international baccalaureate - · pdf fileseiring dengan informasi dan perkembangan ......

42
INTERNATIONAL BACCALAUREATE EXTENDED ESSAY LANGUAGE MALAY A1 STANDARD LEVEL TITLE Masyarakat Orang Asli di Malaysia RESEARCH QUESTION Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam ‘Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli’ Hasil Pena Akiya NAME : MOHD NAZRUL A RAHIM CANDIDATE NUMBER : 002348-022 CENTER : MARA COLLEGE SEREMBAN, JALAN AMINUDDIN BAKI, 70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA. NUMBER OF WORDS : 3997 NUMBER OF PAGES : 38

Upload: hathuy

Post on 11-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

INTERNATIONAL BACCALAUREATE

EXTENDED ESSAY

LANGUAGE MALAY A1

STANDARD LEVEL

TITLE

Masyarakat Orang Asli di Malaysia

RESEARCH QUESTION

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam ‘Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli’ Hasil Pena

Akiya

NAME : MOHD NAZRUL A RAHIM

CANDIDATE NUMBER : 002348-022

CENTER : MARA COLLEGE SEREMBAN,

JALAN AMINUDDIN BAKI,

70100 SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA.

NUMBER OF WORDS : 3997

NUMBER OF PAGES : 38

Page 2: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

ABSTRAK i

PENGHARGAAN ii

BAB 1: PENGENALAN 1

BAB 2: SIAPAKAH ORANG ASLI ? 3

2.1 Sejarah asal-usul 3

2.2 Orang Asli Malaysia 3

2.3 Pecahan Etnik dan Populasi Orang Asli. 4

BAB 3: WUJUDKAH TRANSFORMASI ? 6

3.1 Transformasi dalam Aspek Ekonomi 6

3.2 Transformasi dalam Aspek Pendidikan 10

3.3 Transformasi dalam Aspek Kegiatan Sosial 14

3.4 Transformasi dalam Aspek Kebudayaan. 18

BAB 4: KESIMPULAN 20

BIBLIOGRAFI 23

LAMPIRAN

Biografi Pengarang 24

Sinopsis Setiap Cerpen Antalogi „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟

Sinopsis cerpen „Tuntut‟ 25

Sinopsis cerpen „Hari-hari Terakhir 26

Sinopsis cerpen „Tanah‟ 26

Sinopsis cerpen „Penghulu‟ 27

Sinopsis cerpen „Hutang‟ 28

Sinopsis cerpen „Gingong‟ 29

Temuramah Bersama Pengarang 30

DAFTAR KANDUNGAN

MASYARAKAT ORANG ASLI; MASIHKAH HIDUP DALAM

DUNIA TERASING? SATU ANALISA DALAM ‘TUNTUT:

KUMPULAN CERPEN ORANG ASLI’ HASIL PENA AKIYA.

Page 3: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

i

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

ABSTRAK

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? ini dihasilkan

berdasarkan sebuah antalogi cerpen, Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli hasil nukilan

Akiya bagi memperlihatkan wajah dan kehidupan sebenar masyarakat Orang Asli di

Malaysia.

Masihkah hidup dalam dunia terasing? Satu persoalan pokok yang bakal merungkai

apakah yang sedang berlaku dalam ruang lingkup masyarakat peribumi ini. Wujudkah

transformasi dalam masyarakat mereka atau masih terbuai di takuk lama yang sudah pasti

mengundang persepsi kurang senang masyarakat umum. Rentetan itu, kajian serta

pemerhatian keatas cerpen-cerpen hasil coretan Orang Asli sendiri, ‘Tuntut’, ‘Hari-hari

Terakhir’, ‘Tanah’, ‘Penghulu’, ‘Hutang’ dan ‘Gingong’ serta watak-watak yang

mewarnai setiap cerpen telah dijalankan bagi menyelami dan melihat sendiri hakikat sebenar

kehidupan mereka melalui segenap aspek.

Dalam aspek ekonomi, pendidikan, kegiatan sosial dan kebudayaan, masyarakat

Orang Asli dilihat begitu berusaha dan sudah menyedari keperluan bagi mengharungi era

globalisasi yang semakin mencabar. Tambahan lagi, masyarakat mereka sudah mampu

bersaing dalam bidang-bidang pertanian dan pendidikan dengan masyarakat lain di Malaysia.

Seiring dengan informasi dan perkembangan semasa, masyarakat ini benar-benar sudah

mengalami transformasi dalam kehidupan mereka. Namun begitu, menerusi watak-watak

dalam cerpen-cerpen yang di kaji, pengarang begitu jujur mempersembahkan wajah sebenar

masyarakatnya dimana masih ada segelintir yang masih enggan bersikap terbuka dan keluar

dari kepompong yang lama. Sikap dan perangai buruk masih lagi menyelebungi dan merantai

kehidupan sebahagian daripada mereka. Malah, ada juga masyarakat Orang Asli sendiri

sudah hilang jati diri apabila begitu mudah melupakan tradisi masyarakat serta adat yang

cukup bernilai.

Page 4: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

ii

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

PENGHARGAAN

Pertamanya, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan taufik serta hidayah-Nya

dapatlah Extended Essay bagi subjek Malay A1 Standard Level ini saya sempurnakan dengan

jayanya. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan khas untuk para guru

penasihat yang begitu banyak membantu saya sepanjang pembikinan esei ini khususnya Pn.

Azizah Bte Ismail. Jutaan terima kasih juga buat Tuan Pengarah dan Timbalan Hal Ehwal

Akademik yang telah memberi sokongan kepada para pelajar dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga buat ayahanda dan ibunda serta keluarga yang selama ini terus

menerus memberi semangat dan dorongan kepada saya disamping doa dan wang ringgit bagi

memastikan tugasan yang penuh mencabar ini dapat disiapkan pada waktunya. Kepada rakan-

rakan seperjuangan, terima kasih saya ucapkan kerana begitu banyak menyumbang idea dan

komen yang berguna dan cukup membantu.

Jutaan penghargaan juga saya tujukan khas buat Tuan Akiya atau nama sebenar beliau

Mahat a/l China selaku pengarang antalogi Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli kerana

sudi meluangkan masa untuk ditemuramah. Lantas, mencurahkan pelbagai info, komen dan

idea yang begitu berharga buat saya dalam mencoretkan yang terbaik untuk tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga , terima kasih saya ucapkan kepada pihak Jabatan Kemajuan

Orang Asli Malaysia (JAKOAM) khususnya Bahagian Penyelidikan dan Penerangan,

Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi yang

banyak memberikan kerjasama dan informasi terkini sepanjang saya menjalankan tugasan ini.

Akhir kalam, sesungguhnya segala sumbangan yang telah diberikan tidak dapat saya

balas dengan wang ringgit atau harta. Tanpa penglibatan anda semua sudah pasti esei ini

tidak dapat saya sempurnakan dengan jayanya. Terima kasih saya ucapkan.

Page 5: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

1

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

BAB 1: PENGENALAN

Kajian demi kajian telah dilakukan bagi menerokai kehidupan sebenar masyarakat

Orang Asli di Malaysia. Seiring dengan suasana kepesatan pembangunan dalam era

globalisasi ini, masyarakat Orang Asli seringkali dilabel sebagai masyarakat minoriti yang

masih ketinggalan dan keciciran dalam segenap aspek kehidupan. Namun begitu, tidak

dinafikan juga bahawa hakikatnya masyarakat peribumi ini sudahpun mengalami

transformasi dalam kehidupan mereka.

Menerusi karya hasil nukilan karyawan Orang Asli, ‘Tuntut : Kumpulan Cerpen

Orang Asli’, penulis cuba menyelami kehidupan sebenar masyarakat Orang Asli di Malaysia

berdasarkan aspek-aspek ekonomi, pendidikan, kegiatan sosial dan kebudayaan mereka.

Suara „dari dalam‟ yang berjaya dizahirkan dalam bentuk sastera ini memberi wajah sebenar

kehidupan masyarakatnya sendiri. Enam buah cerpen yang terkandung dalam himpunan

karya ini telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian utama iaitu ‘Tuntut’, ‘Hari-hari

Terakhir’, ‘Tanah’, ‘Penghulu’, ‘Hutang’ dan ‘Gingong’.

Cerpen-cerpen yang padat dengan karenah dan asam garam dalam kehidupan

masyarakat Orang Asli berjaya dipersembahkan dengan menarik untuk tatapan umum

masyarakat. Coretan yang berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sendiri oleh pengarang

menjadikan perjalanan cerpen yang dihasilkan segar dan kelihatan asli tanpa terasa ada

kejanggalan. Perjalanan plot yang santai dan bersahaja menjadikan perubahan dalam

masyarakat mereka yang cuba diketengahkan diadun sekali dengan kritikan daripada

pengarang terhadap masyarakatnya sendiri sekaligus mencerminkan identiti masyarakat

Orang Asli itu sendiri.

Page 6: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

2

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

Transformasi yang berlaku dalam ruang lingkup masyarakat Orang Asli

sememangnya wujud dalam segenap aspek kehidupan mereka. Mungkin kerana bilangan

mereka yang sedikit menjadikan perubahan yang berlaku tidak dipandang oleh masyarakat

umum. Masyarakat Orang Asli kini sudah melibatkan diri dalam bidang ekonomi dan

pendidikan yang lebih baik. Sudah ramai masyarakat Orang Asli yang mempelopori bidang-

bidang profesional dan taraf pendidikan dalam kalangan Orang Asli kian meningkat hasil

sistem persekolahan yang wujud di petempatan mereka. Kehidupan sosial dan kebudayaan

juga dilihat semakin baik dan lebih bertamadun. Masyarakat Orang Asli sudah tidak malu

lagi untuk berhadapan dan berinteraksi dengan masyarakat umum seperti dahulu.

Hakikatnya, masyarakat Orang Asli juga memiliki keunikan adat dan budaya

mereka yang tidak boleh dipisahkan dari ruang lingkup kehidupan mereka. Kehidupan

bermasyarakat yang sudah pasti tidak akan lari daripada kepincangan dan masalah dalaman.

Senario kehidupan masyarakat Orang Asli dalam mengharungi dunia globalisasi ini

memperlihatkan segelintir daripada masyarakat peribumi ini sudah mula hilang jati diri.

Mereka sudah mula lupa asal usul mereka, mereka sudah lupa akan adat dan budaya

mereka. ‘Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli’ bakal merungkai segalanya. Masihkah

masyarakat Orang Asli hidup dalam dunia terasing?

Page 7: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

3

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

BAB 2: SIAPAKAH ORANG ASLI ?

2.1 Sejarah asal-usul.

Menyingkap sedikit lembaran sejarah, Kepulauan Melayu telah dihuni oleh

segolongan manusia yang dikenali sebagai „Austronesian‟ atau „Malayo-Polynesia‟ kira-kira

5000 tahun lampau. Golongan ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan

Taiwan yang berhijrah secara ‟sporadic‟, ‟irregular‟ dan ‟incremental‟ ke arah selatan

bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah

besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar1.

2.2 Orang Asli Malaysia

Istilah „Orang Asli‟ dalam bahasa Melayu bermaksud penduduk asal sesebuah negeri

atau „yang mula-mula‟2. Istilah ini hanya digunapakai di Malaysia barat sahaja dan istilah ini

juga digunakan bagi menyeragamkan 18 etnik dalam masyarakat ini.

Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974 menyatakan:

Mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli

dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan

Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang

itu;Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai

anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan

sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli,

lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang

Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau;Anak

daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli

dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa

anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara

hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi

menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli;Mana-mana Orang Asli yang

1 Sejarah Orang Asli Malaysia - Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia

(JAKOAM). 2 Kamus Dewan Edisi 4, halaman 85

Page 8: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

4

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah

memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi

dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau

bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi

menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu3.

