isu kauseling sekolah

9
Isu Kauseling Di Sekolah Isu-isu Pendidikan Malaysia (GGGC6033) Nama: Hezlie Noorshyam Bin Abu Samah No. Pelajar: P 63868 Pengajian: Ijazah Sarjana Pendidikan Khas

Upload: program-pendidikan-khas-integrasi-skbb

Post on 23-Sep-2015

245 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Cabaran & Cara mengatasi

TRANSCRIPT

Isu Kauseling Di Sekolah Isu-isu Pendidikan Malaysia (GGGC6033)

Isu Kauseling Di SekolahIsu-isu Pendidikan Malaysia (GGGC6033)Nama: Hezlie Noorshyam Bin Abu SamahNo. Pelajar: P 63868Pengajian: Ijazah Sarjana Pendidikan Khas

PengenalanPerkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama dilaksanakan dalam sistem pendidikan Malaysia. Namun, pelbagai isu dan cabaran masih hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak dalam sektor pendidikan. Usaha mengatasi cabaran yang dihadapi telah mematangkan perkhidmatan ini dan seterusnya mengukuhkan lagi status perkhidmatan ini. Pelbagai isu yang dibincangkan di dalam perkhidmatan kaunseling seperti proses kaunseling, kemahiran kaunseling dan hala tuju kaunseling di Malaysia. Khidmat kaunseling di sekolah bukan hanya tertumpu pada pelajar normal sahaja malah telah diadvokasi kaunseling untuk pelajar berkeperluan khas. Perkembangan Kauseling Di MalaysiaPerkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama dilaksanakan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu pada tahun 60 an.Pada tahun 1963, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperakui kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah (Amir & Latiff, 1984 dalam Ching Mey See dan Kok Mun Ng, 200). Tugas utama guru-guru bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah berkisar dalam kerjaya dan akademik sahaja (Ching Mey See and Kok-Mun Ng, 200). Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran mula mengarahkan setiap sekolah menengah di Malaysia menempatkan kaunselor sepenuh masa bagi membantu menangani masalah pelajar yang meliputi aspek yang lebih luas selain aspek akademik.

Isu-isu KauselingPeruntukan kewangan, kaunselor tidak mengajar, kecekapan dan professionalism kaunselor ( Zuria, Salleh dan Mujab, 1999), dan peranan kaunselor dalam masalah disiplin murid (Zuria, Noriah, Amla, 2005).Kurangnya pengetahuan masyarakat sekolah tentang bidang kesihatan mental secara keseluruhan (punca masalah kesihatan mental, teknik dan kesan intervensi, profesion membantu, dan etika).Salahtanggap dan reaksi negatif timbul dari guru-guru lain bila kaunselor tidak mengajar.Kurangnya pengetahuan tentang etika dalam kalangan ketua pentadbiran (Pengetua dan pentadbir lain).Kurangnya persediaan dari pihak kaunselor sendiri (kelayakan akademik, pengalaman menjalankan sesi kaunseling).Kekurangan pengetahuan mendalam tentang teori dan teknik kaunseling serta kemahiran penyelidikan.Kaunselor yang tidak berpeluang menjalankan sesi kaunseling apabila dibebankan dengan tugas-tugas lain (Zuria, 2005).Tidak dipercayai oleh pihak pentadbiran dalam menjalankan sesi kaunseling pada pelajar.Implikasi (Bimbingan Kauseling Yang Berkesan)Proses kaunseling dan bimbingan melibatkan hubungan interpersonal yang selesa atau kondusif pada pelajarKaunselor yang ingin membantu dan selalu melapangkan masa untuk bersama pelajar serta menghormati budaya sesuatu bangsaKaunselor atau guru bimbingan yang mewujudkan kepercayaan dalam diri pelajar untuk mendapatkan bimbingan atau kaunseling.Menjadi model yang baik kepada guru-guru serta pelajar di sekolah.Prihatin dan peka pada setiap masalah pelajar.Memupuk nilai murni dan bertanggungjawab dalam setiap penyelesaian masalah.

Implikasi(Masalah dalam perkhidmatan kaunseling)Bukan semata untuk membantu menangani masalah pelajar yang meliputi aspek akademik sahaja.Kaunselor sepatutnya diberi tugas sepenuhnya untuk membantu pelajar dan bukan untuk mengajar di kelasTiada sokongan dari pihak pentadbir sekolah (hubungan kerjasama) dan menyebabkan Kaunselor tidak dapat menjalankan sesi kaunseling pada pelajar.Kaunseling bukan hanya untuk menolong seseorang pelajar yang mempunyai masalah sahaja, namun pelajar yang tidak mempunyai masalah juga boleh berjumpa kaunselor untuk mendapat bimbingan atau bantuan untuk memperbaiki dirinya atau untuk mendapatkan maklumat yang tidak dimilikinya

CabaranSalahtanggap dan reaksi negatif timbul dari guru-guru lain bila kaunselor tidak mengajar, dan bila pelajar mengambilmasa yang lama untuk berubah tingkahlaku.Pihak pentadbiran tertinggi sekolah tidak pandai menyimpan maklumat sulit dan menyebabkan pelajar hilang kepercayaan pada kaunselor.Kepelbagaian budaya dan pegangan serta lantang bersuara menjadikan tugas kaunselor di sekolah lebih mencabar.Kerjasama dengan pihak ibubapa/penjaga serta PIBG

Cadangan PenambahbaikanKaunselor yang berkhidmat perlu mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang Bimbingan dan KaunselingGuru kaunseling disaran untuk meningkatkan pengetahuan dan penggunaan teori dalam proses kaunseling , selain daripada mempunyai kemahiran penilaian dan pengukuran untuk pelajar.Mempunyai pengetahuan tentang pelbagai masalah sosial terkini seperti gejala seks remaja dan penyalahgunaan teknologi agar dapat memberi khidmat yang relevan dengan budaya, responsif dan berkesan. PIBG, IPT dan pelbagai agensi lain sentiasa perlu terlibat sama dalam penganjuran program-program kerjaya, kem motivasi, kaunseling keluarga, dan lain-lain diperingkat sekolah.Kepercayaan penuh oleh pihak pentadbir sekolah kepada sesorang Kaunselor yang menjalankan sesi kaunseling pelajar.Perbanyakan aktiviti atau program dan melibatkan kolaborasi pelajar dengan pihak. (Kemasyarakatan)Mengukuhkan lagi program kolaborasi antara pihak kauseling dengan pelajar khas.

RujukanBrigman,G., Campbell, C. , 2003, Helping Students Improve Academic Achievement and School Success Behavior, ASCA, 7:2 , 91-98.Huey, Wayne C. - Remley, Theodore P., Jr. 1990. Ethical and Legal Issues in School Counseling. Highlights. ERIC Clearinghouse on Counseling and Personnel Services Ann Arbor MI. Ivey, Ivey & Zalaquett, (2010). Intentional Interviewing & counseling. Brokes/ Cole Cengage LearningPanduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah Dan Menengah (2009). Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.Zuria mahmud dan Ahmad Jazimin Jusoh, 2008. Kualiti Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah Menengah , 2008. Jurnal PERKAMA, 129-144.Zuria Mahmud, Salleh Amat dan Mohd. Mujab Sukaimi. (1999).Isu-isu jawatan kaunselor sepenuh masa di sekolah dan cadangan mengatasinya. Prosiding seminar isu-isu pendidikan negara fakulti pendidikan bangi (238-251).