isu moral

19
1.0 PENDAHULUAN Masalah disiplin bermaksud perlanggaran peraturan dan etika yang telah digariskan secara sah dalam sesebuah institusi atau organisasi. Sekiranya masalah disiplin ini dalam kalangan murid sekolah bermakna perlanggaran peraturan sekolah yang dilakukan oleh murid sekolah digariskan secara sah oleh pendaftar iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin dan lancar. Oleh itu, aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi perhatian berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981. “Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu, ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah”.KPM 1981 Disiplin di sekolah juga adalah untuk membentuk dan mengawal diri pelajar daripada melanggar undang-undang, norma, kebudayaan dan akhlak masyarakat, di samping menanam nilai-nilai murni bagi membolehkan mereka membentuk sikap, kepercayaan, keimanan, keteguhan prinsip dan lain-lain asas moral dan etika hidup.

Upload: cinee

Post on 07-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: isu moral

1.0 PENDAHULUAN

Masalah disiplin bermaksud perlanggaran peraturan dan etika yang telah

digariskan secara sah dalam sesebuah institusi atau organisasi. Sekiranya

masalah disiplin ini dalam kalangan murid sekolah bermakna perlanggaran

peraturan sekolah yang dilakukan oleh murid sekolah digariskan secara sah

oleh pendaftar iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 

Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan

suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran

dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin dan lancar. Oleh itu, aspek

disiplin murid di sekolah haruslah diberi perhatian berat pihak sekolah dan

keluarga seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981.

“Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat.

Oleh itu, ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada

di sekolah atau di luar sekolah”.KPM 1981

Disiplin di sekolah juga adalah untuk membentuk dan mengawal diri pelajar

daripada melanggar undang-undang, norma, kebudayaan dan akhlak

masyarakat, di samping menanam nilai-nilai murni bagi membolehkan mereka

membentuk sikap, kepercayaan, keimanan, keteguhan prinsip dan lain-lain

asas moral dan etika hidup.

Tetapi kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat

sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai

saluran media. Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid,

dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat, seperti

menyalahgunakan dadah, merompak, memeras ugut, merosakkan harta

benda sekolah (vandalism), mengancam guru-guru dan murid-murid serta

pelbagai lagi. 

Page 2: isu moral

2.0 Vandalisme (merosakkan harta benda)

Vandalisme boleh didefinisikan sebagai perbuatan ataupun perlakuan

merosakkan, memusnahkan, mengotorkan benda-benda serta peralatan yang

bukan kepunyaan sendiri yang seterusnya telah menggugat kesejahteraan

hidup orang lain.

Sejak kebelakangan ini, isu vandalisme telah menjadi topik yang

hangat diperbincangkan. Perbuatan vandalisme ini biasanya dilakukan oleh

golongan remaja ataupun generasi muda dalam lingkungan usia 13 tahun

hingga 24 tahun. Mereka yang tidak bertimbang rasa ini bertindak

merosakkan telefon awam serta tandas awam yang telah disediakan oleh

pihak kerajaan, melukis serta menulis perkara yang bukan-bukan di dinding

sesebuah bangunan dan sebagainya. Bagi remaja yang masih bersekolah

pula, mereka akan bertindak merosakkan kerusi, meja, papan hitam dan lain-

lain yang merupakan kepunyaan sekolah serta barang keperluan seseorang

pelajar. Hal ini seterusnya telah merosakkan keindahan sesebuah tempat.

Secara tidak langsung, nama serta imej negara kita Malaysia akan terjejas. 

Page 3: isu moral

3.0 Faktor-faktor pencetus vandalisme

Antara faktor berlakunya vandalisme adalah kurangnya penekanan

pendidikan moral serta agama sama ada di sekolah ataupun di rumah. Hal ini

penting kerana tanpa pendidikan tersebut, seseorang tidak akan mengetahui

nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan oleh seseorang individu. Mereka

tidak akan tahu kepentingan berbuat baik serta mungkin berhadapan dengan

kesukaran dalam membezakan betul salah daripada sesuatu perbuatan. Hal

ini mungkin berlaku akibat daripada sikap pelajar yang menganggap

pendidikan moral tidak berguna serta tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Guru-guru yang tidak menekankan kepentingan dan kebaikan

pendidikan moral di sekolah juga menyebabkan kegagalan mewujudkan

generasi muda yang soleh. Ibu bapa yang rakus ataupun serakah mengejar

kekayaan dan kewangan telah menyisihkan pendidikan yang penting ini. Oleh

itu, seseorang itu tidak mendapat pendidikan moral dan agama yang

secukupnya lalu bertindak vandalisme kerana tiada pengajaran yang

menentang perbuatan itu. Apabila mereka dewasa nanti, mereka juga telah

mempraktikkan perbuatan itu dalam kehidupan seharian. Dengan ini, telah

jelas menunjukkan bahawa kurangnya pendidikan moral dan agama

merupakan salah satu faktor berlakunya vandalisme.

Tekanan hidup ataupun stress juga merupakan salah satu faktor

berlakunya vandalisme. Hal ini demikian kerana sejajar dengan pawana

globalisasi di negara kita, Malaysia, pendidikan telah pun semakin

dipentingkan serta dititikberatkan. Keadaan ini seterusnya telah

menyebabkan ibu bapa mewajibkan anak masing-masing agar lulus

peperiksaan dengan keputusan yang cemerlang agar dapat berkhidmat serta

menyumbang kepada negara pada masa hadapan. Oleh itu, seseorang

pelajar akan mengalami banyak tekanan hidup untuk belajar dengan

bersungguh-sungguh agar tidak mengecewakan harapan ibu bapa masing-

masing. Terdapat kemungkinan bahawa individu tersebut akan bertindak

melakukan perbuatan vandalisme untuk melampiaskan beban yang dihadapi.

Mereka mungkin beranggapan bahawa perbuatan itu amat menyeronokkan

Page 4: isu moral

dan juga dapat membalas dendam kepada pihak sekolah yang mewajibkan

peperiksaan dijalankan. 

Selain itu, bagi generasi muda pula, ada di antara mereka yang

mungkin jatuh di bawah tekanan pengaruh rakan sebaya untuk melakukan

perbuatan vandalisme. Hal ini berlaku kerana mereka tidak berpendirian

teguh dan lama-kelamaan telah pun mengikuti ataupun mencontohi

perbuatan rakan mereka yang tidak senonoh itu. Golongan remaja biasanya

lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan

sebaya akan merosakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja. Kebiasaannya,

golongan remaja melakukan vandalisme merupakan remaja yang

berkumpulan. Mereka lazimnya tidak mempunyai hala tujuan dan matlamat

hidup. Apabila berkumpul sesama rakan mereka, maka timbullah pelbagai

idea termasuklah menconteng harta benda awam ataupun harta benda

sekolah dan merosakkannya.

Ibu bapa merupakan insan terpenting dan memainkan peranan yang

besar dalam membentuk sahsiah dalam diri anak-anak. Sesetengah remaja

ataupun pelajar yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada

keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup

negatif. Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme dendam dilakukan oleh

remaja yang ingin bebas dan berlatar belakangkan keluarga yang

bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna

daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak

dalam gejala negatif ini.

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan

sukar sekali dielakkan remaja ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-

filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke

arah vandalisme boleh mempengaruhi melakukan vandalisme. Golongan

remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling

termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar

sewajarnya.

Page 5: isu moral

4.0 Langkah-langkah membendung vandalisme

Pemaparan isu tanpa disusuli tiada pemantauan tidak ada gunanya.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk membendung masalah ini

adalah dengan menekankan pendidikan moral dan agama sejak di bangku

sekolah lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

Perkara ini amat penting sekali agar apabila mereka dewasa nanti, mereka

akan mempraktikkan nilai-nilai murni yang telah diajar sejak kecil lagi dalam

kehidupan seharian. Pihak sekolah juga harus bertindak menghukum sesiapa

sahaja yang telah ditangkap melakukan perbuatan vandalisme dengan

harapan bahawa peristiwa pisang berbuah dua kali dapat dicegah ataupun

tidak akan mengulangi perbuatan mereka itu. Ibu bapa juga harus mengajar

anak masing-masing serta bertindak mendidik mereka apabila mereka

ditangkap merosakkan barang-barang kepunyaan orang lain. Pihak ibu bapa

sepatutnya mengamalkan budaya sayang anak tangan-tangankan. Berkat

kerjasama dari pihak sekolah dan ibu bapa, langkah ini dapat diibaratkan

sebagai serampang dua mata.