2.3 Pecahan Etnik dan Populasi Orang Asli.

Masyarakat Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan kaum utama iaitu

Melayu-proto, Negrito dan Senoi yang mewakili 18 etnik. Ketiga-tiga kumpulan kaum

utama ini dapat dibezakan berdasarkan ciri-ciri budaya, bahasa, bentuk fizikal dan organisasi

sosial yang ada kelainan dan keunikan masing-masing. Dibawah kumpulan Melayu-proto

terdapat etnik Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai dan

Temuan. Manakala kumpulan Negrito pula diwakili oleh etnik Kensiu, Kintak, Lanoh,

Jahai, Mendriq dan Bateq. Bagi kumpulan Senoi pula ialah etnik Temiar, Semai, Semoq

Beri, Jah Hut, Mahmeri dan Che Wong4.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia

(JAKOAM), sehingga kini dianggarkan terdapat kira-kira 180, 000 orang, Orang Asli yang

hanya mewakili 0.01% populasi penduduk di Malaysia5. Masyarakat ini mendiami kawasan

mengikut demografi kumpulan kaum mereka. Kaum Negrito mendiami kawasan utara

semenanjung. Orang-orang Senoi pula lebih bertumpu di bahagian tengah semenanjung

terutama di kawasan kaki-kaki bukit dan banjaran. Manakala Melayu-proto pula terdapat di

bahagian selatan Semenanjung.

3 Undang-undang Malaysia-Akta 134/Akta Orang Asli 1954

4 Etnik Orang asli Malaysia- Bahagian Penyelidikan dan Penerangan/ JAKOAM

5 Populasi Orang Asli/banci penduduk - Bahagian Penyelidikan dan Penerangan/ JAKOAM

Page 9: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

5

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

Didalam cerpen-cerpen yang dikaji, pengarang menggunakan latar masyarakat

etniknya sendiri iaitu etnik Semai bagi mewakili masyarakat Orang Asli secara

keseluruhannya.

“Jadi saya tulis tentang orang Semai. Ruang lingkupnya dalam orang

Semai. Namun begitu itulah wajah-wajah Orang Asli. Itulah wajahnya.

Kalau awak pergi kelompok mana sekalipun itu jugalah ceritanya”6.(Akiya)

6 Temuramah Pengarang – Mahat a/l China, Akiya-16 Jun 2011

Page 10: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

6

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

BAB 3: WUJUDKAH TRANSFORMASI ?

Istilah „Transformasi‟ bermaksud perubahan bentuk sifat, rupa atau keadaan. Dalam

erti kata lain ia merupakan satu proses peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain,

berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu

ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna7.

Transformasi dalam masyarakat Orang Asli memperlihatkan berlakunya perubahan

dalam segenap aspek kehidupan masyarakat mereka yang meliputi aspek ekonomi,

pendidikan, kegiatan sosial dan kebudayaan. Pada dasarnya, perubahan yang berlaku adalah

disebabkan keprihatinan pihak-pihak tertentu khususnya pihak kerajaan dalam berusaha

membantu masyarakat ini keluar dari kepompong yang lama dengan pelbagai cara. Malah,

kesedaran masyarakat itu sendiri juga sebenarnya mendorong kepada modenisasi mentaliti

kearah kemajuan dan taraf hidup yang lebih baik seiring dengan era globalisasi.

3.1 Transformasi dalam Aspek Ekonomi

Ekonomi sesuatu bangsa menjadi pedoman untuk melihat sejauhmana taraf hidup

sesebuah bangsa. Tidak hairan jika hari ini, kemajuan ekonomi sangat dititik beratkan oleh

semua negara di seluruh dunia bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam

mengharungi dunia globalisasi. Dalam skop yang lebih kecil, ekonomi seringkali dikaitkan

dengan kerjaya yang diceburi oleh individu dalam masyarakat tersebut.

Masyarakat Orang Asli sememangnya terkenal dengan amalan ekonomi sara

diri sejak dahulu lagi. Hidup ditemani pokok-pokok dan makhluk rimba menjadikan

suasana sebegitu sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hutan merupakan tempat bergantung

mencari rezeki saban hari dengan mengutip hasil rimba, memburu binatang serta bercucuk

7 Kamus Dewan Edisi 4-halaman 1712

Page 11: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

7

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

tanam secara tradisional. Dengan hanya menggunakan senjata ciptaan sendiri dan kemahiran

kendiri yang diwarisi daripada nenek moyang, masyarakat Orang Asli begitu kental

meneruskan survival mengharungi jerih perih kehidupan yang dianggap sudah menjadi

kebiasaan. Namun, kini sudah ramai masyarakat peribumi ini menceburi bidang-bidang

profesional yang lebih menjamin kestabilan ekonomi mereka. Ramai diantara mereka

sudah berjinak-jinak dalam perniagaan, malah ada yang sudah bergelar usahawan berjaya.

Profesion guru juga antara bidang yang diceburi oleh masyarakat mereka khususnya oleh

generasi muda.

Hal ini telah diperlihatkan menerusi watak Wah Tipah yang merupakan seorang guru

yang mencurahkan bakti kepada anak bangsanya di pedalaman. Wah tipah dalam cerpen

‘Tuntut’ dilabelkan sebagai seorang wanita yang matang dan berpelajaran dalam keluarga

mertuanya. Selain itu juga, watak Cikgu Uda dalam cerpen ‘Hutang’ mempelopori bidang

perguruan dan sanggup mengadakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar dikampungnya.

„Petang itu dia mengajar kelas bimbingan peperiksaan Sijil Rendah

Pelajaran dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di balairaya kampung

tersebut. Tugas itu dilakukan selepas dia mengajar sebelah pagi di sekolah

menengah di Pekan Air Tawar.‟ (Hutang halaman 103)

Tambahan lagi, masyarakat ini sudahpun pandai memanfaatkan tanah yang

dimilikinya dengan bercucuk tanam secara tetap. Ini bermakna masyarakat Orang Asli

juga telah mengalami transformasi dalam sektor pertanian apabila mereka menanam getah

serta memiliki dusun buah-buahan dan hasilnya akan dijual kepada peraih. Hal ini banyak

sekali diperkatakan dalam cerpen-cerpen yang dikaji iaitu ‘Hutang’, ‘Penghulu’ dan ‘Hari-

hari Terakhir’. Menurut sumber juga, sehingga kini kebanyakan tanah milik Orang Asli

telah dimajukan dengan kerjasama Agensi Pembangunan Tanah seperti Pihak Berkuasa

Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan

Page 12: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

8

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi membantu

mereka dalam sektor pertanian sebagai sumber pendapatan8 . Generasi muda masyarakat

Orang Asli menerusi cerpen ‘Hari-hari Terakhir’, juga telah ramai yang berhijrah keluar

dari kampung untuk mencari rezeki.

“Anak-anak muda ramai yang telah meninggalkan kampung. Mereka

mencari kerja di bandar. Bekerja di bandar pendapatannya tetap. Begitulah

jawapan yang diberi oleh mereka setiap kali di tanya. Biarpun gajinya kecil

tetapi gahnya ada.” (Hari-hari Terakhir, halaman 18)

Walaupun begitu, masih ramai lagi masyarakat mereka yang bergantung kepada

hutan sebagai sumber rezeki mereka dimana mereka memanfaatkan sepenuhnya hutan

yang kaya dengan sumber semulajadi. Lewat cerpen ‘Hari-hari terakhir’, masyarakat di

Kampung Changkat masih memburu babi sebagai sumber rezeki apabila Isa, Aris , Bah Ee

dan rakan- rakannya sering memburu babi di belukar. Malah, dalam cerpen yang sama, ada

juga penduduk kampung yang keluar mencari rotan sebagai sumber pendapatan kedua selain

menoreh getah. Meneliti cerpen ‘Hutang’ apabila penduduk Kampung Changkat Bom masih

tetap mengutip hasil hutan di Bukit Lingsir walaupun pada hakikatnya sudah ramai diantara

mereka mempunyai kebun getah dan dusun sendiri.

Setelah meniliti cerpen-cerpan yang dikaji, sebenarnya disebalik berlakunya

transformasi dalam ekonomi mereka, masyarakat ini mempunyai masalah hutang yang

kritikal dan masih ada segelintir masyarakat Orang Asli yang bersikap malas bekerja.

Masalah hutang sangat jelas dibicarakan oleh pengarang dalam cerpen ‘Hutang’ menerusi

watak Menik Alang yang akhirnya membawa kepada kesusahan keluarganya sendiri dan dia

sendiri ditimpa musibah apabila jatuh dari pokok petai.

8 Pelan Strategik Pembangunan Orang Asli tahun 2006-2010-Halaman 12-13

Page 13: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

9

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

““Mak, Pak Cik Akoh kata semalam, kita dah banyak hutang,” kata Timah.

Anak itu tidak malu-malu menjelaskan hal hutang piutang mereka.”

(„Hutang‟, halaman 98)

Malah, hutang yang terlalu banyak sehinggakan hutang tersebut terpaksa diwarisi oleh

keluarga mereka. Sikap malas juga merupakan masalah yang membelenggu masyarakat

ini. Hal ini dibicarakan oleh pengarang menerusi kritikan Penghulu Udang yang dengan tegas

mengatakan anak buahnya ramai yang malas dan bodoh dalam cerpen yang sama. Masalah

seperti ini akhirnya memerangkap masyarakat ini ke lembah kemiskinan. Akibatnya,

sehingga kini masalah kemiskinan yang melanda dalam masyarakat Orang Asli masih tinggi

walaupun hakikatnya taraf ekonomi mereka banyak menunjukkan perubahan positif. Menurut

sumber, sejumlah 13,642 keluarga Orang Asli dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar

dimana peratusannya masih tinggi iaitu 48.99 % sehingga akhir Disember 20099.

Situasi seperti inilah yang membawa kepada status peminggiran dalam

masyarakat umum sejak sekian lama. Lantas, masyarakat ini seolah-olah terasing dalam

dunia mereka sendiri walaupun perubahan berlaku dalam masa yang sama.

9 Data Kemiskinan KIR Orang Asli Mengikut Negeri Pada 31 Desember 2009, Jabatan Kemajuan Orang Asli

Malaysia (JAKOAM)-Taklimat Jabatan Kemajuan Orang Asli kepada Unit Perancanagan Jabatan Perdana Menteri-Halaman 8.

Page 14: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

10

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

3.2 Transformasi dalam Aspek Pendidikan

Mendapat pendidikan sama ada berbentuk formal atau tidak formal menjadi satu

keperluan asas dalam kehidupan manusia. Melalui pendidikan, sesebuah masyarakat itu

mampu mengecapi tamadun hidup yang lebih tinggi dan dapat menikmati proses kehidupan

seharian dengan lebih sistematik. Pendidikan yang baik mampu memberi sinar dalam

pembangunan modal insan yang sangat diperlukan dalam mengharungi arus pemodenan.

Sememangnya menjadi harapan kerajaan memastikan sistem pendidikan di Malaysia mampu

menjana pemikiran yang global dan menyeluruh sekaligus menyediakan generasi pewaris

negara yang mapan.

Dalam konteks arus pembangunan negara, masyarakat Orang Asli seringkali

dikatakan jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan. Lantas melabelkan masyarakat

peribumi ini tidak bertamadun dan bodoh. Namun begitu, jika diteliti dengan lebih dekat lagi,

masyarakat minoriti ini sebenarnya sedang berusaha dalam dunia transformasi

pendidikan mereka bagi memastikan tidak ketinggalan jauh dengan masyarakat lain di

Malaysia. Memetik kata-kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia

(JAKOAM) benarlah perubahan positif itu berlaku walaupun dalam kadar yang perlahan.

“Saya percaya jika kita amati sedikit mendalam, kita pasti nampak jelas

bahawa sudah ramai masyarakat Orang Asli yang sudah berubah daripada

tidak tahu baca tulis kepada golongan terpelajar. Memiliki kemahiran dan

keintelektual yang tinggi dan diiktiraf. Benar!, mereka sudah berubah.

Berikan mereka masa, mereka akan melakukan dengan lebih banyak

lagi”10

. (Dato‟ Hj Mohd Sani Bin Mistam)

Setelah diamati, sebenarnya mentaliti masyarakat Orang Asli juga sudah berubah

dimana mereka sudah menyedari hakikat kepentingan pendidikan dalam membawa

10

Bicara Ketua Pengarah, Buletin Asli- Bil. 2. 2010

Page 15: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

11

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

masyarakat mereka kepada kehidupan yang lebih baik. Dalam cerpen ‘Penghulu’,

masyarakat Kampung Sungai Jelintoh sudah menyedari akan keperluan pendidikan kepada

generasi muda untuk memajukan kampung dan kaum mereka.

