istilah yang sering digunakan di mahkamah
DESCRIPTION
Istilah istilah yang digunakan dalam mahkamahTRANSCRIPT
ISTILAH YANG SERING DIGUNAKAN DI MAHKAMAH
1. Afidavit
Satu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan
menandatangani kenyataan tersebut, C,orang itu mesti berupaya
membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah
Dokumen pengakuan bersumpah sama ada defendan atau plantif
tentang sesuatu hal, sama ada dalam kes jenayah mahupun kes sivil.
2. Alibi
Orang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku.
Bukti yang menunjukkan bahawa seseorang tidak hadir atau berada di
tempat kejadian semasa sesuatu jenayah berlaku.
3. Bigami
Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama
masih sah.
4. Certiorari
Memohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang
dibuat oleh Mahkamah Rendah.
Perintah mahkamah untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh
mahkamah yang lebih rendah.
5. Condictio
Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain
(kes civil)
6. Contempt of court
Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan
mahkamah.
7. Culpa lata
Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga
dianggap sengaja.
8. Defamation
Kesalahan yg melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu
terhadap seseorang (fitnah).
9. Ex parte
Satu permohonan oleh plaintif (orang yang menuntut) kepada
mahkamah bagi mendengar kes tetapi tanpa kehadiran pihak
defendan.
10.Functus officio
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar
hukuman dan membuka kesitu semula di mahkamah yang sama.
11.Habeas corpus
Arahan mahkamah supaya seseorang dahun tahanan dilepaskan
supaya orang itu datang sendiri untuk mendengar dan membela dirinya
dalam sesuatu kes di mahkamah.
Arahan mahkamah supaya seseorang yang berada dalam tahanan
pihak berkuasa dibebaskan.
12. Injunksi
Perintah mahkamah terhadap seseorang supaya melakukan atau
berhenti melakukan sesuatu sama ada untuk jangka masa sementara
atau tetap.
Perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan sesuatu
kerja/perkara pada masa dan tempat tertentu.
13.Mandamus
Perintah Mahkamah Tinggi menyuruh seseorang atau agensi
menjalankan togas untuk orang swam.
Perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan sesuatu kewajipan
awam yang tertentu.
14.Mandatori
Satu hukuman yang sepatutnya dilaksanakan dan tidak boleh
diringankan.
15.Mitigasi
Permohonan untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan.
16.Kesalahan pejuri
Membuat sumpah (angkat sumpah) yang palsu.
17.Prima facie
Kes yang dapat diteruskan dalam mahkamah kerana mempunyai bukti-
bukti yang kuat.
Mempunyai bukti-bukti yang kukuh dan kuat untuk memulakan
pendakwaan atau memulakan perbicaraan di mahkamah.
18.Power of attorney
Saluran rasmi yang membolehkan seseorang mendapat hak untuk
mewakili dan bertindak untuk seseorang.
19.Percedent
Keputusan mahkamah mengikut fakta dalam kes-kes yang sama dan
lama yang sudah pernah dibuat oleh mahkamah-mahkamah
sebelunuiya (duluan).
20.Sapina (subpoena)
Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah atau sesuatu
tempat pads satu masa kerana sesuatu perkara yang ada kaftan
dengan perbicaraan.
Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah pada sesuatu
masa untuk menjadi saksi berkaitan dengan perbicaraan.
21.Sine die
Menghentikan dan menangguhkan kes tanpa menetapkan tarikh untuk
menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta yang boleh
menyabitkannya.
Penangguhan sesuatu kes hingga suatu tarikh yang belum ditetapkan.
22.Status quo
Kembali kepada keadaan atau kedudukan asal.
23.Stay of execution
Ditanggulikan atau digantung sesuatu hukuman mahkamah.
24.Ultra vires
Satu tindakan yang melampaui batas atau di luar kuasa undang-
undang.
25.Writ
Satu dokumen/surat perintah yang dikeluarkan atas nama Yang di-
Pertuan Agong.
Dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan pihak
pembela supaya hadir pada masa dan dalam tempoh yang ditetapkan.
Dokumen yg dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan
defendan ( pihak yang kena tuntut ) dalam kes sivil supaya hadir di
mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah yang menggariskan
tindakan yg perlu dipatuhi sesuatu pihak atau kedua-dua pihak dalam
kes sivil
26. Waran
Surat kuasa yang untuk menangkap seseorang yang didapati bersalah
atau menggeledah sesuatu tempat.
Perintah yg memberikan kuasa kepada polis atau pihak bnerkuasa lain
untuk menangkap orang yang dinamakan dalam waran
27.Saman
Perintah supaya pihak tertuduh hadir ke mahkamah./ Dokumen
bertulis yang mengandungi butir tuduhan dan mewajibkan orang yang
disaman itu hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan