isu air yakin pertahan perkukuh sungai kandis … · sungai kandis muka 4 perkukuh program ipr muka...

23
ISU AIR SELESAI OGOS muka 3 MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my PERCUMA 26 Julai - 1 Ogos 2018, 13 - 19 Zulkaedah 1439 YAKIN PERTAHAN SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada pembentangan Belanjawan 2019 selepas berjaya mencapai sasaran pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, rancangan itu ma- sih di peringkat kajian dan beliau akan mendedahkan sepenuhnya ketika membentangkan belan- jawan nanti. “Sasaran 20,000 rumah itu su- dah kita capai. Ini adalah sasaran Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menjelang 2019 tetapi saya lihat kita dah capai lebih 20,000. “Tugas saya adalah untuk me- lengkapkan yang masih dalam perancangan dengan keseluru- hannya kita ada 156,000 unit. Ini yang masih kita kejarkan supaya dalam tempoh beberapa tahun akan datang, paling tidak dapat sediakan lebih daripada 30,000 rumah lagi,” katanya. Beliau berkata demikian se- lepas menghadiri pertemuan ber- sama MATTA Selangor dan Tour- ism Selangor, di pejabat beliau Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, baru-baru ini. Sebelum ini, program Rumah Mampu Milik SelangorKu men- dapat sambutan menggalakkan daripada syarikat pemaju pe- rumahan. Keadaan itu menyebabkan sa- saran 20,000 unit yang ditetap- kan berjaya dicapai lebih awal berbanding jadual. Sementara itu, Menteri Pe- rumahan dan Kerajaan Tempa- tan, Zuraida Kamaruddin berka- BERJAYA CAPAI SASARAN ta, Selangor diterajui pimpinan Pakatan Harapan yang progresif dalam melaksanakan polisi mes- ra rakyat, sepanjang tempoh dua penggal. “Amalan telus dan amanah menjalankan tanggungjawab menghasilkan kejayaan pelaksa- naan skim perumahan mampu milik Rumah SelangorKu. Pada masa sama, Zuraida ber- kata, pihaknya bakal mempertim- bang untuk melaksanakan dasar perumahan itu, di seluruh negara. “Pelaksanaan dasar itu sedang dikaji untuk menilai sebarang bentuk keperluan ke arah men- jayakan dasar terbabit. “Besar kemungkinan terdapat beberapa elemen boleh diterap- kan dalam penggubalan dasar perumahan awam negara yang sedang direncanakan. “Dasar ini sedang dikaji bagi menilai keberkesanan model pe- rumahan sebelum diguna pakai, di peringkat persekutuan,” ka- tanya. Lebih 20,000 rumah mampu milik

Upload: lamdang

Post on 10-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

ISU AIRSELESAI OGOS

muka 3

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

PERCUMA 26 Julai - 1 Ogos 2018, 13 - 19 Zulkaedah 1439

YAKIN PERTAHANSUNGAI KANDIS

muka 4

PERKUKUH PROGRAM IPR

muka 6

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada pembentangan Belanjawan 2019 selepas berjaya mencapai sasaran pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, rancangan itu ma-sih di peringkat kajian dan beliau akan mendedahkan sepenuhnya ketika membentangkan belan-jawan nanti.

“Sasaran 20,000 rumah itu su-dah kita capai. Ini adalah sasaran Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menjelang 2019 tetapi saya lihat kita dah capai lebih 20,000.

“Tugas saya adalah untuk me-lengkapkan yang masih dalam perancangan dengan keseluru-hannya kita ada 156,000 unit. Ini yang masih kita kejarkan supaya dalam tempoh beberapa tahun akan datang, paling tidak dapat sediakan lebih daripada 30,000 rumah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian se-lepas menghadiri pertemuan ber-sama MATTA Selangor dan Tour-ism Selangor, di pejabat beliau Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, baru-baru ini.

Sebelum ini, program Rumah Mampu Milik SelangorKu men-dapat sambutan menggalakkan daripada syarikat pemaju pe-rumahan.

Keadaan itu menyebabkan sa-

saran 20,000 unit yang ditetap-kan berjaya dicapai lebih awal berbanding jadual.

Sementara itu, Menteri Pe-rumahan dan Kerajaan Tempa-tan, Zuraida Kamaruddin berka-

BERJAYA CAPAI SASARAN

ta, Selangor diterajui pimpinan Pakatan Harapan yang progresif dalam melaksanakan polisi mes-ra rakyat, sepanjang tempoh dua penggal.

“Amalan telus dan amanah menjalankan tanggungjawab menghasilkan kejayaan pelaksa-naan skim perumahan mampu milik Rumah SelangorKu.

Pada masa sama, Zuraida ber-kata, pihaknya bakal mempertim-bang untuk melaksanakan dasar perumahan itu, di seluruh negara.

“Pelaksanaan dasar itu sedang dikaji untuk menilai sebarang bentuk keperluan ke arah men-jayakan dasar terbabit.

“Besar kemungkinan terdapat beberapa elemen boleh diterap-kan dalam penggubalan dasar perumahan awam negara yang sedang direncanakan.

“Dasar ini sedang dikaji bagi menilai keberkesanan model pe-rumahan sebelum diguna pakai, di peringkat persekutuan,” ka- tanya.

Lebih 20,000rumah mampu milik

Page 2: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

2Utama

SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri belum memutuskan untuk mem-bawa usul bagi mencadangkan tempoh jawatan Dato’ Menteri Besar dihadkan sehingga dua penggal sebagai enakmen se-perti yang dilaksanakan Melaka.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, beliau menyerah-kan kepada pimpinan tertinggi jika memutuskan untuk diikuti negeri lain.

“Ia bergantung kepada poli-si Pakatan Harapan (PAKATAN), tetapi ketika ini belum ada ara-han ia akan dimuktamadkan dalam enakmen.

“Saya menyerahkan kepada pimpinan tertinggi untuk me-lihat daripada sudut kaedah, polisi dan undang-undang,” ka- tanya kepada pemberita selepas Program Menyantuni dan Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat DUN Sungai Kan-dis, pada 20 Julai lalu.

Amirudin berkata, pelak-

sanaan itu akan menyebab-kan implikasi besar kerana membabitkan pengubahan un-dang-undang tubuh dan perlem-bagaan negeri.

Terdahulu, Kerajaan Nege-ri Melaka membawa usul bagi mencadangkan tempoh jawatan Ketua Menteri dihadkan kepada dua penggal sebagai satu enak-men, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pihaknya kini dalam pro-ses memuktamadkan perincian cadangan serta enakmen berke-naan dan berharap usul itu dapat dibawa ke Persidangan DUN Melaka, sekitar bulan depan.

Adly berkata, apabila cada-ngan itu dijadikan satu enakmen, maka ia akan termaktub kepada jawatan Ketua Menteri Melaka itu sendiri dan terpakai kepada se- siapa sahaja yang akan meme-gang jawatan berkenaan, pada masa akan datang.

Dua penggal jawatan, serah pimpinan tertinggi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

CHERAS - Sejumlah RM40,000 disalurkan Kerajaan Negeri kepada keluarga mendiang Ahli Dewan Negeri (ADN) Ba-lakong, Ng Tien Chee, yang meninggal dunia, pada 20 Julai lalu.

Dato’ Menteri Besar, Ami-rudin Shari berkata, insen-tif itu diberikan atas dasar komitmen pentadbiran ne-geri yang menghargai sum-bangan wakil rakyat berke-naan.

“Sumbangan ini selaras peraturan Kerajaan Negeri untuk membenarkan mana-mana ADN yang meninggal dunia menerima bantuan ke-wangan berkenaan.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, kita sedia menilai

keperluan penamba-han bantuan mengikut kesesuaian persekita-ran semasa,” katanya selepas hadir memberi penghormatan tera-khir kepada mendiang Tien Chee, di Xiao En Centre, di sini, pada 23 Julai lalu.

Hadir sama, EXCO Kerajaan Negeri, Ng Sze Han dan Hee Loy Sian; ADN Seri Kem-bangan, Ean Yong Hian Wah; ADN Bukit Lan-jan; Elizabeth Wong dan ADN Morib, Has-nul Baharuddin.

Turut hadir Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan pimpinan akar umbi DAP.

Tien Chee atau Eddie Ng, 40, meninggal dunia selepas

terbabit dalam kemalangan di kilometer 12, Lebuhraya Cheras- Kajang.

Kenderaan mangsa di-percayai dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang.

Belasungkawa

RM��,��� buat keluarga Tien Chee

Tiada jangka masa spesifik pemberian royalti minyakKUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan tidak menetapkan jangka masa spesifik pelaksanaan pemberian 20 peratus royalti ke-pada negeri pengeluar minyak kerana ia tertakluk peruntukan undang-undang serta syarat semasa.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelaksanaannya perlu mematuhi seperti klausa terkan-dung dalam perjanjian antara PETRONAS-Kerajaan Persekutu- an dan PETRONAS-Kerajaan Ne-geri.

Katanya, Pakatan Harapan ke-tika menggubal Buku Harapan mencadangan menambah jum-lah royalti petroleum kepada 20 peratus berdasarkan keuntungan PETRONAS selepas cukai bukan daripada jumlah hasil pengelua-ran kasar.

“Analisis ini dibuat dalam ke-adaan kekangan data dan mak-lumat pada ketika itu untuk me-lihat peratusan jumlah royalti bagi negeri pengeluar petro-leum wajar ditingkatkan kepada 20 peratus.

“Cadangan ini tidak dapat di-laksanakan segera apabila ber-canggah dengan Akta Pemba-ngunan Petroleum (PDA 1974) kerana pengiraannya berdasar-kan keuntungan kasar bukannya

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang turut mengakui Cukai Barangan dan Perkhid-matan (GST) mengutip lebih ba-nyak wang daripada poket rak-yat, berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau, Mohd Khairy Jamaluddin menerusi Twitter mencadangkan kerajaan menu-runkan kadar GST ke paras sama dengan SST.

“Kenyataan Yang Berhormat Rembau jelas bercanggah de-ngan kenyataan Yang Berhormat Pekan bahawa SST lebih membe-bankan daripada GST.

“Jelas sekali, satu-satunya pi-hak yang mempolitikkan isu ini adalah Umno,” katanya pada si-dang media di Parlimen, baru-

baru ini.Guan Eng berkata, ia mem-

buktikan dalam Umno sendiri terdapat dua pendapat bercang-gah dengan satu pihak membu-rukkan dasar Kerajaan Pakatan Harapan, manakala satu pihak lagi mengakui SST adalah kuti-pan cukai lebih rendah kepada rakyat.

Katanya, Kementerian Ke-wangan sebelum ini terkejut apabila bekas Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno mengeluarkan kenyataan mengelirukan dengan mendak-wa rakyat akan terbeban jika GST dimansuhkan dan SST diperke-nalkan semula.

“SST yang kita perkenalkan nanti adalah sistem percukaian yang ditambah baik berbanding dahulu,” katanya.

atas keuntungan bersih. "Jika penambahan royalti pet-

roleum kepada 20 peratus hen-dak dilaksanakan, maka ia me-merlukan pindaan ke atas PDA 1974," katanya.

Beliau berkata, jika PETRONAS dikehendaki menambah jum-lah royalti petroleum kepada 20 peratus daripada jumlah hasil pengeluaran kasar petroleum ke-pada negeri pengeluar minyak, maka ia memberi implikasi serius kedudukan kewangan PETRO-NAS dan Kerajaan Persekutuan

Beliau berkata demikian men-jawab soalan lisan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Ma-dius Tangau, dalam sesi jawab lisan, di Dewan Rakyat.

Mohamed Azmin berkata, mereka mengemukakan usa-

ha menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet menyemak dan melaksanakan secara adil Perjan-jian Malaysia 1963 yang dianggo-tai wakil Semenanjung, Sabah dan Sarawak, yang mempunyai kepakaran dalam hal berkaitan menerusi Buku Harapan.

Selain itu, mekanisme pem-bayaran royalti petroleum per-lu diperhalusi kerajaan dan PETRONAS serta dibincangkan dengan negeri pengeluar mi-nyak juga gas untuk mencapai kata sepakat.

“Antara tugas jawatankuasa ini mengkaji dan mencadangkan langkah pembetulan beberapa hal termasuk hak Sabah serta Sarawak terhadap hasil semula jadi negara juga hasil minyak juga gas," katanya.

SST vs GST: Pemimpin Umno bercanggah?

Page 3: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

Utama3SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan mencari formula terbaik me- realisasikan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempa-tan (KPKT) supaya menyediakan lebih banyak tanah untuk pembi-naan rumah mampu milik.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, pihaknya turut bersedia melihat rizab tanah mi-lik Kerajaan Negeri yang boleh dibangunkan, di samping perbin-cangan bersama pemaju supaya rakyat mampu memiliki rumah sendiri, pada harga berpatutan.

“Isu besarnya adalah rumah mampu milik bukan peruma-han. Perlu ada satu polisi baik bagaimana memberikan rumah

SHAH ALAM - Projek membina jalan alternatif dari Shah Alam-Banting, di Jalan Sungai Rasau 32/22, di sini, berjalan mengikut jadual dan siap 79 peratus, se-hingga 15 Julai lalu.

Projek itu bermula pada 18 Mac 2016 dalam tempoh 33 bu-lan dan dijangka siap, pada Di-sember ini.

Kemajuan kerja kewangan pula berjalan 60 peratus walau-pun mengikut jadual 63.5 pera-tus.

Dengan kos RM43.38 juta, pro-jek itu membabitkan kerja naik taraf dua lorong kepada empat lorong bagi mengurangkan ke-sesakan trafik, merangsang eko-

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggung-jawab dalam isu pembua-ngan sampah haram.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, tindakan terbabit akan dilaksanakan sebaik sa-haja pihaknya menerima maklumat dan men-jalankan siasatan ber-hubung perkara itu.

Katanya, isu pembuan-gan sampah haram tidak seharusnya dipandang enteng kerana ia bakal mengundang pel-bagai masalah.

“Kerajaan Negeri tidak akan berkom-promi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan.

“Jika tidak dibendung, kita akan kekurangan tanah dan berdepan pelbagai masalah,” katanya.

Sehubungan itu, Amirudin berkata, Ker-ajaan Negeri merancang mengenal pasti teknologi baru yang boleh digunapakai

dalam menangani masalah itu.Pada masa sama, beliau turut mengalu-

alukan aduan atau pandangan daripada rakyat menerusi laman sosial rasminya.

