isu kali ini >>> ikuti kami -...

4
ISU 12 5432 Any Street West Townsville, State 54321 COMPANY REAL ESTATE Isu Kali Ini >>> BIASISWA YANG DI- PERTUAN AGONG JELAJAH #myGST4U DI KEDAH & SABAH EKSPLORASI TRANSFORMASI Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore. Ikuti Kami SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA Sumbangan Berita: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 1 — 16 NOV 2014 Pada 4 November 2014, telah berlangsung Majlis Penyerahan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong. Seramai 12 orang pelajar menerima penajaan terbabit bagi sesi 2014-2015 daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lounge Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Enam pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) dan enam pelajar sarjana dalam bidang sains dan teknologi serta undang-undang menerima biasiswa yang diperkenalkan untuk mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang individu. Bagi penawaran kali ini, satu bidang baru diperkenalkan iaitu Kewangan Islam selaras dengan hasrat menjadikan negara sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa. Keistimewaan penajaan itu ialah mereka menerima elaun sara hidup 50 peratus lebih tinggi daripada kadar biasiswa Persekutuan untuk pengajian luar negara.

Upload: hoangthuy

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Kali Ini >>> Ikuti Kami - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/buletin_paskom... · Enam pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) dan enam pelajar

ISU 12

Finding An Agent That’s Right For You

5432 Any Street West

Townsville, State 54321

COMPAN Y

REAL ESTATE

Isu Kali Ini >>>

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG

JELAJAH #myGST4U DI KEDAH & SABAH

EKSPLORASI TRANSFORMASI

Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim

niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et

iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore.

Ikuti Kami

SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com

KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA

Sumbangan Berita: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA

MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG

1 — 16 NOV 2014

Pada 4 November 2014, telah berlangsung Majlis Penyerahan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong. Seramai 12 orang pelajar

menerima penajaan terbabit bagi sesi 2014-2015 daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lounge

Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Enam pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) dan enam pelajar sarjana dalam bidang

sains dan teknologi serta undang-undang menerima biasiswa yang diperkenalkan untuk mengiktiraf kebolehan luar biasa

seseorang individu. Bagi penawaran kali ini, satu bidang baru diperkenalkan iaitu Kewangan Islam selaras dengan hasrat

menjadikan negara sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa. Keistimewaan penajaan itu ialah mereka menerima elaun sara

hidup 50 peratus lebih tinggi daripada kadar biasiswa Persekutuan untuk pengajian luar negara.

Page 2: Isu Kali Ini >>> Ikuti Kami - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/buletin_paskom... · Enam pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) dan enam pelajar

SUNGAI PETANI, KEDAH, 9 NOVEMBER 2014 –

Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam telah melancarkan Kempen

Go Green JPA4U di INTAN Kampus Wilayah Utara

(INTURA). Kempen peringkat Jabatan Perkhidmatan

Awam bertemakan “Wilayah Lestari: Ke Arah Gaya

Hidup Hijau” ini adalah bertepatan dengan Teras Keempat

Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam iaitu

menjalinkan kerjasama dan penglibatan awam-swasta-

NGO bagi melahirkan Perkhidmatan Awam yang

berprestasi tinggi dan berjiwa rakyat.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, Kempen Go

Green ini bersempena dengan Hari Kitar Semula

Kebangsaan yang disambut pada 11 November diharap

akan memberi kesedaran berterusan tentang kepentingan

menghargai alam sekitar. Beliau mahukan agar rakyat

bersikap terbuka dan positif membuat perubahan dalam

kehidupan seharian dengan mengitar semula bahan-bahan

seperti plastik, kertas dan kaca demi untuk menyelamatkan

bumi.

Selain daripada pengisian program JPA4U@INTURA

yang merangkumi aktiviti berkonsepkan “Go Green” dan

“Community Engagement”, program ini turut didatangkan

dengan hidangan intelek seperti Wacana Transformasi

Kepimpinan Muda, Wacana Kepimpinan Al-Fateh dan

Program Khas bersama Angkawasan Negara, Dato’ Dr.

Sheikh Muzaphar Shukor. Terdapat pelbagai jenis

pameran yang menyertai program ini seperti pameran

Mybest Buy dari FAMA, e-Filing dari LHDN, Kitar

Semula dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negeri

Kedah dan sebagainya.

KEMPEN GO GREEN JPA4U

DI INTAN KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA) 5 November 2014 - Jelajah #myGST4U julung-julung kalinya telah diadakan di

Negeri Sabah. Majlis ini telah direalisasikan hasil jalinan kolaborasi dan

kerjasama padu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, PejabatSetiausaha

Persekutuan Sabah dan INTAN Sabah dengan kerjasama daripada Jabatan

Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Kementerian

Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Jelajah #myGST4U di Kota Kinabalu ini yang merupakan negeri kedua da-

ripada enam siri jelajah yang akan diadakan oleh JPA pada tahun ini. Siri Jela-

jah yang pertama telah diadakan di Kuala Kangsar pada 30 Oktober 2014 yang

lalu. Jelajah #myGST4U merupakan salah satu inisiatif di bawah Blue Ocean

Communication on GST yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan

Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui program turun padang yang amat

digalakkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara di bawah

konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam, ia membolehkan JPA dan MOF

menyebar luas agenda dan dasar mengenai GST serta menjawab segala

pertanyaan dan kemusykilan mengenai GST yang berada di fikiran para

penjawat awam dan kepada rakyat umumnya. Penganjuran program sebegini

diharap dapat membawa anjakan perubahan baharu yang positif ke dalam

minda penjawat awam agar menyokong dan melaksanakan dasar-dasar

Kerajaan ke arah mencapai status Negara maju berpendapatan tinggi dan

mampan.

