interpersonal dan intrapersonal

40
BAHASA MELAYU

Upload: dina-amira

Post on 01-Jul-2015

7.046 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

BAHASA MELAYU

Page 2: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

MOHAMAD AMIRUL FIKRI BIN MHD SUPIANMUHAMMAD IZAMUDDIN BIN MUHAMAD

NAWAWINOOR MUNIRAH AINI BINTI MUTALIB

PPISMP 2.03

Page 3: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

DEFINISI KEMAHIRAN

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi baru cetakan

1991, kemahiran ialah kecekapan atau kepandaian.

Page 4: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

DEFINISI KOMUNIKASI

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka juga komunikasi pula

ialah berhubungan secara langsung atau dengan

perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain dan

mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar

pendapat dan lain-lain).

Page 5: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Seseuatu proses pemindahan maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang individu kepada individu yang lain.

Suatu seni menyalurkan idea-idea dan sikap daripada seorang individu kepada seorang yang lain.

Page 6: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta

Komunikasi ialah sebarang proses yang mana manusia berkongsi maklumat, idea dan perasaan

Komunikasi dari perspektif Islam ialah proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis

De Vito (1978)

Hybels dan Weaver 2 (1995)

Muhammad Yusof Hussain (1990)

Page 7: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI

INTRAPERSONAL (DIRI)

INTERPERSONAL (ANTARA INDIVIDU)

KUMPULAN KECIL AWAM

KOMUNIKASI MASSA

Page 8: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

berlaku di dalam diri seseorang.Seseorang yang sedang berfikir

tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.

bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.

Page 9: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Komunikasi antara individu.Proses komunikasi yang

melibatkan dua orang atau lebih.Bersifat terus iaitu bersemuka

tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu

Juga berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja.

Page 10: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

KOMUNIKASI KUMPULAN Berperanan membuat keputusan

dan dipatuhi oleh semua ahli.Berlaku dalam bentuk formal dan

tidak formal.Contoh : mesyuarat.

Page 11: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

PENGUCAPAN AWAM

Berucap di khalayak ramaiSeorang kepada ramai orang

Page 12: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Komunikasi Massaberlaku untuk sebaran

umum menggunakan alat-alat

media massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, buku dan risalah.

Berbentuk sehala dan jika berlaku tindakbalas ia mengambil masa dan tidak sepantas interpersonal.

Page 13: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

Page 14: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Komunikasi intrapribadi atau komunikasi intrapersonal adalah penggunaan bahasa atau fikiran yang terjadi di dalam diri komunikator sendiri.

Merupakan keterlibatan internal secara aktif dari individu dalam pemprosesan simbolik dari pesan-pesan.

Seorang individu menjadi pengirim sekaligus penerima pesan, memberikan umpan balik bagi dirinya sendiri dalam proses internal yang berkelanjutan.

DEFINISI

Page 15: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Berlaku di dalam diri seseorang.Seseorang yang sedang berfikir tentang

sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.

Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.

Page 16: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL
Page 17: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Komunikasi intrapersonal dapat menjadi pemacu bentuk komunikasi yang lainnya.

Pengetahuan mengenai diri peribadi melalui proses-proses psikologis seperti persepsi dan kesedaran terjadi saat berlangsungnya komunikasi intrapribadi oleh komunikator.

Page 18: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

CIRI-CIRI KOMUNIKASI

INTRAPERSONAL

Page 19: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu (dengan diri sendiri).

Merupakan landasan untuk melakukan komunikasi intrapribadi. Keberhasilan komunikasi kita dengan orang lain bergantung kepada keberkesanan komunikasi kita dengan diri sendiri.

Terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek yang diamati mendapatkan rangsangan pancaindera kemudian mengalami proses perkembangan dalam fikiran manusia.

Mendapatkan perhatian besar dari kalangan psikologi behavioristik (pemerhati tingkah laku).

Page 20: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

CONTOH KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

Page 21: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Muhasabah Diri* menilai tentang segala perkara yang telah dilakukan sama ada yang baik atau yang buruk dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

Berdoa* memohon sesuatu perkara yang diminta daripada Allah Taala.

Bersyukur* berterima kasih di atas segala apa yang diperolehi melalui pemberian Allah.

Page 22: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Page 23: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

DEFINISI KOMUNIKASI

INTERPERSONAL

Page 24: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

R. Wayne Pace mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara tatap muka.

Komunikasi interpersonal juga boleh diertikan sebagai proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman dengan individu-individu lain.

Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara orang yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan orang membalas secara terus antara satu sama lain.

