fakta mengejut kan tenta ng jurang pendidikan di mal aysia

14
Fakta Mengejutkan Tentang Jurang Pendidikan di Malaysia OLEH WIKI IMPACT TEAM | 12 October 2020 Kemaskini terakhir pada 2 December 2020 Diterjermah oleh: Nurul Shaeera VERSI BAHASA INGGERIS: https://www.wikiimpact.com/shocking-facts-on-malaysias-education-gap/ Artikel ini masih dalam proses penyiapan. Kesemua statistik dan fakta yang disebut adalah berdasarkan kajian yang sedia ada. Artikel ini akan dikemaskini dengan setiap penyelidikan yang baru. Fakta disemak oleh: Deborah Chan on 20 October 2020 Fariessa Ameer on 2 December 2020 Status semasa: Tahap 2 Tahap 1: Penyelidikan kendiri sekunder (desk research) dan pemeriksaan fakta oleh 1 individu. Tahap 2: Pengkemaskinian dengan maklumat daripada kajian sekunder yang baru dan pemeriksaan fakta oleh 2 individu. Tahap 3: Sumbangan info daripada pengkaji akademik atau pengamal akademik dengan sumber yang boleh dipercayai. Tahap 4: Artikel disemak semula berdasarkan dapatan kajian primer oleh Wiki Impact dan diperiksa oleh 2 individu.

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

Fakta Mengejutkan Tentang Jurang       Pendidikan di Malaysia OLEH WIKI IMPACT TEAM | 12 October 2020 

Kemaskini terakhir pada 2 December 2020 

Diterjermah oleh: Nurul Shaeera 

VERSI BAHASA INGGERIS: https://www.wikiimpact.com/shocking-facts-on-malaysias-education-gap/   Artikel ini masih dalam proses penyiapan. Kesemua statistik dan fakta yang disebut adalah berdasarkan kajian yang sedia ada. Artikel ini akan dikemaskini dengan setiap penyelidikan yang baru. 

Fakta disemak oleh:  Deborah Chan on 20 October 2020 Fariessa Ameer on 2 December 2020  

 

 

 

Status semasa: Tahap 2 Tahap 1: Penyelidikan kendiri sekunder (desk research) dan pemeriksaan fakta oleh 1 individu. Tahap 2: Pengkemaskinian dengan maklumat daripada kajian sekunder yang baru dan pemeriksaan fakta oleh 2 individu. Tahap 3: Sumbangan info daripada pengkaji akademik atau pengamal akademik dengan sumber yang boleh dipercayai. Tahap 4: Artikel disemak semula berdasarkan dapatan kajian primer oleh Wiki Impact dan diperiksa oleh 2 individu. 

 

Page 2: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

 

Pendidikan merupakan salah satu pelaburan paling penting yang boleh dilakukan oleh sesebuah                       

negara untuk rakyat serta masa depannya. Ia dilihat sebagai penyama hebat atau ‘the great                           

equalizer’- dan dapat membuka ruang kepada peluang pekerjaan, sumber dan kemahiran yang                       

diperlukan oleh keluarga untuk tidak hanya bertahan tetapi juga berkembang. 

Pendidikan berperanan sebagai ejen perubahan yang kuat, meningkatkan taraf kesihatan dan                     

kehidupan serta menyumbang kepada kestabilan sosial dan pemacu pertumbuhan ekonomi jangka                     

panjang. Sebagai salah satu hak asasi manusia, pendidikan memainkan peranan penting dalam                       

aspek pembangunan manusia, sosial dan ekonomi. Namun begitu, hak terhadap pendidikan asas                       

beribu-ribu kanak-kanak di Malaysia masih dinafikan walaupun terdapat kemajuan besar sejak                     

beberapa tahun kebelakangan ini. Kekurangan pendidikan mungkin menjadi salah satu punca                     

utama kemiskinan diwarisi generasi seterusnya. 

Melalui pelbagai aspek yang lain, Malaysia jelas memperoleh beberapa pencapaian sejak berdekad                       

lalu. Kadar peratusan celik huruf dewasa meningkat sebanyak 2.3% daripada 82.9% pada tahun                         

1991 kepada 94.9% pada tahun 2018. Kadar celik dewasa mengukur keupayaan penduduk                       

 

 

Page 3: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

berumur 15 tahun ke atas dalam membaca, menulis dan berkomunikasi untuk menjalani                       

kehidupan seharian. 

