islam dan kepercayaan orang asli: satu … · perkara ini bukan merupakan suatu dosa meniru suara...

15
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21 st Century eISBN: 978-967-13705-0-6 619 ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU ANALISA PERBANDINGAN KE ATAS ASPEK TABOO DAN IMPLIKASINYA Yendo Afgani@Eusoff 1 , Ahmad Puad Mat Som 1 , Fadzli Adam 2 & Nor Asmah Jamil 1 1 Fakulti Sains Sosial Gunaan 2 Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia. Abstrak Kertas kerja ini menerangkan perbandingan ke atas aspek persamaan dan perbezaan mengenai pantang larang dan implikasinya dilihat dari perspektif Islam dan dogma orang asli. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis keunikan yang wujud di antara kedua-dua perspektif yang berbeza. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan kaedah analisis deskriptif dengan menekankan persamaan kedua-dua pihak antara kepercayaan orang asli berbanding dengan ajaran Islam. Beberapa pantang larang dan aspek taboo yang wujud dari perspektif masyarakat orang asli yang tidak relevan dengan Islam juga terserlah. Dapatan kajian menunjukkan beberapa persamaan telah dikesan di antara kedua-dua konsep terutamanya dalam prinsip-prinsip penghindaran dalam bersikap aniaya kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, ditemui juga beberapa peraturan dan larangan yang diamalkan oleh orang-orang asli yang tidak relevan dari perspektif Islam dan ia juga telah dibincangkan dalam artikel ini. Kata kunci: Islam, kepercayaan, orang asli, implikasi, analisa 1. PENGENALAN Masyarakat orang asli adalah suatu komuniti yang dipenuhi dengan pelbagai adat resam dan budaya yang unik. Adat dan kepercayaan mereka tetap wujud sehingga kini dan mempunyai hubungan yang rapat dengan persekitaran semulajadi serta makhluk- makhluk ghaib di alam ini.Ini membuatkan para pengkaji daripada Malaysia dan luar Negara tertarik untuk meneliti cara hidup mereka merangkumi aspek yang pelbagai termasuk dari faktor budaya, kesenian, pendidikan, perubahan sosial, dan agama orang asli. Kertas kerja ini menerangkan jenis-jenis kesalahan dalam berinteraksi dengan manusia, haiwan dan alam serta implikasi yang akan berlaku dan diterima oleh si pelaku sebagai balasan hidup di dunia dari dua persepsi kepercayaan yang berbeza. Pandangan masyarakat orang asli semasa mengenai pantang larang dalam berinteraksi dengan manusia, haiwan dan tumbuhan dianalisa daripada sudut pandang perspektif Islam.

Upload: dangnga

Post on 18-Aug-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

619

ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU ANALISA PERBANDINGAN KE ATAS ASPEK TABOO DAN IMPLIKASINYA

Yendo Afgani@Eusoff1, Ahmad Puad Mat Som1, Fadzli Adam2 & Nor Asmah

Jamil1 1Fakulti Sains Sosial Gunaan

2Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

Abstrak Kertas kerja ini menerangkan perbandingan ke atas aspek persamaan dan perbezaan mengenai pantang larang dan implikasinya dilihat dari perspektif Islam dan dogma orang asli. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis keunikan yang wujud di antara kedua-dua perspektif yang berbeza. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan kaedah analisis deskriptif dengan menekankan persamaan kedua-dua pihak antara kepercayaan orang asli berbanding dengan ajaran Islam. Beberapa pantang larang dan aspek taboo yang wujud dari perspektif masyarakat orang asli yang tidak relevan dengan Islam juga terserlah. Dapatan kajian menunjukkan beberapa persamaan telah dikesan di antara kedua-dua konsep terutamanya dalam prinsip-prinsip penghindaran dalam bersikap aniaya kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, ditemui juga beberapa peraturan dan larangan yang diamalkan oleh orang-orang asli yang tidak relevan dari perspektif Islam dan ia juga telah dibincangkan dalam artikel ini. Kata kunci: Islam, kepercayaan, orang asli, implikasi, analisa 1. PENGENALAN

Masyarakat orang asli adalah suatu komuniti yang dipenuhi dengan pelbagai adat resam dan budaya yang unik. Adat dan kepercayaan mereka tetap wujud sehingga kini dan mempunyai hubungan yang rapat dengan persekitaran semulajadi serta makhluk-makhluk ghaib di alam ini.Ini membuatkan para pengkaji daripada Malaysia dan luar Negara tertarik untuk meneliti cara hidup mereka merangkumi aspek yang pelbagai termasuk dari faktor budaya, kesenian, pendidikan, perubahan sosial, dan agama orang asli.

Kertas kerja ini menerangkan jenis-jenis kesalahan dalam berinteraksi dengan manusia, haiwan dan alam serta implikasi yang akan berlaku dan diterima oleh si pelaku sebagai balasan hidup di dunia dari dua persepsi kepercayaan yang berbeza. Pandangan masyarakat orang asli semasa mengenai pantang larang dalam berinteraksi dengan manusia, haiwan dan tumbuhan dianalisa daripada sudut pandang perspektif Islam.

