ipph teras produk halal n'egara - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/4592/1/0801.pdf ·...

3
IPPH teras produk halal n'egara

Upload: duongkhanh

Post on 06-May-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: IPPH teras produk halal n'egara - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/4592/1/0801.pdf · menentukan soal halal haram produk negara. Tidak akan ada mana-mana lagi pusat penyelidikan

IPPH teras produk halal n'egara

Page 2: IPPH teras produk halal n'egara - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/4592/1/0801.pdf · menentukan soal halal haram produk negara. Tidak akan ada mana-mana lagi pusat penyelidikan

Dleh W. RAHIMAH DRAMAN

[ NSTIT:uT Penyelidikan Produk

Halal (IPPH) Universiti PutraMalaysia (UPM) kekal sebagaipusat penyelidikan dan

pembangunan tunggal dalam urusanmenentukan soal halal haram produknegara.

Tidak akan ada mana-mana lagipusat penyelidikan prdduk halal keduadan yang baru selepas ini, demikiantegas Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Datuk Sri Dr. Ahmad ZahidHamidi.

Keputusan itu katanya, penting bagimemastikan segala peruntukan,kemudahan peralatan dan tenagamahir tertumpu sepenuhnya di IPPHUPM.

Sekali gus dapat menjaminkeberkesanan IPPH melaluiperuntukkan akan disalurkan olehkerajaan bagi mendapatkan peralatanmoden bermutu tinggi serta menggunakepakaran yang ada secara maksimum.

Malah kata Dr. Ahmad Zahid lagi,Perbadanan Pembangunan lndustriHalal (HDC) yang diberi hakpengeluaran dan penentuan sijil halalmesti bekeIjasama dengan IPPH dalamsemua urusan penentuanproduk-produk halal negara.

"Tidak timbul soal pertindihan tugasdan bidang kuasa antara HDC danIPPH atau Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (Jakim)," katanya.

Peranan Jakim adalahjelasmanakala HDC adalah badan yangbertanggungjawab mengeluar danmenjalankan penguatkuasaan terhadappenyelewengan persijilan produk halal.

Tetapi dalam mengesan danmenentukan status kehalalan sesuatuproduk sarna ada yang berkaitanmakanan, barangan kosmetik, bahanperubatan dan pakaian untukkeperluan umat Muslim akandikendalikan oleh IPPH UPMsepenuhnya.

Untuk itu kata Dr. Ahmad Zahid,kerajaan memperuntukan sebanyakRM25 juta bagi memastikan kompleksIPPH serba lengkap dengan segalakemudahan peralatan dalampenyelidikan moden bermutu tinggiyang hampir tertangguh sebelum inidisiapkan sepenuhnya.

IPPH yang bermula dengan FakultiSains dan Teknologi Makanan UPMpada era 1980-an diikuti sebagailnstitut Makanan Halal pada Jun 2005dalam usaha meluas peranan danmeningkatkan mutu penyelidikan danpembangunan dalam produk halal.

Sementara itu, Pengarah IPPH UPM,Profesor Dr. Yaakub Che Man berkata,IPPH kini berperanan sebagai pusatsehenti mengguna pendekatan pelbagaidan bersepadu dalatn memajukanindustri halal negara di peringkatantarabangsa.

lndustri halal katanya, terlalu besardan luas yang bukan sahaja melibatkanpasaran dalam negara tetapi peringkatantarabangsa.

"Ia bukan hanya soal produkberasakan makanan tetapi merangkumi

Page 3: IPPH teras produk halal n'egara - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/4592/1/0801.pdf · menentukan soal halal haram produk negara. Tidak akan ada mana-mana lagi pusat penyelidikan

ZAHID HAMIDI (kiri) bertanya sesuatu semasa melawat makmal Institut Penyelidikan Prod uk Halal, UPMSerdang, baru-baru ini.

