isl+tutorial_2014

6
Kursus: Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kod: EDU3053 Tutorial ISL Tutorial 1 (M1) Gambaran umum tentang kursus dan penjelasan tentang sesi amali & Independent Student Learning (ISL) Topik 1 Bincangkan maksud “teknologi pendidikan”. Nyatakan unsur-unsur / elemen-elemen utama yang terdapat dalam teknologi pendidikan. Huraikan kenapa teknologi pendidikan penting kepada warga guru Topik 2 Bincangkan maksud "reka bentuk pengajaran" (instructional design). Pilih salah satu reka bentuk pengajaran, dan terangkan ciri-cirinya, kemudian huraikan bagaimana ia dapat digunakan dalam amalan dalam membina sesuatu proses atau produk PdP. Aktiviti Pemerolehan ilmu Pembentukan Kumpulan Agihan tugasan (Persembahan) Menyempurnakan tugasan Gambaran umum tentang kursus dan penjelasan tentang sesi amali & Independent Student Learning (ISL) (2 jam) Topik 1 Membuat rujukan di pusat sumber tentang ”Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran” (2 jam) Tutorial 2 (M2) Topik 7 Jelaskan fungsi-fungsi utama yang terdapat pada sesuatu kamera. Nyatakan apakah teknik-teknik yang biasa digunakan untuk mengambil gambar (foto). Huraikan bagaimana gambar foto dapat digunakan dalam proses PdP. Topik 8 Bincangkan bagaimana bahan audio dapat diintegrasikan dalam proses PdP Topik 7 a. Buat rujukan di pusat sumber/ layari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan sejarah perkembangan fotografi b. Berdasarkan pengetahuan komposisi, dapatkan foto yang menggunakan teknik komposisi dalam penghasilan gambar. Layari internet.

Upload: jamuna-pandiyan-muthatiyar

Post on 27-Dec-2015

84 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: ISL+Tutorial_2014

Kursus: Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Kod: EDU3053

Tutorial ISLTutorial 1 (M1)Gambaran umum tentang kursus dan penjelasan tentang sesi amali & Independent Student Learning (ISL)

Topik 1Bincangkan maksud “teknologi pendidikan”. Nyatakan unsur-unsur / elemen-elemen utama yang terdapat dalam teknologi pendidikan. Huraikan kenapa teknologi pendidikan penting kepada warga guru

Topik 2Bincangkan maksud "reka bentuk pengajaran" (instructional design). Pilih salah satu reka bentuk pengajaran, dan terangkan ciri-cirinya, kemudian huraikan bagaimana ia dapat digunakan dalam amalan dalam membina sesuatu proses atau produk PdP.

Aktiviti Pemerolehan ilmu

Pembentukan Kumpulan

Agihan tugasan(Persembahan)

Menyempurnakan tugasan

Gambaran umum tentang kursus dan penjelasan tentang sesi amali & Independent Student Learning (ISL) (2 jam)

Topik 1Membuat rujukan di pusat sumber tentang ”Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran”(2 jam)

Tutorial 2 (M2)Topik 7Jelaskan fungsi-fungsi utama yang terdapat pada sesuatu kamera. Nyatakan apakah teknik-teknik yang biasa digunakan untuk mengambil gambar (foto). Huraikan bagaimana gambar foto dapat digunakan dalam proses PdP.

Topik 8Bincangkan bagaimana bahan audio dapat diintegrasikan dalam proses PdP

Topik 7a. Buat rujukan di pusat sumber/ layari

internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan sejarah perkembangan fotografi

b. Berdasarkan pengetahuan komposisi, dapatkan foto yang menggunakan teknik komposisi dalam penghasilan gambar. Layari internet.

(2 jam)

Topik 8Senaraikan perisian-perisian dalam penyuntingan audio. (2 jam)

Page 2: ISL+Tutorial_2014

Tutorial 3 (M4)Topik 12Bincangkan impak perkembangan baru teknologi terhadap PdP pelajar di sekolah – sekolah.

Topik 12a. Layari internet dan dapatkan dan cirikan

Undang-undang siber.

b. Dalam seminggu, buat koleksi tentang perkembangan baru tentang media elektronik dalam surat khabar, berita, majalah dan sumber media yang lain. Secara kumpulan, sediakan 1-2 mukasurat laporan menghuraikan impak perkembangan baru ini terhadap pembelajaran pelajar (2 jam)

Tutorial 4 (M5)Topik 3Bincangkan maksud "media pengajaran". Nyatakan jenis-jenis media pengajaran yang biasa terdapat di sekolah. Huraikan bagaimana media pengajaran dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Topik 9Bincangkan jenis dan ciri-ciri yang ada pada sebuah kamera video. Jelaskan teknik merakam video yang baik. Bincangkan kebaikan video dan bagaimana ia dapat digunakan dalam proses PdP dengan berkesan.