PROGRAM JELAJAH #MYGST4U@SABAH

Page 3: Isu Kali Ini >>> Ikuti Kami - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/buletin_paskom... · Enam pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) dan enam pelajar

PROGRAM SEMARAKKAN TRANSFORMASI

DAN JELAJAH #MYGST4U @ KEDAH

SUNGAI PETANI, KEDAH, 9 NOVEMBER 2014 – Program Semarakkan Transformasi dan Jelajah #myGST4U Negeri Kedah

merupakan salah satu inisiatif kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan

Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, CUEPACS serta badan NGO seperti Persatuan Pesara.

Program yang berkonsepkan Merakyatkan Perkhidmatan Awam membolehkan JPA dan agensi-agensi lain menyebar luas agenda dan

dasar mengenai GST serta menjawab segala pertanyaan mengenai GST yang berada di fikiran para penjawat awam dan kepada

rakyat umumnya. Selain itu, penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam

JPA untuk turun padang dan berjumpa dengan penjawat awam bagi menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan transformasi.

Terdapat 6 siri jelajah yang akan diadakan dan negeri Kedah merupakan siri yang ketiga selepas negeri Perak dan Sabah. Melalui

penganjuran program ini, penjawat awam dapat memahami dengan jelas dasar yang diperkenalkan, bersikap terbuka dan positif

untuk membuat perubahan dan sekaligus, membantu kerajaan mempertingkatkan kesedaran di kalangan rakyat kerana mereka juga

merupakan sebahagian dari jurucakap dasar-dasar kerajaan.

Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dalam ucapannya turut menyentuh mengenai 1Pesara yang merupakan salah satu

inisiatif yang disediakan untuk menjaga kebajikan pesara Kerajaan yang telah banyak menabur budi dan jasa bakti sepanjang berada

dalam perkhidmatan awam. Inisiatif ini diterajui oleh JPA dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian

Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia yang bernaung di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue

Ocean Strategy (NBOS).

Pelbagai inisiatif yang disediakan ini adalah untuk menunjukkan betapa Kerajaan secara berterusan mengambil berat dan prihatin

terhadap kebajikan penjawat awam sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang sudah bersara. Kesemua inisiatif ini seharusnya

dimanfaatkan sebaik mungkin dan dibalas dengan semangat patriotisme yang tinggi demi menjaga kedaulatan dan nama baik

Perkhidmatan Awam dan Negara. Oleh itu, kebersamaan semua pihak dalam program hari ini jelas menunjukkan aspirasi serta

semangat yang padu serta jitu oleh penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab bagi memastikan agenda nasional dapat

digarap, dihasilkan dan dilaksanakan dengan jayanya.

5 November 2014 - Majlis Dialog Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama Guru-guru di Sabah telah diadakan di De-

wan Canselor, Universiti Malaysia Sabah. Majlis ini telah direalisasikan hasil jalinan kolaborasi dan kerjasama padu Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, dalam amanatnya kepada para guru mengajak semua guru untuk bersama

JPA melayari bahtera transformasi menuju destinasi iaitu sebuah Perkhidmatan Awam yang Berprestasi Tinggi, Berintegriti,

Dinamik dan Berjiwa Rakyat. Melalui program turun padang ini, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal

berharap dapat mendengar sendiri keluh kesah dan harapan para guru untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan Negara di

samping meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan. Beliau juga berharap dengan program turun padang ini,

penyampaian agenda transformasi kepada para guru dapat disampaikan dengan jelas dan anjakan minda dan perubahan ter-

hadap dasar-dasar baharu dapat diterima dengan terbuka dan positif.

JPA juga, dengan kerjasama KPM telah melaksanakan projek rintis melalui NBOS – Program Pemantapan Profesion Guru

atau NBOS - PPG di mana penempatan seramai 445 orang pembantu guru dengan jawatan Pembantu Tadbir dan 229 orang

Juruteknik Komputer telah diwujudkan dan ditempatkan untuk membantu Guru Tugas Khas iaitu Guru Data, Guru Per-

pustakaan dan Media dan Guru Penyelaras Bestari di 313 buah sekolah di Melaka mulai tahun 2013.

Mengakhiri amanat beliau, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berharap agar para guru dapat memainkan

peranan aktif sebagai jurucakap bagi memperjelaskan dasar-dasar Kerajaan termasuklah pelaksanaan GST kepada umum.