Page 2: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

620

2. LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ke atas budaya orang asli telah menarik minat ramai pengkaji dalam dan luar negara. Pelbagai aspek kehidupan orang asli dikaji daripada perspektif yang luas merangkumi pendidikan orang asli terkini (Ramli Abdullah et all 2012), pembangunan mapan orang asli (Khairul Hisyam 2007), transformasi dan pembangunan orang asli (Ramle Abdullah 2014), kesan pembangunan pada orang asli (Dentan, Endicott & Gomes 1997), penempatan semula orang asli (1978), ekonomi dan organisasi orang asli (1974), pengetahuan tradisional berkaitan pemakanan (Asmawi 2013), bahasa orang asli (Benjamin 1997), kekeluargaan orang asli (Benjamin 1997), kepimpinan orang asli (Benjamin 1997), dakwah dalam kalangan orang asli (Fadzal 1997), pemodenan orang asli (Gomes 2004), hak dan kepentingan orang asli ke atas tanah (Hamimah 2011; Hassan Mat Nor 1990), ritual dan pengubatan orang asli (Hood 1998). Kajian ke atas aspek kehidupan orang asli yang pelbagai telah dilakukan oleh ramai sama ada dalam dan luar negara tetapi, walaupun begitu tidak ramai yang menekankan, kajian tentang gaya dan corak pemikiran ke atas pantang larang orang asli mengenai cara mereka bersikap dan bertingkah laku secara terperinci dilihat daripada kaca mata Islam masih belum banyak dilakukan. Beberapa kajian sebelum ini yang memiliki sedikit persamaan kandungan ke atas aspek pantang larang dan taboo bagi orang asli dengan kandungan kertas kerja ini, contohnya ialah kajian Muhammad Aslam et all (2004) yang mengkaji pantang larang orang asli Semai telah membentuk satu konsep hidup yang harmoni, juga Hood (1978) yang menerangkan ritual penyembuhan menggunakan jampi serapah dalam proses perubatan. Sementara Endicot (1979) yang menerangkan ritual pantang larang dalam berburu serta Juli (1993) mengenai kepercayaan dan pantang larang orang asli Semai. Tanggapan mereka terhadap konsep-konsep interaksi dengan alam, manusia dan haiwan dianalisa dari kaca mata Islam hampir tidak diketahui secara terperinci.Oleh itu perbincangan ini mencuba merapatkan jurang kajian mengenainya. 3. PANTANG LARANG DALAM KOMUNITI ORANG ASLI

Mengikut Mohamad Aslam (2004) bagi masyarakat orang Asli, mematuhi pantang larang merupakan nilai yang dipentingkan oleh masyarakat ini, ini disebabkan dengan melakukan pantang larang ia boleh melatih nilai-nilai murni ahli-ahli masyarakat dalam mengawal tingkah laku, berkorban, mengelakkan keganasan dan menahan nafsu. Sebahagian daripada pantang larang ini diamalkan sebagai adat resam, manakala sebahagian lagi dijadikan moral dan cerita sahaja. Terdapat berbagai pantang larang berbentuk ethos, mores dan folkways dalam kalangan masyarakat orang asli contohnya masyarakat Semai, pantang larang ini membentuk keperibadian dan kehidupan sosial Semai. Timbulnya kepatuhan ahli komuniti berkenaan ke atas pantang larang disebabkan beberapa perkara seperti wujudnya ketakutan dan ancaman kepada ahli masyarakat orang asli yang melanggarinya. 4. METODOLOGI KAJIAN

Page 3: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

621

Kajian ini menggunakan kaedah-kaedah perbandingan agama berasas kepada diskriptif, analisis dengan pendekatan kaedah kualitatif pada kepercayaan suku bangsa Semaq Beri di Sungai Pergam (Ramlee Abdullah 2014). Pada tahap pertama mengumpulkan aturan-aturan dan larangan yang terdapat dalam kepercayaan orang asli daripada buku-buku yang ada. Tahap kedua adalah menganalisa setiap aturan-aturan itu daripada perspektif Islam dengan menilainya samada ia wujud di dalam al-Quran dan Hadis atau tidak. Tahap ketiganya adalah menyimpulkan bahawa samada ia relevan atau tidak dalam konteks perspektif Islam, sama ada ia bertentangan dengan sumber al-Quran dan hadis atau sebaliknya. 5. PERBINCANGAN DAN TEMUAN

Bahagian ini membincangkan pantang larang yang dinyatakan oleh Ramli Abdullah (2012) mengenai jenis kesalahan, jenis hukuman dan kesan bencana yang boleh berlaku sekiranya dilanggar oleh masyarakat orang asli.

Rajah 1.1: Contoh Kesalahan, Hukuman dan Bencana

Sementara analisa mengikut perspektif Islam ke atas dogma pantang larang orang asli diterangkan oleh jadual 1.1.

Jadual 1.1: Analisa jenis kesalahan dan pelanggaran pantang larang dikaji daripada perpektif Islam

JENIS KESALAHAN

ANALISA SECARA ISLAM CATATAN

Bernyanyi semasa

Dibolehkan bernyanyi dan melantunkan syair untuk mengembalikan semangat jihad semasa

(Sahih Muslim No.3371)

Page 4: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

622

membunuh binatang

menentang musuh dan pujian kepada Allah. Sedangkan hadis membunuh haiwan yang dibenarkan ialah cicak dan haiwan dan kalajengking atau ular iaitu ‘wazaghbah” ialah sejenis ular atau serangga beracun. Jika cicak yang ada di sekitar kita itu membahayakan manusia atau meracuni makanan maka dibolehkan bagi kita untuk membunuh cicak tersebut.

(Sahih Muslim No.3363) [HR Bukhari]4/79: 7/109]

Ketawa Islam tidak melarang seseorang untuk ketawa selagi ia tidak berlebihan. Ketawa berlebihan akan mematikan hati.

( HR al-Bukhari no. 8217) (HR Ibnu Majah no. 4183) (HR al-Tirmizi no. 2227)

Sikat rambut Sikat rambut juga tidak berdosa dan tidak dianggap sebagai satu kesalahan dalam Islam.

