isu penggunaan kalimah allah bagi orang

Upload: romizah

Post on 04-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    1/13

    Isu Penggunaan Kalimah ALLAH bagi Orang-orang Kafir (Terutmanya Orang-orang Kristian)

    Oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis

    Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang-orang Kafir

    Soalan: Adakah Islam membenarkan orang-orang kafir termasuk ahli-kitab menggunakan nama Allahbagi merujuk kepada tuhan-tuhan mereka?

    Jawapan:

    Dari satu sudut, kita dapati, pelbagai pandangan diutarakan dengan melihat dari pelbagai sudut.Secara asasnya, apa yang paling penting adalah, prinsip Islam itu sendiri dalam menilai isu sebegini.Berdasarkan pengamatan dari segenap aspek, baik dari hujah mereka yang membenarkan mahupunhujah mereka yang melarang, kesimpulan umum yang dapat dibuat adalah, ianya lahir (samadabersetuju atau menolak) daripada hujah-hujah yang zhonniyyah atau tidak muktamad.

    Namun, ketika berhadapan dengan sesuatu isu setempat, pendirian seseorang ahli ilmu atau ulamaselalunya dibina atas timbangan keilmuan yang teliti, setelah melihat segenap sudut yang perludiperhatikan termasuklah maslahat sesebuah masyarakat Islam di tempat tersebut. Oleh yangdemikian, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian ataupun orang-orang kafiryang lain, pendirian seseorang ahli ilmu itu hanyalah berbentuk tarjih (menguatkan salah satupendapat) setelah menilai isu ini dari pelbagai sudut.

    Penggunaan Kalimah Allah dan Toleransi Beragama

    Allah s.w.t. mengakui kebenaran Islam bahkan mengiktiraf hanya Islam sebagai suatu kebenaran danhanya Islam merupakan agama yang benar yang mengandungi segala ajaran yang benar dalamsegenap sudut samada dari sudut aqidah, hukum-hakam dan akhlak. Berdasarkan ajaran Islam juga,hanya dengan aqidah murni Islam sahaja, seseorang dapat selamat daripada api neraka.

    Walaupun Islam memberi kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja dari kalangan orang-orangkafir, namun Islam tetap mengajak umat manusia kepada menerima ajaran Islam yang murni dan tidakpernah mengiktiraf agama-agama mereka sebagai kebenaran. Ini kerana, hanya Islam sahajamerupakan agama yang boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Maka, konseptoleransi dalam Islam tidak membawa kepada sama-rata atau persamaan secara mutlak, tetapi masihwujud konsep eksklusifnya seperti hanya Islam sahaja diterima sebagai agama di sisi Allah s.w.t.,

    hanya penyembahan kepada Allah s.w.t. sahaja secara tauhid, yang diterima di sisi Allah s.w.t. danselain konsep kehambaan ini, tidak menyelamatkan seseorang daripada kekal dalam neraka.

    Penggunaan Kalimah ALLAH Menurut Islam

    Kalimah ALLAH adalah satu nama khas bagi merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha Agung lagiMaha Sempurna. Kalimah ALLAH dalam Islam merujuk kepada zat Tuhan yang bersifat dengan segalasifat kesempurnaan dan keesaan serta berlepas dari sebarang sifat kekurangan.

    Dalam Islam, kalimah ALLAH bukan sekadar suatu kata nama, tetapi merangkumi konsep ketuhananyang bersifat dengan kesempurnaan dan keesaan. Maka, apabila kita berkata bahawasanya, Tuhan

    yang kami sembah adalah Allah, bererti, Allah s.w.t. yang disembah tersebut bersifat dengan sifat-sifatyang telah disebutkan terutamanya aspek kesempurnaan dan keesaan-Nya.

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    2/13

    Kalau seseorang berkata: Saya menyembah Allah tetapi yang dimaksudkan adalah tuhan yang terdiridaripada tiga oknum atau salah satu daripada oknum tuhan trinity, maka ianya suatu yang menyalahidasar dan prinsip Islam sebenar.

    Allah s.w.t. sendiri sudah menjelaskan bahawa kalimah Allah adalah suatu nama bagi merujukkepada satu-satunya Tuhan yang Maha Benar dengan sifat-sifat yang disebutkan. Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud: Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. (1) Allah adalah Tuhan yangbergantung kepada-Nya segala sesuatu. (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, (3) Dantidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." (Surah Al-Ikhlas: 1- 4)

    Ayat ini merupakan pendirian Islam yang jelas menunjukkan Islam menolak sebarang kepercayaanketuhanan selain daripada konsep ketuhanan Allah s.w.t.. Konsep ketuhanan yang sebenar yangmerujuk kepada Tuhan yang sebenar yang bernama Allah mempunyai sifat-sifat berikut:

    - MAHA ESA (Al-Ahad)

    - AS-SHOMAD (Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu)- Tidak beranak dan tidak diperanakkan.- Tidak ada yang serupa denganNya.

    Daripada penjelasan surah Al-Ikhlas ini menunjukkan secara jelas bahawa, tiada agama lain selainIslam yang boleh menamakan tuhan mereka sebagai ALLAH menurut agama Islam, termasuklahagama Kristian, kerana hanya agama Islam yang menjelaskan konsep ketuhanan dengan intipatitauhid yang murni ini.

    Adakah Allah yang ingin dimaksudkan oleh orang-orang Kristian bersifat dengan keseluruhan sifat-sifat yang telah disebutkan dalam surah Al-Ikhlas tersebut? Kalau tidak, maka Islam secara jelasmenolak konsep ketuhanan mereka yang mereka rujuk sebagai Allah tersebut. Adakah prinsip ajaranIslam yang menolak kepercayaan triniti orang-orang Kristian dalam konsep ketuhanan, dalam masayang sama tidak menolak penggunaan nama Allah (nama Tuhan yang Maha Benar) kepada tuhanyang mempunyai konsep ketuhanan yang salah?