Pada tahun 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan peningkatan tertinggi                   

dalam kadar pendaftaran sekolah bagi rendah, menengah rendah dan menengah atas dengan                       

peratus masing-masing iaitu 97.8%, 95.3% dan 87.2%. Ini bermakna lebih ramai kanak-kanak di                         

seluruh negara pergi ke sekolah dan menunjukkan kemajuan dalam tahap pendidikan mereka. 

Walaupun pencapaian ini sewajarnya diraikan, kita tidak boleh mengabaikan jurang pendidikan                     

yang masih wujud di negara ini. Sekiranya kita diberi keistimewaan dan kemudahan asas kepada                           

pendidikan yang baik, kita tetap perlu menyedari betapa teruknya ketidakadilan pendidikan di                       

Malaysia. Kita akan melihat perbezaan antara pendidikan bandar dan luar bandar, berhadapan                       

dengan realiti sukar tentang keadaan sekolah dan menilai jika kita mempunyai pendidik yang betul                           

untuk menjanjikan pembangunan generasi akan datang. 

Ketidakseimbangan Pendidikan Bandar dan Luar Bandar   Malaysia telah berjaya dalam menyeragamkan sukatan pelajaran sekolah bagi pelajar yang                     

berumur 7 hingga 17 tahun, namun, prestasi pelajar di seluruh negara menunjukkan perbezaan                         

yang nyata. Negeri yang mempunyai lebih banyak sekolah luar bandar seperti Sabah dan Sarawak,                           

secara purata menunjukkan prestasi mereka lebih rendah berbanding negeri-negeri yang                   

mempunyai lebih sedikit sekolah luar bandar. Sabah dan Sarawak telah berada di aras bawah                           

tangga pendidikan negara secara konsisten seperti yang dilihat dalam graf di bawah. Sabah                         

menunjukkan jurang sebanyak 27% bagi sekolah rendah dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah                       

(UPSR) dan 19.2% bagi sekolah menengah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) jika dibandingkan                         

dengan negeri di tangga teratas. 

 

 

 

Page 4: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

 Sumber: Ministry of Education   

Situasi ini dilihat berulang pada tahun 2018 di mana 70.3% pelajar sekolah bandar lulus dalam                             

peperiksaan UPSR, tetapi hanya 64.3% pelajar sekolah luar bandar yang lulus (keupayaan untuk                         

memperolehi sekurang-kurangnya gred D dalam semua mata pelajaran). 

Hakikatnya ialah tidak semua sekolah adalah sama. Bergantung kepada tempat tinggal anda,                       

sekolah-sekolah dalam persekitaran anda mempunyai darjah ketersampaian, sumber, kualiti                 

pendidikan dan fizikal yang berbeza. Semua faktor ini mempengaruhi sesi pembelajaran pelajar                       

dan seterusnya prestasi mereka. 

 

 

Page 5: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

Realiti Sukar Mengenai Sistem Pendidikan Bagi           

Sesetengah Pelajar Sekiranya anda dibesarkan di kawasan pinggir bandar atau bandar, kebanyakan pelajar pastinya                       

mempunyai memori menaiki bas sekolah, bas awam atau kenderaan keluarga untuk ke sekolah.                         

Kedudukan geografi Malaysia yang unik dan terdiri dari Semenanjung Malaysia dan Kepulauan                       

Borneo telah menjadikannya lokasi yang rumit untuk merancang dan membangunkan sekolah.                     

Kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia mudah mendapat kemudahan melalui jalan darat,                     

namun, di Sabah dan Sarawak, kewujudan jalan di kawasan luar bandar diibaratkan seperti mimpi.                           

Jalan air memonopoli sebahagian besar landskap Sarawak manakala Sabah mempunyai banyak                     

kampung yang terletak di kawasan pedalaman dan memerlukan pemanduan serta pendakian yang                       

panjang untuk sampai ke sana. Sehingga kini, para pelajar di Sabah dan Sarawak masih perlu                             

berjalan pada jarak yang jauh untuk pergi ke sekolah pada setiap hari. 

Bahagian penyelenggaraan bangunan, struktur dan keadaan fizikal sekolah sukar dilakukan oleh                     

pihak kerajaan disebabkan kemudahan asas yang kurang baik untuk sampai ke kawasan sekolah.                         

Dana tidak disediakan dengan mudah untuk pembaikan atau penaikan taraf sekolah. 

 

Beberapa buah sekolah adalah tidak selamat untuk kegunaan               

pelajar. 