“Jika ada aduan atau pandangan boleh kemukakan di laman sosial saya iaitu Twit-ter, Facebook dan Instagram.

“Boleh kemukakan laporan atau bukti jika ada. Itu cara kita dengar berbincang dan membuat keputusan berasaskan prosedur kerana rakyat menjadi keuta-maan,” katanya.

Selangor sambut baik hasrat KPKT

Komited tambah rumah mampu milikmampu dimiliki rakyat, di dalam negeri.

“Rumah berkos besar dan har-ga tinggi memang banyak, na-mun masih kurang rumah mam-pu milik. Justeru, kita perlu kenal pasti formula dan menyasarkan 20,000 rumah.

“Sekarang, dalam rekod kita sudah ada perancangan membi-na rumah di bawah Lembaga Pe-rumahan dan Hartanah Selangor membabitkan pelbagai pering-kat,” katanya.

Pada masa sama, beliau ber-kata, Selangor yang berada pa- ling hampir dengan Kuala Lum-pur menjadi tumpuan rakyat khususnya yang bekerja, di pusat bandar.

Terdahulu, Amirudin menyam-

but baik kenyataan Menteri Pe-rumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, supaya Ke-rajaan Negeri bekerjasama bagi menyediakan tapak tanah pem- binaan rumah mampu milik.

Katanya, langkah itu selari dengan Dasar Perumahan Sela-ngor bagi merealisasikan matla-mat ‘Satu Keluarga Satu Kedia-man Yang Sempurna’.

“Kerajaan Selangor adalah pelopor dalam usaha menguta-makan rakyat dan menyediakan perumahan mampu milik.

“Saya berharap menerusi ker-jasama strategik dengan Kera-jaan Persekutuan, maka lebih ramai rakyat di Selangor dapat memiliki tempat tinggal baik, se-lesa dan selamat,” katanya.

Jalan alternatif Shah Alam-Banting siap Disembernomi, mengurangkan risiko ke-malangan dan banjir.

Selain itu, kerja menaiktaraf longkang, jejantas, laluan peja-lan kaki dan persimpangan ber-lampu isyarat turut dilakukan serentak.

Terdahulu, Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari turut mela-wat persekitaran projek bagi melihat kemajuan terkini sambil diiringi Pengarah JKR Selangor, Ir Roslan Abdul Aziz, pada 20 Julai lalu.

Sebelum itu, beliau mende-ngar taklimat ringkas Jurutera Awam Penguasa Kanan Baha-gian Jalan JKR Selangor, Ir Anita Mohamed Shafie.

Selangor tuntas depani sampah haram

Dua penggal jawatan, serah pimpinan tertinggi

KLANG - Isu penstrukturan air negeri bakal dimuktamadkan Ogos ini, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan menerusi Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar mengesahkan proses penstrukturan air sedang dike-maskini di pelbagai peringkat institusi kerajaan dan swasta.

“Ia sudah dijanjikan oleh menteri, maka saya optimis isu ini menjadi keutamaan bagi saya dan kepimpinan Kerajaan Ne-geri.

“Sekarang, kita berada pada landasan yang betul untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Kemelut penstrukturan air negeri su-kar dicapai ekoran kegagalan perjanjian membabitkan kedua-dua pihak antara pentadbiran negeri dan Putrajaya sebe-lum ini yang ditadbir Barisan Nasional.

Pertikaian dilaporkan berlaku susulan wujudnya elemen berat sebelah yang disi-fatkan Kerajaan Negeri gagal menepati ke-hendak keperluan rakyat Selangor.

Bagaimanapun, Amirudin percaya, isu berkenaan akan ditangani sebaik mung-

kin bagi menjamin kepentingan rakyat, di Selangor.

“Kita perlu hati-hati kerana isu ini membabitkan perbelanjaan besar dan perjanjian antara Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan.

“Walaupun pentadbiran Persekutuan dan Negeri berada dalam keadaan ‘mesra’, namun saya memberi jaminan kepentingan rakyat itu perlu diutamakan.

“Namun, kita sudah mengadakan perbin-cangan. Sekurang-kurangnya isu ini dapat diselesaikan, penghujung Ogos,” katanya.

Isu air selesai OgosIa sudah dijanjikan oleh menteri, maka saya optimis isu ini menjadi keutamaan bagi saya dan kepimpinan Kerajaan Negeri. Sekarang, kita berada pada landasan yang betul untuk menyelesaikan isu ini

AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Page 4: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

4Utama

SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib : [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Ermizi Muhamad : [email protected]

Sheeda Fathil : [email protected] Zamlus : [email protected]

Zareef Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

PRK N.49 Sungai Kandis

KEADILAN yakin pertahan kerusi

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - KEADILAN me-laungkan keyakinan memperta-hankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis berdasarkan rekod cemerlang pada Pilihan Raya Umum (PRU), sebelum ini.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, dengan calon berkaliber diletakkan KEADILAN, mereka percaya ‘mood’ pengundi akan kekal menyokong Pakatan Harapan (PAKATAN) walaupun hampir dua bulan PRU-14 ber-akhir.

“Tiada isu besar negeri dan

persekutuan yang boleh dima-nipulasi lawan.

“Kita letak calon berkaliber dan resepi itu menyaksikan KE-ADILAN ada harapan besar untuk menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan luar Pusat Penamaan Calon PRK N.49 Sungai Kandis, di Dewan Teratai Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19, di sini, pada 21 Julai lalu.

Katanya, KEADILAN akan cu- ba sekurang-kurangnya menyamai majoriti PRU14 atau lebih tetapi bergantung kepada peratusan ke-luar mengundi, pada 4 Ogos ini.

Dr Wan Azizah dan Amirudin mengiringi Mohd Zawawi ketika Penamaan Calon PRK N.49 Sungai Kandis, di Dewan Teratai Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19, pada 21 Julai lalu

Mandat rakyat penting demi kelangsungan kebajikanSHAH ALAM - Calon KEADILAN, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menyeru pengundi terus mem-beri mandat kepada KEADILAN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) De-wan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis.

Beliau ber-kata, mandat dan kepercaya-an rakyat itu penting supa-ya parti dapat terus membela dan menjaga ke-bajikan mereka, di kawasan DUN berkenaan.

“Saya menyeru supaya rakyat berikan mandat sekali lagi ke-pada parti dalam PRK ini seperti yang mereka lakukan sebelum ini.

“Saya yakin rakyat akan beri-kan kepercayaan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada

parti untuk PRK ini,” katanya.Beliau berkata demikian ke-

pada media selepas menyerah-kan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, di

Dewan Besar Tanjung, Sek- syen 19, di sini, pada 21

Julai lalu.Mohd Zawawi

turut dicabar dua lagi calon dari-pada Barisan Na-sional, Datuk Lok-man Noor Adam

dan BEBAS, Murthi Krishnasamy.Katanya, jentera parti

akan mempergiatkan usaha berkempen bagi menawan hati pengundi sebagai memenuhi misi membela rakyat, di kawasan DUN berkenaan.

“Persediaan kempen 100 pe-ratus. Kita bergerak selepas ini untuk menemui pengundi,” ka-tanya.

Anwar bakal turun padangKLANG - Datuk Seri Anwar Ibra-him akan turun padang berkem-pen bagi membantu calon KE-ADILAN, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nege-ri N.49 Sungai Kandis.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Ketua Umum Paka-tan Harapan (PAKATAN) itu sudah memaklumkan kesediaannya un-tuk hadir berkempen.

“Selain Anwar, Naib Presiden PAKATAN, Datuk Seri Mukhriz Ma-hathir juga sudah turun padang membantu calon kita.

“Pada masa sama, saya dimak-lumkan akan ada lebih ramai lagi pimpinan negeri dan pusat yang akan hadir setidak-tidaknya hujung minggu ini memandangkan ba-

hang PRK Sungai Kandis semakin dirasai,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin berkata, fokus utama dan gerak kerja kempen KEADILAN perlu diteruskan bagi memastikan parti itu memenangi jumlah majoriti lebih tinggi.

“Ini bukan sahaja soal ke-menangan tetapi membabitkan harapan dan prospek peruba-han serta pemuliharaan negara yang rosak ekoran pentadbiran terdahulu.

“Justeru, tidak timbul dibo-lehkan untuk memenangkan calon Barisan Nasional kerana matlamat kita adalah memas-tikan kemenangan ini dikekal-kan dan keutamaan rakyat terus diutamakan,” katanya.

Bilik gerakan di Jalan Bukit KemuningKLANG - KEADILAN melancarkan Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Sungai Kandis, di Jalan Bukit Kemuning, pada 22 Julai lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bilik gerakan itu dibuat sebagai persediaan parti dan calonnya, Mohd Zawawi Ah-mad Mughni menghadapi PRK.

Beliau berkata, sebarang mak-lum balas dan infomasi berhubung gerak kerja kempen KEADILAN akan dibuat menerusi operasi bilik gerakan berkenaan.

“Ini bukan tempat asing bagi pengundi Sungai Kandis kerana sebelum ini ia digunakan bekas Ahli Dewan Negeri, Allahyarham

Mat Shuhaimi Shafiei untuk men-jalankan kerja di lapangan bersa-ma penduduk tempatan.

“Namun, untuk lebih teratur dan memudahkan gerak kerja kempen, maka kita gabungkan semua uru-setia bilik gerakan bersama kom-ponen dalam Pakatan Harapan (PAKATAN) yang akan berpusat, di sini.

“Ini bagi memudahkan urusan gerak kerja membabitkan semua daerah dan saluran mengundi yang ditetapkan Suruhanjaya Pili-han Raya, ” katanya.

Pada masa sama, Amirudin ber-kata, sebanyak 20 bilik gerakan lain di DUN Sungai Kandis membabit-kan gerak kerja komponen PAKA-

Tiada isu besar negeri dan persekutuan yang boleh dimanipulasi lawan. Kita letak calon berkaliber dan resepi itu menyaksikan KEADILAN ada harapan besar untuk menang

AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Ini bagi memudahkan urusan gerak kerja membabitkan semua daerah dan saluran mengundi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan RayaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

TAN dibuka, sejak 20 Julai lalu.Beliau berkata, operasi semua

bilik gerakan dibuka berpandu-kan kepada keperluan pusat me- ngundi setempat membabitkan 108 saluran.

Page 5: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

Utama5SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Junjung titah nasihat Sultan Sharafuddin

DNS mercu tanda demokrasiOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim dan Timbalan Speaker, Mohd Khairud-din Othman, menjunjung titah nasihat Duli Yang Maha Mulia Sul-tan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menjaga imej Dewan Negeri Selangor (DNS) se-bagai mercu tanda demokrasi.

Suee Lim berkata, baginda sa-ngat prihatin terhadap perkem-bangan DNS yang menjadi contoh kepada dewan lain, di negara ini.

“Suasana mengadap berlang-sung dalam suasana ceria. Ba-ginda sangat gembira dan priha-tin terhadap perkembangan DNS yang selama ini menjadi mercu tanda demokrasi.

“Ia juga menjadi teladan ne-geri lain sejak 2008 selepas me-lalui proses reformasi di bawah Dato’ Speaker ketika itu, Dato’ Teng Chang Kim disusuli Hannah Yeoh.

“Kini, tiba pula giliran saya dan

berharap dapat meneruskan ke-cemerlangan ini bagi memasti-kan DNS lain daripada yang lain,” katanya selepas sembah me- ngadap Sultan Sharafuddin, di Istana Bukit Kayangan, di sini, pada 19 Julai lalu.

Suee Lim berkata, dalam per-temuan berlangsung selama kira-kira satu jam 30 minit itu, baginda turut bertitah supaya kekecohan yang berlaku di Dewan Parlimen baru-baru ini dijadikan iktibar dan perjalanan persidangan perlu dikendalikan mengikut Prosedur Piawaian Operasi (SOP), tertib dan terkawal sejajar dengan kemu-liaan DNS.

Katanya, baginda juga meni-tahkan supaya semua Ahli Dewan Negeri (ADN) mematuhi kod etika pakaian, ketika berada di DNS.

“Saya dan timbalan menerima banyak sangat nasihat. Kami teri-ma dengan hati terbuka dalam memastikan DNS terus bertenaga selain berada di hadapan sebagai peneraju dewan di seluruh negara

sebagai demokratik, terbuka, din-amik dan berinovasi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khairud-din pula berkata, beliau akan me-megang teguh titah amanat ba-ginda yang mahu piawaian tinggi DNS dikekalkan dan tidak mem-belakangkan peraturan dewan.

Katanya, baginda juga me-nitahkan supaya pemimpin ma-syarakat khasnya ADN tidak melupakan fakta sejarah bagi membentuk Selangor yang lebih baik, pada masa hadapan.

“Ini termasuk menyuburkan lagi keharmonian dan perpa-duan dalam kalangan rakyat yang menuntut semua ADN tanpa me-ngira parti harus menjadi contoh teladan yang baik kepada rakyat.

“Bagaimana kita mahu menun-jukkan contoh teladan yang baik jika sikap di dalam dewan tidak menghormati kemuliaan dewan itu sendiri,” katanya.

Katanya, setiap ADN juga harus ingat bahawa tingkah laku me-reka sepanjang Persidangan DNS

Tengku Permaisuri Norashikin rasmi Asean Songket Festival ����

berlangsung dapat disaksikan rakyat secara langsung menerusi TV Selangor khasnya.

“Kita kena jaga tingkah laku ke-

rana ribuan rakyat memerhatikan dan menilai setiap yang berlaku dalam dewan termasuk anak kita,” katanya.

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Sela- ngor, Tengku Permaisuri Norashi-kin, berkenan menyempurnakan perasmian ASEAN Songket Festival 2018 (ASF), di Management and Science University (MSU), di sini, baru-baru ini.

Penganjuran ASF 2018 itu tu-rut mencipta rekod baru Malaysia Book of Record (MBR) iaitu ‘The Largest Number of People Wearing Or Having Songket Elements As Part of Their Dressing’.

Ia sekali gus menjadikan MSU berjaya mencatatkan lebih 30 pen-capaian dan menjadi institusi pe-ngajian tinggi paling banyak terse-narai dalam MBR.

Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, ASF 2018 yang dianjurkan bermula 18 hingga 21 Julai lalu mengetengah-

kan seni songket membabitkan Thailand, Brunei dan Indonesia.