(Al-Majmu‘, kitab al-thaharah bab al-siwak: 1/359-360) (Hadis riwayat Abu Daud, al-Tirmidzi dan al- Nasaie)

Memasak daging buruan bersama sayur

Dalam Islam juga tidak ditemui larangan untuk memasak daging buruan bersama sayur.

Membakar kutu Tidak ditemui larangan di dalam Islam secara khas untuk membakar kutu. Walau bagaimanapun menganiaya apapun haiwan. tidak dibenarkan dalam Islam

Mentertawakan sesuatu dalam sungai

Dalam Islam juga tidak ditemui larangan untuk perkara sedemikian yang ada ialah tegahan Rasulullah SAW kepada Aisyah ketika Aisyah meniru gaya seseorang dengan tujuan untuk merendahkan seseorang.

Bab Ikramul Muslimin, kitab muntakhabah hadith

Menimbus belalang dalam tanah

Perkara ini bukan merupakan suatu dosa

Meniru suara katak

Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah larangan membunuh katak. Tidak ditemui sumber-sumber hukum yang melarang seseorang meniru suara katak suatu

[HR al-Baihaqi. Sanadnya sahih.]

Page 5: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

623

kesalahan dalam Islam.

Menyiksa anjing

Tidak ditemui. Anjing bukan untuk disiksa tetapi ia termasuk antara haiwan yang boleh dibunuh. Anjing juga mempunyai manfaat untuk menjaga kebun.

(HR. Bukhari no. 3314 dan Muslim no. 1198)

Menyiksa ular Membunuh ular adalah diharuskan dalam Islam bukan menyiksa ular tersebut. Menyiksa apapun jenis haiwan adalah di tegah dalam Islam Aturan ini memiliki persamaan dengan aturan Islam

Biadap pada orang lebih tua

Aturan ini memiliki persamaan dengan aturan Islam kerana ada ayat yang menyatakan pentingnya memiliki adab yang baik apabila berhadapan dengan ibu bapa.

al-Nisaa’ (4): 36 (HR al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654)

Melintasi seseorang tanpa izin

Tidak berdosa dalam Islam melintasi seseorang tanpa izin. Sumber larangan dalam al-Quran juga tidak ditemui.

Anak bermain tempat tidur ibu bapa

Tiada dinyatakan dalam al-Quran dan hadis bahawa ia suatu dosa dan kesilapan.

Mengejek kecacatan seseorang

Dalam Islam ini dinyatakan larangan mengejek kecacatan seseorang dan kelemahan seseorang.

Berada di belakang orang memasak

Tidak ditemui sumber-sumber hukum yang melarang seseorang berada di belakang orang memasak itu suatu kesalahan dalam Islam.

Melangkah makanan

Dalam Islam perkara bukannya dosa ini dikira sebagai tidak beradab

6. PERBINCANGAN DAN PEMBAHASAN

Bahagian ini membincangkan analisa aturan-aturan dan larangan yang wujud dalam kepercayaan orang asli yang dinilai daripada perspektif Islam berasaskan Jadual 1.1.

i. Bernyanyi Semasa Membunuh Binatang Hadis-hadis berkaitan dengan bernyanyi dan larangan menganiaya dan

menyingkirkan haiwan. Islam mengatur umatnya agar tidak berbuat aniaya kepada makhluk Allah yang lemah, melarang membunuh haiwan dengan mengurungnya dan membiarkannya mati kerana lapar dan haus. Beberapa hadis yang menyatakan larangan dan tegahan penganiayaan kepada haiwan diterangkan sebagai berikut:

“Seorang wanita masuk neraka kerana mengikat seekor kucing tanpa memberinya makanan atau melepaskannya agar dapat mencari makan dari serangga tanah." (HR. Bukhari)

Page 6: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

624

“Allah melaknat orang yang menyiksa haiwan dan memperlakukannya dengan sadis." (HR. Bukhari)

Aturan Islam juga menyatakan kepentingan untuk sentiasa berbuat baik dan penyayang kepada haiwan yang merupakan makhluk Allah yang mungkin dengan perbuatan baiknya itu, Allah berkenan mengampuni dosa-dosanya. Dalam satu hadis diriwayatkan bahawa:

"Ada seorang wanita pelacur melihat seekor anjing di atas perigi dan hampir mati kerana kehausan. Lalu wanita itu melepas kasutnya, diikatnya dengan kerudungnya dan diambilnya air dari perigi (lalu diminumkan ke anjing itu). Dengan perbuatannya itu dosanya diampuni." (HR. Bukhari)

Hadith juga menyatakan rasa peka Nabi SAW yang mendengar rintihan unta yang dizalimi.

Berkata Abdullah bin Ja’far: "Rasulullah SAW pernah masuk ke sebuah kebun milik seorang Anshar, dimana terdapat seekor unta yang tertambat. Begitu melihat Nabi SAW datang, tiba-tiba air mata berderai keluar dari kedua mata unta itu. Lalu, Rasulullah SAW mendekati, dan dengan diam-diam mengusap air mata. Lantas Rasulullah SAW bertanya: “Siapa pemilik unta ini?” Maka seorang pemuda Anshar menjawab: “Itu milik saya, ya Rasulullah.” Rasulullah SAW bersabda: “Apakah engkau tidak takut kepada Allah, memelihara haiwan yang telah diamanatkan Allah ke atas pundakmu?” Ia telah mengeluh padaku bahawa engkau telah melaparkan-nya dan menyuruhnya kerja terus menerus!”

