isl sejarah

10
[SOALAN TUTORIAL 2:- SEJAUH MANAKAH KEADAAN GEOGRAFI MEMBANTU JEPUN DI SABAH DAN SARAWAK DAN JELASKAN BENTUK SISTEM PENTADBIRAN YANG DIPERKENALKAN OLEH JEPUN.] Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih. Salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara kita ialah Zaman Penjajahan Jepun. Negara kita berada dalam cengkaman Jepun selama kira-kira tiga tahun setengah, iaitu bermula dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Antara kesan utama sepanjang tempoh penjajahan tersebut ialah semangat kebangsaan lebih semarak di kalangan rakyat di negara ini. Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa imperialis di Asia apabila Maharaja Meiji mula berkuasa pada tahun 1868. Maharaja Meiji telah memulakan pemulihan yang lebih menekankan pemodenan dan perindustrian. Maharaja Meiji telah menjadikan negara-negara Barat sebagai model untuk memajukan Jepun. Faktor keadaan geografi membantu Jepun di Sabah dan Sarawak menakluk Sabah dan Sarawak. Pulau Borneo adalah sebidang tanah hutan purbakala. Pantainya diselitupi dengan bakau dan paya, dan lebih sembilan persepuluh kawasan pedalaman diselitupi oleh hutan

Upload: parani

Post on 15-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Isl Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Isl Sejarah

[

]

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak merupakan satu turutan

pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan

daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak

pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain

selain daripada mereka yang berkulit putih.

Salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara kita ialah Zaman Penjajahan Jepun.

Negara kita berada dalam cengkaman Jepun selama kira-kira tiga tahun setengah, iaitu bermula

dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Antara kesan utama sepanjang tempoh

penjajahan tersebut ialah semangat kebangsaan lebih semarak di kalangan rakyat di negara ini.

Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa imperialis di Asia apabila Maharaja Meiji mula

berkuasa pada tahun 1868. Maharaja Meiji telah memulakan pemulihan yang lebih menekankan

pemodenan dan perindustrian. Maharaja Meiji telah menjadikan negara-negara Barat sebagai

model untuk memajukan Jepun.

Faktor keadaan geografi membantu Jepun di Sabah dan Sarawak menakluk Sabah dan

Sarawak. Pulau Borneo adalah sebidang tanah hutan purbakala. Pantainya diselitupi dengan

bakau dan paya, dan lebih sembilan persepuluh kawasan pedalaman diselitupi oleh hutan malar

hijau yang tebal. Pada tahun 1941 jumlah penduduk amat kecil - sehinggakan jumlah penduduk

di keseluruhan pulau tersebut adalah dianggarkan kurang daripada tiga juta dan terdapat kurang

daripada sedozen penempatan yang cukup besar untuk layak dipanggil bandar. Terdapat hanya

beberapa jalan dan hanya satu landasan kereta api yang pendek; sistem perhubungan adalah

melalui jalan air atau lorong hutan yang sempit. Kebanyakan kawasan pendalaman adalah belum

dijelajahi, atau tidak banyak yang diketahui mengenainya. Ia kaya dengan minyak dan bahan

mentah lain. Hal ini amat membantu pihak Jepun untuk mengalahkan Pihak lawannya.

Page 2: Isl Sejarah

[

]

Keadaan mukabumi antara Kuching dan laut diselitupi hutan tanpa jalan raya, kecuali

dihubungi oleh sejumlah laluan air yang berliku-liku yang mengalir melalui paya bakau ke laut.

Terdapat dua laluan utama ke bandar: pertama melalui Sungai Sarawak, yang boleh dilalui oleh

kapal sehingga enam belas kedalaman; dan yang kedua melalui Sungai Santubong, yang boleh

dilalui oleh kapal sehingga dua belas kedalaman. Jalan dari Kuching lalu ke timur, barat laut ke

Matang, dan di selatan ke Serian pada jarak empat puluh batu dari Kuching. Lapangan terbang

itu terletak tujuh batu ke selatan bandar melalui jalan Serian. Di lapangan terbang sebatang jalan

menyimpang ke barat; selepas menyeberangi Sungai Sarawak di Batu Kitang, di mana terdapat

sebuah feri kenderaan, yang berhenti di Krokong lima belas batu dari sempadan Belanda.

Jepun tiada mendapat tentangan yang sengit semasa mara di Sarawak dan Sabah. Tentera

Jepun mula bergerak dari pangkalan tentera Cam Ranh (IndoChina) dan mendarat di Miri pada

21 Disember 1941. Pendaratan tentera Jepun di Miri agak lewat daripada Tanah Melayu, iaitu

pada 16 Disember 1941. Dari Miri pula, kumpulan ini berpecah dua iaitu kumpulan pertama ke

Kuching dan kumpulan kedua ke Sibu.