Topik 3a. Melayari internet untuk memperoleh

maklumat tentang pelbagai jenis media . Cuba buat klasifikasi dengan menggunakan pengurusan grafik

b. Nyatakan jenis-jenis dan klasifikasi media pengajaran yang biasa digunakan dalam pdp. (2jam)

Topik 9Muat turun gambar cara-cara kamera video beroperasi.(2 jam)

Tutorial 5 (M7)Topik 5Bincangkan prinsip-prinsip asas grafik. Nyatakan apa jenis-jenis grafik (ciri-ciri grafik) yang dapat memberi maksud yang hendak disampaikan dengan lebih baik. Huraikan bagaimana sesuatu grafik itu memberi kesan kepada proses PdP.

Perihal mengenai penggunaan warna dalam grafik dengan contoh yang sesuai. (2 jam)

Tutorial 6 (M8)Topik 10Bincangkan maksud integrasi teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Huraikan bagaimana aplikasi pemprosesan perkataan dan persembahan elektronik dapat diintegrasikan dalam proses PdP dan sertakan contoh rancangan pengajaran

Topik 10a. Buat rujukan dalam Pusat Sumber and

bincang dengan rakan-rakan mengenai topik ”: Impak pemprosesan perkataan dalam pendidikan dan isu-isu berkait dengan pemprosesan perkataan”

b. Muat turun 5 fitur bagi MS Word dan 5 fitur bagi Ms Excel. (2 jam)

Page 3: ISL+Tutorial_2014

Tutorial 7 (M9)Topik 10Bincangkan Strategi PdP menggunakan TMK yang boleh diguna pakai dalam proses PdP. Pilih satu strategi dan nyatakan kelebihan strategi tersebut.

Topik 10a. Dengan mengakses internet, cari bahan

dan cuba membentuk satu aktiviti bilik darjah yang mengintegrasi-kan fungsi hamparan elektronik dalam pengajaran

b. Cari bahan dan bincangkan pernyataan berikut:Peningkatan dalam penggunaan pangkalan data dalam masyarakat serta kemudahan internet telah memudahkan maklumat peribadi diakses oleh sesiapa pun. Apakah implikasi yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi palajar di sekolah? Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi?

(2 jam)

Tutorial 8 (M10)Topik 10Jelaskan bagaimana menghasilkan satu produk multimedia interaktif yang baik. Bincangkan apakah elemen-elemen penting yang perlu ada dalam proses membina produk tersebut.

Topik 10a. Akses maklumat dari internet dan pusat

sumber, bincangkan perkembangan teknologi multimedia di dalam internet dari dahulu sehingga kini.

b. Nyatakan kepentingan 5 elemen multimedia dalam proses membina produk tersebut.

(2 jam)

Tutorial 9 (M11)Topik 10Memurnikan produk multimedia interaktif

Showcasing

Topik 10Melayari dan akses maklumat dari internet dan pusat sumber untuk mencari beberapa jenis media interaktif yang boleh digunakan sebagai sumber bilik darjahDapatkan sebuah produk multimedia dan beri komen berdasarkan 5 elemen multimedia.(2 jam)

Tutorial 10 (M15)Topik 11Bincangkan bagaimana penggunaan internet dapat dimanafatkan dalam proses PdP. Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan Web 2.0, dengan menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threatens), pilih satu aplikasi Web 2.0 yang sesuai untuk meningkatkan PdP

Topik 11Nyatakan konsep web 1.0, 2.0 dan 3.0.Berikan perbezaan di atas.(2 jam)

Page 4: ISL+Tutorial_2014

Tutorial 11 (M18)Topik 4Bincangkan maksud "instructional planning" (rancangan pengajaran). Berdasarkan sesuatu sub tajuk (tajuk kecil sesuatu matapelajaran) dan berasaskan sesuatu media pengajaran yang tertentu bina satu "instructional planning" (jelaskan bagaimana peringkat-peringkat "instructional" dirancang, direka, dibina, dilaksanakan dan dinilai).

Topik 6Nyatakan jenis-jenis bahan 2 dimensi (2D) dan 3 dimensi (3D) yang biasa digunakan atau yang terdapat di sekolah. Bincangkan bagaimana bahan-bahan tersebut dapat meningkatkan proses PdP.

Topik 4Membuat rujukan di Pusat Sumber / internet mengenai topik “Peranan dan kepentinganModel-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE”Bincangkan Model ASSURE. (2 jam)

Topik 6Bina satu RPH bagi menggunakan bahan 2D atau 3D dalam PdP. (2 jam)