inventori personaliti eysenck junior

Upload: siti-mahani

Post on 14-Jan-2016

1.589 views

Category:

Documents


86 download

DESCRIPTION

Inventori Kaunseling

TRANSCRIPT

INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR (JEPI)Pada tahun 1947, Hans Jurgan Eysenck telah memperkenalkan Inventori Personaliti Eysenck Juniour (JEPI). Dalam usaha pembinaan alat ini, analisis faktor telah mula dijalankan yang melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pemboleh ubah ke atas 700 orang askar yang neurotik. Dua faktor yang diberikan fokus utama ialah Neurotism (N) dan Ekstroversi (E). Faktor Neurotisme (N) mempunyai kontinum bipolar yang skornya melebihi 12 mewakili keadaan neurotis dan skor yang kurang daripada 12 mewakili keadaan yang stabil. Manakala bagi Faktor Ekstroversi (E), sekiranya mempunyai bipolar skor melebihi 12 mewakili ektroversi dan yang kurang daripada 12 mewakili introvertJika skor yang diperolehi oleh seseorang individu itu adalah N 12, individu tersebut mempunyai kecenderungan untuk memiliki kedua ciri-ciri neurotisme dan ekstroversi. Sehubungan dengan itu juga, individu berkenaan menunjukkan ketidakstabilan serta ciri-ciri neurotik yang lemah secara bertukar-tukar dari satu masa ke satu masa yang lain. Neurotism dan Stabiliti terdiri daripada kontinum bipolar yang mana skor melebihi 12 mewakili keadaan yang tidak stabil atau neurotis dan skor kurang daripadanya mewakili keadaan yang stabil. Begtu juga keadaannya dengan kontinum bipolar Ekstroversi dan Introversi yang mana skor melebihi 12 termasuk dalam golongan Ekstroversi dan skor kurang daripada 12 termasuk dalam keadaan yang Introvert.

Eysenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktor yang dikenal pasti bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenali sebagai Maudsley Medical Questionnaire (MMQ) dibentuk untuk mengukur faktor neurotisme sebagai dimensi personaliti (Eysenck, 1952). MMQ telah dikaji semula dengan menambah beberapa item. Melalui analisis item dan analisis faktor, satu alat ukuran yang mengandungi 40 item yang dikenali sebagai Maudsley Personality Inventory (MPI) dihasilkan. MPI mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme dan Ekstroversi. MPI kemudiannya dikaji semula dan diubah kepada Eysenck Personality Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga akhirnya dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI).

Namun begitu, penggunaan JEPI di Malaysia telah diubahsuai oleh Prof Madya Dr Sidek Mohd Noah mengikut bahasa dan budaya yang bersesuaian dengan rakyat Malaysia. Terdapat 60 item kesemuanyanya dan terdiri daripada 3 skala iaitu skala Ekstroversi, Neurotisme dan Penipuan. Skala Ekstroversi mempunyai 24 item (19 item positif dan 5 item negatif) manakala skala Neurotisme pula mengandungi 24 item yang semuanya menunjukkan item yang positif. Selain itu, terdapat juga skala Penipuan yang mengandungi 12 item iaitu 6 item positif dan 6 item negatif.

Dari segi pentadbiran JEPI pula, masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun dicadangkan agar dapat menyelesaikannya dalam tempoh 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ia ditadbir dalam bilik yang selesa dan kondusif iaitu mempunyai peralatan-peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan jauh daripada kebisingan serta gangguan. Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati serta mengikut kaedah pengiraan yang standard yang telah ditetapkan. Rajah 1 berikut merupakan pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trettret yang terkandung di dalam JEPI

Kuadran II Mudah TersinggungGelisahAgresifGhairahMudah BerubahAPI ImpulsifOptimistikAktif Muram Kuadran I 24CemasBimbangTidak Fleksibel/RigidTidak Peramah 18Pendiam ANGINPesimisTenangSANGUINPHLEGMATIK1824SelesaBebasEkstrovertTANAHBersemangatKepimpinanResponsifPeramahKuadran IV Gemar BercakapKOLERIKMELANKOLIK

0 6 12JujurTerkawalTenangTenteramAIRBoleh DiharapkanBertimbang RasaBerhati-hatiPasifKuadran III

Rajah 1: Panduan Pentafsiran Inventori JEPI