Sekolah bukanlah sekadar bangunan konkrit yang dipenuhi dengan bilik darjah dan perabot.                       

Sekolah yang baik dan selamat diibaratkan seperti syurga bagi para pelajar untuk menimba ilmu,                           

membina hubungan sosial dan meningkatkan pengetahuan. Ibu bapa tidak seharusnya risau                     

tentang keselamatan anak mereka semasa berada di sekolah. Walau bagaimanapun, tidak semua                       

sekolah mempunyai kemudahan yang sama seperti perpustakaan, padang, kantin, makmal atau                     

dewan sekolah. Hakikatnya, terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik                     

dan air bersih. Infrastruktur sesebuah sekolah memainkan peranan penting dalam menyediakan                     

 

 

Page 6: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

suasana pengalaman pembelajaran yang       

sihat dan selamat. 

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia       

(KPM) telah menyediakan sebuah sistem         

kedudukan untuk menilai infrastruktur       

sekolah. Sekolah yang memperoleh skala 1           

hingga 4 adalah selamat dan dikategorikan           

sebagai bangunan yang kondusif serta sesuai           

untuk dijadikan tempat pembelajaran dan         

perkembangan pelajar. Semakin tinggi       

kedudukan yang diperoleh, semakin besar         

bahaya atau risiko yang menanti para pelajar             

dan guru yang berada di sekolah tersebut, di               

mana kedudukan / angka / skala 7 adalah               

kedudukan tertinggi yang menunjukkan       

bahawa sekolah tersebut adalah tidak         

selamat untuk digunakan kerana boleh         

mengakibatkan kecederaan atau kehilangan       

nyawa. Dalam erti kata lain, para pelajar dan               

guru terpaksa menanggung risiko apabila         

hadir ke sekolah. 

Sekolah yang menduduki skala ke-7 perlu ditutup agar proses pembaikan pulih serta                       

pengubahsuaian dapat dijalankan. Realitinya, sekolah tidak dapat ditutup kerana para pelajar                     

perlu hadir ke sekolah walaupun mereka harus berhadapan risiko yang jelas. 

 

 

Page 7: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

 

Siling yang jatuh mendatangkan bahaya kepada para pelajar dan guru semasa berada di sekolah. 

Sumber: TV Sarawak 

 

Menteri Pendidikan dan Inovasi Negeri Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, menyatakan bahawa                       

daripada 1,296 sekolah di negeri ini, terdapat 589 buah sekolah berada dalam kategori sekolah                           

usang, di mana 91 buah sekolah pula diklasifikasikan sebagai sekolah usang. Skala 7 menunjukkan                           

kedudukan yang tidak selamat untuk diduduki dan 414 buah sekolah yang lain adalah kategori 6.                             

Statistik ini merangkumi hampir separuh (45%) daripada semua sekolah di negeri ini! 

 

 

Page 8: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

 

Sumber: The Star  

 

Negeri Sarawak tidak menunjukkan keadaan yang lebih baik. Menteri Pendidikan, Sains dan                       

Penyelidikan Teknologi Datuk Seri Michael Manyin berkata terdapat lebih daripada 1,020 buah                       

sekolah usang di negeri tersebut. Hal ini terbahagi kepada: 

● 415 buah dianggap terlalu usang 

● 371 buah sekolah tidak mempunyai bekalan elektrik dan bergantung sepenuhnya                   

kepada set penjana 

● 428 buah sekolah tidak mempunyai bekalan air yang dirawat 

● 721 buah sekolah tidak mempunyai akses jalan yang baik, termasuk 200 yang hanya                         

boleh diakses melalui laluan sungai atau laut 

 

 

Page 9: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

 Source: Channel News Asia  

 

Kedua-dua buah negeri Malaysia Timur mempunyai bilangan sekolah rendah yang banyak                     

berbanding bilangan sekolah menengah yang sedikit. Hal ini menunjukkan kanak-kanak seawal                     

usia 7 tahun perlu meletakkan diri mereka dalam keadaan berisiko hanya untuk mendapatkan                         

pendidikan asas. 

Pendidik Berkemahiran Perlu Maju ke Hadapan Sebagai pemimpin di dalam bilik darjah, guru-guru dijadikan teladan yang baik bagi para pelajar                           

mereka. Guru diibaratkan seperti tingkap yang memberi sekilas pandangan tentang kemungkinan                     

masa hadapan pelajar mereka. Perbezaan dalam kualiti guru antara sekolah bandar dengan luar                         

bandar tidak seharusnya wujud kerana pendidikan merupakan hak asasi dan semua orang perlu                         

diberikan peluang yang sama rata. 

