kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar jabatan tahun satu, fssr uitm kedah. seramai...

32

Upload: others

Post on 29-Dec-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01
Page 2: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01
Page 3: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01
Page 4: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

TRU-FSSR, UITM KEDAH

Oleh Ahmad Fazlan Ahmad ZamriKurator Galeri Seni Merbok, FSSR

(Lawatan/Latihan Industri Pelajar di Galeri Seni Merbok)

Pada November 2019, Galeri Seni Merbok telah menerima 4 orang pelajar daripada pelajar Thepsatri Rajabhat University (TRU). Pelajar dari jurusan Thai Language & Computer Education ini berada di Galeri Seni Merbok bermula dari 17-21 November 2019. Pelajar pada mulanya diperkenalkan dengan Fakulti Senilukis & Senireka UiTM Kedah secara amnya dan dibawa melawat di sekitar Kawasan fakulti yang menempatkan kesemua bahagian termasuk ruang galeri.

Dibantu oleh Pn. Phaveena Primsuwan, Pensyarah Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Kedah, pelajar menjalani sesi suai kenal bersama Ketua Pusat Pengajian (KPP) dan kurator dan diberi sedikit penerangan dan maklumat berkaitan hasil karya dan bahan pameran yang ada di Galeri Seni Merbok dan dibawa ke ruang pameran dan jualan Galeri Batik Merbok. Disebabkan oleh tempoh masa yang singkat, salah satu tugas yang diberi kepada pelajar ialah untuk membuat penulisan berkaitan hasil karya seni, rupa dan budaya di wilayah nusantara yang terdapat di dalam galeri berdasarkan pemahaman pelajar dari segi pemerhatian konteks budaya dan kehidupan masyarakat.

Pelajar dibolehkan untuk membuat penulisan dalam 2 bahasa (English & Thai language). Adalah diharapkan tempoh pendedahan yang singkat ini dapat meberikan sedikit sebanyak pengalaman keadaan kerja sebenar dalam bidang yang berkaitan serta menambahkan ilmu dan keberkesanannya kepada pelajar

Page 5: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Kunjungan Kedutaan Australia

Oleh Mas Ayu Zainal Ismailke Galeri Batik Merbok

Pada 4 Disember 2019, buat pertama kalinya Galeri Batik Merbok, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Pejabat Kedutaan Australia di Malaysia. Kunjungan hormat tersebut yang berlangsung kira-kira hampir 2 jam dihadiri oleh Andrew Goledzinowski, Pesuruhjaya Tinggi Australia turut serta isteri, Lyn Allan dan Setiausaha Pertama, James Bryan. Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid selaku Rektor UiTM Cawangan Kedah diiringi barisan-barisan Jawatankuasa Eksekutif (JKE) universiti bersama-sama Ketua Pusat Pengajian (KPP) menyambut baik kunjungan tersebut setibanya di Galeri Batik Merbok tepat jam 9 pagi.

Berkongsi minat yang sama terhadap industri tekstil ini, Lyn Allan dan suaminya, Goledzinowski tidak melepaskan peluang untuk mengamati setiap koleksi rekaan Batik Merbok. Berilhamkan motif daripada elemen-elemen semulajadi Negeri Kedah, terutamanya di sekitar kawasan Lembah Bujang, menjadikan ia begitu unik. Sentuhan motif bakau, tulisan Sanskrit, ukiran, burung merbok, akar sintok, buluh dan slipper orkid membuatkan batik ini tampak eksklusif dan menepati kehendak pasaran global. Kehalusan hasil kerja tangan, kualiti dan kreativiti pereka dalam mewujudkan perbezaan penghasilannya berbanding batik Terengganu dan Kelantan meletakkan produk ini lebih menepati citarasa kontemporari kini. Menurut Lyn Allan, keterujaan beliau terhadap tekstil ini apabila melihatkan reka corak yang dihasilkan oleh Batik Merbok berbeza berbanding yang sedia-ada; lebih moden dan menepati citarasanya iaitu hasilan-hasilan rekaan berbentuk abstrak.

Selaku wakil pihak Kedutaan Australia, Goledzinowski juga tidak segan untuk mempromosikan Batik Merbok ke negara beliau. Peluang yang diberikan ini bukan sahaja mampu mengenengahkan koleksi-koleksi custom made yang sering menjadi pilihan orang kenamaan dan kerabat-kerabat diraja malah, meningkatkan sosio-ekonomi negara. Istimewanya produk tekstil ini ialah setiap reka corak penghasillannya mempunyai sentuhan yang tersendiri dan tidak dapat diperolehi di pasaran luar. Ciri-ciri ini masih dikekalkan sehingga sekarang.

Goledzinowski, Lyn Allan dan Bryan tidak melepaskan peluang untuk mencuba mewarnakan sendiri reka corak motif Batik Merbok yang disediakan khas oleh pihak galeri. Membawa pulang kain tekstil ini sebagai buah tangan setiap pengunjung yang datang adalah satu kewajipan. Kunjungan ini diteruskan dengan lawatan ke Galeri Fakulti Seni lukis & Seni Reka dan disudahi dengan jamuan ringan.

Page 6: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

PELAN STRATEGIK BATIK MERBOK

Oleh Shuhaila Md ShahidThe Jerai Hill Resort

Pembuka Tirai 2020, Batik Merbok telah mengadakan Pelan Strategik bagi tahun 2020 - 2021 bagi merancang dan berkongsi idea dalam memperkembangkan Batik Merbok di masa akan datang.

Pembuka Tirai 2020, Batik Merbok telah mengadakan Pelan Strategik bagi tahun 2020 - 2021 bagi merancang dan berkongsi idea dalam memperkembangkan Batik Merbok di masa akan datang.

Nama Batik Merbok tidak asing lagi yang merupakan salah satu produk yang menjana pendapatan UiTM Cawangan Kedah. Ia adalah satu usaha murni sebagai sumbangan komuniti khususnya dari segi ekonomi, sosial, budaya dan warisan. Program ini juga adalah selaras dengan keperluan mewujudkan pembangunan modal insan bagi membantu menjana dan meningkatkan taraf mobiliti sosio ekonomi masyarakat kampung. Demi menyempurnakan tanggungjawab dari segi kemasyarakatan dan kemanusiaan ini segala perancangan dan pelan tindakan adalah dibuat secara berperingkat-peringkat dan komprehensif.

Sepanjang bengkel berlangsung setiap Felo Batik Merbok dapat merancang dan menentukan aktiviti yang akan dilaksanakan pada sepanjang tahun 2020 hingga 2021 bagi menaikkan namaUniversiti Teknologi MARA khususnya UiTM Cawangan Kedah. Selain itu, Interaksi dan perbincangan berkumpulan serta semangat dalam mencapai matlamat utama dapat melahirkan staf yang komited dan cemerlang.

Akhirnya, Bengkel ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Perancangan yang dibuat diharapkan dapat melonjakan nama Batik Merbok agar lebih dikenali di seluruh dunia.

Page 7: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

WHAT IS BRANDING?

Oleh Nurul Atikah AdnanApa itu penjenamaan?

Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di bawah anjuran Reqa-Reqa Creative Centre telah mengadakan satu bengkel What is Branding pada 27 Januari 2020. Bengkel ini bertujuan membantu para pensyarah dalam pengajaran bagi kursus penjenamaan selari dengan keperluan silibus.

Penjenamaan adalah salah satu perkara penting yang mesti dibina oleh satu organisasi dalam era globalisasi. Jenama yang kuat boleh dikenali dengan mudah oleh pengguna supaya bilangan pesaing tidak akan berkuatkuasa jika jenama anda sudah kukuh. Branding atau dipanggil penjenamaan merupakan proses membina imej untuk produk dalam minda pengguna.

Ini merupakan cabaran kepada para pelajar tahun akhir Diploma Seni Reka Grafik & Media Digital untuk menunjukkan kemahiran dan juga kreativiti masing-masing dalam penghasilan Branding yang berkesan.

Antara perkongsian bengkel ini termasuklah proses penjenamaan sesuatu perniagaan, garis ukur membina jenama yang baik dan perbezaan antara Branding, Rebranding dan Refreshing. Dengan menggunakan medium komunikasi yang tepat seperti media sosial, bidang penyiaran dan lain-lain boleh mewujudkan persepsi dan nilai di dalam minda pelanggan yang menjadi sasaran anda.

Brand atau bahasa mudahnya jenama, yang boleh buat sesuatu perniagaan itu dikenali dengan mudah. Jenama yang kuat melambangkan keunikkan, keboleh-percayaan, sentiasa ada dan kualiti didalam pandangan pelanggan.

Page 8: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

RITMA Johor

Oleh Mohd Zamri Azizan‘Satu kejayaan awal bermula’

Seni Arca Awam didefinisikan sebagai sebuah karya seni yang diletakkan di ruang terbuka. Ianya merupakan satu bentukan seni yang berfungsi dalam dimensi ruang yang menyeluruh sehingga mencapai 360 darjah dan berlatarbelakangkan ruang persekitaran. Kedudukannya lebih tertumpu di luar sistem galeri, penghayatannya pula kepada interaksi masyarakat secara terbuka, bersifat kekal dan mementingkan keperluan tertentu untuk memastikan kewujudannya bersesuaian dengan faktor cuaca dan aspek keselamatan penyelenggaraannya.

RITMA Johor adalah merupakan satu pertandingan arca awam yang dianjurkan sepenuhnya oleh Galeri Seni Johor dan di bawah tadbir urus Yayasan Warisan Johor. Pertandingan yang bertemakan Lestari & Berbudaya ini adalah merupakan pertandingan di peringkat kebangsaan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Rekaan Arca Awam dan Rekaan Arca (IPTA/IPTS). Pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan dengan membuka penyertaan di peringkat kebangsaan ini juga dilihat sebagai satu tindakan wajar pihak Galeri Seni Johor untuk mengembalikan semula budaya dan seni tradisi Johor dalam wadah dan interpretasi yang baru.

