bab 1 pendahuluan 1.0 pengenalan -...

150
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN Pada peringkat nasional, sektor pertanian telah mendapat perhatian kerajaan semenjak kemerdekaan sehingga kini. Pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan sektor pertanian kerana ia adalah merupakan salah satu sektor ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Langkah awal yang diambil oleh kerajaan ialah melaksanakan Rancangan Buku Hijau (1974) dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK2). Rancangan tersebut menumpukan kepada usaha mempelbagaikan tanaman dan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import makanan dengan menggalakkan petani-petani menanam sayur-sayuran. Dari situ bermulalah pengenalan kepada dasar-dasar pertanian negara. Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991), Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997), Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) dan Dasar Pertanian Negara Keempat (2011-2020) telah membantu meningkatkan kepada pertumbuhan ekonomi dengan lebih baik. (Jabatan Pertanian Malaysia 2012; Syed Mahadzir 2011; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia 2010).

Upload: builiem

Post on 06-Feb-2018

341 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Pada peringkat nasional, sektor pertanian telah mendapat perhatian kerajaan semenjak

kemerdekaan sehingga kini. Pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan

sektor pertanian kerana ia adalah merupakan salah satu sektor ekonomi yang menyumbang

kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Langkah awal yang diambil oleh kerajaan ialah

melaksanakan Rancangan Buku Hijau (1974) dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK2).

Rancangan tersebut menumpukan kepada usaha mempelbagaikan tanaman dan

mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import makanan dengan menggalakkan

petani-petani menanam sayur-sayuran.

Dari situ bermulalah pengenalan kepada dasar-dasar pertanian negara. Dasar

Pertanian Negara Pertama (1984-1991), Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997), Dasar

Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) dan Dasar Pertanian Negara Keempat (2011-2020)

telah membantu meningkatkan kepada pertumbuhan ekonomi dengan lebih baik. (Jabatan

Pertanian Malaysia 2012; Syed Mahadzir 2011; Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani Malaysia 2010).

Page 2: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

2

Pada tahun 2009, enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah dikenal

pasti sebagai dasar kepada Program Transformasi Kerajaan untuk memperbaiki sistem

penyampaian Kerajaan serta memberikan tumpuan kepada keperluan rakyat dalam jangka

pendek dan jangka panjang. Enam NKRA tersebut adalah: mengurangkan kadar jenayah,

memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan,

meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar

bandar dan pendalaman, dan menambah baik pengangkutan awam (Jabatan Penerangan

Malaysia 2012). NKRA yang ke-tujuh dan terbaru pula menunjukkan usaha Kerajaan dalam

mencari jalan terbaik untuk memperbaiki rangkaian bekalan pertanian supaya masalah

kekurangan makanan dapat diminimumkan sepanjang proses pengeluaran dan pembekalan

(Berita Harian 10 Ogos 2012).

Bagi menjayakan NKRA, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah

dipertanggungjawabkan untuk memajukan sektor pertanian negara. Tanggungjawab tersebut

telah dipanjangkan kepada di setiap negeri. Di Negeri Perak, pelbagai usaha telah

dilaksanakan oleh jabatan pertanian negeri bagi memajukan sektor berkenaan terutamanya

berkaitan pekebun kecil. Di Daerah Hilir Perak dan Perak Tengah, fokus utama adalah

tanaman kelapa dan kelapa sawit. Hasil tanaman kelapa mempunyai banyak permintaan dan

kegunaan dalam pasaran tempatan menyebabkan bekalannya tidak mencukupi, manakala

kelapa sawit mempunyai permintaan yang tinggi dalam dan luar negara.

Tumpuan telah banyak diberikan kepada penyelidikan dan pengkomersialan hasil

tanaman kelapa sawit. Namun demikian, aktiviti yang sama tidak berlaku kepada hasil

tanaman kelapa. Kajian ini hanya menumpukan tanaman pokok kelapa oleh pekebun-

pekebun kecil di beberapa buah kawasan dengan kesedaran tentang bagaimana mendapatkan

Page 3: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

3

keuntungan yang tinggi dari hasil tanaman tersebut supaya tahap sosioekonomi mereka

boleh ditingkatkan.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kebanyakan tanaman kelapa di Malaysia, terdapat di sekitar kawasan pesisiran pantai yang

berlempung atau berpasir dan sedikit sahaja ditanam di kawasan pendalaman. Di

Semenanjung Malaysia, tanaman kelapa tertumpu di Bagan Datoh, Perak; Sabak Bernam,

Selangor; Batu Pahat, Muar dan Pontian, Johor; Bachok, Kelantan; Kuala Terengganu dan

Besut, Terengganu (Jabatan Pertanian Negeri Perak 2010). Tanaman kelapa sawit menjadi

tumpuan utama dalam sektor pertanian negara berbanding tanaman kelapa kerana ia lebih

menguntungkan. Namun, tanaman kelapa masih penting kerana ia memberi sumbangan dari

aspek sosioekonomi terutama kepada pekebun kecil kelapa dalam pembasmian kemiskinan

selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB 1971 hingga 1990). Tambahan lagi, tanaman

kelapa adalah penting diusahakan untuk memenuhi keperluan masyarakat tempatan,

contohnya sebagai bahan masakan.

Pada tahun 2005, keluasan tanaman kelapa adalah 121,011 hektar dengan

pengeluaran sebanyak 538.8 juta metrik tan (Wikipedia 2012). Pada tahun 2007, keluasan

telah berkurang kepada 109,185 hektar dengan anggaran pengeluaran sebanyak 571.3 metrik

tan (Jabatan Pertanian, 2007). Pada tahun 2011, keluasan tersebut telah berkurang lagi

kepada 110,000 hektar dengan pengeluaran sebanyak 527.65 metrik tan yang bernilai sekitar

RM 264 juta (Wikipedia 2012). Ini menyebabkan harga kelapa meningkat tetapi kesannya

Page 4: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

4

kurang dinikmati oleh penanam kelapa yang mana tingkat sosioekonomi pekebun kecil tidak

banyak berubah.

Menurut hasil temu bual dengan En. Abd Rahman bin Harmin dari Pertanian

Kawasan Hutan Melintang: dari Sebagai perbandingan, pada tahun 1980, harga kelapa di

atas pokok adalah 5 sen sebiji, manakala yang berkupas adalah 15 sen sebiji. Pada tahun

2012, harga kelapa di atas pokok 40 sen sebiji, manakala yang berkupas adalah 80 sen

sebiji. Peningkatan harga berlaku tetapi kadar kenaikan tahunan kelapa adalah sangat

perlahan, anggaran sebanyak 1 hingga 2 sen setahun (Pengiraan: Purata harga kelapa di atas

pokok dan purata harga kelapa yang berkupas bagi tempoh 1980 hingga 2012). Ia tidak

merangsang pekebun kecil untuk terus bergantung kepada tanaman kelapa berbanding

tanaman kelapa sawit yang lebih tinggi harganya.

Terdapat beberapa jenis kelapa yang tumbuh sendiri atau ditanam secara komersil di

Malaysia. Di antara jenis kelapa adalah kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall), kelapa

Mawa, kelapa Rendah Malaya, kelapa Wangi (juga dikenali sebagai kelapa Pandan)

(Jabatan Pertanian Negeri Perak 2010). Kelapa Matag pula pada asalnya merupakan

kacukan antara jenis kelapa Tinggi Malaya dangan kelapa Tagnanan yang dicantumkan.

Kebanyakan pekebun-pekebun kecil, tanaman kelapa mereka adalah daripada jenis kelapa

Tinggi Malaya yang telah tua dan tidak produktif lagi dengan penghasilan yang sangat

rendah. Oleh itu mereka telah mengubah tanaman kelapa kepada tanaman lain seperti kelapa

sawit dan dusun campuran untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik berbanding

kelapa. Apabila jenis kelapa Matag diperkenalkan, penanaman kelapa di Malaysia menjadi

lebih menarik kerana kelapa Matag menghasilkan output yang lebih produktif meningkatkan

Page 5: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

5

hasil pengeluaran setiap hektar, sesuai untuk tujuan komersil di dalam dan luar negara

kerana permintaan kelapa terus meningkat (Wikipedia 2012).

Di Negeri Perak, terutama di Hilir Perak dan Perak Tengah merupakan dua buah

daerah yang banyak memfokuskan kepada tanaman kelapa dan boleh dimajukan sebagai

kawasan penanaman kelapa secara komersil. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kedua buah

daerah di Perak terpilih.

