jabatan agama islam wilayah persekutuan · teks khutbah tajuk: ramadan, pemergiannya ditangisi ......

10
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH Tajuk : RAMADAN, PEMERGIANNYA DITANGISI Tarikh Dibaca : 26 RAMADAN 1440H/ 31 MEI 2019M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah Dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Upload: trantram

Post on 11-Jul-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

RAMADAN, PEMERGIANNYA DITANGISI

Tarikh Dibaca :

26 RAMADAN 1440H/

31 MEI 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah Dan Latihan

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Khutbah Jumaat Ramadan, Pemergiannya Ditangisi

1

RAMADAN, PEMERGIANNYA DITANGISI

31 Mei 2019M/ 26 Ramadan 1440H

مد الح ه لال ذيلل فض الإسلامأهلعلىصيامه وفرضرمضان،شهر ي أحمد ه .مانوالإم باركاطي باكثيراحمدا .الميزانيملأ فيهاأنأشهد ل اإله يكلاوحده الل ه إل له ،شر ومليك ه شيء ك ل رب المعب ود وه و

داأن وأشهد الم ستعان ، ول ه ،عبد ه م حم اسإلىالمبع وث ورس الن ة ليلبالكاف والب رهان،د ه م لل علىوسل مصل ا د ورس ولكعبدك وعلىم حم آله أهلوأصحابه العلم .العرفانو

ا فيابعد ،أم ق واالل ه،عباد تقوىونفسيا وصيك مالل ه،ات ب وطالل ه ك ماعته .ونت فلح لعل

ڃ ڃ ڃ چ چ

ھ ھ ھ ے ے ۓ ۓ ڭ ڭ ڭ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ

ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ ې ې ې ٴۇۈ

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Pada hari yang penuh keberkatan ini marilah kita tingkatkan ketakwaan

kepada Allah SWT, menjunjung perintah-Nya dan meninggalkan larangan-

Nya. Semoga dengan ibadah puasa yang kita laksanakan dapat membentuk

takwa dan iman yang kukuh kepada Allah. Inilah yang akan menentukan

bagaimana kesudahan kita di akhirat kelak untuk beroleh syurga yang penuh

dengan kenikmatan.

Khutbah Jumaat Ramadan, Pemergiannya Ditangisi

2

Hari ini, kita telah hampir menuju ke penghujung Ramadan. Justeru, marilah

kita mengambil pengajaran daripada bicara mimbar pada hari ini yang

bertajuk : “Ramadan, Pemergiannya Ditangisi”.

Sidang Jemaah yang dimuliakan,

Setelah sebahagian besar hari-hari Ramadan kita tempuhi, inilah masa yang

paling sesuai untuk menilai semula sejauh mana kita memanfaatkannya.

Realitinya, di saat ini terdapat dua golongan iaitu mereka yang bergembira

dengan peluang yang masih ada untuk memperhebatkan amalan. Mereka

bersungguh-sungguh memenuhi masa dengan melakukan kebaikan,

kebajikan dan ibadah. Manakala golongan yang kedua pula bergembira

menanti waktu ramadan pergi dan sekadar sibuk membuat persiapan syawal

untuk dirai. Justeru, kita berada di pihak yang mana? Tidak mahukah kita

menuai keredhaan dan keampunan Allah SWT seperti golongan pertama

atau kita masih lagi leka seperti golongan kedua yang hanya menunggu

berakhirnya ramadhan dan menantikan tibanya syawal untuk bergembira

semata-mata?