Dalam Islam walaupun terdapat kebenaran untuk membunuh binatang tertentu

yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, tetapi ia masih menetapkan aturan dan cara yang baik untuk membunuhnya samada haiwan atau serangga tanpa mempunyai perasaan benci kepada haiwan tersebut. Sekiranya cara membunuh itu tidak menyakitkan, dilakukan dengan pantas dan betul ke atas haiwan berkenaan, maka ia diharapkan ganjaran dari Allah. Beberapa contoh haiwan yang boleh dibunuh diterangkan sebagai berikut daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda:

لب يا ، ومالغرماب ، ومالكم العمقور خمس ف موماسق ي قت ملنم ف المرمم الفمأرمة ، ومالعمقرمب ، ومالدم“Ada lima jenis haiwan fasik yang boleh dibunuh ketika sedang ihram, yaitu tikus, kala jengking, burung rajawali, burung gagak dan kalb aqur (anjing galak).” (HR. Bukhari no. 3314 dan Muslim no. 1198)

Bagi sesiapa sahaja yang membunuh haiwan itu dengan cepat maka suatu kehormatan besar untuk orang yang mengenai sasarannya tanpa menimbulkan rasa sakit kepada haiwan yang dibunuh itu. Hal ini sangat penting ditekankan ketika membunuh haiwan tersebut kerana Nabi Muhammad SAW berkata lemah lembut merupakan inti dan hiasan kehidupan. Dalam sahih Muslim, Sunan Abu Daud dan Jami’

Page 7: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

625

al-Tirmidzi dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membunuh cicak maka pada awal pukulannya baginya ini dan itu satu kebaikan. Barangsiapa yang membunuhnya dalam pukulan kedua maka baginya ini dan itu satu kebaikan yang berbeza dengan yang pertama. Jika dia membunuhnya pada pukulan ketiga maka baginya ini dan itu kebaikan yang berbeza dengan yang kedua.” Ini menunjukkan bahawa pukulan yang pertama yang terus boleh membunuh cicak adalah yang paling banyak ganjaran.

Dalam Sahih Muslim disebutkan: Barangsiapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan maka baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan kedua maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), dan jika pada pukulan ketiga maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang kedua). Dalam “al-Mu’jam al-Ausath” milik Thabrani dari hadits Aisyah berkata: “Aku mendengar bahawa Rasulullah SAW bersabda, barangsiapa yang membunuh cicak maka Allah akan menghapuskan tujuh kesalahan atasnya.” Ibn Majah meriwayatkan didalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al-Fakih bin al-Mughiroh bahawa dia menemui Aisyah dan melihat di rumahnya terdapat sebuah tombak yang tergeletak. Dia pun bertanya kepada Aisyah,”Wahai Ibu kaum mukminin apa yang engkau lakukan dengan tombak ini?” Aisyah menjawab: “Kami baru saja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi SAW pernah memberitahu kami bahwa tatkala Ibrahim AS dilemparkan ke dalam api tak satu pun binatang di bumi saat itu kecuali dia akan memadamkannya kecuali cicak yang meniup-niupkan apinya. Maka Rasulullah SAW memerintahkan untuk membunuhnya.” Kitab al-Zawaid menyebutkan bahawa hadits Aisyah ini sahih dan orang-orangnya boleh dipercayai.

Namun demikian bukan bererti setiap cicak mesti dibunuh disebabkan perintah yang terdapat dalam hadits tersebut bukanlah sebuah kewajiban akan tetapi disunnahkan membunuh setiap cicak yang membahayakan. Secara terperinci Imam Suyuthi menyebutkan dalam kitab al-Asbah al-Nazhair bahawa aturan pembunuhan binatang itu terbahagi menjadi empat jenis: a) Binatang yang padanya terdapat manfaat dan tidak berbahaya maka ia tidak boleh

dibunuh. b) Binatang yang mengandungi bahaya didalamnya dan tidak bermanfaat maka

dianjurkan untuk dibunuh seperti: ular dan binatang-binatang yang berbahaya. c) Binatang yang mempunyai manfaat didalamnya dari satu sisi namun berbahaya

dari sisi lainnya, seperti: burung helang maka tidak dianjurkan dan tidak pula dimakruhkan untuk membunuhnya.

d) Binatang yang tidak mempunyai manfaat didalamnya dan tidak pula berbahaya, seperti: ulat, serangga sejenis kumbang maka tidaklah diharamkan dan tidak pula dianjurkan untuk membunuhnya. (al-Asbah al-Nazair juz II hal 336).

Islam juga menyatakan larangan membunuh beberapa jenis haiwan. Contoh haiwan yang dilarang untuk dibunuh adalah seperti yang disebutkan di dalam hadits Ibnu Abbas RA:

إن النيب صلى اهلل عليه و سلم هنى عن قتل أربع من الدواب النملة والنحلة واهلدهد والصرد

Page 8: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

626

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang membunuh empat haiwan, yaitu semut, lebah, burung hud-hud, dan shurad.” (HR Abu Daud (5267). Hadis sahih.) [Shurad itu adalah burung yang memiliki kepala dan paruh yang besar dan berbulu lebat, separuhnya berwarna putih dan separuhnya berwarna hitam].

Haiwan yang lain yang dilarang untuk dibunuh ialah katak. Dari Abdullah bin Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

قد م يما لم ت مقت لوا الضفمادعم فمإن نمقيقمهما تمسبيح وملم ت مقت لوا الفاشم فمإنه لمما خمربم ب ميت المم رمب سملطن س قما عملمى البمحر حمت أغرق مهم

“Janganlah kalian membunuh katak karena suaranya adalah tasbih. Janganlah kalian membunuh kelelawar karena ketika Baitul Maqdis dihancurkan (oleh kaum kafir) ia berdoa: “Wahai Rabbku, berilah aku kekuasaan terhadap laut agar aku dapat menenggelamkan mereka.” (HR Al Baihaqi. Sanadnya shahih.)

ii. Ketawa dan Mentertawakan Sesuatu dalam Sungai Tidak ditemui larangan untuk ketawa dan mentertawakan sesuatu di dalam sungai.