Kesempatan untuk mencetus idea baru merupakan satu rutin pembelajaran berterusan di kalangan pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01 telah diberi peluang dan pendedahan untuk menghasilkan arca sempena pertandingan Ritma Johor ini dan demi melengkapkan projek akhir kursus FND111 pada semester berkenaan.

Tema Lestari & Berbudaya telah dikaji dan digarap sepenuhnya oleh pelajar-pelajar tersebut melalui pelbagai olahan dan transisi idea yang melibatkan objek budaya dan tradisi khusus negeri Johor seperti gambus, keris dan kuda kepang dipilih sebagai kes kajian. Justifikasi penghasilan arca ini juga adalah menjurus kepada apresiasi budaya dan seni tradisi Johor kepada satu interpretasi yang baru tanpa menghilangkan ciri-ciri aslinya.

Sebanyak enam buah arca telah disiapkan dengan sempurna untuk menyertai pertandingan ini dan telah pun dinilai di peringkat awal oleh juri professional di kalangan ilmuwan seni. Penjurian telah dilakukan oleh Dr Rosli Zakaria selaku ketua juri dibantu oleh Prof Madya Ramlan Abdulah sebagai juri jemputan khas disamping beberapa nama tersohor lain yang mewakili jabatan masing-masing seperti Balai Seni Negara dan Aswara.

Akhirnya sebanyak tiga buah arca yang mewakili FSSR UiTM Kedah telah berjaya menempah tiket ke peringkat akhir seterusnya layak untuk bersaing semula selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir di mana satu tarikh baru pertandingan akhir akan diumumkan kelak.

Semoga pelajar-pelajar ini beroleh rezeki dan kejayaan hasil dari kerja keras dan usaha yang tidak kenal jemu dalam meneroka seni dan menghasilkan karya yang lebih berkualiti seterusnya ke peringkat pertandingan yang lebih gah lagi selepas ini.

Penjlaian juri diketuai oleh Dr Rosli Zakaria, Prof Madya Ramlan Abdullah dan beberapa lagi juri jemputan bertempat di

Galeri Seni Johor, Yayaysan Warisan Johor

Karya-karya pelajar yang bertanding di

Ritma Johor

Page 9: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

ANNUAL GENERAL MEETING (AGM)

Oleh Abu Hanifa Ab. HamidIndustrial Designers Club (IDEC) 2019

Industrial Designers Club (IDEC) adalah kelab pelajar di bawah Jabatan Seni Reka Perindustrian. Diselia oleh dua orang penasihat dan sebilangan ahli jawatankuasa terdiri daripada pelajar Semester 1 sehingga Semester 5. Setiap semester akan diadakan Annual General Meeting (AGM) bagi memperkenalkan dan melantik ahli jawatan kuasa baharu. Selain itu juga AGM IDEC membincangkan sekiranya berlaku perubahan portfolio di dalam jawatankuasa. AGM IDEC yang terbaru adalah pada 10 Oktober 2019. Bermula dari 8.30 malam sehingga 11.00 malam, dengan dihadiri oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka iaitu Dr. Wan Noor Faaizah Wan Omar, Dr. Hasnul Azwan Azizan selaku Koordinator Jabatan Seni Lukis Perindustrian, penasihat kelab IDEC dan barisan pensyarah. Seramai 200 orang pelajar Seni Reka Perindustrian hadir bagi AGM IDEC sesi ini.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Izzani Azman, diikuti taklimat oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Penasihat Kelab dan juga Presiden Kelab IDEC, Saudara Amirul Syafiq. Seterusnya memperkenalkan barisan AJK dan AJK baharu, pelepasan dan lantikan jawatan baharu. Selain itu juga, ahli kelab membincangkan agenda untuk semester ini dan program yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat. Program terdekat yang di atur oleh kelab IDEC adalah Wayang Pacak yang akan bertempat di Foyer Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Slot seterusnya adalah persembahan kreatif dari pelajar semester satu Jabatan Senireka Perindustrian.

Bertemakan Cinema, program ini di susuli oleh persembahan kreatif oleh pelajar semester satu seni reka Perindustrian. Persembahan berunsur sketsa dengan bertemakan Avengers, Transformer dan lain-lain memerlukan daya kreativiti pelajar untuk memberi persembahan menggunakan kos yang rendah dan peralatan yang ringkas. Enam (6) kumpulan memberikan persembahan dan dimenangi oleh kumpulan yang bersketsa tentang Jurassic Park.

AGM IDEC kemudian di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang, ucapan penutup oleh penasihat IDEC dan bacaan doa.

Page 10: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Wisdom

Oleh Nurazlina JamalludinWednesday

Takrifan wisdom wednesday adalah satu hari yang dipilih di setiap minggu perkuliahan dalam sesuatu pengajian bagi pelajar ijazah sarjana muda untuk mendaftar kursus, menghadiri kuliah dan melakukan aktivit yang di luar bidang program akademik yang diambil. Objektif wisdom Wednesday bertujuan untuk memupuk kreativiti, perasaan ingin tahu dan pemikiran kritikal disamping membangunkan kefahaman pengetahuan yang pelbagai bagi mempromosikan kebolehan penyesuaian (adaptability) dan daya tahan (resilience) pelajar (assessment) melalui kursus-kursus elektif luar bidang yang ditawarkan oleh fakulti dan kampus.

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka telah menawarkan kursus ADE 444 (Experimental Construction) bagi kursus wisdom kerana ia menepati syarat-syarat yang di tetapkan. Seramai 120 pelajar yang mengikuti kursus ini terdiri daripada pelajar pengurusan perniagaan, sumber manusia dan lain-lain lagi.

Diantara projek-projek yang dijalankan ialah Building Towers with Straws, Rubber Band Power car, Adventure Marble Maze dan Amazing Scream Marble Run. Pelajar dilihat dapat mengikuti kursus ini dengan baik serta berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Selain daripada pentingnya pemikiran teknikal yang kreatif, penyelesaian masalah dalam reka bentuk dan penumpuan dalam fungsi bahan eksperimen,projek yang dijalankan juga memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan yang tinggi serta ukhwah sesama pelajar dan pensyarah kerana penilaian projek ini dijalankan bersama-sama.

Page 11: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

The Innovation of Scarf Design

Oleh Fadila Binti Mohd Yusof, Roseamilda Mansor, Prof Madya Ts Dr Azhari Md Hashim

on Natural Photography Elements

Ceeto Scarf is a unique design scarf embedded with a natural photo by applying a ‘bawal’, a so called square size scarf, not old fashioned and widely accepted. The scarf is a favorites of women who want simplicity and easiness but yet still look beautiful and attractive. The inspiration of creating and designing Ceeto Scarf was originated as demand for the scarf as it was growingly popular. The name of Ceeto Scarf is defined by the photo itself. Various nature pictures have been preferred for scarf but the printing will be staged. Ceeto Scarf offers affordable and looks elegant with comfort material scarf for daily usage and outstanding quality.

Generally, Ceeto Scarf is an innovation and improvement for contemporary ‘bawal’ scarf with real and original photo on nature which inspires women to wear inspirationally. This new trend of pattern becomes distinctive from others. It’s offers effortless scarf design and suited for ‘bawal’ lovers who desire unique and stylish design for various occasion. This scarf also suited for women who intend for looking fashionable and comfort in daily situation.

Ceeto ScarfCeeto Scarf offers a new design by manipulating the natural and original photo in various element of environment. The design is also embedded with the sense of convenience, simplicity and good appearance for modern and contemporary atmosphere. Ceeto Scarf become one of a kind and ensure respectable value and excellent quality of materials. 

Commercialization PotentialCeeto Scarf is a kind of ‘bawal’ scarf that easily marketable and will never be out-of-date. The materials used can be updated from time to time in order to suit different level of buyer capacity and desire.

Page 12: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

COVID-19 :

Oleh Mohamat Najib Mat Noor, Nurazlina JamalludinMensyukuri Nikmat Yang Sementara

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada mu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia

memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(QS. Yunus (10):107)

Allah Swt menghendaki suatu kebaikan atau keburukkan terjadi pada makhlukNya, maka tiada sesiapa atau sesuatu yang mampu menghalangiNya. Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang ada di atas muka bumi terjadi dengan izin Allah.

Umum mengetahui, dunia kini dalam kebingungan mencari solusi bagi menangani krisis wabak ‘Pandemic Novel Corona Virus’ (COVID-19). Langkah-langkah pencegahan yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), merupakan langkah yang tepat bagi mengelakkan penularannya dikalangan masyarakat lebih parah. Manakala rutin kehidupan seharian masyarakat telah berubah dan tidak dapat diterjemahkan seperti kelazimannya. Menurut ‘Public Health Malaysia’ (PHM), rakyat atau masyarakat perlu hidup disamping COVID-19, perlu mengamalkan norma baharu selama 2 tahun.

