interpretasi vpi

8

Click here to load reader

Upload: fahmi-hijazi

Post on 29-Nov-2015

1.678 views

Category:

Documents


129 download

TRANSCRIPT

Page 1: Interpretasi VPI

INVENTORI MINAT KERJAYA

Alat ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) yang dibentuk oleh John L. Holland

mengandungi 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional dari jenis personaliti

seseorang. Alat ini dibina berasaskan teori Holland yang mengandaikan bahawa individu boleh

dikumpulkan kepada enam jenis berdasarkan personalitinya. Setiap jenis personaliti

memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.

Alat ukuran VPI mengandungi 2 skala iaitu skala primer dan skala sekunder. Keenam-

enam jenis personaliti dan bidang minat pekerjaan yang diukur oleh skala primer ialah Realistik

(R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C). Sementara itu,

lima pembolehubah yang diukur oleh skala sekunder ialah Kawalan Diri atau Self-Control (SC),

Maskuliniti-Feminiti (MF), Status (ST), Infrequency (INF) dan Acqueiscence (AC). Kesemua

pembolehubah tersebut dan enam jenis personaliti ini adalah merupakan 11 sub-skala dalam

inventori ini.

Skor yang tinggi pada mana-mana sub-skala menunjukkan bidang-bidang utama yang

diminati sementara skor yang rendah bagi sub-skala lain pula menunjukkan bahawa personaliti

seseorang itu tidak selaras dengan bidang minat dan personaliti yang diwakili oleh sub-skala

tersebut (Holland 1969: 5-6). Ward dan Walsh (1981), juga telah menguji kesahan serentak alat

ukuran VPI dengan menjalankan kajian ke atas 102 orang wanita berkulit hitam yang bekerja di

dalam keenam-enam bidang pekerjaan yang telah ditetapkan. Hasilnya, didapati bahawa VPI

mempunyai kesahan serentak yang tinggi.

Pentadbiran Ujian VPI

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu

diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa,

lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan

yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil

ujian.

Pengiraan Skor Ujian VPI

Page 2: Interpretasi VPI

Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.

Pentafsiran Profil Ujian VPI

Personaliti Ciri-Ciri Pekerjaan

Realistik

☺ Mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal.☺ Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan,

tumbuhan, dan binatang.☺ Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di

dalam bangunan

☺ Jurutera Awam☺ Jurutera Kereta Api☺ Operator Mesin☺ Mekanik Kapal Terbang☺ Mekanik Kereta☺ Juruteknik Elektronik☺ Ahli Ilmu Perkebunan☺ Tukang Kayu

Investigatif

☺ Suka membuat pemerhatian, mempelejari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan.

☺ Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerja-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

☺ Ahli Kaji Cuaca☺ Ahli Biologi☺ Ahli Botani☺ Ahli Agronomi☺ Ahli Fizik☺ Ahli Kaji Bintang☺ Ahli Kimia☺ Ahli Kaji Bumi☺ Penyelidik Sains☺ Antropologis

Artistik

☺ Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.☺ Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja

dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur.

☺ Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.

☺ Penyair☺ Pemimpin Orkestra☺ Penyanyi Konsert☺ Penggubah Lagu☺ Pengarang☺ Pelukis Perdagangan☺ Pelukis Potret☺ Wartawan☺ Pelukis Kartun☺ Penghias Rmuah☺ Arkitek

Sosial☺ Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.☺ Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih,

memperkembang, mengubati dan membuat kebajikan pada orang lain.

☺ Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain.

☺ Ahli Sosiologi☺ Guru☺ Pengetua Sekolah☺ Pegawai Perhubungan Awam

☺ Pengarah Kem Belia

Page 3: Interpretasi VPI

☺ Matlamat utama adalah membuat kebajikan. ☺ Pengarah Agensi Kebajikan☺ Kaunselor Kerjaya☺ Kaunselor Peribadi

Enterprising

☺ Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.☺ Mempunyai minat dalam mempengaruhi,

mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain.