Page 25: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

CIRI-CIRI KOMUNIKASI

INTERPERSONAL

Page 26: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Biasanya berpasangan iaitu melibatkan hanya dua orang.

Biasanya berbentuk :- dialog - bercirikan tolak ansur lisan

(verbal) – orang biasanya mencelah antara

satu sama lain.Bagaimanapun, ia boleh berlaku dalam

satu kumpulan kecil apabila para peserta bertindak balas terus antara satu sama lain sebagai individu.

Page 27: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

CARA-CARA KOMUNIKASI

INTERPERSONAL

Page 28: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

CARA-CARA KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Antara Dua Individu

Melebihi Dua Individu

Secara Formal

Secara Tidak Formal

Page 29: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Komunikasi Antara Dua Individu

Merupakan satu bentuk dialogBerlaku apabila seseorang

berkomunikasi secara personal terus sebagai seorang individu

Contoh :Hani dan Yazed berbincang mengenai masa depan rumah tangga mereka.

Page 30: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Komunikasi Melibatkan Lebih Dua Individu

Secara am terbahagi kepada dua :I. Secara formalII. Secara tidak formal

Page 31: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Secara Formal

Berlaku apabila seseorang mengemukakan idea, perasaan dan maklumat ‘tanpa gangguan’ kepada satu kumpulan orang.

Tidak banyak berlaku komunikasi dua hala.Seseorang menyuarakan sesuatu dan yang

lain menjadi pendengar.Contoh :

Harith menyampaikan tazkirah di hadapan kelas sebelum kelas dimulakan pada pagi tadi.

Page 32: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Secara Tidak FormalBerlaku apabila kedua-dua pihak menyuarakan

idea, perasaan dan maklumat.Dengan kata lain juga, dikatakan penggunaan

‘dengan gangguan’ iaitu mungkin akan berlaku pro dan kontra ataupun seseorang mungkin mencelah.

Contoh :Melur mengatakan kepada kelasnya bahawa wajahnya saling tidak tumpah seperti Siti Nurhaliza tetapi Ridzwan mencelah dengan mengatakan bahawa wajah Melur seperti pembantu rumah Siti Nurhaliza.

Page 33: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

INTERPERSONAL

Page 34: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

1. Membina hubungan

Hubungan baik dilihat dalam situasi berikut :- kemesraan perhubungan dalam pertemuan- penyampaian masalahnya tanpa keraguan- tanda kepercayaan lahir akibat penerimaan sepenuhnya tanpa syarat

Hubungan baik seperti ini hanya dapat dicapai apabila perasaan empati kedua-dua dapat dirasai.

Dengan berperasaan empati ini, hubungan baik di antara dua pihak akan dapat terus dijalin dan dikekalkan sepanjang proses komunikasi itu.

Page 35: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

2. Kemahiran memberi perhatianDi dalam proses komunikasi, memberi

perhatian merujuk kepada komunikasi bukan lisan, walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi lisan.

Komunikasi bukan lisan dibahagikan kepada beberapa komponen, iaitu gaya badan(posture), gerak isyarat, air muka, kontak mata, dan juga nada suara.

Page 36: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

3. Kemahiran mendengar

Rogers (1951) merumuskan: “Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud.”

Model latihan mendengar membahagikan tingkah laku mendengar kepada tiga komponen, iaitu memberi perhatian termasuk kontak mata, gaya relaks, dan respon yang pula membawa maksud mendengar.

Mendengar dengan telinga ketiga (Reik, 1948) melibatkan kemahiran memikir dan membayangkan bagaimana orang lain merasa, dan dengan ini, ia merupakan langkah pertama ke arah empati

Page 37: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

CONTOH KOMUNIKASI

INTERPERSONAL

Page 38: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Apabila anda sedang bercakap melalui telefon dengan seorang kawan baik tentang pengalaman anda berada di perantauan.

Apabila anda berbincang tentang tugasan projek anda secara individu dengan pensyarah anda.

Page 39: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

RUJUKAN

Intrapersonal & Interpersonal untuk remaja Shahizan bin Hasan, Tsai Chen Chien & Saw Hooi Chin , PTS ,

2006 Kuala Lumpur

Kemahiran Interpersonal untuk Guru Abdullah Hassan & Ainon Mohd , PTS , 2006 , Selangor

EQ : Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi Mohd Azhar Abdul Hamid , PTS , 2007 , Kuala Lumpur

Teori-teori Komunikasi Saodah Wok , Narimah Ismail , Mohd Yusof Hussain , PTS , 2006 ,

Kuala Lumpur

Page 40: INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Ayam Hutan, Ayam Selasih

Sekian terima kasih