isu penggunaan ayat dalam pelbagai sumber

17
ISU PENGGUNAAN AYAT DALAM PELBAGAI SUMBER Kedudukan bahasa Melayu pada hari ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya yang sedang mengalami pembangunan pesat dan dalam proses perkembangan ini, pelbagai perkara baharu akan ditemui khususnya dari segi perubahan bahasa Melayu. Perubahan bahasa dari satu peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan sejarahnya sekaligus akan memberi kesan kepada sistem tulisan atau ujaran, sistem tatabahasa dan juga perbendaharaan kata. Maka dengan itu, seluruh masyarakat seharusnya peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa Melayu khususnya dari segi ujaran dan penulisan agar langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan. Isu tentang kesalahan bahasa telah hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada pengkaji-pengkaji tempatan sejak sebelum merdeka lagi. Pelbagai usaha dilakukan ke arah memartabatkan bahasa Melayu dan mula mendapat perhatian yang serius dalam tahun 1956 apabila soal tentang ejaan Rumi telah dibincangkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ke-3 (Abd. Hamid Mahmood: 1998). Antara lainnya, kajian tentang kesalahan bahasa ini juga telah dilakukan oleh Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za`ba pada tahun 1965 dan beliau adalah di antara pengkaji-pengkaji terawal yang membuat kajian tentang isu ini. Awang Sariyan (1983) dalam kajiannya mengatakan bahawa pencemaran bahasa boleh berlaku dengan pelbagai cara. Kebiasaannya pencemaran bahasa tersebut terjadi apabila sistem bahasa Melayu tidak dipatuhi sehingga timbulnya bentuk-bentuk bahasa yang salah. Mengikut kajian beliau lagi, kesalahan bahasa dalam sistem ejaan bahasa Melayu kerap berlaku khususnya dari segi keselarasan vokal, kekecualian keselarasan vokal, kata pinjaman khususnya daripada

Upload: akmal-idrus

Post on 23-Dec-2015

159 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

isu penggunaan ayat dalam pelbagai sumber

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

ISU PENGGUNAAN AYAT DALAM PELBAGAI SUMBER

Kedudukan bahasa Melayu pada hari ini jelas mencerminkan masyarakat

penggunanya yang sedang mengalami pembangunan pesat dan dalam proses

perkembangan ini, pelbagai perkara baharu akan ditemui khususnya dari segi perubahan

bahasa Melayu. Perubahan bahasa dari satu peringkat ke satu peringkat dalam

perkembangan sejarahnya sekaligus akan memberi kesan kepada sistem tulisan atau

ujaran, sistem tatabahasa dan juga perbendaharaan kata. Maka dengan itu, seluruh

masyarakat seharusnya peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa

Melayu khususnya dari segi ujaran dan penulisan agar langkah-langkah memartabatkan

bahasa Melayu dapat dilaksanakan.

Isu tentang kesalahan bahasa telah hangat diperkatakan dan mendapat perhatian

daripada pengkaji-pengkaji tempatan sejak sebelum merdeka lagi. Pelbagai usaha dilakukan

ke arah memartabatkan bahasa Melayu dan mula mendapat perhatian yang serius dalam

tahun 1956 apabila soal tentang ejaan Rumi telah dibincangkan dalam Kongres Bahasa dan

Persuratan Melayu yang ke-3 (Abd. Hamid Mahmood: 1998). Antara lainnya, kajian tentang

kesalahan bahasa ini juga telah dilakukan oleh Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali

sebagai Za`ba pada tahun 1965 dan beliau adalah di antara pengkaji-pengkaji terawal yang

membuat kajian tentang isu ini.

Awang Sariyan (1983) dalam kajiannya mengatakan bahawa pencemaran bahasa

boleh berlaku dengan pelbagai cara. Kebiasaannya pencemaran bahasa tersebut terjadi

apabila sistem bahasa Melayu tidak dipatuhi sehingga timbulnya bentuk-bentuk bahasa

yang salah. Mengikut kajian beliau lagi, kesalahan bahasa dalam sistem ejaan bahasa

Melayu kerap berlaku khususnya dari segi keselarasan vokal, kekecualian keselarasan

vokal, kata pinjaman khususnya daripada bahasa Inggeris, awalan kata sendi ‘di’ dan ‘ke’,

kata ganti singkat dan terakhir ialah dari segi partikel.

