jabatan keiviajuan islam malaysia bahagian...

12
JABATAN KEIVIAJUAN ISLAM MALAYSIA BAHAGIAN NAB HALAL PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BIL. 1/2011 PENGUATKUASAAN AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 DAN PERINTAH- PERINTAH PERIHAL DAGANGAN BERKAITAN HALAL TUJUAN 1. Pekeliling, ini bertujuan memaklumkan mengenai pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 dan Perintah-Perintah berkaitan perbahasaan dan penandaan halal serta perlaksanaan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2012 2. Objektif utama pekeliling ini adalah untuk memaklumkan semua pihak yang berkepentingan bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2012, sijil dan logo halal yang dikeluarkan/dipohon sama ada secara self declaration atau yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat swasta tidak lagi dibenarkan. Perbuatan tersebut adalah merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah APD 2011 yang baru ini. 1

Upload: hakhanh

Post on 05-May-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

JABATAN KEIVIAJUAN ISLAM MALAYSIA

BAHAGIAN NAB HALAL

PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BIL. 1/2011

PENGUATKUASAAN AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 DAN PERINTAH-PERINTAH PERIHAL DAGANGAN BERKAITAN HALAL

TUJUAN

1. Pekeliling, ini bertujuan memaklumkan mengenai pindaan Akta Perihal

Dagangan 1972 dan Perintah-Perintah berkaitan perbahasaan dan penandaan halal

serta perlaksanaan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 di bawah Akta

Perihal Dagangan 2011 yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2012

2. Objektif utama pekeliling ini adalah untuk memaklumkan semua pihak yang

berkepentingan bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2012, sijil dan logo halal yang

dikeluarkan/dipohon sama ada secara self declaration atau yang dikeluarkan oleh

mana-mana syarikat swasta tidak lagi dibenarkan. Perbuatan tersebut adalah

merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah APD 2011 yang baru ini.

1

LATARBELAKANG

3. Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

dipohon sama ada dari Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri atau syarikat-

syarikat swasta. Terdapat beberapa bentuk dan jenis logo halal yang dikeluarkan yang

merujuk kepada identiti pihak yang mengeluarkan sijil dan logo halal tersebut.

Disebabkan tiada satu undang-undang khusus yang boleh memantau pengeluaran sijil

dan logo halal yang pelbagai, maka timbul kekeliruan di kalangan pengguna khususnya

yang berhubungan dengan kebolehpercayaan dan kredibiliti pihak-pihak yang

mengeluarkan sijil dan logo halal yang bermatlamatkan keuntungan.

4. Justeru, pihak Kerajaan telah berusaha mencari kaedah terbaik bagi memantau

dengan lebih berkesan pengeluaran sijil dan logo halal bagi mengelakkan is

dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu. Usaha ini telah dijalankan melalui rundingan

antara Jakim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

(KPDNKK) dengan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri-Negeri. Hasil daripada

rundingan tersebut, Kerajaan telah bersetuju bahawa hanya satu logo halal sahaja yang

diiktiraf untuk dipakai di seluruh Negara iaitu logo halal Malaysia. Pihak-pihak selain

Jakim dan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri-Negeri pula tidak boleh lagi

mengeluarkan sijil dan logo halal bagi pasaran domestik.

5. Selanjutnya, Akta Perihal Dagangan 2011(APD 2011) telah diluluskan oleh

Parlimen pada 11 Julai 2011. Di bawah Seksyen 28 dan 29 Akta ini, terdapat dua

Perintah Perihal Dagangan yang berkaitan dengan penguatkuasaan halal iaitu:

(I) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011

(ii) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011

6. Bermula pada 1 Januari 2012 iaitu tarikh kuat kuasa bagi APD 2011, Perintah

Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan

dan Penandaan Halal) 2011, kedua-dua perintah Perintah Perihal Dagangan

2

(Perbahasaan Halal 1975) dan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Halal 1975)

adalah dimansuhkan. Kesemua pihak yang berkepentingan hendaklah mematuhi

kehendak kedua-dua Perintah yang baru ini.

KANDUNGAN APD 2011

7. Seksyen 28 APD 2011

• Seksyen 28 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai kuasa

Menteri untuk mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi menghendaki

makiumat diberikan, dan lain-lain. Menteri diberi kuasa untuk memberikan erti

apa-apa ungkapan yang digunakan bagi makanan, barang-barang atau

perkhidmatan sebagai mempunyai erti yang tertentu. Melalui perintah, Menteri

boleh menetapkan erti berkenaan sama ada kepada ungkapan apabila

digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan atau apabila

digunakan dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu.