“Malaysia adalah negara yang kaya dengan kepelbagaian buda-ya dan seni warisan.

“Salah satu daripada pakaian tradisional atau busana yang men-jadi warisan budaya Malaysia ialah songket iaitu lambang keunikan etnik Melayu.

“Songket dan warisan ini mem-punyai nilai penting. Saya per-caya, ASF 2018 berjaya mencapai objektif untuk melihat keunikan ini dihargai setiap lapisan ma-syarakat,” katanya dalam sembah ucapannya..

Dr Mohd Shukri berkata, ber-temakan Apresiasi Songket, ia diadakan sebagai usaha mem-berikan pendedahan kepada ko-muniti berkenaan kepentingan menghargai songket sebagai

warisan negara yang ditonjolkan menerusi pakaian, kraftangan dan budaya.

Katanya, ia juga selari dengan inisiatif universiti untuk melahir-kan graduan kompeten, holistik dan versatil membabitkan pene-rapan budaya kecemerlangan.

“Penyertaan pelajar dalam program ini adalah sumbangan mereka bagi memperkasakan seni songket kepada komuniti kampus dan masyarakat supaya terus relevan penggunaannya, sepanjang masa,” katanya.

Pelbagai aktiviti turut diada-kan sepanjang empat hari pe-nganjurannya antaranya 5km International Songket Run, per-tandingan lipatan sampin dan tengkolok, 3 On 3 Soccer songket, Mr & Mrs Songket MSU, Motive De-sign dan choral speaking.

Kawal pembiakan haiwanSHAH ALAM - Jangan biarkan haiwan kesayangan anda mem-biak secara tidak terkawal, kata Pengarah Perkhidmatan Ve-terinar Selangor, Dr Hassuzana Khalil.

Katanya, ramai pemilik kucing bertindak membuang haiwan berkenaan sehingga menjadi ter-biar disebabkan tiada kawalan.

“Masyarakat perlu menolak budaya ‘haiwan itu tiada hak’ dan ‘haiwan itu adalah gang-guan’. Jika dilihat, punca haiwan menjadi gangguan adalah ber-balik kepada sikap manusia juga.

“Disebabkan itu, kami dari-pada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS) mahu menggalakkan pemilikan ber-tanggungjawab dalam kala-ngan pemilik haiwan kesa-yangan. Disebabkan itu, klinik veterinar DVS mempromosi pe-mandulan kucing jantan,” kata-nya dalam ucapan ketika Hari Kebajikan Haiwan Negeri Sela-ngor 2018, di Dewan Raja Muda Musa, di sini, baru-baru ini.

Hadir mencemar duli ialah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permai-suri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang turut berkenan merasmikan acara berkenaan yang dianjurkan julung kalinya oleh DVS, di peringkat negeri itu.

Turut hadir, isteri Dato’ Menteri Besar, Masdiana Muhamad dan Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Bandaraya Shah Alam, Norhisham Moham-mad@Mohd Isa.

Hassuzana berkata, sebelum ini Hari Kebajikan Haiwan hanya diadakan pada peringkat Perse-kutuan sahaja.

“Matlamat utama program ini supaya masyarakat bersikap le-bih prihatin dan sayang kepada haiwan sekeliling tidak kira ia di-pelihara atau tidak bertuan.

“Melalui program ini juga, DVS mempromosikan langkah menyelamatkan haiwan terbiar dengan mewujudkan gerai ‘ku-cing angkat’,” katanya.

Disebabkan itu, kami daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS) mahu menggalakkan pemilikan bertanggungjawab dalam kalangan pemilik haiwan kesayangan. Disebabkan itu, klinik veterinar DVS mempromosi pemandulan kucing jantanDR HASSUZANAPengarah Perkhidmatan Veterinar Selangor

Page 6: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

6Utama

SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

Demi rakyat

IPR terus diperkukuh OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang menjadi jiwa kepada Kerajaan Negeri akan terus diperkukuh dalam memas-tikan rakyat Selangor terus maju dan tidak tertinggal dalam arus pembangunan negeri.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri mencakna rakyat dalam bentuk rancangan sosial bukan hanya pemberian ‘goodies’ atau bentuk kewangan semata-mata meneru-si IPR.

Katanya, walaupun Kerajaan Negeri berbangga dengan kema-juan atau angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun ia belum dapat memuaskan hati jika tidak diterjemahkan kepada rakyat secara keseluruhan.

“Inilah jiwa kepada program IPR. Kita akan lihat peduli dan cakna nasib rakyat selain mem-punyai rancangan sosial ma-syarakat.

“Kerajaan Negeri bangga teta-pi belum cukup puas hati de- ngan angka itu selagi belum diterjemahkan kepada rakyat.

“Adakala, kita terbit atau me-

lebarkan jurang antara golongan kaya dan miskin membuatkan rakyat hanya berkongsi 20 pera-tus sahaja daripada hasil negeri. Ini menyebabkan ketidakseim-bangan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demiki-an pada Program Me-nyantuni dan Menye- marakkan Inisiatif Peduli Rakyat DUN Sungai Kandis, di Padang Rakyat Jalan Kebun, pada 20 Ju-

lai lalu.Sehubungan itu, Amirudin

berkata, Kerajaan Negeri me-nyediakan pelbagai inisiatif an-taranya bantuan perniagaan kerana percaya bakat yang digi-

lap mampu membantu penja-naan pembangunan negeri.

Pada program itu, seramai 180 penerima IPR menerusi Skim HIJRAH, Skim Mesra Usia Emas dan Blueprint.

Amirudin bergambar kenangan dengan penerima IPR di DUN Sungai Kandis

Ibadah haji peluang jemaah fahami sejarah IslamSHAH ALAM - Jemaah haji di-nasihatkan menghayati sejarah perkembangan Islam yang boleh disaksikan di Tanah Suci Mekah dan Madinah ketika menyempur-nakan rukun Islam kelima itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sejarah perjuangan dibawa Rasulullah SAW memberi-kan pengajaran besar termasuk pelaksanaan Perjanjian Hudaibi-yah yang mampu menimbulkan keinsafan.

“Ibadah haji mempunyai falsa-fah besar. Untuk memahaminya, kita perlu mendengar bimbingan serta taklimat daripada mutawif.

“Amat malang jika kita ke sana menunaikan ibadah tetapi gagal memahami persekitaran, per-saudaraan dan mendekati seja-rah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Program Perasmian Kursus Per-dana Haji 2018 anjuran Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd, pada 22 Julai lalu.

Program bertempat di Dewan Utama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu disertai 500 bakal jemaah haji.

Berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah haji di Ta-

Amirudin beramah mesra bersama sebahagian jemaah haji di bawah kelolaan Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd

nah Suci pada 2016, Amirudin berkata, perjuangan mengem-bangkan Islam tidak dilakukan dengan mudah.

Justeru, beliau turut mengi-ngatkan jemaah supaya ber-sabar sepanjang mengerjakan ibadah, di samping menjaga

nama baik Islam, Selangor dan Malaysia kerana ia turut disertai umat Islam, dari seluruh dunia.

Jemaah haji di bawah kelo-laan Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd akan memulakan pener-bangan pertama, pada 27 Julai ini.

Kenal pasti pelan baru, tingkat industri perikananSHAH ALAM - Kerajaan Negeri giat melaksanakan pelan pem-bangunan baru yang mem-fokuskan kepada hala tuju dasar peningkatan industri perikanan Selangor.

EXCO Infrastruktur dan Ke-mudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, kajian baru dilaksanakan bagi memastikan hala tuju baru itu dapat dicapai.

“Kerajaan Negeri sudah me-ngenalpasti program kebajikan golongan nelayan yang tidak menyeluruh atau tidak bersifat sokongan berpanjangan kepa-da nelayan.

“Jadi, kita perlu laksanakan sistem baru yang akan men-jalankan pemantauan khusus bagi memastikan industri ini berkembang maju.

“Dasar baru ini akan mem-beri nilai tambah, sekali gus mampu menyumbang kepada perkembangan industri peri-kanan, di peringkat negeri dan nasional,” katanya.

Kerajaan Negeri sebelum ini memperuntukkan RM1.6 juta bagi menyediakan bantuan berbentuk peralatan menang-kap ikan kepada nelayan serta

makanan ternakan untuk usa-hawan akuakultur Selangor.

Selain itu, RM600,000 tu-rut diperuntukkan bagi ban-tuan peralatan kolam ternakan membabitkan 168 penerima, bagi tempoh 2017.

Pada masa sama, Belanjawan 2018 juga bakal menyaksikan pelbagai inisiatif baru dalam usaha membantu nelayan me-ningkatkan jaringan pendapa-tan.

Dasar baru ini akan memberi nilai tambah, sekali gus mampu menyumbang kepada perkembangan industri perikanan, di peringkat negeri dan nasional

IR IZHAM HASHIMEXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

Page 7: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

7SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

Page 8: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

8Nasional

SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

KUALA LUMPUR - Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak menolak kemungkinan ter-dapat pihak terasa dengan ung-kapan ‘sila duduk dan jangan lari’ yang dititahkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Muham-mad V, baru-baru ini.

“Siapa yang makan cili dia te-rasa pedas,” kata Dr Mahathir apa-bila ditanya wartawan berkenaan ‘usikan’ Sultan Muhammad V se-belum bersemayam, di Peterana Diraja.

Beliau berkata demikian se-lepas menghadiri Istiadat Pembu-kaan Penggal Pertama Majlis Par-limen Ke-14 2018, di Bangunan Parlimen, di sini.

Terdahulu, Dewan Rakyat gamat apabila baginda sempat bertitah supaya Ahli Dewan Rak-yat duduk dan jangan lari sebe-lum menyampaikan titah ucapan perasmian.

Titah baginda itu menggamat-kan hari pertama Persidangan De-wan Rakyat.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan tindakan segelintir pi-hak yang memainkan sentimen agama dan bangsa, Dr Mahathir menegaskan supaya semua pihak menghormati agama serta bang-sa lain.

“Rasis ini ialah supaya dalam semua perkara kita harus seder-hana dan bertimbang rasa ter-hadap agama berlainan. Mereka

juga harus hormati agama kita dan jika mula mencabul agama lain, maka akan terima padahnya,” katanya.

Ketika mengulas perjalanan persidangan Dewan Rakyat, Dr Mahathir memberi jaminan tiada sekatan dikenakan kepada mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang ingin berbahas.

Bagaimanapun, katanya, di pi-hak kerajaan, beliau akan pastikan rang undang-undang berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

“Kita dah umum sekarang sifar GST, jadi apa yang kita yang perlu dipastikan adalah Parlimen me-mansuhkan undang-undang itu,” katanya.

Titah Sultan Muhammad V

“Siapa makan cili dia rasa pedas”

SHAH ALAM - Orang ramai ber-peluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh dan Planet Marikh dengan jarak lebih dekat, pada 27 dan 28 Julai ini.

Jurucakap Kementerian Tena-ga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar berkata, fenomena itu boleh dilihat me-lalui teleskop yang disediakan di perkarangan pintu masuk Plane-tarium Negara.

Katanya, beberapa teleskop disediakan khas Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kelab Falak dan Persatuan Stargazer, pada dua hari berkenaan.

“Bagaimanapun, kenampakan kedua-dua fenomena berkenaan bergantung kepada keadaan cua- ca.

“Orang ramai digalak hadir ke Planetarium Negara dan tidak melepaskan peluang menyaksi-

kan fenomena luar biasa ini,” ka-tanya dalam kenyataan.

Pada 27 Julai ini, program pencerapan Planet Marikh di-jalankan bermula jam 9 malam hingga 11.30 malam, manakala program pencerapan gerhana bulan penuh pula diadakan ber-mula 1 pagi hingga 7 pagi, pada 28 Julai ini.

Siaran langsung melalui Face-book Planetarium juga akan di-buat bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklu-mat lintas langsung berkenaan fenomena itu.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pla-netarium Negara di talian 03-22735484 atau laman sesawang www.planetariumnegara.gov.my atau laman Facebook Plane-tarium Negara.

Fenomena gerhana bulan penuh hujung Julai

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru semua Ahli Parlimen mempa-merkan sikap kepimpinan, te-ladan baik, berakauntabiliti dan profesional, sepanjang tempoh persidangan Parlimen ke-14.

Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, ABIM meman-dang berat sikap dan mutu per-bahasan dipamerkan sesetengah ahli Dewan Rakyat pada sidang Parlimen ke-14 yang berlang-sung, sejak 18 Julai lalu.

Katanya, permulaan sidang Parlimen ke-14 sangat penting untuk rakyat menilai prestasi pe-mimpin dan wakil rakyat yang di-pilih.

“Memandangkan institusi Par-limen adalah badan perundang-

an tertinggi di negara ini, maka ABIM menuntut seluruh wakil rakyat yang dipilih bertanggung-jawab mengemukakan perba-hasan berkualiti, rasional dan matang sesuai dengan semangat demokrasi serta perubahan yang ingin dicetuskan.

“Mereka seharusnya membuat persiapan awal dan rapi bagi me-mastikan setiap sesi dapat dilalui dengan sesi soal jawab serta per-bahasan yang mempunyai inti-pati signifikan juga bermaklu-mat,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Raimi berkata, ABIM berharap setiap anggota Dewan Rakyat atau Dewan Ne-gara menumpukan perhatian untuk memenuhi agenda serta dasar mengangkat isu rakyat

yang menyantuni kebajikan me-reka seiring dengan pembangu-nan negara.

Katanya, hujah juga seharus-nya disampaikan dengan meng-gunakan laras bahasa kebang-saan yang betul supaya sejajar dengan imej institusi Parlimen yang mempunyai kedudukan tersendiri.

“Parlimen tidak seharusnya dijadikan tempat untuk mem-bicarakaan isu remeh sehingga mengenepikan hak rakyat.

“Permulaan sidang Parlimen kali ini menandakan rakyat su-dah mula memerhati dan menilai kualiti serta kewibawaan setiap seorang wakil yang mereka pilih ketika Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.

Ahli Dewan Rakyat perlu lebih matang

KUALA LUMPUR - Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan semula pada Sep-tember ini dijangka menambah aliran tunai RM23 bilion setahun untuk kegunaan rakyat dalam pasaran.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, hal itu ekoran SST hanya mengutip RM21 bilion setahun, berbanding Cukai Ba-rangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM44 bilion setahun yang dikutip daripada poket rakyat.