Peta Kawasan Bagan Datoh dan Hutan Melintang

Page 6: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

6

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Di daerah Hilir Perak, kawasan tanaman kelapa tertumpu di Bagan Datoh dan Hutan

Melintang manakala di Perak Tengah pula ialah di Daerah Manjung Selatan. Tanaman

kelapa sangat terkenal di Bagan Datoh pada masa dahulu. Tetapi kini keluasan kawasannya

sudah mula berkurang berbanding dengan keluasan kawasan tanaman kelapa sawit. Menurut

tinjauan awal penyelidik, nisbah keluasan tanaman kelapa dengan tanaman kelapa sawit di

Bagan Datoh sudah menjadi 60:40. Di Hutan Melintang, nisbahnya menurun lagi kepada

40:60. Di Daerah Manjung Selatan, nisbah perbandingan keluasan kawasan antara kedua-

dua tanaman tersebut terus menurun kepada 20:80. Ini menunjukkan bahawa terdapat

berbagai masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil kelapa yang menyebabkan mereka

beralih kepada aktiviti menanam pokok kelapa sawit. Masalah utama pekebun kecil kelapa

ialah harga kelapa yang terlalu rendah berbanding dengan harga kelapa sawit yang lebih

menarik.

Di Semenanjung Malaysia, paras kemiskinan adalah sebanyak RM750 sebulan

(Rancangan Malaysia Ke-10 2010) tetapi kebanyakan pekebun kecil kelapa mempunyai

pendapatan purata dalam lingkungan RM500 sebulan yang mana jelas mereka berada di

bawah paras kemiskinan. Ini adalah disebabkan hasil pengeluaran kelapa yang rendah.

Sebagai perbandingan, kutipan hasil kelapa sawit adalah lebih kerap sebanyak 3 minggu

sekali berbanding kutipan hasil kelapa yang hanya 2 bulan sekali sahaja. Oleh itu

pengeluaran kelapa negara tidak mencukupi untuk menampung permintaan pasaran

tempatan. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Asas

Tani mempertanggungjawabkan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

(FAMA) untuk mengimport kelapa dari luar negara seperti Indonesia dan India. Akibatnya

Page 7: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

7

berlaku lambakan bekalan kelapa yang secara tidak langsung menyebabkan harga kelapa

menurunkan dalam pasaran. Oleh itu pekebun kecil kelapa terpaksa menjual hasil kelapa

mereka dengan harga yang rendah, sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Walaupun tanaman kelapa tidak memerlukan penjagaan yang rapi, tetapi ianya

memerlukan kos yang banyak untuk mengatasi pelbagai masalah-masalah seperti serangan

pelbagai jenis perosak pada setiap peringkat semasa di ladang. Sebagai contoh, serangan

babi berlaku semasa di peringkat awal penanaman kelapa, untuk mengatasinya pagar yang

khusus (Wire Net) perlu dibina yang mana jumlah kosnya agak tinggi. Contoh kedua,

serangan kera berlaku di semua peringkat penanaman dan cara yang dibenarkan oleh

Jabatan Pertanian dan Jabatan Perhilitan bagi mengatasinya adalah menggunakan “sangkar

kera” yang mana kera-kera yang ditangkap akan dipindahkan ke tempat lain. Pembunuhan

kera tidak dibenarkan sama sekali. Yang anehnya, kera-kera yang ditangkap di tempat lain

dipindahkan pula ke kawasan ini. Ini seolah-olah “exchange and transfer program of

monkeys” di laksanakan di Malaysia. Akibatnya, pengurangan dan penyelesaian terhadap

ancaman serangan kera tidak berlaku. Masalah-masalah lain adalah seperti serangan

serangga perosak, penyakit, rumpai dan lain-lain (MARDI 2009) juga menjadikan tanaman

kelapa ini tidak menarik.

Page 8: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

8

Serangan Haiwan Perosak

Memandangkan kebanyakan tanaman pokok kelapa tempatan adalah dari baka

kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall), pekebun kecil kelapa perlu mengupah pekerja untuk

mengait buah kelapa. Walau bagaimanapun, pekebun kecil kelapa mengalami masalah

kesukaran mendapatkan pekerja untuk menjalankan kerja ini kerana upahnya murah.

Dianggarkan bagi kerja mengait sebiji kelapa, upahnya adalah 10 sen sebiji, bagi kerja

mengumpul, upahnya adalah 10 sen sebiji dan bagi kerja mengupas sebiji kelapa, upahnya

adalah 15 sen sebiji. Apabila semua kerja ini sudah dilaksanakan, maka kelapa boleh dijual

dengan harga 80 sen sebiji. Kerja-kerja ini memerlukan tenaga yang banyak dan kuat, maka

ia bukan lah satu pilihan kerja yang menarik. Jika dibandingkan dengan kerja-kerja dan

upah yang dilakukan di ladang kelapa sawit, bayaran yang diterima adalah jauh lebih tinggi.

Page 9: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

9

Oleh itu, bekalan tenaga kerja yang mencukupi diperlukan untuk memastikan aktiviti

pengeluaran kelapa yang berterusan.

Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall)

Daripada aspek pemasaran, kegiatan orang tengah mengambil kesempatan dengan

meletakkan harga yang rendah terhadap hasil kelapa berlaku tanpa pemantauan dan

pengawalan dari mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan. Apa yang berlaku, pekebun

kecil boleh menjual hasil kelapa kepada FAMA dengan harga 80 sen sebiji atau melalui

peraih-peraih yang dilantik olehnya ataupun kepada peraih-peraih kelapa bebas yang

menawarkan harga yang tidak begitu berbeza dengan harga yang ditawarkan oleh FAMA.

Untuk menguruskan pemasaran kelapa oleh pekebun kecil sendiri, ia melibatkan kos dan

kepakaran yang agak tinggi yang mana mereka mempunyai kekangan. Antaranya ialah

peralatan serta pengangkutan seperti lori mengangkut hasil kelapa ke pelanggan industri

atau peruncit; upah pekerja yang menguruskan pengagihan berkenaan. Kesannya, pekebun

kecil kelapa lebih suka mengambil jalan mudah dengan menjual secara langsung kepada

peraih yang menawarkan harga yang mereka rasakan tinggi tanpa memerlukan mereka

menampung sebarang kos pemasaran tambahan. Misalnya, mencari pelanggan,

membelanjakan wang untuk promosi hasil kelapa, membayar kos bagi pencarian tempat dan

Page 10: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

10

penghantaran hasil kelapa di pasaran ke kilang kelapa atau peruncit dan memikirkan harga

yang patut ditawarkan. Strategi pemasaran yang baik dapat meningkatkan hasil pendapatan

pekebun-pekebun kecil apabila hasil keluaran kelapa dapat dikomersilkan dengan banyak

dengan harga yang berpatutan.

Disebabkan masalah-masalah yang dihadapi oleh tanaman kelapa seperti yang

dinyatakan di atas, aktiviti tanaman kelapa bukan menjadi pilihan utama dalam kalangan

pekebun kecil, malahan ada di kalangan pekebun kecil kelapa sendiri telah atau sedang

merancang untuk menukarkan tanaman sedia ada mereka kepada tanaman kelapa sawit atau

tanaman lain. Tambahan lagi, minat untuk menanam kelapa tidak memberangsangkan atau

terbantut kerana ia perlu melibatkan modal yang besar. Modal tersebut bukan hanya untuk

pembelian anak benih kelapa seperti kelapa Matag yang mahal iaitu RM 22 sepokok, Mawa

atau Pandan yang berharga RM 4 sepokok tetapi juga kos baja, kos kawalan pelbagai jenis

perosak, kos pagar dan pembersihan ladang, penyakit, upah pekerja hinggalah kepada kos

pemasaran. Sebagai contoh, kos untuk menanam kelapa Matag adalah RM20000 sehektar

yang mana di luar kemampuan seorang pekebun kecil kelapa untuk mengusahakannya

tanpa bantuan Jabatan Pertanian Negeri.