• Seksyen 28 turut memperuntukkan bahawa Menteri boleh menetapkan

kesalahan bagi mans-mana orang yang memperdayakan atau mengelirukan

orang awam , bahawa barangan yang ditawarkan menepati takrifan yang dibuat

oleh Menteri di bawah seksyen ini.

• Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mana-mana premis

yang menawarkan makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang tidak

halal yang didapati membenarkan pekerjanya memakai kopiah, songkok atau

tudung seperti yang lazim dipakai oleh orang Islam. Ini kerana amalan tersebut

boleh mengelirukan atau memperdayakan orang Islam terhadap status halal

barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis tersebut.

• la bertujuan, antara lain, untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana

orang yang memperdayakan orang ramai bahawa makanan yang ditawarkan

adalah halal dengan menggunakan barangan mengenai Islam atau ayat-ayat

suci Al-Quran.

3

8. Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 28 APD 2011:

(a) Jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi

lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, denda

tidak melebihi sepuluh juta ringgit: atau

(b) Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu juta ringgit

atau penjara tidak melebihi tiga tahun, bagi kesalahan berikutnya denda tidak

melebihi lima juta ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-

duanya.

9. Seksyen 29 APD 2011

(a) Seksyen 29 menetapkan bahawa Menteri boleh dengan perintah, mengenakan

kehendak bagi mendapatkan barang-barang itu diluluskan, dicapkan atau

disertai dengan apa-apa maklumat dan mengawal selia atau melarang

pembekalan barang-barang yang berkaitan dengan kehendak itu yang meliputi

bentuk dan cara yang dalamnya maklumat atau arahan itu akan diberikan.

(b) Berdasarkan seksyen ini, YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK) boleh menamakan mana-mana pihak berkuasa

berwibawa untuk membuat perakuan dan pengecapan ke atas sesuatu barangan

termasuk yang berkaitan dengan pensijilan halal.

(c) Bagi penandaan logo dan pensijilan halal, YB Menteri menamakan Jakim dan

Majlis Agama Islam Negeri sebagai agensi pensijilan halal di Malaysia yang

diiktiraf sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawah APD 2011.

(d) Melalui seksyen ini, hanya Jakim dan MAIN sahaja yang boleh mengeluarkan sijil

dan logo halal di Malaysia, sekiranya terdapat pihak lain yang mengeluarkan sijil

dan logo halal, perkara tersebut merupakan suatu kesalahan dan boleh

dikenakan tindakan di bawah APD 2011.

4

10. Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 29 APD 2011

(a) Jika pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, bagi

kesalahan kedua, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit

(b) Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit

atau penjara tidak melebihi , tiga tahun ataii kedua-duanya, bag' kesalahan

kedua, denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak

melebihi lima tahun atau kedua-duanya

TAKRIF HALAL

11. Takrif halal diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal)

2011 yang mentakrifkan sesuatu makanan atau barangan yang diperihalkan

sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk

menunjukkan makanan atau barangan tersebut boleh dimakan atau digunakan

oleh orang Islam.

12. Perintah ini juga meliputi apa-apa perkhidmatan yang berhubung dengan

makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan

dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh

digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang

berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut

Hukum Syarak.

13. Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan

apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan

makanan,barang-barang atau perkhidmatan itu yang diperihalkan sebagai halal

atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain yang bertentangan dengan

Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 adalah melakukan suatu

kesalahan.

5

PIHAK BERKUASA BERWIBAWA

14. Pihak berkuasa berwibawa diperuntukkan di bawah Perintah • Perihal Dagangan

(Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Bagi tujuan memperaku dan

mengeluarkan logo halal di Malaysia, pihak berkuasa berwibawa yang

dinamakan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis

Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN).

15. Berdasarkan Perintah ini juga, mana-mana orang yang bertindak

memperakukan bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau

perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu

adalah halal selain dari pihak berkuasa berwibawa; atau membekalkan atau

menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau

perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu,

adalah melakukan satu kesalahan.

PENANDAAN/PERAKUAN HALAL

16. Perakuan perihal halal

Semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau

diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang

itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam melainkan jika ❑

(a) diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan

(b) ditandakan dengan logo Halal Malaysia

6

Perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang tidak boleh

diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara lain untuk

menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam melainkan jika

is diperakukan sebagai halal . oleh pihak berkuasa berwibawa.