“Setakat ini, Yang Berhormat Pekan masih belum memberikan jawapan, bagaimana SST akan lebih membebankan rakyat ber-banding GST jika kutipan yang dijangkakan daripada SST hanya RM21 bilion untuk tempoh se-tahun. Sementara GST dijangka mengumpul RM44 bilion, bagi 2018.

“Rakyat Malaysia masih be-lum menerima maklum balas bagaimana GST dikatakan lebih baik berbanding SST walaupun GST memerah kutipan cukai yang lebih tinggi sebanyak RM23 bilion,” katanya dalam sidang me-dia, di Parlimen, baru ini.

Guan Eng berkata, RM23 bilion yang dikembalikan kepada rak-yat akan merangsang permintaan pengguna swasta dan mening- katkan keyakinan pelabur serta menjana pertumbuhan ekonomi lebih rancak.

Katanya, barangan yang dike-nakan cukai SST juga lebih sedikit iaitu hanya 38 peratus daripada

Kembalikan RM�� bilion aliran tunai rakyat

RM23 bilion yang dikembalikan kepada rakyat akan merangsang permintaan pengguna swasta dan meningkatkan keyakinan pelabur serta menjana pertumbuhan ekonomi lebih rancakbakul barangan dan perkhid-matan Indeks Harga Pengguna (CPI) berbanding 60 peratus ba-kul barangan dan perkhidmatan CPI bagi GST.

“Kerajaan Pakatan Harapan tidak menafikan, rakyat mung-kin akan terkesan daripada segi kewangan susulan pelaksanaan SST tetapi hampir separuh ringan berbanding GST,” katanya.

Page 9: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

Nasional9SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR - Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura perlu di-tangguhkan sehingga rundingan dua hala negara selesai dijalankan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu ekoran anggaran awal kos projek bernilai RM110 bilion itu terlalu tinggi bagi jajaran sejauh 350 kilometer.

“Kerajaan sedang berusaha mengu-rangkan bebanan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

“Kerajaan memutuskan pada 6 Jun lalu supaya Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama Kementerian Kewangan dan Ke-menterian Pengangkutan mengadakan perbincangan dengan Singapura bagi meneliti semula pelaksanaannya daripada segi terma perjanjian serta kebolehlaksa-naan projek,” katanya pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, di Parlimen, baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau berkata, Bari-san Nasional menyembunyikan kos se-benar projek HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Beliau secara sinis berkata, ia amalan ‘bi-asa’ BN, berbanding Pakatan Harapan (PA-KATAN) yang menerapkan prinsip ketelu-san.

“Banyak kos tersembunyi yang kemudi-annya diketahui selepas projek ini berjalan

tetapi Kerajaan PAKATAN berpegang kepa-da prinsip terbuka dan akuantabiliti kepa-da rakyat dalam memastikan kos projek didedahkan,” katanya.

Katanya, kos projek diperolehi ber-dasarkan perkiraan (costing) walaupun HSR masih dalam proses tender yang akan ditutup, pada Disember ini.

Bagaimanapun, Datuk Seri Wee Ka Siong mempertikaikan angka RM110 bil-ion yang disifatkannya dua kali ganda dari-pada kos diumum Kerajaan BN, sebelum ini.

Soalan dikemukakan Ketua Pembang-kang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ber-hubung soal aspek yang dikaji susulan pe-nangguhan projek berkenaan.

Datuk Seri Najib Razak dalam soalan tam-bahan pula mempertikaikan kos itu susulan tarikh tutup tender terbuka antarabangsa yang masih berbaki beberapa bulan.

Dalam jawapannya, Mohamed Azmin menegaskan, kepentingan tender terbuka seperti yang ditekan pembangkang terda-hulu.

“Sebab itu, saya sebut ia (RM110 bilion) satu perkiraan kos bukan harga tender pro-jek berkenaan. Sudah tentu dalam proses biasa, mana-mana bidaan tender terbuka memang akan lakukan penjimatan.

“Sebab itu, kami sebelum ini desak su-paya semua projek dibuat dalam tender terbuka. Kenapa baru hari ini YB Pekan fa-ham soal tender terbuka?,” katanya.

Projek Rel Berkelajuan Tinggi Malaysia-Singapura

Najib baru faham soal tender terbuka?

Page 10: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

10 SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

Page 11: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

IPR bukti komitedInisiatif Peduli Rak-

yat (IPR) adalah program Kerajaan Negeri yang ber-

tapak, lebih 10 tahun. Pastinya, ini hari yang

penting kerana saya su-dah berjanji kepada rakyat Selangor selepas sebulan dilantik selaku Dato' Menteri Besar untuk turun ke seluruh kawasan bagi mendengar hasrat dan harapan rakyat.

Dalam tempoh sebulan sehingga dua bulan akan datang, saya bersama pimpinan Kerajaan Selangor akan tu-run ke seluruh negeri demi mendengar dan mendapatkan maklum balas secara langsung daripada rakyat untuk peran-cangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang kerana pada waktu ini Jabatan Kewangan serta Perbendaha-ran Negeri sedang giat merangka be-lanjawan 2019 yang akan dibentang-kan, pada akhir November.

Menjadi tanggungjawab kerajaan bukan hanya melihat perancangan dan pelan tetapi bagaimana kita mende-ngar pandangan dan suara hati rakyat untuk dikembali serta diterjemahkan kepada rakyat untuk kebaikan juga manfaat. Inilah makna demokrasi dari-pada rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat.

Inilah jiwa kepada program IPR iaitu kita akan melihat dan peduli, priha-tin serta cakna dengan apa nasib juga keperluan rakyat. Ia bukan soal pembe-rian ‘goodies’, bukan hanya pemberian percuma dan perkara dalam bentuk kewangan tetapi juga mempunyai ran-cangan untuk 'social safety' demi keba-jikan dan nasib sosial masyarakat.

Kita berbangga bahawa Selangor adalah negeri kaya, malahan tahun 2005 negeri ini diisytiharkan sebagai 'Negeri Maju' tetapi angka kemajuan, data dan fakta pembangunan ekonomi serta penjanaan Keluaran Dalam Nega-ra Kasar belum cukup memuaskan hati pentadbiran Kerajaan Negeri selagi ti-dak diterjemahkan kepada rakyat.

Daripada 40 program IPR, ia bukan

soal meninggal dunia dapat RM2,500, bukan lahir nanti anak umur 18 tahun akan dapat RM1,500, bukan hanya ada bantuan untuk anak-anak taska dan ta-dika RM50, bukannya tiket atau tam-bang bas percuma.

Tetapi, Kerajaan Negeri merancang memberikan kemahiran untuk meng-galak dan meningkatkan daya saing serta keupayaan warga tempatan su-paya mereka boleh mengembangkan bakat, sekali gus menambah pendapa-tan.

HIJRAH adalah satu badan mik-rokredit negeri yang ditubuhkan se-jak tiga tahun lalu bertujuan mening-katkan pendapatan dan golongan pendapatan menengah. Lebih 40,000 peniaga sudah menikmatinya dan RM400 juta dibelanjakan.

Kita juga mempunyai program usa-hawan kecil sederhana dan usahawan mampan. Daripada usahawan yang mula ingin menebar roti canai, men-jual kuih-muih hingga mampu menjadi Multination Companies (MNC). Kera-jaan Negeri mempunyai garis panduan.

Kita juga tidak melupakan bakti mere-ka yang bekerja keras membantu pem-bangunan negeri dan negara. Golongan warga emas, orang kurang upaya, vete-ran tentera dan tidak ketinggalan mereka yang bekerja hampir 24 jam, itulah kaum ibu dan wanita. Selangor adalah negeri pertama di Malaysia yang mempunyai program khusus untuk wanita iaitu Ka-sih Ibu Smart Selangor (KISS) sebanyak RM200 sebulan.

Kerajaan Negeri bukan sahaja teruja apabila kita mendapat pelaburan IKEA di Pulau Indah atau pelaburan daripada To- yota juga Oji Paper sebaliknya rasa gem-bira kerana angka kekayaan yang dicatat-kan itu dikongsikan kembali kepada rak-yat dan diperkasakan.

Kemajuan bukan hanya milik pe-mimpin, sebaliknya kita tidak lupa mena-rik rakyat yang tertinggal daripada setiap lapisan. Itulah yang saya katakan Selangor adalah negeri yang sejahtera, bahagia un-tuk semua rakyatnya dan kita terjemahkan dalam program, pada hari ini.

11SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

DARI KACA MATA MB

Page 12: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

Album Album13SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 201812 SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

ADN Kampung Tunku, Lim Yi Wei turun padang menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada pihak memerlukan di Program Makan Durian Sambil Beramal, dalam DUN beliau

ADN Lembah Jaya, Haniza Talha menyampaikan sumbangan kepada bakal haji Muassasah, di DUN beliau

ADN Gombak Setia, Hilman Idham turun padang menyempurnakan Majlis Perasmian Anak Muda Gombak, di DUN beliau

ADN Kinrara, Ng Sze Han turun padang merasmikan gimnasium terbuka baharu,di kawasan padang Pangsapuri Sri Alpina, Puchong

ADN Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor menyampaikan sumbangan kepada bakal haji Muassasah, di DUN beliau

ADN Sungai Burong, Dato’ Shamsudin Lias turun padang menyantuni peniaga, di Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh

ADN Paya Jaras, Khairuddin Othman turun padang menyantuni pemain bola cilik ketika sesi latihan mereka, di DUN beliau

ADN Taman Templer, Mohd Sany Hamzan turun padang menyantuni dan menyam-paikan sumbangan kepada Warga Asal Bukit Lagong

Page 13: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

14ADN

SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri Bandar Utama, Jamaliah Jamalud-din, akan cuba menyelesaikan ma-salah dana dihadapi Sekolah Ke-bangsaan Damansara Jaya (1) dan (2) yang berdepan isu perkongsian kawasan, sejak sekian lama.

Katanya, bilangan murid di kedua-dua sekolah berkenaan se-makin berkurangan, namun masih dibahagi kepada dua sistem selain berkongsi alamat sama.

“Ketika menghadiri aktiviti gotong-royong anjuran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (1) pada 14 Julai lalu, saya dimaklum-kan dua sekolah itu sebenarnya berkongsi kawasan sama dengan jumlah murid semakin berkura-ngan.

“Oleh itu, timbulnya isu kekurangan dana untuk pelbagai jenis pembaikan dan naik taraf yang perlu dilakukan ekoran Per-satuan Ibu Bapa dan Guru di seko-lah yang kecil biasanya agak le-

Kongsi kawasan

Selesaikan dana SK Damansara Jaya � dan �

hadap masalah dihadapi.“Saya berkesempatan meras-

mikan penanaman tumbuhan baru dan melawat kawasan seko-lah yang turut menjalankan Pro-gram Integrasi Pendidikan Khas.

“Saya gembira dapat meluang-kan masa bersama pihak sekolah selain memahami isu dihadapi dan berkenalan dengan mereka.

“Pada saya, program gotong-royong seperti ini amat digalak-

kan bukan sahaja bagi menbersih dan memperindahkan kawasan sekolah tetapi juga saling me-ngenali, mengeratkan hubungan serta memupuk semangat ker-jasama,” katanya.

Jamaliah (berbaju putih) sempat meluangkan masa bersama sebahagian warga Sekolah Kebang-saan Damansara Jaya (1) ketika aktiviti gotong-royong, baru-baru ini

mah,” katanya.Jamaliah berkata, beliau dijem-

put ke program itu selepas berja-ya membantu menyelesaikan isu bekalan elektrik di salah satu blok sekolah, sebelum ini.

Katanya, pertemuan itu mem-beri lebih ruang kepadanya me-mahami latar belakang sekolah selain mencari penyelesaian ter-

SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Mohd Hilman Id-ham, mengadakan pertemuan ber-sama wakil Gubernur DKI, Jakarta YTH Bapak Sandiaga Salaahuddin Uno, baru-baru ini.

Bercakap kepada SelangorKini, Hilman berkata, pertemuan ter-tumpu kepada perbincangan ter-hadap pembaharuan Malaysia Ba-haru.

Katanya, fokus juga terarah ke-pada hasrat pentadbiran negeri untuk mengguna pakai dasar pem-bangunan bandar pintar yang di-laksanakan, di Jakarta.

“YTH Bapak Sandi menyampai-kan rasa kagum beliau terhadap

perjuangan, tekad dan iltizam rak-yat Malaysia yang melakukan pe-rubahan, dalam pilihan raya lalu.

“Perbincangan turut berkait soal demokrasi, kemajuan teknologi dan pengalaman Jakarta sebagai ban-dar pintar khususnya dalam usa- ha merealisasikan gagasan Sela-ngor sebagai ‘regional’ Smart State,” katanya.

Terdahulu, Mohd Hilman berada di Jakarta sempena program la-watan kerja ke Indonesia, baru-baru ini.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor melaksanakan dasar pembangu-nan negeri pintar yang menyasar-kan Smart State, menjelang 2025.

Teroka pembangunan bandar pintar di Jakarta

Mohd Hilman bersama wakil Gubernur DKI, Jakarta YTH Bapak Sandi-aga Salaahud-din Uno ke-tika program lawatan kerja ke Indonesia, baru-baru ini

SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin, mencadangkan inisiatif baharu di-perkenalkan khas kepada ibu bapa yang mempunyai anak Orang Ke-lainan Upaya (OKU).

Katanya, walaupun Kerajaan Negeri sudah memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), namun ia hanya terhad kepada ibu yang mempunyai anak 21 tahun ke bawah.

“Saya ingin mencadangkan satu inisiatif diperkenalkan khusus ke-pada ibu bapa yang mempunyai

anak OKU dan boleh memohon tanpa had umur.

“Hal ini ekoran, ramai dalam ka-langan pemohon KISS mempunyai anak OKU tetapi jika umur anak mereka atas 21 tahun, maka tidak boleh memohon,” katanya kepada SelangorKini.

Rozana berkata, tanggung-jawab dan cabaran ibu bapa yang mempunyai anak OKU sangat mencabar dan beliau berharap Kerajaan Negeri akan melak-sanakan inisiatif itu kepada golo-ngan terbabit.

Pada masa sama, beliau turut memuji langkah Kerajaan Nege-ri dalam melaksanakan Inisiatif Peduli Rakyat yang memelihara kebajikan rakyat daripada bayi hingga meninggal dunia.