Adakah Guru Sekolah Luar Bandar dan Bandar Setaraf? 

 

 

Page 10: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

Satu kajian telah dilakukan pada tahun 2017 yang melibatkan 129 (52.9%) guru sekolah bandar                           

dan 115 (47.1%) guru sekolah luar bandar dari negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor.                             

Guru-guru yang mengajar subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dinilai                     

berdasarkan kecekapan mereka dari aspek akademik, pengetahuan serta kemahiran dalam                   

mengintegrasikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ke dalam                   

proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 

Penemuan kajian ini amat mengejutkan kerana tiada perbezaan yang ketara antara kompetensi                       

guru di sekolah bandar dan luar bandar. Satu-satunya kelemahan yang dapat dilihat adalah                         

kemahiran ICT yang mungkin disebabkan oleh kekurangan sumber dan kemudahan asas kepada                       

peranti digital. Sebaliknya, guru-guru luar bandar didapati lebih kompeten dan kreatif dalam                       

merancang aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan integrasi STEM berbanding guru-guru                   

bandar. 

Dengan keperluan pendidikan baharu dilaksanakan untuk membantu guru di seluruh negara serta                       

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang menjadi sebahagian daripada latihan standard                     

mereka, guru-guru Malaysia adalah lebih dari layak dan bersedia untuk mendidik generasi muda.                         

Tanpa mengira bandar atau luar bandar, guru-guru telah bekerja keras untuk tidak                       

menyumbang kepada masalah jurang pendidikan, malah membantu untuk mengatasinya. 

Bersama-sama Menutup Jurang Pendidikan Walaupun terdapat jurang pendidikan antara masyarakat luar bandar dan bandar di Malaysia,                       

pihak kerajaan, ‘changemaker’ dan anggota masyarakat berusaha gigih untuk menutup                   

perpecahan yang berlaku. 

Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia               

2013-2025 yang meliputi perkembangan pendidikan dari prasekolah hingga sekolah menengah di                     

seluruh negara. Pelan Pembangunan ini merangkumi sasaran yang diperlukan untuk membina                     

sebuah sistem pendidikan yang kukuh dan cekap. Sasaran ini telah membuahkan hasil dengan                         

jurang pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara kawasan bandar dan luar                       

 

 

10 

Page 11: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

bandar menyusut sebanyak 29.5% daripada 0.61 gred purata (GP) pada tahun 2012 kepada 0.43                           

pada tahun 2018. 

'Changemaker' di seluruh Malaysia juga telah mengambil inisiatif untuk menyumbang dalam apa                       

jua cara yang boleh dilakukan. Antara inisiatif yang telah dijalankan ialah menyediakan kelas                         

tuisyen percuma kepada golongan miskin, menyediakan bantuan kewangan untuk membeli                   

pakaian seragam, alat tulis dan menyediakan komputer riba percuma semasa PKP baru-baru ini                         

agar tiada sesiapa yang ketinggalan semasa pembelajaran atas talian. Salah satu 'changemaker'                       

ialah Teach for Malaysia yang merupakan sebuah organisasi tidak berdasarkan keuntungan dan                       

menjalankan misi untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di Malaysia untuk memperoleh                     

pendidikan yang berkualiti. 

Apabila diminta mengulas tentang topik ini, pemimpin kampus Teach for Malaysia, Shawn Stanly                         

berkata bahawa ketidaksamaan pendidikan wujud di mana-mana sahaja. Persepsi umum yang                     

menyatakan kawasan bandar jauh lebih baik adalah benar, namun, jurang pendidikan juga wujud di                           

kawasan bandar dengan pelbagai cabaran yang berbeza. Persoalan, mengapa jurang pendidikan                     

wujud sukar dijawab kerana banyak faktor perlu diambil kira. Berdasarkan pemahaman saya                       

tentang isu ini, kebiasaannya latar belakang sosioekonomi kanak-kanak atau keluarga                   

menyumbang kepada jurang pendidikan yang sering menghalang kanak-kanak untuk bercinta-cita                   

tinggi. Dalam erti kata yang lebih mudah, pendidikan merupakan satu keistimewaan kepada                       

sesetengah orang dan kemewahan kepada yang lainnya.           