Pokok Kelapa Sebelum Ditebang Pokok Kelapa Selepas Ditebang

Page 11: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

11

Pokok kelapa juga dikenali sebagai “the tree of life” kerana keseluruhan pokok

tersebut boleh digunakan, bermula dari batangnya hinggalah ke pucuknya. Batang, daun,

buah, sabut, tempurung, air dan isinya boleh dimanfaatkan dan mempunyai pelbagai

kegunaan. Jika diusahakan secara terurus, ia mampu meningkatkan pendapatan pekebun-

pekebun kecil dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada status kemiskinan. Dengan

peningkatan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh MARDI berserta

penggunaan teknologi yang terkini dan sesuai, industri kelapa boleh berkembang dengan

baik. Seterusnya ia boleh meningkatkan hasil pengeluaran serta memberi nilai tambah

kepada hasil kelapa. Justeru itu, industri kelapa mampu dijadikan sebagai industri yang

berasaskan sumber dalam sektor pembuatan di Malaysia. Namun demikian, industri kelapa

di Malaysia masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Oleh itu, satu kajian perlu dibuat bagi mengetahui taraf sosioekonomi pekebun-

pekebun kecil kelapa di Hilir Perak khasnya di kawasan Bagan Datoh dan Hutan Melintang

dan di daerah Perak Tengah untuk mengetahui masalah-masalah pekebun kecil kelapa,

peranan agensi kerajaan dalam membantu meningkatkan pendapatan pekebun kelapa dan

cadangan bagi memperbaiki sosioekonomi pekebun kelapa di daerah Hilir Perak dan Perak

Tengah.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah sosioekonomi

pekebun-pekebun kecil kelapa di Daerah Hilir Perak dan Daerah Perak Tengah. Objektif

kajian telah terperinci seperti di bawah:

Page 12: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

12

1. Mengesan tahap sosioekonomi pekebun kecil kelapa di Daerah Hilir Perak dan

Daerah Perak Tengah.

2. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil kelapa.

3. Meneliti keberkesanan peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan di dalam

membantu pekebun kecil kelapa.

4. Mengenal pasti kaedah pemasaran yang ditawarkan oleh pekebun kecil kelapa di

Daerah Hilir Perak dan Daerah Perak Tengah.

5. Memberi cadangan berkaitan dasar pengeluaran hasil kelapa di Daerah Hilir Perak

dan Daerah Perak Tengah.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Soalan-soalan kajian yang dikemukakan adalah seperti berikut:

1. Apakah tahap sosioekonomi pekebun kecil kelapa di Daerah Hilir Perak dan Perak

Tengah?

2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil?

3. Apakah sumbangan dan peranan kerajaan yang dimainkan oleh agensi kerajaan

dalam membantu pekebun kecil kelapa?

4. Apakah strategi pemasaran hasil kelapa di Daerah Hilir Perak dan Perak Tengah?

5. Apakah cadangan yang berkaitan dengan pengeluaran hasil kelapa?

Page 13: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

13

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil kelapa melalui

pengeluaran hasil kelapa dari Daerah Hilir Perak dan Perak Tengah. Apabila pendapatan

meningkat, taraf hidup mereka juga meningkat kerana mereka akan mempunyai aktiviti

sosioekonomi yang lebih baik dan mempunyai kuasa beli barangan dan perkhidmatan yang

lebih tinggi. Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan prestasi ekonomi

negara melalui Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Program

(ETP) yang dilaksanakan pada peringkat nasional.

Rajah 1.1 : Program Transformasi Ekonomi

Page 14: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

14

1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada daerah Hilir Perak dan Perak Tengah. Oleh kerana tempoh kajian

adalah singkat iaitu tiga bulan, hanya kawasan Bagan Datoh dan Hutan Melintang di Hilir

Perak dan Daerah Manjung Selatan di Perak Tengah yang dipilih dalam penyelidikan ini.

Aspek yang dikaji adalah seperti berikut:

1. Ekonomi iaitu menyiasat tingkat pendapatan dan taraf hidup pekebun-pekebun kecil

dan memberi cadangan untuk memperbaikinya.

2. Sosial iaitu menyiasat kehidupan sosial pekebun-pekebun kecil dan memberi

cadangan untuk memperbaikinya.

3. Infrastruktur iaitu menyiasat keadaan kemudahan infrastruktur semasa dan memberi

cadangan untuk memperbaikinya.

4. Pemasaran iaitu mempromosi hasil produk kelapa untuk tujuan komersial di dalam

dan luar negara.

5. Agensi Kerajaan iaitu mengenalpasti peranan agensi kerajaan dalam membantu

meningkatkan pendapatan pekebun kecil kelapa.

1.7 DEFINISI OPERASIONAL

Dalam penyelidikan ini, kawasan penanaman kelapa di Hilir Perak melibatkan Seberang

Perak yang bermula dari Sungai Rubana hingga ke Teluk Intan. Kawasan penanaman kelapa

di Perak Tengah pula melibatkan Lekir dan Kayan. Sosioekonomi pekebun kecil merupakan

fokus utama yang merujuk kepada pendapatan dan kehidupan sosial pekebun kecil.

Page 15: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

15

Kelapa (Cocos nucifera L.). Ia adalah tanaman seribu guna yang terkenal dengan

nama pokok kehidupan (tree of life). Semua bahagian pokok dari akar hingga pucuk boleh

diusahakan untuk meningkatkan pendapatan individu. Berikut ialah jenis-jenis kelapa yang

ditanam di Malaysia (MARDI 2009):

1. Kelapa tinggi (Cocos nucifera var. typica). Ia hidup dengan baik di pelbagai jenis

tanah dan cuaca panas. Pokok kelapa tinggi Malaya mula berbuah pada umur sekitar

5-7 tahun dengan penghasilan sebanyak 60-70 biji jika dijaga dengan sempurna.

Umurnya boleh mencapai sehingga 60 tahun. Hasil kopra daripada setiap biji kelapa

adalah antara 80 hingga 320 gram.

a) Kelapa Tinggi Malaya

Page 16: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

16

b) Buah Kelapa Tinggi Malaya

2. Kelapa Matag. Ia adalah daripada kacukan antara kelapa Rendah Malaya dengan

kelapa Tanaman dari Filipina. Terdapat tiga jenis kelapa Rendah Malaya iaitu

Rendah Merah Malaya (Malayan Red Dwarf), Rendah Kuning Malaya (Malayan

Yellow Dwarf) dan Rendah Hijau Malaya (Malayan Green Dwarf). Proses

pengeluaran benih kelapa Matag memerlukan kos dan kepakaran yang tinggi. Kelapa

jenis ini dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sehektar setahun. Isi

kelapa Matag adalah tebal dan mempunyai kandungan santan yang tinggi.

Page 17: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

17

c) Kelapa Matag Merah (Malayan Red Dwarf)

d) Kelapa Matag Kuning (Malayan Yellow Dwarf)

e) Kelapa Matag Hijau (Malayan Green Dwarf)

3. Kelapa Mawa. Ia adalah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan

silang kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok

boleh mencapai sehingga 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau

Page 18: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

18

atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (Kelapa Rendah Malaya).

Bilangan buah setandan ialah 14-16 biji.

f) Kelapa Mawa

4. Kelapa Pandan atau Wangi. Kelapa muda dari jenis ini mempunyai aroma yang

harum seperti pandan. Air buahnya sangat manis. Kelapa Pandan yang berasal dari

Thailand ini adalah daripada jenis pokok kelapa yang rendah dan berwarna hijau.

Ia mempunyai jangka hayat lebih kurang 30-35 tahun.

Kelapa Pandan

Page 19: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

19

5. Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) dihasilkan daripada isi buah kelapa biasa

(cocos nucifera). Tetapi yang membezakan Minyak Kelapa Dara dari “minyak

kelapa biasa” adalah sifat-sifatnya, khasiatnya dan proses membuatnya. Ia dihasilkan

dengan satu cara di mana ciri-ciri khusus dan keistimewaannya dapat dikekalkan.

Perkataan “Dara” itu adalah sifatnya dan bukan buahnya. Buah kelapa yang

digunakan adalah daripada jenis buah kelapa biasa yang sudah tua sama ada dari

pokok kelapa asal seperti Tinggi Malaya atau pun dari jenis kacukan seperti kelapa

Mawa atau Pandan. Minyak Kelapa Dara yng dihasilkan melalui proses alami atau

melalui proses “Teknologi-Bio” iaitu tanpa menggunakan bahan kimia dan tanpa

melalui proses pemanasan sebagaimana yang dilakukan oleh industri pembuatan

minyak kelapa untuk kegunaan masakan (Zulkafli Daud, 2007).

Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)

Secara ringkasnya, kajian ini memerlukan aktiviti pembentukan dan pengumpulan

soal selidik, temu bual, semakan dokumen serta lawatan-lawatan ke ladang, pusat

perusahaan dan beberapa buah institusi pertanian yang berkaitan dengan kelapa.

Page 20: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

20

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN

Bab ini dibahagikan kepada 7 bahagian utama. Bahagian pertama mengenai kelapa dan

kegunaannya, bahagian kedua peranan agensi kerajaan yang terlibat seperti MARDI,

FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kawasan dan Negeri, Jabatan Pertanian

Negeri (JPN), bahagian ketiga teori ekonomi klasik seperti Adam Smith, Robert Malthus

dan sebagainya. Teori ini akan membincangkan teori yang berkaitan dengan pembangunan

dan kemiskinan di sesuatu tempat. Bahagian empat mengenai kajian lepas oleh penyelidik

terdahulu sama ada kajian yang dijalankan di dalam atau di luar negara. Seterusnya

bahagian kelima mengenai pemasaran, bahagian keenam adalah berkaitan kerangka

konseptual kajian dan terakhir iaitu bahagian yang ketujuh adalah rumusan bagi keseluruhan

bab dua.