Page 2: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

Sesungguhnya, media massa merupakan satu media yang secara khususnya

menjadi sumber rujukan serta bahan bacaan bagi semua masyarakat. Kehadiran media

massa banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat sama ada melalui media cetak atau

media elektronik. Seiring dengan perkembangan dunia pada masa sekarang, media massa

memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. Namun begitu,

apa yang dapat kita lihat kini ialah terdapat banyak kesalahan bahasa dalam media massa

seperti media cetak, media elektronik, dan media sosial.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang fleksibel dan dinamik serta ianya

berkembang seiring dengan perdedaran zaman. Sesungguhnya, bahasa Melayu boleh

dianggap bahasa yang setaraf dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris, bahasa

Perancis dan bahasa Jerman. Namun begitu, bahasa Melayu yang sememangnya

mempunyai digniti di mata dunia hilang martabatnya apabila melihat kepada cara bahasa

Melayu digunakan dalam kalangan masyrakat pada masa kini. Hal ini adalah kerana,

penggunaannya dalam media seperti media cetak, elektronik, dan sosial mempunyai banyak

kecelaruan dan pencemaran dari segi ejaan, hukum tatabahasa, singkatan, dan stuktur. Hal

ini sesungguhnya berpunca daripada sikap endah tak endah masyarakat untuk mengangkat

nilai bahasa kebangsaan ini.

Sesungguhnya, bahan bacaan yang terdapat dalam media massa mutakhir ini

kebanyakannya berbaur hiburan dan gossip semata-mata. Lantaran itu, ramai yang tidak

menyedari bahawa media banyak mempengaruhi bahasa yang kita gunakan kerana ianya

merupakan bahan bacaan dominan dalam rutin harian kita. Melalui pembacaan kita

terhadap bahan-bahan bacaan tersebut, kita akan mempelajari corak penggunaan bahasa

yang sering digunakan. Namun begitu, media tidak mengambil berat mengenai penggunaan

bahasa dalam penerbitan mereka lantas memberi pengaruh bahasa yang salah kepada para

pembacanya. Sesungguhnya, hal ini adalah disebabkan sikap masyarakat yang tidak

menghargai nilai bahasa Melayu dan memantang enteng terhadap penggunaannya.

Tambahan pula, sekiranya ada yang menyedari kekhilafan dalam sesuatu penulisan itu,

tidak ramai yang berani menyuarakan pendapat atau teguran mereka tentang kesalahan

penggunaan bahasa tersebut. Analoginya, dalam majalah-majalah hiburan mahupun bahan

bacaan ilmiah, banyak sekali karya yang mempunyai kesalahan tatabahasa. Perkara ini

secara tidak langsung akan memberi gambaran kepada masyarakat bahawa, perkara yang

tertulis di dalam sesebuah karya tersebut, betul dari segi hukum tatabahasanya dan tidak

mempunyai kesalahan-kesalahan lain. Hal ini bukan sahaja menjejaskan pertuturan

Page 3: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

masyarakat, malah penulisan juga terjejas. Sebagai contoh, papan-papan tanda dan iklan-

iklan yang mempunyai kesalahan ejaan, tidak menuruti hukum DM dan kadang kala ejaan

bahasa Ingggeris dan bahasa Melayu dicampuradukkan sekali. Perkara ini seolah-olah

menggambarkan bahasa Melayu itu tidak mempunyai maruah dan boleh digunakan sesuka

hati.

Di samping itu, dalam media elektronik bahasa rojak menjadi juara dalam senarai

tajuk-tajuk filem dan juga skrip filem yang dipaparkan. Sebagai contoh, drama bersiri Awan

Dania, rancangan realiti televisyen seperti Master Chef Selebriti Malaysia, dan filem Ombak

Rindu. Kata-kata seperti beb, lu, gua, awek, pakwe, I, you, sorry sering sahaja digunakan

dalam drama, filem serta rancangan tersebut. Perkataan-perkataan itu sedikit sebanyak

mempengaruhi para penontonnya kerana filem, drama, serta rancangan tersebut

sememangnya diminati ramai. Sememangnya, kata-kata tersebut digunakan untuk

mempelbagaikan kata-kata dalam skrip dan memudahkan proses penyampaian maklumat.