Akibat penularan wabak COVID-19, budaya di tempat kerja kini bertukar kepada budaya bekerja dari rumah dan teknologi mula memainkan peranan. Namun demikian, pelbagai kesukaran terpaksa dihadapi disebalik kelonggaran yang diberikan oleh majikan dan ketua-ketua jabatan. Situasi ini, dilihat lebih mencabar terutamanya dalam pengurusan dan pembahagian masa antara urusan pejabat, menguruskan rumahtangga, anak-anak serta memahirkan diri dengan aplikasi-aplikasi untuk terus berkomunikasi dengan majikan dan rakan sekerja (Dr. Shawaludin Husin, 2020)

Hadith Riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda,

“lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu kerana yang demikian itu lebih patut bagi kamu supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang

dianugerahkan kepada kamu”

Kesimpulannya, dalam situasi ini sikap bertolak ansur, integriti, amanah, bertanggungjawab dan saling mempercayai antara satu sama lain adalah perlu dititikberatkan. Ianya bagi memastikan kelancaran urusan kerja harian supaya tiada mana-mana pihak yang terkesan. Norma-norma baharu seperti penjarakan sosial yang selamat, mengamalkan kebersihan diri yang tinggi, kerap menyahinfeksi kuman, penggunaan pelitup muka dan sebagainya perlu diadaptasi dalam kehidupan harian.

Oleh itu, nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, adalah bersifat sementara. Ianya perlu disyukuri oleh semua lapisan masyarakat dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang dikehendakiNya.

Page 13: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Pandemik Covid-19:

Oleh Abdullah Kula Ismail

Sumbangan Pereka Grafik Ketika Krisis

Penularan pandemic Covid-19 memberi impak dahsyat kepada setiap lapisan masyarakat diseluruh dunia, baik dari aspek kesihatan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Ketika artikal ini ditulis menurut CNN, terdapat hampir 5 juta kes dan lebih 300 ribu kematian akibat wabak ini yang melibatkan 213 negara dan wilayah di seluruh dunia. Di negara sehingga 20 Mei 2020, sebanyak 7000 kes positif Covid-19 yang telah meragut lebih 100 nyawa. Dalam menangani krisis ini pelbagai pihak telah berkerjasama memberi bantuan kepada yang memerlukan mengikut kemampuan masing-masing samada secara lansung atau tidak langsung baik kerajaan, barisan hadapan seperti doctor, jururawat, polis, tentera, badan swasta, NGO, perorangan atau berkumpulan dan lain-lain lagi.

Dalam ruangan yang terbatas ini, artikal ini akan memaparkan usaha beberapa pereka grafik dari beberapa bahagian dunia ini berkumpulan menggunakan kemahiran komunikasi visual dalam menghadapi krisis ini. Memetik kata Juan Delcan, Pengarah kreatif dan artis visual yang berpengakalan di California, USA “ Walaupun kita bukan doktor atau jururawat, selain dari kuarantinkan diri kita di rumah; kita sebagai artis juga boleh membantu dengan menghasilkan sesuatu yang bernilai yang boleh membawa perubahan sikap yang baik kepada masyarakat. Kita perlu memahamkan masyarakat bahawa dengan duduk dirumah akan boleh menyelamatkan banyak nyawa. Melalui kekuatan visual kita boleh menyampaikan rasa kebertanggungjawaban dalam krisis global ini” ujar beliau lagi.

Dylan Coonrad, Kreatif Direktor di firma CanonDesign, USA mengetuai pasukannya menghasilkan projek komuniti grafik yang mengfokuskan pentingnya penjarakkan social. Beliau menggunakan visual papantanda sebagai alat komunikasi dalam memahamkan masyarakat tentang norma baru kehidupan-penjarakan social.

Pereka jenama, Maaz Afzal dari Pen28Creatives yang berpengkalan di Lahore, Pakistan, menggunakan visual unik dalam menjelaskan langkah-langkah kawalan Covid-19 kepada masyarakat melalui istilah-istilah dalam grafik dan rekabentuk web seperti kerning, tracking, embed dan lain-lain lagi.

Dan ramai golongan kreatif menggunakan sosial media untuk mengajar masyarakat mengubah cara hidup dalam usaha untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19. Antaranya seperti Gemma Correl, seorang illustrator dari UK menghasilkan stiker yang dipanggil “ Stiker Ganjaran Coronavirus” sebagai anugerah pujian secara digital kepada pengikut media sosial beliau kepada perkara seperti sentiasa basuh tangan, prihatin kepada orang yang tersayang dan mengamalkan penjarakkan sosial. Manakala Sara Andreasson, pelukis illustrasi dari Sweeden menggunakan analogi mancis api sebagai usaha menggalakan orang ramai untuk duduk dirumah bagi memutuskan rangkaian Covid-19. Dalam karya grafikyang disiarkan di instagram beliau beliau mengambarkan barisan mancis yang sebahagian lagi terbakar manakala sebahagian lagi tidak bila satu dari mancis tersebut keluar dari barisan dengan ayat “Hentikan Rantaian” ditulis dibawahnya.

1) Dayland

3) Gemma

2) Maaz

4) Sara

Rujukan

1) Dayland Coonrad https://www.floornature.com/blog/cannondesign-creative-ideas-time-covid-19-15389/2) Pen28Creatives https://digitalsynopsis.com/design/coronavirus-precautions-explained-with-design-terms/3) Gemma Correl https://www.instagram.com/p/B9zjc-1Dhst/?utm_source=ig_embed4) Sara Anderson https://www.instagram.com/p/B9yzHNRnDDj/?utm_source=ig_embed

Page 14: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

PKP:

Oleh Mas Ayu Zainal@Ismail

Cabaran Bekerja di Rumah

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan wabak Coronavirus (COVID-19) sebagai pandemik. Ini berlarutan akibat daripada peningkatan kes positif yang menular di seluruh dunia meningkat dengan begitu ketara. Wabak ini mula dikesan di Malaysia pada 23 Januari 2020 apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima laporan kes di Sabah dan Selangor oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) (“Kronologi COVID-19 di Malay-sia”, 2020).

Sejurus daripada itu, pihak KKM mula aktif mengesan wabak tersebut di seluruh negara. Pelbagai inisiatif yang diambil bagi mengelakkan penularan COVID-19 berleluasa. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media yang berlangsung pada 30 Mac 2020 yang dipetik melalui Sulaiman, N. A. (2020) menyatakan bahawa sehingga kini pertambahan jumlah hospital yang mengendalikan saringan dan rawatan adalah sebanyak 70 buah. Jumlah terse-but melibatkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi telah mengu-mumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Akta Polis 1967 di seluruh negara bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020. PKP ini meliputi: (1) keseluruhan pergerakan dan perhimpunan termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya, (2) sekatan menyeluruh semua perjalanan ke luar negara manakala, bagi mereka baru pulang dari luar negara dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan dikurantin secara su-karela selama 14 hari, (3) kerajaan mengambil serius dengan menyekat kemasukan pelancong ke dalam negara, (4) penutupan semua taska, sekolah, pusat tahfiz termasuklan pendidikan rendah dan menengah (5) penutupan semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta institut latihan kemahiran di seluruh negara dan (6) penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan penting negara seperti air, elektrik, tenaga, komunikasi, pos, pengangkutan, peruncitan dan lain-lain. Tinda-kan drastik ini mengambilkira kebajikan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia (“Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19”, 2020)

Situasi ini terus memberi tekanan bukan sahaja dari segi ekonomi malah, bidang pekerjaan. PKP yang meliputi penutupan semua premis kerajaan dan swasta menyebabkan kesemua sektor peker-jaan mula bertugas di rumah. Namun, dalam berhadapan detik mencemaskan ini, seluruh dunia mengambil pendekatan yang cukup agresif dalam memastikan ekonomi negara tidak terjejas teruk. Sedar akan wabak ini belum temui jalan penamat, bekerja dari rumah (BDR) merupakan satu inisiatif yang boleh dianggapkan sebagai cabaran yang terbesar dihadapi oleh semua rakyat.

Dalam menangani isu ini, anda seharusnya bijak untuk merancang dalam memastikan tugasan-tu-gasan hakiki terlaksana di samping kebajikan keluarga terjamin. Bijak mengubah rutin, membuat perancangan awal, anda pasti seronok untuk bekerja.

(Anne Dorall, 2020) Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP pada 16 Mac 2020 (BERNAMA, 2020)

Page 15: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Cabaran yang paling besar adalah apabila BDR di luar daripada kebiasaan di dalam organisasi pe-jabat. Ini mengakibatkan gangguan produktiviti semasa menjalankan tugas. Aktiviti di rumah juga berlaku dalam waktu sama tugasan pejabat. Antaranya ialah mengemas rumah, membasuh baju, memasak, menjaga anak dan memastikan anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Faktor-faktor ini menyebabkan tumpuan dalam tugas harian pejabat terganggu dan akhirnya mengakibatkan tekanan emosi dan mental pekerja dalam memastikan produktiviti di tahap maksimum.

Selain itu, penjarakan sosial yang diamalkan di dalam organisasi boleh dilihat melalui interaksi yang berlangsung secara maya. Pengendalian ini sedikit sebanyak menyukarkan penyampaian maklumat yang lebih berkesan. Sebagai contohnya, seorang pensyarah hendaklah meneruskan sesi kuliah se-cara maya menggunakan aplikasi-aplikasi seperti What’s App, Google Classroom, Webex dan se-bagainya. Keberkesanan aplikasi ini dapat diuji melalui tahap kefahaman dan penerimaan pelajar dalam sesuatu subjek. Rata-rata pelajar memberi maklumbalas yang kurang memberangsangkan. Ada dikalangan mereka bukanlah dari keluarga yang berkemampuan untuk melanggan internet. Ada juga yang merungut capaian internet kurang memberangsangkan. Paling menyedihkan pelajar tidak menunjukkan komitmen dalam pelajaran.

Tanggapan negatif bahawa BDR masih belum dianggap satu pekerjaan adalah tidak wajar. Mereka dianggap tidak memenuhi amanah yang diberikan dengan sepenuhnya. Sesetengah melabelkan BDR sebagai aktiviti ‘goyang kaki’. Tanggapan seperti ini sebenarnya memberi gambaran pekerja tidak diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tugasan pejabat. Kesannya juga berlaku ke atas emosi dan mental seseorang.

Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, pastinya ada cabaran yang harus ditempuhi. Isteri yang turut bekerja sudah tentunya sibuk mempersiapkan diri seawal jam 8 pagi untuk memenuhi tuntutan kerja. Pentingnya pasangan memahami akan tanggungjawab dalam waktu pejabat seperti yang tel-ah digariskan oleh majikan. Meskipun berada di rumah, ia bukan bermakna waktu untuk bercuti dan dinikmati bersama keluarga. Keadaan ini lebih menyukarkan apabila ahli keluarga tidak memahami konsep BDR.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengekang wabak ini dari terus mengugat ekonomi negara. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam memastikan negara di tahap selamat haruslah dipuji. BDR merupakan jalan pintas bagi memastikan pergerakan ekonomi berlaku. Dalam menangani isu ini, anda seharusnya bijak untuk merancang dalam memastikan tugasan-tu-gasan hakiki terlaksana di samping kebajikan keluarga terjamin. Bijak mengubah rutin, membuat perancangan awal, anda pasti seronok untuk bekerja.

RujukanPerutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19 - 16 Mac 2020. (n.d.). Retrieved from https://www.pmo.gov.my/ms/2020/03/ perutusan-khas-yab-perdana-menteri-mengenai-covid-19-16- mac-2020-2/?fbclid=IwAR0J7AQXaKq-n-gW23n4m7VKb07 2wuZhJDMvbynkjTbnGdeaLZaIvFeGBc8

Sulaiman, N. A. (2020, March 30). 70 hospital untuk saringan, 57 kendali rawatan. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/ nasional/2020/03/671077/70-hospital-untuk-saringan-57- kendali-rawatan

Kronologi COVID-19 di Malaysia. (2020, March 17). Retrieved from https:// www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666122/ kronologi-covid-19-di-malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

(Sulaiman, N. A., 2020)

Page 16: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

PENGALAMAN DAN CABARAN KELAS ONLINE SEMASA PKP

Oleh Normaziana binti Hassan(Perintah Kawalan Pergerakan)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan operasi pelbagai sektor terjejas dan diarah tutup, termasuk sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPT). Berikutan itu, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah dikendalikan secara maya melalui sistem e-pembelajaran.

Ketika ini negara sudah memasuki fasa keenam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir 9 Jun ini dan ia sekaligus bermakna sesi kuliah akan dilaksanakan secara maya sehingga semester tamat di setiap universiti awam atau universiti swasta.

Namun, pengalaman yang dilalui oleh setiap pelajar universiti adalah berbeza. Ini mengambil kira pandangan pelajar yang diambil secara positif atau negatif. Secara positifnya, para pelajar telah dilihat semakin dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran secara online dan sedikit sebanyak telah memupuk kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dalam diri pelajar khususnya. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat ini adalah salah satu kemahiran utama dalam Kemahiran Abad Ke-21 yang perlu dikuasai oleh setiap individu untuk berjaya dalam abad yang serba mencabar ini. Kemahiran ini memerlukan seseorang yang mampu menentukan apa yang perlu dipelajari, mencari maklumat atau bahan untuk dipelajari, mempunyai kemahiran pembelajaran kendiri dan berdikari, bermotivasi, serta boleh membuat refleksi terhadap pembelajarannya dengan melakukan pentaksiran kendiri atau cara yang lain.

Semasa proses PKP dijalankan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula pada 1 April 2020 yang merangkumi pembelajaran secara atas talian menggunakan Google Classroom supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pendidikan. Beberapa buah universiti awam dan swasta, turut memulakan kuliah dan pembelajaran secara atas talian. Contohnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), pembelajaran secara atas talian telah bermula 13 April 2020 supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran khususnya pelajar yang perlu bergraduan.

Para pelajar universiti juga terpaksa mengasah kemahiran pembelajaran sepanjang hayat agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan. Menurut pengalaman pelajar Mohamad Amir bin Abdulalim Sedek, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Perindustrian (UiTM) berkata, bahawa dirinya perlu menyusun jadual pembelajaran sendiri, mencari bahan pembelajaran selain yang diberikan oleh pensyarah, menyusun waktu perbincangan bagi tugasan berkumpulan, menentukan tarikh tutup pecahan kerja-kerja tugasan kumpulan supaya boleh dilengkapkan sebelum tarikh tutup tugasan, serta membuat pelbagai keputusan yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah seperti masalah internet yang tidak stabil atau lemah, kawan kumpulan tugasan yang tidak ada akses internet, laptop dan speaker bermasalah, dan sebagainya.

Pelajar ini telah berkongsi pengalaman belajar secara online di dalam satu tugasan pelajar bagi kursus PSY563 (Psychology and Interpersonal Communication) yang bertajuk “Life under Quarantine: How the Corona Virus is Affecting University Students”. Menurutnya lagi, apabila suatu pembelajaran dilakukan secara atas talian, pelajar tidak lagi boleh bergantung kepada pensyarah semata-mata sebagai sumber ilmu. Pelajar perlu membuka minda untuk meneliti bahan pembelajaran lain di atas talian, bukan nota dan kuliah pensyarah semata-mata. Pencarian bahan pembelajaran yang sahih dan betul juga merupakan salah satu kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang perlu dibina. Beliau juga berpendapat, para pelajar juga perlu melabur dan berusaha ketika proses pembelajaran ini berlaku kerana untuk memperoleh kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran abad ke-21 yang lain seperti kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan, bekerjasama dalam satu pasukan, menguruskan emosi, literasi ICT dan sebagainya, faktor kewangan juga perlu diambil kira kerana proses pembelajaran secara maya memerlukan kos pembiayaaninternet yang agak tinggi,. Maka, terpulanglah kepada ibu bapa dan para pelajar untuk menilai hala tuju mere-ka dalam proses pembelajaran dan keberkesanan pembelajaran secara dalam talian. Yang pasti, ibu bapa turut diminta supaya memantau dan membantu mendaftar beberapa aplikasi untuk memudahkan proses kelas di alam maya ini sama ada menggunakan laptop atau telefon bimbit. Secara positifnya, inilah masanya untuk kita lebih bersedia dan berubah ke sistem pendidikan yang lebih mencabar.

Gambar Hiasan - Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat secara ‘Online learning’

Page 17: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Pembelajaran dalam talian juga amat memerlukan disiplin pelajar yang tinggi serta sokongan dan dorongan yang kuat daripada pensyarah dan ibu bapa. Antara faktor yang menyumbang kepada hilang tumpuan pelajar ialah persekitaran di rumah yang tidak sesuai untuk pembelajaran, bahan pembelajaran tidak menarik, masalah capaian internet, kegagalan peralatan teknologi yang digunakan, penjadualan tidak sesuai, kurang sokongan ibu bapa dan pelajar yang lemah dalam kursus atau subjek. “Tidak semua pelajar mempunyai WiFi atau tablet di rumah – terutamanya dari keluarga berpendapatan rendah – jadi kami perlu memantau setiap pelajar supaya tidak tercicir,” kata Juaini Jamaludin, Penyelaras Jabatan Pengajian Liberal. Beliau juga berkata, ada pensyarah yang menggunakan aplikasi WhatsApp dan “menggunakan apa sahaja kaedah yang kami boleh” untuk berkomunikasi dengan pelajar agar pelajar dapat menghantar maklumat untuk disemak selain mengambil bahagian dalam kumpulan WhatsApp. “Pelajar juga menghantar gambar tugasan mereka melalui aplikasi WhatsApp, dan terdapat juga pilihan membuat tugasan mereka melalui Google Classroom, Padlet, Kahoot, Quizziz, Edmodo dan lain-lain di mana mereka boleh memuat turun dokumen, lengkapkan dan kemudian memuat naiknya semula ke platform,” katanya.

Dalam carian untuk frasa Google Classroom baru-baru ini, Malaysia berada tangga kedua di dunia. Ini fakta, statistik yang membuktikan usaha sebenar guru di Malaysia yang ramai tidak tahu dan sudah pasti tidak nampak. Untuk makluman semua, Google Classroom adalah perisian pengajaran dan pembelajaran dalam talian dikendalikan oleh Google yang menjadi platform digunakan KPM. Pendekatan ini sudah digunakan oleh pensyarah di Malaysia dalam e-pembelajaran ketika PKP.

Bagi meningkatkan perhatian dan kehadiran pelajar ketika pembelajaran dalam talian, pensyarah telah menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan sesuai, sama ada dalam bentuk video, lembaran kerja, animasi dan sebagainya. Aktiviti permainan dalam talian juga dapat meningkatkan tumpuan pelajar dan ada juga pensyarah memberi ganjaran bagi setiap aktiviti atau soalan yang dapat dijawab oleh pelajar yang boleh meningkatkan motivasi mereka untuk belajar.

Pensyarah juga merakam proses pengajaran yang dilaksanakan secara sinkronus (segerak) bagi mengelakkan pelajar daripada tercicir. Pensyarah juga menggunakan method ‘online meeting’ bagi berhubung dengan pelajar secara berkumpulan bagi memastikan proses pembelajaran adalah lebih mesra walaupun ‘berjauhan’. Alternatif aplikasi ‘online meeting’ adalah seperti Zoom, Google Hangouts, Cisco Webex, Skype, Facetime dan pelbagai lagi telah digunapakai untuk berhubung secara berkumpulan.