    Orang-orang Kristian samada memilih untuk mengesakan Allah s.w.t. dalam penyembahan danmenafikan Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan, maka bolehlah memanggil tuhan tersebut dengan nama

    Allah ataupun tidak dibenarkan menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan triniti mereka.

    Kekhususan Nama Allah s.w.t..

    Imam As-Syirbini dalam Tafsir As-Siraj Al-Munir menafsirkan kalimah ALLAH dalam surah Al-Ikhlastersebut dengan berkata: ALLAH ialah Tuhan yang bersifat dengan ketuhanan dan keesaanNya.

    Imam Al-Khazin pula berkata yang bermaksud: ((ALLAH)) ialah kata nama khusus bagi Allah yanghanya khusus untukNya s.w.t.. Ia (nama) itu bukan terbit dari mana-mana kata terbitan dan tidak adasesiapa berkongsi nama tersebut denganNya. Inilah pegangan yang sahih dan terpilih. Dalilnya adalahfirmanAllah: Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?iaitu: tidak dikatakan kepada selainNya dengan nama ALLAH... [Tafsir Al-Khazin pada tafsir Surah Al-Fatihah]

    Sheikh Muhammad Ali As-Shobuni juga ketika menjelaskan tentang kalimah ALLAH dalam ShofwahAt-Tafasir pada surah Al-Fatihah berkata: ((ALLAH)) Suatu nama khusus bagi Zat Maha Agung yang

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    3/13

    mana tidak ada yang berkongsi nama tersebut denganNya [1/18]

    Sheikh Said Hawa dalam kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah pada menjelaskan zikir dengan Ism Mufradberkata yang bermaksud: (Allah) adalah satu-satunya nama yang merujuk kepada segenap zat, sifat,nama-nama dan perbuatan-perbuatan Allah s.w.t.. Adapun nama-nama yang lain merujuk kepada sifat-

    sifaNya. Kemudian, nama ALLAH tersebut tidak dinamakan kepada selain ALLAH (Tuhan yangdisembah oleh umat Islam).

    Kalau kita rujuk kepada tulisan-tulisan para ulama Islam, hampir kesemuanya tidak membenarkanlafaz ALLAH digunakan bagi merujuk kepada tuhan-tuhan lain selain Allah atau kepada konsepketuhanan yang bercanggah dengan tauhid. Ini kerana, ALLAH bermaksud TUHAN yang MAHA ESAdan ia sangat berkaitan dengan konsep keesaan Tuhan itu sendiri.

    Inilah secara prinsip dalam Islam di mana tidak boleh menamakan kepada tuhan-tuhan selain Allahdengan nama Allah s.w.t.. Secara dasarnya, berdasarkan penerangan para kebanyakan ulama sendiri,kata nama Allah khusus untuk Allah s.w.t. yang disembah oleh orang-orang Islam dengan konsep

    ketuhanan yang murni (keesaan dan kesucian).

    Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Maka (Zat yang demikian) itulah Allah, Tuhan kamu yangsebenarnya; Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamudipalingkan (dari kebenaran)? (Surah Yunus: 32)

    Nama Tuhan, Agama Kristianiti dan Kalimah ALLAH

    Sememangnya Allah s.w.t. ada menyebutkan kalimah ALLAH bagi menceritakan tentang aqidahagama Kristian namun dalam bentuk penafian terhadap aqidah mereka yang sesat, bukan dalambentuk mengakui penggunaan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka.

    Ini kembali kepada penggunaan mereka (orang-orang kafir termasuk ahlul-kitab) yang hidup dalammasyarakat Arab yang juga menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan yangmenciptakan alam ini. Oleh kerana Ahlul-Kitab yang hidup dalam masyarakat Arab yang menggunakankalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta, maka mereka juga menggunakan kalimahAllah bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta.

    Namun, itu bukanlah tradisi asal orang-orang Kristian sebagaimana dijelaskan oleh orang-orangKrisitan sendiri. Menurut kebanyakan cendikiawan Kristian sendiri, mereka menyebut tuhan merekasebagai El, Elohim atau Yahwah (Yhwh).

    Asalnya, nama tuhan dalam bahasa Ibrani atau Hebrew (bahasa asal Old Testement) adalah sepertiberikut jika diterjemah ke dalam bahasa Inggeris: YHVH atau YHWH tanpa ada huruf vokal. Maka,sebahagian cendikiawan Kristian yang awal menetapkan sebutannya sebagai Yahweh.

    Nama lain bagi tuhan sembahan mereka adalah Elohim dalam bahasa Hebrew. Ada juga yangmenyebut tuhan mereka sebagai Jehovah. Ada juga menyebut Tuhan sebagai HaShem. Kemudian,bagi orang-orang Kristian, mereka merujuk kepada New Testament yang dikatakan berbahasa Yunani(Greek) lalu menyebut tuhan mereka dalam bahasa Greek iaitu HoTheos.

    Walaupun ada ahli ilmu cuba mengaitkan kalimah Allah dalam bahasa Arab hampir dengan kalimah

    Eloah dalam bahasa Hebrew, yang merujuk kepada Tuhan yang sama, namun dari sudut aqidahorang-orang Islam dengan orang-orang Kristian, maka sudah jelas tuhan mereka (Kristian) berbeza

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    4/13

    dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. Ini kerana, orang-orang Kristian tidakmenyembah tuhan Nabi Isa dan Nabi Musa a.s. yang sememangnya adalah ALLAH s.w.t., tetapimenyembah tuhan triniti.