“Salah satunya adalah KISS yang bukan sahaja meringankan beban keluarga, namun pemakanan juga terjaga dengan baik,” katanya.

Mengulas berkenaan sambutan KISS di DUN Permatang, Rozana berkata, seramai 1,450 penerima sudah mendapat manfaat itu, se-hingga kini.

Inisiatif khas buat ibu bapa OKU

KUALA LANGAT - Kira-kira RM6 juta diperuntukkan bagi me-naiktaraf semula kemudahan di Pantai Batu Laut dan Pantai Tan-jung Sepat, di sini.

Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah ber-kata, kos berkenaan bagi pembi-naan semula kedai, gerai maka-nan dan laluan pejalan kaki buat pengunjung pantai.

Katanya, projek itu sudah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan dijangka kerja pembinaan akan mula di-jalankan, pada September ini.

“Kerja naik taraf ini dilakukan supaya pengunjung mendapat kemudahan yang lebih selesa

termasuk peniaga sedia ada.“Malah, saya melihat jumlah

kedatangan pelancong ke dua pantai ini juga semakin bertam-bah, setiap bulan,” katanya keti-ka dihubungi SelangorKini.

Borhan berkata, peniaga se-dia ada akan ditempatkan di lo-kasi sementara bagi menunggu kerja pembinaan kedai baru se-lesai.

“Perkara itu sudah dimak-lumkan kepada Majlis Daerah Kuala Langat bagi proses pemin-dahan. Saya mahu peniaga terus menjalankan perniagaan ma-sing-masing kerana pengunjung tetap akan datang ke kawasan pantai untuk mencari makanan

ketika beriadah dengan kelu-arga.

“Jika kedai baru sudah siap, maka kita akan tempatkan me-reka secepat mungkin,” katanya.

Tanjung Sepat adalah sebuah pekan di daerah Kuala Langat yang terletak dalam perjalanan dari Pantai Morib ke pekan Su-ngai Pelek, Sepang.

Sementara itu, Pantai Batu Laut pula adalah salah satu loka-si riadah yang berjaya menarik kedatangan pengunjung, setiap hujung minggu.

Istimewanya, pantai itu men-jadi kawasan latihan perahu layar, di bawah Persatuan Perahu Layar Selangor.

RM6 juta naik taraf Pantai Tanjung Sepat

Oleh itu, timbulnya isu kekurangan dana untuk pelbagai jenis pembaikan dan naik taraf yang perlu dilakukan ekoran Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah yang kecil biasanya agak lemah

JAMALIAH JAMALUDDINAhli Dewan Negeri Bandar Utama

Page 14: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

15SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang dimiliki 100% oleh rakyat tempatan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

OPERASI PENGURUSAN PEMBERSIHAN DAN PEMBANGUNAN SG. KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tender : MBI/LLSB/TPED/01/2018 PAKEJ 1 : MEREKA BENTUK, MEMBEKAL DAN MEMASANG LOG BOOM DAN

KERJA-KERJA BERKAITAN DI TAPAK 1 SG. KLANG - TAMAN KINRARA DAN TAPAK 4 SG. SERI PUCHONG, JALAN JURUTERA, KG SERI PUCHONG, MAJLIS

PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

2. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai tender ini hendaklah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam G4 atau G5 di bawah Kategori CE Pengkhususan CE03, atau Kategori ME Pengkhususan ME15.

3. Segala butir dan dokumen tender boleh didapati semasa waktu pejabat di Ranhill Consulting Sdn Bhd, Suite 2302, Tingkat 23, Plaza Permata, No. 6 Jalan Kampar, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, mulai dari 31/7/2018 sehingga 3/8/2018.

4. Dokumen tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang ditauliahkan atau yang membawa surat wakil kuasa dari pegawai yang ditauliahkan seperti dalam Sijil Pusat Khidmat Kontraktor. Wakil kontraktor hendaklah membawa Sijil Pendaftaran ASAL yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor dan surat ASAL Pengiktirafan Taraf Bumiputera, jika ada serta Perakuan Pendaftaran ASAL yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

5. Pentender yang ingin memasuki tender di atas adalah dikehendaki mengeluarkan wang pos/wang kiriman pos/draf bank berharga RM300.00 yang dibuat atas nama Landasan Lumayan Sdn Bhd, sebagai bayaran dokumen tender.

6. Lawatan ke tapak pembinaan adalah DIWAJIBKAN dan hanya kontraktor yang menghadiri lawatan tapak dibenarkan membeli dan mengemukakan dokumen tender. Kontraktor hendaklah melaporkan diri pada hari Isnin, 30 Julai 2018 jam 10.00 pagi di Tapak 1 Sg. Klang - Taman Kinrara (Koordinat: 3o 4’ 15.47’ N, 101o 38’ 36.62 ‘E) untuk lawatan ke tapak pembinaan tersebut dan seterusnya lawatan ke tapak pembinaan Tapak 4 Sg. Seri Puchong, Jalan Jurutera, Kg Seri Puchong (Koordinat: 3o 0’ 37.72’ N, 101o 35’ 34.94 ‘E).

7. Tender ini akan ditutup pada 7 Ogos 2018. Dokumen tender hendaklah dihantar ke Ranhill Consulting Sdn Bhd, Suite 2302, Tingkat 23, Plaza Permata, No. 6 Jalan Kampar, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada hari tersebut.

LANDASAN LUMAYAN SDN BHD (989368-H)(SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI)

(TAWARAN TERBUKA)

OLEH SHEEDA FATHIL

Kerajaan Negeri komited dalam agenda pemberdayaan wanita dan kebajikan rakyat di negeri ini, malahan usaha itu terus digem-

bleng daripada peringkat akar umbi.Tidak dinafikan banyak program dan in-

sentif yang disediakan oleh Kerajaan Nege- ri demi memberdayakan rakyat, di Sela-ngor.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri sudah melaksanakan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) khusus buat wanita seperti program Skim Kesihatan Wanita dan Kasih Ibu Smart Se-langor (KISS) demi memberdaya golongan berkenaan.

Nasib rakyat terutama wanita di negeri ini juga terus terbela dan diyakini mampu diangkat ke peringkat yang lebih terjamin walaupun portfolio itu sudah bertukar tangan.

Kini, EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pem-berdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud, komited mahu memasti-kan nasib rakyat sentiasa terbela menerusi langkah dan idealisme baharu yang bakal diperkenalkan beliau.

Baru-baru ini, SelangorKini sempat menemuramah Dr Siti Mariah untuk ber-tanyakan pelan pembaharuan dan strategi dasar baharu yang sudah dibentangkan, di peringkat Ahli Mesyuarat Majlis Kera-jaan Negeri Selangor.

Dr Siti Mariah berkata, beliau optimis mahu membela nasib golongan wanita dengan menerus dan mengekalkan kesi-nambungan EXCO terdahulu, namun akan ditambah baik dengan beberapa strategi baharu yang sudah dirancangnya.

Beliau memuji inisiatif yang dilakukan Kerajaan Negeri dengan menyediakan pelbagai inisiatif kepada rakyat dan golo-ngan wanita khususnya selain bertekad mahu menambah baik dengan beberapa strategi baharu.

"Sudah 10 tahun Selangor memberi rakyat pelbagai jenis insentif, namun saya rasa kini sudah tiba masanya untuk kita bertukar daripada memberi ikan kepada memberi kail.

"Apa yang dimaksudkan adalah kita perlu beralih kepada pemberdayaan golo-ngan wanita dengan memberi peluang kepada mereka untuk mencari pendapa-tan sendiri," katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh lima tahun ini perlunya perubahan kepada golongan wanita yang tidak bekerja su-paya sosioekonomi mereka lebih terjamin, pada masa hadapan.

Kerjasama dengan NGO perkasa wanita

Sehubungan itu, Dr Siti Mariah ber-kata, beliau sedang bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat untuk terus memper-kasakan golongan wanita supaya boleh bekerja tanpa perlu keluar rumah.

"Kita faham, kebanyakan wanita teruta-ma daripada keluarga berpendapatan ren-

dah yang tidak boleh bekerja atas faktor penjagaan anak, tidak mampu menghan-tar anak ke taska dan kurang kepercayaan terhadap pengasuh.

"Malah, terdapat juga segelintir daripa-da mereka antara penerima bantuan Kera-jaan Negeri tetapi persoalannya sampai bila golongan ini mahu menerima ban-tuan, sedangkan ada pelbagai alternatif untuk bekerja walaupun daripada rumah," katanya.

Oleh itu, katanya, beliau tekad untuk menawarkan golongan itu dengan kursus pemberdayaan bagi meningkatkan pendapa-tan isi rumah mereka.

Dr Siti Mariah ber-kata, zaman yang serba canggih kini bukan alasan untuk wanita tidak bekerja asalkan mereka mem-punyai tekad dan ilti-zam ingin memperbaiki kehidupan.

"Besar harapan saya, jika golongan ini mempunyai semangat un-tuk mengubah kehidupan. Kita akan cuba menawarkan kursus pemberdayaan anta-ranya seperti kelas menjahit, kursus pen-didikan awal kanak-kanak atau apa sahaja yang mereka minat.

"Yang penting, mereka sanggup me-ngorbankan masa dan hadir ke kursus se-lama beberapa bulan bagi mempelajari asas sebelum mula membuat pendapatan sendiri," katanya.

Kekalkan inisiatif Kerajaan Negeri

Bagaimanapun, mengulas berkenaan inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Nege-ri seperti KISS sama ada dihentikan, Dr Siti Mariah berkata, ia tetap akan dite-ruskan seperti biasa tetapi dengan sedikit penambahbaikan.

Katanya, KISS tetap diteruskan pembe-riannya, namun ia masih dalam peringkat perbincangan bersama Kerajaan Negeri untuk setiap yang diberi perlu diikat de-ngan program pemberdayaan.

"Untuk penerima KISS, kita akan cuba untuk menawarkan mereka dengan bidang kemahiran yang membolehkan golongan itu menjana pendapatan.

"Adakala, ada yang mempunyai anak ramai jadi tidak cukup RM200 sebulan un-tuk mereka menyara kehidupan. Jadi, ini adalah mekanisme terbaik yang perlu di-laksanakan iaitu menjana pendapatan dari rumah,"katanya.

Pada masa sama, beliau turut akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menarik golongan wanita yang tidak mempunyai pekerjaan supaya mengambil kursus asuhan kanak-kanak.

Katanya, ia adalah mekanisme untuk wanita menjaga kanak-kanak hanya di rumah dan pada masa sama mempunyai sijil daripada JKM.

"Hal ini akan membuatkan ibu bapa yang bekerja lebih yakin untuk menghan-

tar anak mereka ke rumah pe-ngasuh memandangkan sudah

mempunyai sijil JKM," katanya.

Harapan sebagai EXCO

Selepas mengambil kira segala peran-cangan baharu di bawah portfolio beliau, Dr Siti Mariah optimis akan meneruskan segala pelan yang sudah dirancang, dalam

masa lima tahun ini.Bagaimanapun, katanya, ia memerlu-

kan pembabitan semua pihak di peringkat struktur pentadbiran negeri dan pusat su-paya segala perancangan dalam member-daya rakyat dapat diteruskan.

"Saya berharap, dalam masa lima tahun segala perancangan ini mempunyai ke-sinambungan dan dapat diselaraskan se-tiap program negeri serta pusat,"katanya.

Tawar kemahiran daripada memberi

Terus memberdaya wanita

Page 15: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

OLEH ABDULLAH JONES

Setelah tamat pengajian di Amerika Syarikat, Kojiro Matsukata (1866-1959) anak ketiga kepada per-

dana menteri Jepun pada era Meiji iaitu Masayoshi Matsukata dilantik sebagai setiausaha ke-pada bapanya sebelum menjadi presiden kepada syarikat perka-palan Kawasaki Dockyard Co. Ltd.

Beliau membina kekayaan semasa mengetuai syarikat berkenaan dan mula mengum-pul lukisan pada lawatannya ke London pada tahun 1926 se-bagai persediaan untuk mem-bina “Sheer Pleasure Fine Art Pa-vilion” — juga dikenali sebagai National Museum of Western Art atau bahasa Jepunnya, Kokuritsu Seiyō Bijutsukan.

Tujuan beliau membina pavi-lion berkenaan bukanlah untuk kepuasan peribadinya semata-mata tetapi bagi memberi pelu-ang kepada rakyat Jepun untuk menikmati karya seni halus dari Barat tanpa perlu keluar daripada Negara Matahari Terbit.

Beliau sempat mengumpul sebanyak 3,000 keping lukisan karya pelukis Barat sebelum perniagaan syarikat Kawasaki Dockyard Co.Ltd mula menga-lami kerugian akibat kemelese-tan ekonomi dunia pada tahun 1927.

Perniagaan pembinaan kapal yang diusahakannya mengala-mi kerugian besar. Maka, untuk menyelamatkan perniagaan, be-liau tidak dapat tidak terpaksa

menjual kembali sekian banyak lukisan yang dikumpulnya bagi mencari dana tambahan.

Pada tahun 1939, Kojiro sekali lagi mengalami nasib malang. Kali ini, gudang simpanan lukisannya di Kota London terbakar. Seba- nyak 1,000 keping lukisan hangus bersama marak kebakaran gu-dang berkenaan.

Kemudian, sebahagian karya seni yang disimpan beliau di Pa-ris pula dirampas oleh kerajaan Perancis semasa Perang Dunia Kedua atas alasan ia adalah harta milik musuh negara itu . Namun Perancis memulangkan kembali semua lukisan tersebut, sesuai dengan Perjanjian Damai San Francisco pada tahun 1951.

Pada tahun 1959, Sherr Plea-sure Fine Art Pavil-ion dibuka di Tokyo mengandungi se-banyak 370 keping lukisan yang dipu-langkan Perancis kepada kerajaan Jepun.

Walaupun pada mulanya pavilion itu hanya mempa-mer karya-karya pelukis Perancis, namun pada ta-hun-tahun beri-kutnya, ia mula m e m p e r l u a s k a n koleksinya melalui sumbangan pena-janya iaitu Kojiro Matsukata. Hari ini, pavilion berkenaan memiliki karya pe-lukis tersohor du-

nia seperti Pablo Piccaso, Jack-son Pollock, Oscar-Claude Monet, Pierre-Auguste Renoir dan se-jumlah besar pelukis ternama dari Perancis.