Namun begitu, penggunaanya bertentangan dengan hukum tatabahasa dan tidak

memaparkan kemajuan dan perkembangan yang telah dicapai bahasa Malayu.

Di samping itu, bukan sahaja bahasa yang digunakan dalam filem tempatan yang

mengalami pencemaran bahasa tersebut, tajuk filem juga mengalami pencemaran dan

kecelaruan tatabahasa. Tajuk-tajuk filem seperti Cinta Strawberry dan Uncle Usin boleh

dianggap sebagai pencemaran bahasa. Walaupun sebenarnya tajuk filem tersebut dieja

mengikut bahasa slanga, iaitu kata-kata ungkapan yang tidak tergolong dalam bahasa baku

yang biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2013)

Namun, bahasa-bahasa tersebut tetap tidak diterima dalam penulisan. Hal ini adalah kerana

tajuk-tajuk tersebut bukan sahaja mempunyai kesalahan ejaan, malah ada yang

mencampuradukkan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Situasi seperti ini boleh

mengakibatkan salah faham dalam fikiran masyarakat sehingga wujudnya istilah-istilah

daripada perkataan bahasa Inggeris. Contohnya perkataan ‘aplikasi’ yang berasal daripada

perkataan ‘application’ yang bermaksud penggunaan. Oleh sebab perkataan bahasa

Inggeris application itu biasa digunakan, maka wujudlah istilah insiden, walaupun terdapat

perkataan bahasa Melayu yang sama maksud dengan perkataan tersebut. Oleh itu, tidak

mustahil suatu hari nanti perkataan-perkataan lain juga akan berubah disebabkan tajuk-tajuk

filem tersebut. Pengejaan yang digunakan mungkin atas tujuan promosi, namun tindakan

tersebut memberikan kesan yang agak besar terhadap bahasa Melayu.

Page 4: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

Di samping itu, dalam media sosial seperti Twitter, Facebook, dan Youtube juga

terdapat pelbagai pencemaran bahasa yang sering digunakan oleh pengguna internet.

Dalam laman media sosial Facebook contohnya, pengguna internet akan menggunakan

pelbagai singkatan. Kononnya, singkatan tersebut digunakan untuk menjimatkan masa dan

memudahkan komunikasi. Contoh-contoh singkatan yang digunakan ialah aq, awk, nape,

xnak, xpe, dan mkn. Sekiranya perkara ini dipandang remeh, lama-kelamaan, masyrakat

kita akan turut menggunakannya dalam perkara-perkara rasmi kerana telah terbiasa

menggunakan perkataan yang tersilap itu.

Selain itu, penggunaan singkatan seperti ini juga digunakan dalam Sistem Pesanan

Ringkas (SMS) dan gejala penggunaan singkatan ini berlaku pada seluruh dunia, tanpa

mengecualikan Malaysia dan bahasa kebangsaannya. Sesungguhnya, Bahasa Melayu ini

berkembang secara berperingkat iaitu dari satu zaman ke satu zaman (Abdul Rashid

Melebek dan Amat Juhari Moain, 2006). Lantaran itu, penggunaan singkatan tersebut

semakin berleluasa pada zaman ini, terutamanya setelah munculnya laman muka buku atau

Facebook. Laman ini merupakan laman sosial yang amat popular pada masa kini

terutamanya dalam kalangan remaja. Laman tersebut boleh digunakan untuk berkongsi

maklumat, video, audio, foto, teks, dan penggunanya boleh berinteraksi antara satu sama

lain. Natijahnya, kewujudan laman sosial seperti ini akan menggalakkan lagi penggunaan

singkatan dan perkataan-perkataan yang tidak ada dalam perbendaharaan kata bahasa

Melayu.

Isu penggunaan ayat juga dapat dilihat melalui sikap penutur bahasa Melayu

tersebut.. Bukitnya dapat dilihat pada penggunaan bahasa yang kurang tepat semasa

proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di sekolah dan pensyarah-pensyarah

di institusi pengajian tinggi. Sikap guru di sekolah yang ada kalanya menggunakan bahasa

yang tidak mengikut standard bahasa Melayu yang betul dalam penulisan mahupun lisan.

