isi kandungan bil. perkara muka surat 1. setitik tinta dari … · 2018-11-26 · 1 majlis...

37
ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari Ketua Pegawai Operasi 2. Proses-proses Wajib Dilakukan Sebelum Majlis Konvokesyen 2.1 Pengambilan Gambar (Kad Alumni) 1-2 2.2 Pembayaran Yuran Konvokesyen/Yuran/Lain-lain Bayaran/Hutang Tertunggak 2-5 2.3 Pemulangan Bahan / Kunci Loker / Denda Perpustakaan Laman Hikmah 5-6 2.4 Kajian Pengesanan Graduan IPT 2018 6-8 2.5 Cenderahati Konvokesyen 8-9 2.6 Kad Jemputan, Pas Masuk, Pas Kenderaan dan Q-Card 9-10 2.7 Pengambilan Jubah 10-11 3. Proses-proses Wajib Dilakukan Semasa Majlis Konvokesyen 3.1 Pendaftaran Graduan 12 3.2 Pecahan Sesi Majlis Konvokesyen 13-15 3.3 Panduan Kepada Graduan Semasa Majlis 16 4. Proses-proses Wajib Dilakukan Selepas Majlis Konvokesyen 4.1 Pemulangan Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood 17-18 4.2 Tuntutan Sijil dan Transkrip Akademik 19-20 4.3 Penahanan Sijil dan Transkrip Akademik 20 4.4 Kehilangan Sijil dan Transkrip Akademik 20-21 4.5 Kesilapan Maklumat Dalam Sijil dan Transkrip Akademik 21 5. Tatacara Berpakaian 5.1 Pakaian Tetamu /Ibu bapa Semasa Majlis Konvokesyen 22 5.2 Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen 22-23 5.3 Penampilan Diri Graduan 24 6. Raptai 24 7. Graduan Kurang Upaya / Yang Memerlukan Bantuan Khas (Cacat atau Kemalangan) 24 8. Gambar Konvokesyen 25-26 9. Seni kata Lagu UTeM 27 10. Waktu Solat Bagi Negeri Melaka 28 11. Senarai Semak 29-32 Lampiran A 33-34

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Setitik Tinta Dari Ketua Pegawai Operasi

2. Proses-proses Wajib Dilakukan Sebelum Majlis Konvokesyen

2.1 Pengambilan Gambar (Kad Alumni) 1-2

2.2 Pembayaran Yuran Konvokesyen/Yuran/Lain-lain

Bayaran/Hutang Tertunggak 2-5

2.3 Pemulangan Bahan / Kunci Loker / Denda Perpustakaan Laman

Hikmah 5-6

2.4 Kajian Pengesanan Graduan IPT 2018 6-8

2.5 Cenderahati Konvokesyen 8-9

2.6 Kad Jemputan, Pas Masuk, Pas Kenderaan dan Q-Card 9-10

2.7 Pengambilan Jubah 10-11

3. Proses-proses Wajib Dilakukan Semasa Majlis Konvokesyen

3.1 Pendaftaran Graduan 12

3.2 Pecahan Sesi Majlis Konvokesyen 13-15

3.3 Panduan Kepada Graduan Semasa Majlis 16

4. Proses-proses Wajib Dilakukan Selepas Majlis Konvokesyen

4.1 Pemulangan Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood 17-18

4.2 Tuntutan Sijil dan Transkrip Akademik 19-20

4.3 Penahanan Sijil dan Transkrip Akademik 20

4.4 Kehilangan Sijil dan Transkrip Akademik 20-21

4.5 Kesilapan Maklumat Dalam Sijil dan Transkrip Akademik 21

5. Tatacara Berpakaian

5.1 Pakaian Tetamu /Ibu bapa Semasa Majlis Konvokesyen 22

5.2 Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen 22-23

5.3 Penampilan Diri Graduan 24

6. Raptai 24

7. Graduan Kurang Upaya / Yang Memerlukan Bantuan Khas (Cacat

atau Kemalangan) 24

8. Gambar Konvokesyen 25-26

9. Seni kata Lagu UTeM 27

10. Waktu Solat Bagi Negeri Melaka 28

11. Senarai Semak 29-32

Lampiran A 33-34

Page 2: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

SETITIK TINTA DARI KETUA PEGAWAI OPERASI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan kerana

telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Majlis Konvokesyen Ke-14 UTeM akan dilaksanakan pada 26 & 27 November 2018 (Isnin dan Selasa)

bertempat di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka. Majlis Konvokesyen

adalah satu majlis pengiktirafan yang sangat bererti dan bermakna kepada graduan. Justeru,

kerjasama daripada semua graduan adalah diperlukan untuk menjadikan Majlis Konvokesyen ini

sebagai yang terbaik.

Buku ini disediakan bertujuan memberi panduan kepada graduan mengenai perkara-perkara yang

perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri Majlis Konvokesyen. Buku Panduan Kepada

Graduan ini WAJIB dibaca dan difahami oleh setiap graduan bagi mengelakkan kekeliruan dan

ketidaksampaian maklumat penting yang perlu diketahui seperti pendaftaran graduan, tarikh raptai,

tarikh pengambilan jubah, tuntutan Sijil & Transkrip Akademik, penahanan Sijil & Transkrip Akademik,

pakaian graduan & ibu bapa, tuntutan gambar graduan dan Borang Kajian Pengesanan Graduat

IPTA, IPTS dan Politeknik 2018.

Panduan ini diharap membantu graduan sebelum, semasa dan selepas menghadirkan diri ke Majlis

Konvokesyen. Graduan turut diingatkan supaya sentiasa melayari laman sesawang di

konvo.utem.edu.my mendapatkan maklumat terkini tentang perjalanan Majlis Konvokesyen.

Kerjasama daripada semua graduan amat saya harapkan untuk menjamin kejayaan keseluruhan

Majlis Konvokesyen Universiti ini.

Syabas dan tahniah kepada semua graduan.

MASDZARIF BIN MAHAT

Ketua Pegawai Operasi

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Page 3: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

1

MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

PADA 26 & 27 NOVEMBER 2018 (ISNIN & SELASA)

Selamat Sejahtera

Tuan/Puan

MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 UTeM (2018)

Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan tuan/puan menamatkan

pengajian di UTeM pada tahun ini. Majlis Konvokesyen Ke-14 UTeM akan diadakan pada 26 & 27

November 2018 (Isnin & Selasa) bertempat di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal,

Melaka. Para graduan adalah dijemput hadir pada Majlis Konvokesyen di atas.

Graduan diminta supaya membaca dengan teliti Buku Panduan Graduan ini dan mengikuti arahan

yang terkandung di dalamnya. Satu senarai semak telah disediakan di muka surat akhir Buku

Panduan Graduan ini untuk kemudahan tindakan oleh graduan. Jika mempunyai kemusykilan, para

graduan diminta untuk menghubungi pegawai- pegawai Universiti yang dinyatakan.

2. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN

2.1 PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI)

Bagi memastikan Majlis Konvokesyen UTeM berjalan lancar, setiap graduan

DIWAJIBKAN mengambil gambar untuk Kad Alumni. Kad Alumni bertujuan untuk

memaparkan maklumat graduan semasa naik ke atas pentas. Para graduan

diingatkan supaya berpakaian kemas semasa proses mengambil gambar Kad Alumni

seperti berikut:-

Graduan lelaki : Memakai kemeja. Graduan turut diingatkan

supaya berambut pendek

Graduan perempuan : Memakai pakaian yang sopan

Berikut adalah ketetapan bagi pengambilan gambar (Kad Alumni) :

Tempat : Ruang Santai,

Aras 1,

Perpustakaan Laman Hikmah,

Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

Page 4: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

2

: 23 November 2018 (Jumaat)

- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari

- 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 24 November 2018 (Sabtu)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 25 November 2018 (Ahad)

- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengambilan gambar atau kad alumni, sila

berhubung dengan pegawai di Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi,

Pejabat Pendaftar seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Puan Azrina binti Alwi [email protected] 06-270 1900

Encik Muhammad Shuhaimi bin Abu

Bakar [email protected] 06-270 1977

Encik Zuhaimi bin Alias [email protected] 06-270 2847

NOTA PENTING:-

i) SILA BAWA KAD ALUMNI INI KE KHEMAH PERSEDIAAN GRADUAN UNTUK MENDAFTAR

DIRI SEBELUM NAIK KE PENTAS.

ii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI

AHAD 25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH

HARI. OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI) AKAN HANYA

BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

2.2 PEMBAYARAN YURAN KONVOKESYEN / YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG

TERTUNGGAK

2.2.1 YURAN KONVOKESYEN

a) Semua graduan DIWAJIBKAN membuat bayaran yuran konvokesyen.

b) Graduan yang TIDAK HADIR ke Majlis Konvokesyen juga masih perlu

menjelaskan yuran konvokesyen untuk menuntut Sijil dan Transkrip

Akademik.

c) Kadar yuran konvokesyen bagi setiap program adalah seperti berikut:

i. Diploma : RM100.00

ii. Sarjana Muda : RM130.00

iii. Sarjana : RM150.00

iv. Kedoktoran : RM150.00

Page 5: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

3

d) Pembayaran yuran konvokesyen boleh dibuat melalui empat (4)

kaedah :

Kaedah 1:

Pembayaran di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) – Graduan

perlu mengemukakan nombor kad pengenalan graduan semasa

hendak membuat pembayaran di kaunter BIMB. Graduan dikehendaki

menyerahkan satu salinan slip bayaran (bank-in-slip) yang telah

diperakui oleh Bank Islam di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah

di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di Lampiran A)

Kaedah 2:

Pembayaran yuran secara on-line dengan melayari laman sesawang

www.bankislam.com.my. Resit perlu dicetak dan diserahkan di Kaunter

Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah.

(Arahan seperti di Lampiran A)

Kaedah 3:

Pembayaran dibuat melalui mesin auto-teller BIMB. Resit perlu dicetak

dan ditulis nama graduan dan diserahkan di Kaunter Yuran sebelum

mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di

Lampiran A)

Kaedah 4:

Pembayaran secara online melalui Financial Processing Exchange (FPX

Payment) dengan melayari laman sesawang UTeM www.utem.edu.my.

Resit perlu dicetak dan ditulis nama graduan dan diserahkan di Kaunter

Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. Untuk

makluman kaedah pembayaran secara FPX ini hanya untuk graduan

pra siswazah sahaja.

Semua graduan DIMESTIKAN membuat pembayaran yuran

konvokesyen bermula dari 24 September 2018 (Isnin) sehingga 16

November 2018 (Jumaat) sebelum jam 4.00 petang.

e) Kegagalan graduan untuk membuat bayaran yuran konvokesyen

akan menyebabkan proses-proses seterusnya TIDAK BOLEH DITERUSKAN

iaitu:-

i. mengambil cenderahati dan kad jemputan konvokesyen;

ii. mengambil jubah konvokesyen;

iii. menghadiri Majlis Konvokesyen; dan

iv. mengambil Sijil dan Transkrip.

Page 6: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

4

2.2.2 YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG TERTUNGGAK

a) Graduan yang mempunyai yuran / lain-lain bayaran / denda / hutang

tertunggak dinasihatkan untuk menjelaskan semua pembayaran

sebelum minggu pengambilan jubah bagi melancarkan urusan

pengambilan jubah kelak.

b) Merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 11/2011 berkenaan Peraturan

Pembayaran Pelajar, pelajar yang gagal menjelaskan semua bayaran

selepas tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan seperti

berikut:

i. Ditahan daripada membuat pendaftaran mata pelajaran

ii. Ditahan slip menduduki peperiksaan

iii. Ditahan keputusan peperiksaan

iv. Digantung pengajian

v. Diberhentikan

vi. Ditahan menghadiri konvokesyen

vii. Ditahan Sijil dan Transkrip

c) Pembayaran yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak boleh

dibuat menggunakan kaedah “Financial Processing Exchange”

dengan melayari laman sesawang UteM atau melalui kaedah bank

draf/wang pos atas nama ‘Bendahari UTeM’ dan dipos ke Pejabat

Bendahari atau selewat-lewatnya diserahkan di Kaunter Yuran sebelum

mengambil jubah.

d) Status yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak graduan akan

disemak di Kaunter Yuran. Segala urusan pembayaran di Kaunter Yuran

adalah menggunakan debit kad/kredit kad/bank draf/wang pos.

PEMBAYARAN SECARA TUNAI TIDAK AKAN DITERIMA.

Berikut adalah ketetapan bagi urusan di Kaunter Yuran:

Tempat : Ruang Santai,

Aras 1,

Perpustakaan Laman Hikmah,

Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 23 November 2018 (Jumaat)

- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari

Page 7: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

5

- 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 24 November 2018 (Sabtu)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

:

25 November 2018 (Ahad)

- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam

Untuk sebarang pertanyaan mengenai yuran, sila berhubung dengan pegawai di

Pejabat Bendahari seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Cik Farah Farhanah binti Md Lani [email protected] 06-270 2032

Encik Afiq bin Hashim [email protected] 06-270 2029

Encik Muhamad Hazwan bin Hassan [email protected] 06-270 2028

Puan Siti Hajar binti Abd Latiff [email protected] 06-270 2027

NOTA PENTING:-

i) KEGAGALAN GRADUAN UNTUK MENYELESAIKAN BAYARAN AKAN MENYEBABKAN

PROSES-PROSES SETERUSNYA TIDAK DAPAT DITERUSKAN.

ii) GRADUAN YANG TIDAK HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN JUGA MASIH PERLU

MENJELASKAN YURAN KONVOKESYEN UNTUK MENUNTUT SIJIL DAN TRANSKRIP.

ii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI

AHAD 25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH

HARI. OLEH ITU, KAUNTER YURAN AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI

MAJLIS RAPTAI.

2.3 PEMULANGAN BAHAN / KUNCI LOKER / DENDA PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH

Semua graduan dinasihatkan untuk memulangkan bahan, kunci loker dan

menyelesaikan pembayaran denda sebelum 22 November 2018 bagi melancarkan

urusan pengambilan jubah. Status pemulangan bahan, kunci loker dan denda akan

disemak di kaunter Perpustakaan Laman Hikmah dan bayaran (jika ada) boleh dibuat

di Kaunter Pemulangan Bahan / Kunci Loker / Denda Perpustakaan Laman Hikmah.