☺ Pandai dan mahir memanipulasi orang lain.☺ Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai

keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

☺ Spekulator☺ Aktuaris☺ Eksekutif Pengiklanan☺ Eksekutif Perniagaan☺ Pengarah Syarikat☺ Pengarah Publisiti☺ Peguam☺ Ahli Politik☺ Pengurus Hotel☺ Pengurus Bank☺ Jurujual Insurans

Conventional

☺ Suka bekerja denga data dan nombor.☺ Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian

serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor.

☺ Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur, dan mengikut arahan.

☺ Penyimpan Kira-Kira☺ Guru Perdagangan☺ Akauntan☺ Jurutrengkas☺ Kerani Bank☺ Pakar Cukai☺ Kerani Gaji☺ Operator Komputer☺ Penilai Harta☺ Jurujual Insurans☺ Kerani Insurans

Page 4: Interpretasi VPI

Pentafsiran Profil Ujian VPI – Skala Sekunder

Alat ukuran VPI mempunyai subskala tambahan iaitu Status, Maskuliniti-Feminiti, Kawalan-Diri,

Infrenquency dan Acquiescence. Panduan interpretasi untuk subskala ini adalah seperti yang

berikut;

Status – ST

☺ Skor Tinggi (8 hingga 14)

Menunjukkan individu memberikan nilaian dan persepsi yang tinggi kepada kerjaya-kerjaya

yang pada anggapannya mempunyai status yang tinggi.

☺ Skor Rendah (0 hingga 7)

Menunjukkan individu tidak begitu mementingkan status dalam pekerjaan.

Maskuliniti – Feminiti - MF

☺ Skor Tinggi (8 hingga 14)

Dikaitkan dengan individu memiliki ciri-ciri kelelakian yang selalunya dikaitkan dengan kerjaya

lelaki seperti polis, tentera, mekanik dan juruteknik.

☺ Skor Rendah (0 hingga 7)

Menunjukkan individu memiliki ciri-ciri feminin yang selalu dikaitkan dengan kerjaya

perempuan seperti guru. Peragawati, jururawat dan setiausaha.

Kawalan-Diri – SC

☺ Skor Tinggi (8 hingga 14)

Menunjukkan individu mempunyai kawalan diri yang baik yang selalunya dikaitkan dengan

mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi atau proaktif.

☺ Skor Rendah (0 hingga 7)

Menunjukkan Individu kurang mampu mengawal diri sendiri. Individu ini dikatakan mempunyai

lokus kawalan luaran yang tinggi atau reaktif dan mereka sangat dipengaruhi oleh faktor

persekitaran.

Page 5: Interpretasi VPI

Infrequency – INF

Skor maksimum untuk skala INF ialah 20.

☺ Skor Rendah (Kurang atau Sama Dengan 10)

Memperlihatkan bahawa jawapan klien adalah konsisten. Ini sekali gus menunjukkan bahawa

jawapan yang diberi oleh klien boleh dipercayai.

☺ Skor Tinggi ( 10 Ke Atas)

Memperlihatkan jawapan klien adalah tidak konsisten dan dengan itu, profil minat kerjaya yang

diperoleh tidak boleh dipercayai. Skala INF adalah berkaitan dengan kebolehpercayaan alat

ukuran VPI.

Acquiescence – AC

Skor maksimum untuk skala AC ialah 30.

☺ Skor Rendah (Kurang atau Sama Dengan 15)

Memperlihatkan bahawa klien menjawab berdasarkan kepada apa yang sebenarnya tentang

minatnya dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain. Hal ini sekali fus menunjukkan bahawa

jawapan yang diberi oleh klien adalah sah.

☺ Skor Tinggi (15 Ke Atas)

Memperlihatkan bahawa jawapan klien mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Misalnya,

pandangan masyarakat tentang sesuatu pekerjaan dan dengan itu, profil minat kerjaya yang

diperoleh adalah tidak sah. Skala AC adalah berkaitan dengan kesahan alat ukuran VPI.