    Pendirian Islam terhadap Konsep Ketuhanan Kristian

    Orang-orang Kristian menyembah tuhan dalam bentuk triniti, di mana tuhan itu bukan Maha Esa sepertikepercayaan orang-orang Islam dan bukan juga berbilang-bilang sebagaimana kepercayaan orang-orang kafir. Mereka bertuhankan tuhan yang satu dalam tiga dan tiga dalam satu. Bahkan, hampir tiadaorang-orang Kristian yang mampu memahami konsep triniti dengan kefahaman yang tepat keranasetiap orang mempunyai persepsi yang berbeza tentang konsep trinity mereka.

    Kesimpulannya, orang-orang Kristian percaya bahawasanya tuhan adalah:

    - TUHAN AYAH (Yahweh)- TUHAN ANAK (Jesus/Nabi Isa)

    - TUHAN ROH QUDS (Holy Spirit)

    Ketiga-tiga tersebut bukanlah tiga individu yang berbeza tetapi satu tuhan yang berbeza personalitinya.Ketiga-tiga (oknum) itu bukan tiga tuhan tetapi satu tuhan. Kalimah ALLAH yang cuba digunakan olehorang-orang Krisitian merujuk kepada yang mana satu?

    Andaian Pertama:

    Tuhan Ayah + Tuhan Anak + Tuhan Roh Quds = TUHAN TRINITI = Inilah ALLAH)

    Andaian Kedua:

    Tuhan Ayah = Inilah ALLAH + Tuhan Anak + Tuhan Roh Quds = TUHAN TRINITI

    Allah pada bentuk (andaian) pertama iaitu TUHAN TRINITI (gabungan Tuhan Ayah, Tuhan Anak danTuhan Roh Qudus) tertolak dalam Islam.

    Allah s.w.t. berfirman secara jelas dalam al-Quran yang bermaksud:Wahai ahli kitab, janganlah kamumelampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yangbenar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakandengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka

    berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga(trinity)", berhentilah (dari ucapan itu). (itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yangMaha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalahkepunyaan-Nya. cukuplah Allah menjadi Pemelihara. (Surah An-Nisa: 171)

    Ayat ini secara jelas menunjukkan pendirian agama Islam yang menolak kepercayaan triniti dalamkonsep ketuhanan, apa lagi menamakan tuhan triniti ini sebagai ALLAH.

    Isyarat pertama daripada ayat ini di mana Allah s.w.t. menegaskan:janganlah kamu berkataterhadap Allah melainkan yang benar.

    Daripada ayat ini dapat difahami bahawa, Allah s.w.t. tidak membenarkan seseorang berkata tentangAllah s.w.t. secara batil, apatah lagi menamakan Allah kepada tuhan yang batil sebagaimana

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    5/13

    difahami oleh orang-orang Kristian.

    Imam At-Tabari ketika menafsirkan perkataan intahu berhentilah dalam ayat tersebut denganberkata yang bermaksud: Bahawasanya berhenti (orang-orang Kristian) daripada yang demikian(berkata Allah itu salah satu daripada triniti atau triniti secara keseluruhan) lebih baik daripada berkata

    sedemikian, kerana bagi kamu (orang-orang Kristian) dari Allah (terhadap ucapan tersebut), siksa yangakan datang terhadap apa yang telah dikatakan tersebut (iaitu Allah itu tuhan triniti). [rujuk Tafsir At -Tabari pada ayat tersebut]

    Imam At-Tabrani pula ketika menafsirkan perkataan firman Al lah s.w.t. menjelaskan lagi: ((Jangan katatiga)) iaitu jangan kamu katakan tuhan-tuhan kami tiga (atau triniti) yang merangkumi: tuhan bapa,tuhan anak dan roh quds. ((Berhentilah)) dari kekufuran dan dari perkataan tersebut (Tuhan itu trinity).

    Imam Al-Alusi juga menyebut dalam kitab Ruh Al-Maani pada ayat tersebut pada perkataan Intahu:Berhentilah daripada mengatakan Triniti [Ruh Al-Maani]

    Jika penggunaan kalimah ALLAH merujuk kepada bentuk (andaian) kedua iaitu:

    Allah ialah Tuhan Ayah di samping Tuhan Anak dan Tuhan Roh Quds yang mana ketiga-tiganyaadalah satu TUHAN TRINITI.

    Jika kalimah ALLAH yang cuba digunakan oleh orang-orang Kristian bagi merujuk kepada TUHANAYAH (God The Father) dalam konsep trinity, maka ianya juga turut disebut di dalam Al-Quran tetapisekadar merujuk kepada penggunaan mereka terhadap istilah tersebut, bukan kerana Islam meraikanistilah tersebut atau menerima konsep tersebut.

    Kebanyakan orang-orang Kristian memahaminya begitu, iaitu Allah bagi mereka merujuk kepadaTuhan Bapa atau Tuhan Ayah yang merupakan salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti.

    Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang mengatakan:"Bahwasanya Allah salah satu (oknum) daripada yang tiga (oknum triniti)", padahal sekali-kali tidak adatuhan selain dari Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pastiorang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. (Surah Al-Maidah: 73)

    Ayat ini secara jelas mempunyai ketegasan dalam bentuk membantah orang-orang kafir menjadikanAllah sebagai salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti. Ayat yang berbentuk ancaman sebegini jelasmenunjukkan ketegasan al-Quran bagi menolak konsep ini.

    Ini suatu peringatan yang jelas dalam Islam agar orang-orang kafir khususnya dari kalangan orang-orang Kristian agar tidak mengatakan bahawa ALLAH adalah salah satu oknum daripada tuhan triniti.Ini secara tidak langsung menunjukkan larangan terhadap menggunakan kalimah ALLAH bagi merujukkepada salah satu daripada oknum tuhan triniti tersebut. Al-Quran secara jelas mengatakan bahawa,mereka yang menamakan Allah sebagai salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti adalah suatukekufuran, adakah Islam meredhai kekufuran dengan membenarkan lafaz Allah digunakan pada salahsatu daripada oknum tuhan triniti?