Sebagai contoh mereka menggunakan bahasa rojak yang mencampuradukkan antara

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hal yang demikian akan menyebabkan murid-murid

terikut-ikut dan akhirnya terbiasa dengan penggunaan ayat yang mengandungi bahasa

rojak. Penggunaan ayat yang bercampur aduk tersebut turut terjadi kepada guru mahupun

pensyarah yang mengajar subjek bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, akan

menyebabkan masalah dari segi hukum tatabahasa yang betul.

Page 5: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

Namun kata orang, kalau ada racunnya, pasti ada penawarnya. Lantaran itu, bagi

mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah kementerian,

jabatan atau agensi adalah sangat penting. Antara langkah yang boleh diambil oleh

kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah dengan memastikan semua pegawai dan

kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul dalarn semua

urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila

berurusan dengan pelanggan. Kekecualian bagi urusan yang melibatkan negara asing dan

untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa

asing boleh dilakukan. Seterusnya, mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan

betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-

menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan

perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan

berdasarkan kepada keperluan sahaja. Selain itu, menjalankan latihan dan menganjurkan

aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu

yang betul dalam kalangan pegawai dan kakitangan.

Dalam masa yang sama, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan

peningkatan kualiti bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau Tegur

Bahasa bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di

tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan

ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan

maruah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara ciri pencemaran bahasa ialah

pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang

tidak menepati tataBahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan

kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun pencampuradukan Bahasa Melayu

dengan bahasa Inggeris. Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses

pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk

dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan

mengambil tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi

membuat pembetulan.

Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan

bahasa yang teratur dan anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak

Page 6: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Penguasaan bahasa

Melayu yang baik dan teratur dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi tidak

kira awam atau swasta juga perlu diberi penekanan. Hal ini kerana merekalah yang akan

menentukan sama ada menggunakan bahasa Melayu yang tercemar ataupun tidak dalam

urusan pentadbiran.

Menurut Awang Sariyan (Utusan Malaysia, Februari 15, 2004) pula, bagi

mengelakkan bahasa Melayu tercemar akibat penggunaan bahasa SMS, guru mesti

memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan antara bahasa untuk urusan

rasmi dan tidak rasmi Menurutnya, penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap

semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan

pengunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak. Menurutnya lagi, Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) tidak memberi perhatian terhadap bahasa yang diguna pakai dalam SMS, tetapi jika

ragam bahasa itu digunakan dalam urusan rasmi yang mempengaruhi masyarakat, DBP

akan memberi perhatian terhadap penggunaan bahasa tersebut bagi mengelakkannya

merosakkan bahasa. Beliau juga berkata bahawa pihak berkuasa tempatan dan jabatan

kerajaan perlu bekerjasama dalam hal ini kerana mereka bertanggungjawab mengawal selia

papan tanda dan memastikan pihak yang mengeluarkan iklan menggunakan bahasa betul.

Tambahan pula, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau pasar

perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja.

Di samping itu, media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan

bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan

pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu. Media massa ini juga berperanan untuk

menyekat iklan-iklan dalam bahasa Melayu yang menyalahi sistem bahasa Melayu akibat

daripada terjemahan yang salah.

Sektor pengiklanan seharusnya turut menggunakan bahasa Melayu yang ilmiah dan

bermutu. Pengamal-pengamal media juga perlu memartabatkan bahasa Melayu yang

bermutu tinggi. Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu

biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut

bahasa baku yang betul. Hal yang sama juga harus dilakukan syarikat-syarikat penerbitan

filem Melayu. Perkara ini adalah untuk mengelakkan penggunaan bahasa yang bercampur

aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Hal in

kerana penggunaan bahasa rojak ini boleh dilihat secara langsung dalam penggunaan

Page 7: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

judulnya.

Konklusinya, mesej-mesej penting yang hendak disampaikan melalui penulisan ini

ialah yang pertama, semua pihak khususnya para pengiklan, penerbit filem, dan peniaga

hendaklah memahami penggunaan bahasa Melayu dengan betul agar yang salah tidak

menjadi ikutan. Seterusnya ialah pengiklan juga tidak seharusnya terlalu ghairah untuk

mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka sehinggakan mencemarkan bahasa

Melayu dengan kesalahan-kesalahan yang minor tetapi banyak. Akhir sekali, ialah

perubahan perlu dilakukan dalam sikap masyarakat yang bersikap endah tak endah dengan

kemelut yang melanda penggunaan bahasa di negara kita.

