isl 3

5
ISL 3 FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Falsafah pendidikan barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga aliran moden. Di antara falsafah pendidikan tradisional yang utama ialah perenialisme dan essensialisme. Manakala, falsafah pendidikan moden yang berpengaruh ialah progresivisme, rekonstruktivisme dan eksistensialisme. FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL BARAT Perenialisme Perenialisme berasal daripada perkataan asas, perennial yang bermaksud tidak berubah. Bagi ahli perenialisme, ketelusan merupakan sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat perennial. Oleh itu, pendidikan haruslah berfokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah. Menurut ahli-ahli perenialisme, ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah-ubah. Antara ciri-ciri tersebut termasuklah unsur rasionaliti yang penting untuk disemai dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Matlamat pendidikan adalah bertujuan untuk mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi dan tidak mempunyai had masa. Dalam konteks tumpuan perenialisme, hanya empat aspek yang ditumpukan iaitu jenis kurikulum yang digunakan, peranan guru, peranan murid dan kaedah mengajar. Dari aspek jenis kurikulum yang digunakan, bidang kemanusiaan dan kesusasteraan adalah antara mata pelajaran kritikal yang diberi tumpuan kerana mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia dan bukannya bidang vokasional atau teknik yang berkaitan mesin. Antara mata pelajaran yang disyorkan yang dapat memberi murid peluang untuk memperoleh celik akal yang penting mengenai kehidupan ialah bahasa, sastera, matematik, seni dan sains. Guru memainkan peranan sebagai pakar yang bijaksana dan berwibawa dalam dunia pendidikan dan pengetahuan. Tugas guru ialah untuk

Upload: gwen-wen-jing

Post on 10-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edu 3101

TRANSCRIPT

Page 1: ISL 3

ISL 3

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Falsafah pendidikan barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga aliran moden. Di

antara falsafah pendidikan tradisional yang utama ialah perenialisme dan essensialisme.

Manakala, falsafah pendidikan moden yang berpengaruh ialah progresivisme, rekonstruktivisme

dan eksistensialisme.

FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL BARAT

Perenialisme

Perenialisme berasal daripada perkataan asas, perennial yang bermaksud tidak berubah. Bagi ahli

perenialisme, ketelusan merupakan sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat perennial. Oleh

itu, pendidikan haruslah berfokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah.

Menurut ahli-ahli perenialisme, ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak

berubah-ubah. Antara ciri-ciri tersebut termasuklah unsur rasionaliti yang penting untuk disemai

dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Matlamat pendidikan adalah bertujuan untuk mengajar

pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi dan tidak mempunyai had masa.

Dalam konteks tumpuan perenialisme, hanya empat aspek yang ditumpukan iaitu jenis

kurikulum yang digunakan, peranan guru, peranan murid dan kaedah mengajar. Dari aspek jenis

kurikulum yang digunakan, bidang kemanusiaan dan kesusasteraan adalah antara mata pelajaran

kritikal yang diberi tumpuan kerana mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah

manusia dan bukannya bidang vokasional atau teknik yang berkaitan mesin. Antara mata

pelajaran yang disyorkan yang dapat memberi murid peluang untuk memperoleh celik akal yang

penting mengenai kehidupan ialah bahasa, sastera, matematik, seni dan sains.

Guru memainkan peranan sebagai pakar yang bijaksana dan berwibawa dalam dunia

pendidikan dan pengetahuan. Tugas guru ialah untuk menyampaikan ilmu di samping

membimbing perbincangan kumpulan serta mendisiplinkan murid. Murid pula perlu berusaha untuk

memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing. Untuk itu, mereka

dikehendaki menyiapkan segala tugasan yang diberi oleh guru. Kaedah pengajaran yang

ditekankan ialah kaedah didaktik di mana guru mengajar dan murid belajar segala isi yang

disampaikan tanpa pertanyaan sebarang soalan. Guru mempunyai kuasa pakar dan tidak akan

melayan sebarang pandangan anak murid mereka. Kaedah ini juga lebih dikenali sebagai ‘one-

way communication’.

Esensialisme

Esensialisme bermula sebagai satu pergerakan falsafah yang sistematik dalam bidang pendidikan

pada tahun 1930an. Pada dasarnya, mazhab falsafah ini bersifat konservatif iaitu tidak mudah

menerima perubahan tetapi telah berubah kepada sifat praktikal dan pragmatik ( mementinglan

kesan sebenar daripada ciri teori). Berbanding dengan mazhab perenialisme, mazhab ini lebih

Page 2: ISL 3

menumpukan kepada perkara-perkara asas sahaja, iaitu apa yang perlu diketahui seseorang

individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif. Perkara-perkara asas ini pula boleh berubah

dari semasa ke semasa. Berdasarkan konsep tersebut, matlamat pendidikan esensialisme ialah

pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid serta

penghayatan budaya.

Dari segi tumpuan pula, fahaman esensialisme ini juga sama seperti fahaman

perenialisme yang mementingkan empat aspek iaitu jenis kurikulum, peranan guru, peranan murid

dan kaedah mengajar. Bagi merealisasikan matlamat pendidikan di atas, tumpuan dalam

kurikulum diberikan kepada kemahiran asas seperti membaca, mengira dan menulis (3M). Sains,

sejarah, seni dan muzik merupakan antara mata pelajaran yang wajib dipelajari. Berbeza dengan

perenialisme, bidang sastera dan kemanusiaan hanyalah dianggap sebagai mata pelajaran

sampingan.