    Imam Al-Qurtubi menafsirkan seruan Al-Quran yang bermaksud: Jika mereka tidak berhenti dariapa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang

    pedih dengan berkata: ((jika mereka tidak berhenti)) tidak berhenti daripada berkata tentang trinititersebut, mereka akan disiksa di dunia dan di akhirat. [rujuk Tafsir Al-Qurtubi]

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    6/13

    Asas-asas ajaran Islam berkenaan kalimah ALLAH ini harus diutamakan dalam berinteraksi denganorang-orang kafir dari kalangan musyrikin dan ahlul-kitab, apatah lagi demi menjaga maslahat umatIslam yang awam daripada tipu daya musuh-musuh Islam yang cuba menyebarkan kesesatan aqidahmereka kepada umat Islam.

    Penjelasan Bagi Surah al-Taubah

    Memang benar, ada ayat yang menceritakan bahawa Ahlul-Kitab sudah tersesat dalam menisbahkananak kepada ALLAH, namun ianya bukan dalam bentuk pengiktirafan terhadap konsep anak bagi Allahs.w.t. dan menerima konsep tuhan beranak.

    Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

    Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ituanak Allah". Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-

    orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling? (30) Merekamenjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga merekamempertuhankan) Al-Masih anak kepada Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhanyang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang merekapersekutukan. (31) Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. (32) Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa)petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupunorang-orang musyrikin tidak menyukai. (33) [Surah At-Taubah: 30-33]

    Ayat ini secara jelas menceritakan betapa Allah s.w.t. melaknat perbuatan mereka denganmenisbahkan anak kepada diri-Nya yang Maha Esa, bahkan menjelaskan bahawa Maha Suci Allahs.w.t. daripada apa yang mereka sekutukan. Jadi, ayat ini juga secara jelas menolak sebarang konsepyang bercanggah dengan tauhid untuk dinisbahkan kepada Allah s.w.t.. Maka, tidak ada sebabseseorang perlu membenarkan orang-orang Kristian khususnya yang masih mempercayai Nabi Isa a.s.sebagai anak Allah menamakan tuhan versi triniti mereka sebagai Allah sedangkan Allah s.w.t.menyucikan zatNya daripada penyekutuan tersebut.

    Bukan semua ayat yang menceritakan perihal sesuatu golongan dianggap pengiktirafan daripada Allahs.w.t. kerana ada juga kisah-kisah yang disebut sebagai pengingkaran terutamanya dengan penolakanyang jelas dalam ayat-ayat berikutnya.

    Jadi, masyarakat Islam mempunyai asas untuk melarang orang-orang Kristian daripada menggunakankalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan-tuhan mereka, berdasarkan seruan asas Al-Quran sendiriyang menyuruh mereka (orang-orang Kristian) yang sudah menisbahkan anak atau triniti kepadaTuhan yang Sebenar iaitu Allah, agar berhenti daripada memperkatakan sedemikian. Bahkan, ia jugasebagai sandaran bagi larangan ke atas orang-orang kafir khususnya orang-orang Kristian yang baruingin menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka dalam masyarakat awam Melayuyang tidak memahami perbezaan penggunaan Allah dari sudut bahasa dan istilah syarak sebagaimanadifahami oleh masyarakat awam Islam Arab.

    Pendirian Islam terhadap Orang-orang Kristian Secara Umum

    Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    7/13

    Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian), marilah kepada satu Kalimahyang membawa persamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan

    Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kitamengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan

    selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) makakatakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orangIslam". (Surah Ali Imran: 64)

    Islam menjelaskan bahawasanya, para penganut agama yang digelar ahlul-kitab seperti agamaJudaisme (bagi orang-orang Yahudi) dan Kristianiti (bagi orang-orang Kristian) telah dipesongkandaripada ajaran para rasul mereka terdahulu yang pada asalnya merupakan ajaran tauhid yang murni

    juga.

    Oleh yang demikian, agama Islam mengajak orang-orang Kristian dan Yahudi, yang digelar sebagaiahlul-kitab, agar mereka kembali kepada ajaran tauhid dengan berpegang kepada ajaran Islam

    samada aqidahnya, fiqhnya mahupun akhlaknya, dan mengikuti rasul yang terakhir, iaitu NabiMuhammad SAW.

    Jika orang-orang Kristian tidak mahu menerima kebenaran Islam, maka Islam membenarkan merekamengamalkan ajaran agama mereka secara bebas selagimana tidak membawa kepada tertegahnyaperlaksanaan ajaran-ajaran agama Islam khususnya dalam negara Islam.

    Islam turut mengakui ketinggian moral sebahagian penganut agama Kristian dengan ayat yangberbunyi:

    dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang -orang yangberiman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". yang demikian itudisebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri(Surah Al-Maidah: 82)

    Apabila berkaitan dengan penggunaan sesuatu kalimah yang digunakan oleh masyarakat Islam, makaianya bukan sekadar berkaitan penggunaan perkataan, tetapi merangkumi keseluruhan kefahamanterhadap perkataan dan kalimah tersebut. Oleh sebab itulah, isu penggunaan kalimah Allah tidak wajardilihat sebagai masalah perkataan semata-mata kerana ianya mempunyai pengaruh yang lebih luasdalam sesebuah masyarakat. Maka, oleh sebab itulah masyarakat Islam berdiri mempertahankankalimah Allah ini, kerana merangkumi maksud yang besar dalam kefahaman mereka terhadap agama

    Islam secara menyeluruh.