Walaupun pembelajaran menerusi alam maya mungkin dilihat sedikit mencabar dan terhad, namun sebenarnya situasi ini perlu dilihat dalam kerangka yang lebih besar, contohnya ibu bapa berperanan sebagai ‘cikgu’ sementara ketika di rumah. Sesuatu perubahan yang hendak dilakukan bukan boleh berlaku sekelip mata. Ia memerlukan masa, sokongan dan dorongan yang kuat daripada pelbagai pihak. Setiap keputusan yang dibuat akan memberi impak besar terhadap sistem pendidikan. Oleh itu, perancangan yang lebih rapi perlu dibuat bagi memastikan pembelajaran dalam talian dapat diteruskan walaupun setelah habis PKP dan Malaysia selamat dari pandemic Covid-19. Pensyarah perlu terus menggunakan pendekatan pengajaran dalam talian bagi menyokong pengajaran di dalam kelas. Pemantauan berterusan oleh pihak universiti dan kementerian dapat memastikan pelantar pembelajaran digital ini terus digunakan oleh pensyarah dan pelajar.

Aplikasi ‘Whats App Video Call’ untuk ‘Meeting Online’

Page 18: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Mesej Infografik kepada

Oleh Prof. Madya Ts. Dr. Azhari Md Hashim

masyarakat Malaysia semasa PKP 2020

Gambarajah 1: Lukisan dinding gua terawal zaman Mesolitik di Bhimbetka, India

Sumber: https://themysteriousworld.com/top-10-most-amazing-cave-paintings-in-the-world/

Gambarajah 2: Makluman bertulis dari Majlis Keselamatan Negara MKN

Sumber: https://instagram.com/mkn_rasmi?igshid+zi16i4dota5m

Infografik atau maklumat grafik adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej utama dengan cara yang lebih menarik berbanding dengan maklumat secara verbal atau tulisan perkataan. Infografik merangkumi gambaran visual maklumat dalam format grafik yang dirancang untuk menjadikan data lebih mudah difahami dalam sekilas pandang oleh pembaca. Infografik penulisan terdahulu adalah berfungsi sebagai alat penyebaran maklumat kepada masyarakat. Diantara contoh infografik terawal adalah lukisan dinding gua yang dilukis oleh manusia purba untuk berkomunikasi sesama mereka dan menggambarkan kehidupan di masa tersebut. Gambarajah 1 menunjukkan lukisan dinding gua di zaman Mesolitik yang dilukis oleh manusia purba untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat secara visual.

Aplikasi infografik semakin banyak digunakan samada dalam media massa dan elektronik untuk memberi maklumat ringkas, pengumuman dan penerangan secara visual dan mudah difahami kepada masyarakat. Tujuan utama infografik adalah untuk memberitarikan kepada pembaca termasuk menarik perhatian dan menyampaikan mesej dengan berkesan. Walaupun kandungan infografik boleh di reka bentuk dalam masa yang singkat, namun proses reka bentuk infografik yang mencapai matlamat dan pemahaman secara menyeluruh boleh memakan masa lebih lama dalam proses penghasi-lannya.

Secara umumnya, peranan infografik adalah untuk memberikan gambaran keseluruhan ringkas mengenai sesuatu topik, menerangkan dan permudahkan proses yang kompleks, memaparkan hasil penyelidikan atau data tinjauan, membuat ringkasan catatan atau laporan dari blog atau maklumat yang panjang, untuk membuat perbandingan dan membezakan pelbagai pilihan seperti perbandingan produk dan meningkatkan kesedaran mengenai sesuatu isu atau permasalahan.

Wabak COVID-19 disahkan telah sampai ke Malaysia pada bulan Januari 2020, yang dikesan terhadap pelancong dari China yang tiba ke Malaysia melalui Singapura pada 25 Januari, berikutan wabak COVID-19 di Hubei, China. Mulai dari tarikh tersebut, kes-kes yang dilaporkan tetap rendah dan sebahagian besarnya terbatas pada kes-kes yang diimport, hingga kelompok-kelompok lokal mulai muncul pada bulan Mac yang diantaranya adalah kelompok atau kluster yang dikaitkan dengan perhimpunan agama Jamaah Tabligh yang diadakan di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada akhir Februari dan awal Mac. Kluster Jamaah Tabligh ini membawa kepada lonjakan besar-besaran dalam kes tempatan dan eksport kes ke negara jiran. Dalam beberapa minggu sahaja, Malaysia telah mencatat jumlah kumulatif terbesar jangkitan COVID-19 yang disahkan di Asia Tenggara, menembusi lebih daripada 2.000 tanda dalam kes aktif pada akhir bulan Mac. Menjelang 16 Mac, virus itu dilaporkan telah menular di setiap negeri dan daerah di negara ini.

Page 19: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Langkah-langkah untuk memerangi wabak Covid-19 diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia melalui siaran langsung yang menguatkuasakan “Perintah Kawalan Pergerakan” PKP di seluruh negara, yang bertujuan untuk mengurangkan penyebaran COVID-19 melalui jarak sosial dan peraturan-peraturan sosial dari segi undang-undang dan standard kawalan operasi. Kesedaran masyarakat Malaysia ketika mula-mula PKP dilaksanakan adalah memerlukan kepada penyebaran maklumat secara langsung dalam media massa dan juga elektronik. Selain daripada penyampaian maklumat melalui televisyen dan radio, laman web dan media sosial juga menjadi salah satu sumber penyebaran maklumat yang terkini, pantas dan mudah dicapai oleh masyarakat.

Pelbagai maklumat samada dari segi pengumuman, pekeliling perkhidmatan, kenyataan undang-undang, penutupan operasi dan jalan-jalan perlu disalurkan kepada masyarakat agar mudah difahami dan dipatuhi. Mesej infografik merupakan salah satu sumber yang diadaptasi oleh pihak kerajaan dan swasta dalam meningkatkan kesedaran mengenai sesuatu isu atau permasalahan kepada masyarakat secara amnya. Selain daripada memastikan berita yang disampaikan adalah sahih, infografik akan memudahkan masyarakat memahami mesej yang hendak disampaikan dengan mudah dan berkesan.

Gambarajah 2 merupakan makluman bertulis dari sumber Majlis Keselamatan Negara yang disalurkan untuk memberi maklumat kepada masyarakat. Namun, sumber bertulis ini memberi impak yang minima kepada pembaca berbeza dengan gambarajah 3 yang disalurkan secara infografik. Gambarajah 3 menggunakan elemen warna yang menarik serta imej visual yang mudah difahami dan ringkas yang mana akan memberi pemahaman yang segera kepada pembaca dan menjimatkan masa serta ruang notis yang hendak disampaikan.

Selain daripada penggunaan infografik, penggunaan animasi seperti didalam video dan televisyen dan karakter menarik juga memberi impak yang positif dan merupakan salah satu langkah positif sebagai ejen penyampaian maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Gambarajah 4 dan 5 merupakan infografik dari MKN yang memberi input data dan prosedur kawalan yang bersesuaian dalam memerangi wabak pendemik Covid-19.

Penggunaan infografik terutamanya di media social seperti Instagram, facebook, twitter dan platform media sosial yang lain memberi impak kepada masyarakat secara amnya dan memudahkan pemahaman kepada sesuatu isu atau peraturan. Namun, penelitian harus diambil kira dalam memastikan mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat dapat difahami tanpa salah faham dan tidak mencapai maksud yang hendak disampaikan. Peranan pereka infografik adalah penting dalam memastikan mesej yang divisualkan memberi impak positif kepada pembaca. Jika faktor ini tidak diambil kira didalam penghasilan infografik, kemungkinan mesej yang hendak disampaikan memberi makna dan pemahaman yang berbeza dari objektif asal.

Gambarajah 3: Makluman infografik dari Majlis Keselamatan Negara MKN

Sumber: https://instagram.com/p/B_RHsKb-ntl2/?igshid=13cfhmrnk5ky7

Gambarajah 5: Makluman infografik Risiko Jangkitan Covid-19

Sumber: https://instagram.com/p/B_MB-4V7HZo1/?igshid=ak0jy1toew0z

Gambarajah 4: Makluman infografik pematuhan SOP PKPB

Sumber: https://instagram.com/p/CAXGMhL-HIzd/?igshid=1ke4j4ibh0gj9

Page 20: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

“Drawing Tablet Monitor”:

Oleh Taufik Zulkefli

Pemudahcara semasa ODL bagi pensyarah Seni Lukis & Seni Reka

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan berpunca dari penularan virus Covid-19, UiTM telah pun memulakan proses pembelajaran dalam talian Online Distance Learning (ODL) sepenuhnya sebagai medium pengajaran dan pembelajaran semasa PKP ini. Pelbagai cara dan kaedah telahpun digunapakai oleh pensyarah untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan dan dapat meneruskan pengajian sehingga tamat semester ini. Bagi pensyarah bidang Seni Lukis dan Seni Reka, antara masalah utama yang sedikit merencatkan proses pembelajaran dalam talian ini ialah proses untuk membuat demonstrasi melukis atau melakar kepada pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ini kerana, semasa kelas secara fizikal diadakan, para pensyarah boleh membuat demonstrasi didepan para pelajar secara langsung menggunakan medium seperti pen dan kertas. Namun begitu, dikala ODL ini, pensyarah terpaksa membuat demonstrasi secara langsung didepan kamera atau dirakam dan di muat naik ke dalam kelas secara maya seperti Google Classroom atau dikongsi didalam aplikasi seperti WhatsApp. Ini mendorong pensyarah untuk menggunakan perisian lukisan digital seperti Adobe Photoshop atau Sketchbook Pro menggantikan pen dan kertas secara fizikal.