Marilah kita bermuhasabah bersama sebelum berakhirnya Ramadan. Apa

yang kita harapkan adalah supaya kesedaran dan keinsafan hadir dalam diri

kita sebelum segalanya terlambat. Ingatlah, tiada siapa yang mampu

memberi jaminan apakah masih diberi nikmat dipanjangkan umur untuk

bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Imam al-Tabarani

Rahimahullah telah meriwayatkan hadith daripada Jabir RA, Nabi SAW

menceritakan bahawa Jibril AS pernah berkata:

منأدركشهررمضان،فمات،فلمي غفرله ،فأ د اليام حم ار،فأبعده هدخلالن ل

Khutbah Jumaat Ramadan, Pemergiannya Ditangisi

3

Bermaksud: “Wahai Muhammad, sesiapa yang berkesempatan menemui

bulan Ramadan, lalu meninggal dunia, namun dosanya masih tidak

diampunkan, maka dia dimasukkan ke dalam neraka, serta dijauhkan Allah

(daripada rahmatNya).

Berada pada hari-hari akhir Ramadan, ramai yang telah membiasakan diri

menyempurnakan ibadah-ibadah dalam bulan mulia ini. Kemanisan dan

kelazatan dalam beribadah akhirnya dapat dirasa dan dinikmati. Nilai positif

inilah yang menjadi penggerak untuk kita meraih keredhaan dan keampunan

daripada Allah SWT. Allah SWT telah berfirman menerusi surah al-Ankabut,

ayat 69:

ڻ ڻ ڻ ڻ ۀۀ ہ ہ ہ ہ ھ

Bermaksud: “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari

keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-

jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama dengan orang-

orang yang melakukan kebaikan.”

Sedarlah, di saat kita menuju ke puncak tarbiyah Ramadan dalam keadaan

aman dan harmoni di negara ini, masih terdapat di luar sana saudara segama

kita yang masih lagi dizalimi dan diseksa saban hari tanpa mengenal erti

belas kasihan. Malah masih ada yang terbelenggu dengan kemiskinan,

kebuluran dan pelbagai beban kehidupan yang tidak berkesudahan.

Ramadan bukan sahaja mengajar erti kelaparan dan kesusahan bahkan

mengukuhkan rasa kesyukuran sehingga membentuk diri kita menjadi

muslim yang taat kepada Allah SWT dan rasulNya.

Sidang jemaah yang dimuliakan,

Khutbah Jumaat Ramadan, Pemergiannya Ditangisi

4

Ramadan mempunyai tempohnya yang tertentu, sampai masanya ia akan

berlalu pergi meninggalkan kita. Maka seharusnya kita memanjatkan

kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memberikan kesempatan

kepada kita untuk beribadah sepanjang bulan Ramadan kali ini. Kita berdoa

mudah-mudahan Allah SWT memanjangkan umur kita untuk bertemudengan

Ramadan yang seterusnya.

Tanda bersyukur kepada Allah SWT itu ialah dengan meneruskan amalan

kebaikan meskipun berada di luar bulan Ramadan. Ia sebagai bukti bahawa

seseorang itu benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Jika di

bulan Ramadan kita banyak membaca dan mampu mengkhatamkan al-

Quran, maka begitulah sepatutnya pada bulan-bulan yang lain. Jika kita

banyak bersedekah dalam bulan Ramadan, maka demikian jugalah pada

bulan-bulan seterusnya. Ini kerana tawaran ganjaran berganda pada bulan

Ramadan bukanlah matlamat terakhir amalan kita.

Justeru, pada hari-hari akhir Ramadan yang berbaki ini, marilah kita bulatkan

tekad dan keazaman untuk memanfaatkannya sebaik mungkin. Pastikan kita

dapat laksanakan solat Tarawih dan qiamullail pada hari terakhir ini meskipun

dalam kesibukan membuat persiapan menjelang hari raya. Ingatlah, tawaran

gandaan ganjaran Allah SWT masih berterusan selagi anak bulan Syawal

belum kelihatan. Apabila menjelangnya 1 Syawal, marilah sama-sama kita

pastikan bahawa takbir yang dikumandangkan adalah benar-benar

membesarkan Allah SWT dengan penuh rasa syukur. Allah SWT telah

menjadikan 1 Syawal sebagai hari raya kepada umat Islam. Ia simbolik

bahawa kita telah kembali kepada fitrah asal kejadian manusia iaitu sebagai

hamba kepada Allah.

