istisna

2
jual beli istisna’. Jual beli ini juga dikenali sebagai kontrak pembuatan dalam ilmu fiqh islam. Secara definisinya, Istisna’ adalah suatu kontrak jualan item yang khusus yang memerlukan proses pertukangan, pengilangan atau pembuatan. Sebagai contoh yang dapat dilihat pada masa kini ialah rumah yang masih dalam pembuatan, memasang kabinet dapur, jahitan pakaian dan sebagainya. Semua itu adalah termasuk di dalam kategori jualan secara istisna’ yang harus hukumnya dan telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W. Bagi memastikan jualan dan tempahan secara istisna’ ini sah, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti. Antaranya ialah: Mana-mana pihak yang ingin menamatkannya mestilah mendapat persetujuan daripada pihak yang lain jika pembuat telah mengeluarkan masa, tenaga dan kos untuk menyiapkan tugasan itu. Namun begitu, jika sebaliknya pembeli boleh membatalkanya tanpa izin pembuat. Jual beli ini juga terhad pada item yang perlukan proses pembuatan sahaja, jadi pembelian seperti padi, buah-buahan dan yang sepertinya tidak termasuk dalam kontrak istisna’. Bahan- bahan mentah yang sedang digunakan oleh pembuat untuk menyiapkan tempahan bukan milik pembeli kecuali pembuat sudah memberikan jaminan kerja akan siap dan sebahagian harga telah dibayar kepada pembuat untuk jaminan itu. Dari segi harga pula, ianya mestilah diketahui dan disebut dengan jelas semasa akad.Harga boleh dibayar secara sekaligus (lump sum) atau di akhir dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.Harga juga boleh berbeza-beza berdasarkan tempoh siap dengan syarat, sewaktu kontrak dipersetujui, hanya satu harga dan tempoh dari pilihan yang diberi sahaja dipersetujui. Selain itu,jika harga jangkaan pembuat jauh lebih rendah dari kos yang dikenakan kepada penempah, pembuat tidak wajib memberi diskaun dan jika kos anggaran meleset, kerugian mestilah ditanggung oleh

Upload: siti9779307

Post on 19-Jan-2016

33 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jual beli istisna'

TRANSCRIPT

jual beli istisna’.

Jual beli ini juga dikenali sebagai kontrak pembuatan dalam ilmu fiqh islam. Secara definisinya, Istisna’ adalah suatu kontrak jualan item yang khusus yang memerlukan proses pertukangan, pengilangan atau pembuatan. Sebagai contoh yang dapat dilihat pada masa kini ialah rumah yang masih dalam pembuatan, memasang kabinet dapur, jahitan pakaian dan sebagainya. Semua itu adalah termasuk di dalam kategori jualan secara istisna’ yang harus hukumnya dan telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W.

Bagi memastikan jualan dan tempahan secara istisna’ ini sah, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti. Antaranya ialah:

Mana-mana pihak yang ingin menamatkannya mestilah mendapat persetujuan daripada pihak yang lain jika pembuat telah mengeluarkan masa, tenaga dan kos untuk menyiapkan tugasan itu. Namun begitu, jika sebaliknya pembeli boleh membatalkanya tanpa izin pembuat. Jual beli ini juga terhad pada item yang perlukan proses pembuatan sahaja, jadi pembelian seperti padi, buah-buahan dan yang sepertinya tidak termasuk dalam kontrak istisna’. Bahan-bahan mentah yang sedang digunakan oleh pembuat untuk menyiapkan tempahan bukan milik pembeli kecuali pembuat sudah memberikan jaminan kerja akan siap dan sebahagian harga telah dibayar kepada pembuat untuk jaminan itu.

Dari segi harga pula, ianya mestilah diketahui dan disebut dengan jelas semasa akad.Harga boleh dibayar secara sekaligus (lump sum) atau di akhir dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.Harga juga boleh berbeza-beza berdasarkan tempoh siap dengan syarat, sewaktu kontrak dipersetujui, hanya satu harga dan tempoh dari pilihan yang diberi sahaja dipersetujui. Selain itu,jika harga jangkaan pembuat jauh lebih rendah dari kos yang dikenakan kepada penempah, pembuat tidak wajib memberi diskaun dan jika kos anggaran meleset, kerugian mestilah ditanggung oleh pembuat tanpa memaksa pembeli membayar harga tambahan.Jika barang yang ditempah gagal disiapkan dalam tempoh yang dipersetujui, diharuskan untuk pembeli mengenakan denda mengikut hari kepada pembuat. Ia tidak dikira sebagai riba kerana ia bukanlah pertukaran duit dengan duit tetapi kerja yang lewat dengan bayaran ganti rugi wang. Pembeli tidak boleh secara istisna’ menjual barang yang masih dalam proses pembuatan kepada pihak ketiga kecuali jika ia dijual atas specifikasi juga, ia dinamakan kontrak Istisna’ Selari. Sebagai contoh, Ahmad telah membeli dan menempah LIMA buah kereta BMW 520i dengan spesifikasi yang sama dan jelas. Sebelum kereta tersebut siap, Ahmad telah menjualkan sebuah kereta BMW spesifikasi BMW 520i kepada Ali dengan syarat ia tidak tertakluk kepada mana-mana kereta secara khusus tetapi ia hanya tertakluk kepada spesifikasi.

Selain itu, jika pembuatan yang telah disiapkan berbeza spesifikasi dari yang ditempah, pembeli berhak untuk menolak atau menerimanya dengan tuntutan diskaun khas berdasarkan budi bicara kedua pihak. Jika item yang telah siap menepati spesfikasi, tetapi pembeli menolak tanpa sebab yang kuat, pembuat boleh menyimpan barangan tersebut selaku pemegang amanah

namun tidak dipertanggungjawab atas keselamatan barangan itu. Pembeli juga perlu membayar kos khidmat simpanan kepada pembuat. Diharuskan juga bagi pembeli melantik pembuat atau pengilang menjadi ejennya bagi menjualkan barangan yang telah siap kepada pihak ketiga dengan harga yang telah dipersetujui. Tugas itu boleh dilakukan sama ada dengan upah atau percuma.

Perkara di atas merupakan beberapa panduan secara ringkas bagi sesiapa yang terlibat dalam kontrak istisna kerana pada masa kini jual beli bentuk ini merupakan suatu keperluan. Namun, ia mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam bagi mengelak berlakunya ketidaktentuan (gharar) yang boleh membatalkan aqad.