Walaubagaimanapun, penggunaan perisian ini memerlukan penggunaan tetikus (mouse) dengan lebih teknikal kerana kebiasaan melukis menggunakan pen tidak sama dangan menggunakan tetikus komputer yang bukan direka untuk melukis. Antara pilihan yang ada ialah dengan menggunakan tablet lukisan (Drawing Tablet) yang direka khusus untuk memudahkan kerja melukis seperti menggunakan pen dan kertas konvensional. Dalam pasaran sedia ada, terdapat pelbagai jenis, model dan spesifikasi tablet lukisan bergantung kepada bajet. Untuk tablet lukisan jenis monitor, ianya lebih memudahkan kerana ia direka untuk melukis sama seperti menggunakan pen dan kertas secara digital kerana pengguna boleh melukis secara terus diatas skrin. Skrin tablet ini hanya menerima isyarat dari pen atau disebut “Stylus” yang disertakan bersama jadi pengguna tidak perlu risau sekiranya tangan menyentuh skrin tablet tersebut. Terdapat pelbagai jenama dan saiz yang boleh didapati dipasaran dan antara yang terbaik dan berpatutan adalah Huion Kamvas.

Terdapat pelbagai saiz dari sekecil 12 inci hinngga ke sebesar 22 inci dengan julat harga dari RM1000 hingga RM3000 dan walaupun harganya mencecah 4 angka, ianya masih dikira berpatutan jika dibandingkan dengan jenama besar seperti Wacom Cintiq yang berharga dari RM4000 hingga RM10,000 ke atas. Penggunaan tablet lukisan jenis monitor ini sangat memudahkan proses demonstrasi dengan pelajar dan pensyarah hanya perlu membuat rakaman dalam skrin menggunakan perisian seperti OBS Studio. Penggunaan monitor tablet melukis ini merupakan satu kebiasaan dalam industri seperti grafik dan seni reka perindustrian. Walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk membeli peralatan ini, ianya merupakan satu pelaburan yang berbaloi dan sangat membantu pensyarah terutama dalam bidang seni lukis dan seni reka bagi memastikan proses pengajaran terutama semasa ODL ini dapat diteruskan dengan baik dan manfaatnya diterima oleh pelajar.

Page 21: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

CONTENGAN DI ALAM MAYA

Oleh Norarifah Binti Ali

ODL Unt Studio Based Learing

ODL atau lebih dikenali merupakan sistem pembelajaran yang dilaksanakan di dalam Talian Jarak Jauh. Sistem ODL ini merupakan suatu kaedah pembelajaran alaf baharu kepada pelajar dimana ianya lebih pantas, mudah, selesa dan memerlukan rangkaian dan capaian internet yang baik serta stabil. Proses ini lebih menyenangkan pelajar kerana mereka tidak perlu hadir ke kuliah seperti berada di kampus Universiti. Pelajar boleh mengakses pembelajaran dimana-mana sahaja seperti di kediaman, pejabat, permis perniagaan atau di tempat awam.

Setiap kali sesi ODL, pensyarah akan memaklumkan kepada pelajar tarikh dan masa yg akan dipertuntukan setiap sesi. Sepanjang proses ini, pelajar perlu menyediakan telefon pintar, computer riba atau komputer yang mempunyai rangkaian dan capaian internet yang baik.

Bagi pelajar jurusan Seni Lukis & Seni Reka disinilah daya kreativiti proses pembelajaran perlu diadaptasikan dan diolah menjadi menarik dan lebih tepat keperluan sesuatu silibus tercapai. Pelajar yang mengikuti jurusan seni terutamanya Seni Reka Perindustrian dimana proses pembelajaran hampir 70% melalui proses lakaran seperti lakaran perabot, lakaran produk atau lakaran automotif atau kenderaan.

Berbeza jika sesi pembelajaran biasa, pensyarah akan mengadakan sesi konsultasi perseorangan yang melibatkan olahan idea, contengan di lakaran dan terjemahan idea oleh pelajar atau pensyarah. Manakala bagi proses pembelajaran secara ODL antara aplikasi yang boleh digunakan adalah seperti Whatsapp, Cisco Webex, Google Meet, iLearn UiTM, Google Classroom, Facebook Group/Live, Youtube dan sebagainya.

Lakaran pelajar perlu dinilai dengan apa cara sekali pun. Pelajar boleh menghantar lakaran melalui email atau secara langsung melalui aplikasi yang diguna. Disinilah peranan pensyarah dimana olahan idea, perkongsian idea, penambahbaikan akan dilakukan melalui contengan di alam maya. Bersesuaian dengan perkembangan teknologi terkini, bukan sahaja maklumat boleh didapati dihujung jari malahan ilmu turut dapat dikongsi dan disampaikan dihujung jari.

Kekurangan sistem ini dikalangan pelajar adalah mereka tidak dapat bersama-samadengan rakan sekuliah untuk berbincangan dan melakukan aktiviti berkumpulan seperti pembelajaran di dalam kelas manakala bagi pensyarah pula mereka perlu mahir dalam memastikan pemahaman pelajaran terhadap contengan di alam maya berkesan dan dapat diadaptasikan menjadi lakaran baru yang lebih berkualiti dan mantap.

Page 22: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

PENGUASAAN PELAJAR TERHADAP LATIHAN ASAS

Oleh Izza Syahida Abdul Karim

Tutorial Pembelajaran Maya

COVID-19 adalah pandemik yang telah memberi impak terhadap kehidupan normal seharian. Terkini pada tarikh 17 Mei 2020 telah mencatatkan 6,894 kes yang telah dilaporkan di Malaysia Pelbagai langkah pence-gahan sedang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membenteras pandemik COVID-19 tersebut. Salah satu daripada pencegahan yang diambil adalah dengan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKPM) yang dilak-sanakan pada 18 Mac 2020. Ini termasuk dengan semua tenaga pengajar IPTA, IPTS, Kolej-Kolej serta seko-lah-sekolah yang memerlukan Work From Home (WFH) iaitu Bekerja Di Rumah. Lanjutan daripada itu, pihak Universiti menguatkuasakan Online Distance Learning (ODL), di mana semua pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara maya termasuk bagi pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Seni Reka Perindustrian serta semua fakulti yang ada di UiTM.

Salah satu kursus yang dijalankan dalam pembelajaran maya adalah Digital Sketching ataupun Lakaran Digital yang merupakan pembelajaran bagi melatih pelajar mengusai perisian komputer. Salah satu perisian yang dia-jar dalam kursus Lakaran Digital adalah Autodesk Sketchbook Pro. Tujuan kursus ini diajar kepada pelajar Seni Reka Perindustrian adalah untuk melatih pelajar untuk menghasilkan lakaran secara digital. Kursus ini mem-perkenalkan pelajar kepada konsep lakaran digital menggunakan perisian komputer dan menyediakan pelajar dengan kemahiran asas mengenai lakaran perspektif, reka bentuk serta persembahan visual yang berkait rapat dengan industri reka bentuk industri. Pelajar akan menguasai kursus melalui latihan tutorial dan projek-projek yang berkait dengan kursus Seni Reka Perindustrian. Teknik lakaran penting untuk dikuasai bagi mempamerkan visual lakaran digital yang berkualiti.

Salah satu cara penyampaian dalam pembelajaran maya adalah tutorial langkah demi langkah melalui slaid di dalam Microsoft PowerPoint bagi menerangkan secara teliti cara-cara penghasilan teknik lakaran dengan menggunakan perisian Autodesk Sketchbook Pro. Slaid ini menerangkan langkah demi langkah teknik peng-gunaan aplikasi di dalam perisian bagi menghasilkan tekstur samada pada produk, perabot dan pengangkutan. Apa yang dimaksudkan dengan penghasilan tekstur adalah lakaran digital tersebut akan mempamerkan visual sebenar akan bahan yang akan diguna pakai di dalam penghasilan produk tersebut samada penggunaan besi, plastik, kayu mahupun fabrik pada produk.

Sehubungan dengan itu, berikut adalah slaid langkah demi langkah bagi penggunaan aplikasi di dalam peri-sian Autodesk Sketch Pro bagi teknik asas penghasilan tekstur pada produk.

Page 23: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Selepas itu, pelajar akan mengikuti tutorial slaid langkah demi langkah itu dalam menghasilkan tekstur mereka sendiri dengan menggunakan perisian Autodesk Sketchbook Pro masing-masing di kediaman mereka sendiri dengan mengikuti langkah demi langkah aplikasi yang telah diberikan contoh untuk diikuti.

Berikut adalah hasil daripada tekstur yang dihasilkan oleh 7 orang pelajar semester 02 Seni Reka Perindustrian dengan mengikuti slaid tutorial langkah demi langkah yang telah diberikan

Pada keseluruhannya, sebahagian besar daripada pelajar dapat mengikut teknik penghasilan tekstur daripada slaid langkah demi langkah yang diberikan kepada pelajar. Dapatlah disimpulkan bahawa teknik asas aplikasi perisian langkah demi langkah ini dapat diikuti dengan jayanya dengan memberikan arahan yang terperinci untuk pelajar fahami dan diikuti. Namun yang sedemikian, hasil visual yang teliti dan menarik terhasil daripada kegigihan pelajar itu sendiri dalam bereksperimentasi akan aplikasi-aplikasi yang diberi di dalam perisian Autodesk Sketchbook Pro.

Sebagai rumusan, adaptasi dalam pembelajaran harus diteruskan di dalam apa jua keadaan yang sedang kita harungi. Sebagai pendidik, apa jua cara yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diguna pakai selagi ianya tidak melanggar etika dan dapat difahami oleh pelajar. Tidak dinafikan bahawa pendekatan bersemuka adalah lebih wajar bagi pelajar Seni Reka Perindustrian, namun bagi keadaan yang mendesak ini, pendekatan secara maya adalah antara pendekatan yang lebih baik. Sebagai pendidik, kita haruslah membentuk pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian agar pengajaran dan pembelajaran akan tetap berterusan.