Agaknya, tercapai sudah has-rat murni Kojiro Matsukata untuk memberi “kenikmatan sejati” ke-pada rakyat Jepun dalam meng-hayati karya-karya agung pelukis dunia.

Sedikit trivia. Dikatakan Kojiro Matsukata sangat rapat dengan pelukis terkenal Pierre-Auguste Renoir, justeru sebahagian besar koleksi muzium itu hasil kerja pe-lukis berkenaan.

Kesungguhan Kojiro Matsu-kata dalam mengingini masyara-kat Jepun beroleh manfaat dari kekayaannya adalah suatu hal yang patut dicontohi.

Sheer Pleasure Fine Art Pavilion mem-peraga pelbagai karya pelukis tersohor dunia.

Membuka pintu galeri: Trivia Jepun-Perancis

Pada tahun-tahun berikutnya, ia mula memperluaskan koleksinya melalui sumbangan penaja-nya iaitu Kojiro Matsukata. Hari ini, pavilion berkenaan memiliki karya pelukis tersohor dunia seperti Pablo Piccaso, JacksonPollock, Oscar-Claude Monet, Pierre-Auguste Renoir dan sejumlah besar pelukis ternama dari Perancis.

Permainan Dusta Tidak Menjadi

Kauwajar sekali masukke dalam cangkerang kura-kuramenyembunyikan segala buruksetelah tertanggal kulit pura-pura.

Alam pun enggan menatapmu mesrarasa hormat sudah kehilangan magisseperti lemah gerimistak mampu lagi menakung simpatidi tempurung hati.

Tak perlu kami carijawapan semua teka-tekikerana persembahan silap matamuketara permainan dusta tidak menjadidan akhirnya menjelmakan pelawak sarkastanpa maruah yang berbekas.

AbizaiMiri, Sarawak

Kita di Malaya ini juga meng-harapkan adanya mereka yang berkemampuan untuk membeli dan mungkin juga membina se-buah pavilion seni seperti yang dilakukan Kojiro Matsukata.

Apatah lagi, terdapat bebera-pa pengumpul karya seni di ne-gara kita yang menumpu usaha menyimpan karya pelukis luar selain memberi sokongan ke-pada seniman tempatan. Malah, ada juga desus-desas menyebut sebuah karya pelukis terkenal Anselm Kiefer disimpan di dalam negara kita. Dikatakan juga karya tersebut adalah antara karya ter-baik pelukis berkenaan.

Alangkah nikmatnya jika kita semua dapat melihat karya berkenaan. Apa yang diharap-kan adalah para pengumpul ini sudi membuka pintu galeri peribadi mereka untuk memberi (berkongsi?) kenikmatan sejati kepada pecinta-pecinta seni di tanah air ini.

Arca karya Auguste Rodin dikenali sebagai Le Penseur atau The Thinker

Karya Oscar-Claude Monet berjudul Water Lily antara lukisan yang dipamer kepada pengunjung.

Page 16: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

17SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

Isu perpindahan sekolah ko-muniti Rohingya di Know-ledge Garden Learning Cen-tre School, KGLCS, Taman Seri

Serdang, yang tertangguh sekian lama selesai, akhir Jun lalu.

Kerajaan Negeri memindahkan sekolah milik warga Rohingya itu ke premis milik Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ).

Satu jawatankuasa akan diben-tuk Kerajaan Negeri bagi memas-tikan kebajikan komuniti itu sen-tiasa terbela.

Dengan perpindahan terbabit, anak-anak itu tidak lagi makan nasi dan garam sahaja atau men-catu makanan.

Pengetuanya, Mohd Rafique Khairul Bashar berkata, sebelum ini sukar untuk mereka menjalani kehidupan terutama untuk me-ngisi perut.

Katanya, ada Badan Bukan Ke-rajaan (NGO) yang prihatin de-ngan kebajikan mereka, namun ia bukan secara berterusan kerana adakala bekalan hampir terputus.

Malah, adakala anak-anak itu hanya mengisi perut sekali sahaja, setiap hari.

“Memang sukar mencari dana untuk anak-anak ini kerana apa yang diberikan sebelum ini bukan konsisten. Adakala terputus.

“Saya cuma mahu anak-anak ini mendapat pelajaran dan kehidu-pan yang baik sahaja. Kita juga tidak mampu membayar guru-gu-ru di sini dan pengangkutan. Itu dibayar oleh NGO,” katanya.

Terima kasih Kerajaan Negeri

Pihaknya amat berterima ka-sih dan terharu dengan tindakan Kerajaan Negeri yang memberi peluang kepada pelajar menerus-kan pembelajaran di atas tanah berkenaan tanpa mengenakan se-barang bayaran.

Lebih manis, katanya, bekalan air dan elektrik bulanan juga di-berikan secara percuma kepada sekolah berkenaan.

“Sekolah ini ditubuhkan, pada 2013. Sehingga kini, kira-kira 60 pelajar

Tiada lagi makan nasi dan garam

Kerajaan Negeri prihatin nasib anak Rohingya

daripada usia enam hingga 12 ta-hun ditempatkan, di sini.

“Pelajar diberikan pendedahan pendidikan asas seperti Bahasa Me-layu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Mereka juga diajar Baha-sa Arab dan al-Quran.

“Kami amat mementingkan pendidikan kanak-kanak ini. Ketika menerima notis perobohan, me-mang sangat sedih.

“Bagaimanapun, kami amat gembira dan berterima kasih ke-pada mantan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, kerana banyak membantu kami, masyarakat Rohingya,” katanya ke-

pada SelangorKini.

Kempen derma RM1 bantu pelarian Rohingya

Mendengar Ahli Dewan Nege-ri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri juga amat mengembirakan Rafique.

Hal itu kerana, usaha memperta-hankan sekolah yang diusahakan tanpa sebarang balasan itu nyata berbaloi kerana sering diutamakan Dr Wan Azizah.

“Beliau pernah hadir ke sekolah ini menyalurkan bantuan dan sering mempertahankan etnik kami ber-banding kerajaan sebelum ini,” ka-tanya.

Terdahulu, KEADILAN me- lancarkan kempen derma

RM1 sehari bagi membantu kanak-kanak pelarian Rohingya, di negara ini.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden KEADILAN berkata, mereka perlu dibantu dalam pelbagai aspek terma-suk pendidikan dan sara diri.

Beliau berkata, kempen itu se-kurang-kurangnya dapat membantu kanak-kanak terbabit mendapat ke-mudahan dan makanan baik.

“Adakala kita terlepas pandang, contohnya Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, memaklumkan mereka ini pernah berbuka puasa dengan nasi dan garam sahaja.

“Itu sudah cukup menyayat hati,” katanya.

Intai lokasi lebih selesa

Sementara itu, EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga merangkap ADN Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud ber-kata, bangunan baru nanti bersifat sementara sebelum mencari tempat lebih selesa.

“Bangunan dua tingkat yang dise-diakan besar. Premis disewakan Kera-jaan Negeri dan diselia oleh NGO un-tuk bantu menyelesaikan isu etnik ini.

“Kita tahu mereka tidak gembira kerana sudah lama di sini, na-

mun ia tidak boleh dielakkan lagi.

“Kita akan mencari tem-pat yang lebih selesa dan mendirikan sebuah seko-lah untuk mereka,” ka-tanya.

Kami amat gembira dan berterima kasih kepada mantan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, kerana banyak membantu kami, masyarakat RohingyaMOHD RAFIQUE KHAIRUL BASHARPengetua Knowledge Garden Learning Centre School

Page 17: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

18PBT

SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menubuhkan pasukan unit khas bagi mengu-rus pembangunan Kompleks Sukan Pandamaran.

Yang Dipertuanya, Dato’ Ya-sid Bidin berkata, RM20,000 sebulan diperuntukkan Pihak Berkuasa Tempatan itu bagi pembaikan struktur dan fasiliti kompleks berkenaan.

“Kita sudah mendapat kepu-tusan daripada Majlis Sukan Negeri yang memaklumkan pengambilalihan kompleks itu akan diserahkan sepenuhnya

kepada MPK.“Justeru, MPK bertanggung-

jawab sepenuhnya meng-uruskan premis berkenaan de- ngan mengumpulkan bebera-pa pegawai dan kakitangan untuk memantau operasi,” ka-tanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Kompleks berkenaan ditu-tup kepada orang ramai sejak 2016 bagi proses menaik taraf sebelum dibuka semula kepa-da orang awam, pada April lalu.

Sebelum ini, RM1 juta dipe-runtukkan MPK bagi kerja me-naik taraf premis khususnya, di kawasan kolam renang.

Majlis Perbandaran Klang

Ambil alih Kompleks Sukan Pandamaran

SHAH ALAM - Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Shukri Mohamad Hamin, mengakhiri tugas di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan kini dilantik selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) baharu.

Perkara itu diumumkan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, pada Majlis Budi Disanjung, Jasa Dikenang, di Hotel Concorde, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pelantikan itu adalah pengiktirafan kepada perkhidmatan cemer-lang Shukri, sepanjang bersama MBSA.

“Kerjasama diberikan Shukri sepanjang berada di MBSA membuktikan komitmen be-liau terhadap tugasan diberi.

“Beliau sudah berjaya melaksanakan ama-nah dengan dedikasi dan semoga satu hari nanti beliau kembali ke Shah Alam semula,” katanya.

Pada masa sama, MBSA turut menghargai peranan dimainkan ahli majlisnya yang me-nyumbang kepada pelaksanaan dasar, di ka-wasan pentadbiran berkenaan.

Khidmat ahli majlis MBSA bagi penggal 2016-2017 tamat, pada 30 Jun lalu.

Shukri kini Yang Dipertua MDHS

Dato’ Ahmad Zaharin menyerahkan cende-rahati kepada Shukri pada Majlis Budi Di-sanjung, Jasa Dikenang, di Hotel Concorde, baru-baru ini

SHAH ALAM - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bakal menganjurkan Pertandingan Terbuka Memancing Ikan Air Tawar, di Parit 1 Timur, Pejabat Agama Islam MDSB, pada 4 Ogos ini.

MDSB menerusi Facebook berka-ta, program dengan kerjasama Kelab Sukan Kebajikan Sosial dan Kelab Memancing Monster itu dibuka pe-nyertaannya kepada semua lapisan masyarakat, berumur 12 tahun ke atas.

Katanya, setiap peserta yang ber-

minat hanya dikenakan bayaran RM30 untuk satu joran.

“Namun, peserta boleh mendaftar lebih daripada satu joran dan hanya joran yang berdaftar dibenarkan un-tuk bertanding.

“Penggunaan joran moden seperti gewang besi, karbon dan aluminium buluh pelepah dibenarkan.

“Setiap joran peserta yang mempu-nyai pelekat berdaftar sahaja dibenar-kan berada di tempat pertandingan. Jika tidak, penyertaan peserta ter-

babit akan dibatalkan,” katanya.Selain itu, pertandingan turut

menawarkan hadiah wang tunai ke-seluruhan RM5,000.

Lebih menarik, pengunjung dan pemancing berpeluang menyertai aktiviti sampingan seperti pertandi-ngan teka biji labu, pakaian tradisio-nal paling unik dan cabutan bertuah.

Untuk maklumat lanjut, orang ra-mai boleh menghubungi Saiful Sya-fiq (012-2974663) dan Roslan (013-7668227).

Jom sertai Pertandingan Memancing Terbuka MDSB

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menghargai peranan dimainkan ahli majlisnya yang menyumbang kepada pelaksanaan dasar, di kawasan pentadbi-ran berkenaan.

Datuk Bandarnya, Dato’ Ahmad Zaha-rin Mohd Saad berkata, mereka memberi komitmen dan kerjasama penuh sepan-jang tempoh perkhidmatan sehingga pentadbirannya menerajui tangga teratas dalam senarai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri itu.

Katanya, ahli majlis adalah penggerak utama dalam kalangan komuniti setem-pat dan bergiat aktif dengan aktiviti kema-

syarakatan.“Mereka bertindak sebagai Pengerusi

Majlis Perwakilan Penduduk mengikut zon yang ditetapkan bagi merencana pengan-juran aktiviti seperti gotong royong, majlis dialog, ceramah dan sukan rakyat.

“Selain menjadi penghubung antara MBSA dan masyarakat, mereka berperanan untuk menyalurkan setiap permasalahan yang timbul dalam kalangan penduduk Shah Alam khususnya.

“Mereka turut menyampaikan segala maklumat terutama perkara berkaitan dasar MBSA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap

pada Majlis Budi Disanjung, Jasa Dikenang bersama Mantan Timbalan Datuk Bandar dan Ahli Majlis Sesi 2016/2017 MBSA, di Ho-tel Concorde, di sini,baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Shukri Mohamad Hamin; mantan Ahli Majlis, Pengarah dan Ketua Jabatan serta Pengurus Cawangan.

Terdahulu, khidmat ahli majlis MBSA bagi penggal 2016-2017 tamat, pada 30 Jun lalu.

MBSA memiliki 23 ahli majlis dengan proses pelantikan mereka dibuat menerusi senarai nama yang dikemukakan kompo-nen pentadbiran negeri, sebelum ini.

Hargai peranan ahli majlis

Page 18: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

19SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

Page 19: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

20Pendidikan

SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

SHAH ALAM - Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) mula di-buka, sejak 16 Julai hingga 31 Ogos ini.

Menerusi laman Facebook rasminya, LZS mengingatkan pemohon yang ber-minat mendapatkan bantuan IPT itu untuk membaca dan memahami syarat permohonan terlebih dahulu selain me-nyertakan dokumen lampiran yang be-tul.

Katanya, hal itu kerana kebanyakan permohonan disertakan dengan doku-men kurang lengkap antaranya tidak menyertakan Borang Pengesahan Bela-jar dan Borang Pengesahan Pemastau-tin, sekali gus menjejaskan pemohonan.

Setiap maklumat berkaitan permoho-nan SPZAS boleh dirujuk di: http://www.zakatselangor.com.my/spzas/

Berkaitan borang sokongan boleh dimuat turun di laman berikut:

Borang Pengesahan Pelajar https://drive.google.com/…/1ripnVvPuF8QHYG_YDC8-yy8qLJ…/view

Borang Pengesahan Pemastautin

https://drive.google.com/. 1SgZ0q0Z6oAh-hzEJbaesr5PAL57…/view

Borang Pengesahan Pendapatan https://drive.google.com/…/0B-UHREbVh-2DTTmtZWE1GNlpvUEk/edi.