17. Perakuan perihal halal bagi makanan dan barang-barang import

Bagi produk import yang dipasarkan di Malaysia yang akan ditanda sebagai

halal atau apa-apa penandaan lain yang menunjukkan sebagai halal hendaklah

diperakukan oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim di

negara berkenaan.

Pengimport atau pengeluar mana-mana makanan dan barang-barang yang

diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf

oleh JAKIM hendaklah menandakan pada makanan dan barang-barang itu,

nama badan pensijilan tersebut.

18. Permohonan Pensijilan Halal

Mulai 1 Januari 2012 semua permohonan sijil halal untuk produk dalam negara

hendaklah melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jabatan Agama

Islam Negeri-Negeri (JAIN).

Penggunaan Logo

19. Semua makanan atau barangan yang telah mendapat pensijilan halal dari

Jakim atau MAIN hendaklah menggunakan logo halal Malaysia seperti di

bawah:

7

Logo Halal. Malaysia

Ciri-ciri logo :

(a) Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan; (b) Perkataan Arab — " cD1-, " di tengah bintang; (c) Diikuti tulisan rumi "HALAL" (d) Bulatan logo tertulis perkataan "Malaysia" dalam tulisan

Rumi dan " Ulu " dalam perkataan Arab; (e) Dua bintang kecil berbUcu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan

rumi dan perkataan Arab tersebut.

20. Pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan logo halal Malaysia, atau meniru

bentuk logo halal tersebut dan menandakan makanan, barang-barang atau

perkhidmatan mereka dengan logo halal Malaysia yang palsu adalah dianggap

melakukan kesalahan memperdayakan dan mengelirukan pengguna dan boleh

diambil tindakan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang lain yang

berkuat kuasa.

KESALAHAN DAN PENALTI

21. Kesalahan yang diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan

(Takrif Halal) 2011:

Kesalahan bagi memperdayakan atau mengelirukan

(1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk

membekalkan apa-apa makanan dengan membuat apa-apa representasi atau

perbuatan yang boleh memperdayakan atau mengelirukan mana-mana orang

8

bahawa makanan itu.adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam adalah

melakukan stJatu•kesalahen,

(2) Bagi maksud, subperenggan (1), "represe.ntasi atau perbuatan"

termasuldah penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran atau apa-apa perkara atau

objek yang berhubung dengan agama. Islam Sama 'ada di premis di mana

makanan itu dijual atau di'bekas di mana makanan itu dibekalkan.

(3) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah

subperenggan (1), beban untuk membuktikan bahawa makanan yang

dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan adalah halal mengikut kehendak

perenggan 3 hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Perintah ini boleh,

apabila disabitkan--

(a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi

lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya,

didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau

(b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi

satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga

tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang

berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

22. Kesalahan yang diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan

(Perakuan dan Penandaan Makanan) 2011

Mana-mana orang yang]

9

(a) memperaku bMawa mana-mana makanan, barang-barang atau

perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu

adalah halal; atau

(b) membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan,

barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau

barang-barang itu,

bertentangan dengan Perintah ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh,

apabila disabitkano

(c) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi

dua ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya,

didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau

(d) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi

satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga

tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang

berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

TEMPOH PERALIHAN

23. Produk

Bagi produk yang berada di pasaran yang menggunakan logo halal yang tidak

diiktiraf, pihak industri diberi tempoh sehingga 31 Disember 2012 untuk

menghentikan penggunaan logo tersebut. Pada masa yang sama pihak industri

perlu mendapatkan pensijilan halal daripada Jakim atau MAIN.

10

24. Premis

Bagi premis yang menggunakan logo halal yang Mak dliktiraf, logo tersebut

perlu dilupuskan serta merta.. Pada ma.sa yang sama pihak inOstri perlu

----mendapatkan pensijilan halal daripada Jakim atau MAIN.

TARIKH KUAT KUASA

25. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai daripada 1 Januari 2012

PERTANYAAN

26. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pekeliling ini hendaklah dirujuk kepada:

KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA ARAS 9, BLOK D7 KOMPLEKS D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62519 PUTRAJAYA

No. Telefon : 03-83150200

Faks 03-83187044

PEMAKAIAN

27. Pekeliling ini terpakai kepada semua pihak yang akan menggunakan

penandaan halal terhadap makanan, barang-barang atau perkhidmatan atau

apa-apa penandaan lain yang menunjukkan bahawa makanan, barang-barang

atau perkhidmatan itu adalah halal.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(DATO' HJ OTHMAN BIN MUSTAPHA)

Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

PUTRAJAYA

JANUARI 2012

12