“Mereka perlu maju dalam semua aspek pembangunan. Mereka harus maju

dalam hal ehwal pendidikan. Cucu-cicit mereka harus diberi didikan

pelajaran yang sempurna. Anak-anak mereka harus diajar ejaan cara

moden. Itu yang perlu dilakukan pada masa kini.”(„Penghulu‟, halaman 79)

Malah dalam cerpen ‘Hutang’, pengarang sekali lagi mengetengahkan perkembangan

pendidikan dalam masyarakat peribumi itu melalui watak anak Penghulu Udang, Ani yang

ketika itu sedang menuntut di Institut Teknologi MARA dalam bidang Seni Reka Fesyen. Hal

ini jelas menunjukkan bahawa sudah ada masyarakat Orang Asli memiliki taraf

pendidikan yang tinggi, berketerampilan dan mampu menyaingi kaum-kaum lain.

Menurut sumber terkini, sudah ramai Orang Asli berjaya dalam bidang pendidikan

dimana sehingga akhir 2008, sudah 700 graduan Orang Asli berjaya menamatkan pengajian

di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Ketika ini pula seramai 358 mahasiswa Orang Asli

sedang menuntut dalam pelbagai jurusan di peringkat Ijazah, Diploma dan sijil di pelbagai

Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negara sehingga akhir 200911

. Malah, ada juga

berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara12

. Manakala diperingkat sekolah pula, sehingga

akhir 2009, terdapat 94 buah sekolah kebangsaan diseluruh perkampungan Orang Asli di

Malaysia. Masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli semakin berkurangan

saban tahun menyaksikan perubahan bukan sahaja daripada segi bilangannya sahaja,

tetapi kualiti pelajar yang dihasilkan juga sangat memberangsangkan apabila pelajar

11

Maklumat Pelajar Unit Pengajian Tinggi- Bahagian Pembangunan Minda & Pendidikan/ JAKOAM 12

Enam Pelajar Orang Asli ke Luar Negara-Buletin Asli Bil 02.2010(Halaman 5)

Page 16: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

12

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

yang lulus dan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan besar UPSR, PMR,

SPM, dan STPM semakin ramai13

.

Namun begitu, kita seharusnya sedar bahawa kadar keciciran dalam kalangan

pelajar Orang Asli diperingkat sekolah masih tinggi walaupun perubahan berlaku

setiap tahun. Malah, menjadi satu isu yang sering diperkatakan diperingakat Jabatan

Kemajuan Orang Asli apabila ramai diantara mereka yang memiliki kelulusan dan

pendidikan yang tinggi semakin hilang jati diri apabila ada diantara mereka yang

bersikap tidak optimis dan tidak mahu membantu bangsanya sendiri. Mereka sendiri

memandang rendah terhadap masyarakat sendiri, mereka sudah lupa diri. Hal seperti ini juga

banyak diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen-cerpen yang digarap seperti watak Ani

yang bersikap acuh tak acuh apabila diberitahu tentang cadangan mengutip derma bagi

membantu keluarga Menik Alang yang ditimpa musibah. Sebagai seorang yang berlatar

belakangkan pendidikan yang tinggi, dia tidak seharusnya bersikap sedemikian kerana

harapan untuk membawa bangsanya kearah lebih maju adalah terletak pada bahunya.

“Jadi you ajak Ani di sini mahu bincang soal itu?” tanya Ani.”Ani tidak

ada masa mahu fikir soal itu,” tambahnya, lantang dan tegas..............

Uda benar-benar hampa dengan sikap buah hatinya yang langsung tidak

sensitif terhadap soal susah senang masyarakatnya sendiri walaupun dia

dibesarkan dikampung itu. (Hutang, halaman 101)

Sikap Ani ini bertentangan pula dengan Cikgu Uda yang sangat prihatin terhadap

pembangunan dan masalah yang melanda masyarakat di Kampung Changkat Bom.

Cikgu Uda begitu peka terhadap pendidikan generasi muda dikampungnya dan dalam

cerpen yang sama, Cikgu Uda memasang harapan yang tinggi buat anak didiknya.

13

Maklumat pelajar Unit Sekolah- Bahagian Pembangunan Minda & Pendidikan/ JAKOAM

Page 17: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

13

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

“Hanya satu harapanya agar anak-anak murid yang diajar setiap petang di

kelas bimbingannya akan mencorakkan warna kehidupan yang lebih

bermakna di Kampung Changkat Bom. Itu sahaja harapannya” („Hutang‟,

halaman 109)

Penulis melihat bahawa golongan seperti ini merupakan aset yang berharga

bagi membela dan memperjuangkan kemajuan bangsa sekaligus membawa

kepada penafian bahawa masyarakat Orang Asli hidup dalam dunia terasing.

Page 18: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

14

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

3.3 Transformasi dalam Aspek Kegiatan Sosial

Manusia adalah makhluk individu yang tidak terlepas daripada berhubung dengan

manusia lain. Sebagai akibat daripada hubungan yang terjalin antara individu-individu, maka

lahirlah kelompok sosial yang berlandaskan kepentingan bersama. Perkataan sosial bererti

kemasyarakatan14

. Sosial adalah keadaan dimana adanya hubungan antara manusia walau apa

jua keadaaan sekalipun samada kita dapat rasakan ataupun tidak. Kehidupan bermasyarakat

sudah pasti tidak lari daripada kehidupan berorganisasi yang mampu menjana keharmonian

dalam masyarakat tersebut. Dalam hidup bermasyarakat juga pasti mempunyai gaya hidup

yang tersendiri yang rata-ratanya banyak dikaitkan dengan pengaruh agama dan budaya

sesebuah masyarakat.

Menerokai kehidupan bermasyarakat Orang Asli, seringkali kita dipersonakan dengan

keunikan sistem dan gaya hidup masyarakat peribumi ini. Sebelum kedatangan penjajah,

kebanyakan komuniti Orang Asli adalah bersifat egalitarian (kesamarataan), dimana secara

umumnya tidak ada ahli komuniti yang melebihi atau mampu mengarah orang lain. Namun,

setelah kehadiran British struktur kepimpinan Orang Asli juga turut mendapat tempias

menjadikanya lebih formal dan jelas. Setiap komuniti Orang Asli dipimpin oleh pemimpin-

pemimpin tradisi mereka seperti Batin, Penghulu, khalaak (Shaman) dan Orang Tua15

.

Dengan wujudnya barisan pemimpin, masyarakat Orang Asli begitu bergantung sekali

kepada golongan ini.

Dalam cerpen-cerpen yang dikaji, pengarang banyak sekali berbicara tentang

kepimpinan dalam melatari plot cerpen-cerpennya. Dalam masyarakat Semai, pemimpin

utama mereka dikenali sebagai Penghulu begitu juga dengan etnik dibawah Senoi dan

Negrito. Hal ini berbeza penggunaan istilah dimana Tok Batin digunakan dalam Melayu-

14

Kamus Dewan Edisi 4-Halaman 1518 15

Orang Asli Isu, Transformasi dan Cabaran, Ma’rof Redzuan/Sarjit S. Gill (Halaman 144-147)

Page 19: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

15

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

proto. Namun melalui peredaran masa dan sistem kerajaan, masyarakat Orang Asli juga

mengalami transformasi dalam kehidupan bermasyarakat mereka. Menerusi cerpen

‘Penghulu’, golongan muda bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan

Keselamatan Kampung dalam usaha mereka memajukan Kampung Sungai Jelintoh seiring

dengan arus pemodenan negara. Walaupun dalam usaha penubuhan tersebut mendapat

tentangan hebat golongan tua khususnya penghulu mereka sendiri, namun akhirnya,

jawatankuasa tersebut dapat ditubuhkan dan diiktiraf oleh Pegawai Daerah.

Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung itu telah

disahkan oleh pihak Pejabat Daerah. Surat pengesahan telah diterima oleh

mereka. Bah Ngah tersenyum puas. Usahanya bersama raka-rakannya akan

bermula. („Penghulu‟, halaman 82)

Kesedaran dalam membina masyarakat yang lebih tersusun dan mapan sesungguhnya

telah berlaku dalam masyarakat peribumi ini. Secara tidak langsung dapatlah dilihat bahawa

mentaliti generasi muda Orang Asli telah mengalami perubahan dalam usaha mereka

melihat kaumnya maju kehadapan. Manakala, dalam cerpen ‘Hari-hari Terakhir’ pula,

kehidupan bermasyarakat Orang Asli sekali lagi mengalami satu perubahan apabila

tertubuhnya pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Kampung Changkat. Hal ini memberi

gambaran bahawa masyarakat mereka juga sudah memikirkan hidup secara

bermasyarakat yang menuntut kerjasama dan saling membantu antara mereka. Malah

kerajaan juga telah menyerahkan tiga pucuk senapang kepada pasukan RELA berkenaan bagi

menjaga keamanan kampung mereka.

“Senapang patah RELA, kata orang kampung. Kerajaan memberikannya

kepada orang Kampung Changkat untuk menjaga keamanan kampung

kalau-kalau ada ancaman dari orang jahat.”(Hari-hari terakhir, halaman

22)

Page 20: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

16

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

Namun, tiada yang sempurna dalam dunia ini. Manusia tidak lari daripada melakukan

kesilapan. Begitulah realiti kehidupan bermasyarakat. Dalam cerpen-cerpen hasil nukilan

Akiya ini, terdapat pelbagai masalah yang diketengahkan dalam mengkritik kedudukan

barisan pemimpin dalam masyarakat Orang Asli. Penghulu adalah antara insan yang

menjadi sasaran dalam mengambarkan wujudnya golongan yang tidak bertanggungjawab,

menerima rasuah, tidak amanah dan sebagainya. Meskipun banyak perubahan yang telah

berlaku dalam masyarakat yang diketuainya, tanpa disedari ada pihak yang mengambil

kesempatan keatas masyarakatnya sendiri. Penghulu Itam dalam cerpen ‘Tanah’

diperlihatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila bersekongkol

dengan anaknya Bah Jua dan sanggup menerima rasuah daripada peniaga Cina, Ah Tong

dalam isu menjual tanah milik arwah ayah Jantan yang sepatutnya tanah tersebut diserahkan

kepada Jantan, bukan menjualnya.

“Jua sudah jual sama gua RM 1000,”katanya. . . . . . . .”Ada lagi RM 300

gua kasi duit kopi sama lu punya pakcik” (Penghulu Itam)” („Tanah‟ ,

halaman 46)

Dalam cerpen ‘Penghulu’ pula, Penghulu Pandak digambarkan sebagai seorang

pemimpin yang mementingkan pangkat dan nama selain pemikirannya yang tidak terbuka

seringkali menidakkan pendapat golongan muda dalam usaha mereka memajukan Kampung

Sungai Jelintoh bersama. Lebih teruk lagi apabila Penghulu Pandak dikatakan hanya pandai

menghukum tanpa mencari jalan penyelesaian yang memberi kebaikan kepada semua

penduduk kampung. Dalam usaha Penghulu Pandak mempertahankan kedudukannya, hadir

pula watak yang mengapi-apikan lagi suasana dingin antara golongan tua dengan golongan

muda. Tuk Pawang Saman begitu taksub menyokong Penghulu Pandak dan sebenarnya dia

sendiri takut jika golongan muda menguasai barisan kepimpinan dalam kampung mereka,

kedudukannya sebagai pawang yang terhormat juga bakal terjejas.

Page 21: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

17

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

Lain pula ceritanya dalam cerpen ‘Hutang’ apabila Penghulu Udang tidak bersetuju

dengan cadangan Cikgu Uda untuk mengutip derma untuk mengurangkan beban keluarga

yang susah. Wal hal Penghulu Udang sendiri tidak amanah dalam menyampaikan

bantuan kerajaan kepada penduduk kampungnya sendiri. Sikap pilih kasih menghantui

diri Penghulu Udang yang gilakan kuasa sebagai pemimipin di kampungnya.