Kumpulan yang kedua ini terus mara ke Labuan dan seterusnya ke Sandakan pada 19

Januari 1942. Serangan tentera Jepun ini telah memberi kemusnahan infrastruktur, sumber

ekonomi dan bangunan-bangunan. Tentera British pula menggunakan taktik 'Bumi Hangus'

semasa berundur.

Mereka memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan

perlombongan. Taktik ini bertujuan umtuk melambatkan kemaraan tentera Jepun serta

melumpuhkan ekonomi. Di Sarawak, British juga bertindak membakar telaga minyak di Miri

dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan. Tentera British yang terdiri daripada pelbagai

negara, iaitu India, Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun yang

bersemangat dan berdisiplin tinggi. Tentera British yang semakin terdesak telah berundur ke

Selatan sambil dihujani dengan peluru daripada kapal terbang perang British.

Bandar-bandar utama dari utara ke selatan tumpas satu persatu ke tangan tentera Jepun.

Tentera British yang kebanyakannya tentara luar memang tidak bersemangat untuk

Page 3: Isl Sejarah

[

]

mempertahankan Tanah Melayu sehingga ke titisan darah yang terakhir kecuali askar Melayu.

Ini kerana mereka lebih memberi tumpuan dalam mempertahankan negara sendiri, Britain di

Eropah.

Manakala, askar Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan berjuang bermati-matian

hingga ke titisan darah yang terakhir di Bukit Gap, Singapura. Setelah sepuluh minggu, iaitu

sejak pendaratan tentera Jepun di Kota Bharu, seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura kini

berada di bawah cengkaman Jepun. Pada 15 Februari 1942, Leftenan Jeneral A.E. Percival

terpaksa menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura.

Walaubagaimana pun salah satu faktor lain adalah perancangan awal perang oleh

pihak Jepun. Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan

kerjasama penduduk Tanah Melayu. Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu

bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan. untuk mengawal lapangan minyak,

mengawal rusuk mereka semasa mara ke Malaya dan untuk memudahkan serangan mereka ke

atas Sumatera dan Jawa barat, pihak Jepun memutuskan, sebagai operasi sampingan kepada

kempen Malaya mereka, untuk merampas British Borneo.

Operasi ini telah dilancarkan oleh Tentera Selatan lapan hari selepas permulaan serangan

ke atas Malaya. Lapangan minyak di British Borneo terletak dalam dua kumpulan: satu di Miri

hampir dengan sempadan utara Sarawak, dan yang lain tiga puluh dua batu ke utara, di Seria

dalam Negara Brunei. Minyak mentah telah dipam daripada kedua-dua telaga ke satu kilang

penapis di pantai Lutong, di mana saluran pengisi minyak menjulur kelaut. Pendaratan adalah

mungkin di sepanjang tiga puluh batu pantai antara Miri dan Lutong dan, dengan jumlah tentera

yang ada, tidak mungkin dapat dipertahankan daripada serangan yang bersungguh-sungguh.

Dengan itu rancangan telah dibuat untuk memusnahkan kemudahan minyak. Sir Robert Brooke

Popham, Panglima Besar Timur Jauh, memutuskan bahawa ia adalah bijak bagi menghormati

perjanjian pertahanan 1888 dengan Sarawak. Oleh itu, pada akhir 1940, beliau mengarahkan

Batalion Kedua, Regiment Punjab Yang Ke-15, bateri meriam berat 6-inch dari Artileri Diraja

Hong Kong-Singapura, dan Kompani Kubu Ke-35 (Jurutera diraja) untuk ditempatkan di

Kuching (Borneo Utara British).

Page 4: Isl Sejarah

[

]

Selain itu, kelengkapan perang tentera Jepun. Jepun menggunakan banyak kapal

terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”. Jepun menggunakan kereta kebal yang sesuai

dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu.

Semangat tentera Jepun merupakan salah satu faktor menyebabkan pihak Jepun

berjaya mengalahkan pihak British. Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka.

Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun. Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah

terlibat dalam Perang China-Jepun.

Taktik serangan Jepun juga satu faktor yang membantu pihak Jepun menawan Sabah

dan Sarawak daripada pihak British. Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang

menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941.

Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di

Singapura .

Faktor lain adalah kelemahan tentera British . Tentera British tidak bersedia untuk

menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah. Tentera British

kurang latihan dan kekurangan peralatan perang . Askar India yang berkhidmat dengan tentera

British telah berubah sikap menjadi anti-British. Tumpuan pertahanan British hanya di

Singapura.