Walau bagaimanapun, dalam Islam tidak sewajarnya ketawa berlebih-lebihan. Aisyah meriwayatkan, dia berkata" Tidak pernah sekalipun aku melihat Rasulullah SAW ketawa terbahak-bahak sehingga kelihatan kerongkongnya. Akan tetapi, ketawa baginda adalah dengan tersenyum." (HR al-Bukhari no. 8217). Ketawa berlebih-lebihan boleh mematikan hati. Rasulullah bersabda:"Janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati." ( HR Ibn Majah no. 4183 )

Dari aspek lain, ketawa berlebih-lebihan boleh menjatuhkan harga diri. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya banyak ketawa akan mematikan hati dan menghilangkan karisma seorang Mukmin." (HR at-Tirmizi no. 2227)

iii. Sikat Rambut Dalam Islam adalah dibenarkan untuk menyikati rambut. Sunat sekali sekala

(ghibban) menyikat rambut dan meminyakinya. Namun begitu ianya perlu dibuat sekali sekala bukan sentiasa disikat dan didandani. Adapun yang dimaksudkan dengan sekali sekala itu ialah, apabila kita meminyaki rambut, maka tunggulah ia sehingga kering baharulah diminyaki sekali lagi. (Al-Majmu‘, kitab al-thaharah bab al-siwak: 1/359-360)

Hadis daripada ‘Abdullah bin Mughaffil katanya yang maksudnya: “Rasulullah SAW melarang daripada berdandan dengan berlebihan (al-tarajjul) secara berterusan setiap masa.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan al-Nasaie)

iv. Memasak Daging Buruan Bersama Sayur Pengkaji tidak menjumpai hadis-hadis larangan untuk memasak daging buruan

bersama sayur. Walau bagaimanapun, menjumpai ayat Al-Quran menyatakan halalnya daging buruan. Firman Allah SWT bermaksud: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu …”(al-Quran 5: 399). Berkenaan dengan larangan ke atas haiwan buruan adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagai berikut. – Haiwan yang ditombak tetapi

Page 9: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

627

tidak menembusi badan haiwan tetapi hanya bahagian tepinya (Sahih Muslim No.3560) ditemui juga larangan memakan binatang buas yang bertaring. (Shahih Muslim No.3570)

v. Membakar kutu Di dalam hadis juga tidak ditemui secara terperinci larangan untuk membakar kutu.

Walau bagaimanapun, ditemui beberapa hadis yang menyatakan implikasi buruk ke atas perlakuan aniaya terhadap haiwan.Ia dinyatakan oleh beberapa hadis sebagai berikut.

Dari Anas bin Malik RA berkata: نهى رسول هللا صلى هللا عليه وسلم أن تصبر البهائم “Rasulullah SAW melarang dari mengurung binatang.” (HR. Muslim no. 1956).Yang dimaksud dalam larangan di sini adalah mengurung binatang agar boleh membunuhnya dengan dilempar atau yang semacamnya. (Syarh Muslim al-Nawawi: 14/114). Dari Said bin Jubair rahimahullah dia berkata: Ibn Umar RA melintasi sekelompok orang yang menjadikan seekor ayam sebagai sasaran melempar mereka. Ketika mereka melihat Ibn Umar, mereka segera bertempiaran, maka Ibn Umar berkata: من فعل هذا؟ إن رسول هللا Siapa yang berbuat seperti ini? Sungguh Rasulullah SAW“ صلى هللا عليه وسلم لعن من فعل هذاtelah melaknat orang yang berbuat seperti ini.” (HR. Muslim no. 1958) Dalam sebuah riwayat Muslim: وح غرضا خذ شيئا فيه الر إن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم لعن من ات “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melaknat orang yang menjadikan makhluk bernyawa sebagai sasaran (lempar).”

vi. Menimbus Belalang dalam Tanah Hadis ini tidak ditemui secara terperinci yang menyatakan larangan menimbus

belalang dalam tanah, kesesuaian perkara ini dengan ajaran Islam secara garis besarnya larangan berbuat zalim kepada haiwan. Sedangkan hadis secara terperinci bercerita tentang belalang adalah mengenai halalnya haiwan itu untuk dimakan. Dari Ibn Umar RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Dihalalkan bagi kami dua bangkai dan dua darah. Dua bangkai yaitu belalang dan ikan.Adapun dua darah yaitu hati dan limpa.” Dikeluarkan oleh Ahmad, Ibnu Majah.

vii. Meniru Suara Katak Tidak ditemui larangan dalam Islam mengenai perkara sedemikian.hadis-hadis

mengenai katak ialah justeru mengenai larangan untuk membunuh katak. Sebagaimana dalam penerangan dalam hadis Dari Abdullah bin Umar RA, mengenai larangan membunuh katak dan kelelawar. hadis sahih riwayat al-Baihaqi serta hadis yang diriwayatkan dari Ibn Umar RA, dari Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian membunuh katak!" (Shahih, dalam kitab Sahih al-Jami' al-Shaghir [7390]). Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Utsman RA: "Dilarang membunuh katak dengan alasan untuk ubat-ubatan," (Shahih, dalam kitab Shahih al-Jami' al-Shaghir [6971]).

viii. Menyiksa Anjing dan Menyiksa Ular

Page 10: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

628

Begitu juga larangan menyiksa anjing tidak ditemui dalam hadis secara khas, yang ada ialah larangan penyiksaaan kepada semua haiwan. Dari Aisyah, Nabi SAW bersabda:

يا ، ومالغرماب لب العمقور خمس ف موماسق ي قت ملنم ف المرمم الفمأرمة ، ومالعمقرمب ، ومالدم ، ومالكم“Ada lima jenis haiwan fasik yang boleh dibunuh ketika sedang ihram, yaitu tikus, kalajengking, burung rajawali, burung gagak dan kalb aqur (anjing galak).” (HR. Bukhari no. 3314 dan Muslim no. 1198)

Adapun haiwan yang membahayakan manusia dan sering hidup ditengah populasi manusia, seperti ular, kalajengking. Haiwan jenis ini dianjurkan untuk dibunuh dalam keadaan. Dalam sebuah hadis nabi pernah bersabda: "Lima jenis haiwan yang harus dibunuh, baik di tanah haram mahupun di tanah biasa, iaitu: ular, kalajengking, tikus, anjing buas dan burung rajawali" (HR. Abu Daud) dalam riwayat lain disebutkan juga burung gagak.

Kita tidak boleh menyiksa binatang dengan cara apa sekalipun, samada membiarkan binatang dalam kelaparan, memukulnya, membebankannya dengan sesuatu yang ia tidak mampu, menyiksa atau membakarnnya. Rasulullah SAW telah bersabda: "Seorang wanita masuk neraka karena seekor kucing yang ia kurung hingga mati.Maka dari itu ia masuk neraka gara-gara kucing tersebut disebabkan dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum di saat mengurungnya, dan dia tidak membiarkannya (melepaskannya) supaya memakan serangga di bumi." (HR. al-Bukhari) Dan ketika nabi SAW melintasi sarang semut yang telah dibakar, nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api." (HR. Abu Dawud, hadits shahih)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas RA, ia berkata, Rasulullah SAW. pernah melintas pada seseorang yang sedang meletakkan kakinya di atas badan haiwan yang mau disembelih sementara ia sedang mengasah pisaunya dan haiwan itu sendiri melihat apa yang dilakukan laki-laki itu. Lalu nabi SAW bersabda: "Mengapa engkau tidak asah pisaumu sebelumnya. Apakah kamu hendak mematikannya dua kali?"(Shahih, HR al-Baihaqi).

Dalam riwayat lain tercantum, "Apakah kamu akan mematikannya dua kali mengapa engkau tidak mengasah pisaumu terlebih dahulu sebelum kamu membaringkannya?" (Shahih, HR al-Hakim). Ini bermakna ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam penyembelihan iaitu; menghindarkan mengasah pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih dan melakukan sembelihan dengan baik dengan menajamkan pisau, merebahkan dan menenangkan haiwan.

ix. Biadap pada Orang Lebih Tua Larangan berlaku biadap kepada orang yang lebih tua pada kepercayaan orang asli

dianggap relevan dengan aturan Islam. Islam melarang perlakuan biadap kepada orang yang lebih tua. Secara terperinci al-Quran menyatakan perintah untuk berbuat baik kepada orang yang lebih tua dan khasnya kepada ibu bapa. Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu

Page 11: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

629

sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” (al-Quran 4: 36).

Disamping itu, dalam hadis al-Bukhari dinyatakan bahawasanya dosa besar selepas syirik adalah biadap kepada ibu bapa. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654) wujudnya sifat sombong atau takabbur boleh menyebabkan seseorang itu akan tersisih daripada rahmat Allah SWT di dunia sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang yang sombong di muka bumi tanpa kebenaran." (Al-Quran 7: 146)

x. Melintasi Seseorang Tanpa Izin Dalam hadis tidak dijumpai larangan untuk melintasi seseorang di jalanan. Namun,

terdapat beberapa hadis berkenaan tingkah laku di jalanan. Nabi menganjurkan para wanita perempuan hendaknya berjalan di tepi jalan. Pada suatu ketika Nabi pernah melihat campur baurnya laki-laki dengan wanita di jalanan, maka baginda bersabda kepada wanita: “Meminggirlah kalian, kalian tidak layak memenuhi jalan, hendaklah kalian menelusuri pinggir jalan. (HR. Abu Daud, dan dinilai shahih oleh al-Albani).

xi. Anak Bermain Tempat Tidur Ibu Bapa Tidak ditemui juga hadis secara terperinci mengenai larangan untuk bermain di

tempat ibu bapa.

xii. Mengejek Kecacatan Seseorang Ada beberapa wasiat yang disampaikan oleh Nabi saw pada Abu Jurayy Jabir bin

Sulaim. Wasiat yang pertama kita ulas adalah ‘jangan sampai menghina dan meremehkan orang lain. Boleh jadi yang diremehkan lebih mulia dari kita di sisi Allah’. Abu Jurayy Jabir bin Sulaim, beliau berkata: “Aku melihat seorang laki-laki yang perkataannya ditaati orang. Setiap kali ia berkata, pasti diikuti oleh mereka. Aku bertanya, “Siapakah orang ini?”Mereka menjawab, “Rasulullah SAW.” Aku berkata, “‘Alaikas salaam (bagimu keselamatan), wahai Rasulullah (beliau mengulangnya dua kali).” Nabi SAW lalu berkata, “Janganlah engkau mengucapkan ‘alaikas salaam (bagimu keselamatan) karena salam seperti itu adalah penghormatan kepada orang mati. Yang baik diucapkan adalah assalamu ‘alaik (semoga keselamatan bagimu.” Abu Jurayy bertanya, “Apakah engkau adalah utusan Allah?” Nabi SAW menjawab, “Aku adalah utusan Allah yang apabila engkau ditimpa malapetaka, lalu engkau berdoa kepada Allah, maka Dia akan menghilangkan kesulitan darimu. Apabila engkau ditimpa kekeringan selama satu tahun, lantas engkau berdoa kepada Allah, maka Dia akan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untukmu. Dan apabila engkau berada di suatu tempat yang gersang lalu untamu hilang, kemudian engkau berdoa kepada Allah, maka Dia akan mengembalikan unta tersebut untukmu.” Abu Jurayy berkata lagi kepada Rasulullah SAW, “Berilah wasiat kepadaku.”Rasul SAW pun memberi wasiat,