Page 8: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

ISU PENGGUNAAN AYAT DALAM MEDIA & CARA MENGATASI

Dahulunya saban hari kita mendengar lagu yang terpapar di media televisyen

mengandungi lirik” Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-

ramai………..” ciptaan Dol Ramli sebagaiusaha untuk memperjuangkan martabat Bahasa

Melayu di negara kita . Walau bagaimanapun sejak akhir ini, isu pencemaran bahasa ini

semakin menjadi-jadi berikutan pencemaran Bahasa Melayu melalui media. Definisi media

menurut Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada pelbagai jenis saluran atau perantara

komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya. Seperti

televisyen,radio, akhbar, majalah ,internet dan sebagainya yang boleh menyampaikan

maklumatdengan pantas. Di sini terdapat beberapa contoh pencemaran Bahasa Melayu

dalam mediasebagai renungan bersama.

Antaranya ialah penggunaan bahasa Rojak dalam media,buktinya apabila media

penyiaran memilih bahasa rojak sebagai nama rancangan dan nama siaran mereka.

Sebagai contoh, “ Memang power” seperti dalam iklan Sony boleh digantikandengan :

Memang Berkuasa” atau “ Memang Hebat”. Dalam iklan Panasonic pula, Slogan “Panasonic

Ideas For Life “ boleh diterjemahkan kepada “ Panaconic, Ciptaan Sepanjanghayat”. Selain

itu terdapat penggunaan bahasa asing dalam pengiklanan. Contohnya, Iklan Produk Ellgy

Plus menyatakan “ Ellgy Plus is uiterst wekzam….zaelfsmijn moeder is hetdaarmee eens”

yang bermakna “Ellgy Plu Berkesan”. Persoalannya adalah iklan ini berkesan dengan

mengaplikasikan bahasa asing untuk penerimaan masyarakat tempatan.Begitu juga dari

segi pemilihan kata yang kurang tepat dalam media pengiklanan. Contohnya Iklan Jacker, “

POTATO CRISPS Meriangkan selera”, Dari segi kolokasi,“Meriangkan” tidak sesuai

digandingkan dengan kata “ selera” kerana “ riang” ialah kata sifat yang dikaitkan dengan

suasana,situasi dan perasaan hati yang gembira. Kata sesuai yang dipadankan dengan

“selera” seharusnya “membangkitkan” atau “membuka” selera. Oleh itu,lebih tepat kalau

dikatakan “ POTATO CRISPS Membuka Selera”.

Kesalahan Bahasa Melayu pada Papan Tanda juga berlaku. Ini boleh kita ketahui

apabila melihat mana-manapapan tanda premis-premis perniagaan atau nama kawasan

mengabungkan bahasa asingdengan Bahasa Melayu. Contohnya perkataan “Suiz Letrik”

seharusnya menggunakan “Suis Elektrik”. Begitu juga di dalam Perkataan “ Di Larang”

sebagaimana dalam contoh diatas,ialah awalan dan seharusnya dicantum “Dilarang”

Bukannya “Di Larang. “ Dilarang adalah bentuk pasif daripada kata melarang.Menurut

Kamus Dewan Edisi Empat pencemaran bahasa bermaksud penggunaanbahasa yang tidak

betul di kalangan masyarakat. Malah definisi pencemaran bahasa ini turutdisokong oleh Nik

Page 9: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

Safiah Karim (1986), menurut beliau pencemaran bahasa ialahpenggunaan bahasa yang

melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui,

Cara menanganii masalah penggunaan ayat dalam bahasa Melayu yang tidak betul

Perbincangan antara badan-badan kerajaan

Antara ialah sentiasa mengadakan forum ataupun dialog bersama dengan semuaagensi

yang berkaitan untuk mencari dan membahaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam

pengiklanan. Seperti dialog bertajuk “Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Pengikalnan”

Pada 26 Mei 2011, di Dewan Seminar, Menara DBP yang dipengerusikan oleh Ketua

Pengarah DBP, YBhg.Dato Haji Termuzi Haji Abdul Aziz dan Dihadiri oleh seramai150

peserta dari agensi pengiklanan, wakil kementerian,Pihak Berkuasa tempatan,Pengawal

Media, Pengamal Media dan para wartawan. Tutur hadir Ahli majlis Agensi Pengiklanan

Bertauliah Malaysia (4A‟s),Encik Gary Tay, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan

Sastera, Encik Rusli Abdul Ghani dan Pengarah Pengembangan Bahasa danSastera, Encik

Salehuddin Abg Shokeran.