Langkah kaunseling dapat diibaratkan sebagai sudah terang lagi

bersuluh. Sesi kaunseling ini penting agar pelajar-pelajar yang menghadapi

tekanan dalam pelajaran ataupun daripada rakan-rakan yang memaksa

mereka melakukan perbuatan vandalisme ini berpeluang meluahkan serta

menyatakan perasaan dan tekanan yang dihadapi masing-masing. Dengan

ini, mereka akan berpeluang mendapat nasihat daripada seseorang yang

berpengalaman yang seterusnya mungkin dapat menyelesaikan masalah

yang harus diharungi oleh pelajar tersebut. Seterusnya,bagi pelajar yang

melakukan vandalisme,mereka juga mungkin menyedari kesalahan sendiri

dan bertindak mengubah sikap mereka yang salah itu selepas melibatkan diri

serta menghadiri sesi kaunseling. Dengan ini, memang dapat dibuktikan

bahawa sesi kaunseling merupakan salah satu langkah yang wajib diambil.

Penguatkuasaan dan Perlaksanaan Undang-Undang perlu dijalankan

oleh pihak Kerajaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 (Undang-Undang

Kecil Vandalisme, 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda

awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000 atau penjara tidak lebih

Page 6: isu moral

setahun jika sabit kesalahan. Perlaksanaan undang-undang baru menetapkan

pesalah-pesalah vandalisme harus menjalankan kerja-kerja khidmat

masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah

vandalisme. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi

teladan kepada rakan-rakan yang lain. 

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja

tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya

menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya harta benda awam dan

menganggap harta benda orang lain sama seperti harta benda sendiri.

Secara tidak langsung, sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini,

maka sudah tentu gejala vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu

mengasihi dan mendampingi anak-anak supaya tidak berlaku kebosanan dan

kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk

jiwa yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam

dewasa. 

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan

perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah

ini dan pihak masyarakat perlu peka terhadap isu ataupun gejala vandalisme

yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala

vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain tiu, anggota masyarakat

boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya

akhlak vandalisme. Pihak sekolah juga patut memberikan nasihat dan

bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan menjaga harta benda

awam. Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang

tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. 

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat

terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada

masyarakat. Media massa memainkan peranan yang penting dan mempunyai

pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran dalam memperoleh kerjasama

dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa jua bentuk

rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa

juga berperanan dalam membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan

Page 7: isu moral

kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen “Harta Awam Milik

Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media

massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

Page 8: isu moral

5.0 kesimpulan

Kesimpulannya, para remaja harus berupaya untuk membezakan

perkara yang baik daripada perkara yang buruk. Dalam hal ini, pihak sekolah,

pihak guru dan ibu bapa haruslah berganding bahu untuk membasmi masalah

vandalisme yang kian berleluasa dalam kalangan remaja. Semua pihak perlu

berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi

gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat sebagai perkara biasa, namun

ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara pada

masa akan datang. Sekiranya semua kemudahan awam telah dimusnahkan

dan tidak dapat digunakan,maka kesulitan akan berlaku terhadap masyarakat

di negara ini juga. Imej negara juga akan dipandang rendah akibat daripada

perbuatan salah laku ini. Semua pihak khususnya masyarakat di negara ini

perlu bekerjasama dan bertindak segera dalam menangani gejala ini dan

jangan sampai kita menyesal dikemudian hari, bak kata pepatah “Jangan

sudah terhantuk barulah nak terngadah”.