JPA melalui INTAN dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia telah diberi peranan

untuk melatih penjawat awam agar sentiasa bersedia untuk menerangkan kepada rakyat tentang isu GST.

SESI DIALOG KPPA BERSAMA GURU-GURU SABAH

DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

3

Page 4: Isu Kali Ini >>> Ikuti Kami - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/buletin_paskom... · Enam pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) dan enam pelajar

6 November 2014 - Projek Sekolah Angkat JPA4U@INTAN Sabah ini merupakan projek rintis yang julung-julung kali diadakan.

JPA4U dilancarkan pada 9 Disember 2013 untuk menyokong agenda Merakyatkan Perkhidmatan Awam yang diperkenalkan oleh

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara untuk bertemu dengan rakyat, mendengar masalah dan rintihan

mereka serta melihat sendiri keperitan yang dilalui oleh masyarakat. Justeru, Sekolah Kebangsaan Sri Gaya telah terpilih sebagai

sekolah angkat yang pertama sebagai menjayakan agenda ini.

Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, dalam ucapannya menerangkan bahawa idea untuk melaksanakan program

sekolah angkat ini tercetus apabila menyedari bahawa agensi-agensi Kerajaan, GLC mahupun pihak swasta dilihat kurang berminat

untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh faktor pulangan komersial atau pun tanggapan ker-

jasama seumpama ini yang dikatakan kurang menonjolkan imej korporat mereka di mata masyarakat.

Justeru itu, JPA melalui Kampus INTAN Sabah mencadangkan program sekolah angkat ini dilaksanakan di bawah program JPA4U

bagi merealisasikan impian Merakyatkan Perkhidmatan Awam melalui konsep perkongsian pintar. Kepakaran dan keupayaan INTAN

dari segi tenaga pelatih yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan aset diharap dapat dioptimumkan. Dengan kerjasama

strategik ini diharap dapat memberikan pulangan terbaik kepada sekolah. Menyedari kepentingan pemupukan sumber manusia,

sekolah adalah institusi penting sebagai pusat utama pembenihan, pertumbuhan dan penyuburan sumber manusia, pembentukan

akhlak dan perwatakan generasi muda dan cara pemikiran. Guru memainkan peranan yang amat penting sebagai menyokong dan

membantu dalam pembentukan pemikiran dan sikap kanak-kanak sejak dari kecil. Justeru, didikan awal yang betul amat perlu untuk

mengubah cara berfikir agar mereka mudah menerima perubahan dan bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam kehidupan

sepanjang proses membesar.

Mengakhiri ucapannya, Yang Berbahagia Tan Sri berharap agar program seumpama ini akan memberi impak yang tidak hanya terhad

kepada para pelajar malahan limpahan manfaatnya akan turut dirasai masyarakat umum. JPA melalui INTAN akan bersama-sama

menggalas tanggungjawab untuk menyediakan ruang dan landasan kepada rakyat untuk lebih dekat dan mesra dengan agensi-agensi

kerajaan. Pelbagai program akan dirancang sebagai pendedahan terhadap peranan serta fungsi organisasi kerajaan dalam menangani

cabaran mendatang.

PUTRAJAYA,8 November 2014 - Program Eksplorasi

Transformasi 2014 dianjurkan oleh Bahagian Transformasi

Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (BTSA JPA)

dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

(PPTD), INTAN Bukit Kiara dan Kelab JPA.

Program berbentuk treasure hunt ini bertemakan Patriotisme

dan Bahasa Kebangsaan bermula di Kompleks C1, Kompleks C,

Putrajaya ke INTAN Bukit Kiara. Program merupakan salah

satu inisiatif ke arah menyebarluaskan agenda transformasi, di

samping mengukuhkan semangat berpasukan dan kekitaan di

kalangan penjawat awam dalam menyokong pelaksanaaan Pro-

gram Transformasi Kerajaan. Melalui penganjuran program ini

juga, para peserta akan bersikap lebih positif dan terbuka untuk

menghadapi sebarang perubahan dalam Perkhidmatan Awam.

Acara Pelepasan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh

Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Acara Pelepasan

bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di hadapan Blok C1,

Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Turut hadir bersama

ialah Yang Berbahagia Dato' Sri Dr Sharifah Zarah Syed

Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

(Pembangunan), Yang Berbahagia Dato' Seri Zainal Rahim

Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

(Operasi) serta Pengarah-Pengarah Bahagian JPA

Penyertaan terbuka kepada semua kementerian dan agensi

kerajaan dan setiap pasukan terdiri dari maksimum empat

orang. Sebanyak 65 buah kenderaan terlibat yang mana lebih

200 orang mengambil bahagian dalam acara Ekplorasi

Transformasi ini. Pasukan yang terlibat antaranya ialah

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Sumber

Manusia, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pelancongan dan Ke-

budayaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan

Penyiaran Malaysia (RTM).

PERTANDINGAN EKSPLORASI TRANSFORMASI 2014

PROGRAM JPA4U@INTAN SABAH

DI SK SRI GAYA, KOTA KINABALU, SABAH