Page 24: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

FIGHTCOVID-19:

Penulis dan Pereka : Mohd Hamidi Adha Mohd Amin

Expressi VoxelArt

Pada awal tahun 2020, dunia dikejutkan dengan penularan virus COVID-19 yang bermula daripada daerah Wuhan, China. Pada masa artikel ini ditulis, Malaysia tidak terkecuali dalam serangan wabak COVID-19 dimana sehingga Bulan Mei 2020, 6,894 orang telah dijangkiti dan 113 kematian direkodkan [1]. Oleh itu, dalam memerangi dan membendung wabak ini daripada berleluasa, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama yang bermula 18 Mac sehingga 30 Mac, dimana semua rakyat Malaysia perlu duduk dirumah sepanjang PKP ini berlangsung. Petugas Barisan hadapan yangterdiri daripada doktor, jururawat, pegawai polis, tentera, Bomba dan pegawai berkaitan telah bertarung nyawa dan tenaga dalam memastikan virus ini terhapus daripada bumi Malaysia. Oleh itu, bagi menunjukkan sokongan kepada mereka, pereka Hamidi Adha telah menghasilkan karya 3D Voxel : FIGHTCOVID-19 yang merangkumi peranan barisan hadapan dalam memerangi virus COVID-19.

Seni 3D Voxel ini secara asasnya adalah unit maklumat grafik yang menentukan titik dalam ruang tiga dimensi yang ditulis oleh koordinat x dan y, koordinat z ketiga. Dalam ruang 3-D, setiap koordinat ditakrifkan dari segi kedudukan, warna, dan ketumpatannya. Kebiasannya pereka rekabentuk dalam format isometric untuk menunjukkan keunikan tersendiri.

a) b) c)

Rujukan[1] https://www.worldometers.info/coronavirus/country/malaysia

Contoh 3D Voxel

Page 25: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Text, See, Hear and Speak (TSHS)

Oleh Dr. Shafilla Subri

Method Pembelajaran Digital

Digital revolusi merupakan salah satu revolusi di dalam dunia pendidikan. Pendidikan 4.0 merupakan salah satu penggunaan digital dalam platform pendidikan. Transfomasi pendidikan ini di lakukan dalam memacu dunia pendidikan kearah transformasi globalisasi. Pembelajaran dalam talian ini sudah banyak di praktikan di kalangan negara-negara maju, kerana ia dapat memberikan pelbagai mafaat dan kebaikan tetapi di negara kita pendidikan atas talian ini adalah masih baharu. Di Malaysia, keadaan semasa penularan wabak Covid-19 ini telah banyak mendorong serta melonjak sistem pendidikan negara di dalam kaedah pendidikan atas talian secara sepenuhnya. Pelbagai cara di lakukan untuk memberikan pembelajaran yang maksimum kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, kaedah yang bersesuaian dapat memberi impak keberkesanan yang baik terhadap pelajar.

Kaedah Text, See, Hear and Speak (TSHS), adalah salah satu cara bagaimana kaedah penyampaian dapat membantu kefahaman yang tinggi dikalangan para pelajar. Kaedah ini seharusnya dilakukan secara berserentak didalam satu sesi penyampaian proses pembelajaran.

Text, adalah sebarang bentuk bahan pembelajaran didalam bentuk text sahaja. Contohnya nota, arahan dan juga bahan pengajaran yang diberikan kepada pelajar di dalam bentuk text sahaja. Ini amat penting bagi memberikan tahap ketersediaan daya minda pelajar dalam sesuatu proses pembelajaran yang akan berlaku.

See, merupakan sebarang bentuk visual, seperti mind mapping, graf, gambar, video dan lain bagi menarik daya penglihatan untuk lebih memahami proses pembelajaran tersebut. Visual memainkan peranan penting kerana ia dapat menarik perhatian dan pemahaman secara cepat dan mudah.

Hear, merupakan kaedah untuk bagi merangsang daya pendengaran pembelajaran. Daya pendengaran dapat membantu merangsang minda bagi memahami dengan tepat dan jelas terhadap penyampaianpembelajaran tersebut. Kaedah rakaman audio boleh di lakuan sama ada melalui whatapp audio ataupun rakaman audio digital dapat membantu didalam proses pembelajaran diatas talian ini.

Speak, merupakan kaedah terakhir dan penting kerana ia merupakan komunikasi atau tindak balas pelajar bersama pengajar di dalam proses pembelajaran. Tindak balas secara speak ini dapat di lakukan dengan menggunakan video live, perbualan melalui telefon, rakaman audio suara dan lain-lain kepada pelajar. Proses ini membantu meningkatkan tahap kefahaman yang tinggi kerana terdapat tindak balas dan kepekaan pelajar dalam proses pembelajan tersebut.

Justeru itu, kaedah TSHS merupakan salah satu langkah yang proaktif bagi memastikan matlamat pembelajaran dapat di laksanakan secara holistic dan inklusif tercapai.

Gambar Rajah 1 : Text, See, Hear and Speak (TSHS)

Page 26: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Pameran Poster Covid-19

Oleh Dr. Faryna Mohd Khalis

Kelab Grafik

Pada 1 April 2020 Kelab Grafik UiTM Kedah telah menganjurkan Pameran Poster bertemakan Covid-19 yang melibatkan penyertaan semua pelajar kursus tersebut berjumlah 123 orang. Pameran ini diterajui oleh Presiden Kelab Grafik iaitu Muhammad Syazwan Akmal bin Sahrin dan Naib Presiden iaitu Nur Areena Arisya binti Iskandar bersama Ahli Jawatan Kuasa lain yang terdiri daripada pelajar semester 04. Pelajar diberi masa selama 2 minggu untuk menyiapkan poster tersebut menggunakan apa sahaja yang telah dipelajari iaitu dalam bentuk ilustrasi atau pun secara digital. Antara element yang perlu dititikberatkan selain visual adalah penggunaan warna, kontras, taipografi dan layout, pelajar perlu juga memasukkan slogan ‘Be Kind Be Safe’ di dalam poster tersebut. Be Kind suatu ketika dahulu pernah menjadi program di bawah Kempen Be Positive oleh Kelab Grafik yang berjaya memberi bantuan kepada beberapa jumlah golongan asnaf di sekitar Merbok semasa bulan ramadhan pada tahun 2014.

Enggan membuang masa, sekali lagi Kelab Grafik UiTM Kedah ingin menghidupkan kembali Kempen ‘Be Positive’ melalui pendekatan berbeza iaitu dengan membuat penganjuran Pameran Poster Covid-19 Grafik yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri. Pelajar kemudian perlu menyerahkan poster yang telah siap kepada AJK Kelab Grafik untuk dimuat naik ke laman instagram Graphiclubmerbok UiTM Kedah. Selain itu, melalui pameran yang dijalankan, pelajar juga dapat mengaplikasi kemahiran yang telah dipelajari menggunakan soft-ware seperti Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop dalam membuat rekaan, bersesuaian dengan jurusan yang diambil iaitu Grafik dan Media Digital. Bukan itu sahaja, pelajar juga mendapat pengalaman baru menghasilkan poster berkaitan isu semasa yang memang benar sedang berlaku bukan seperti kebiasaan di mana tugasan atau latihan yang diberikan di dalam kelas hanyalah gambaran atau contoh yang tidak pernah dilalui oleh pelajar itu sendiri. Semoga pameran ini memberi manfaat kepada semua yang melewati laman instagram Graphiclubmerbok, UiTM Kedah.

Page 27: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Malaysia

Oleh Syahrini Shawalludin

Hero

Perintah Kawalan pergerakan telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 17 Mac 2020 sehingga 12 Mei 2020 bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19. Penularan virus ini telah memberikan kesan impak yang sangat besar dimana semua sektor mengalami perubahan yang amat drastik dan telah disarankan untuk duduk dirumah dan pelbagai aktiviti-aktiviti telah dicadangkan bagi mengisi waktu lapang seperti memasak, bermain permainan tradisional, berkebun, projek DIY, mengemas rumah dan lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Seiring dengan itu, pihak ASEAN Digital Art Society telah menganjurkan International Virtual Digital Art Exhibition yang pertama kali diadakan di antara negara ASEAN serta seluruh negara Eropah yang bertemakan Covid-19. Penyertaan bermula pada 31 Mac 2020 sehingga 14 Mei 2020 dan dirasmikan pada 6 Jun 2020 oleh Universitas Esa Unggul melalui aplikasi Zoom. Penyertaan terbuka diperingkat professional, terbuka dan pelajar serta diadiili oleh barisan panel juri dari Malaysia, Indonesia, Jepun, China dan Mexico. Sehubungan dengan itu, satu karya telah dihasilkan. Karya itu diinspirasikan kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus menghadapi cabaran Covid -19 bagi memastikan rakyat Malaysia bebas dari penyebaran wabak Covid-19. Karya tersebut dihasilkan menggunakan teknik illustrasi 2D. Semua illustrasi ini, di lukis menggunakan aplikasi Adobe Illustrator CC. Terdapat 7 karakter di dalam karya yang mewakili sektor-sektor utama dalam pembasmian penyebaran wabak tersebut. Bagi sektor keselamatan polis, bomba serta tentera dipilih kerana mereka antara insan yangdi arahkan untuk menjaga kawasan-kawasan yang dipilih untuk pemeriksaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi sektor perkhidmatan karakter penunggang motor foodpanda dipilih untuk perkhidmatan makanan, manakala posmen sebagai perkhidmatan penghantaran barang. Doktor dan jururawat mewakili sektor kesihatan merupakan tunggak utama dalam memastikan pesakit yang menghidap Covid-19 sihat seperti sedia kala. Karya ini diberi nama Thank You Malaysian Hero sebagai ucapan penghargaan tidak terhingga atas pengorbanan mereka dalam membantu rakyat Malaysia.