Page 9: isu moral

KERTAS KERJA

CERAMAH JENAYAH JUVANA DAN HUKUMAN

1.0 PENDAHULUAN

Sejak kebelakangan ini berbagai cerita tentang isu berkaitan tentang

masalahdisiplin di sekolah telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Masalah ini

berlakutidak kira samada di sekolah bandar atau luar bandar,maupun sekolah

biasa ataudi sekolah berasrama penuh. Pelajar yang terlibat dengan masalah

ini biasanya terdedah dengan berbagaiperkara di sekililing termasuklah bahan

bacaan, televisyen, wayang, internet,pengaruh rakan sebaya dan

persekitaran masyarakat. Keadaan dunia yangtanpa sempadan kini

menyaksikan pelbagai pengaruh dari luar telah menjajahminda para pelajar

sekarang. Masalah ini sangat membimbangkan keranakecemerlangan dalam

pelajaran adalah amat berkait rapat dengan sikap pelajaritu sendiri.Bagi

membendung masalah ini maka pihak sekolah melihat kembali

systemsekolah kita yang lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik

tetapi kurangke arah kecemerlangan sahsiah. Sabagai usaha sekolah untuk

meningkatkankecemerlangan sahsiah ialah menganjurkan satu ceramah yang

bertajuk Jenayah Juvana iaitu merujuk kepada perlakuan jenayah golongan

remaja yang bertindakmenyalahi undangundang.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

2.1 Mendapat kelulusan pihak sekolah.

2.2 Mendapat bantuan kewangan, pengangkutan dan peralatan yang

digunakan semasa program.

2.3 Mengesahkan ahli jawatankuasa yang terlibat.

2.4 Mendapatkan kerjasama guru-guru yang terlibat.

3.0 MATLAMAT

Page 10: isu moral

Menyedarkan kepada para pelajar bahawa semua penjenayah walaupun

dikategorikan sebagai jenayah juvana akan menerima hukuman kerana telah

menyalahi undang-undang.

4.0 OBJEKTIF

Selepas mendengar ceramah ini para pelajar akan :

4.1 Menyedari bahawa kesalahan di bawah jenayah juvana akan

dikenakan tindakan undang-undang.

4.2 Menyedari bahawa setiap pelajar yang didapati bersalah perlu

menerima hukuman.

4.3 Menyedari bahawa sikap pelajar perlu diubah ke arah yang lebih positif

& agar kehidupan lebih bermakna dan dapat menyumbang kepada

pembangunan negara.

5.0 PESERTA SEMINAR

Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.

6.0 TEMPAT

Dewan SJK (C) Padang Besar (U)

7.0 TEMA

“Ke Arah Kecemerlangan Sahsiah”

8.0 PENGISIAN PROGRAM

Page 11: isu moral

8.1 Apakah maksud Jenayah Juvana?

8.2 Apakah kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah juvana?

8.3 Apakan tindakan undangundang bagi kesalahan di bawah jenayah

juvana?

9.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 6 Mac 2015

Hari : Khamis

Masa : 11.00 pagi

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bagi melaksanakan program ini dengan jayanya, peruntukan kewangan dari

pihak sekolah dianggarkan seperti berikut :-

Bayaran penceramah - RM 100.00 =RM 100.00

Jamuan penceramah - RM 50.00 =RM 50.00

Pengurusan - RM 30.00 =RM 30.00

JUMLAH =RM 180.00

Disediakan Oleh , Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

………………….. …………………. …………………

( TAN CIN YEE ) (PN CHANG HUI NEE) (CIK SAM CHAN SAM)

Rujukan

Page 12: isu moral

https://sukaweb.penang.gov.my/pkn/Akhbar.nsf/ff4f9fa0a2840a8b482575e6002c4ea0/05cab595163c7144482576fe000

http://www.utusan-malaysia-online.com/telefon-awam-rosak

http://berita-harian-online.com/92-kes-lif-rosak-angkara-vandalisme/

http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/0/135c2f0b3a4a1d8248256abe000e0083?OpenDocument

Page 13: isu moral

LAMPIRAN

Page 14: isu moral

KERTAS

KERJA