jabatan agama islam wilayah persekutuan · tuntutan itu. sebagai rasul terakhir yang mempunyai...

10
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH Tajuk : SEBARKAN RAHMAH, UNGGULKAN UMMAH SEMPENA KARNIVAL RAHMAH 2019 Tarikh Dibaca : 27 MUHARAM 1440H/ 27 SEPTEMBER 2019M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah Dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · tuntutan itu. Sebagai rasul terakhir yang mempunyai akhlak terpuji, Rasulullah SAW memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

SEBARKAN RAHMAH, UNGGULKAN UMMAH SEMPENA KARNIVAL RAHMAH 2019

Tarikh Dibaca :

27 MUHARAM 1440H/

27 SEPTEMBER 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah Dan Latihan

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Page 2: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · tuntutan itu. Sebagai rasul terakhir yang mempunyai akhlak terpuji, Rasulullah SAW memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan

Khutbah Jumaat Sebarkan Rahmah, Unggulkan Ummah

1

SEBARKAN RAHMAH, UNGGULKAN UMMAH

SEMPENA KARNIVAL RAHMAH 2019 27 September 2019M / 27 Muharam 1441H

ه، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوب إليه، ونعوذ بالل ه من شرور أ مد لل نفسنا ومن إن الحا مرشدا.سي ئات أ عمالنا، من يهد الل ه فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له ولي

ن شهد أ أ إ لا لا إله الل ه وحده هم لا لل ورسوله، ا دا عبده ن محم شهد أ يك له، وأ شر وسل م على ن د وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته إلى يوم الد ين.صل بي نا محم

كم تفلح تقوى الل ه وطاعته لعل قوا الل ه، أوصيكم ونفسي ب ا بعد، فيا عباد الل ه، ات م ون.أ

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٹ ڤ ٹٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٺپ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ

ڃ ڃ ڃ چچ ڃڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڦڤ ڤ ڤ ڦ ڦ

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala

suruhan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan

Allah SWT memberi rahmat dan keampunan kepada kita serta memberi

kebahagiaan hidup di dunia hingga akhirat.

Islam adalah agama rahmat. Menerusinya, umat Islam dipandang tinggi dan

dimuliakan oleh semua makhluk. Justeru, bersempena dengan Karnival

Rahmah 2019 yang sedang berlangsung ini, mimbar pada hari ini akan

Page 3: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · tuntutan itu. Sebagai rasul terakhir yang mempunyai akhlak terpuji, Rasulullah SAW memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan

Khutbah Jumaat Sebarkan Rahmah, Unggulkan Ummah

2

membicarakan khutbah bertajuk: “Sebarkan Rahmah, Unggulkan

Ummah.”

Sidang Jemaah yang berbahagia,

Secara fitrahnya, dalam mengharungi kehidupan di dunia ini, manusia sangat

memerlukan petunjuk daripada Pencipta mereka. Maka dengan rahmatNya,

Allah SWT telah mengutus para rasul di sepanjang zaman bagi memenuhi

tuntutan itu. Sebagai rasul terakhir yang mempunyai akhlak terpuji,

Rasulullah SAW memainkan peranan yang sangat penting dalam

menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia. Ini kerana ajaran yang

baik tidak akan diterima jika ia datang daripada peribadi yang buruk. Justeru,

Allah SWT berfirman menerusi surah Ali ‘Imran, ayat 159:

Bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah

(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada

mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap

kasar dan keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu,

maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan

terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga

bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal

keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah

bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah,

sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”

Menurut al-Hasan al-Basri Rahimahullah, ayat ini menggambarkan tentang

akhlak Nabi Muhammad SAW yang tinggi dan luhur sebagai utusan Allah

SWT. Demikianlah bentuk contoh yang umat Islam perlu ikuti daripada Nabi

mereka, iaitu dengan menzahirkan peribadi yang mulia, kata-kata dan

Page 4: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · tuntutan itu. Sebagai rasul terakhir yang mempunyai akhlak terpuji, Rasulullah SAW memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan

Khutbah Jumaat Sebarkan Rahmah, Unggulkan Ummah

3

tindakan yang sopan santun, seterusnya menjadikan setiap muslim itu

sebagai ejen dan duta rahmah Allah SWT kepada sekalian alam.

Hadirin Jumaat yang dikasihi sekalian,

Rahmah itu hakikatnya bermula dari hati yang murni dan dizahirkan melalui

perbuatan. Cerminan peribadi seseorang muslim yang paling nyata adalah

melalui percakapan dan tutur bicaranya. Justeru, Nabi SAW sangat

mengambil berat tentang rahmah dalam berbicara untuk menyebarkan

keindahan Islam. Dalam hal ini, Imam Muslim r.h telah meriwayatkan

daripada Abu Talhah RA, beliau berkata:

ث ك فنية نتحد ا قعودا بالأ م فقام علينا ،ن ه عليه وسل ه صل ى الل اء رسول الل :فقال ،فج

ما قعدنا لغير ما باس، عدات. فقلنا: إن عدات، اجتنبوا مجالس الص جالس الص ما ل كم ولم

ا لا ث. قال: إم ونتحد لام وحسن ،قعدنا نتذاكر ها غض البصر ورد الس وا حق د فأ

الكلام.