    Istilah dan Pengaruhnya dalam Masyarakat

    Istilah memainkan peranan yang penting. Hal ini jelas khususnya ketika ianya digunakan dalamsesebuah masyarakat. Masyarakat khususnya di Malaysia sudah lama mengkhususnya penggunaankalimah Allah kepada Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam sahaja. Tidak timbul suatu tradisiseperti orang-orang Kristian Arab yang sudah lama menggunakan kalimah Allah bagi merujuk salahsatu oknum daripada tuhan bersifat trinity yang mereka sembah.

    Jadi, istilah-istilah yang menjadi penggunaan khusus bagi sesebuah kumpulan penganut sesebuah

    agama perlu diraikan khususnya apabila perkongsian istilah boleh membawa kepada fitnah yang lebihbesar. Orang-orang Kristian di Malaysia khususnya tidak rugi jika tidak menggunakan kalimah Allah

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    8/13

    bagi merujuk kepada tuhan sembahan mereka. Padahal, di pihak masyarakat awam Islam di Malaysiapula, ianya boleh membawa kepada kekeliruan.

    Sebahagian masyarakat awam mungkin membuat andaian, jika orang-orang Kristian pun menyembahAllah sebagaimana orang-orang Islam, jadi tiada bezanya orang-orang Islam beragama Kristian kerana

    menyembah tuhan yang sama. Ini adalah suatu kekeliruan yang boleh merosakkan aqidah sesetengahmasyarakat awam Islam.

    Sebagai contoh, orang-orang Kristian juga mengaku sebagai believer, iaitu mempercayai ketuhananJesus, namun jika mereka cuba menterjemahkannya sebagai beriman lalu mengaku mereka sebagaiorang-orang beriman, maka dari ukuran Islam, mereka adalah orang-orang yang kafir dan syirik keranamenjadikan tuhan selain daripada Allah s.w.t..

    Jadi, istilah beriman juga secara dasarnya dikhususkan kepada orang-orang Islam dalampenggunaan masyarakat yang tertentu. Kita juga tidak bersetuju jika orang Kristian mengaku sebagaiMumin kerana beriman dengan ketuhanan Jesus dan kita juga tidak dapat menerima orang-orang

    Kristian mengaku sebagai Muslim kerana kepatuhan mereka kepada Paul. Oleh itu, penggunaansesuatu istilah berdasarkan tasawwur yang khusus bagi sesetengah pihak sangat dipentingkan.Sebahagian orang membahaskan pengkhususan istilah bagi masyarakat Islam ini berdasarkanpandangan sarwa Islam (Islamic worldview).

    Memang benar, dalam perbahasan penggunaan bahasa, para ulama Islam sering membahaskanbahawa, sesuatu kalimah itu mempunyai makna yang berbeza berdasarkan dua sudut penggunaanyang berbeza iaitu, dari sudut penggunaan bahasa dan dari sudut istilah syarak. Ini kerana, Tasawwurdan Mafhum kalimah berbeza dari sudut penggunaannya. Namun, tradisi sebegini tidak difahamisecara asas oleh masyarakat awam Islam di Malaysia sehingga dapat membezakan pengunaansesuatu kalimah samada di tempat yang salah ataupun betul.

    Jadi, larangan menggunakan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian juga merujuk kepada suasanamasyarakat awam Islam di Malaysia berdasarkan penggunaan bahasa Melayu dan kedudukan agamaIslam yang menjadi agama Persekutuan.

    Larangan Penggunaan Kalimah ALLAH bagi Bahan Penerbitan Kristian: Suatu Prinsip Islam dalamMemelihara Aqidah Umat Islam

    Pada prinsip ajaran Islam, kita telah kemukakan sebelum ini di mana secara jelas Islam tidak mengakuikonsep Triniti yang dipegang oleh orang-orang Kristian dan menafikannya daripada sifat

    kesempurnaan ALLAH s.w.t.. Ini menunjukkan betapa Islam menitik beratkan tentang kemurnianaqidah Islam daripada kesesatan triniti tersebut. Ini secara tidak langsung juga menunjukkan betapaIslam melarang sebarang bentuk pencemaran terhadap konsep ketuhanan ALLAH dalam aqidah murniumat Islam termasuklah mencemarkan konsep tauhid dalam bab ketuhanan dengan idea triniti.

    Dalam Surah An-Nisa ayat ke-171 dan Surah Al-Maidah ayat ke-73 secara jelas menolak konsep trinityang cuba dinisbahkan kepada ALLAH. Ini secara tidak langsung menunjukkan Islam juga menolaksebarang usaha untuk menggunakan kalimah ALLAH yang pada asalnya merujuk kepada TUHANyang MAHA ESA kepada suatu tuhan versi triniti.

    Kalimah ALLAH perlu merujuk kepada Tuhan yang sama sebagaimana yang diimani oleh orang-

    orang Islam sedangkan penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan orang-orang Kristian merujukkepada tuhan lain yang bersifat triniti, bukan keesaan. Ini tertolak sama sekali.

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    9/13

    Adapun penggunaan Al-Quran dalam menggambarkan sesetengah pihak mempersekutukan ALLAHdengan menjadikan tuhan-tuhan lain selain Allah bukan menunjukkan ianya suatu galakan kepadamenggunakan kalimah ALLAH bagi agama-agama lain, tetapi ianya sebagai suatu penolakan terhadapajaran syirik agama-agama lain yang mana sebahagian daripadanya telah menggunakan kalimah

    ALLAH bagi merujuk kepada tuhan dengan konsep yang salah, sebelum kedatangan Islam lagi,terutamanya dalam kalangan orang-orang musyrikin Arab dan Ahlul-Kitab yang hidup di tanah Arab.

