adalah analogi klise yang relevan sepanjang masa. Dalam semua agenda pembangunan negara, guru adalah nadi penggerak utama yang sentiasa berkorban tenaga dan masa. Peranan guru dalam membina negara bangsa merujuk kepada melahirkan insan yang mempunyai jati diri beridentiti Malaysia. Identiti Malaysia boleh dirujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh dimengertikan bahawa guru bertanggungjawab melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Bagi menyempurnakan peranan dalam membina negara bangsa menerusi kelahiran warga yang berpengetahuan guru mesti menguasai disiplin ilmu yang diajar. Menyampaikan ilmu secara kreatif dan inovatif selari dengan perkembangan teknologi terkini. Menggunakan pendekatan, strategi dan teknik pengajaran yang pelbagai termasuk berani mencuba pembelajaran abad ke-21. Di samping itu, guru perlu meningkatkan profesionalisme sama ada tahap kelayakan ataupun mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan.

Dalam konteks membangunkan warga

berketrampilan dalam pembinaan negara bangsa,

guru sendiri perlu kompeten. Mereka bukan

sahaja mesti memiliki pengetahuan tetapi

kemahiran dan berkemampuan mengurus

hubungan manusia dengan efektif dan efisien.

Dalam hal ini, guru menjadi suri teladan kepada

murid masing-masing. Sentiasa mematuhi etika

pakaian profesion pendidikan dan memastikan

murid tidak melanggar peraturan pakaian yang

telah ditetapkan juga satu daripada amanah yang

mesti disempurnakan oleh guru.

Melahirkan warga berakhlak mulia adalah

tanggungjawab terpenting dalam pembinaan

negara bangsa. Ini kerana sebijak dan secekap

mana pun warga yang dilahirkan menerusi sistem

pendidikan di Malaysia, tidak akan memenuhi

takrifan negara bangsa sekiranya tidak akur

kepada hukum agama dan adat resam tidak

terpelihara. Di samping itu, menjadi satu

kemestian kepada guru untuk memastikan

muridnya mempunyai rasa cinta mendalam

kepada lambang-lambang kedaulatan negara

seperti bendera dan jata negara.

Strategi yang boleh dipraktikkan oleh guru ialah

menerapkan nilai-nilai murni dalam proses

pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk

individu berakhlak mulia. Nilai bersyukur

sekiranya kerap diterapkan akan membentuk

keperibadian unggul dalam kalangan murid. Nilai

mengutamakan kebersihan pula bakal melahirkan

warga yang melestarikan kebersihan alam sekitar.

Begitu juga dengan penerapan nilai menghormati

orang lain akan melahirkan masyarakat yang

saling menyayangi dan menyanjung tinggi antara

satu sama lain dalam kehidupan bermasyarakat di

Malaysia.

Samb – muka surat 16

15

Page 16: Isu Utama Akhbar - moe.gov.my

Samb – daripada muka surat 15

Dalam membina negara bangsa, warganya mestilah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Dalam

hal ini, guru perlu istiqamah untuk membangun murid yang holistik dalam konteks jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial serta seimbang dalam menguasai ilmu dunia dan akhirat. Tanggungjawab

setiap insan semestinya berusaha untuk memperoleh kehidupan yang bahagia, aman dan damai.

Gurulah yang menjadi tunjang utama dalam merealisasikan kesejahteraan diri insan yang dipimpinnya.

Selain kesejahteraan diri, warga Malaysia dalam konteks negara bangsa perlu menyumbang kepada

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, menjadi amanah kepada

guru untuk melahirkan warga yang tidak mementingkan diri sendiri. Menjadi harapan kepada guru untuk

mereka melahirkan insan yang boleh membantu orang lain untuk turut menikmati kebahagiaan dan

kesejahteraan diri.

Pendekatan yang boleh diambil oleh guru ialah melaksanakan program bersama masyarakat. Antaranya

mengadakan program gotong royong membersihkan lokasi tertentu sama ada dekat atau jauh daripada

sekolah. Guru boleh mencuba sesuatu yang baharu seperti melibatkan murid dengan menyemai benih

bakau demi kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar. Guru juga boleh membawa murid untuk

memberi perkhidmatan sukarelawan kepada warga tua dan anak yatim di premis mereka masing-

masing.

Selain itu, untuk menyedarkan murid bahawa masyarakat adalah penting dalam kehidupan mereka

beberapa langkah boleh diambil antaranya meningkatkan lagi penglibatan masyarakat dalam aktiviti di

sekolah seperti hari Kejohanan Olahraga dan Balapan, Hari Guru, Hari Keusahawanan, Hari

Kecemerlangan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sesuatu yang inovatif boleh dilakukan oleh guru

seperti mengundang pegawai bank daripada bank yang berdekatan dengan pihak sekolah untuk

mengajar mata pelajaran matematik dan akauntan kepada murid.

Bagi memastikan guru berjaya melahirkan warga yang boleh menyumbang kepada kemakmuran dan

keharmonian negara. Murid yang mempunyai semangat nasionalisme, patriotisme, mengamalkan

semangat perpaduan dan integrasi serta sehati sejiwa dalam mempertahankan nama baik dan

kedaulatan Malaysia mesti diusahakan oleh semua guru. Hasrat tersebut tidak akan dicapai sekiranya

hanya guru bidang sains sosial sahaja yang dipertanggungjawabkan. Guru-guru yang mengajar Sains,

Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik juga perlu memainkan peranan secara kolektif.

Guru sewajarnya melaksanakan inisiatif berterusan dalam melahirkan warga yang mencintai negara

seperti membawa murid ke tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Membentuk kumpulan dalam

perbincangan di bilik darjah atau tugasan di luar bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai agama dan

bangsa. Paling penting guru mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengajar kurikulum

pelbagai budaya. Pihak kepimpinan sekolah yang terdiri daripada pengetua dan pentadbir kanan lain

sebaik-baiknya sentiasa memberi ingatan dan teladan kepada guru lain bagi merealisasikan peranan

guru dalam membina negara bangsa.

Negara bangsa memerlukan ejen perubahan demi pembangunan negara. Pada masa yang sama,

negara bangsa perlu mempertahankan tradisi dan identiti Malaysia. Oleh itu, guru dalam membina

negara bangsa, perlu dinamik melahirkan murid yang boleh mencipta kemajuan dan lestari

mempertahankan tradisi agar mereka mempunyai jati diri. Guru mempunyai amanah untuk

membangunkan insan yang berfikiran dan bertindak berpaksikan budaya tempatan dan berfikiran

antarabangsa dalam meniti alam pekerjaan dan kehidupan demi sebuah negara bangsa bernama

Malaysia.

Selamat Hari Guru 2017 Terima Kasih Cikgu

PROF. MADYA DR. AHMAD ESA

Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,

Universiti Tun Hussein Onn, Johor. Sumber : Utusan Malaysia, 13 Mei 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

16

TRANSFORMASI NASIONAL

2050

16