“Kalau ada apa-apa bantuan kerajaan, penghulu tidak akan

mengagihkannya kepada mereka. Penghulu akan memilih mereka yang

menyokongnya sahaja . Penghulu akan hanya memberi bantuan pada

waris-warisnya yang terdekat.” („Hutang‟ , halaman 108)

Sesungguhnya, sikap pemimpin dalam masyarakat seperti inilah yang menjadikan

masyarakat ini terus ketinggalan dan merapuhkan lagi aktiviti sosial dalam

masyarakat peribumi ini. Lantaran itu, penulis berpendapat, mentaliti generasi muda

yang bersifat lebih profesional mampu membawa masyarakat mereka keluar daripada

kehidupan yang dianggap terasing dalam masyarakat umum di Malaysia.

Page 22: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

18

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

3.4 Transformasi dalam Aspek Kebudayaan.

Masyarakat di Malaysia yang berbilang bangsa menyaksikan variasi dalam budaya

dan adat. Keunikan dan keindahan adat dan budaya masing-masing memberi makna tersurat

dan tersirat yang tersendiri. Adat dan budaya sesuatu bangsa juga merupakan identiti yang

seharusnya dipelihara agar segar dan kekal sepanjang zaman. Begitulah rona hidup yang

sekali-sekala perlu kita hayati sejenak, mengimbau warisan nenek moyang yang berharga.

Begitu juga jika kita berbicara tentang adat dan budaya masyarakat Orang Asli di

Malaysia yang penuh dengan keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Berbeza-beza

mengikut etnik, sudah pasti memberi kepelbagaian dalam adat dan budaya serta signifikannya

dalam masyarakat mereka. Dalam menyelami cerpen-cerpen yang dikaji, pengarang

menggambarkan bahawa adat dan budaya masyarakat mereka adalah perkara yang

paling banyak menerima cabaran dalam menghadapi transformasi. Hampir kesemua

cerpen-cerpen membicarakan tentang perihal adat dan budaya yang menerima tempias

daripada arus pemodenan. Kebanyakan masyarakat Orang Asli sendiri menganggap

muzik warisan nenek moyang mereka kuno dan tidak sesuai lagi untuk zaman

sekarang. Hal ini jelas diperkatakan menerusi watak Johan, cucu kepada Atuk Bait apabila

dia memilih anak-anak muda kampung untuk membuat pertunjukan daripada memilih Atuk

Bait meniup gingongnya.

“ „Datuk tahu, orang sekarang tak suka muzik kuno,‟ suaranya mengejek.

„Gingong yang datuk tiup di atas pentas, tidak ada sesiapa yang hendak

tonton,‟ tambahnya lagi.” („Gingong‟, halaman 112)

Begitulah sikap generasi muda Orang Asli yang sudah lupa akan warisan kesenian

nenek moyang sendiri. Generasi muda sudah mula terikut-ikut dengan lagu pop dan rock

Page 23: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

19

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

serta bermain alat muzik moden. Apakah ini anugerah kemajuan?. Sebenarnya tidak salah

untuk generasi muda ingin mencuba sesuatu yang baru yang seiring dengan zaman mereka.

Tetapi, pada masa yang sama mereka tidak seharusnya melupakan seni budaya bangsa

mereka sendiri. Lain pula kisahnya, apabila adat perkahwinan mula tercalar akibat perubahan

pemikiran generasi muda. Wah Tipah dalam cerpen ‘Tuntut’ telah melanggar adat

perkahwinan masyarakat suku Semai apabila dia menolak lamaran adik iparnya yang

sepatutnya perlu jika mengikut adat mereka. Lewat cerpen ‘Tanah’ pula tindakan Bah Jua

dan bapanya telah menjual tanah warisan pusaka milik arwah ayah Jantan tanpa berbincang

dahulu. Hal sedemikian adalah salah dalam adat mereka.

“Si Jua pun begitu kalau dia mahu jual tanah itu. Tetapi ajaklah dia

berunding dahulu. Dari segi adat resam Orang Asli, itu sudah salah. Hal

seumpama itu tak betul. Bapa saudaranya tidak amanah. Jua pun tidak

amanah.” („Tanah‟, halaman 41)

Bukan itu sahaja, malah kini ada tanah Orang Asli yang telah diceroboh oleh pihak-

pihak yang tidak bertanggungjawab atas alasan pembangunan. Hal ini memperlihatkan

kepada kita bahawa masih ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan

orang lain dan tidak menghormati adat masyarakat Orang Asli itu sendiri.

Isu mengenai tanah Orang Asli acapkali timbul dan yang terkini adalah

melibatkan hak tanah Orang Asli dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Sehingga kini

masyarakat tersebut sedang bangkit membawa hal tersebut ke mahkamah bagi

memperjuangkan hak mereka16

. Ini membuktikan mereka bukan lagi seperti dahulu yang

hanya mampu mengikut telunjuk orang lain tetapi bangkit memperjuangkan bangsanya.

16

‘Orang Asli take state govt to court’- THE STAR, Thursday 22 April 2011.

Page 24: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

20

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

4.0 KESIMPULAN

Penulis berpendapat bahawa Akiya berjaya memaparkan imej masyarakatnya sendiri

dengan begitu berkesan menerusi karyanya, ‘Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli’.

Penceritaan yang dibawa oleh pengarang melalui cerpen-cerpen yang digarapnya

memperlihatkan kehidupan yang berkisar disekeliling watak-watak yang beliau hadirkan di

mana berperanan memberi ekspresi kepada tema dan pengalaman harian dalam kehidupan

dan transformasi masyarakat Orang Asli. Pengarang sememangnya mengenali watak-watak

yang diciptanya. Mereka begitu sebati dengan peranan yang diberikan seolah-olah

membayangkan pelaku sosial yang tulen daripada masyarakat Orang Asli sendiri. Inilah

yang dikatakan karya yang lahir ‘dari dalam’. Malah, pengarang begitu kreatif mengolah

peranan watak dan mengadunkan pelbagai unsur dengan menyesuaikan jalan cerita dan

suasana sosial. Ternyata Akiya begitu jujur dalam menterjemahkan pengalaman dan

pemerhatiannya terhadap masyarakatnya lewat hasil penulisannya.

Dalam meneliti cerpen-cerpen yang dipilih, ‘Tuntut’, ‘Hari-hari Terakhir’,

‘Tanah’, ‘Penghulu’, ‘Hutang’ dan ‘Gingong’, penulis berkesempatan menyelami dan

menerokai kehidupan sebenar masyarakat Orang Asli daripada segenap aspek yang banyak

dibicarakan oleh pengarang dalam coretannya. Ekonomi masyarakat peribumi ini

diperlihatkan sudah bertambah kukuh dengan menceburi pelbagai bidang sama ada

profesional mahupun tidak. Transformasi dalam pendidikan masyarakat Orang Asli

kini mampu ke menara gading setanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Generasi muda diperlihatkan lebih berketerampilan dan mempunyai mentaliti yang

matang ingin membawa masyarakatnya terus maju kehadapan. Perubahan sosial yang

berlaku dalam komuniti minoriti ini juga dapat dikesan apabila golongan muda sudah

menyedari hakikat kepentingan hidup bermasyarakat dan tuntutan kearah masyarakat

yang maju dan harmoni. Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung

Page 25: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

21

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

dan pasukan RELA merupakan satu usaha yang baik kearah masyarakat yang lebih

bertamadun.

Namun begitu, realitinya, transformasi dan perubahan yang berlaku sebenarnya

menjadi cabaran buat masyarakat ini dalam menentukan masa hadapan kaumnya apabila adat

dan budaya mereka mendapat tamparan hebat dek arus pemodenan yang menyapa

masyarakat ini. Adakah mereka rela menggadaikan identiti warisan nenek moyang yang

begitu berharga atau terus mengekalkannya. Lantas diperlihatkan kepada kita akan

luluhnya jati diri masyarakat peribumi ini khususnya generasi muda apabila adat dan

budaya mereka sendiri semakin dilupakan. Tetapi usaha yang datang dari segelintir

golongan sedikit sebanyak mampu mengekalkan tradisi nenek moyang mereka dengan

pelbagai cara. Begitulah rona kehidupan peribumi yang penulis kira sedang dalam dilema

mengejar arus kemajuan dalam ruang lingkup masyarakat Orang Asli itu sendiri.

Malah, penulis juga bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh pengarang

dimana, masyarakat Orang Asli kini masih lagi diperlekeh dan dipandang rendah oleh

masyarakat umum di Malaysia walaupun transformasi kearah yang lebih baik rancak berlaku.

Bahkan, perkataan ‘Orang Asli’ itu sendiri membawa konotasi yang kurang baik

kepada masyarakat itu sendiri.

“Jadi, saya rasa...Orang Asli kurang bernasib baik. Perkataan „Orang Asli‟

itu sendiri memberi konotasi yang kurang sihat pada Orang Asli. Jadi

sekarang ini, kalau Orang Asli tak suka, ubahlah balik. Ubah kepada

perkataan Orang Semai. Macam saya Orang Semai, kalau bodoh pun,

biarlah kelompok Orang semai, jangan orang lain sama juga. Kita lahir

dari kelompok orang lain, tak akan kita nak jadi orang bodoh juga?. Kalau

Orang Temuan yang cerdik-cerdik, tak akan nak jadi bodoh? Oleh kerana

dia duduk dalam kelompok Orang Asli (OA) tadi”.(Akiya)17

17

Temuramah Pengarang – Mahat a/l China, Akiya-16 Jun 2011

Page 26: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

22

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

Lantaran itu juga, penulis melihat masyarakat Orang Asli sering dilihat dan dinilai

berdasarkan etnik tertentu sahaja yang akhirnya mengundang kepada tanggapan

bahawa masyarakat Orang Asli masih hidup dalam dunia terasing.

Namun, belakangan ini telah banyak usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam memastikan kaum ini tidak terus terpinggir

atau terasing. Buktinya, semakin ramai anak-anak Orang Asli berpeluang melanjutkan

pelajaran ke ‘menara gading’ dan penulis bersyukur kerana penulis sendiri adalah

salah seorang daripadanya.

Page 27: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing?

Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

23

Mohd Nazrul A Rahim

002348-022

BIBLIOGRAFI

Bicara Ketua Pengarah, Buletin Asli- Bil. 2. 2010

Data Kemiskinan KIR Orang Asli Mengikut Negeri Pada 31 Desember 2009, Jabatan

Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOAM)-Taklimat Jabatan Kemajuan Orang Asli

kepada Unit Perancanagan Jabatan Perdana Menteri-Halaman 8.

Enam Pelajar Orang Asli ke Luar Negara-Buletin Asli Bil 02.2010(Halaman 5)

Etnik Orang asli Malaysia- Bahagian Penyelidikan dan Penerangan/ JAKOAM

http://www.arkib.gov.my/hood_salleh-Profesor Hood salleh-Antropologi Orang Asli

Malaysia/UKM.

Kamus Dewan Edisi 4, halaman 85, 1712, 1518

Maklumat Pelajar Unit Pengajian Tinggi- Bahagian Pembangunan Minda &

Pendidikan/ JAKOAM

Maklumat pelajar Unit Sekolah- Bahagian Pembangunan Minda & Pendidikan/

JAKOAM

Orang Asli Isu, Transformasi dan Cabaran, Ma‟rof Redzuan/Sarjit S. Gill (Halaman

144-147)

„Orang Asli take state govt to court‟- THE STAR, Thursday 22 April 2011.

Pelan Strategik Pembangunan Orang Asli tahun 2006-2010-Halaman 12-13

Populasi Orang Asli/banci penduduk - Bahagian Penyelidikan dan Penerangan/

JAKOAM

Sejarah Orang Asli Malaysia - Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, Jabatan

Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOAM).

Temuramah Pengarang – Mahat a/l China, Akiya-16 Jun 2011

Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli, Akiya- Dewan Bahasa dan Pustaka 2001

Undang-undang Malaysia-Akta 134/Akta Orang Asli 1954

Page 28: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

24

LAMPIRAN:

BIOGRAFI PENGARANG

Akiya atau nama sebenarnya Mahat a/l China dilahirkan pada 2 Januari 1953. Berasal dari

Kampung Orang Asli Erong, Ladang Ulu Bernam, Teluk Intan, Perak dan berketurunan Orang

Asli dari suku Semai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (L) Tapah, Perak ketika berusia 10 tahun.

