isl m3

Upload: mic-ooi

Post on 04-Mar-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ISL M3

TRANSCRIPT

Falsafah Pendidikan Tradisional Barat1. Tradisionala. Perenialisme Tugas utama dalam proses pendidikan ialah mendisplinkan mental dan jiwa murid serta mengembang potensi menaakul. Tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral, munguasai alat pembelajaran, melatih murid dalam 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Berpendapat bahawa pendidikan kemanusian, termasuk agama, ialah mata pelajaran yang penting dan perlu dipelajari sebelum berlajar pendidikan sains.b. Esensialisme Menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap individu. Mengutamakan penghayatan budaya. Pengaruh kebudayaan mastarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental manusia ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. Guru memainkan peranan utama dalam proses pendidikan iaitu membantu murid memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa supaya mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus. Bahan pengajaran hendaklah disediakan dengan rapi dan logikal. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang secara sistematik. Krirteria kenaikan darjah adalah melalui peperiksaan. Ilmu diperolehi bergantung kepada kerajinan dan tumpuan perhatian murid.

2. Aliran Modena. Progrevisme kebenaran adalah relatif dan tentatif. pengetahuan membawa kepada perkembangan dan pertumbuhan. kanak-kanak perlu diajar bagaimana cara berfikir, bukan apa yang perlu difikir. pendidikan harus menyedia pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan murid Kurikulum : mempunyai isi kandungan yang interdisplin, melibatkan aplikasi masalah manusia, menggalakkan pelbagai alternatif seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah, kaedah projek, menekankan pengalaman langsung, pembelajaran aktif dan pendekatan induktif untuk pengajaran. Guru memainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat untuk mengalakkan murid membina penerangan dan kefahaman sendiri. Sekolah berperanan untuk mendorongkan kerjasama dalam kalangan anggota-anggotanya di samping mengamalkan kepimpinan demokratik dalam hal pengurusan dan pelaksanaan aktiviti P&P.b. Rekonstruktivisme Berhasrat untuk menyelamat kebudayaan masyarakat yang kian diancam dan menghadapi masalah keruntuhan. Membentuk Order Baru Masyarakat Sekolah berperanan membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Guru bukan sahaja memainkan peranan menyampaikan ilmu pengetahuan, yang lebih pentingnya membawa isu-isu sosial yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahama. Bahan-bahan pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu. Mata pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi focus utama dalam rancangan kurikulum sekolah agar membentuk murid yang berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal.c. Eksistensialisme Mengutamakan pembelajaran kendiri bukan ilmu pengetahuan. Bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya ditentukan oleh murid sendiri. Permainan yang mempunyai unsur kreatif dan pendidikan seni mengndungi nilai etika dan estetik yang tinggi yang membolehkan pelajar mengembangkan potensi mereka dengan sempurna. Sekolah hendaklah menyediakan peluang untuk murid menemui kendiri diri dan memupuk kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri.

Perbezaan dari Segi Konsep

Cabang-cabangPerbezaan

MetafizikMetafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

LogikLogik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi. Mengandungi dua jenis logic: Logik induktif dan Logik deduktif

AxiologyMempersoalkan tentang baik atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.

EpistemologiBermaksud ilmu atau sains dan logos yang bermaksud keterangan. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.