دا أمحم لم تمسب

Page 12: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

630

“Janganlah engkau menghina seorang pun.” Abu Jurayy berkata, “Aku pun tidak pernah menghina seorang pun setelah itu, baik kepada orang yang merdeka, seorang hamba, seekor unta, maupun seekor kambing.” Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya,

عروف ومأمن تكملمم أمخماكم ومأمنتم منبمسط إلميه ومجهكم إن ذملكم منم يئا منم المم الممعروف ومارفمع إزمارمكم وملم تمقرمن شميلمةم إلم نصف الساق فمإن أمب ميتم فمإلم ب المم يلمة ومإن اللهم لم م اإزمار فمإن هما منم المم ومإياكم ومإسبما عب م الكم

ذملكم عملم يه ومإن امرؤ شمتمممكم ومعمي رمكم بما ي معلمم فيكم فمالم ت عمي ره بما ت معلمم فيه فمإنما ومبماMaksudnya: “Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun walau dengan berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya. Amalan tersebut adalah bagian dari kebajikan.Tinggikanlah sarungmu sampai pertengahan betis.Jika enggan, engkau boleh menurunkannya hingga mata kaki.Jauhilah memanjangkan kain sarung hingga melewati mata kaki. Penampilan seperti itu adalah tanda sombong dan Allah tidak menyukai kesombongan. Jika ada seseorang yang menghinamu dan mempermalukanmu dengan sesuatu yang ia ketahui ada padamu, maka janganlah engkau membalasnya dengan sesuatu yang engkau ketahui ada padanya. Akibat buruk biarlah ia yang menanggungnya.”(HR. Abu Daud no. 4084 dan Tirmidzi no. 2722. Al-Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadits ini shahih).

Di antara wasiat Rasul SAW dalam hadits di atas adalah janganlah menghina orang lain. Setelah Rasul menyampaikan wasiat ini, Jabir bin Sulaim pun tidak pernah menghina seorang pun sampai pun pada seorang hamba sahaya dan seekor haiwan. Dalam surah al-Hujurat, Allah Ta’ala memberikan kita petunjuk dalam berakhlak yang baik:

هم وملم نسماء من نسم را من ي ر ق موم من ق موم عمسمى أمن يمكونوا خم م ا الذينم آمممنوا لم يمس اء عمسمى أمن يمكن يما أمي همهن را من ي خم

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (al-Quran 49: 11)

Ibnu Katsir berkata bahwa ayat di atas berisi larangan merendahkan dan meremehkan orang lain. Sifat merendahkan dan meremehkan termasuk dalam kategori sombong sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

ر بمطمر المق ومغممط الناس الكب “Sombong adalah sikap menolak kebenaran dan meremehkan manusia.”(HR. Muslim no. 91).

Yang dimaksud di sini adalah meremehkan dan menganggapnya kecil. Meremehkan orang lain adalah suatu yang diharamkan karena boleh jadi yang diremehkan lebih

Page 13: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

631

mulia di sisi Allah seperti yang disebutkan dalam ayat di atas.” (Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim, 6: 713). Ingatlah orang jadi mulia di sisi Allah dengan ilmu dan takwa.

xiii. Berada di Belakang Orang Memasak Sepengetahuan pengkaji juga tidak ditemui larangan untuk berada dibelakang

orang yang sedang memasak. Ini bermakna kepercayaan ini tidak relevan dari pandangan Islam.Oleh itu ia bukan dianggap suatu kesalahan.

xiv. Melangkah Makanan Sepengetahuan pengkaji tidak ditemui hadis-hadis yang menyatakan larangan

melangkahi makanan. Sepengetahuan hanya wujud hadith mengenai larangan melangkahi bahu orang-orang musoli yang telah datang dan duduk lebih awal di masjid pada hari Jumaat. Diriwayatkan dari Abdullah bin Busr, bahwa seorang laki-laki datang ke masjid dengan melangkahi bahu leher orang-orang pada hari Jumaat. Saat itu Nabi SAW sedang menyampaikan khutbah, lalu Nabi SAW bersabda:

اجلس ف مقمد آذميتم ومآن ميتم "Duduklah, sungguh kamu telah mengganggu orang lain, sedangkan kamu datang terlambat." (HR. Ibnu Majah dalam Sunannya, no. 1105)

Walau bagaimanapun, dalam tradisi dan budaya masyarakat di nusantara melangkahi makanan adalah perkara yang tidak bersesuaian dengan adab dan aturan kesopanan. Bermakna ia bukan sesuatu dosa dalam Islam tetapi perkara yang baik sekiranya boleh dihindari.

Berasas kepada perbincangan mengenai relevannya aturan pantang larang orang Asli dari kacamata Islam, maka disimpulkan analisa tersebut dalam Jadual 1.2.

