isl 4

6
ISL Minggu 4 Tajuk: Menghasilkan carta garis masa tentang proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam Melayu. Tahun Perkara 1511 Kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan mengekploitasi hasil bumi dan menyebarkan fahaman serta ideolisme mereka dengan menggunakan slogan Gold, Gospel dan Glory Menawan dan menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun. Wujud masyarakat Serani yang beragama Kristian kesan daripada perkahwinan orang Portugis dengan masyarakat tempatan. 1641- 1842 Penguasaan Belanda ke atas Melaka. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda. Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura ) menjadi milik Inggeris. Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu dibawah pengaruh British dan Belanda. 1874 Perjanjian Pangkor Campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu. Pengenalan Sistem Residen di negeri-negeri Melayu Bersekutu & Sistem Penasihat di Negeri-negeri Melayu

Upload: may-tyng-lam

Post on 25-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

ISL

ISLMinggu 4

Tajuk: Menghasilkan carta garis masa tentang proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam Melayu.Tahun Perkara

1511 Kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan mengekploitasi hasil bumi dan menyebarkan fahaman serta ideolisme mereka dengan menggunakan slogan Gold, Gospel dan Glory Menawan dan menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun. Wujud masyarakat Serani yang beragama Kristian kesan daripada perkahwinan orang Portugis dengan masyarakat tempatan.

1641-1842 Penguasaan Belanda ke atas Melaka. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda. Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura ) menjadi milik Inggeris. Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu dibawah pengaruh British dan Belanda.

1874 Perjanjian Pangkor Campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu. Pengenalan Sistem Residen di negeri-negeri Melayu Bersekutu & Sistem Penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

1875-1891 Perang Perak 1875 Perang Negeri Sembilan 1875. Pemberontakan Pahang 1891. Inggeris membawa masuk tentera dari India dan Hong Kong. Bermula dengan suku-suku Melayu di nusantara, Cina dan India.

1891 Proses penghijrahan disebabkan oleh faktor ekonomi, politik, sosial dan fizikal, kedekatan lokasi, kemiskinan, pengangguran, peluang perdagangan, penindasan, perbalahan, perselisihan, perkhidmatan,rekreasi dan migrasi. Tertumpu di lombong bijih timah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.

1880-1914 Penghijrahan pesat oleh kerana pembukaan lombong-lombong milik pengusaha Eropah atau Cina Faktor-faktor penarik : pembukaan ladang dan lombong. Faktor-faktor penolak : penderitaan atau kemiskinan,kekacauan (pemberontakan), bencana alam, kegiatan jenayah. Selain daripada sebagai pelombong dan petani,penghijrahan orang Cina telah menukar corakpekerjaan asal mereka dengan menjadi pedagang dan peniaga - kawasan bandar. Para penghijrah baru dinamakan singkeh (selepas bebas dinamakan laukeh). Orang Cina ditadbir oleh Kapitan Cina mentadbir hal ehwal ekonomi dan undang-undang di kawasan lombong-lombong di Kuala Lumpur. Mereka juga menjadi pelindung dan penjamin keselamatan ahli-ahlinya.

1877

British menubuhkan Jabatan Perlindungan Cina di Singapura bagi mengawal kegiatan orang Cina secara langsung.

1900

Pada zaman penjajahan kedatangan orang India telah berlaku secara perlahan dan sistematik. Daripada Madras, Utara dan Selatan Arcot, Salem, Coimbatore, Trichinopoly, Madura, Ramnadpuram, Chinglepet, Tanjore dan Tinnevelly. Bekerja di ladang-ladang getah, kopi dan tebu.

1907

Berhijrah melalui buruh kontrak, sistem Kangani, buruh bebas. Tenaga kerja dari India generasi kedua lebih banyak sebagai kerani, pengetua sekolah dan pentadbiran. Faktor-faktor kedatangan: adat resam dan kasta, lebihan penduduk, pengangguran dan kemiskinan, cukai tanah tinggi, kebuluran. Faktor-faktor penarik: perkembangan perusahaan getah, pembinaan jalan raya dan landasan kereta api.

1937

Pada awalnya, Jepun mengambil sikap yang keras terhadap orang Cina sejak Perang Jepun-China 1937. Kemudian menukar sikap kerana perlukan sokongan ekonomi.

1880 an

Kedatangan orang Cina ke Sabah didorong oleh galakan yang diberikan oleh syarikat-syarikat tembakau dan Kompeni Berpiagam Borneo UtaraBritish. Ladang tembakau mula dibuka di Sabah danhampir kesemua tenaga buruh yang digunakan dibawa masuk dari negara China.

Penglibatan orang India dalam aktiviti ekonomi di Sabah lebih tertumpu pada beberapa sektor tertentu seperti pentadbiran, sokongan dan teknikal. Mereka terdiri daripada orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Audit, Jabatan Pelabuhan, Jabatan Pos dan Telegrafi, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Polis dan Penjara.

Di Sarawak, di bawah pemerintahan keluarga Brooke telah menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Bilangan penduduk Cina di Sarawak telah meningkat daripada kira-kira 5000 orang pada tahun1871 kepada 123 626 orang pada tahun 1939.

1948

Terbentuk Communities Liason Committee (CLC).Setiap kaum yg terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India menghantar wakil masing-masing untuk membincangkan kontrak sosial yang hendak dipersetujui. CLC merupakan acuan atau model kepada penggabungan parti-parti politik seterusnya sama ada yang mewakili pemerintah atau pembangkang. Kelansungan hidup parti-parti politik di Malaysia ialah secara pakatan dengan parti-parti lain Ini bererti parti-parti politik di Malaysia tidak mampu hidup secara individu

1955

Tiga etnik utama Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan. Pilihan raya umum pertama diadakan. Tiga buah parti politik mewakili bangsa Melayu,Cina dan India bersetuju menubuhkan satu perikatan dan menghadapi pilihan raya .

1957

Kemerdekaan diperolehi pada 1957 dengan mengkaji beberapa perkara seperti isu status, bahasa,agama dan keistimewaan orang Melayu dan Perlembagaan berlandaskan kontrak sosial antara kaum ditetapkan.

Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentukberasaskan keseragaman kurikulum, sukatan matapelajaran dan orientasi. Laporan Razak 1956 Laporan Rahman Talib 1960. Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (WanHashim, 1983). Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan 1957, Bahasa Inggeris masih bahasa rasmi.

Sistem ekonomi berasaskan laissez faire iaitu sistem ekonomi pasaran bebas. Rancangan ekonomi yang mempunyai 4 peringkat iaitu Rancangan pramerdeka, Rancangan selepas merdeka, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar-Dasar Pembangunan Negara.

1963

Pembentukan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak serta Singapura. Malangnya pada September 1965 Singapura berpisah daripada Malaysia atas sebab-sebab fahaman politik.