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor

Daftar sehingga �� Ogos

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah dibenarkan memakai kasut hitam, mulai tahun hadapan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang diterima Kementerian Pendidikan sejak beliau menjadi menteri.

"Saya akan menyaksikan pelajar seko-lah tidak memakai kasut putih lagi. Me-reka akan memakai kasut hitam kerana ramai ibu bapa mengadu dan meminta

supaya anak tidak memakai kasut putih."Ini adalah harapan daripada ibu bapa,"

katanya dalam program Bicara Minda Ber-sama Menteri Pendidikan, di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, baru-baru ini.

Beliau berkata, antara rancangan ke-menterian untuk lima tahun akan datang juga ialah memastikan pelajar tidak perlu menggalas beg berat, mulai tahun depan.

“Pedulikan statistik daripada kajian, pe-lajar tak akan dibebankan dengan beg be-rat lagi,” katanya.

Kasut hitam bermula tahun depan

SHAH ALAM - Peminjam Perbada- nan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih mempunyai baki hu-tang disaran mengemas kini maklumat pendapatan mereka.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan ber-kata, ia boleh dilakukan di ruangan ‘Penge-maskinian Maklumat Pendapatan’ secara dalam talian melalui portal rasmi PTPTN, www.ptptn.gov.my.

Katanya, peminjam PTPTN yang gagal melaksanakan proses itu tidak dipertim-bangkan mendapat keistimewaan pe-nangguhan bayaran balik pinjaman.

“Peminjam perlu mengemukakan sa-linan pendapatan dan mengemas kini maklumat penting lain termasuk per-hubungan terkini seperti alamat, nombor telefon serta alamat e-mel juga maklumat pekerjaan.

“Peminjam diingatkan untuk menge-

mas kini maklumat pendapatan sahih dan benar disertakan dokumen sokongan apabila diminta bagi tujuan audit,” kata-nya pada sidang media, di Dewan Utama, Menara PTPTN, baru-baru ini.

Wan Saiful berkata, PTPTN komited melaksanakan manifesto kerajaan bagi meringankan beban hidup ditanggung anak muda dengan mengeluarkan nama peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen dan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan peminjam yang mempunyai kemampuan membuat bayaran balik pinjaman untuk terus membuat bayaran walaupun dalam jumlah kecil.

Terdahulu, PTPTN mengeluarkan nama 429,945 peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

Kemas kini maklumat pendapatan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asa-si Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan menyiasat segera dakwaan murid darjah empat dicabul guru, di sebuah sekolah, di Ampang.

Pesuruhjayanya, Datuk Lok Yim Pheng berkata, hal itu kerana pihaknya me-mandang serius isu pen-cabulan kanak-kanak ter-utama di sekolah.

Katanya, pihak sekolah juga seharusnya menyele-saikan masalah berkenaan dengan profesional.

“SUHAKAM akan buat siasatan segera meman-dangkan kanak-kanak ini perlu ke seko-lah untuk belajar.

“Ini adalah tanggungjawab kita dalam usaha memastikan keselamatan pelajar terjamin,” katanya ketika perte-muan bersama ibu bapa mangsa, di Pe-jabat SUHAKAM, di Menara TH Perdana, baru-baru ini.

Pada pertemuan sama, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) turut menyerahkan memorandum kes berkenaan kepada Yim Pheng mewakili SUHAKAM.

Projek Koordinator SUARAM, Moha- mad Alshatri Abdullah berkata, isu terbabit dibawa kepada pihak me-

reka selepas ibu bapa mangsa gagal mendapat kerjasama sekolah.

Katanya, pelajar berusia 10 tahun itu mengalami ketakutan sehingga tidak dapat meneruskan persekolahannya

dan sedang dalam urusan pertukaran ke sekolah lain.

“Kami mengharapkan kes ini dipandang serius dan di-ambil tindakan serta-merta bagi membolehkan pelajar terbabit menyambung pela-jaran tanpa gangguan serta kerisauan.

“SUARAM juga mahu tin-dakan lebih pantas diambil pihak sekolah yang seharus-

nya memberikan cuti serta-merta ke-pada guru yang dilaporkan melakukan gangguan seksual terhadap murid,” ka-tanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memaklumkan akan memberi kerjasama penuh dengan polis berhubung siasatan kes pencabu-lan guru terhadap murid sekolah yang didedahkan aktivis sosial.

Menterinya, Dr Maszlee Malik ber-kata, KPM komited memastikan hak kanak-kanak sentiasa dipatuhi dan kese-lamatan mereka terutama ketika berada di sekolah.

SUHAKAM siasat dakwaan murid dicabul guru

Lok Yim Pheng

Page 20: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

21SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR - Elemen negatif dan tindak tanduk mengganggu-gugat kesepaduan serta keharmo-nian perlu dihentikan, titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mu-hammad V.

Sultan Muhammad V bertitah, semua pihak juga perlu menghen-tikan ungkitan terhadap isu sensitif antara kaum.

“Beta juga menyambut baik cada- ngan mewujudkan Majlis Perundi- ngan Keharmonian Rakyat supaya

program lebih berkesan bagi mem-promosi perpaduan diperbanyakkan.

“Beta mengucapkan terima ka-sih dan menghargai komitmen ser-ta sumbangan semua pihak dalam menjamin, mengekalkan kesela-matan, keamanan juga kedaulatan negara yang dengannya memboleh-kan pembangunan dan kemajuan negara berjalan baik seperti diran-cang,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian keti-ka merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Majlis Parlimen Ke-14 2018 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen di sini, baru-baru ini.

Selain sentimen perkauman dan agama, baginda turut bertitah su-paya semua pihak lebih serius mena- ngani gejala sosial dan elemen nega-tif yang boleh merosakkan masyara-kat serta negara.

Titah baginda, kepatuhan kepada ajaran agama dan nilai murni tidak harus diabaikan dalam menuju ke arah pemodenan.

“Dalam hal ini, semua lapisan masyarakat, organisasi kerajaan, or-ganisasi bukan kerajaan dan ilmuan perlu duduk semeja untuk mencari penyelesaian ke atas masalah ber-bangkit,” titah baginda.

Titah Sultan Muhammad V

Henti ungkit isu sensitif antara agama

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) me-nyarankan ibu bapa supaya lebih berwaspada dalam mem-beri makanan ringan kepada anak mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali berkata, ibu bapa perlu menyemak dahulu logo halal dan bahan terkandung dalam produk terbabit.

“Pastikan ada logo Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Malaysia.

“Bagaimanapun, jika was-was atau kurang pasti boleh me-nyemak di internet dengan menaip Direktori Halal Malaysia dan taip nama produk atau syarikat pengeluaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini, baru-baru ini.

Wan Najmiah berkata, ibu bapa juga disaran menasihati atau berpesan kepada anak masing-masing supaya ber-waspada dengan makanan ringan yang mereka beli.

Terdahulu, JAIS turut membangunkan aplikasi menyemak status halal menerusi telefon pintar bagi memastikan peng-guna di negeri itu boleh menikmati makanan kegemaran tan-pa rasa was-was.

Langkah membangunkan aplikasi itu dibuat bagi mengelak penipuan dengan menyalahgunakan logo halal.

Pastikan produk makanan anak halal

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Ha-lal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali menunjuk-kan aplikasi menyemak status halal menerusi telefon pintar yang dibangunkan jabatan itu

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyita 20 produk makanan ringan pelbagai jenis anta-ranya jeli, coklat, gula-gula dan jeruk kering diawet dengan jumlah sitaan bernilai RM13,427.60.

Operasi bersepadu itu dijalankan di sebuah syarikat makanan ringan berpangkalan di Puchong, baru-ba-ru ini.

Ketua Penolong Pengarah Baha-

gian Pengurusan Halal JAIS, Wan Naj- miah Wan Mohamad Ali mengesah-kan, produk makanan terbabit tidak menggunakan logo halal Malaysia dan logo halal generik pada plastik pembungkusan.

Wan Najmiah berkata, pemerik-saan dijalankan berdasarkan atas a- duan orang awam diterima Bahagian Halal JAIS ke atas produk makanan ringan dikeluarkan syarikat terbabit.

“Apabila pihak kita menyemak, di-dapati syarikat itu bukan pemegang sijil halal.

“Barang sitaan itu dihantar ke stor gudang simpanan hab halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Puchong sehingga siasatan lengkap dan lapo-ran polis dibuat, di Balai Polis Sek- syen 6,” katanya pada sidang media, di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini, baru-baru ini.

Wan Najmiah berkata, tindakan sudah diambil dan kes disiasat di bawah perintah 4 (1) Perintah Peri-hal Dagangan 2011 (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Da-gangan 2011 kerana menawarkan dan membekal perkhidmatan serta menggunakan logo halal Malaysia tanpa kebenaran pihak berkuasa berwibawa.

“Wakil syarikat juga diarahkan un-tuk tidak menggunakan logo halal dan ungkapan halal terhadap semua produk makanan ringan berkaitan sehingga siasatan selesai,” katanya.

Sita lebih RM��,��� produk guna logo halal tak sah

SHAH ALAM - Jemaah haji Malaysia di-ingatkan tidak membawa wang terlalu banyak ketika berlepas ke Tanah Suci, dari Kuala Lumpur.

Pengarah Operasi (Kewangan) Tabung Haji (TH) Nor Aida Ahmad ber-kata, jemaah hanya perlu membawa wang mencukupi bagi kegunaan me-reka bergantung kepada keperluan masing-masing.

“Selepas itu, jemaah boleh membuat pengeluaran wang daripada akaun TH masing-masing di kaunter kewangan yang disediakan, di zon penginapan dan maktab,” katanya dalam kenyataan.

Nor Aida berkata, sebanyak sem-bilan kaunter pengeluaran wang disediakan di Madinah iaitu 4 di Zon 1 (Hotel Al Haram), 3 di Zon 2 (Hotel

Movenpick) dan 2 di Zon 3 (Hotel Ro-wadha Al Aqiq).

Katanya, TH memberi jaminan khid-mat kaunter disediakan adalah cepat iaitu kira-kira seminit untuk setiap tran-saksi.

“Selain pengeluaran dan menyim-

pan wang, kaunter itu juga menye-diakan khidmat membayar dam serta korban.

“Pada tahun ini, bayaran dam ditetapkan ialah 430 riyal, manakala untuk korban kibas 475 riyal dan lem-bu 4,150 riyal,” katanya.

Jemaah haji jangan bawa wang banyak

WAKTU SOLAT SELANGOR

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Klang dan Kuala Langat

26 Julai - 1 Ogos 201813 - 19 Zulkaedah 1439H

26 Khamis 5:41 5:51 7:11 1:23 4:45 7:30 8:4427 Jumaat 5:41 5:51 7:11 1:23 4:45 7:30 8:4428 Sabtu 5:42 5:52 7:11 1:23 4:45 7:30 8:4329 Ahad 5:42 5:52 7:11 1:23 4:44 7:30 8:4330 Isnin 5:42 5:52 7:11 1:22 4:44 7:30 8:4331 Selasa 5:42 5:52 7:11 1:22 4:44 7:30 8:4301 Rabu 5:42 5:52 7:11 1:22 4:43 7:30 8:42

26 Khamis 5:43 5:53 7:12 1:25 4:47 7:33 8:4627 Jumaat 5:43 5:53 7:12 1:25 4:47 7:33 8:4628 Sabtu 5:43 5:53 7:12 1:25 4:47 7:33 8:4629 Ahad 5:43 5:53 7:12 1:25 4:47 7:32 8:4630 Isnin 5:43 5:53 7:12 1:25 4:46 7:32 8:4531 Selasa 5:43 5:53 7:12 1:25 4:46 7:32 8:4501 Rabu 5:44 5:54 7:12 1:25 4:46 7:32 8:45

26 Khamis 5:42 5:52 7:12 1:23 4:46 7:30 8:4327 Jumaat 5:42 5:52 7:12 1:23 4:45 7:30 8:4328 Sabtu 5:43 5:53 7:12 1:23 4:45 7:30 8:4329 Ahad 5:43 5:53 7:12 1:23 4:45 7:30 8:4330 Isnin 5:43 5:53 7:12 1:23 4:45 7:29 8:4231 Selasa 5:43 5:53 7:12 1:23 4:44 7:29 8:4201 Rabu 5:43 5:53 7:12 1:23 4:44 7:29 8:42

Page 21: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

22Kebajikan

SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

KENYATAAN TENDER

2. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 25hb Julai 2018 hingga 15hb Ogos 2018 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 15hb Ogos 2018 (Rabu).

4. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

BIL. NO. TENDER TAJUK KERJA

BIDANG, SUB BIDANG &

PECAHAN BIDANG

HARGA DOKUMEN

1. MPSepang (KEJ) 400-

10/12/12

CADANGAN KERJA MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI SERTA KERJA YANG BERKAITAN DI JALAN SEROJA INDAH, BANDAR BARU SALAK TINGGI UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG PADA TAHUN 2018.

CIDB, SPKK,G3 CE21 & (UPEN)

RM 150.00

2. MPSepang (KEJ)400-10/12/13

CADANGAN KERJA MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI DI JALAN PUTRA PERDANA 3B, PUTRA PERDANA PUCHONG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG PADA TAHUN 2018.

CIDB, SPKK,G3 CE21 & (UPEN)

RM 150.00

3. MPSepang (KEJ)400-10/12/14

CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI DI JALAN PERSIARAN PUTRA PRIMA, PUCHONG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG PADA TAHUN 2018.

CIDB, SPKK, G3 CE21 & (UPEN)

RM 150.00

4. MPSepang (KEJ)400-10/12/15

CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH LONGKANG U SHAPE DI JALAN KENANGA 13, TAMAN DENGKIL JAYA, DENGKIL UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG PADA TAHUN 2018.

CIDB, SPKK, G3 CE21 & (UPEN)

RM 150.00

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Bumiputera Negeri Selangor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut:

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Yayasan Islam Da-rul Ehsan (YIDE) selaku Penyelaras Kluster Kebajikan Anak-Anak Yatim NGO-I Majlis Agama Islam Sela-ngor menerima RM465,000 perun-tukan daripada Lembaga Zakat Se-langor melalui peruntukan Asnaf Fisabilillah.