2.1 KELAPA DAN KEGUNAAN

Menurut sumber Jabatan Pertanian Malaysia (2007), tanaman kelapa (cocos nucifera)

tergolong dalam keluarga palmae. Tanaman ini berasal dari kepulauan Pasifik dan tersebar

luas hampir 90 buah negara tropika. Jumlah keluasan kelapa dunia dianggarkan sebanyak

Page 21: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

21

12.48 juta hektar di mana seluas 10.8 hektar juta hektar (86.2%) terletak di kawasan Asia-

Pasifik .

Indonesia merupakan negara pengeluar kelapa utama dunia dengan keluasan 3.9 juta

hektar (31.25%), diikuti dengan Filipina seluas 3.2 juta hektar (25.64%) dan India seluas 1.9

juta hektar (15.22%). Jumlah pengeluaran kelapa dunia setahun dianggarkan sebanyak 11.44

juta tan kopra, bersamaan 57 bilion biji kelapa. Sejak empat hingga lima dekad yang lalu,

teknologi pemprosesan kelapa telah berjaya menghasilkan tidak kurang daripada 360 produk

makanan dan bukan makanan berasaskan kelapa.

Di Malaysia, kelapa merupakan salah satu tanaman yang penting untuk ekonomi

negara. Sebahagian besar tanaman kelapa diusahakan secara tradisional oleh pekebun-

pekebun kecil. Pada tahun 2007, tanaman kelapa menduduki tempat yang keempat dari segi

keluasan selepas kelapa sawit, getah dan padi. Produk-produk kelapa adalah bahan penting

dalam makanan harian penduduk-penduduk tempatan dan juga dalam industri pembuatan.

Permintaan tempatan untuk produk-produk kelapa adalah dalam bentuk kelapa biji, minyak

kelapa dan kelapa parut (dessicated coconut).

Pada tahun 2005, Malaysia mengimport kelapa dan produk-produk berasaskan

kelapa bernilai RM591.8 juta berbanding dengan nilai eksport berjumlah RM559 juta. Ini

menjadikan nilai imbangan dagangan negatif sebanyak RM32.8 juta. Jenis produk kelapa

yang di import dan di eksport ialah kelapa tua, kelapa muda, minyak kelapa, kelapa salai

(kopra), kelapa parut kering, santan kelapa dan minyak kelapa.

Page 22: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

22

2.1.1 Status Industri Di Malaysia

Jadual 2.1

Keluasan Tanaman dan Pengeluaran Kelapa Mengikut Negeri Bagi Tahun 2007

Negeri Keluasan Hektar Pengeluaran

Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri Sembilan

Pahang

Perak

Perlis

Pulau Pinang

Selangor

Terengganu

Sabah

Sarawak

WP Labuan

21, 250

2,840

7,760

2,720

1,280

2,190

15,180

15

1,010

10,320

2,650

19,140

22,290

540

127,500

15,052

40,352

15,265

6,656

11,388

88,044

93

5,252

56,760

8,150

89,958

104,763

2,160

Jumlah 109,185 571,393

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (2007)

Menurut Jadual 2.1, jumlah keluasan tanaman dan pengeluaran bagi tahun 2007

ialah masing-masing 109,185 hektar dan 571,393 tan metrik. Keluasan tanaman dan

pengeluaran kelapa mengikut negeri bagi tahun 2007, Sarawak mempunyai keluasan

tanaman 22,290 hektar dengan pengeluaran sebanyak 104,763 tan metrik, diikuti Johor

21,250 hektar dengan pengeluaran sebanyak 127,500, Sabah 19,140 hektar dengan

pengeluaran 89,958 tan metrik. Seterusnya, negeri Perak mempunyai keluasan 15,180 hektar

dengan jumlah pengeluaran sebanyak 88,040 tan metrik, diikuti Selangor 10,320 hektar

dengan jumlah pengeluaran sebanyak 56,760 tan metrik.

Page 23: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

23

Jadual 2.2

Kawasan-Kawasan Pengeluar Utama Kelapa Di Malaysia

Negeri Daerah

Sarawak

Johor

Sabah

Perak

Selangor

Asa Jaya, Simunjan, Kuching

Pontian, Batu Pahat, Muar

Pitas, Kudat, Lahad Datu, Tawau, Semporna

Hilir Perak

Sabak Bernam, Kuala Selangor

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (2007),

Jadual 2.2 menunjukkan kawasan-kawasan pengeluar utama kelapa di Malaysia.

Daerah Asa Jaya, Simunjan dan Kuching iaitu daerah di negeri Sarawak merupakan

kawasan-kawasan pengeluar utama kelapa di Malaysia. Diikuti daerah Pontian, Batu Pahat,

Muar iaitu di negeri Johor, daerah Pitas, Kudat, Lahad Datu, Tawau dan Semporna iaitu di

negeri Sabah. Seterusnya, daerah Hilir Perak di negeri Perak turut menjadi kawasan

pengeluar utama kelapa di Malaysia diikuti Sabak Bernam, Kuala Selangor di negeri

Selangor.

Mengenai minyak kelapa mengandungi lemak tepu yang tinggi iaitu kira-kira 91%.

Kandungan minyak kelapa yang terperinci ditunjukkan seperti di Jadual 2.3. Hampas kelapa

kering merupakan produk sampingan dari pemprosesan minyak kelapa dan digunakan

sebagai makanan ternakan. Kandungan hampas kelapa kering adalah seperti di Jadual 2.4.

Kelapa parut kering ialah isi kelapa yang dipotong halus dan dikeringkan pada tahap

kandungan kelembapan 2.5%. Nilai pemakanan kelapa parut kering adalah seperti di Jadual

2.5.

Page 24: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

24

Jadual 2.3

Kandungan Minyak Kelapa

Jenis Lemak Peratus Kandungan

Asid Lemak Tepu

Kaprolo (hexoic)

Kaprilik

Kaprik

Laurik

Miristik

Palmtik

Streatik

Arakidik

Asid Lemak Tak Tepu

Oleik

Linolik

0.2

5.4

4.5

44.1

31.0

7.5

1.0

0.2

5.0

1.0

0.5

9.5

9.7

51.0

18.5

10.5

3.2

1.5

8.2

2.6

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (2007),

Jadual 2.4

Kandungan Hampas Kelapa Kering

Perkara Peratus Kandungan

Air

Minyak

Protein

Karbohidrat

Serat

Abu

11.0

6.0

19.8

45.3

12.2

5.7

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (2007),

Page 25: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

25

Jadual 2.5

Nilai Pemakanan Kelapa Parut Kering

Kandungan Peratus

Air

Lemak dan minyak

Gula

Protein

Karbohidrat

Serat

Abu

2.5 – 3.0

58.0 – 69.0

5.5 – 8.5

6.0 – 8.0

12.0 – 18.0

0.2 – 0.4

1.5 -2.0

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (2007),

Isi, air, sabut, daun dan batang kelapa digunakan untuk menghasilkan pelbagai

produk kelapa dalam bentuk makanan atau bukan makanan. Produk kelapa ini boleh

dikategorikan sebagai produk kelapa segar dan produk kelapa yang diproses.

i. Produk Kelapa Segar

Isi, air dan santan kelapa digunakan untuk masakan atau sebagai makanan dan minuman

segar. Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan

mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan

isinya dimakan.

Isi Kelapa Muda

Page 26: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

26

ii. Produk Kelapa Yang Diproses

Isi kelapa boleh diproses untuk menghasilkan minyak kelapa. Seterusnya minyak kelapa ini

diproses untuk menghasilkan produk-produk kosmetik, farmasi dan produk-produk lain.

Minyak kelapa juga digunakan untuk pengeluaran asid laurik. Isi kelapa boleh juga diproses

untuk menghasilkan kelapa parut kering, krim kelapa, serbuk santan dan kopra. Pada masa

ini terdapat produk-produk baru yang berpotensi untuk dimajukan seperti minyak kelapa

dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) dan nata de-coco. Sabut kelapa dapat digunakan untuk

membuat penyapu, kusyen, bantal, tilam dan bekas tanaman pokok bunga. Tempurung

kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan arang teraktif, bahan bakar dalam pembuatan

ubat nyamuk dan bahan hiasan dalam industri kraftangan, batang kelapa diproses menjadi

kayu yang bermutu untuk kegunaan industri pembinaan dan perabot. Nira diperolehi dari

mayang kelapa dan boleh diminum atau diproses menjadi gula melaka, cuka atau tuak.