Sila simpan resit transaksi sebagai bukti.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pemulangan bahan/ kunci loker / denda

Perpustakaan Laman Hikmah, sila berhubung dengan pegawai di Unit Sirkulasi,

Perpustakaan Laman Hikmah seperti berikut:

Page 8: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

6

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Puan Norfazlin binti Tambi Chek [email protected] 06-270 1200/

06-270 1202

Puan Norfaradilla Idayu binti Ab.

Ghafar [email protected] 06-2701232

Encik Thaqif bin Mohd Isa

[email protected]

06-2701277

NOTA PENTING:-

i) KEGAGALAN GRADUAN UNTUK MENYELESAIKAN BAYARAN AKAN MENYEBABKAN

PROSES-PROSES SETERUSNYA TIDAK DAPAT DITERUSKAN.

ii) GRADUAN YANG TIDAK HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN MASIH PERLU MEMBUAT

PEMULANGAN BAHAN / KUNCI LOKER / DENDA PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH

UNTUK MENUNTUT SIJIL DAN TRANSKRIP.

iii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI

AHAD 25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH

HARI. OLEH ITU, KAUNTER AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS

RAPTAI.

2.4 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPT 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan kajian pengesanan graduan

bagi semua graduan Universiti Awam (UA) dan IPTS secara on-line mulai tahun 2006.

Sehubungan dengan itu, semua bakal graduan diwajibkan mengisi borang kajian

pengesanan graduan IPT 2018.

Kajian pengesanan graduan IPT merupakan satu kajian tahunan bertujuan untuk

mengukur daya tahap employability dan marketability graduan, mendapat

pandangan / persepsi graduan tentang keberkesanan program akademik, sistem

pengajian prasarana di IPT masing-masing, mewujudkan pangkalan data graduan-

graduan IPT serta merupakan salah satu cara graduan untuk menyumbang kembali

kepada institusi masing-masing dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti

pelbagai program pengajian di IPT.

Justeru itu, bakal graduan UTeM adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi borang tersebut

yang boleh dilayari secara on-line di http://graduan.moe.gov.my/ atau melayari

portal UTeM http://www.utem.edu.my (ruang campus events) bermula 26 Oktober

2018 (Jumaat) sehingga 25 November 2018 (Ahad).

Graduan PERLU mencetak “Slip Pengesahan Kajian” dan mengemukakan slip tersebut

semasa proses pengambilan jubah konvokesyen.

Page 9: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

7

Graduan dikehendaki menyerahkan Slip Pengesahan Kajian kepada petugas Kaunter

Kajian Pengesanan Graduan seperti ketetapan berikut:

Tempat : Ruang Santai,

Aras 1,

Perpustakaan Laman Hikmah,

Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 23 November 2018 (Jumaat)

- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari

- 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 24 November 2018 (Sabtu)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 25 November 2018 (Ahad)

- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam

Kerjasama graduan adalah dipohon untuk mengemaskini status pekerjaan masing-

masing dalam tempoh enam (6) bulan setelah konvokesyen dalam laman sesawang

http://graduan.moe.gov.my/update/

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Kajian Pengesanan Graduan, sila berhubung

dengan ‘UTeM Career Connect’, Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran

Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-

JIM) seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Encik Mohd Zahier bin Mohd Yusoff [email protected] 06-270 1916

Encik Ahmad Haikal bin Shamshul

Bahrin [email protected] 06-270 4013

Tuan / puan juga adalah DIGALAKKAN untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Alumni

UTeM (AUTeM). Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Pengesanan Graduan atau di

Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib

Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM), Samsung IoT, Kampus

Teknologi UTeM dengan yuran sebanyak RM30.00 (secara tunai).

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ahli AUTeM, sila berhubung

dengan Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong

Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut:

Page 10: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

8

NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD

25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH

ITU, KAUNTER KAJIAN PENGESANAN GRADUAN AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH

SELESAI MAJLIS RAPTAI.

2.5 CENDERAHATI KONVOKESYEN

Semua graduan diberikan cenderahati konvokesyen daripada AUTeM. Sehubungan

dengan itu, graduan dikehendaki mengambil cenderahati tersebut seperti ketetapan

berikut:

Tempat : Ruang Santai,

Aras 1,

Perpustakaan Laman Hikmah,

Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 23 November 2018 (Jumaat)

- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari

- 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 24 November 2018 (Sabtu)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 25 November 2018 (Ahad)

- Selepas raptai hingga jam 7.00 petang

Untuk sebarang pertanyaan mengenai cenderahati, sila berhubung dengan Pusat

Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-

Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Puan Ernawatie Binti Md Sah [email protected] 06-270 4011

Encik Muhammad Akmal bin

Mad Yatim [email protected] 06-270 4014

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Puan Ernawatie binti Md Sah [email protected] 06-270 4011

Encik Muhammad Akmal bin

Mad Yatim [email protected] 06-270 4014

Page 11: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

9

NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD

25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH

ITU, KAUNTER CENDERAHATI KONVOKESYEN AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH

SELESAI MAJLIS RAPTAI.

2.6 KAD JEMPUTAN, PAS MASUK, PAS KENDERAAN DAN Q-CARD

2.6.1 Kad jemputan, pas masuk, pas kenderaan dan Q-Card akan diserahkan mulai

22 November (Khamis) hingga 25 November 2018 (Ahad).

2.6.2 Setiap graduan yang hadir dibenarkan membawa tetamu bagi menyaksikan

Majlis Konvokesyen. Bilangan tetamu yang dibenarkan masuk ke dalam

dewan adalah seperti mana yang dinyatakan di atas pas masuk mengikut sesi

penganugerahan masing-masing seperti berikut:

2.6.3 Tetamu graduan hendaklah memegang pas masuk ini untuk ditunjukkan

kepada petugas di pintu masuk dewan. Tetamu graduan yang tidak

membawa kad pas masuk ini tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

2.6.4 Graduan DIWAJIBKAN meletakkan pas kenderaan di atas papan pemuka

(dashboard) sebelah kanan cermin kenderaan yang dinaiki oleh graduan

untuk kelancaran trafik.

2.6.5 Sila patuhi arahan petugas keselamatan dan papan tanda yang disediakan

semasa anda meletakkan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan dan

halangan kepada kenderaan lain.