    Ia sebenarnya kembali kepada penggunaan istilah ALLAH dalam konteks bahasa Arab yang manasebahagian daripada ahli ilmu bahasa Arab mengatakan bahawasanya ALLAH adalah kata namadaripada Illah yang bermaksud tuhan yang disembah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Munziridaripada Ibi Al-Haitham yang disebut dalam kitab Lisan Al-Arab. Jadi, penggunaan kalimah Allahdalam bahasa Arab boleh merujuk kepada maksud tuhan yang disembah secara mutlak (mabud)menurut sebahagian ahli bahasa walaupun kata Allah khusus merujuk k epada Allah s.w.t. sahaja disisi majoriti ahli bahasa. Maka, dengan keluasan bahasa Arab inilah, Ahlul-Kitab yang tinggal dalammasyarakat Arab juga menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan-tuhan sembahan

    mereka.

    Oleh kerana itu juga, sebahagian ulama masih lagi memberi ruang kepada penggunaan kalimahALLAH bagi orang-orang Kristian Arab khususnya kerana ianya secara adatnya sudah dimaklumisecara umum bahawasanya ALLAH yang dimaksudkan oleh orang Kristian Arab berbeza dengan

    ALLAH yang dimaksudkan oleh orang-orang Islam. Ini kerana, salah guna istilah ALLAH itu berlakusejak sebelum kedatangan Islam lagi di mana orang-orang musryikin tetap turut mengakui menyembah

    ALLAH namun mereka menjadikan tuhan-tuhan lain sebagai perantaraan antara mereka denganALLAH menurut mereka. Ahlul-Kitab di dunia arab yang hidup dalam masyarakat Arab tersebut sudahterbiasa menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan mereka walaupun disalutifahaman yang batil.

    Maka, toleransi dalam dunia Arab-Islam hanyalah kerana latar belakang sejarah yang sudah sekianlama malah tidak lagi membawa kekeliruan kepada orang-orang Islam di Arab. Ini kerana, biarpunIslam tidak mengiktiraf konsep ketuhanan triniti Kristian tersebut, namun tidak ada dalil qatie melarangorang-orang Kristian khususnya Arab yang sudah terbiasa dengan kalimah Allah, menggunakankalimah tersebut berdasarkan keluasan ilmu bahasa Arab itu sendiri. Dari sinilah timbulnya toleransidalam masyarakat Arab dengan orang-orang Kristian Arab. Namun, dalam masa yang sama, tidakdinafikan adanya seruan agar mereka berhenti daripada memperkatakan bahawa Allah itu salah satudaripada tuhan triniti. Seruan yang sebegitu juga boleh dijadikan hujah bagi melarang penggunaankalimah Allah bagi orang-orang Kristian secara tidak langsung.

    Apa yang menghairankan, ada usaha pihak-pihak Kristian yang menggunakan bahasa selain bahasaArab dalam penulisan-penulisan mereka, sibuk juga menggunakan kalimah ALLAH bagi merujukkepada tuhan mereka sedangkan pada dasarnya ia menyalahi prinsip Islam dan menyalahikepercayaan mereka sendiri kerana tuhan mereka bukanlah ALLAH sebagaimana yang disembah olehorang-orang Islam.

    Kalau mereka pun menyembah tuhan dengan konsep ketuhanan triniti, namun masih mengaku tuhanyang mereka sembah adalah ALLAH, maka mereka secara tidak langsung mendakwa berpegangkepada kalimah bahagian pertama daripada syahadah iaitu La ilaha illaLlah (yang Tiada tuhan (yangberhak disembah) melainkan ALLAH), kerana mereka juga mendakwa tidak menyembah melainkan

    Allah tetapi dalam bentuk kepercayaan mereka yang sesat (yakni, triniti). Sedangkan menurut ajaranIslam, hanya orang-orang Islam sahaja yang berpegang dengan kalimah syahadah.

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    10/13

    Oleh yang demikian, majoriti ulama Islam menegaskan bahawasanya lafaz ALLAH adalah suatu namayang khas yang tidak terbit dari mana-mana kata terbitan yang mana ianya suatu nama khusus bagizat TUHAN yang MAHA ESA. Konsep keesaan Tuhan itu adalah intipati utama bagi kalimah ALLAH itusendiri.

    Konsep ketuhanan triniti bagi orang-orang Kristian jelas tidak merujuk kepada konsep tauhid yangmenjadi inti bagi konsep ketuhanan di sebalik nama ALLAH itu sendiri. Jadi, tidak selayaknya kalimah

    ALLAH digunakan oleh orang-orang Kristian merujuk kepada tuhan mereka yang tidak bersifatkeesaan.

    Kalau mereka mahu kekalkan penggunaan bahasa asal bible, samada dalam Hebrew atau Greek,maka mereka boleh memanggil tuhan mereka sebagai Elohim, El, Yahweh, Jehovah atau Ho Theos.Mengapa perlu menggunakan kalimah Allah sedangkan ianya bukan bertujuan untukmenterjemahkannya ke dalam bahasa Arab. Kalau penterjemahan perkataan tuhan kepada bahasa

    Arab, maka ada ruang kepada menterjemahkannya kepada Allah jika memilih pendapat sebahagian

    ahli bahasa Arab di mana Allah itu adalah terbitan dari kata Ilah yang bermaksud tuhan (riwayat IbnHaitham dalam Lisan al-Arab).

    Namun, jika ingin terjemahkan god kepada bahasa Melayu, atau bahasa Inggeris, tidak pernahmembawa kepada kalimah Allah kerana dalam penggunaan bahasa Melayu, kalimah Allah merujukkepada kata nama khusus bagi Tuhan yang Maha Esa, iaitulah Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam sahaja, bukan tuhan dalam bentuk umum.