Setelah tamat darjah enam, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Hamid Khan, Tapah , Perak sehingga tamat tingkatan

lima pada tahun 1975 dengan kelulusan Sijil Am Pelajaran.

Pada tahun yang sama, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio di

Radio Televisyeb Malaysia (RTM) sehingga bersara pada tahun 2010.Sepanjang menjadi ahli

keluarga RTM, beliau pernah bertugas sebagai penulis drama, pemberita di lokasi, pelapor

sukan,penerbit program hiburan dan juga sebagai juruhebah di saluran Asyik FM.

Minat beliau untuk menulis bermula sejak dibangku sekolah lagi, namun hanya sebagai

mengisi masa lapang da tidak serius. Lantaran itu, banyak manuskrip yang ditulis hilang

begitu sahaja. Semasa beliau bertugas di RTM, bakat menulis beliau dihidu oleh beberapa

insan yang mahukan hasil karya daripada tangan masyarakat Orang Asli sendiri. Lantas

peluang ini dimanfaatkan oleh beliau sehinggalah terhasilnya karya sulung beliau, sebuah

antalogi cerpen- ‘Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli’ yang diterbitkan pada 2001 bersama

pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau kemudiannya mengorak langkah dalam

bidang penulisan dengan terhasilnya beberapa lagi karya - Novel ‘Perang Sangkil’, 2007

bersama PTS dan sebuah lagi antalogi puisi – ‘Suara Perjuangan Dari Dalam’, diterbitkan

bersama Lestari UKM.

Kini, beliau menetap di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan dan masih lagi aktif

menulis.Beliau kini sedang dalam usaha menerbitkan sebuah lagi novel berjudul ‘HAMBA’

yang bertemakan hubungan pemerintah dengan orang bawahan. Beliau juga kini sedang

bergiat aktif dalam bidang fotografi dan sudah banyak melibatkan diri dalam pameran-

pameran fotografi peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan sudah pasti tema

Orang Asli menjadi pilihan untuk dipersembahkan kepada masyarakat umum.

Page 29: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

25

SINOPSIS SETIAP CERPEN

ANTALOGI ‘TUNTUT: KUMPULAN CERPEN ORANG ASLI’

Sinopsis cerpen ‘Tuntut’ : Wanita yang baru sahaja kehilangan suaminya yang gugur dimedan perjuangan memepertahankan negara dalam gerakan “Bamboo”.Wah Tipah merupakan seorang guru dari kalangan masyarakat Orang Asli yang bertugas di pedalaman untuk menabur bakti kepada anak bangsanya sendiri.Mempunyai rupa paras yang jelita dan dicemburui wanita setempat.Ramai juga pemuda yang cuba melamarnya tetapi dia tetap dengan pendiriannya terhadap Hamid.Hasil perkahwinan dengan Hamid, dikurniakan dua orang cahaya mata, Ana dan Jamil.Pemergian suami tersayang, Sarjan Hamid menimbulkan masalah baru dalam hidupnya apabila Wah Tipah dituntut oleh waris sebelah suaminya dan adat untuk dijodohkan sama ada dengan adik atau abang iparnya sendiri iaitu Hashim atau Uda .Begitulah kata adat masyarakat Orang Asli suku Semai yang diwarisi oleh nenek moyang mereka apabila balu yang ditinggalkan boleh dikahwini oleh iparnya dan ternyata adat seperti itu membawa kebahagian dan keharmonian dalam masyarakat mereka.Hashim begitu ikhlas ingin mengambil balu arwah abangnya sebagai isteri atas dasar ingin memberi kasih sayang dan didikan kepada anak-anak abangnya yang masih kecil disamping menjaga Wah Tipah yang kesepian tanpa kasih sayang seorang suami.Namun niat sucinya ditolak dengan penuh hormat oleh Wah Tipah sendiri atas alasan yang munasabah dan boleh diterima oleh semua pihak.Sebelum ini juga, anak-anaknya juga berkali-kali dituntut oleh waris suaminya dan warisnya sendiri untk menjaga Ana dan Jamil, tetapi ditolak oleh Wah Tipah Atas alasan biarlah anak-anaknya membesar di depan matanya sendiri dan itu juga merupakan janji kepada suaminya.Bagi Hashim, meskipun dia sedih dengan keputusan itu, dia juga memahami perasaan Wah Tipah sebagai seorang wanita yang berpelajaran.Bagi Uda pula, dia sudah mengagak yang Wah Tipah akan mengambil jalan tengah dan Uda percaya suatu hari nanti, Wah Tipah akan bertemu Jodoh dengan orang yang setaraf dengannya.

Page 30: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

26

Sinopsis cerpen ‘Hari-hari Terakhir :

Kisah tentang masyarakat Orang Asli suku Semai di Kampung Changkat tidak jauh dari Sungai Bernam, Selangor.Kehidupan masyarakat kampung ini yang menjadikan getah sebagai sumber pendapatan utama selain daripada rotan.Anak-anak muda pula sudah ramai meninggalkan kampung halaman dan bekerja di bandar mencari pendapatan yang tetap.Isa, seorang pemuda yang baru sahaja menimang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan isterinya tercinta setelah empat tahun berikhtiar tanpa hasil.Sejak kebelakangan ini, Isa kelihatan resah dan gelisah sahaja sehingga disedari oleh isterinya.Namun, Isa selamba kerana baginya tiada apa-apa perubahan yang dirasakan.Kegemaran Isa memburu dihutan menjadi kegilaannya lebih-lebih lagi sejak mengunakan senjata api (senapang patah). Seperti pemburu profesional.Tidak lagi menggunakan cara tradisional kerana senjata ini lebih memberi kesan dan hasil yag lumayan baginya.Tambahan pula kegiatan ini di lakukan bersama-sama rakan kongsi iaitu Aris (bapa saudaranya),Kadi, Bah Ee,Hasan Botak dan lain-lain.Senapang patah yang digunakan merupakan hak milik kerajaan yang diserahkan kepada Tok Batin untuk digunakan Persatuan RELA kampung berkenaan untuk menjaga keamanan kampung mereka.Semasa hari penyerahan oleh Ketua RELA negeri Selangor, beliau berpesan agar tidak menyalahgunakan senjata tersebut berkali-kali dan para ahli RELA yang hadir hanya mengaggukkan kepala tanda faham.Namun, Keghairahan mereka memburu babi hutan menjadikan mereka lupa dan akhirnya membawa padah apabila Aris tertembak anak saudranya sendiri, Isa.Isa mati serta merta tanpa sempat meninggalkan sebarang pesanan buat isteri dan anaknya yang masih kecil.Hanya tangisan yang kedengaran mengiringi pemergian suami tersayang.Aris dan rakan-rakan yang lain kini dibicarakan oleh pihak polis.

Sinopsis cerpen ‘Tanah’ : Kehidupan masyarakat Kampung Kapor yang semakin pesat membangun dengan ekonominya yang semakin stabil.Tanah yang dimiliki dimanfaatkan sepenuhnya dengan tanaman yang mampu memberikan pendapatan lumayan kepada mereka.Masyarakat orang asli dikampung itu sudah pandai menjalankan aktiviti jual beli dengan peniaga luar bagi memperoleh pendapatan yang lebih. Tidak seperti dahulu dimana sumber rezeki mereka hanyalah bergantung apa yang mereka cari dan dapat daripada hasil hutan.Tauke Ah Tong merupakan peniaga yang paling beruntung kerana hampir semua masyarakat di kampung Kapor berurusniaga dengannya.Sifatnya yang peramah dan bertolak ansur menyebabkan perniagaannya semakin maju. Malah bagi masyarakat orang asli disitu, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan Tauke Ah Tong adalah antara sumber pinjaman wang penduduk setempat apabila menghadapi masalah kewangan.Ah Tong pula sangat bijak mengikat pelanggannya dengan hutang piutang yang akhirnya terpaksa diwarisi sendiri oleh masyarakat orang asli disitu.Kepulangan Jantan yang merupakan anak kelahiran Kampung Kapor dari Kuala Lumpur yang bertugas di sebuah Jabatan kerajaan, membawa kepada terbongkarnya isu tanah yang selama ini tidak disedari oleh Jantan sendiri.Menurut Jantan tanah tersebut telah diserahkan oleh bapa saudaranya (Pak Lang) kepadanya beberapa tahun yang lalu tanpa hitam putih.Namun sedang dia meninjau-ninjau tanah miliknya, tanpa disangka perbualan antaranya dengan Datuk Bulat membawa kepada

Page 31: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

27

pengetahuannya tentang tanahnya yang telah dijual oleh abang saudaranya sendiri Si Jua kepada Tauke Ah Tong segalanya kerana ingin melunaskan hutangnya yang banyak akibat sikapnya yang suka mabuk.Jantan nekad ingin memperoleh semula tanah dusun miliknya itu walaupun tiada hitam putihnya, namun memang dari segi adat mereka tanah diwarisi secara persetujuan.jantan mengambil keputusan berbincang dengan Si Jua namun Si Jua tiada dirumah hanya kak Midah sahaja yang dapat memberi sedikit informasi tentang tanah yang telah dijual itu.Jantan pantas bertindak dengan bejumpa dan berbincang denga Tauke Ah Tong bagi mendapatkan semula tanahnya.Akhirnya Ah Tong bersetuju untk mejual kembali tanah tersebut atas dasar dia juga dengan mudah memperoleh keutungan atas angin.Meskipun tanah tersebut sudah kembali ketangannya, Jua sebenarnya menyimpan dendam terhadapnya kerana terpaksa membayar hutang kepada Jantan.Penghulu Hitam, bapa kepada Jua juag berbuku hatinya apabila Jantan Akhirnya mengetahhui belangnya tentang penjualan tanah warisan keluarga dan menerima wang suapan dari Tauke Ah Tong sebanyak RM 300.

Sinopsis cerpen ‘Penghulu’ : Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat orang asli suku Semai di perkampungan Sungai Jelintoh mejadi isu yang hangat dalam masyrakat disitu.Pertembungan pendapat antara golongan muda dan golongan tua mewujudkan suasana dingin dalam kalangan masyarakat disitu.Generasi muda kampung itu yang diwakili oleh Bah Ngah,Alang Dangus dan Bah Tumin sudah sedar akan kepentingan hidup scara berorganisasi dan bekerjasama dengan menubuhkan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.Bagi golongan muda , mereka sudah sedar akan arus pembangunan yang perlu dikejar bagi memajukan kampung mereka.Namun cadangan mereka ditolak mentah-mentah oleh Penghulu Pandak kerana penubuhan tersebut adalah satu kesalahan melanggar adat mereka.baginya, dengan wujudnya jawatan kuasa tersebut akan mencampuri urusan nya sebagi penghulu dan pemimpin tertinggi dalam masyarakat kampung tersebut.Malah, lebih teruk apabila dia meraskan pengaruhnya sebagai pemimpin dikampung itu cuba dirampas oleh golongan muda.Lebih teruk lagi , dia mendakwa golongan muda disitu cuba mempengaruhi masyarakat setempat untuk menentang kerajaan.Penghulu Pandak mendakwa kampung itu juga boleh maju tanpa jawatankuasa tersebut.Keputusan yang diambil oleh Penghulu Pandak diapi-apikan lagi dengan sokongan Tuk Pawang Saman yang juga takut pengaruhnya akan hilang sebagai orang tua dan bomoh dikampung tersebut.Golongan muda kampung Jelintoh tetap dengan pendirian mereka ingin menubuhkan jawatankuasa tersebut.Kampung Jelintoh perlu maju dalam pembangunan.Mereka perlu maju dalam hal ehwal pendidikan.Anak-anak perlu diberiakan didikan yang sempurna.Mereka perlu diajar ejaan cara moden.Tidak perlu lagi hidup berpindah- randah seperti nenek moyang mereka. Itulah hasrat murni mereka yang disalah anggap dan tidak difahami Penghulu Pandak.Hubungan dingin antara dua belah pihak semakin hebat apabila golongan muda megkritik kedudukan dan tugas penghulu Pandak yang hanya tahu menjalankan hukuman tanpa usl periksa.Penduduk kampung sering tertipu akan hukuman yang pada kebiasaannya

Page 32: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

28

dianggap adat yang perlu dipatuhi.Namun akhirnya, jawatankuasa tersebut berjaya ditubuhkan dan sudah disahkan oleh Pegawai Daerah yang bertandang ke rumah penghulu.Penghulu Pandak mendapat pujian dan berharap agar kampung-kampung orang asli yang lain dapat mencontohi Kampung Jelintoh ynag sedang bergerak kearah kemajuan dan pembangunan.