Page 28: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

“Stay at Home Compilation Logo”

Oleh Siti Fairuz Ibrahim , Juaini Jamaludin

Learn and live during Covid -19 Pandemic

Abstract

In a completely a new situation, with the COVID-19 pandemic spreading globally, this article compiles artworks of Art and Design students in UiTM Kedah, Malaysia. The purpose of this study is to send a message to stay at home as recommended by Malaysian Government against the COVID-19.

Introduction

Academic session calendar 2020/2021 Diploma lasted for only 4 week until COVID-19 hit Malaysia on January 25, after Malaysia announced first three Covid-19 positive cases on Chinese nationals (Kanyakumari, D. 2020), Universities authorities suspend all teaching and learning due to Movement Control Order, MCO 1st began on 18 March 2020 until 31st March 2020. Students are the most effected to learn through Online Distance Learning, (ODL) as this is their first time to online learning until the end of the semester. In 2 weeks, students are ‘force’ to change their learning from face-to-face classes to fully online distance learning, (ODL).

Graphic Communication 1 course, GDT 154, had to respond the Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘Just Stay At Home’ as triggered to hashtags #StayAtHome and currently become trending in the country with more than 150,000 tweets had been posted, (Nadhirah H. Rodzi, 2020) to come out with the Stay at Home logo. This compilation of logo from Part 02 KAD111 2A & KAD1112B, Department of Graphic and Digital Media UiTM Kedah Branch.

Stay at Home Compilation Logo KAD1112A

Aineena Balqis

Syahmi Faiz bin Shahar

Haris Danial

Muhammad Adam Mohamed Esa

Dani Irfan

Nurin Syafirra

Muhammad Rozali Khalid

Noor Azarif Mizar Noor Azam

Farhana Nadia

Athirah Salleh

Muhammad AmirNursharfuddin

Muhammad Aliff Abdl Rashid

Syamim Hanina

Amalia Farzanah

Nur Iffa Hannani Hamdan

Syamimi Wafaa

Muhammad Ihsan Sharullizam

Haikal Hakimi

Muhammad Hafiz Mohd Nawi

Afeef Hakimi

Page 29: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Ainun Najihah Adnan

Nur Saidatul Alia

Muhammad Akif Zafruddin

Dania Badrina Azman

Nurul Farhanah Abdul Kadir

Muhammad Amirul

Haikal

Syazwani

Iqmal Naeim

Syahirah Zaidi

Nor Habibah Yahabib

Intan Sufi Mohd Nasir

Syafiqah Shaufee

Muhammad Shah Hanafi Sarizat

Stay at Home Compilation Logo KAD1112B

Discussion

At the time of writing, the Movement Control Order Phase 5 still on-going until 9th June. Stay at home compilation logo design by all students mainly to convey message to protect yourself and your family started by our Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin to help stop the Covid-19 outbreak by encouraging Malaysian to just stay at home to stop people from moving around. Indeed, participated from students will help Malaysian to remain at home and flatten the curve because we had to live with Covid-19 and at the same time to curb the spread of Covid-19.

References

Benjamin Luke Moorhouse (2020): Adaptations to a face-to-face initial teacher education course ‘forced’ online due to the COVID-19 pandemic, Journal of Education for Teaching, DOI: 10.1080/02607476.2020.1755205 To link to this article: https://doi.org/10.1080/02607476.2020.1755205

Nadhirah H. Rodzi, (2020, March 19) Coronavirus: Two Malaysia hashtags, including #StayAtHome, Trending amid govt curbshttps://www.straitstimes.com/asia/se-asia/coronavirus-two-malaysia-hashtags-including-stayathome-trending-amid-govt-curbs

Kanyakumari, D.(2020, Mei 13) Malaysia may again tighten COVID-19 restrictions after May 18 if cases surge: Health ministry, channel new Asia (https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia-tighten-covid-19-mco-after-may-18-12728586)Huaxia, (2020, March 25) Feature: “Stay Home” new logo in Syria amid COVID-19 fears, Xinhua (http://www.xinhuanet.com/english/2020-03/25/c_138913264.htm)

Page 30: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Illustrasi

Oleh Suzani Azmin

Digital

Penularan wabak Covid-19 yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik telah memberi kesan kepada penduduk di seluruh dunia. Pelbagai aspek perlu dititikberatkan bagi menangani penularan wabak antaranya aspek kebersihan yang menyeluruh serta mengamalkan penjarakan sosial. Penggunaan topeng muka sebagai salah satu alat perlindungan dan pencegahan digunakan secara meluas apabila berada di tempat awam. Melihat dari sudut yang berbeza iaitu sikap dan tanggungjawab masyarakat yang tidak menitikberatkan amalan kebersihan optimum selain mencuci tangan dengan kerap dan memakai cecair pembasmi kuman, ramai di kalangan masyarakat membuang topeng muka yang telah digunakan di merata-rata tempat. Ini merupakan salah satu faktor yang menyumbang ke arah penularan wabak di kalangan penduduk sejagat. Pengkarya ilustrasi digital yang bertajuk “Infectious”, Suzani Azmin telah merakamkan keadaan ini dimana sisa buangan topeng muka dan sarung tangan yang tidak melalui prosedur proses buangan sisa klinikal seperti yang dilakukan di hospital. Pengkarya telah menghasilkan ilustrasi tong sampah yang dilimpahi oleh sisa pembuangan topeng muka dan sarung tangan yang telah digunakan.

Terdapat coronavirus bertebaran di sekitar tong sampah tersebut disampaikan dalam bentuk dan pencahayaan yang dramatik. Dua ekor lipas yang mengamalkan penjarakan sosial dan memakai topeng muka berlari untuk menyelamatkan diri dari virus tersebut lebih memberi efek humor ke atas hasil karya. Karya dengan ilustasi santai ini bersifat satirikal dan sinikal dalam mengajak masyarakat berfikir mengenai amalan kebersihan terhadap alam persekitaran ketika wabak secara psikologinya memberi kesedaran secara tidak langsung dengan membantu pihak berwajib dalam menangani penularan wabak Covid-19 ini.

Kreativiti menjadi salah satu ruang mengekspressi perasaan dan juga penghasilan karya digital ini merupakan salah satu medium informasi dalam menyampaikan kesedaran tentang salah satu sisi yang berbeza semasa pandemik Covid -19. Karya ini telah dihantar untuk menyertai ASEDAS 2020 (Asean Digital Art Society) 1st International Virtual Digital Art Exhibition, bertemakan “COVID 19 AWARENESS”

Page 31: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01

Jarak Mengeratkan Jalinan

Oleh Dr. Neesa Ameera Mohamed Salim, Dr. Faryna Mohd Khalis

Suasana Syawal 2020 (PKP) bersama AD111

Perintah Kawalan pergerakan telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 17 Mac 2020 sehingga 12 Mei 2020 bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19. Penularan virus ini telah memberikan kesan impak yang sangat besar dimana semua sektor mengalami perubahan yang amat drastik dan telah disarankan untuk duduk dirumah dan pelbagai aktiviti-aktiviti telah dicadangkan bagi mengisi waktu lapang seperti memasak, bermain permainan tradisional, berkebun, projek DIY, mengemas rumah dan lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Seiring dengan itu, pihak ASEAN Digital Art Society telah menganjurkan International Virtual Digital Art Exhibition yang pertama kali diadakan di antara negara ASEAN serta seluruh negara Eropah yang bertemakan Covid-19. Penyertaan bermula pada 31 Mac 2020 sehingga 14 Mei 2020 dan dirasmikan pada 6 Jun 2020 oleh Universitas Esa Unggul melalui aplikasi Zoom. Penyertaan terbuka diperingkat professional, terbuka dan pelajar serta diadiili oleh barisan panel juri dari Malaysia, Indonesia, Jepun, China dan Mexico. Sehubungan dengan itu, satu karya telah dihasilkan. Karya itu diinspirasikan kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus menghadapi cabaran Covid -19 bagi memastikan rakyat Malaysia bebas dari penyebaran wabak Covid-19. Karya tersebut dihasilkan menggunakan teknik illustrasi 2D. Semua illustrasi ini, di lukis menggunakan aplikasi Adobe Illustrator CC. Terdapat 7 karakter di dalam karya yang mewakili sektor-sektor utama dalam pembasmian penyebaran wabak tersebut. Bagi sektor keselamatan polis, bomba serta tentera dipilih kerana mereka antara insan yangdi arahkan untuk menjaga kawasan-kawasan yang dipilih untuk pemeriksaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi sektor perkhidmatan karakter penunggang motor foodpanda dipilih untuk perkhidmatan makanan, manakala posmen sebagai perkhidmatan penghantaran barang. Doktor dan jururawat mewakili sektor kesihatan merupakan tunggak utama dalam memastikan pesakit yang menghidap Covid-19 sihat seperti sedia kala. Karya ini diberi nama Thank You Malaysian Hero sebagai ucapan penghargaan tidak terhingga atas pengorbanan mereka dalam membantu rakyat Malaysia.

Page 32: kedah.uitm.edu.my · 2020. 10. 21. · pelajar-pelajar Jabatan Tahun Satu, FSSR UiTM Kedah. Seramai enam kumpulan kecil pelajar-pelajar Diploma Seni Reka Perindustrian/semester 01