    [rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua. Boleh didapati secara onlinedihttp://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=Allah&domain=PRPM ]

    Larangan penggunaan kalimah ALLAH kepada agama-agama lain (termasuklah kepada agamaKristian) selain agama Islam di Malaysia adalah suatu dasar yang menepati maqosid syariayyah Islamyang menjaga agama masyarakat Islam daripada kekeliruan itu sendiri. Ia juga merupakan suatu dasaryang menutup ruang fitnah yang lebih besar. Ia juga dalam rangka untuk mempertahankan Perkara 11(4) yang bertujuan menjaga aqidah umat Islam yang awam khususnya daripada kepercayaan-kepercayaan agama lain.

    Oleh yang demikian, pelbagai kaedah-kaedah fiqhiyyah yang sesuai digunakan dalam laranganpenggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam seperti kaedah Sad Az-Zariah dansebagainya. Bahkan, sejak fatwa umum di Malaysia atau di negeri-negeri tertentu melarangnya, ianya

    sepatutnya sudah selesai, kerana keputusan hukum pemerintah itu mengangkat perselisihan.

    Kesimpulan: Asas-asas Umum Larangan Penggunaan Kalimah Allah bagi Orang-orang Kristian

    Orang-orang bukan Islam samada dari kalangan orang-orang Kristian khususnya atau selainnya, perlumenghormati prinsip ajaran Islam dan maslahat umat Islam di Malaysia khususnya berdasarkanperuntukan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Pedirian bahawasanya kalimah ALLAH tidak bolehdigunakan bagi merujuk kepada konsep ketuhanan selain daripada aqidah Islam adalah merujukkepada beberapa asas:

    Pertama: Nas-nas daripada Al-Quran dan hadith menunjukkan konsep kemurnian aqidah Islam yang

    menolak sebarang pencemaran bagi konsep ketuhanan ALLAH s.w.t. yang berpaksikan aqidah tauhid.Oleh yang demikian, kalimah ALLAH yang merujuk kepada tuhan yang berpaksikan trinit dan

    http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fprpm.dbp.gov.my%2Fcarian.aspx%3Fcari%3DAllah%26domain%3DPRPM&h=UAQFDnQbx&s=1http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fprpm.dbp.gov.my%2Fcarian.aspx%3Fcari%3DAllah%26domain%3DPRPM&h=UAQFDnQbx&s=1
  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    11/13

    sebagainya yang sesat adalah menyalahi prinsip ajaran aqidah Islam yang murni itu sendiri. Dalil-dalilyang menolaknya adalah seperti surah Al-Ikhlas, Surah An-Nisa ayat ke-171, Surah Al-Maidah ayatke-73 dan sebagainya.

    Kedua: Ia bercanggah dengan kemurnian konsep kalimah syahadah yang menunjukkan hanya orang-

    orang Islam sahaja yang menyembah ALLAH s.w.t.. Maka, kalaulah orang-orang Kristian punmenyembah ALLAH dengan konsep triniti, maka mereka juga mendakwa tidak menyembah melainkan

    ALLAH tetapi Allah yang bersifat triniti. Hal ini justeru menafikan pengkhususan kepada orang-orangIslam dalam berpegang dengan kalimah syahadah (La ilaha illaLlah). Maka, ia suatu yang tertolak darisudut kemurnian kalimah syahadah ajaran Islam itu sendiri.

    Ketiga: Ia boleh membawa kepada kekeliruan kepada masyarakat awam Islam khususnya di Malaysia.Ia boleh menimbulkan prasangka seolah-olah tuhan yang disembah oleh orang-orang Kristian adalahsama dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. Ini membuka pintu kepada murtad yangdicela oleh Islam itu sendiri. Berdasarkan peruntukan Perkara 11 (4), adalah wajar larangan kalimah

    ALLAH digunakan bagi orang-orang kafir atau bukan Islam. Ia demi menjaga maslahat umat Islam itu

    sendiri.

    Daripada inilah, ada kaedah-kaedah tertentu dalam qawaid fiqhiyyah untuk mencegah kemudaratanyang lebih besar dan fitnah yang lebih bahaya dalam masyarakat Islam, maka larangan menggunakankalimah Allah kepada orang-orang Kristian di Malaysia khususnya boleh digunakan.

    Keempat: Orang-orang Krisitian di Malaysia khususnya juga tidak mempunyai sebab yang kuat untukmenggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka kerana penggunaan istilah ALLAHdi Malaysia (penggunaannya secara adat dan dari sudut bahasa Melayu itu sendiri) khusus merujukkepada Tuhan orang-orang Islam sahaja. Malah, mereka (orang-orang Kristian) juga tidak menulistulisan mereka dalam bahasa Arab sehingga perlu menggunakan kalimah ALLAH bagi merujukperkataan tuhan atau god. Mengapa mereka tidak menggunakan perkataan tuhan, untukmenterjemahkan kalimah tuhan yang mereka gunakan, kerana god dalam bahasa Melayu adalahtuhan. Bahkan, mereka boleh gunakan nama-nama yang lebih dekat dengan tradisi Bible sepertielohim (bahasa Ibrani), yahweh dan sebagainya yang sering digunakan oleh mereka sebelum ini.

    Kelima: Larangan penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam bagi merujuk kepadatuhan-tuhan mereka adalah suatu yang wajar di Malaysia khususnya, kerana Malaysia adalah negarayang meletakkan Islam sebagai agama negara, sedangkan Islam pula menolak konsep pencemaranterhadap kemurnian aqidah Islam termasuklah penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukanIslam. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan [Perkara 3 (1) dan Perkara 11 (4)], pendirian larangan

    tersebut adalah wajar kerana prinsip ajaran Islam tidak boleh dihalang oleh kebebasan beragamadengan agama-agama lain. Sebarang usaha atau amalan oleh penganut-penganut agama lain yangboleh membawa kepada mencemarkan prinsip dan roh agama Islam adalah ditolak kerana konsepkebebasan itu sendiri tidak boleh menjangkau kepada hak-hak pihak lain. Adapun penggunaan kalimah

    ALLAH bagi orang-orang bukan Islam dalam penulisan dan penerbitan khususnya, sudah menjangkaudaripada sempadannya kerana ianya mencemarkan kemurnian ajaran agama Islam yang merupakanagama Persekutuan dalam konteks di Malaysia.