Pemberian kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

Selain daripada itu, pertimbangan pemberian kuasa pantau pihak Dewan Bahasadan

Pustaka dalam pengiklannan yang telah diumumkan oleh Timbalan Menteri PelajaranDr

Mohd Puad Zarkashi melalui petikan terbitan Suara13 Online pada 27 Jun 2012.

Melaluipendekatan ini, DBP akan berperanan sebagai penegur, penasihat dan mendidik

mana-mana agensi media dalam memartabatkan Bahasa Melayu berbanding menghukum

pihak-pihak yang menggunakannya dengan betul.

Peranan pihak berkuasa tempatan dan swasta serta agensi berkaitan

Pihak berkuasa tempatan, negeri dan kerajaan, seperti Majlis Bandaraya,

MajlisPerbandaran, Majlis Daerah ataupun pihak KDPNKK boleh memganding bahu

dalammenyelaraskan pemberian lesen perniagaan dengan memastikan nama premis

perniagaan menepati penggunaan Bahasa Melayu yang Betul. Melalui langkah ini, bukan

sahaja semua premis perniagaan di dalam negara menggunakan Nama Premis dengan

penggunaan Bahasa melayu yang betul malah ia dapat memartabatkan Bahasa Melayu ke

seluruh dunia dengan pembabitan peniaga dari luar negara yang perlu mengikuti peraturan

yang ditetapkan di Malaysia sekiranya ingin menjalankan perniagaan di sini

Page 10: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

Kerjasama penghasilan buku ilmiah dan bahan pelbagai media

Begitu juga, kerjasama antara pihak Dewan Bahasa & Pustaka, para cendekiawan dan para

sasterawan tempatan boleh menjalankan usaha sama bagi melaksanakan penghasilan,

penulisan, penterjemahan, penyebaran dan penggunaan buku dan bahanpelbagai media

Bagi membantu membenteras penyalahangunaan bahasa Melayu dalam media.

Peranan pemimpin dan para artis

Para pemimpin harus menggunakan Bahasa Melayu yang tepat terutamanya ketikaberucap

kepada media. Jika diperhatikan pengugunaan Bahasa Melayu sering kali dicampur

adukkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Jadi Persoalannya, jika pemimpin sendirinya

tidak memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul inikan pula pula rakkat yang

dipimpin. Turut dicadangkan juga kepada para artis hiburan terutamanya dalam telemovie

dan sebagainya sentiasa menggunakan Bahasa Melayu yang betul penggunaan

tatabahasanya kerana peranan mereka sebagai artis dalam memartabatkan Bahasa Melayu

amat penting dalam media.

Peranan penghasilan media berbentuk penggunaan Bahasa Melayu yang tepat

Satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak media ,Radio Televisyen Malaysia (TV)iaitu

dengan cuba mengajak orang ramai peka terhadap kesalahan ejaan dan bahasa rojakyang

dianggap memudahkan dalam kehidupan harianmenerusi drama “Osman Baku” yang

diarahkan oleh Dato'Rahim Razali sendiri yang menjadi Pakcik Osman dalam cerita seorang

pesara guru bahasa melayu. Di dalam drama ini dia membetulkan kesalahan

ejaan,penggunaan bahasa melayu,bahasa rojak dalam kehidupan seharian disamping turut

diselitkan juga dengan pengolahan jalan cerita yang menarik supaya penonton tidak berasa

bosan. Walaubagaimanapun, Drama ini hanya tamat sehingga 13 episod sahaja. Oleh yang

demikian, usaha ini tidak harus terbantut disini sahaja, penambahbaikan harus

diketengahkan dengan memanjangkan lagi episod tersebut kerana jalan ceritanya

mempunyai implikasi yang boleh dianggap sebagai sebuah langkah murni bagi

memartabatkan Bahasa Malaysia.