Guru pula disifatkan sebagai seorang yang berwibawa dalam pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah. Mereka mahir dari segi kawalan bilik darjah serta menjadi teladan atau

role-model kepada murid mereka. Murid pula memainkan peranan untuk menumpukan perhatian

dan berusaha bagi mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Dari segi kaedah mengajar,

kaedah yang digunakan adalah kaedah didaktik. Murid-murid tidak digalakkan untuk melibatkan

diri dalam proses spekulasi reflektif yang dilihat sebagai satu perkara yang hanya membuang

masa sahaja.

FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN BARAT

Progresivisme

Falsafah progresivisme ini telah berkembang daripada falsafah pragmatisme. Pandangan falsafah

ini terhadap peranan sekolah adalah jauh berbeza daripada falsafah pendidikan barat tradisional.

Bagi ahli progresivisme, mereka melihat perubahan sebagai intipati realiti. Ilmu dikatakan bersifat

relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini dan tidak boleh dianggap sebagai benar buat

selama-lamanya kerana masih boleh diubah. Berpegang kepada konsep di atas, maka pendidikan

bermatlamat untuk menyediakan murid yang mampu untuk mengakomodasi iaitu berupaya untuk

melakukan penyesuaian dengan perubahan dalam kehidupan seharian.

Menurut ahli progresivisme, ilmu hanya merupakan satu keterangan tentatif yang

berpadanan dengan realiti masa kini. Berdasarkan pegangan tersebut, , aliran progresivisme ini

mempunyai pandangan yang tersendiri dari segi aspek tumpuan jenis kurikulum, peranan guru,

peranan murid dan kaedah mengajar Pada dasarnya, manusia adalah bersifat baik. Oleh itu, murid

diberi kebebasan dalam memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Pembelajaran akan menjadi

lebih berkesan dan mereka dapat memaksimumkan kebolehan dan potensi masing-masing

apabila berpeluang untuk mempelajari apa yang diminati.

Page 3: ISL 3

Dalam aliran ini, guru memainkan peranan sebagai pembimbing dan membantu anak

murid mereka untuk menangani sebarang masalah dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

Guru juga adalah pengurus pengajaran yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif, mengemukakan soalan dan membimbing murid ke arah yang

produktif. Murid pula harus berperanan untuk mencari keterangan masing-masing bagi

menjelaskan soalan yang diberi oleh guru. Kaedah mengajar yang ditekankan ialah pendekatan

induktif yang memberi peluang kepada murid untuk memberikan penjelasan bagi isu-isu

pendidikan yang timbul serta meningkatkan pemahaman mereka mengenai fenomena yang

berlaku dalam persekitaran mereka yang sentiasa berubah.

Rekonstruktivisme

Menurut ahli rekonstruktivisme, sekolah merupakan pemangkin utama untuk meningkatkan

keadaan hidup manusia. Oleh itu, sekolah adalah satu landasan yang amat sesuai untuk

membentuk masyarakat baru kerana dapat mengenalpasti masalah sosial yang menjejaskan

pembangunan masyarakat dan menimbulkan krisis budaya. Sehubungan dengan itu, pendidikan

bermatlamat untuk mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial.

Kurikulum falsafah ini terdiri daripada bidang sains sosial terutamanya mata pelajaran

kajian sosial yang memberi tumpuan kepada kecenderungan semasa dan masa depan, di

samping isu-isu tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan jenis kurikulum yang ditawarkan,

guru berperanan sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Guru perlu bersifat kreatif dan

inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Murid-murid pula harus mengambil

bahagian yang aktif agar dapat mencapai matlamat pendidikan seperti yang dinyatakan. Kaedah

mengajar yang digunakan adalah berpusatkan murid. Kaedah ini memberi penekanan kepada

murid-murid untuk menyelesaikan masalah melalui aktiviti, sumbangsaran, main peranan dan

simulasi.

Eksistensialisme

Berbanding dengan falsafah rekonstruktivisme, falsafah eksistensialisme lebih berfokuskan

kepada fitrah kewujudan manusia. Seseorang individu perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri

dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa

merujuk kepada sebarang autoriti luar. Berpegang kepada konsep tersebut, sistem sekolah atau

guru tidak mempunyai hak untuk menekankan matlamat pendidikan kepada murid. Oleh itu,

matlamat pendidikan tidak digariskan.

Dari aspek kurikulum, falsafah eksistensialisme tidak mempunyai mata pelajaran yang

khusus kerana murid-murid bertanggungjawab ke atas pendidikan masing-masing. Namun, mata

pelajaran yang bersifat estetik dan berfalsafah masih dianggap sebagai relevan.

Page 4: ISL 3

Guru pula hanya memainkan peranan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang

pendidikan bagi anak murid mereka meluahkan perasaan dan emosi. Kaedah mengajar yang

digunakan adalah berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid. Sejajar dengan kaedah mengejar

tersebut, murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan

peluang pendidikan yang telah disediakan.