2.6.6 Berikut adalah ketetapan bagi urusan di Kaunter Kad Jemputan, Pas Masuk,

Pas Kenderaan Dan Q-Card:

SESI TARIKH BIL. TETAMU

I 26 November 2018 (Isnin, Pagi) 2

II 26 November 2018 (Isnin, Petang) 2

III 27 November 2018 (Selasa, Pagi) 2

IV 27 November 2018 (Selasa, Petang) 2

Page 12: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

10

Tempat : Ruang Santai,

Aras 1,

Perpustakaan Laman Hikmah,

Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 23 November 2018 (Jumaat)

- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari

- 2.45 petang hingga 5.00 petang

-

: 24 November 2018 (Sabtu)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 25 November 2018 (Ahad)

- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kad jemputan, pas masuk, pas kenderaan dan

Q-Card, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Akademik seperti

berikut:

NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD

25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH

ITU, KAUNTER KAD JEMPUTAN, PAS MASUK, PAS KENDERAAN DAN Q-CARD AKAN HANYA

BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

2.7 PENGAMBILAN JUBAH

Graduan DIWAJIBKAN untuk menyelesaikan urusan-urusan di perenggan 2.1 hingga

2.6 sebelum membuat pengambilan jubah. Berikut adalah ketetapan bagi

pengambilan jubah :

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Encik Sahhizam bin Maamin [email protected] 06-2701962

Encik Azhar bin Ismail [email protected] 06-2701968

Encik Mohd Reduan bin Ahmad @

Samad [email protected] 06-2702839

Page 13: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

11

Tempat : Aras 3,

Dewan Canselor,

Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 23 November 2018 (Jumaat)

- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari

- 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 24 November 2018 (Sabtu)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 25 November 2018 (Ahad)

- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam

Pengambilan jubah selepas daripada tempoh di atas TIDAK AKAN DILAYAN.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian

Pengurusan Akademik seperti berikut:

NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD

25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH

ITU, KAUNTER PENGAMBILAN JUBAH AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS

RAPTAI.

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Encik Sahhizam bin Maamin [email protected] 06-2701962

Encik Azhar bin Ismail [email protected] 06-2701968

Puan Siti Salwah binti Ahmad [email protected] 06-2701961

Puan Sharifah Intan binti Osman [email protected] 06-2701965

Encik Mohd Asri bin Mohd

Mokhtar [email protected] 06-2701966

Page 14: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

12

3. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

3.1 PENDAFTARAN GRADUAN

3.1.1 Graduan yang hadir pada hari penganugerahan dikehendaki mendaftarkan

diri kepada petugas di Khemah Persediaan Graduan dengan membawa

bersama-sama Q-Card dan Kad Alumni. Masa pendaftaran adalah seperti di

perenggan 3.2 di bawah.

3.1.2 Graduan diminta supaya TIDAK MEMBAWA sebarang beg / beg tangan

semasa melaporkan diri kerana ia tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan

Canselor UTeM. HANYA Q-CARD DAN KAD ALUMNI SAHAJA YANG PERLU

DIBAWA BERSAMA. Beg / beg tangan / apa-apa barangan peribadi juga tidak

dibenarkan disimpan/ditinggalkan di Khemah Persediaan Graduan. Universiti

tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku apa-apa kehilangan/

kerosakan kepada beg/ beg tangan / apa-apa barangan peribadi graduan

jika ditinggalkan di dalam Khemah Persediaan Graduan

3.1.3 Graduan Sesi I dan III (Sesi Pagi) dinasihatkan agar bersarapan pagi lebih awal

sebelum mendaftar diri.

3.1.4 Graduan Sesi II dan IV (Sesi Petang) dikehendaki mendaftar diri selepas

menunaikan solat zohor.

Jika menunaikan solat zohor selepas mendaftar diri, anda dikehendaki segera

masuk ke dalam barisan sebaik sahaja selesai solat zohor mengikut susunan

yang telah ditetapkan. (Waktu solat bagi negeri Melaka adalah seperti di

belakang buku ini)

3.1.5 Semua graduan tidak dibenarkan meninggalkan dewan sehingga selesai

Majlis Konvokesyen.

NOTA PENTING:

GRADUAN YANG DIDAPATI TIDAK KEMBALI SEMULA KE DALAM BARISAN SEHINGGA BARISAN

GRADUAN TELAH MASUK KE DALAM DEWAN, TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK KE DALAM

DEWAN.

Page 15: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

13

3.2 PECAHAN SESI MAJLIS KONVOKESYEN:

SESI TARIKH PROGRAM MASA

PENDAFTARAN

I

(Pagi)

26/11/2018

(Isnin)

Kedoktoran

Doktor Falsafah

Doktor Kejuruteraan

Sarjana Sains

Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektrik

Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekatronik

Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektronik

Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekanikal

Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Pembuatan

Sarjana Sains Dalam Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi

Sarjana Sains Dalam Pengurusan Teknologi

Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia

Sarjana Mod Campuran

Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa &

Pemacu)

Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)

Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Tenaga)

Sarjana Mod Kerja Kursus

Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan

Komputer)

Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem Elektronik)

Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem

Telekomunikasi)

Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Kejuruteraan

Tenaga)

Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)

Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan Sistem

Pembuatan)

Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan

Sistem Kualiti)

Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan

Industri)

Sarjana Sains Komputer (Teknologi Rangkaian

Internet)

Sarjana Sains Komputer (Teknologi Pangkalan Data)

Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian Dan

Kepintaran)

Sarjana Sains Komputer (Sains Keselamatan)

Sarjana Sains Komputer (Pengkomputeran

Multimedia)

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi

Termaju)

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan

Teknologi Dan Inovasi)

7.30 pagi

Page 16: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

14

Sarjana Muda

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan

Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan

Komputer) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik

Industri) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik

Telekomunikasi) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi

Wayarles) Dengan Kepujian

Penyampaian Anugerah/Hadiah Akademik Pelajar

Cemerlang

II

(Petang)

26/11/2018

(Isnin)

Sarjana Muda

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa

Industri) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik

(Automasi Industri & Robotik) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik

(Telekomunikasi) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik

(Elektronik Industri) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer

(Sistem Komputer) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal

(Teknologi Automotif) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal

(Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) Dengan

Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal

(Teknologi Penyelenggaraan) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

(Proses dan Teknologi) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

(Reka Bentuk Produk) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan

Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Robotik &

Automasi) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Bahan

Kejuruteraan) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Proses

Pembuatan) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk

Pembuatan) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan

Pembuatan) Dengan Kepujian

1.00 petang

Page 17: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

15

III

(Pagi)

27/11/2018

(Selasa)

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan,

Instrumentasi & Automasi) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa

& Pemacu) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan

Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)

Dengan Kepujian

Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer)

Dengan Kepujian

Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan

Pangkalan Data) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi

Permainan) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan)

Dengan Kepujian

Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif)

Dengan Kepujian

Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan

Perisian) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan

Komputer) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Teknousahawanan Dengan Kepujian

Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan

Kepujian (Inovasi Teknologi)

Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan

Kepujian (Pemasaran Teknologi Tinggi)

7.30 pagi

IV

(Petang)

27/11/2018

(Selasa)

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan

Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk &

Inovasi) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Loji &

Penyenggaraan) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Struktur &

Bahan) Dengan Kepujian

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Termal-

Bendalir) Dengan Kepujian

Diploma

Diploma Kejuruteraan Elektrik

Diploma Kejuruteraan Elektronik

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Diploma Kejuruteraan Pembuatan

Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.00 petang

Page 18: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

16

3.3 PANDUAN KEPADA GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

PENTING:- Sila baca panduan ini dengan teliti.

3.3.1 Penganugerahan Ijazah Kedoktoran / Sarjana / Sarjana Muda dan Diploma

akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd

Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka selaku Canselor UTeM atau

oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Ismail bin Saleh atau Yang Berbahagia Tan

Sri Datuk Dr. Hadenan bin Jalil selaku Pro-Canselor UTeM.