Sinopsis cerpen ‘Hutang’ : Generasi muda masyarakat orang asli sudah mula menampilkan personaliti yang baik dan bewawasan seperti Cikgu Uda yang berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Menengah di Pekan Air Tawar.Anak kelahiran Kampung Changkat Bom yang mempunyai nilai murni dalam kehidupan yang ingin melihat bagsanya maju kehadapan serta membawa perubahan terhadap budaya generasi muda dalam kalangan masyarakat orang asli.Tragedi yang menimpa Menik Alang yang jatuh daripada pokok petai melahirkan rasa simpati lantas ingin membantu dengan caranya yang tersendiri iaitu mengadakan kutipan derma untuk keluarga Menik Alang.Memang menjadi kebiasaan masyarakat dikampung itu mengutip hasil hutan di kawasan Bukit Lingsir meskipun mereka sudah beralih mengusahakan kebun getah dan dusun.Cuma pada ketika itu, harga getah yang rendah dan cuaca yang tidak menentu menyebabkan mereka mencari alternatif lain.Segalanya adalah kerana hutang yang masih tertunggak pada Tauke Panjang. Usaha membantu Menik Alang bukanlah mudah kerana perkara seperti itu merupakan suatu yang baru dalam masyarakat disitu, takut mereka tidak memahaminya dan tersalah tafsir.Selain hal tersebut mendapat tentangan daripada Penghulu Udang yang tidak bersetuju dengan niat murni golongan muda kampungnya diketuai Cikgu Uda.Bagi Penghulu Udang ,cikgu Uda sengaja ingin mendapatkan pengaruh dikampung tersebut.Dalam pada masa yang sama, Uda turut berbincang dengan kekasihnya Ani (anak Penghulu Udang) yang kini menuntut di Institut Teknologi MARA dalam jurusan Seni Reka Fesyen tentang niat murninya.Namun tidak mendapat sambutan yang baik.Cikgu Uda tetap ingin meneruskan usha murninya dengan menerangkan satu persatu kepada Penghulu udang, namun dia tetap tidak bersetuju malah menyalahkan anak buahnya yang dikatakan bodoh dan malas sehingga dibelengu hutang piutang yang tanpa penghujung dan diwarisi.Akhirnya Cikgu Uda mengetahui bahawa Penghulu Udang telah dibeli oleh Tauke Panjang atas kepentingan mereka berdua.Penduduk dipaksa berurusan dengan Tauke Panjang dan tidak dibenarkan berurusan dengan tauke lain , jika tidak mereka akan dihukum. Selain itu, segala bantuan yang sampai ditangan nya tidak dibahagikan kepada seluruh penduduk, tetapi hanya orang yang menyokongnya sahaja.Inilah pemimpan yang tidak bertanggungjawab.Cikgu Uda sedih dengan keputusan itu tetap berharap agar anak-anak murid yang diajar setiap petang dikelas bimbingannya akan mencorakkan warna kehidupan yang lebih bermakna di Kampung Changkat Bom.Itu sahaja harapannya.

Page 33: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

29

Sinopsis cerpen ‘Gingong’ :

Nama penuhnya Bah Bait anak lelaki Penghulu Itam, lebih mesra dengan panggilan Atuk Bait kerana umurnya yang sudah menjangkau 80 tahun.Atuk Bait teringatkan zaman mudanya.Cita rasa dan telatah anak-anak muda pada zaman ramajanya amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan anak muda zaman sekarang.Kehidupan mudanya yang dipenuhi dengan alam tentera tidak menghalangnya menyuburkan alunan alat muzik tradisional masyarakat orang asli, ‘Gingong’.Hidupnya sebagi tentera tidak terikut-ikut dengan rakan kerjanya apabila cuti sahaja mereka akan kebandaraya dan menikmati hiburan.Bah Bait lebih suka pulang ke kampung halamannya meski jauh di pedalaman.Mempunyai serang rakan, Anjang yang sama-sama meminati meniup gingong .Namun Anjang tewas dimedan pertempuran ketika menjalankan tugas.Hatinya sangat tersinggung dengan kata-kata cucunya, Johan yang mengatakan bahawa muzik tradisional sudah kuno dan tiada siapa lagi yang ingin menonton dan mendengar alunan gingongnya.Johan mendakwa tren sekarang adalah kepada muzik moden seperti pop dan rock.Segalanya berlaku semasa Johan memilih anak-anak muda untuk membuat pertunjukan pada majlis perkahwinan nanti.Atuk Bait pernah juga menjalankan usahanya untuk memartabatkan seni tradisional itu kepada anak-anak muda di kampungnya , Kampung Changkat Selarung.Dia pernah mengajar cara membuat gingong dan cara memainkannya.Namun anak-anak muda mengatakan tidak ada faedahnya mereka belajar tentang perkara yang kuno.Hatinya sedih meliahat bangsanya sendiri menyisihkan seni kebudayaan bangsa.Bah Bait juga kecewa apabila cucunya melarangnya untuk mengambil bahagian dalam pesta budaya Orang asli yag akan menyertai Malaysia Fest yang diadakan setiap tahun di ibu kota Kuala Lumpur. Hatinya terusik kerana Orang Asli sendiri tidak mencinta budayanya sendiri.Sebenarnya bukannya dia tidak suka cucunya bermain muzik moden,tetapi mereka harus ingat seni budaya bangsa mereka sendiri.Mulai hari itu, Atuk Bait nekad untuk tidak meniup Gingong lagi.Namun selang beberapa hari, dia dikunjungi oleh Marina Roseman seorang penuntut bidang Antropologi dari Universiti Cornell, Amerika Syarikat.Dia sedang membuat kajian tesis Ph.D nya tentang muzik masyarakat tradisioanal yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit.atuk Bait diminta meniup Gingongnya.hari itu dia dapat mengalunkan Gingong dengan iramanya yang mendayu-dayu membawa irama rimba tanah kelahirannya.alunan Gingongnya mendapat tepukan dan pujian daripada marina roseman dan Encik Mustafa dari jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang mengiringinya.Marina Roseman berjanji akan datang semula dan merakam alunan Gingong untuk disimpan di arkib pusat pengajian tingginya, manakala nama Atuk bait akan dicatat dan gambarnya akan dipamerkan bersama.Tuk bait sangat terharu dan gembira mendengarnya.Irama rimbanya akan menyapa setiap warga kota di benua Amerika.

Page 34: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

30

TEMURAMAH PENGARANG

Penulis telah berpeluang menemuramah pengarang antalogi cerpen, Tuntut: Kumpulan

Cerpen Orang Asli iaitu Tuan Akiya atau nama sebenar beliau Mahat a/l China. Berikut

merupakan teks temuramah antara penulis dan Tuan Akiya.

Tarikh: 16 Jun 2011

Hari: Khamis.

Masa: 3.40 petang.

Tempat: Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre,50088 Kuala Lumpur.

Penulis: Salam sejahtera Tuan Akiya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa

hanya semata-mata untuk ditemuramah. Jadi saya rasa, eloklah jika kita mulakan

terus tujuan sebenar.

Pertamanya, boleh saya tahu bagaimana bermulanya Tuan berkecimpung dalam dunia

penulisan?

Tuan Akiya: Bila mula saya menulis? Mengapa saya minat menulis? Saya rasa memang dari

sekolah pun dah minat untuk menulis tetapi tidak serius. Mengapa saya kata tidak serius

sebab saya tulis-tulis hilang, saya tulis hilang, hilang, hilang dan hilang. Yang jadi itu...

Tuntut. Saya simpan lama, itupun atas bantuan Dr Wan Zawani,dia sekarang di Alam

Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dia yang membantu

saya semasa saya mula jumpa dia di Universiti Malaya (UM) di Fakulti Ekonomi.

Dia kata kenapa tidak, dia nak dari Orang Asli sendiri yang menulis. Jadi, saya fikir ada

baiknya saya serahkan manuskrip itu. Maka jadilah Tuntut.

Penulis: Jadi, minat tuan untuk menulis memang sudah ada sejak dibangku sekolah

lagi. Boleh saya tahu apakah yang menyebabkan tuan begitu berminat untuk menulis

dan seterusnya menghasilkan karya yang saya kira Tuan begitu tertumpu dan

cenderung menulis tentang masyarkat Orang Asli sendiri?

Tuan Akiya: Yang saya minat menulis, kenapa orang minat menulis subjek Orang Asli?

Kenapa orang asli sendiri tidak mahu menulis tentang mayarakatnya sendiri. Dari kaca mata

Orang Asli.

Ada minat nak menulis. Kalau tidak ada tidak menjadi. Menulis dalam apa saja genre, sejarah

atau koleksi pantun dan puisi. Kalau pandai dah boleh diterbitkan pantun.

Setelah saya bersara sudah banyak saya buat kesilapan baru saya rasa saya rugi. Saya pergi

jumpa orang tua, tanya orang tua buat temuramah. Kenapa saya tidak simpan itu semua.

Pengalaman-pengalaman, mereka cerita tentang pengalaman zaman perang, kenapa saya

tidak simpan. Bila sekarang ini saya fikir, rugi saya padam bahan-bahan itu.

Penulis: Setelah tuan berjaya hasilkan beberapa karya, sekarang ini adakah tuan

berniat untuk terbitkan lagi karya-karya lain atau dengan kata lain ada tak follow up

daripada karya-karya tuan yang lepas?

Page 35: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

31

Tuan Akiya: Memang sekarang ini saya menanti peluang untuk terbitkan lagi satu novel

berjudul „Hamba‟ (H.A.M.B.A.) novel hamba. Yang saya sudah tulis dan siapkan

manuskripnya. Sekarang ini saya serahkan manuskripnya kepada seorang artis Orang Asli,

saya minta dia buatkan ilustrasi. Saya serah pada Leny, dia orang Negeri Sembilan dan

sekarang berada di Kuala Lumpur.

Sebelum ini memang saya telah pinang seorang artis, Sahar Doyok, memang artis yang

bagus, tetapi dia tidak mampu nak buat untuk saya. Sebab buku itu terlalu tebal, lebih tebal

dari „Perang Sangkil‟ yang juga saya tulis, iaitu novel sejarah.

Lanjutan itu saya dapat idea, saya tulis manuskrip untuk Hamba. Saya harap sangat Hamba

akan berada di pasaran tetapi tidak tahu bila. Apakah angan-angan kosong atau jadi

kenyataan.

Penulis: Boleh Tuan ceritakan sedikit mengenai karya-karya tuan sebelum ini selain

Tuntut?

Tuan Akiya: Saya ada tiga buku sebenarnya. Tuntut adalah yang pertama iaitu antologi

cerpen, kedua ialah Perang Sangkil iaitu novel dan yang ketiga ialah satu buku koleksi puisi

Suara Perjuangan. Walaubagaimanapun, masih ada 4,5,6 lagi yang masih belum diterbitkan.

Memang sudah ada manuskripnya.

Memang baru-baru ini saya dapat panggilan dari PTS suruh saya menulis, mahu membentuk

saya, tetapi saya tolak kerana pihaknya bagi saya satu ruang lingkup yang besar. PTS suruh

saya tulis tentang sejarah dunia. Saya kata saya nak tulis sejarah dunia memang saya tidak

pandai. Ruang lingkup yang mampu tulis dalam kelompok Orang Asli. Ingin keluar dari satu

ruang saya tidak berani.

Penulis: Jadi, tuan juga berpeluang sebenarnya untuk menulis bersama PTS. Sekarang

kita beralih pula kepada karya tuan yang menjadi pokok utama perbincangan kita.

Benarkah kalau saya sebagai pembaca melihat tuan menggunakan suku Semai dalam

karya tuan bagi mewakili masyarakat Orang Asli seluruhnya? Boleh tuan komen?