Seterusnya, Pakatan Jepun-Thailand juga membantu pihak Jepun berjaya

mengalahkan pihak British. Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan

tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand. Jepun berjanji menyerahkan

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand.

Akhirnya, Peranan Kesatuan Melayu Muda(KMM) telah berjaya menakluk Sabah dan

Sarawak. KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu. KMM

memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu. KMM menjadi penunjuk arah semasa

kemaraan Jepun.

Page 5: Isl Sejarah

[

]

Jepun memperkenalkan satu sistem Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.

Pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu selama 3 ½ tahun (1942 hingga 1945).

Pemerintahan tersebut bercorak tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Tanah Melayu

dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru). Singapura dikenali sebagai Syonan (Cahaya

Selatan). Pentadbiran Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu. Pentadbiran Jepun di

Tanah Melayu terbahagi dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah.

Di Pentadbiran Pusat, Jepun gabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah

pentadbiran pusat. Diketuai Pengarah Agung berpusat di Singapura dibantu oleh Mahkamah,

Biro Pentadbiran dan Majlis Pusat. Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan di bawah

pentadbiran Borneo Utara yang diketuai oleh Gabenor Jeneral di Kuching.

Di Pentadbiran Wilayah pula, di bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-

negeri. Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah, Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan

Terengganu diberikan kepada Thailand sebagai menghargai kerjasama Sarawak dibahagikan

kepada tiga wilayah (Kuching, Sibu & Miri). Sabah kepada dua wilayah (Jesselton &Sandakan).

Setiap wilayah diketuai seorang Gabenor Wilayah. Diperingkat daerah pentadbiran sama

dengan pentadbiran British. Mempunyai Residen, Pegawai Daerah (15 buah daerah) & Ketua

Tempatan.

Dasar Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu. Jepun perkenalkan pelbagai dasar. Dasar

Jepun sering berubah mengikut kepentingan kebajikan penduduk tidak dijaga. Penduduk tiada

hak bersuara. Setiap dasar Jepun mempunyai muslihat tertentu. Apabila Jepun sedar akan kalah

dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang memberi kebaikan kepada penduduk.

Tujuan untuk mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong British.

Dasar pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial.

Dari segi aspek politik, Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri. Sultan hanya

menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Sultan diberi elaun seperti semasa

pemerintahan British. Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun. Majlis Agama Islam hanya

ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah.

Page 6: Isl Sejarah

[

]

Manakala, aspek ekonomi Tanah Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian &

membiayai peperangan. Mata wang Jepun diperkenalkan . Ekonomi sara diri untuk pengeluaran

makanan harian digalakkan. Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan

bahan keperluan harian. Layanan istimewa diberikan kepada kaisha (Syarikat Jepun).

Aspek sosial juga memainkan perana, iaitu Sekolah Inggeris dan Cina ditutup bagi

menghapuskan pengaruh Barat dan China. Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan

kepada Maharaja Jepun. Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi

di sekolah. Bahasa Jepun atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah.

Satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia. Rakyat

diwajibkan belajar bahasa Jepun. Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan.

Orang Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan. Orang Cina

dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China_Jepun. Orang India

dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India.

Contoh Dasar Penjepunan adalah Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru

iaitu Stesen Kereta Api Syonan. Persatuan Perdagangan perlu menggunakan bahasa Jepun iaitu

Shonan Shokai. Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar. Murid sekolah dan kakitangan

kerajaan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan Jepun Kimigayo.

Peristiwa kejatuhan Sabah dan Sarawak yang begitu cepat ke tangan tentera Jepun telah

memberi iktibar kepada kita bahawa penjajah tidak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan

tanah air kita. Mereka hanya ingin mengaut kekayaan di negara kita sahaja dan membiar negara

kita terdedah kepada serangan musuh.

Kejayaan tentera Jepun dalam waktu yang singkat memeranjatkan banyak pihak,

terutama Amerika Syarikat dan British. Kunci kejayaan Jepun dapat dirumuskan kepada Strategi

perang yang baik, terutama kegiatan perisikan yang berkesan, Semangat perjuangan tentera

Jepun, Kelemahan pertahanan British sendiri. Selain itu, tentera Jepun bijak menggunakan

kesempatan semasa kuasa-kuasa Barat sedang menumpukan peperangan di Eropah. Manakala,

Page 7: Isl Sejarah

[

]

penduduk tempatan Tanah Melayu tidak memberi tentangan terhadap kedatangan tentera Jepun

kerana terpengaruh dengan slogan-slogan propoganda Jepun.