3.3.2 Apabila nama tuan/puan diumumkan, tuan/puan diminta berjalan terus ke

arah Tuan Yang Terutama Tun Canselor, tunduk sebagai tanda hormat,

berjabat tangan dan menerima album Kedoktoran / Sarjana / Sarjana Muda

/ Diploma dengan kedua-dua belah tangan dan mengucapkan “TERIMA

KASIH TUN”. Bagi penganugerahan oleh Pro-Canselor, ucapannya adalah

“TERIMA KASIH DATUK WIRA” atau “TERIMA KASIH TAN SRI”.

3.3.3 Gambar penganugerahan akan diambil semasa tuan/puan berjalan di atas

pentas dan sewaktu menerima ijazah daripada Canselor / Pro-Canselor.

Tuan/puan diminta memastikan posisi dan postur diri yang betul semasa

berjalan dan ketika menerima ijazah agar gambar tersebut dapat diabadikan

dengan sempurna. Tuan/puan diminta agar sentiasa mengikut arahan

petugas di dalam perkara ini.

Page 19: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

17

4. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

4.1.1 Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood WAJIB dipulangkan sebaik sahaja

sesi penganugerahan Ijazah Kedokoran / Sarjana / Sarjana Muda / Diploma

tuan/puan berakhir.

4.1.2 Graduan Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki memulangkan jubah

mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh Tempat Masa

a) 26 November 2018

(Isnin)

Ruang Santai,

Aras 1,

Perpustakaan Laman

Hikmah,

Kampus Induk, Durian

Tunggal, Melaka

12.00 tengah hari

hingga 7.00 malam

b) 27 November 2018

(Selasa)

8.00 pagi hingga

7.00 malam

Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas, graduan

dikehendaki memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood di

Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar pada hari bekerja sahaja

bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, tertakluk kepada pengenaan

kadar sewaan dan denda lewat pemulangan jubah.

4.1.3 Graduan Kedoktoran dan Sarjana dikehendaki memulangkan jubah mengikut

ketetapan berikut:-

Tarikh Tempat Masa

a) 26 November 2018

(Isnin)

Pejabat Pentadbiran,

Aras 2, Pusat

Pengajian Siswazah

Kampus Induk, Durian

Tunggal, Melaka

12.00 tengah hari

hingga 7.00 malam

b) 27 November 2018

(Selasa)

8.00 pagi hingga

5.00 petang

c) 28 November 2018

(Rabu)

8.00 pagi hingga

5.00 petang

Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas, graduan

dikehendaki memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood di

Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar pada hari bekerja sahaja,

bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, tertakluk kepada pengenaan

kadar sewaan dan denda lewat pemulangan jubah.

Page 20: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

18

4.1.4 Graduan akan dikenakan bayaran sewa jubah dan denda lewat

memulangkan jubah bermula pada 29 November 2018 (Khamis) dan

seterusnya. Kadar sewaandan denda lewat adalah seperti di jadual berikut:-

Tempoh Pemulangan Kadar Sewaan/ Denda Lewat

29 November 2018 (Khamis) hingga 5

Disember 2018 (Rabu)

RM2.00/sehari

06 Disember 2018 (Khamis ) dan seterusnya RM30.00/sehari

*kadar sewaan dikira termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.

4.1.5 Mana-mana graduan yang telah menghilangkan jubah dan/atau mana-

mana kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) akan

dikenakan denda kehilangan seperti berikut:

Item Kadar Denda

a) Jubah RM700.00

b) Mortarboard RM100.00

c) Bonnet RM200.00

d) Hood RM100.00

4.1.6 Bagi graduan yang memulangkan jubah dan/atau mana-mana

kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) di dalam

keadaan rosak, graduan dianggap telah menghilangkannya dan akan

dikenakan bayaran mengikut denda kehilangan.

4.1.7 Jika graduan turut lewat memaklumkan mengenai kerosakan atau kehilangan

ini, graduan akan dikenakan bayaran sewaan, denda lewat dan denda

kehilangan.

4.1.8 Semua bayaran berhubung dengan sewaan, denda lewat atau denda

kehilangan hendaklah dibayar di Kaunter Pejabat Bendahari sebelum

mengambil Sijil dan Transkrip.

Page 21: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

19

4.2 TUNTUTAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

4.2.1 Sijil dan Transkrip akan diserahkan selepas graduan memulangkan jubah,

mortar board dan hood dan telah menyelesaikan yuran konvokesyen / yuran

/ lain-lain bayaran / denda / hutang tertunggak dengan Universiti.

4.2.2 Graduan Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki mengambil Sijil dan Transkrip

masing-masing selepas selesai setiap sesi seperti berikut :-

Tarikh Tempat Masa

a) 26 November 2018

(Isnin)

Ruang Santai,

Aras 1,

Perpustakaan Laman

Hikmah,

Kampus Induk, Durian

Tunggal, Melaka

12.00 tengah hari

hingga 7.00 petang

b) 27 November 2018

(Selasa)

8.00 pagi hingga

7.00 petang

Selepas dari tarikh dan tempoh di atas Sijil dan Transkrip boleh dituntut di

Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar. Waktu pengambilan

adalah pada hari bekerja sahaja, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

4.2.3 Graduan Kedoktoran dan Sarjana, dikehendaki mengambil Sijil dan Transkrip

masing-masing selepas selesai setiap sesi seperti berikut :

Tarikh Tempat Masa

a) 26 November 2018

(Isnin)

Pejabat Pentadbiran,

Aras 2,

Pusat Pengajian

Siswazah,

Kampus Induk, Durian

Tunggal, Melaka

12.00 tengah hari

hingga 7.00 petang

b) 27 November 2018

(Selasa)

8.00 pagi hingga

5.00 petang

Selepas dari tarikh dan tempoh di atas Sijil dan Transkrip boleh dituntut di Pusat

Pengajian Siswazah. Waktu pengambilan adalah pada hari bekerja sahaja

bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

4.2.4 Sijil dan Transkrip hendaklah dituntut di dalam tempoh 90 hari dari tarikh Majlis

Konvokesyen. Sekiranya tuntutan tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pihak

Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan,

kehilangan atau sebagainya.

4.2.5 Bagi graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil Sijil dan Transkrip, boleh

berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Akademik (bagi graduan

Page 22: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

20

program Diploma dan Sarjana Muda) atau Pusat Pengajian Siswazah (bagi

graduan program Kedoktoran dan Sarjana) dan meminta Sijil dan Transkrip

berkenaan diposkan dengan memberikan alamat terkini yang lengkap serta

salinan Kad Pengenalan. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab

sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan semasa perjalanan pos. Semua

urusan pos untuk menghantar Sijil dan Transkrip akan dibuat melalui Pos Laju.

Pihak Universiti akan hanya mengirimkan Sijil dan Transkrip setelah graduan

mengembalikan selengkapnya jubah, mortar board dan hood dan telah

menyelesaikan Yuran Konvokesyen / yuran / lain-lain bayaran / denda /

hutang tertunggak dengan Universiti.

4.2.6 Graduan yang mewakilkan individu lain untuk mengambil Sijil dan Transkrip

bagi pihaknya dikehendaki mengemukakan surat kebenaran dan salinan kad

pengenalan graduan serta mencatatkan nama dan nombor kad pengenalan

individu yang diwakilkan di dalam surat kebenaran. Pihak Universiti akan hanya

menyerahkan Sijil dan Transkrip kepada wakil yang dilantik jika graduan telah

mengembalikan selengkapnya jubah, mortar board dan hood dan telah

menyelesaikan Yuran Konvokesyen / yuran / lain-lain bayaran / denda /

hutang tertunggak dengan Universiti.