    Orang-orang Kristian khususnya, jika berpegang teguh dengan ajaran mereka, pasti mereka akanmenghormati kedudukan tinggi agama Islam di negara ini serta kedudukan Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Umum Negara dan Ketua Agama, lalu mereka juga akan menghormati

    larangan penggunaan kalimah ALLAH yang mana ianya berteraskan ajaran Islam yang merupakanagama Persekutuan dan agama bagi Ketua Umum Negara.

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    12/13

    Dalam surat Paul kepada orang-orang Rom (iaitu Romans: 13) menceritakan tentang suruhan agarorang-orang Kristian khususnya, agar mentaati raja-raja yang memerintah di sesuatu tempat tersebut.Maka, sekiranya larangan menggunakan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian digubal, makamereka perlu menerimanya atas semangat mematuhi ajaran Bible (Romans: 13) itu sendiri.

    Maka, dari sudut menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di Malaysia secara umumnyasahaja, larangan penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian dan bukan Islam adalahsuatu yang praktikal. Umat Islam di Malaysia yang mempunyai banyak ruang kelemahan dari sudutpendidikan agama dan sebagainya, seharusnya tidak terdedah kepada kekeliruan yang lebih besarseperti berkongsi nama tuhan yang sama dengan penganut agama-agama lain.

    Apatah lagi, setelah dinilai secara dasarnya, Islam sememangnya menyeru ke arah tidak menisbahkankesyirikan, triniti, anak dan sebagainya kepada Allah yang Maha Esa. Allah s.w.t. sendiri menyucikanzatNya dan sifat-sifatNya daripada perkataan-perkataan seperti konsep triniti dan sebagainya yangmenyeleweng tersebut. Jadi, dasar dan prisinp asas Islam secara umum sememangnya membawa

    kepada tidak memberi ruang untuk menisbahkan konsep ketuhanan yang salah kepada Allah s.w.t.. Inijuga memberi makna bahawa tidak boleh menamakan sesuatu tuhan yang berteraskan konsepketuhanan yang salah dengan nama Allah yang merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa lagi MahaBenar.

    Kita melihat pengecualian atau toleransi para ulama Islam di dalam masyarakat Arab khususnyaterhadap penganut agama Kristian Arab kerana mereka sudah biasa menggunakan kalimah Allahbagi merujuk kepada Al-Ilah atau Tuhan. Namun, penggunaan itu tidak berlaku samada dalambahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. Jadi, secara tidak langsung, toleransi terhadap penggunaankalimah Allah kepada orang-orang Kristian dalam masyarakat Melayu di Malaysia khususnya bolehmenimbulkan kesamaran dan tidak menepati penggunaan bahasa yang sebenar.

    Bahkan, dengan membenarkan orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepadatuhan sembahan mereka merupakan antara hambatan dalam dakwah islamiyyah kerana mereka(orang-orang Kristian) secara asasnya sudah mengganggap bahawa mereka sudahpun menyembah

    Allah sebagaimana orang-orang Islam menyembah Allah, tetapi mereka memahami Allah merekadengan kefahaman yang berbeza.

    Jadi, dengan alasan mereka sudah menyembah Allah, mereka tidak perlu lagi untuk menganut agamaIslam kerana beza antara orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian di sisi mereka hanyalah,orang-orang Islam mengikut Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan orang-orang Kristian mengikut Nabi

    Isa a.s., sedangkan kedua-dua agama mengajar konsep ketuhanan yang sama. Inilah alasan merekayang cuba dijelaskan kepada masyarakat awam Islam khususnya, bahawasanya agama mereka jugaadalah agama kebenaran dan orang-orang Kristian juga menyembah Allah seperti orang-orang Islam.

    Justeru, secara prinsipnya, masyarakat Islam sewajarnya tidak meredhai orang-orang Kristianmenggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka kerana tuhan mereka tidak bersifatkeesaan tetapi sebaliknya bersifat triniti. Di sisi orang-orang Kristian, mereka cuba membuktikanbahawasanya konsep triniti adalah konsep tauhid (atau monotheism). Maka, sebab itulah mereka jugamahu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka agar masyarakat Islam awamkhususnya faham bahawa, mereka (orang-orang kristian) juga menyembah tuhan yang Maha Esatetapi dalam bentuk triniti.

    Oleh kerana penggunaan kalimah Allah dalam bahasa Melayu atau dalam penggunaan umum

  • 7/30/2019 Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang

    13/13

    masyarakat di Malaysia merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa (sebagaimana disebutkan dalamKamus Pelajar Edisi Kedua), maka tidak wajar orang-orang Kristian dibenarkan menggunakan kalimahtersebut bagi merujuk kepada tuhan triniti mereka, kerana Islam sama sekali tidak mengiktiraf konseptriniti tersebut sebagai konsep tauhid.

    Di samping beberapa sudut lain seperti keharmonian aqidah umat Islam dan sebagainya, makapendirian yang melarang penggunaan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian khususnya dan bagiorang-orang bukan Islam amnya, adalah suatu pendirian yang tepat dan kukuh khususnya di Malaysia.Mudah-mudahan ianya dapat membantu dalam menjaga aqidah umat Islam yang semakin terdedahkepada pelbagai serangan fahaman yang sesat samada dari dalam mahupun luar. Amiin

    Wallahu alam

    Al-Faqir ila RabbiHi Al-Jalil

    Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin

    AmalahuLlahu bi LutfiHi Al-Khafiy