Aturan Pantang Larang Orang Asli Relevannya dari Perspektif Islam

1. Bernyanyi semasa membunuh binatang

Tidak relevan

2. Ketawa Tidak Relevan, dibolehkan ketawa selagi tidak berlebihan

3. Sikat rambut Tidak relevan

4. Memasak daging buruan bersama sayur

Tidak relevan

5. Membakar kutu Tidak relevan

6. Mentertawakan sesuatu dalam sungai

Tidak relevan

7. Menimbus belalang dalam tanah Tidak relevan

8. Meniru suara katak Tidak relevan

9. Menyiksa anjing Relevan

10. Menyiksa ular Relevan

11. Biadap pada orang lebih tua Relevan

12. Melintasi seseorang tanpa izin Tidak relevan

13. Anak bermain tempat tidur ibu bapa Tidak relevan

Page 14: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

632

14. Mengejek kecacatan seseorang Relevan

15. Berada di belakang orang memasak Tidak relevan

16. Melangkah makanan Tidak relevan

KESIMPULAN Berasas kepada perbicangan sebelum ini maka persamaan yang paling ketara diantara aturan Islam dan kepercayaan orang asli adalah pada aspek larangan untuk berbuat aniaya ke atas haiwan. Berbuat aniaya adalah suatu perkara yang ditegah dalam Islam samada ia dilakukan kepada manusia lain ataupun haiwan. Bezanya ialah apabila pada kepercayaan orang asli disebutkan secara terperinci jenis aniaya seperti menimbus belalang atau membakar kutu maka dalam Islam larangan untuk berbuat aniaya ke atas haiwan ialah lebih bersifat menyeluruh. Ditemui juga persamaan dalam aspek larangan bersikap biadap terhadap orang tua. Sementara beberapa aturan dalam kepercayaan orang asli yang lain adalah ditemui tidak relevan dalam perspektif Islam. PENGHARGAAN Pengkaji merakamkan penghargaan kepada UniSZA yang telah memberikan banyak kemudahan sama ada dalam bentuk sumbangan kewangan maupun dalam bentuk kemudahan fizikal sehingga pembentangan kertas kerja ini dapat terlaksana. RUJUKAN Al-Qur’an dan Terjemahnya, Departemen Agama, Yayasan Penyelenggara

Penterjemah/Pentafsir al-Qur’an, 1986. Asmawi, I. 2013. Pengetahuan tradisional berkaitan pemakanan masyarakat Orang Asli

Suku Kaum Batek, Kuala Koh Gua Musang Kelantan. Tesis Sarjana. Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Arena Wati. 1978. Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. Azhar Mad Aros. 2000. TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti. 1 Benjamin, G. 1967. Temiar kinship.Federation Museum Journal (new series) 12: I – 25. Benjamin, G. 1968. Headmanship and leadership in Temiar Society.Federation

Museum Journal (new series) 13: I - 43. Carey, 1. 1978. Penempatan semula Orang Asli dari perspektif persejarahan. Dewan

Masyarakat, Februari. Dentan R.K.(Tesis Ph.D.) 1965. Some Senoi Dietary Restrictions: A study of Food

Behaviuor in a Malaysian Hill Tribe. Universiti Yale. Dentan, R.K. 1979. The Semai: A nonviolent people of Malaya. New York: Holt,

Rinehart and Winston. Evans, I.N.H. 1924. Among Primitive Peoples in Borneo, London. Endicott, K. 1974. Batek-Negrito economy and organization. Tesis Dr. Fal..Harvard

University.

Page 15: ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU … · Perkara ini bukan merupakan suatu dosa Meniru suara katak Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara katak. Hadis yang ditemui ialah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

633

Hamimah, H. 2011. Rights and interests in land among the Orang Asli in the state of Pahang: A case study. Tesis Dr. Fal.International Islamic University Malaysia.

Hasan Mat Nor. 1996.Tanah dan Masyarakat Orang Asli. Universiti Kebangsaan Malaysia: Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.

Hood, S. 1978. Semelai ritual of curing. D. Phil. Thesis. University of Oxford. Juli Edo, Tradisi Lisan Masyarakat Semai, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan

Kemanusiaan, Monograf bilangan 16, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1990, hlm. 1

Khairul Hisyam Kamarudin, Ibrahim Ngah (2007) Pembangunan Mapan Orang Asli.Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Nizam Bin Sahad (2001) Pemikiran Orang Asli Tentang Agama : Suatu Kajian Khusus Di Perkampungan Orang Asli Broga, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Thesis Sarjana Usuluddin Universiti Malaya tidak diduplikasikan.

Mohammad Aslam, Mohd Mizan and Abdullah, Shuhairimi (2004) Pembentukan nilai-nilai murni masyarakat Semai melalui konsep pandang dunia (world view): Satu analisis awal. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi.

Hood salleh, Kamaruddin M. Said dan Awang Hasmadi Mois (eds). 1993. Mereka yang Terpinggir. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2000. Nong Pai (Haluan Baru). Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, JHEOA.

Juli Edo 1988. Agama dan Perubatan Masyarakat Semai. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tesis Sarjana Falsafah). Tidak dipublikasikan

Nor Sedek Ismail. 22/04/2000. Budaya Orang Asli Unik. Utusan Malaysia. Nobuta Toshihiro (2009) Living On The Periphery, Development and Islamization

among the Orang Asli in Malaysia.Center For Orang Asli Concerns. Kuala Lumpur Ramle Abdullah, Mohamad Hafis Amat Simin, Azlina Abdullah, Zurina Mansor (2012)

Pendidikan Dan Orang Asli dalam Arus Perdana.Universiti Sultan Zainal Abidin Ramle Abdullah (2014) Pembangunan dan Transformasi.Penerbit Universiti Sultan

Zainal Abidin Skeat. W. W & Charles Otto Blagden, Pagan Races of the Malay Peninsula, Jil. 1 dan

11, Macmillan and Co. Limited Williams, T.R. 1965. The Dusun: A north Borneo Society. New York: Holt, Rinehart and

Winston.