4.3 PENAHANAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

Graduan yang masih berhutang dengan pihak UTeM atau belum memulangkan buku

Perpustakaan atau barang-barang lain yang dipinjam dari mana-mana Pejabat di

UTeM, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan Pejabat berkenaan selewat-

lewatnya 1 minggu sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Sekiranya bayaran atau

penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti serahan sewaktu

menuntut Sijil dan Transkrip. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Sijil dan

Transkrip graduan ditahan.

4.4 KEHILANGAN /KEROSAKAN SIJIL ATAU TRANSKRIP AKADEMIK

4.4.1 Pihak UTeM telah menetapkan bahawa Sijil Dan Transkrip Akademik asal cuma

dikeluarkan sekali sahaja kepada graduan dan tidak lagi dikeluarkan untuk

menggantikan yang hilang atau rosak. Sekiranya sijil dan/atau transkrip hilang

atau rosak, pihak Universiti cuma dapat mengeluarkan salinan sijil dan/atau

transkrip berkenaan.

4.4.2 Bagi kes kehilangan sijil dan/atau transkrip, pelajar perlu membuat laporan

kepada pihak polis dan laporan tersebut hendaklah dilampirkan semasa

Page 23: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

21

membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Akademik bagi graduan

Sarjana Muda dan Diploma atau Pusat Pengajian Siswazah bagi graduan

Kedoktoran dan Sarjana.

4.4.3 Bagi kes kerosakan sijil atau transkrip, graduan perlu melampirkan sijil atau

transkrip yang rosak tersebut kepada Bahagian Pengurusan Akademik atau

Pusat Pengajian Siswazah (mana yang berkenaan) semasa membuat

permohonan.

4.4.4 Permohonan salinan sijil atau transkrip akan dikenakan bayaran RM50.00 setiap

satu bagi graduan Sarjana Muda dan Diploma. Manakala bagi graduan

Kedoktoran dan Sarjana bayaran yang dikenakan untuk setiap salinan sijil

adalah RM100.00 dan transkrip RM50.00. Oleh itu, para graduan dinasihatkan

menyimpannya dengan baik dan selamat. Juga dinasihatkan graduan

membuat salinan yang mencukupi.

4.5 KESILAPAN MAKLUMAT DALAM SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

Sebaik sahaja menerima Sijil dan Transkrip Akademik, setiap graduan perlu

menyemaknya untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan

maklumat dalam Sijil atau Transkrip Akademik ianya boleh diganti baru dengan syarat

kesilapan itu adalah dari pihak UTeM sendiri dan dilaporkan secara bertulis dalam

tempoh empat (4) minggu selepas tarikh konvokesyen atau 90 hari bagi mereka yang

tidak menghadiri konvokesyen. Selepas daripada tempoh ini Sijil atau Transkrip

Akademik tidak lagi dikeluarkan.

Page 24: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

22

5. TATACARA BERPAKAIAN

5.1 PAKAIAN TETAMU/IBU BAPA SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

5.1.1 Tetamu Lelaki (Islam/Bukan Islam)

Pakaian rasmi/kebangsaan lengkap/lounge suit atau pakaian tertib. Maksud

pakaian tertib bagi lelaki (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas)

adalah berseluar panjang dan baju berlengan panjang (Kemeja-T adalah

tidak dibenarkan).

5.1.2 Tetamu Wanita (Islam/Bukan Islam)

a) Pakaian tertib bagi wanita (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke

atas) adalah baju kurung/moden atau kebaya.

b) Bagi tetamu graduan yang bukan beragama Islam, pakaian gaun atau

skirt mestilah melebihi paras buku lali.

c) Blouse tanpa lengan, kemeja-T dan seluar yang tidak mencapai paras

buku lali adalah dianggap tidak sesuai dan tidak dibenarkan masuk ke

dalam Dewan Canselor UTeM.

NOTA PENTING

i) Panduan pemakaian untuk tetamu/ibu bapa ini adalah berdasarkan panduan

etika protokol berpakaian untuk majlis-majlis rasmi.

ii) Kanak - kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam

dewan.

iii) Petugas/Penyambut tetamu berhak untuk tidak membenarkan tetamu/ibu

bapa graduan dari memasuki Dewan jika gagal mematuhi peraturan pakaian

yang telah ditetapkan.

5.2 PAKAIAN GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

5.2.1 Graduan lelaki:-

a) Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).

b) Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).

c) Memakai lounge suit (kot atau blazer) berwarna hitam atau gelap serta

bertali leher. Baju dan tali leher adalah berwarna bebas

ATAU

Page 25: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

23

Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima (Baju Melayu cekak

musang), bersamping songket hitam berbunga benang emas dan

dipakai tanpa menggunakan bengkung.

d) Kasut kulit hitam bertutup penuh.

5.2.2 Graduan perempuan:-

a) Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).

b) Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).

c) Baju kurung moden/labuh atau kebaya bandung/labuh. Kebaya

Sarung tanpa menggunakan belah (split) di tepi tetapi boleh memakai

lipatan (pleat) di bahagian hadapan.

ATAU

Skirt labuh melepasi buku lali yang berwarna hitam dan blaus yang

berlengan panjang. (Warna blaus adalah bebas).

d) kain pakaian jenis “lace” boleh dipakai dengan syarat mempunyai

lining.

e) Selendang/Mini Telekung/Sarung Tangan dibenarkan untuk dipakai.

f) Warna pakaian adalah pilihan sendiri.

g) Bagi graduan yang memakai tudung/mini telekung, warna bagi tudung

tersebut adalah bebas.

h) Kasut kulit hitam bertutup penuh dan bertumit. Kasut sarung (sandal)

tidak dibenarkan sama sekali.

5.2.3 Jubah Graduan

NOTA PENTING

PAKAIAN SELAIN DARIPADA JENIS PAKAIAN YANG DISENARAIKAN DI ATAS

ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. (SILA LIHAT LAMPIRAN DI BELAKANG

IAITU CONTOH PAKAIAN GRADUAN YANG DIBENARKAN)

a) Kedoktoran : Biru Kehitaman (Blue Black) dengan tiga jalur

dilengan mengikut warna Fakulti dengan hood

b) Sarjana : Biru Kehitaman (Blue Black) dengan dua jalur di

lengan mengikut warna Fakulti dengan hood

c) Sarjana Muda

: Biru Kehitaman (Blue Black) dengan satu jalur di

lengan mengikut warna Fakulti dengan hood

d) Diploma : Blue Black tanpa jalur di lengan tangan

Page 26: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

24

5.3 PENAMPILAN DIRI GRADUAN

5.3.1 Graduan lelaki

Rambut hendaklah pendek dan kemas, tidak berwarna dan tidak mencecah

kolar baju.

5.3.2 Graduan Perempuan

Hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

6. RAPTAI

Semua graduan DIWAJIBKAN menghadiri raptai bagi melancarkan Majlis Konvokesyen.