Peruntukan terbabit akan di-serahkan kepada 12 rumah kebaji-kan perlindungan anak yatim yang berdaftar dengan YIDE.

“YIDE mengalu-alukan rumah kebajikan anak yatim yang lain un-tuk berdaftar dengan yayasan ini.

“Sila hubungi Muhammad Zubair Azizan di talian 013-315 8415 untuk keterangan lanjut,” tu-lisnya dalam kenyataan menerusi laman Facebook YIDE.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Se-langor (MAIS) Dato’ Emran Kadir.

Turut hadir bersama Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Dr Ah-mad Shahir Makhtar dan Pengurus Operasi YIDE, Md Arifin Jaafar.

Dalam majlis itu, turut diadakan persidangan meja bulat bersama 45 NGO-I bagi membincangkan menangani ancaman isu akidah khususnya, di Selangor.

SHAH ALAM - Kakitangan Kum-pulan Perangsang Selangor (KPS) mengambil inisiatif men-derma darah kepada Pusat Da-rah Negara, pada 19 Julai lalu.

Ketua Pegawai Operasi KPS, Suzila Khairuddin berkata, ini-siatif itu sebahagian daripada aktiviti membabitkan pekerja bertujuan menggalakkan kaki-tangan bersama menjayakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Katanya, ia memasuki tahun kedua selepas dilaksanakan ta-hun lalu dengan mengumpul-kan 60 penderma.

“Warga kerja KPS menyahut

seruan slogan ‘satu beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa’ dan pada tahun ini di-jangka 100 beg darah akan di-kumpulkan untuk membantu mereka yang memerlukan serta menambah simpanan tabung darah, di Pusat Darah Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada SelangorKini selepas Pro-gram Cergas Sihat, di Plaza Pe-rangsang, di sini.

Hadir sama, Pengarah Lem-baga Hasil Dalam Negeri Malay-sia (LHDN) Selangor, Romli A Ha-mid; Pengurus LHDN Shah Alam, Ghani Omar dan Penilai Daerah

Jabatan Penilaian dan Perkhid-matan Harta (JPPH Shah Alam), Kartini Nordin.

Program Cergas Sihat KPS itu turut mendapat kerjasama JPPH Shah Alam dan Kelab Kakitangan LHDN Shah Alam membabitkan 300 kakitangan.

Suzila berkata, program itu turut dimeriahkan dengan acara senamrobik selama satu jam, di perkarangan Plaza Perangsang.

“KPS mahu meningkatkan kesedaran berkenaan kepen-tingan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dalam kala-ngan pekerja termasuk kakita-ngan kerajaan,” katanya.

YIDE terima peruntukan LZS

�� rumah anak yatim bakal terima RM�6�,���

Sebahagian warga kerja Kumpulan Perangsang Selangor, JPPH Shah Alam dan Kelab Kakitangan LHDN Shah Alam pada Program Cergas Sihat, di Plaza Perangsang, baru-baru ini

Kumpulan Perangsang laksana CSR derma darah

KUALA LUMPUR - Tindakan Amerika Syari-kat (AS) menarik semula dana berjumlah AS$300 juta daripada Agensi Pelarian Pa-lestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) memberi tekanan kepada lebih lima juta penduduk Palestin khasnya golongan wanita dan kanak-kanak.

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata, beliau me-nyokong penuh usaha Kemen-terian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KP-WKM) menubuhkan Tabung Derma Palestin melalui Yayasan Kebajikan Negara.

“Inisiatif mulia ini sudah tentu bakal menyuntik semangat penduduk Palestin yang amat menghargai bantuan maka-nan, kebajikan, pendidikan dan keperluan asas.

“Saya turut menyeru warga Malaysia untuk bersama-sama menghulurkan sum-

bangan secara terus untuk memastikan sekolah seliaan UNRWA di Gaza mampu memberikan peluang pendidikan kepada anak Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari kedua Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 2018, di Bangunan Parlimen, pada 19 Julai lalu.

Nurul Izzah berkata, UNRWA memaklumkan ba-hawa setiap RM92 yang di- sumbangkan dapat mem-bantu penyediaan kit per-sekolahan untuk seorang

kanak-kanak pelarian Palestin, RM151 untuk bekalan makanan asas se-keluarga dan hampir RM900 bagi memas-tikan sebuah keluarga pelarian Palestin mendapat tempat tinggal, bagi tempoh sebulan.

Katanya, orang ramai boleh menyalur-kan derma masing-masing ke akaun bank Alliance Islamic Bank bernombor akaun 1601-4001-0011-300.

Tabung Palestin depani tekanan AS

Page 22: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

23SelangorKini 26 Julai - 1 Ogos 2018

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - Aca-ra larian terulung di Petaling Jaya, PJ Half Marathon, berjaya mendapat sambutan meluas dengan penyer- taan 284 peserta dari-pada 43 negara, pada edisi ke-30, baru-baru ini.

Sekretariat Media Majlis Bandaraya Peta-ling Jaya (MBPJ) ber-kata, sambutan hebat itu menjadikan acara berkenaan berprestij ekoran peningkatan peserta, saban tahun.

Katanya, seramai 11,400 peserta mengambil baha-gian, berbanding 7,000 pada tahun lalu.

“Peningkatan penyertaan peser-ta luar negara begitu ketara menja-dikan acara ini berprestij dan mam-pu menarik pelari antarabangsa.

“Edisi kali ini juga menyaksikan pendaftaran penyertaan ditutup dua bulan lebih awal daripada sa-saran atas sambutan hangat pelari tempatan dan luar negara,” katanya.

Acara larian seawal jam 4.45 pagi menyaksikan empat kategori diper-tandingkan antaranya 30 kilometer (km) terbuka, 21km terbuka, 10km terbuka dan 3km Fun Run dengan RM82,000 hadiah keseluruhan dita-warkan.

Ia turut menampilkan kelainan

SHAH ALAM - Ahmad Afif Amran menggunakan kelebihan dimiliki dalam cuaca hujan dan litar basah untuk kemenangan keduanya dalam saingan CP150 setelah menjuarai Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, di Jasin, Melaka, pada 22 Julai lalu.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu berjaya memintas pendahulu perlumbaan, Kas-ma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yama-ha Maju Motor) pada pusingan terakhir untuk kekal pendahulu keseluruhan dengan 70 mata selepas tiga pusingan kejuaraan.

Afif menamatkan 20 pusingan perlumbaan de-ngan masa keseluruhan 16’24.720s.

“Saya tidak mahu terburu-buru memintas Kasma dan cuba mengekori dengan melihat kemampuan jentera, di samping cuba memberikan tekanan ke-pada beliau.

“Sebaik masuk ke pusingan terakhir, saya mencari ruang memintas dan gembira kerana berjaya. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras,” kata Afif.

Gelaran naib juara membantu Kasma terus kekal di tangga ke-dua keseluru-han dengan 61 mata manakala Hafiz (ketiga) (29 mata).

Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Ma-laysia PETRO-NAS akan ber-langsung di Temerloh, Pa-hang, pada 18 dan 19 Ogos ini.

Afif juara CP��� di Jasin

11,400 ambil bahagian

PJ Half Marathon ���8 berprestij

apabila aplikasi ‘PJ Half Marathon 2018’ diperkenalkan seiring kema-juan teknologi sejagat, iaitu mu-dah diakses, ‘live-tracking’ peserta larian, interaktif dan memudahkan peserta mengetahui perkemba-ngan terkini acara itu.

Aplikasi berkenaan juga boleh dimuat turun di Android & iOS.

Kira-kira 100 polis trafik dan 50

pegawai penguatkuasa MBPJ tu-rut ditugaskan dalam usaha me-ngawal lalu lintas bagi menjamin kelancaran serta keselamatan semua.

PJ Half Marathon kali ini berja-ya dianjurkan MBPJ dan Persatuan Olahraga PARA Selangor (POPS) membabitkan kerjasama Puncak Ventures SRA Sdn Bhd.

BERNAM JAYA - Mempunyai pemandangan alam semulajadi yang menarik dengan berlatar belakang Banjaran Titiwangsa membolehkan Bernam Jaya berpotensi dijadikan lokasi aktiviti sukan lasak.

Pengurus Komunikasi Korporat Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS), Ishak Hashim ber-kata, Bernam Jaya juga terletak di lokasi strategik iaitu antara sempadan Selangor dan Perak.

"Oleh sebab itu, kami memilihnya sebagai lokasi bagi penganjuran PKNS Trail Run & Duathlon 2018, malahan ia mendapat sambutan menggalakkan

apabila menerima hampir 1,000 penyertaan dari-pada pelbagai latar belakang dan peringkat umur.

"Memang lain daripada yang lain. Jarang sekali acara larian membabitkan

‘off road track’ seper-ti yang dianjurkan

PKNS. "Sambil ber-

lari, peserta bo-leh menikmati kehijauan flora & fauna,” katanya

dalam kenyataan kepada Selangor-

Kini.Program yang di-

adakan pada 21 hingga 22 Julai itu mempertandingkan dua acara iaitu ‘Trail Run’ dan ‘Duathlon’.

Acara ‘Trail Run’ membabitkan dua kategori iaitu terbu-ka lelaki dan wanita bagi larian 21 kilo-meter (km), 10km dan 5km.

Manakala bagi ‘Du-athlon’ untuk katego-ri lelaki serta wanita,

membabitkan dua disiplin bermula larian 5km, ber-basikal 20km dan diteruskan dengan larian terakhir sejauh 5km sebelum ke garisan penamat.

Pertandingan kali ini turut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM72,000 kepada pemenang.

Ishak berkata, PKNS juga ingin memperkenalkan Bernam Jaya sebagai sebuah kawasan pembangu-nan yang giat dibangunkan meliputi projek peruma-han dan rumah kedai selain bermatlamat untuk me-nyebar luas mesej kesihatan kepada masyarakat.

Katanya, PKNS melancarkan projek Estera @ Ber-nam Jaya dan Bernam Square 3, di sini, baru-baru ini.

"Berinspirasikan nama bintang, Estera bakal menjadi mercu tanda kepada pembangunan pe-rumahan baharu, di sini. Projek PKNS yang dilancar-kan di Galeri Jualan Bernam Jaya pada 7 Julai lalu meliputi 157 unit rumah link 2 dan 2 ½ tingkat Fasa 5B, Laman 1, di Bernam Jaya.

“Estera menawarkan dua varian iaitu Jenis A (36 unit) dan Jenis B (121 unit) yang dijual pada harga RM500,000 hingga RM632,200 seunit.

“Kami turut menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus kepada bakal pembeli, manakala 12 pera-tus diskaun untuk Skim Pemilikan Kedua PKNS,” ka-tanya.

Pembinaan projek perumahan itu dijangka siap sepenuhnya, menjelang tahun 2020.

Estera terletak berdekatan Pekan Tanjung Malim, mempunyai akses mudah melalui Jalan Persekutu-an KL-Ipoh dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Page 23: ISU AIR YAKIN PERTAHAN PERKUKUH SUNGAI KANDIS … · SUNGAI KANDIS muka 4 PERKUKUH PROGRAM IPR muka 6 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menetapkan sasaran baru pada

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

SHAH ALAM - Datuk K Rajagopal bersedia melepaskan dua pemain PKNS FC jika mereka diperlukan bagi membantu skuad bawah 23 tahun Malaysia ke Sukan Asia, di Indonesia, bulan depan.

Ketua jurulatih The Red Ants itu berkata, keutamaan tetap di-berikan kepada skuad kebang-saan walaupun PKNS FC juga menagih khidmat mereka untuk saingan Liga Super dan Piala Ma-laysia.

“Jika negara perlukan, maka saya akan lepaskan mereka.

“Panggilan untuk negara lebih penting,” katanya dalam sidang media selepas menentang Pa-hang dalam Liga Super, baru-ba-ru ini.

Rajagopal berkata, sebagai bekas pengendali skuad kebang-saan, beliau memahami keresa- han dialami jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk

berharap semua pihak dapat

b e k e r j a s a -ma memberi

s o k o n g a n padu untuk bersama-sa-

ma memba-ngunkan bola

sepak Selangor ke peringkat tertinggi

berbanding negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perlawa-nan akhir tayangan skrin ger-gasi Piala Dunia edisi 2018 an-tara Perancis dan Croatia, di Restoran Azhaar Maju, baru-ba-ru ini.

Khalid sememangnya mem-punyai pelbagai program ke-pada pasukan Selangor untuk menggilap lagi bakat pemain.

“Saya sedang dalam peringkat perancangan dan ia akan diusul-kan kepada pihak atasan Sela-ngor, berkemungkinan program itu akan mula dilaksanakan, pada tahun depan,” katanya.

Ong Kim Swee.Difahamkan, dua pemain

PKNS FC iaitu pemain perta-hanan, Rodney Calvin Akwen-sivie dan penyerang, Jefri Firdaus Chew, dipanggil menyertai skuad bimbingan Kim Swee bagi meng-hadapi Sukan Asia.

Sehubungan itu, Rajagopal

berkata, beliau akan me-ngadakan perbinca-ngan dengan pengu-rusan PKNS FC bagi pelepasan kedua pe-main itu dan akan mengkaji kebaikan juga keburukan ke-pada pasukan.

Jika negara perlukan, maka saya akan lepas-kan mereka. Panggilan untuk negara lebihpenting

K RAJAGOPALKetua jurulatihPKNS FC

Saya sememang-nya mengalu-alukan Tengku Amir Shah mengambil alih tampuk kepimpinan FAS. Saya optimis Tengku Amir Shah mampu mengubah dan mengangkat semula FAS.

KHALID ALILagenda bola sepak

Rodney Calvin Akwensivie Jefri Firdaus Chew

Lepaskan demi skuad Sukan Asia

OLEH SHEEDA FATHIL

GOMBAK - Per-satuan Bola

Sepak Nege-ri Selangor (FAS) pasti mampu mem-beri nafas ba-haru kepada pa-sukan Selangor untuk

mara ke peringkat yang lebih jauh di bawah tam-puk kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Lagenda bola sepak ta-nah air, Khalid Ali berka-ta, beliau sememangnya mengalu-alukan Tengku Amir Shah mengambil alih tampuk kepimpinan FAS.

“Saya optimis Tengku Amir Shah mampu me-ngubah dan mengangkat semula FAS.

“Pada masa sama, saya

Nafas baru FAS

Mampu julang kembali kegemilangan