Khutbah Jumaat Ramadan, Pemergiannya Ditangisi

5

Kaum Muslimin yang dikasihi sekalian,

Pada kesempatan ini juga, khatib ingin mengingatkan kepada para jemaah

yang akan bermusafir pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sentiasalah kita mengamalkan sikap berhati-hati di jalan raya. Berhemah dan

bersikap toleransi dengan pengguna kenderaan yang lain. Pastikan tahap

kesihatan dalam keadaan baik, selenggara kenderaan sebelum memulakan

perjalanan serta pastikan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat.

Inilah di antara langkah-langkah yang wajar kita lakukan bagi menjamin

keselamatan sebelum berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Dalam kita membuat persiapan Aidilfitri, jangan dilupakan insan-insan di

sekeliling kita. Utamakanlah jiran tetangga mahupun kaum kerabat yang

terdekat yang perlu dibantu dan disantuni. Masih ada dalam kalangan

mereka yang menghadapi kehidupan susah apatah lagi tidak mampu untuk

membuat persiapan menyambut hari lebaran. Justeru, bantulah mereka

sedaya yang mampu. Alangkah indahnya Syawal jika kita dapat meraikan

kegembiraannya bersama mereka yang memerlukan bantuan.

Di samping itu, jangan dilupakan kewajipan untuk menunaikan zakat fitrah

sebelum tamat tempoh waktunya dan bayarlah melalui amil-amil zakat yang

dilatntik oleh Baitulmal atau Pusat Pungutan Zakat. Sepertimana Hadis yang

diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari R.A daripada Ibnu Umar R.Anhuma

berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاة اسإلىالص مأمربزكاةالفطرقبلخ ر وجالن عليهوسل ه صل ىالل بي الن أن

Maksudnya: Bahawasanya Nabi SAW menyuruh supaya dikeluarkan zakat

fitrah sebelum orang ramai keluar untuk menunaikan solat (hari raya).

Khutbah Jumaat Ramadan, Pemergiannya Ditangisi

6

Sidang Jemaah yang dirahmati sekalian,

Mimbar ingin mengambil kesempatan yang masih ada untuk sama-sama kita

renungi kesimpulan khutbah yang telah disampaikan :

Pertama : Bermuhasabah sebelum berakhirnya Ramadan akan memberi

kesedaran dan keinsafan dalam diri kita.

Kedua : Ramadan bukan sahaja mengajar erti kelaparan dan kesusahan

bahkan mengukuhkan rasa kesyukuran sehingga membentuk diri muslim

yang taat kepada Allah SWT dan rasulNya.

Ketiga : Pastikan kita dapat laksanakan solat Tarawih dan qiamullail pada

hari terakhir ini meskipun dalam kesibukan membuat persiapan menjelang

hari raya.

Firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 58 :

ڃ چ چ ڃ ڃ

ک گ گ گ گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ

Bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu

adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka

dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan

dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka

himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".

ب فيهمنالآياتوالذ كرالح اك مبما ونفعنيوإي ليول ك مبالق رءانالعظيم، ه يم،كاركالل قولي العليم .أق ول ميع ه والس ه إن لمن يومنك متلاوته هالعظيملي وتقب الل هذاوأستغفر

Khutbah Jumaat Ramadan, Pemergiannya Ditangisi

7

ميعالم سلمينوالم سلمات ين ول ك مولج فيافوزالم ستغفر والم ؤمنينوالم ؤمناتفاستغفر وهبين. ائ يانجاةالت و

KHUTBAH KEDUA

لل ه ينالحمد م العال الح ين، رب الص والس ،وناصرالمظل ومينولي لاة والص بي علىالن لامين اهر الط وأصحابه آله وعلى ، قين الم ت وإمام الم رسلين صفوة ابعين،الأمين، الت وعلى