Page 27: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

27

Produk-Produk Hasil Daripada Kelapa Yang Diproses

iii. Produk Daripada Batang

Batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan dinding

dan lantai. Batang kelapa yang matang boleh dijadikan papan dan beroti untuk perabut,

rumah dan kedai makan.

Page 28: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

28

iv. Produk Daripada Pelepah

Lidi sesuai dijadikan penyapu dan pencucuk sate.

v. Produk Daripada Daun

Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan.

g. Produk Daripada Tempurung

Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk arang dan barangan kraftangan.

Page 29: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

29

vi. Produk Daripada Serbuk Sabut

Serbuk sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian. Sabut juga boleh

dijadikan penyapu, berus serta sesuai sebagai bahan pembuatan kusyen, bantal dan tilam.

vii. Produk Daripada Santan

Santan kelapa boleh dijadikan bahan utama dalam masakan, minyak rambut (VCO). Santan

basi boleh dijadikan umpan menangkap ikan atau udang. Santan kelapa juga boleh sebagai

bahan shampo untuk cuci rambut.

Terdapat dua jenis kelapa iaitu istilah saintifik ialah Cocos nucifera var. typica dan

kelapa rendah Cocos nucifera var. nana atau nama tempatan ialah kelapa (nyior) tinggi.

Kacukan di antara dua jenis kelapa tersebut akan menghasilkan kelapa hibrid seperti Mawa

dan Matag yang mempunyai ciri sederhana tinggi.

Page 30: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

30

viii. Pokok

Pokok kelapa mempunyai batang dan pusat pertumbuhan tunggal. Ketinggian pokok boleh

mencapai 6-30 meter. Pada hujung batang terdapat daun pinat yang besar atau pelepah pada

pelbagai peringkat tumbesaran. Di celah tiap-tiap pelepah terdapat jambak bunga pada

pelbagai peringkat tumbesaran. Di pucuk pokok terdapat tisu-tisu muda yang bakal

membentuk menjadi daun, bunga atau buah.

ix. Sistem Akar

Pokok kelapa mempunyai sistem akar serabut. Pokok kelapa tidak mempunyai akar rambut

dan dalam keadaan tertentu, akar utama boleh mengeluarkan akar sisi yang bercabang yang

dipanggil akar penyerap. Di hujung akar penyerap ini terdapat jidal akar (root cap) yang

boleh menembusi tanah. Bahagian lembut yang terdapat di belakang jidal akar berfungsi

untuk menyerap nutrien tanah sejauh 5 cm. Di permukaan akar terdapat struktur tisu kecil

yang tajam dan berwarna putih (pneumatophotes) yang berfungsi sebagai struktur

pernafasan. Struktur ini membolehkan pokok kelapa menyesuaikan kehidupan di kawasan

air bertakung. Pokok kelapa matang mengeluarkan 1,500 - 8,000 urat akar yang tumbuh

mendatar sepanjang 5 hingga 25 meter di sekeliling pokok. Terdapat juga akar yang tumbuh

menghala ke lapisan air bawah tanah dan boleh tumbuh sehingga 5 meter ke dalam tanah.

x. Daun

Pokok kelapa yang matang mempunyai 30-40 pelepah daun. Panjang pelepah boleh

mencapai 6 meter dan ia mempunyai dua baris daun kecil (bipinate) berukuran 1 hingga 1.5

meter panjang. Setiap pelepah dianggarkan mempunyai sebanyak 200 helai daun kecil. Bagi

Page 31: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

31

pokok yang subur, pelepah baru terbit setiap 3-4 minggu sekali. Jangka hayat pelepah dari

mula terbit hingga senesen ialah di antara 30 hingga 36 bulan.

Pokok kelapa yang matang mempunyai 30-40 pelepah daun. Panjang pelepah boleh

mencapai 6 meter dan ia mempunyai dua baris daun kecil (bipinate) berukuran 1 hingga 1.5

meter panjang. Setiap pelepah dianggarkan mempunyai sebanyak 200 helai daun kecil. Bagi

pokok yang subur, pelepah baru terbit setiap 3-4 minggu sekali. Jangka hayat pelepah dari

mula terbit hingga senesen ialah di antara 30 hingga 36 bulan.

xi. Bunga

Jambak bunga atau mayang terbentuk di dalam seludang yang tebal, kukuh dan tajam.

Mayang yang terbuka berukuran 1.0 hingga 1.2 meter panjang dan membentuk beberapa

anak spika yang panjangnya 14-16 cm. Bunga kelapa adalah jenis “monoecious”. Pada

setiap mayang kelapa, terdapat antara 8,000-10,000 bunga jantan dan 10-50 bunga betina.

Bunga jantan mengandungi enam helai peranti nipis berwarna kuning dan di dalamnya

terdapat enam stamen. Di tengah-tengah bunga terdapat tiga kelenjar nektar yang berfungsi

untuk menarik serangga pendebunga. Apabila bunga kembang, cepu debunga terbuka dan

mengeluarkan debunga-debunga yang berwarna kuning. Debunga ini boleh hidup selama 2-

9 hari.

Bunga betina berbentuk globos, mengandungi enam peranti dan terdapat pistil

berwarna putih. Bunga betina mulai kembang pada 18-21 hari selepas seludang terbuka.

Jangka masa reseptifnya ialah 1-3 hari.

Page 32: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

32

xii. Bunga dan Pendebungaan

Angin dan serangga merupakan ejen pendebungaan bunga kelapa. Lebah, lalat, kumbang

dan tebuan adalah serangga pendebunga kelapa yang penting. Jumlah bunga betina yang

Berjaya membentuk buah sehingga mencapai ke peringkat matang adalah sekitar 25-40 %.

Bagi kebanyakan jenis kelapa rendah, kaedah pendebungaan ialah secara “autogamous”

(direct self-pollinating) atau pendebungaan sendiri. Bagi kelapa tinggi, pendebungaan ialah

secara ‘allogamous’ (cross-pollinating) atau pendebungaan silang. Bagi kelapa hibrid dan

beberapa jenis kelapa rendah, kaedah pendebungaan ialah secara kedua-duanya sekali iaitu

secara “autogamous” dan “allogamous”. Sebagai contohnya, pendebungaan bagi Kelapa

Rendah Kuning (Malayan Yellow Dwarf, MYD) dan Kelapa Rendah Merah (Malayan Red

Dwarf, MRD) didapati secara “autogamous”. Pendebungaan Kelapa Tinggi Malaya

(Malayan Tall) ialah secara “allogamous”, manakala pendebungaan Kelapa Rendah Hijau

(Malayan Green Dwarf, MGD) ialah secara “autogamous”dan “allogamous”. Oleh itu

populasi Kelapa Rendah Malaya didapati seragam berbanding dengan populasi Kelapa

Page 33: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

33

Tinggi Malaya. Populasi Kelapa Rendah Malaya jenis kuning dan merah didapati lebih

stabil dan seragam berbanding dengan jenis hijau. Faktor ini menyebabkan Kelapa Rendah

Hijau tidak digunakan sebagai pokok induk ibu di dalam pembiakan kelapa kacukan atau

hibrid.

xiii. Buah

Selepas proses persenyawaan bunga akan menjadi buah dalam tempoh 12-14 bulan. Pada

umumnya buah yang matang mengandungi 35 % sabut, 12 % tempurung, 28 % isi dan 25 %

air. Komposisi ini berbeza-beza mengikut kultivar. Saiz, warna dan bentuk buah kelapa juga

berbeza-beza mengikut jenis kelapa.

Page 34: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

34

2.1.2 Keperluan Asas Tanaman

i) Faktor Iklim

Di Malaysia, kelapa mempunyai kesesuaian yang meluas dan agak tahan kepada perubahan

cuaca. Pada amnya kelapa memerlukan suhu purata harian antara 22-33 C dengan 40-80 %

kelembapan bandingan untuk pertumbuhan dan penghasilan yang baik.

ii) Faktor Tanah

Tanaman kelapa yang ditanam di tanah-tanah yang sesuai mudah diurus dan berpotensi

mengeluarkan hasil yang lebih baik. Pengurusan yang lebih rapi diperlukan sekiranya

tanaman ini ditanam di tanah-tanah yang sederhana sesuai untuk menjamin penghasilan

yang menguntungkan. Sifat-sifat tanah yang sesuai dan sederhana sesuai untuk tanaman

kelapa adalah seperti di Jadual 2.6.