Bermaksud: “Pernah kami duduk berbual-bual di suatu perkarangan, lalu

datang Rasulullah SAW berdiri kepada kami, kemudian bersabda: Mengapa

kamu melepak di jalanan? Jauhilah perbuatan melepak di jalanan. Kami

berkata: Kami hanya duduk dengan tidak menyakiti (orang lain), kami duduk

dengan saling memperingat dan berbual-bual. Baginda bersabda lagi: Jika

begitu, maka tunaikanlah hak jalanan, iaitu; tundukkan pandangan, jawablah

salam, dan berbicaralah yang baik-baik. ”

Page 5: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · tuntutan itu. Sebagai rasul terakhir yang mempunyai akhlak terpuji, Rasulullah SAW memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan

Khutbah Jumaat Sebarkan Rahmah, Unggulkan Ummah

4

Dalam konteks moden pada hari ini, cara berinteraksi semakin luas seiring

dengan perkembangan teknologi. Media elektronik dan alam maya menjadi

medium interaksi masyarakat yang lebih utama berbanding pertemuan

secara bersemuka di tempat-tempat awam. Justeru, sebagai seorang

muslim, kita bertanggungjawab berfikir dan memperhatikan kalimah-kalimah

yang akan digunakan dalam perhubungan seharian, sama ada sesama

muslim atau dengan golongan bukan Islam, supaya dengan rahmat Allah,

kita semua mendekat kepada petunjukNya.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam menghadapi realiti kehidupan masyarakat majmuk dan berbilang

agama, umat Islam secara umumnya akan berinteraksi dengan dua

kelompok iaitu; sesama muslim dan juga non-muslim. Dalam hal ini, umat

Islam dituntut untuk berlaku adil dan saksama dalam menunaikan hak

kepada semua pihak supaya tidak berlaku penindasan dan kezaliman sekali

pun sedikit. Perhatikanlah firman Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 8:

ۓ ڭ ڭ ۓہ ہھ ھ ھ ھ ے ے

ۉۉېې ې ۅۋۅۋۆۈۈٴۇۆڭڭۇۇ

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua

sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi

menerangkan kebenaran; dan janganlah sekali-kali kebencian kamu

terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan

keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap

adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang

kamu lakukan.”

Page 6: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · tuntutan itu. Sebagai rasul terakhir yang mempunyai akhlak terpuji, Rasulullah SAW memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan

Khutbah Jumaat Sebarkan Rahmah, Unggulkan Ummah

5

Usaha menegakkan keadilan adalah dituntut kepada semua lapisan

masyarkat, ia tidak terhad hanya kepada pemimpin. Tidak dinafikan ia adalah

suatu tugas yang sukar dan berat sehingga Allah SWT mengaitkannya

dengan taqwa. Untuk merealisasikannya, setiap kita hendaklah

memperbanyak hubungan dua hala, mewujudkan komunikasi yang baik,

saling bertolak ansur dan menjauhi buruk sangka.

Hadirin Muslimin yang dimuliakan,

Bersempena Karnival Rahmah 2019 yang sedang dianjurkan, khatib

mengambil peluang untuk menyeru seluruh hadirin supaya memberikan

sokongan dan mengambil manfaat yang banyak daripada aktiviti-aktiviti dan

program-program yang telah disusun. Mudah-mudahan usaha ini dikira

sebagai ibadah atas niat kita kerana Allah SWT dan jerih-perih kita

meninggikan syiar Islam di mata masyarakat.

Sidang hadirin yang dikasihi sekelian,

Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

Pertama: Berakhlak mulia adalah tuntutan Islam dan merupakan salah satu

nilai rahmat daripada Allah SWT.

Kedua: Umat Islam bertanggungjawab menjadi duta dan ejen dalam

menyebarkan rahmah bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan

kepada seluruh makhluk di sekeliling mereka.

Ketiga: Umat Islam dituntut untuk berlaku adil dan menunaikan hak supaya

tidak berlaku kezaliman dan penindasan.