إلىيومالد ين. ومنتبعه مبإحسان

إلا أشهد أن إله ا سي دناالل ه ل وأشهد أن الم بين ، الحق الملك له ، يك شر لا وحدهالأمين . الوعد ادق ول ه ،الص ورس داعبد ه م حم

ا أم الل ه ق وا ات الل ه، عباد فيا تقواه بعد ، حق ا، صلاة على وحافظ وا ل جم ون وا،اعة وك نفإخوانام تحاب ينفيالل ه بدأفيهب وتعالىأمرك مبأمر بحانه أن الل هس سه،و .واعلم وا

ئكته بملا يله:الم سب حةبق دسه تعالىفيم حكمتنز ،فقالالل ه

ڄ ڄ ڄ ڃ ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڄ

ڇ

وعلى د دنام حم علىسي صل ه م لل آا براهيم دناإ يتعلىسي كماصل د دنام حم لآوعلىلسي وعلى د م حم دنا سي على بارك و براهيم إ دنا آسي سي علىل باركت ا كم د م حم دنادنا سي

براهيموعلى كحميدمجيد.آإ ينإن م براهيمفيالعال دناإ لسي

Khutbah Jumaat Ramadan, Pemergiannya Ditangisi

8

وعلي وع ثمان بكر وع مر أبي : المهدي ين اشدين الر الخ ل فاء عن ه م الل وارض،وارضحابةأجمعين، ئرالص عنسا ه م االل ومنتبعه مبإحسان إلىيومالد ينوارضعن عه مم

.بمن كوكرمكوإحسانكياأكرمالأكرمين

اغفرللم سلمينوالم سلمات ه م والم ؤمنينوالم ؤمناتالأحياءمنه موالأموات.الل

لامةمل ك ناك باوهد ولييڠمهام ةوالس ح وفيقوالهدايةوالص أي دبدوامالت ه م لياوالل الل هرعاي الد ينالسريڤدوكبڬيندايڠدڤرتواناڬوڠ،الس لطانعبد م صطفىبالل هة

بن لطانحاجأحمدشاهال م ستعينبالل ه.المرحومشاها س

م مها يڠ د ولي ك باوه اڬوڠ،ووكذلك ڤرمايسوري راج بڬيندا ڤدوك سري ليابنت(Tunku)ت ونكو ية إسكندر ميم ونة أمينة عزيزة علىحاجه ال م توك ل ال مرح وم

اج. لطانإسكندرالح الل هس

منالم سلمينوالم سلماتوال ورعاياه اله وع م وق ضاته وو زراءه احفظع لماءه ه م ؤمنينم الل احمين. والم ؤمناتبرحمتكياأرحمالر

لدنا اجعلب ه م ياالل ،آمنام طمئن ماليز وأمان وإيمان ،وأمن ا،سخاءرخاء،دارعدل ئربلادال م سلمين. وسا

وحين ،وانص رمننصرالد ين،واخذ ل مكان الإسلاموالم سلمينفيك ل أعز ه م الل كلمتكإلىيومالد ين،ودم رأعداءكأعداءالد ين.منخذلالم سلمين،وأعل

ل مات لام،ونج نامنالظ ب لالس نا،وأصلحذاتبيننا،واهدناس ب أل فبينق ل و ه م الل ور،وجن بناالفواحشماظهر إلىالن باركلنافيأسماعنا،وأبصارن ا،منهاومابطن،و

Khutbah Jumaat Ramadan, Pemergiannya Ditangisi

9

ي حيم ،واجعلناشاكر الر اب و نا،وت بعليناإن كأنتالت ات ي نا،وأزواجنا،وذ ر ب نوق ل وهاعلينالنعمك،م ثنينبهاعليك،قابلينلها نياحوأتم نافيالد ناآت ب سنةوفيالآخرة.ر

ار. حسنةوقناعذابالن

عبادالل ه،

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ

فاذك ر وا نعمه على واشك ر وه يذك رك م، العظيم ي عطالل ه فضله من واسأل وه ك ميزدك م،ماتصنع ون. يعلم الل هأكبر ،والل ه ولذكر