 

Wiki Impact: Apakah inisiatif yang sedang dilakukan untuk mengatasinya? 

Shawn Stanly: Hal ini dapat dilihat apabila semakin               

ramai individu yang terlibat dalam bidang pendidikan             

termasuklah kerjasama antara pihak kerajaan dan           

syarikat swasta serta individu pada beberapa tahun             

sejak belakangan ini. Kerjasama adalah sangat penting             

kerana saya percaya bahawa semua orang berhak             

menyuarakan keperluan untuk menyelesaikan       

ketidakadilan pendidikan ini. Selain itu, pandemik           

baru-baru ini telah membuktikan kerjasama yang           

 

 

11 

Page 12: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

terjalin apabila kita melihat kebanyakan syarikat swasta/individu perseorangan yang membantu                   

sekolah, guru dan para pelajar dari komuniti B40 untuk memastikan mereka mendapat                       

kemudahan asas dalam bidang pendidikan yang sewajarnya. 

Wiki Impact: Bolehkah rakyat biasa terlibat untuk mengurangkan masalah jurang pendidikan? 

Shawn Stanly: Ya. Pasti boleh! Pendidikan melibatkan semua orang. Apa yang anda perlukan                         

adalah minat dan semangat untuk menjadi sebahagian daripada perubahan yang anda inginkan.                       

Terdapat banyak peluang untuk menjadi sukarelawan dengan pelbagai organisasi yang terlibat                     

secara aktif dalam perjuangan. Hal ini dapat menamatkan ketidakadilan pendidikan dan saya pasti                         

mereka mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada                   

mereka. Anda hanya memerlukan keinginan untuk membawa perubahan itu bagi memotivasikan                     

diri anda untuk menjadi lebih baik! Inilah masanya untuk membantu kanak-kanak di Malaysia                         

untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya. Sudah tiba masanya untuk bangkit dan melangkah                       

ke hadapan dalam memacu minda pemimpin masa hadapan. 

 

 

 

   

 

 

12 

Page 13: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

RUJUKAN:  

Chan, N. (2020, April 23). 589 dilapidated schools in Sabah unsafe | Daily Express Online - Sabah’s Leading News Portal. Retrieved from: https://www.dailyexpress.com.my/news/151317/589-dilapidated-schools-in-sabah-unsafe/  

Ling Sharon. (2018, July 18). Manyin: 415 schools in S’wak considered critically dilapidated | The Star. Retrieved from: https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/07/18/manyin-415-schools-in-swak-considered-critically-dilapidated-state-hopes-pakatan-harapan-will-honour/ 

Khairani, A. Z. (2017). Assessing Urban and Rural Teachers ’ Competencies in STEM Integrated Education in Malaysia. 04004(2017). 

Kanyakumari D. (2019, November 5). Rundown schools in Sarawak a long-term problem, with no easy solution in sight - CNA. Retrieved from: https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia-sarawak-rundown-schools-funding-12051816 

Ministry of Education Malaysia. (2013). Preliminary Report Malaysia Education Blueprint 2013-2025. [online] Kuala Lumpur: Ministry of Education. Retrieved from: https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/dasar/1207-malaysia-education-blueprint-2013-2025/file  

Ministry of Education Malaysia. (2018). 2018 Annual Report: MEB 2013-2025. Ministry of Education Malaysia, 1–192. 

Ministry of Education Malaysia. (2019). Quick Facts 2019: Malaysia Educational Statistics. Ministry of Education, Malaysia, 1–48. Retrieved from: https://www.moe.gov.my/en/penerbitan/1587-quick-facts-2018-malaysia-educational-statistics-1/file 

SUHAKAM. (2007). Report on Access to Education in Malaysia. 1–42 

 

 

 

ABOUT WIKI IMPACT 

Wiki Impact is an open research platform for the changemaker in all of us. We are a                                 collaborative platform to make evidence-based research readily available to changemakers to                     

drive greater social impact in Malaysia. We believe that significant and sustainable change can happen                             when paired with comprehensive, clear, and compelling data.  

This whitepaper was put together based on a few shorts that we have written on our website. If you have                                       additional data related to this topic or other social issues in Malaysia, please get in touch with us. For                                     more facts and stories, visit www.wikiimpact.com. 

13 

Page 14: Fakta Mengejut kan Tenta ng Jurang Pendidikan di Mal aysia

 

 

 

 

 

 

14