isl 9

4
ISL 9 Mengumpul masalah/konflik dalam organisasi bilik darjah anda. Buat analisa dan aplikasikan teori kepemimpinan yang terbaik untuk menyelesaikannya. Isu / Masalah : Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah di mana murid-murid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi PdP di dalam bilik darjah. Terdapat juga murid-murid yang suka bermain dan sukar dikawal semasa proses P & P dijalankan. Saya mengajar Sains Tahun 4C dalam tajuk Bumi dan Alam Semesta. Manakala Tahun 5A masih di tajuk Pengaratan. Analisis Masalah Secara Terperinci : Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses PdP di dalam bilk darjah. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan kelas yang terbuka. Terdapat murid lain yang akan berada di luar kelas dan mengganggu murid yang berada di dalam kelas semasa proses PdP. Hal ini menyebabkan murid hilang tumpuan dan fokus semasa proses pembelajaran dijalankan. Malah sikap murid itu sendiri 1

Upload: chiyikomoshi

Post on 15-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ISL 9

TRANSCRIPT

Page 1: ISL 9

ISL 9

Mengumpul masalah/konflik dalam organisasi bilik darjah anda. Buat analisa dan

aplikasikan teori kepemimpinan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Isu / Masalah :

Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah  di mana murid-murid

selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi PdP di dalam bilik

darjah. Terdapat juga murid-murid yang suka bermain dan sukar dikawal semasa

proses P & P dijalankan. Saya mengajar Sains Tahun 4C dalam tajuk Bumi dan Alam

Semesta. Manakala Tahun 5A masih di tajuk Pengaratan.

Analisis Masalah Secara Terperinci :

Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa

berlangsungnya proses PdP di dalam bilk darjah. Selain itu faktor persekitaran

kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti

keadaan kelas yang terbuka. Terdapat murid lain yang akan berada di luar kelas dan

mengganggu murid yang berada di dalam kelas semasa proses PdP. Hal ini

menyebabkan murid hilang tumpuan dan fokus semasa proses pembelajaran

dijalankan. Malah sikap murid itu sendiri juga menjadi salah satu punca objektif PdP

saya tidak dapat dicapai.

Ketika saya mengajar 4C, terdapat beberapa orang murid yang tidak boleh

membaca dan ini menyukarkan saya untuk merancang aktiviti yang sama tahap

dengan rakan mereka yang lain. Saya juga harus lebih menumpukan kepada

murid yang tidak mendengar arahan saya dan menyebabkan masa banyak

terbuang begitu sahaja. Walaupun mereka telah diberi amaran, mereka tetap tidak

dapat memberikan kerjasama kepada saya ketika PdP.

1

Page 2: ISL 9

Cadangan Untuk Memperbaiki :

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang

wujud iaitu :

a) Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses PdP berjalan.

b) Saya juga perlu merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar

dapat menarik minat murid-murid  belajar dan murid terus seronok mengikuti sesi

PdP sehingga ke akhir pembelajaran.

c) Saya juga akan memberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap

kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik

darjah.

Tindakan Susulan:

Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh.

Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea yang

menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi

lebih menarik lagi. Saya juga mendapatkan nasihat dan pandangan beberapa orang

guru lama di sekolah ini untuk mendapatkan beberapa kaedah dan strategi agar dapat

mengawal kelas dengan baik dan berkesan. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi

masalah ini.

Berkait dengan teori kepemimpinan bagi memperbaiki amalan pengajaran saya,

teori kepemimpinan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah saya adalah

dengan mengaplikasikan teori kepemimpinan – Teori Tingkah Laku.

Seseorang pendidik perlu bijak menganalisa dan menunjukkan keprihatinannya

terhadap kedua-dua aspek, iaitu tugas dan perhubungan manusia. Kebijaksanaan guru

menyeimbangkan aspek tugas seperti kejelasan peraturan dan prosedur bilik darjah,

perancangan dan pelaksanaan pengajaran yang rapi, penekanan kepada daya usaha

dan pencapaian murid di samping mengekalkan perhubungan mesra guru-murid dan

menggalakkan budaya nilai murni yang dikongi bersama. Kesemua aspek tersebut

mencerminkan diri anda sebagai seorang pemimpin guru yang lebih berkesan.

2

Page 3: ISL 9

Jika dilihat implikasi teori tingkah laku dari perspektif pendidik, membina

hubungan mesra dengan murid akan memperoleh sokongan dari mereka dalam

pelaksanaan aktiviti dalam bilik darjah. Namun begitu, harus diingatkan bahawa guru

perlu sentiasa berwaspada agar sikap mesra yang ditunjukkan adalah rasional dan

tidak berlebihan. Sekiranya guru terlebih mesra dengan pelajar, mereka akan mudah

untuk berasa diri mereka lebih berkuasa berbanding guru. Guru seharusnya bijak dalam

menjaga hubungan dengan murid agar murid tidak merasakan mereka terlalu

dikongkong dan tidak terlebih mesra dengan guru.

Di samping itu, guru juga boleh mengubah gaya kepemimpinan mereka

dalam bilik darjah mengikut kesesuaian suasana. Sekiranya gaya kepemimpinan

demokratik didapati tidak lagi berkesan, guru perlu mempertimbangkan untuk

mengaplikasikan gaya kepemimpinan autokratik.

Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi krisis. Dalam konteks ini, guru

menghadapi krisis di mana murid tidak mendengar arahan. Proses membuat keputusan

hanya terletak pada guru. Guru autokratik membentuk pengurusan kelas dengan kuasa

sepenuhnya. Keadaan mungkin akan menjadi sedikit pasif. Kepemimpinan ini lebih

sesuai untuk murid yang tidak mendengar arahan dan memerlukan lebih perhatian

daripada guru.

3