isi buku skrap

6
Pengenalan Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri KELAHIRAN >> Sewaktu Mengandung Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan. Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur. >> Selepas Lahir Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan. Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

Upload: sayalah

Post on 08-Dec-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kaum melanau

TRANSCRIPT

Page 1: Isi Buku Skrap

Pengenalan

Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat

Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan

dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun

begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri 

KELAHIRAN

>> Sewaktu Mengandung

Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau, namun

begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan

banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau

kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga

tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang

dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam

kandungan akan melecur seluruh badan.

Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami juga dikehendaki

menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan

pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana

dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami

tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh

memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga

wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan

cacat ataupun gugur.

>> Selepas Lahir

Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Mereka

lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang

baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. Selepas

bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan

sembarangan. Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga

hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak

anak akan jatuh sakit atau meninggal.

Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari hutan

atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh menjejaskan

kesihatan anak tersebut.

Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan

untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau.

Page 2: Isi Buku Skrap

PERKAHWINAN

Pengenalan.

Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat

kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan

berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial

mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang

perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat

mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah

sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

>> Merisik

Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama

dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali

sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih

lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu

sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh

dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

>> Meminang

Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka

diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang

telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah

senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang

tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah

pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama.

Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan yang

memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki

yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.

>> Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis ‘peramas’ iaitu per-

kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal.

Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu ‘penyekab’ dan ‘berian’ dan

hadiah lain seperti ‘adat menuga’, ‘adat mebin’ dan ‘pakan’ sehari sebelum majlis itu diadakan.

Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi

keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah

kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran

dan sahabat handai.

Page 3: Isi Buku Skrap

Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Persandingan

pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan persandingan kedua di rumah

pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap dengan pakaian tradisional

bersanding di atas pelamin untuk disaksikan oleh para jemputan. Pada hari yang ditetapkan, bakal

pengantin perempuan bersama-sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki. Ketibaan

mereka disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan

‘adat pahe’ kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini sangat penting kerana selagi pengantin

pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut, dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah

pengantin lelaki itu.

Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin

perempuan untuk menjalani ‘adat petudui’ iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah

sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak

boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.

Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan.

Semasa ja-muan berlangsung upacara suap-menyuap antara kedua-dua pengantin itu dilakukan.

Selepas itu, diadakan pula upacara ‘begendang’, iaitu tari-menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi

pasangannya mestilah daripada kaum sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan

dengan perempuan. Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, diadakan upacara mem-

bebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan. Upacara membuang pantang ini juga bertujuan

untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mung-kin mengancam pasangan suami isteri

itu. Upacara ini sebenarnya lebih merupakan upacara bersukaria dan mandi-manda beramai-ramai di tepi

pantai.

BAHASA

Bahasa Melanau tergolong di bawah induk bahasa Malayo-Polinesia atau Austronesia. Bahasa

Austronesia ialah bahasa yang tersebar daripada keluarga bahasa Austris dalam kebudayaan Dong Son

di selatan Negeri China dalam tahun 2500 S.M.

Kelompok dialek Melanau dapat dipecah kepada empat kelompok penempatan yang utama.

1. Kawasan Rajang:

– Belawai, Rajang, Paloh, Daro, dan Matu

2. Kawasan Mukah:

– Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan kawasan persekitaran Mukah-Dalat

3. Kawasan Balingian-Tatau:

– Tatau : Sungai Balingian, Sungai Tatau terutama di muara sungai dan kawasan persisiran

Page 4: Isi Buku Skrap

4. Kawasan Bintulu

– Sungai Kemena dan Sebiew

2.

3. https://oneplusoneminusone.wordpress.com/2012/08/09/budaya-dan-adat-resam-kaum-melanau/

4.

5. PAKAIAN TRADISIONAL(LELAKI)

6. 1)Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket

bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. 2)Lelaki menggayakan baju

potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon

berkopiah Jawa.

7. PAKAIAN TRADISIONAL(WANITA)

8. 1)Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan

Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih

sanggul.2) Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau.

Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2

helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.

9.

Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.Ia dirayakan pada akhir Mac atau awal April setiap tahun.Asal usul perayaan ini dikatakan berbalik pada berkurun dahulu, dimana mereka mempercayaai kepercayaan animisme.

Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou, iaitu buaian setinggi 20 kaki adalah puncak perayaan ini.Pemuda-pemuda akan melompat dari buluh bengkok yang panjang dan akan menangkap tali berayun yang tinggi. Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buain gergasi ini.Ianya akan berbuai-buai di tepi pantai.

Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. Ia adalah pesta warna warni yang diserikan dengan bot-bot berhias, sukan pantai, dan makanan- makanan Melanau yang enak.Biasanya di musim monsun kuala sungai akan ditutup, dengan tiada seorang pun akan dibenarkan keluar masuk. Semuanya menjalani upacara menyucikan diri.

Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan membawa ‘seraheng’ iaitu bakul dari buluh.Sementara itu ‘bapa Kaul’ atau ketua perayaan akan menjamu

Page 5: Isi Buku Skrap

semangat dengan jampi dan jamuan.Selepas itu terdapat juga permainan pantai, pertunjukan seni mempertahankan diri, tarian tradisional Melanau dan jamuan makan.

Setelah matahari terbenam, pesta disambung di rumah-rumah. Orang-orang akan mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai sebagai tanda muhibbah.’ Sago’ adalah juadah yang istimewa dimasa Kaul ini. Ia adalah sagu yang dimasak dengan pelbagai cara sehingga membangkitkan keenakannya. Orang Melanau memang terkenal sebagai penebang sagu yang mahir di Sarawak.

Tarian alu-alu yang dipersembahkan oleh kaum Melanau adalah merupakan tarian bagi menghiburkan saudra mara ketika masyarakat Melanau sedang berkabung. Penari tarian mengarang menyak biasanya terdiri daripada 4 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Tarian ini adalah amat unik kerana penari-penarinya mempergunakan buluh untuk melakukan gimik-gimik akrobatik. Antara perkara yang menarik tentang tarian ini adalah, salah seorang penari lelaki akanmenaiki batang buluh, dan menstabilkan dirinya dengan hanya menggunakan perut!