, Melalui kaedah ini,kehadiran DNA babi

di dalam produkmakanan akan dapatdikesan dengan lebihspesifik dan sensitifkerana ia mampumencapai hadpengesanan sehingga0.001 nanogram

barangan penjagaan diri, kosmetik,bahan pencuci, nutriseutikal danfarmaseutikal tetapi perbankan,kewangan, pemasaran sertapengurusannya," jelasnya:

Matlamat IPPH jelas Dr. Yaakubadalah untuk menjadi pusatkecemerlangan dalam penyelidikanproduk halal dengan.menyediakanperkhidmatan profesional bagimembantu merealisasikan Malaysiasebagai Hab Produk Halal Global.

Selain itu tambah beliau, IPPH UPMjuga bertanggungjawab mengeluarkansaIjana dalam penyelidikan danpengurusan produk halal yangmenepati syariah Islam.

Sehingga kini katanya, terdapat 20orang penuntut peringkat saIjana dandoktor falsafah (PhD) tempatan sertaasing terutama dari Timur Tengahsedang menuntut dan menjalankan

penyelidikan di IPPH.Melalui kepakaran dan peralatan

yang ada, IPPH misalnya telahmenghasilkan teknik verifikasi produkhalal dengan menggunakan kaedah .yang dikenali sebagai masa nyataTindak Berangkai Polimerase (peR).

Teknik yang dibangun bagimengesan kehadiran protein darilemak babi melalui sampel asiddeoksiribonukleik (DNA) yang diambildaripada makanan berasaskan dagingserta beberapa produk berkaitan lain.

Beliau yang mengetuai sendiri projektersebut berkata, kaedah pengesananberasaskan DNA didapati lebihdipercayai kerana DNA lebih stabilpada keadaan suhu tinggi, tekanan danbahan kimia.

"Melalui kaedah ini, kehadiran DNAbabi di dalam produk makanan akandapat dikesan dengan lebih spesifikdan sensitif kerana ia mampumencapai had pengesanan sehingga0.001 nanogram.

"Malah kaedah itu tambah beliau,bukan sahaja boleh diguna untukkajian pada bahan makanan tetapipada produk-produk lain termasukproduk kosmetik dan farmaseutikal,"jelas beliau.

Apa yang IPPH usahakan kata Dr.Yaakub, adalah bagi membantu umatMuslim menghindari dari menjadipengguna kepada produk yang meraguistatus kehalalannya.

Malah visi IPPH sendiri adalahuntuk menjunjung kesucian, keasliandan kemurnian halal melaluipenyelidikan dan perkhidmatan,katanya.

Serba sedikit mengenai IPPH UPM:

• Oitubuh pada julai 2006.• Bermula dengan Fakulti Sains dati

Teknologi Makanan (1980-an) diikutiUnit Makanan Halal (2004) dan InstitutMakanan Halal (2005).

• Melahirkan sarjana dalam penyelidikanproduk halal bertaraf antarabangsa.

• Menjalankan penyelidikan danpembangunan serta mengkomersialkanproduk serta proses bagi pengesahanstatus halal.

• Menyediakan perkhidmatan analisissaintifik dan latihan produk halal.

• Membangunkan kaedah saintifikanalisis, ketulenan, inovasi, proses,pengurusan, perniagaan, polisi danpenyembelihan halal.

Pencapaian IPPH UPM:

• Menang pingat perak dan gangsa dalamPameran Teknologi Malaysia 2008.

• Menang dua emas, empat perak dansatu gangsa di pameran rekaciptapenyelidikan dan inovasi Malaysia2008.

• Mewakili Malaysia pada pamerankebangkitan penyelidikan sains daninovasi di Muzium Kebangsaan Tokyo;jepun (2007).

• Menang anugerah Perunding CemerlangUPM 2007.

• Menang anugerah saintis muda Selangor(2007).

• Menang perak dan gangs a di Genevadan ITEX (2006).