Page 7: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · tuntutan itu. Sebagai rasul terakhir yang mempunyai akhlak terpuji, Rasulullah SAW memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan

Khutbah Jumaat Sebarkan Rahmah, Unggulkan Ummah

6

Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’,

ayat 107 hingga 109:

ڃ ڃ ڃ چ چ

گ گ گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ک ک گ

ھ ھ ہں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ںڱ

ۓ ۓ ھ ھ ے ےBermaksud : “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),

melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah:

“Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah)

bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu

mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?” Sekiranya mereka

berpaling ingkar maka katakanlah: “Aku telah memberitahu kepada kamu

(apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk kita

bersama, dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan buruk) yang

dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh.”

اكم بما فيه من الآيات والذ كر الح ن العظيم، ونفعني وإي كيم، بارك الل ه لي ول كم بالقرأ ستغفر ال قول قولي هذا وأ ميع العليم. أ ه هو الس ل من ي ومنكم تلاوته إن ه العظيم لي ل وتقب

موات حياء منهم والأ المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأ ئر ،ول كم ولساحيم. ه هو الغفور الر فاستغفروه إن

Page 8: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · tuntutan itu. Sebagai rasul terakhir yang mempunyai akhlak terpuji, Rasulullah SAW memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan

Khutbah Jumaat Sebarkan Rahmah, Unggulkan Ummah

7

KHUTBAH KEDUA

ين الحمد لل ه م د ،رب العال لام على سي دنا محم والس لاة مي ن والص بي الأ ن، وعلى آله الن ين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين. اهر صحابه الط وأ

ن شهد أ أ ا إله إلا الل ه دا عبده ورسوله. ل شهد أن سي دنا محم يك له، وأ وحده لا شر

ا م قوا الل ه أ بعد، فيا عباد الل ه، ات مر عظيم حق تقاته مركم بأ مركم ، واعلموا أن الل ه أ أ

يم ال كر سليم على نبي ه لاة والت تعالى:بالص ڄ ڃ ڄ ڄ ڄ ، فقال الل ه

ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ

د وعلى دنا محم هم صل على سي لل آا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل آ وعلى ل سيد وعلى دنا محم وبارك على سي براهيم دنا إ ا باركت على س آسي د كم دنا محم دنا ل سي ي

براهيم وعلى ين إن ك حميد مجيد.آإ م براهيم في العال دنا إ ل سي

اشدين و لفاء الر هم عن الخ ة وارض الل جمعين، عن بقي حابة أ ابعين واابي و عن الت الص ابعين اومن الت تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين وارض عن كرم كرم الأ .ين معهم يا أ

موات. حياء منهم والأ هم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأ الل

وف ي د بدوام الت هم أ الل لامة مل ك نا ك باوه دولي يڠ مها م ة والس ح ليا ويق والهداية والص الد ين ال مصطفى سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ، السلطان عبد الل ه رعاية

بن حمد شاه ال مستعين بالل ه. المرحوم بالل ه شاه ا سلطان حاج أ

Page 9: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · tuntutan itu. Sebagai rasul terakhir yang mempunyai akhlak terpuji, Rasulullah SAW memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan

Khutbah Jumaat Sebarkan Rahmah, Unggulkan Ummah

8

و ليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، وكذلك ك باوه دولي يڠ مها مية بنت ال مرحوم ال متوك ل على (Tunku)تونكو مينة ميمونة إسكندر حاجه عزيزة أ

اج. الل ه سلطان إسكندر الح

اله ورعاياه من المؤمنين و المؤمنات بر هم احفظ علماءه ووزراءه وقضاته وعم متك ح الل احمين . رحم الر يا أ

لدنا هم اجعل ب يا الل ا، سخاء رخاء، دار عدل ماليز مان،آمنا مطمئن من وأ وإيمان، وأ ئر بلاد ال مسلمين. وسا

عداء الد ين وانصر من نصر الد ين، عداءك أ عز الإسلام والمسلمين ، ودم ر أ هم أ الل عل كلمتك إلى يوم الد ين.واخذل من خذل المسلمين، وأ

يڠ منديريكن صالة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة ٢يا اهلل، جاديكنله كامي اورڠ

ماللوءي ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام إسالم واليه ڤرسكوتوان سرتا رحمتيله ڬولوڠن

دالم مڠاڬيهكن زكاة دواليه ڤرسكوتوان MAIWPيڠ منونايكن زكاة. جاديكنله اوسها

كميسكينن. بلڠڬوسباڬاي ساتو لڠكه يڠ بركسن باڬي ملڤسكن اصناف دري

ار. نيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب الن نا في الد نا آت ب ر

عباد الل ه،

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

ڑ ڎڈ ڈ ژ ژ

Page 10: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · tuntutan itu. Sebagai rasul terakhir yang mempunyai akhlak terpuji, Rasulullah SAW memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan

Khutbah Jumaat Sebarkan Rahmah, Unggulkan Ummah

9

لوه من فضله يعطكم فاذكروا يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، واسأ الل ه العظيمكبر، والل ه يعلم ما تصنعون. ولذكر الل ه أ