isl 9

5
ISL 9

Upload: mic-ooi

Post on 07-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ISL 9

TRANSCRIPT

Page 1: ISL 9

ISL 9

Page 2: ISL 9

ISL 91. Mencari bahan di pusat sumber/internet berkaitan dengan

perkembangan sosio emosi2. Mencari satu artikel tentang masalah sosio emosi kanak-

kanak /awal remaja untuk dibincangkan dalam tutorial.

Perkembangan sosio emosi

CIRI-CIRIPERKEMBANGANEMOSI

•Peringkat konflik Bayi(0-1½)

Membina rasa kepercayaan secara peringkat.

Membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi.

Ketidakpercayaanakan membentuk tingkah laku negatif.

Awal kanak-kanak(1½-3) melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.

Malu jika tidak diberi kuasa.

Malu berhadapan dengan orang.

Ingin memiliki kuasa

Awal kanak-kanak tadika(3-6)

Peka kepada yang betul dan salah.

Membentuk sikap negatif.

Berasa serba salah jika ketawa.

Pemahaman pembelajaran yang cepat.

Mampu bergerak lebih cepat.

Kanak-kanak(6-11)

Ingin menguasai sesuatu.

Ingin berjaya.

Berasa amat rendah diri jika dikritik.

Penguasaan kemahiran asas fizikal dan sosial

Remaja(12-20) Krisis identiti. Cuba memahami diri sendiri. Menjaga perubahan bentuk badan dan imej. Pembentukan konsep kendiri positif dan negatif.

Awal dewasa(21-25) Berusaha terus mencari identiti.

Page 3: ISL 9

Berusaha membentuk ikatan kemesraan. Sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kecewaan,terus

keterasingan.

Artikel

Masalah sosio emosi kanak-kanak / awal remaja

June 13, 2010 | By johnjimat | 7 Replies

10 kali lari dari rumah

 JOHOR BAHRU : Usianya baru 13 tahun, tapi seorang remaja

perempuan disini boleh digelar kaki lari rumah kerana 10 kali menghilangkan diri

sejak awal tahun ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan keluarga.

 Ibu remaja berkenaan, Jamilah Salleh, 45, berkata demi keselamatan dan

masa depan anak keempat daripada lima beradik itu, dia tidak pernah berputus

asa untuk mengesan anaknya, termasuk membuat laporan polis. Menurutnya,

kekerapan keluarganya membuat laporan menyebabkan hampir semua anggota

polis yang bertugas di sesebuah balai polis tahu masalah anak gadisnya dan hasrat

mereka datang ke situ.Kami tiada pilihan lain, walaupun ada anggota polis sudah lali

mendengar masalah anak kami hingga kadangkala menolak laporan,

sebaliknyamenasihati kami menunggu hingga anak pulang dengan sendiri.Namun sebagai

ibu, saya tidak mungkin melepaskan tanggung jawab mencari Fatihah biarpun biasanya

dia ditemui kembali dalam keadaan selamat beberapa hari selepas melarikan

diri, katanya yang datang ke pejabat Metro Ahad, baru-baru ini. Keluarga berkenaan

pernah membuat laporan polis sembilan kali termasuk di Kempas, Skudai dan

terbaru di Balai Polis Tampoi pada 18 Mei lalu.Jamilah berkata, kali ini lebih serius

kerana lebih tiga minggu dia tidak kembali.Menurutnya, keluarganya bimbang

keselamatan Fatihah, lebih-lebih lagi menyedari dia berkawan dengan seorang lelaki

berusia 22 tahun yang juga penagih dadah.

Kejadian berlaku pada 18 Mei lalu apabila Fatihah meminta kebenaran

untuk ke kediaman rakan sekolahnya dan mengatakan akan pulang sebelum

Maghrib.Namun, kelibatnya langsung tidak kelihatan. Kami percaya Fatihah dihasut teman

Page 4: ISL 9

lelakinya dengan mengatakan dia tiada masa depan jika mendengar nasihat

keluarga. Fikiran anak saya bercelaru hingga sanggup lari dari rumah selepas

terpengaruh dengan hasutan lelaki itu yang dipercayai dikenali di sebuah pusat beli-belah,

katanya.Jamilah berkata, keluarganya berharap Fatihah dipulangkan secepat

mungkin.Fatihah anak kami dan kami tidak pernah benci atau mendoakan

perkara buruk terhadapnya, katanya.Orang ramai yang ada maklumat diminta

menghubungi Jamilah di talian 010- 8814297 atau 07-2386525.