isu penipuan surat sakit

3
ISU ISU KEHADIRAN GURU / STAFF DI SEKOLAH SEKOLAH KUALA LUMPUR: Majikan di negara ini dianggarkan kerugian sehingga RM8 bilion setahun akibat perbuatan pekerja mengambil cuti sakit palsu yang diniagakan oleh klinik dan pusat kesihatan. Setiausaha Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, Datuk Shamsuddin Bardan berkata kerugian besar itu melibatkan kos pembayaran gaji pekerja yang bercuti sakit, kos perubatan serta kos menggantikan pekerja yang mengambil cuti sakit. "Ada beberapa kes yang kita tahu bahawa pekerja- pekerja kita telah disahkan sebagai cuti sakit daripada doktor. Tetapi pekerja berkenaan tidak berehat sebaliknya membuat kerja-kerja lain seperti menjual nasi lemak, menjual pisang goreng dan sebagainya," katanya. Jelas Samsuddin, tekanan ekonomi memaksa sesetengah pekerja menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan dan menggunakan cuti sakit yang dibeli untuk memenuhi tuntutan periuk nasi itu. “Kita juga tahu bahawa pekerja di Malaysia kebanyakannya berjumpa doktor bukan untuk mendapatkan rawatan serta ubat. Tetapi untuk cuti

Upload: hanif

Post on 19-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

surat sakit

TRANSCRIPT

ISU ISU KEHADIRAN GURU / STAFF DI SEKOLAH SEKOLAHKUALA LUMPUR: Majikan di negara ini dianggarkan kerugian sehingga RM8 bilion setahun akibat perbuatan pekerja mengambil cuti sakit palsu yang diniagakan oleh klinik dan pusat kesihatan.

Setiausaha Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, Datuk Shamsuddin Bardan berkata kerugian besar itu melibatkan kos pembayaran gaji pekerja yang bercuti sakit, kos perubatan serta kos menggantikan pekerja yang mengambil cuti sakit.

"Ada beberapa kes yang kita tahu bahawa pekerja-pekerja kita telah disahkan sebagai cuti sakit daripada doktor. Tetapi pekerja berkenaan tidak berehat sebaliknya membuat kerja-kerja lain seperti menjual nasi lemak, menjual pisang goreng dan sebagainya," katanya.

Jelas Samsuddin, tekanan ekonomi memaksa sesetengah pekerja menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan dan menggunakan cuti sakit yang dibeli untuk memenuhi tuntutan periuk nasi itu.

Kita juga tahu bahawa pekerja di Malaysia kebanyakannya berjumpa doktor bukan untuk mendapatkan rawatan serta ubat. Tetapi untuk cuti sakit. Malah, ada doktor yang dimarahi serta terdapat beberapa laporan daripada pihak doktor berkaitan isu inijelasnya lagi.

Tambah beliau, perbuatan tidak beretika ini bukan sahaja memberi kesan kepada industri, tetapi salah di bawah undang-undang perindustrian.

Selain cuti sakit untuk tujuan berniaga, pihaknya juga mengesan amalan pekerja yang mengambil cuti sakit untuk cuti lebih panjang yang disambung dengan hari rehat serta sebagai tanda protes kepada majikan.

Kajian MEF mendapati industri Malaysia kehilangan 4 peratus hari bekerja akibat pengambilan cuti sakit pekerja.

Statistik pihak CUEPACS pula menyaksikan 3 peratus dari kakitangan awam mengambil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja.

Perbuatan cuti sakit palsu mula menjadi perhatian selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan bakal bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk membuat siasatan kepada elemen pemalsuan cuti sakit dengan tujuan memperdaya majikan dan mengaut keuntungan.