Semasa raptai, graduan akan diberi taklimat mengenai proses-proses sebelum dan semasa

Majlis Konvokesyen tersebut. Berikut ialah ketetapan bagi majlis raptai tersebut.

Tempat : Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka.

Tarikh : 25 November 2018 (Ahad)

Masa : 9.00 Pagi

Semasa raptai, graduan dikehendaki berlatih menyanyikan lagu “UTeM TERBILANG”. Seni

kata/ lirik lagu tersebut ada di muka surat akhir Buku Panduan ini.

7. GRADUAN KURANG UPAYA / MEMERLUKAN BANTUAN KHAS (CACAT ATAU KEMALANGAN)

Graduan kurang upaya (cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan

seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Bahagian

Pengurusan Akademik di Kaunter Pengambilan Jubah semasa mengambil jubah atau

kepada petugas penyusunan graduan semasa raptai.

JIKA GRADUAN GAGAL MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN PENAMPILAN

DIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK PETUGAS MAJLIS KONVOKESYEN MEMPUNYAI

KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MEMASUKI DEWAN DAN

MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTeM.

Page 27: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

25

8. GAMBAR KONVOKESYEN

8.1 PENGAMBILAN GAMBAR KONVOKESYEN (DI ATAS PENTAS)

Graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau membenarkan orang lain

berbuat demikian semasa di dalam dewan. Semua pengambilan gambar graduan di

atas pentas semasa Majlis Konvokesyen berlangsung akan diuruskan oleh KOPERASI

UTeM BERHAD.

Harga bagi satu set gambar tersebut ialah RM65.00 (termasuk kos penghantaran).

Set tersebut mengandungi :-

a) Saiz gambar 11R (11” x 14”) : 1 keping (Gambar menerima penuh)

b) Saiz gambar 8R (8” x 10”) : 1 keping (Gambar menerima separuh)

c) Saiz gambar 5R (5” x 7”) : 1 keping (Gambar berjalan)

d) Saiz gambar 4R (4” x 6”) : 1 keping (Gambar menerima penuh)

e) 1 Salinan CD gambar penerimaan

Berikut adalah ketetapan bagi urusan tempahan gambar konvokesyen (di atas

pentas):

Tempat : Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk Durian

Tunggal, Melaka.

Tarikh/Masa

: 22 November 2018 (Khamis)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

23 November 2018 (Jumaat)

- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari

- 2.45 petang hingga 5.00 petang

24 November 2018 (Sabtu)

- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

- 2.30 petang hingga 5.00 petang

25 November 2018 (Ahad)

- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam

Gambar yang telah siap boleh dituntut sehari selepas Majlis Konvokesyen dengan

membawa resit bayaran gambar.

Berikut adalah ketetapan bagi urusan tuntutan gambar konvokesyen (di atas pentas):

Tempat

: Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk Durian Tunggal,

Melaka.

Tarikh : 27 November 2018 (Selasa)

Page 28: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

26

Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

2.30 petang hingga 5.00 petang

Selepas daripada tempoh yang dinyatakan di atas para graduan boleh menuntut

gambar tersebut seperti diketetapan berikut:-

Tempat

:

Koperasi UTeM Bhd., Bangunan Pusat Persatuan Pelajar Kampus

Induk Durian Tunggal, Melaka.

Tarikh : 28 November 2018 (Rabu) hingga 31 Disember 2018 (Isnin)

Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

2.30 petang hingga 5.00 petang

Selepas daripada tarikh di atas semua gambar akan diposkan kepada graduan

mengikut alamat yang diberikan.

Bagi graduan yang tidak menggunakan khidmat penghantaran gambar secara pos,

bayaran sebanyak RM15.00 akan dikembalikan semula kepada graduan semasa

urusan tuntutan gambar dibuat (sila sertakan resit pembayaran).

NOTA PENTING:

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD

25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH

ITU, KAUNTER GAMBAR KONVOKESYEN HANYA AKAN BEROPERASI SETELAH SELESAI

MAJLIS RAPTAI.

Maklumat tempahan dan bayaran boleh diperolehi daripada:

Nama untuk dihubungi : Puan Nuraihan Abdul Wahab / Puan Masniza Ab. Lah

No. Telefon Pejabat : 06-553 2550/ 1726

No. Telefon Bimbit : 012- 2290820 / 012-3864467

Page 29: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

27

9. SENI KATA LAGU UTeM

“UTeM TERBILANG”

DI SINI SEGALA BERMULA

CEMERLANG MENCIPTA GEMILANG

BERTUAH BUMIKU MENYAKSI

BERSAMA KITA BERJUANG

TERSOHOR PERSADA DUNIA

SENADA WAWASAN NEGARA

MELAHIR INSAN LUHUR JIWA

MAMPAN MENAMBAT DUNIA

PERKONGSIAN PINTAR

UNIVERSITI DAN INDUSTRI

KREATIF INOVATIF

PEMBELAJARAN TERAS

APLIKASI DAN KOMPETENSI

TEKAD MENCAPAI VISI

DEMI SEMANGAT NEGARA

KAMI MENCURAH BAKTI

NASIB PERTIWI TERUS DIBELA

KEPADA IBUNDA KAMI BERJANJI

UTeM KU CEMERLANG

UTeM KU GEMILANG

UTeM KU TERBILANG

UTeM TERUS BERJUANG

Page 30: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

28

10. WAKTU SOLAT BAGI NEGERI MELAKA

Tarikh Hari Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak

25-11-2018 Ahad 5:36 6:57 12:59 16:22 18:59 20:12

26-11-2018 Isnin 5:36 6:57 13:00 16:23 18:59 20:12

27-11-2018 Selasa 5:37 6:58 13:00 16:23 18:59 20:13

28-11-2018 Rabu 5:37 6:58 13:00 16:23 18:59 20:13

Sumber daripada www.al-azim.com

Page 31: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

29

11. SENARAI SEMAK

APA PERLU ANDA BUAT:

MASA BIL. TINDAKAN DOKUMEN PERLU

DISERTAKAN/DIBAWA

SEBELUM MAJLIS

KONVOKESYEN

1 Layari laman web konvo.utem.edu.my dari masa ke

semasa untuk mengetahui berita terkini Majlis

Konvokesyen

2 Semak sesi konvokesyen anda

3 Semak tatacara berpakaian dan penampilan

semasa konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika

tiada.

Maklumkan kepada tetamu/ibu bapa mengenai

tatacara berpakaian tetamu/ibu bapa semasa

Majlis Konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika tiada.

4 Layari laman web http://graduat.mohe.gov.my

atau http://www.utem.edu.my dan isikan Kajian

Pengesanan Graduan IPT 2018. Sila cetak Slip

Pengesahan Kajian dan simpan dengan baik (anda

perlu menyerahkan slip ini kepada petugas di

Kaunter Pengesanan Graduan)

5 Bayar yuran konvokesyen mengikut kaedah di

perenggan 2.2.1 Buku Panduan Graduan. Simpan

resit dengan baik (anda perlu menunjukkan resit ini

kepada petugas di Kaunter Yuran)

6 Semak dan bayar yuran / lain-lain bayaran / hutang

tertunggak mengikut kaedah di perenggan 2.2.2

Buku Panduan Graduan. Simpan resit atau bukti

bayaran dengan baik (anda perlu menunjukkan

resit/bukti ini kepada petugas di Kaunter Yuran)

7 Datang ke Universiti pada tarikh yang ditetapkan

untuk urusan pengambilan jubah.