Page 11: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

IMPLIKASI ISU KEPADA MASYARAKAT

Pencemaran bahasa melalui pelbagai media yang yang semakin berleluasa ini

sudah pasti akan memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Antaranya ialah :

Penulisan Esei Pelajar tidak Berkualiti

Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama

ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya

dalam kalangan pelajar. Ramai pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan

baik. Walhal bahasa Melayu merupakan bahasa bangsa dan bahasa Ibunda. Lebih-lebih lagi

dengan keadaan sekarang yang timbul pelbagai perkara yang menyebabkan

penyalahgunaan bahasa seterusnya mempengaruhi cara penulisan para pelajar.

Terutamanya penulisan esei dalam peperiksaan. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan

istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan

menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok

oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan

bahasa yang betul.

Wujudnya Salah Faham Semantik dalam Masyarakat

Salah faham semantik ialah kesukaran serta kegagalan penyampai dan penerima

mesej mentafsirkan kod yang ingin dijelaskan. Ianya akan mengganggu komunikasi antara

individu yang terlibat. Hal ini juga turut sama menjejaskan bahasa Melayu baku. Akibat

daripada perbezaan dialek, kesan yang jelas kelihatan ialah berlakunya salah faham

semantik. Ada sesetengah media yang menggunakan dialek tempat masing-masing.

Contohnya adalah siaran radio bagi setiap negeri. Selain itu, penulisan dalam laman sosial

iaitu blog. Sudah pastinya setiap individu mengarang penulisan mereka dengan bahasa

Melayu yang betul, namun ada segelintir individu yang menggunakan dialek mereka

mengikut negeri kelahiran.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan

tergugat.

Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Walu bagaimanapun jika

penggunaan bahasa rojak yang melibatkan bahasa Inggeris dalam perbualan tidak

Page 12: Isu Penggunaan Ayat Dalam Pelbagai Sumber

dibendung maka secara tidak langsung ia akan mengugat kedaulatan bahasa Melayu itu

sendiri. INi akibat sikap kebanyakkan masyarakat menganggap penguasaan bBahasa asing

terutamanya Bahasa Inggeris merupakan satu standard yang tinggi dalam kalangan

masyarakat. Maka secara tidak langsung, Bahasa Melayu akan menjadi bahasa dipingirkan

khususnya di Bandaraya metropolitan. Dengan menguasai Bahasa asing misalnya Bahasa

Inggeris akan menaikkan taraf pergaulan mereka.

Kemerosotan Kualiti Bahasa Melayu

Perkembangan media elektronik semakin maju ekoran perkembangan media siber

atau media baharu iaitu internet sehingga mampu menghasilkan pengiklanan yang menarik..

Namun begitu, kemajuan elektronik yang sedang dicapai ini telah dicemari dengan bahasa-

bahasa yang kurang menyenangkan. Ini kerana terdapat pelbagai bahasa yang digunakan,

antaranya ialah bahasa Melayu. Jenis bahasa yang digunakan juga adalah pelbagai seperti

bahasa baku, bahasa rojak, bahasa perbualan dan dialek. Bahasa rojak atau bahasa

basahan telah menjejaskan kualiti bahasa melayu. Penggunaan bahasa dalam media ini

sukar dikawal kerana tiada peraturan yang dibuat untuk menghalangnya terutamanya di

media . Ianya hanya bergantung pada kesedaran dan tahap pengetahuan bahasa pengguna

media tersebut. Kesannya pada suatu ketika nanti, Bahasa Melayu tidak akan dipandang

tinggi lagi walaupun di Negara kita sendiri.

Bahasa Melayu diperlekehkan

Sikap peniaga atau pengiklan yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang

betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah

diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan

tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan,

sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang  digunakan pada  papan tanda yang

mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, dengan adanya sikap yang

sedemikian, kita dapat menyimpulkan bahawa, tahap kesedaran tentang penggunaan

Bahasa Melayu yang betul bukanlah suatu agenda yang penting. Akibatnya, generasi akan

datang menganggap perkara semikian tidak perlu lagi diketengahkan menjadi isu. Maka

Bahasa Melayu yang bertindak sebagai Bahasa Kebangsaan akan pupus menjadi sejarah

Bahasa sahaja.