Tuan Akiya: Itu semua hati budi orang Semai. Berbeza dengan suku lain. Saya rasa bagi

orang Temuan tidak begitu. Mungkin orang Temuan terasa jika menulis tentang nyawa

mereka, tentang perasaan mereka, tentang rambut mereka. Jadi saya tulis tentang orang

Semai. Ruang lingkupnya dalam orang Semai. Namun begitu, itulah wajah-wajah Orang

Asli. Itulah wajahnya. Kalau awak pergi kelompok mana sekalipun itu jugalah ceritanya.

Kalau awak pergi kelompok orang Jakun pun begitu juga. Malasnya begitu, angan-angannya

begitu. Betul tak?

Penulis: Betul tuan. Adat dan bahasa pun berbeza bukan?

Tuan Akiya: Betul budayanya berbeza, bahasa pun berbeza.

Penulis: Selain itu pula, saya dapat tahu bahawa tuan menulis berdasarkan kisah benar

dan pengalaman tuan sendiri. Benarkah?

Page 36: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

32

Tuan Akiya: Ada kisah benar. Tiga kisah benar. Ada satu kisah Bah Adi. Itu kisah benar.

Orang Semai punya perangai.

Tentang dia minum racun itu, kisah benar. Benar memang benar. Dia punya adik beradik pun

masih hidup. Lagi satu kisah yang memburu babi, itu kisah benar. Lagi satu kisah bunuh diri

dia yang ditikam di dalam hutan, dia dapat surat cinta daripada kekasih dia. Itu saya tulis di

pedalaman , di Pos Gop, naik helikopter dari bandar ke pos Gop selama 45 minit ke Hulu

Kelantan, hulu sekali. Lebih kurang 6 batu sampai ke sempadan Siam. Saya dapat cerita itu di

dalam hutan sana, orang cerita pada saya. Saya ikut satu rombongan ke pedalaman, mereka

cerita, malam itu juga saya tulis. Beberapa jam saya jadikan satu cerita. Saya bungkus cantik-

cantik saya simpan dalam beg baik-baik sebab takut hilang. Saya masih ingat typewriter yang

saya guna, hilang huruf (V) , ketak! ketak! bunyinya. Kisah itu memang benar. Memang

benar. Nama orang itu juga ada nama yang sebenar.

Cuma Orang Asli tidak tahu membaca. Dia tidak berpeluang untuk membaca. Anda

berpeluang membaca.

Penulis: Kebelakangan ini saya sering melihat banyak karya-karya menggunakan latar

masyarakat Orang Asli. Secara peribadi, apa komen tuan dan sebagai penulis orang

asli sendiri bagaimana pula?

Tuan Akiya: Tetapi saya memang ada perasaan cemburu. Cemburu melihat kalau ada satu

perkataan “Orang Asli” ditulis di dalam mana-mana buku. Saya akan cuba dapatkan.

Saya tidak tahu kenapa orang suka.

Penulis: Sebagai contoh, pengarang muda Faisal Tehrani. Dia juga menggunakan tema

Orang Asli dalam novelnya, Bahlut.

Tuan Akiya: Emm...yang novel „Bahlut‟ itu... saya belum beli lagi, belum dapat baca lagi.

Tapi memang saya sudah lihat reviewnya, memang betul. Banyak novel-novel lama yang

latar belakang hidupnya adalah Orang Asli. Pak Sako juga memilih Orang Asli dalam

novelnya, „Putera Gunung Tahan‟. Dua, tiga orang penulis lagi.

Tetapi bila tanya budak asli sendiri kenapa tidak mahu menulis, saya pelik.

Penulis: Setakat ini, ada tak usaha kearah berkarya dalam masyarakat Orang Asli

sendiri. Maksudnya seperti ada persatuan menulis atau persatuan- persatuan lain?

Tuan Akiya: Memang ada, memang ada... „Wajah kita, Sastera kita‟. Tidak ada yang datang,

tidak ada yang ikut saya, tidak ada pengikut.

Takut mahu mengikut. Tidak tahu kenapa takut nak ikut. Saya ... memang Dr. Hood bagi

saya peluang. Suruh saya cari rakan-rakan yang menulis, yang boleh berkarya. Tidak ramai

dari orang kita. Bila saya bagitahu, mahu tidak kita buat? ...”susahlah En. Mahat. Tidak ada

tempat mahu kumpul” . Hey, orang ada pensel, ada kertas dah boleh menulis. Walau bawah

pokok sekalipun.

Penulis: Boleh saya tahu, selain tuan, siapa lagi yang berkecimpung dalam karier

seperti tuan daripada golongan masyarakat Orang kita?

Page 37: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

33

Tuan Akiya: Ada, tetapi tidak serius. Macam saya juga...ada yang lebih kepada komik.

Penulis: Yang berkarya seperti tuan?

Tuan Akiya: Ada, tidak tahulah setakat mana. Dia pun tidak serius saya tengok. Emmm,

baru-baru ini saya baru tahu dia Orang Asli, Hishamudin Rais.

Dia orang Negeri Sembilan. Dia mengaku dia Orang Asli. Dia sekarang di Kuala Lumpur,

bekerja, dia penulis. Dia mengaku dia Orang Asli. Dia dari kelompok Orang Biduanda. Kalau

Orang Biduanda memang Orang Asli.

Penulis: Maaf ya tuan. Saya melihat tuan tidak begitu jelas menceritakan tentang hal-

hal keagamaan dan kepercayaan dalam karya tuan. Adakah ini disengajakan atau ada

sebab disebaliknya. Boleh tuan beri pandangan?

Tuan Akiya: Memang saya tidak mahu menulis tentang agama dan kepercayaaan. Memang

tidak dapat saya tuliskan. Masa saya menulis itu, saya tidak fikir. Sudah jadi barulah saya

fikir. Orang Asli sebenarnya tidak suka kalau fakta agama dicampur aduk. Dia takut itu

dakwah. Dia amat berhati-hati kalau dakwah. Terus terang cakap, dia amat takut bila cakap

tentang agama. Dia tidak suka.

Bila kita cakap tentang agama, bila awak cakap tentang agama, dia akan menjauh. Bila awak

cakap dengan budak asli dia akan jauh. Tidak tahulah kalau awak dapat tangkap hati mereka.

Sebab itu, saya tidak menulis mengenai agama. Sekarang ini bila pihak PTS beri peluang

saya menulis, saya kata saya tidak berani menulis di luar ruang lingkup kehidupan Orang

Asli. Walaupun nanti saya puji, nanti orang kata saya mengata. Hari ini kita tulis, esok terbit,

lusa sudah dalam lokap. Hanya orang yang mampulah... mungkin akan datang. Tidak tahulah.

Ada syarikat yang mahu terbitkan Hamba. Tapi dia berharap ada ilustrasi. Ada 25 bab

semuanya, asalnya ada 78 bab, saya jadikan 25. Saya terpaksa padatkan. Dalam 4 bab saya

jadikan 1 bab, jadikan 1 tajuk. Memang tidak sesuai saya tengok. Memang mengarut tetapi

itulah undang-undangnya. Selepas itu, dia kata mahukan ilustrasi untuk gambaran novel itu.

Jadi, saya harap, artis pun saya dah cari, saya harap dia dapat tolong.

Kalau saya upah orang Melayu, jadi...tetapi kalau boleh saya mahu hasil karya itu biarlah dari

tangan Orang Asli sendiri. Biar hasil dari Orang Asli. Senget ke, sengau ke, itu tidak kisah,

biar kita...

Itupun saya rasa, cerita itu datang dalam hidup saya. Setelah saya fikir-fikir, kenapa saya

tidak menulis tentang hubungan pembesar dengan hambanya, apa konsep hamba, apa kuasa

pembesar.

Sebab saya baca-baca, saya berangan-angan saya serah kepada seorang penerbit filem, dia

kata nak buat filem. Tapi sekarang tidak jadi. Dia pernah baca, dia kata amat menarik. Dia

gabungkan cerita Perang Sangkil, jadikan filem. Tapi tidak jadi. Rezeki saya ada orang

potong. Tidak tahulah macam mana dia potong.

Perang Sangkil saya tulis cerita berdasarkan kisah benar. Sejarah hitam dalam masyarakat

Orang Asli. Tapi saya bangunkan dalam bentuk sastera.

Page 38: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

34

Ruang banyak, peluang banyak, tapi kita tidak mahu. Kertas sudah banyak, pensel banyak,

tinggal tulis tapi tidak mampu. Bila saya ajak rakan-rakan saya, saya kata “ Jom lah kita buat

kumpulan, kumpulan teater ke, kita bentuk, kita buat teater”. Tidak ada idea. Saya kata kita

boleh belajar dari orang pandai. Saya mahu sangat pelawa satu hari... pelawa kawan-kawan,

kita baca karya-karya tentang orang kita. Cari maknanya disebalik hidup kita. Apakah itu

akan menjadi, itu pun saya tidak tahu.

Penulis:Apakah sebenarnya tujuan ataupun niat tuan dalam berkarya selama ini?

Maksud saya apakah yang tuan cuba sampaikan melalui karya tuan.

Tuan Akiya: Niat saya, saya menulis...saya nak orang luar tahu tentang apa perasaan Orang

Asli, itu niat pertama saya.

Dalam tuli Orang Asli, ada cerdiknya tau. Dalam kalut, ada pandainya dia. Itu samua saya

nak orang tahu. Maka, itu sebab saya menulis. Kalau saya tak menulis cerita Perang

Sangkil...,dah mati, orang tak tahu ada perang. Orang tidak tahu Oarang Asli ada sejarah

hitam dalam hidup mereka.

Bila budak-budak yang graduate, budak-budak asli yang graduate baru-baru ini, mereka beli,

eh, betul ke?

Hah, balik nanti, tanya bapak kamu jumpa datuk-datuk kamu. Kamu jangan tanya bapa kamu

yang moden, datuk-datuk kamu. Ada atau tidak ceritanya? Memang kebanyakan kata

memang ada ceritanya.

Tidak tahu, tidak ada ...tidak ada dalam sejarah. Sejarahnya ada, sejarah hamba, itulah dia.

Mengapa JWW Birch mati? Kerana nak bebaskan Orang Asli daripada hamba. Saya pernah

ajak...jom kita pergi kubur Birch...bukan ajak sembahyang...bukan...kita tengok...tengok

kuburnya dulu. Hari ini lawatan tengok kubur Birch...Balik nanti...cuba kita fikir, bagaimana

perasaan Birch semasa dia nak bebaskan kita daripada hamba, hamba abdi.

Pernah saya cerita hal ini...tapi Dr Hood Salleh kata, “Saya rasa kalau kamu buat macam

itu...kamu kedalam...”. Tapi itulah ceritanya. Dr Hood cakap lagi, “Kamu angkat

perlahan...nota kaki sahaja dulu...lepas itu, angkat lagi, angkat lagi,

tinggi,tinggi,tinggi...sampai orang terima”. Takut nanti orang terkejut.

Ok...menulis juga bukan kerana duit ya. Bagi saya bukan kerana duit. Ada duitnya saya

terima. Menulis juga bukan kerana nama...bukan kerana nama. Tak ada...nama? nama apa?

Orang Asli tidak membaca. Orang tidak kenal saya langsung.

Pernah saya tanya, “Do you really know me?”. Dia cakap, “Tak kenal”. So, saya kata tidak

mengapa...

Jadi, di Kuala Lumpur saya seorang yang buat bidang ini. Yang nak jadi karyawan. Pernah

semasa pelancaran buku saya di UKM. Mereka bagi saya peluang, mengapa saya jadi penulis,

suruh saya berucap dihadapan. Hadirinnya tidak ramai, semua peminat saya. Saya

kata,“Kalau arwah Pak Sako masih hidup, mahu dia datang kepada saya, berjabat tangan

dengan saya sambil dia berbisik, you are good boy. Dia kata saya budak baik. Tetapi

mengapa kamu memilih menjadi karyawan? Selepas itu dia tanya, Mengapa kamu tidak

Page 39: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

35

mahu menjadi usahawan? Jadilah usahawan...kalau kamu jadi karyawan, kamu papa kedana”.