- Slip Pengesahan

Kajian

- Resit-resit bayaran

Yuran

Konvokesyen/

yuran / lain-lain

bayaran / hutang

tertunggak

Page 32: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

30

8 Ambil gambar untuk Kad Alumni di Kaunter

Pengambilan Gambar. Ambil, semak dan simpan

Kad Alumni dengan baik (sila bawa Kad Alumni ini

semasa Majlis Konvokesyen)

- Kad Alumni

9 Tunjukkan resit bayaran yuran konvokesyen dan

yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak

dan/atau semak status berhutang anda di Kaunter

Yuran. Jelaskan hutang (jika masih ada) dan simpan

resit pembayaran. (Sijil dan Transkrip tidak akan

diserahkan jika masih berhutang kepada Universiti)

- Resit-resit bayaran

Yuran

Konvokesyen/

yuran / lain-lain

bayaran / hutang

tertunggak

- debit kad/kredit

kad/bank

draf/wang pos

10 Semakan pemulangan bahan / kunci loker / denda

di Kaunter Perpustakaan Laman Hikmah

- Resit bayaran

sekiranya ada

11 Tunjukkan Slip Pengesahan Kajian di Kaunter Kajian

Pengesanan Graduan (PJIM)

- Slip Pengesahan

Kajian

12 Ambil cenderahati di Kaunter Cenderahati

Konvokesyen.

- Cenderahati

Konvokesyen

13 Terima Kad Jemputan menghadiri konvokesyen, pas

masuk, pas kenderaan dan Q-Card (sila serahkan

pas masuk kepada tetamu/ibu bapa yang akan

masuk ke Dewan Canselor UTeM)

- Kad Jemputan

- Pas Masuk

- Pas Kenderaan

- Q-Card

14 Ambil jubah konvokesyen di Kaunter Pengambilan

Jubah (sila bawa jubah konvokesyen dan Q-Card

semasa Majlis Konvokesyen)

- Jubah Graduan

15 Hadiri raptai Majlis Konvokesyen mengikut masa dan

tarikh yang ditetapkan. Kehadiran bagi majlis raptai

adalah diwajibkan kepada semua graduan (sila

rujuk Buku Panduan Graduan)

- Kad Alumni

- Q- Card

SEMASA MAJLIS

KONVOKESYEN

16 Datang ke Khemah Persediaan Graduan di Dewan

Canselor UTeM dan mendaftar diri kepada petugas

pengurusan graduan (sila tepati masa dan tatacara

berpakaian yang telah ditetapkan di dalam Buku

Panduan Graduan). Graduan Sesi I dan III

dinasihatkan bersarapan lebih awal.

- Pas Kenderaan

(letakkan pada

sebelah kanan

cermin depan

kenderaan)

- Kad Jemputan

(dipegang oleh

ibubapa/ tetamu

graduan)

- Pas Masuk

(dipegang oleh

ibubapa / tetamu

Page 33: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

31

graduan yang

masuk ke Dewan

Canselor UTeM)

- Kad Alumni

(dipegang oleh

graduan)

- Q-Card (dipegang

oleh graduan)

- Jubah, mortar

board atau bonnet

hood (dipegang

oleh graduan)

PERINGATAN:

Graduan diminta

supaya tidak

membawa sebarang

beg / beg tangan,

barang berharga dan

dompet wang

semasa mendaftar diri

kecuali beg

konvokesyen untuk

menyimpan Jubah

sahaja. Beg / beg

tangan tidak

dibenarkan untuk

dibawa masuk ke

dalam Dewan

Canselor UTeM. Pihak

Universiti tidak akan

bertanggungjawab

jika berlaku sebarang

kehilangan /

kerosakan harta

benda.

17 Beratur di dalam barisan / kursus anda mengikut

arahan petugas

- Q- Card

18 Berarak masuk ke dewan dengan tertib

19 Ambil tempat duduk di dalam dewan mengikut

arahan Pepandu Graduan

20 Tunggu giliran Fakulti/kursus anda menerima Ijazah /

Diploma

Page 34: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

32

21 Beratur untuk menerima Ijazah/Diploma apabila

mendapat arahan Pepandu Graduan

22 ‘Swipe’ Kad Alumni apabila diminta oleh petugas

untuk tujuan paparan nama di skrin.

- Kad Alumni

23 Terima Ijazah / Diploma (sila rujuk perenggan 3.3

Buku Panduan Graduan). Gambar semasa berjalan

dan semasa penganugerahan akan diambil oleh

jurufoto.

24 Keluar dewan apabila dimaklumkan majlis selesai.

SELEPAS MAJLIS

KONVOKESYEN

26 Pulangkan jubah konvokesyen, hood dan

motarboard/bonnet dalam keadaan baik. Tempat

pemulangan jubah konvokesyen adalah seperti

mana yang dinyatakan di perenggan 4.1 Buku

Panduan Graduan.

27 Ambil Sijil dan Transkrip Akademik di Kaunter Sijil dan

Transkrip adalah seperti mana yang dinyatakan di

perenggan 4.4 Buku Panduan Graduan.

- Resit-resit bayaran

Yuran

Konvokesyen/

yuran / lain-lain

bayaran / hutang

tertunggak

Page 35: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

33

LAMPIRAN A

A) Kaunter Bank – Cara Pembayaran

1. Isikan maklumat nama dan nombor kad pengenalan pelajar di Slip Pembayaran/Bill

Payment.

2. Isikan di ruangan nama universiti dengan nama “Universiti Teknikal Malaysia Melaka”.

3. Isikan di ruangan No. Rujukan/No Akaun Bil dengan “YK” dan diikuti dengan no matrik

pelajar. Contoh : YKB010110111

4. Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat

seperti di bawah.

Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui Kaunter Bank Islam

B) Internet Banking – Cara Pembayaran

Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ melalui Perbankan Internet Bank Islam

1. Layari www.bankislam.com.my

2. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”

3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank

Islam.

4. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.

5. Pilih Universiti pada bahagian senarai Universiti.

6. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”

7. Senarai bil akan dipaparkan. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan

nombor matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”.

Page 36: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

34

8. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account”

yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar

dan klik “pay”

9. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.

10. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.

11. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan

adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan

sebagai rujukan.

C) ATM BANK ISLAM – Cara Pembayaran

Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui ATM Bank Islam

Pilih Menu:

LAIN-LAIN

PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

YURAN IPT

Pilih AKAUN PEMBAYAR ( akaun yang akan didebit )

Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR

Pilih Bil yang ingin dibayar. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan nombor

matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”.

Sahkan amaun yang ingin dibayar

* Transaksi selesai dan ambil Resit

Page 37: ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari … · 2018-11-26 · 1 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 26 & 27 NOVEMBER

35

Segala pertanyaan umum boleh dimajukan kepada:

Bahagian Pengurusan Akademik,

Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Telefon : 06-270 1990/ 1961 / 1965 / 1966 / 1962 / 1968 / 2839 /

1970 / 1974 / 1963 / 1964/ 1959

Faks : 06-270 1067

E-mel : [email protected]