Memang betul, saya masih papa kedana, masih susah. Sepatutnya saya sudah ada buku, saya

dah boleh senang.

Orang tidak hargai. Orang tidak nampak...Memang saya berniat nak menubuhkan kumpulan,

penulis kita. Nak manubuhkan kelab Fotografi orang kita. Nak ada satu galeri orang

kita...wajah kita...

Tapi tidak mampu.

Satu sebabnya..., saya tidak berjalan, tidak luas lagi berjalan, masuk ke pedalaman. Kalau nak

buru...ini bukannya buru di bandar...nak buru dipedalaman...haa...nak masuk dari kampung

ke kampung. Nak duduk...pikat orang kampung balik.

Penulis: Jadi apa tindakan yang Tuan ambil?

Tuan Akiya: Saya banyakkan ulasan buku, book review. Itupun cadangan Dr. Marina

Roseman dari Amerika, “Why don‟t you do your book review...you have a lots of book...you

must tell your people about that books”. Dia suruh saya buat, maka saya buat semula.

Bila buat, semua orang nak buku itu...tapi dimana nak cari, dia tak tahu. Dah tak di cetak lagi.

Kalau nak pinjam dari saya, saya boleh bagi, saya buatkan foto copy...

Rugi...kita rugi...adakah saya terlambat...

Sebab kita harap mengharap...Semai Perak harap Temiar Kelantan..., Temiar Kelantan harap

Semai Pahang..., Semai Pahang harap Temuan...harap,harap, mengharap...kita harap dari

kelompok-kelompok itu yang buat...

Sebab itu semasa saya diberi peluang membentang satu paper, oleh pihak Dewan Bahasa dan

Pustaka, tahun 2007 di Kuantan. Mereka sanggup bayar tiket kapal terbang saya, makan

minum saya..., suruh bentang satu paper, saya pilih tajuknya, „Wajah Sastera Orang Asli

Membina Negara Bangsa‟. Oleh sebab saya bongok, saya memang tidak mampu menulis.

Akhirnya saya tidak nampak wajah... Semua orang...orang yang buat, bukan kita yang buat.

„Si Tenggang‟ memang asal pengarangnya orang kita. Tetapi dipermudah cara oleh A Samad

Ahmad dalam bahasa sastera, dalam bentuk penulisan. Lisannya memang orang kita yang

buat cerita itu, kalau tidak macam mana dia tahu hati budi Orang Semai. Baca balik..., cari

buku itu. A Samad Ahmad yang permudah cara menukar ke sastera tulisan. benda itu

memang sastera lisan, dari satu generasi ke satu generasi. Tapi wajah pada A Samad Ahmad

adalah wajah orang Melayu, lukisan-lukisannya orang Melayu. Tetapi ilustrasinya masih

wajah Orang Asli. Tetapi dalam filem memang wajah orang Melayu. Sekarang ini kita nak

tukar wajah orang kita balik, ambil balik cerita ini. Si Tenggang Anak Derhaka...

Orang Semai...cerita orang kita tu...orangnya masih ada lagi di Batu Caves. Ada

sekelompok...mereka duduk tepi Batu Caves....Kalau ada masa, boleh kita pergi nanti sekali.

Kita melawat kampung itu. Tengok tempat itu, memang kawasan itu dulu tasik...saya lihat

ada kebenarannya...kalu tidak kenapa dulu orang kata perahu boleh naik sampai ke Sungai

Gombak...Sungai Klang ini...mereka mudik sampai kesana...

Page 40: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

36

Itu antara yang saya nampak lah...Itu antara seharusnya yang kita harus lihat...Kalau diberi

peluang, kita buat satu perkumpulan sastera kita.

Niat itu ada, memang niat ada, saya nampak niat ada dari Pengerusi Yayasan Orang Asli

Negeri Perak...memang ada niat nak buat buku...Persatuan Siswazah ada niat...

Ya, kita memang ada persatuan siswazah...tengok gambar-gambar yang saya ambil itu,

semasa mereka di satu majlis...semua tak tahu, semua tak kenal saya. Saya ambil wajah

mereka. Semasa itu saya berniaga, saya jual buku...laris...dan pada masa itu saya antara

photographer yang paling tak disukai, sikit-sikit ambil gambar...kemudian bila sampai satu

sesi, Naib Pengerusi Persatuan Siswazah kata, “Kita harus berbangga, kita harus berterima

kasih kepada En. Mahat kerana beliau telah menulis...bila lagi kita nak menulis?, beliau

sudah ada tiga buku”. Semua cari saya..., masa itu baru mereka tahu saya, rupanya kita dah

ada. Tapi memang ramai yang tidak kenal saya.

Masa itu juga mereka datang, tanya saya macam mana proses menulis. Proses penulis sangat

renyah. Bisingnya, bising. Gahnya, gah, paling gah. Gahnya bukan apa saya kata, masa nak

terbitkan buku bukan main gah lagi. Tapi, kamu nak kena berulang-alik ke KL ke syarikat

penerbitan satu hal, kamu dengan editor satu hal. Editor pun sampai ada orang kata dia itu

„tuhan‟, kalau dia kata tidak terbit, tak terbitlah. Dia yang menentukan, dia yang harus

melihat buku itu, kita tak tahu kepakaran dia bagaimana. Apakah dia faham...

Saya kira bernasib baik, saya punya Perang Sangkil itu. Masa itu saya kenal sangat dengan

Puan Ainon, tauke Syarikat PTS yang mahu sangat buku itu diterbitkan. Kalau tidak,

memang tidak ada. Dia betul-betul mencari sejarah untuk diterbitkan.

Satu malam saya dijemput membaca puisi di Rumah Pena, mereka jemput saya. Suami dia

Abdullah Hassan. Suami dia pernah mengajar saya tentan konsep menterjemah di RTM. Dia

tegur saya, “En. Mahat menterjemah, En. Mahat pakai apa? En.Mahat rujuk buku apa?”. Saya

kata, saya tak pakai buku mana-mana menterjemah bahasa Semai. Dia ketawa, wah, ini

petani yang pergi bertani tanpa alat. Hebat. Saya punya malu masa itu. Sepatutnya En Mahat

ada buku, berpandukan buku. Saya beli buku dia dan sejak itu saya biasakan kalau pergi kerja

di RTM, sentiasa bawa kamus bahasa Semai. Saya belajar dari dia satu bahasa. Dan...saya

kenal suami dia, saya kenal isteri dia . Dia kata, “En. Mahat masih menulis?”. “Masih”, saya

kata saya masih menulis...novel...novel apa?. Dia ingat novel cinta. Tidak saya kata...ini

novel perang. Ini novel Orang Asli saya kata, sejarah hitam dalam masyarakat Orang Asli.

OK, dia kata...bagi pada saya. Dia kata dia nak tengok. Jadi, saya bagi dia manuskripnya, dua

minggu dia telefon saya, dia kata dia nak terbit. Itu saya bernasib baik.

Penulis: Bole saya tahu siapa Abdullah Hassan yang tuan bicarakan tadi?

Tuan Akiya: Profesor Emiritus di UPSI, orang hebat.

Puan Ainon itu, dia orang kuat DBP suatu ketika dahulu. Tapi kemudian dia berhenti, dia

buat satu syarikat baru, PTS. Lepas itu saya mula hantar saya punya manuskrip, mereka

simpan balik dalam peti. Editor punya kuasa. Saya tak pernah jumpa Puan Ainon, saya tak

pernah mengadu pada Abdullah Hassan.

Page 41: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

37

Tapi akhirnya dia suruh, dia panggil editor dia. Kemudian Editor dia panggil saya satu hari

dan berbincang dengan saya, masa itulah mereka suruh saya menulis sejarah dunia. Saya kata

minta maaf, saya tak pandai. Saya tak pandai, saya cerdik tapi tak bestari. Saya minta maaf,

saya memang tak boleh buat. Tapi kalau dalam ruang lingkup orang kita saya mungkin boleh.

Sebab saya tidak berani, nanti orang ketawa, nanti saya tulis, orang lain pula yang dapat

celanya.

Memang saya tak takut kritikan! Kritikan saya tak takut. Memang banyak kritikan. Tengok

dalam komen...ada yang tak suka Perang Sangkil. Ada budak asli sendiri pun komen tak

suka. Ada yang dia rasa cemburu...saya kata, “tulis!”...dia kata, “ awak dah tulis”...saya kata,

“ No...awak harus tahu, awak tulis...lain caranya..., mungkin bahasa awak lagi bagus, bahasa

saya memang tak bagus, saya sekolah bukannya tinggi sangat”

Penulis: Tuan, pada pendapat Tuan, apakah persepsi masyarakat luar terhadap

masarakat Orang Asli pada hari ini. Maksud saya, terhadap hasil karya Tuan sendiri

dan juga masyarakat Orang Asli secara keseluruhannya.

Tuan Akiya: Pandangan orang luar?...persepsi mereka?...satu, bagus...ada yang memuji-muji,

ada yang kata, Asli pun boleh menulis... Ada yang mengkeji-keji...kejinya, mereka kata,

memang membosankan, tidak menarik. Memang tidak menarik, ada satu kritikan itu dia kata,

memang tidak menarik.

UKM ada satu program dia buat, saya punya Tuntut itu...mereka buat satu kajian, mereka

mencari identiti yang cuba saya tonjolkan. Mereka kata tak cukup kuat. Mereka harap saya

tulis lebih kuat. Hisham Rais pula mengkritik, saya melakarkan wajah Orang Melayu, bukan

Orang Asli...dalam puisi saya. Dia ikuti setiap kali saya baca puisi. Dia memang nak tentang

Orang Asli.

Penulis: Bagaimana pula pandangan dan persepsi mereka terhadap masyarakat Orang

Asli pada hari ini walaupun Tuan rasa ada perubahan yang baik berlaku?

Ok ya, ini pengalaman saya. Baru-baru ini saya pergi muzium...Muzium Negara, Karnival

Orang Asli...di situ ada sebuah rumah pondok....melekat pada dinding....(buat lakaran diatas

kertas) lantai buluh, atasnya bertam...orang Melayu tak nak duduk, dia takut dia jadi Orang

Asli. Apabila saya perhatikan... Ohh...masih hina rupanya Orang Asli...itu yang saya dapat

lihat lah...orang masih lagi...entah lah saya tak tahu, mungkin baru diperingkat permulaan

saya buat, saya tak tahu. Saya masih lagi mencari... Orang melihat Orang Asli ini macam...tak

pandai sangat lah...dari dulu sampai sekarang...

Yes...,walaupun ada perubahan...ada something lah... Semalam saya hampir bergaduh dengan

seorang budak dalam Facebook, semalam hampir nak bergaduh. Ada budak dari Bidor, nama

dia Ariff fauzi, terang-terang dia letup dalam FB, diakata, “Bangang macam sakai”. Jadi saya

terus bagitahu rakan saya, add budak ini cepat...ajar budak ini, kalau tidak kita pergi balai

polis Bidor atau Teluk Intan, kita jumpa budak ini...kita lapor polis.

Page 42: INTERNATIONAL BACCALAUREATE - · PDF fileSeiring dengan informasi dan perkembangan ... Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi ... dengan seorang lelaki

38

Dia budak Melayu. Bila saya bagitahu, cepat-cepat kawan-kawan saya add...saya ingat

mereka meletuplah(gaduh). Lepas itu saya tanya kawan saya, macam mana respons budak

itu?. “Dia dah padam dah kenyataan dia”.

Jadi, saya rasa...Orang Asli kurang bernasib baik. Perkataan „Orang Asli‟ itu sendiri memberi

konotasi yang kurang sihat pada Orang Asli. Jadi sekarang ini, kalau Orang Asli tak suka,

ubahlah balik. Ubah kepada perkataan Orang Semai.

Macam saya Orang Semai, kalau bodoh pun, biarlah kelompok Orang semai jangan orang

lain sama juga. Kita lahir dari kelompok orang lain, tak akan kita nak jadi orang bodoh juga?.

Kalau Orang Temuan yang cerdik-cerdik, tak akan nak jadi bodoh? Oleh kerana dia duduk

dalam kelompok Orang Asli (OA) tadi.