Page 35: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

35

Jadual 2.6

Faktor-faktor Tanah dan Kesesuaian Untuk Tanaman Kelapa

Sifat Tanah Kesesuaian Tanah Untuk Kelapa

Sesuai Sederhana Sesuai

Kecerunan

Saliran

Kedalaman tanah yang

berkesan

Tekstur dan struktur

Kemasinan

Kedalaman lapisan asid

sulfat dari permukaan tanah

Ketebalan gambut

Keberbatuan

Ketidakseimbangan nutrien

0 – 12

Tak sempurna salir ke salir

> 100cm

Selain dari pasir dan

lempung yang tak

berstruktur

< 2 ds/cm

> 100cm

Tiada gambut

Tiada batu pada kedalaman

75 sm pertama atau jika ada

batu, amaunnya adalah 25%

dan tersebar rata di dalam

tanah

Tiada keracunan nutrien

mikro atau keupayaan

pertukaran katlon tinggi

melebihi 10 cmo/kg

12 – 20

Agak kurang salir

50 – 100cm

Pasir dan lempung yang tak

berstruktur

75 – 100cm

75 – 100cm

Ketebalan 25cm dari

permukaan tanah

Terdapat batu 25 – 75 %

tersebar rata

Keupayaan pertukaran

katlon yang rendah <10

cmo/kg

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia, (2007)

Kelapa boleh hidup di kebanyakan jenis tanah. Di antara tanah yang sesuai adalah tanah

lanar, tanah-tanah sedentari dan gambut cetek. Pada umumnya tanaman kelapa memerlukan

tanah yang rata, bersaliran tanah yang salir (well drained), berprofil dalam dan tidak terlalu

pasir atau lempung.

Page 36: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

36

2.1.3 Zon Tanaman Kelapa

Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tanaman kelapa ditanam di kawasan pantai di atas

tanah berlempung atau berpasir dan sedikit sahaja ditanam di kawasan pendalaman. Di

kawasan Pantai Barat, tumpuan tanaman kelapa ialah di Bagan Datuk, Perak; Sabak

Bernam, Selangor, Batu Pahat, Muar dan Pontian, Johor. Di Pantai Timur pula tanaman

kelapa tertumpu di Bachok, Kelantan, Kuala Terengganu dan Besut, Terengganu.

2.1.4 Fakta Dan Fenomena

2.1.4.1 Mengapakah pekebun kelapa bertukar kepada penanaman kelapa sawit?

Kebelakangan ini negara berhadapan dengan isu kekurangan bekalan kelapa sehingga

memaksa negara mengimport kelapa dari negara jiran. Jika dahulu isu kekurangan kelapa

hanya kedengaran pada masa perayaan seperti Hari Raya dan perayaan Deepavali lantaran

permintaan yang meningkat, kini kekurangan kelapa berlaku tanpa mengira musim dan

waktu (Jabatan Pertanian Malaysia, 2007).

Agak mengecewakan kerana suatu ketika dahulu Malaysia dikenali sebagai salah

sebuah negara pengeluar kelapa terbesar di dunia, tetapi kini perlu mengimport akibat

bekalan dalam negara semakin berkurangan. Contohnya di kawasan Bagan Datoh, Perak,

yang suatu ketika dikenali sebagai sebuah kawasan tanaman kelapa terbesar di dalam

negara. Tetapi kini estet-estet kelapa digantikan dengan kelapa sawit. Kebun-kebun kecil

juga kini bertukar menjadi kebun kelapa sawit walaupun masih ada juga yang meneruskan

tanaman kelapa.

Page 37: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

37

Fenomena ini sukar dihalang kerana pekebun kecil kelapa didorong keinginan untuk

menambah pendapatan. Harga kelapa sawit bukan sahaja tinggi, malah hasilnya boleh

dikutip tiga minggu sekali. Ini berbanding dengan kelapa yang harganya lebih rendah dan

biasanya dikutip dua bulan sekali (Jabatan Pertanian Malaysia, 2007). Penanaman kelapa

sawit secara besar-besaran dengan mengorbankan pokok kelapa menjadi antara punca

bekalan kelapa negara semakin berkurangan sedangkan permintaan tinggi. Terdapat juga

usahawan-usahawan kelapa sawit sanggup menawarkan modal kepada pekebun kecil kelapa

supaya menebang pokok kelapa dan diganti dengan tanaman kelapa sawit dengan

keuntungan dari hasil kelapa sawit dibahagi 80% diambil oleh pemodal dan baki 20%

keuntungan diberikan kepada pemilik kebun kelapa selama 20 tahun.

Kebun Kelapa Kebun Kelapa Sawit

2.14.2 Apakah hasil yang boleh dijana daripada produk kelapa?

Buah kelapa boleh dikeringkan dan dijadikan minyak kelapa. Lidi sesuai dijadikan penyapu

dan pencucuk sate. Sabut juga boleh dijadikan penyapu serta sesuai sebagai bahan

pembuatan tilam. Batang kelapa yang matang boleh dijadikan papan dan beroti. Namun

Page 38: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

38

tidak dapat dinafikan bahawa antara banyak-banyak bahagian, buah kelapa itu sendirilah

yang menjadi nadi utama keistimewaan pokok kelapa. Buah kelapa yang matang boleh

dibelah, dikeringkan dan dihantar ke kilang-kilang untuk diproses untuk dijadikan minyak

masak.

Hasil Produk Kelapa

Page 39: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

39

Gadis-gadis kampung sering menggunakan santan kelapa sebagai bahan untuk cuci

rambut ketika mandi. Rambut yang dicuci bersama santan kelihatan berkilau-kilau

memancar dan dipercayai dapat melebatkan pertumbuhan mahkota perempuan itu.

Masyarakat kampung juga menggunakan buah kelapa sebagai bahan makanan utama

ternakan khususnya ayam. Sama ada kelapa dibelah dan dibiarkan begitu sahaja ataupun

isinya dihiris-hiris kecil boleh menjadi sumber utama makanan ayam yang kaya dengan

nutrien (Jabatan Pertanian Malaysia , 2007).

Bagi mereka yang berhasrat menjala ikan di sungai atau kolam, santan kelapa boleh

dijadikan umpan kepada ikan-ikan. Sisa santan dicampak ke sungai beberapa minit sebelum

menebarkan jala. Pasti ikan-ikan akan berkumpul untuk menikmati santan yang lemak dan

si penjala ikan pasti tersenyum lebar apabila ikan tersangkut pada jala yang ditebarkannya.

Ketika musim perayaan seperti sambutan Hari Raya, Deepavali ataupun Tahun Baru

Cina, permintaan terhadap kelapa tua melonjak tinggi sehingga pengeluaran tidak dapat

memenuhi permintaan. Maklumlah semakin tua sebiji kelapa makin banyaklah santannya.

Page 40: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

40

Kebun Kelapa Yang Bertukar Menjadi Ladang Sawit

Pokok Kelapa Sawit Pokok Kelapa

Page 41: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

41

2.1.5 Dapatan Kajian Yang Dilakukan Oleh Pusat Penyelidikan Kelapa Amerika

Tentang Kegunaan Hasil Kelapa Untuk Kesihatan. (Coconut Research Center of

America)

American Coconut Center telah mendapati bahawa minyak kelapa dara (VCO) boleh

menyelesaikan masalah kesihatan dan pelbagai penyakit antaranya ialah:

1. Membunuh kuman selsema (influenza), sipilis (herpes), campak (measles), hepatitis

C, selsema burung (SARS), AIDS.

2. Membunuh bakteria yang menyebabkan ulser (ulcers), sakit tekak (throat

infections), jangkitan saluran kencing (urinary tract infections), gusi dan kaviti (gum

disease and cavities), radang paru-paru (pneumonia), and sakit kelamin

(gonorrhoea).

3. Membunuh kulat dan yis (fungi and yeasts) yang menyebabkan candidiasis, kurap

(ringworm), athlete's foot, ruam lampin (diaper rash).

4. Membunuh dan menyah cacing kerawit (tapeworms), kutu (lice), dan giardia.

Memberikan sumber nutrisi untuk tenaga segera.

5. Menambah penghadaman dan penyerapan dan lain-lain nutrient termasuk vitamin,

mineral dan asid amino.

6. Menambah pengeluaran insulin dan penggunaan glukos dalam darah.

7. Melegakan tekanan pada pankreas dan sistem enzim dalam badan.

8. Mengurangkan simtom yang berkaitan dengan penyakit pankreas.

9. Membantu melegakan tanda-tanda risiko yang berkaitan dengan kencing manis.

10. Mengurangkan masalah yang berkaitan dengan sindrom ketidakpenyerapan

ketumbuhan fibrosis.

11. Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium dan menyokong ketumbuhan

gigi dan tulang.

12. Membantu melindungi daripada osteoporosis (Coconut Research Centre, 2012).

Page 42: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

42

Antara jurnal popular dan penting berkaitan dengan khasiat minyak kelapa dara

(VCO) yang dibincangkan di atas boleh diperoleh daripada article of VCO reading seperti

oleh Bruce Fife, ND (Conquering Alzheimer’s with Coconut Ketones) dalam buku “Stop

Alzheimer's Now!” (2012 Nautilus Book Award Silver Medal Winner!); oleh Beatrice Trum

Hunter (How a PR Campaign Led to Unhealthy Diets) dalam buku Healthy News (lists the

key warning signs of a lip balm addiction); oleh Bruce Fife (Oil Pulling for a Brighter Smile

and Better Health), Bruce Fife, N.D (Coconut Oil and Heart Disease), Bruce Fife N.D.

(The Coconut Oil Miracle: Where is the Evidence?) dalam Coconut Research Center; oleh

Jon J. Kabara, Ph.D (Health Oils from the Tree of Life - Nutritional and Health Aspects of

Coconut Oil) dalam Coconut Research Center (Professor Emeritus, Michigan State

University and Consultant to Private Industries, Universities and Government Agencies,

Galena, Illinois, USA.

Mary G. Enig, Ph.D (Coconut: In Support of Good Health in the 21st Century)

dalam CoconutOil.com: Raymond Peat, Ph.D. (Health Benefits of Coconut Oil) dalam

Mercola.com; Mark Konlee (Cholesterol, HIV, and Coconut Oil), Bruce Fife, ND (Coconut

Water: Dew from the Heavens) dalam Coconut Research Center; Conrado S. Dayrit, M.D.

(Coconut Oil in Health and Disease: Its and Monolaurin's Potential as Cure for HIV/AIDS)

dalam Read at the XXXVII Cocotech Meeting. Chennai, India. July 25, 2000, Emeritus

Professor of Pharmacology University of the Philippines, Past President, Federation of

Asian Scientific Academies and Societies Past President, National Academy of Science &

Technology, Philippines; Serena Gordon HealthDay Reporter, US News and World Report

(Coconut Oil May Help Fight Childhood Pneumonia), Beth Decarbo (Coconut Oil - Many

now embrace it for a range of ills, contrary to warnings about its saturated fat.) dalam

Coconut Research Center.

Page 43: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

43

2.2 PERANAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG TERLIBAT

2.2.1 Fungsi Agensi Kerajaan Dalam Membantu Aktiviti Pertanian

2.2.1.1 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

i) Visi & Misi

a) Visi

Lembaga Pertubuhan Peladang menjadi peneraju pembangunan Pertubuhan Peladang yang

unggul dan cemerlang.

b) Misi

Membangunkan Pertubuhan Peladang sebagai pemberi perkhidmatan yang berkesan ke arah

ahli peladang komersil.

ii) Sejarah & Latar Belakang

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari tahun 1973 melalui

penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang. Penubuhan

LPP adalah bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi

dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus. Akta 109, Akta

Pertubuhan Peladang 1973 pula digubal khusus untuk menyusun semula persatuan-

persatuan peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, persatuan-

persatuan peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai pertubuhan peladang,

manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi unit ahli kepada Pertubuhan

Peladang. Pada masa ini terdapat 1531 buah koperasi berasaskan pertanian dan 119

persatuan peladang yang berkhidmat untuk masyarakat tani di luar bandar.

Page 44: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

44

Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datoh

iii) Fungsi Lembaga Pertubuhan Peladang

Fungsi LPP seperti yang termaktub di dalam Akta, adalah seperti berikut :-

1. Untuk menggalak, mempergiat dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial

Pertubuhan-pertubuhan peladang.

2. Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan

mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

3. Jika satu pengisytiharan telah dibuat melalui pengumuman di bawah seksyen 10,

untuk merancang dan melaksanakan sesuatu pembangunan pertanian di dalam

Pertubuhan Peladang Kawasan berkenaan dan

4. Untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut. LPP

melaksanakan semua aktiviti ini yang boleh dikumpulkan dalam tiga fungsi utama

iaitu: fungsi sebagai Pendaftar: fungsi sebagai Agen Pengurusan : dan Fungsi

Page 45: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

45

sebagai agen Pembangunan.

a) Fungsi Pendaftar

Ketua Pengarah LPP ialah Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang (PP) dan koperasi

berasaskan pertanian dan bertanggungjawab untuk mendaftar, menyelia dan mengawal

termasuk pengauditan akaun semua PP dan koperasi yang berasaskan pertanian. Kuasa dan

tugas agensi dan pendaftar adalah berhubungan dengan :

1. Pendaftar PP dan koperasi berasaskan pertanian

2. Menyelia dan mengawal semua aktiviti PP dan koperasi berasaskan pertanian.

3. Mengaudit dan mengawal akaun

4. Membatalkan pendaftaran termasuk memansuhkan satu-satu pertubuhan: dan

5. Memberi pendidikan dan latihan untuk ahli

Pendaftar telah melantik Ketua Eksekutif bagi agensi-agensi berkenaan sebagai wakilnya

bagi memudah kelancaran dan keberkesanan tugas-tugas dan tanggungjawab pendaftar di

kawasan MADA, KADA dan negeri Sarawak. Pengarah-pengarah LPP negeri juga telah

dilantik. Namun kuasa untuk menubuhkan, mendaftar, menggantung, memansuh dan

sebagainya masih lagi dipegang oleh Pendaftar.

b) Fungsi Pembangunan

Teras utama LPP adalah untuk meneroka pembangunan ekonomi dan sosial Pertubuhan

Peladang dan melaksanakan projek secara cekap dan bersepadu bagi meningkatkan lagi

pendapatan Pertubuhan Peladang seterusnya memberi faedah kepada ahli-ahli. Di bawah

Rancangan Malaysia Kesembilan RMKe-9 (2006 - 2010), Kerajaan Persekutuan telah

memperuntukkan sejumlah RM291 juta khusus untuk pembangunan ekonomi dan sosial.

Page 46: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

46

iv) Peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

LPP melaksanakan program dan projek selaras dengan polisi semasa kerajaan dalam bidang

pertanian dan pembangunan luar bandar termasuk yang menyentuh isu mengurang kadar

kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Penglibatan LPP dalam polisi kerajaan

yang paling relevan ialah:

a) Dasar Pembangunan Negara (NAP)

Peranan LPP dalam Dasar Pembangunan Negara ini adalah untuk membantu melaksanakan

pembangunan yang seimbang. Dalam melaksanakan program dan projek untuk

mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. LPP melaksanakan pelbagai

aktiviti yang berkaitan dengan Dasar yang terdapat dalam Perspektif Pelan Rangka Ketiga

(2001 - 2010). Dasar-dasar ini adalah berkaitan dengan:

1. Membangunkan sebuah negara yang jitu,

2. Membangun ke arah masyarakat yang adil,

3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi,

4. Berdaya saing peringkat global,

5. Membangunkan ekonomi yang berteraskan pengetahuan ( K-Ekonomi ),

6. Pengukuhan Pembangunan Sumber Manusia,

7. Pembangunan yang menjaga alam sekitar

Di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (NAP 3) 1998-2010, hala tuju, strategi dan

mekanisme pelaksanaan dasar baru diletakkan keprihatinannya kepada pembangunan

pertanian dan ekonomi secara keseluruhannya terhadap keselamatan makanan, produktiviti,

Page 47: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

47

inflasi, pelaburan sektor swasta di dalam pertanian, penggalakan eksport dan pengurangan

import yang tidak produktif serta pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara wajar.

Lima fungsi utama LPP di bawah dari Pelan Korporat LPP (2000-2005) dan Dasar

Pertanian Negara adalah seperti berikut:

1. Mengerakkan dan mengatur peladang-peladang untuk menceburi projek pertanian

yang berasaskan kesesuaian iklim, tanah, kehendak pasaran dan kehilangupayaan.

2. Mengukuhkan institusi peladang sejajar dengan Dasar Pertanian Kebangsaan Ketiga

yang mana untuk mengubah PP menjadi pertubuhan yang berorientasikan

perniagaan.

3. Meningkatkan pembangunan peladang usahawan.

4. Meningkatkan pembangunan sumber Manusia.

5. Melengkapi PP dengan kemudahan IT bagi mengupayakannya menjadi agensi

setempat di sektor luar bandar (Lembaga Pertubuhan Perladang, 2012).

2.2.1.2 Jabatan Pertanian

i) Jabatan Pertanian Persekutuan

Antara fungsinya:

Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang

profesional dalam pelbagai bidang Pertanian khususnya tanaman makanan dan industri

hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.

Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan

produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.

Mewujudkan kumpulan tenaga terlatih yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri

Page 48: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

48

pertanian.

Melindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman

perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan

kuarantin.

Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal

pencemaran alam sekitar.

Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan jana plasma negara daripada dibawa keluar

negara dan terancam pupus.

Jabatan Pertanian Hutan Melintang

Page 49: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

49

ii) Fungsi Jabatan Pertanian Persekutuan atau Negeri

Antara fungsinya:

Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan

penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada

pengusaha-pengusaha pertanian.

Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan,

swasta dan agensi pembangunan pertanian.

Membangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk kegunaan

perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.

Menjalankan latihan di Institut atau Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan

tenaga mahir dalam sektor pertanian.

Mengawal selia mutu bahan atau benih tanaman negara

Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 untuk memastikan

racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah yang berkualiti dan

penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman

makanan dan alam sekitar.

Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah

kemasukan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan

pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin negara

pengimport.

Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1988

dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesis-spesis

Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-

bahan tanaman dan jana plasma tidak terancam pupus.

Page 50: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

50

Melaksanakan penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhn 2004 (Akta

634) untuk melindungi hak intelek bagi varieti tempatan seperti baka-baka yang baik

terutama kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan bunga-bungaan.

Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan

swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan

perdagangan antarabangsa.

Jabatan Pertanian telah ditubuhkan pada tahun 1924 apabila seorang pegawai British

dilantik menjadi Pengarah Pertanian. Ini merupakan detik permulaan pembabitan kerajaan

dalam pembangunan pertanian di Sarawak. Usaha-usaha pembangunan pertanian khususnya

tanaman telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 1929. Semenjak itu,

Jabatan Pertanian telah berkembang dengan pesatnya dari segi tenaga manusia, program-

program dan aktiviti-aktiviti juga diperluaskan.

Bagi meningkatkan dan mengekalkan sumbangan sektor agro-makanan dan bukan

makanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Negeri Sarawak melalui pembangunan:

1. Pengeluaran agro-makanan terutama beras selaras dengan dasar-dasar negeri dan

negara mengenai keselamatan makanan.

2. Industri agro-makanan dan bukan agro-makanan yang boleh menjana pendapatan yang

baik di sepanjang rantaian bekalan.

3. Keselamatan makanan dan prinsip-prinsip pembangunan yang mampan dalam usaha

mencapai pertumbuhan ekonomi bagi pengeluaran makanan dan sektor pertanian.

Page 51: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

51

Program Pengeluaran Makanan

Program Pembangunan Perikanan Darat

Program Pertanian Penempatan Semula Bakun

Program Pembangunan Penternakan

Program Pembangunan Ekonomi Wanita

Program Pembangunan Industri Makanan

Program Pembangunan Industri Buah-buahan

Program Pembangunan Industri Padi

Program Pembangunan Industri Kelapa

Program Mempelbagaikan Pertanian

iii) Program Pembangunan Tanaman Industri

1. Program Pembangunan Getah

2. Program Pembangunan Rumbia

3. Program Pembangunan Lada Hitam dan Rempah-ratus

4. Program Pembangunan Kelapa Sawit

iv) Program Sokongan & Institusi

Program Pengeluaran Bahan Tanaman

Program Penyelidikan Pertanian

Program Perlindungan Tanaman

Program Pembangunan Tanah

Program Pengembangan Pertanian

Program Pembangunan Pertubuhan Peladang

Program Usahawan Pertanian

Page 52: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

52

Program Pembangunan Sumber Manusia

Program Pembangunan Infrastruktur Pertanian

Program Mekanisasi dan Automasi

Program Kuarantin Tumbuhan

Program Kuarantin Haiwan

Makmal Diagnostik Veterinar

Kesihatan Awam Veterinar

Pusat Pengeluaran, Penyelidikan & Latihan Penternakan

Program Kawalan & Pembasmian Penyakit Haiwan

Program Pembangunan Kawasan Penternakan Khinzir

Penguatkuasaan Veterinar (Kementerian Pertanian, 2012)

2.2.1.3 Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

i. Pengenalan

Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan pada

28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11) dan mula beroperasi pada Mac 1971.

Penubuhan MARDI adalah bagi tujuan pembangunan teknologi untuk kemajuan industri

makanan, pertanian dan industri asas tani tempatan. Pendekatan dalam pembangunan

teknologi MARDI adalah melalui inovasi terancang dalam memastikan teknologi yang

dibangunkan mempunyai daya saing yang tinggi.

Page 53: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

53

MARDI Hilir Perak

MARDI telah diberi mandat bagi melaksanakan fungsi-fungsi:

1. Untuk menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial

berkenaan dengan pengeluaran,penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (getah,

kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan dan perladangan campuran.

2. Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan peyebaran maklumat dan nasihat

berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaiatan dengan

industri makanan dan pertanian serta industri asas tani, melalui apa cara termasuklah

penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya sera

mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar.

3. Menjadi satu pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan

dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan, perundingan, makmal

analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak.

4. Memberi latihan dengan apa juga cara untuk kemajuan industri makanan dan

pertanian serta industri asas tani.

Page 54: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

54

5. Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen dan gunaan, teknikal dan

ekonomi berkenaan dengan industri pertanian.

6. Mengekalkan hubungan dengan organisasi lain, sama ada awam atau swasta, dalam

atau luar negara yang mengambil bahagian dalam penyelidikan saintifik, teknikal,

ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri

asas tani.

7. Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersial.

8. Membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan penemuan penyelidikan

9. Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta

industri asas tani.

Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi (PT) MARDI adalah salah satu pusat di

bawah sektor Pemindahan dan Pengkomersialan Teknologi. Peranan utama Pusat ini ialah

untuk memindah dan mempromosikan teknologi MARDI kepada kumpulan sasar

terutamanya di sektor awam dan pengusaha seperti petani dan penternak tradisional.

ii. Misi

Membangun dan memindahkan teknologi yang diperlukan bagi menyokong

transformasi sektor pertanian dan makanan negara yang moden, komersial, inovatif

dan berdaya saing.

iii. Objektif

Meningkatkan tahap penggunaan teknologi di kalangan pengusaha sediada seperti pekebun

kecil, petani dan penternak tradisional. Membangunkan usahawan IKS berasaskan

teknologi.

Page 55: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

55

iv. Fungsi

Mempromosi dan memindahkan hasil penemuan R&D (Teknologi) MARDI kepada

kumpulan sasar.

v) Skop Perkhidmatan

a) Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat dari pelaksanaan kursus yang dikendalikan

terdiri:

Agen pengembangan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

dan lain-lain jabatan kerajaan

Juruteknik dari institusi awam dan swasta

Usahawan Industri Kecil dan Sederhana

Kumpulan petani dan pekebun kecil yang progresif

Kumpulan pelanggan serantau & antarabangsa

Orang awam yang berminat

b) Unit Bahan Tanaman, Biji Benih dan Penghasilan Baka Ternakan

Unit Bahan Tanaman, Biji Benih dan Penghasilan Baka Ternakan (BB) telah

ditubuhkan pada Februari 2002 dengan fungsi-fungsi berikut:

Untuk menghasilkan bahan tanaman dan benih yang disahkan oleh MARDI dan

disyorkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Untuk mengekalkan ketulenan dan kualiti bahan tanaman yang diiktiraf dan

dikomersilkan oleh MARDI.

Page 56: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

56

Mengapa pilih BB untuk bekalan benih dan bahan tanaman anda?

Kualiti terjamin

Memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM dan spesifikasi benih antarabangsa

(ISTA) dalam pengeluaran dan pemprosesan biji benih.

Produk dengan pensijilan MS ISO 9001:2000

Harga yang berpatutan

Varieti terpilih dengan keupayaan hasil tinggi

c) Anak benih Buah-buahan

vi) Program/Projek/Aktiviti

Program Pembangunan Usahawan

Memindah dan membangunkan teknologi MARDI kepada usahawan IKS berasaskan

teknologi terkini dalam bidang pertanian dan industri asas tani melalui aktiviti-aktivitiiti

berikut;

Khidmat Sokongan Usahawan

Khidmat Nasihat Maklumat

Khidmat Teknikal (Khidmat analisis, ceramah dan klinik usahawan)

Pembangunan Test Bed Teknologi MARDI

i. Khidmat Bimbingan Usahawan

Khidmat Trouble Shooting dan Peningkatan Kemahiran

Sistem pengeluaran, susun atur mesin dan peralatan, kualiti produk, pembungkusan

dan pelabelan, pematuhan perundangan makanan dan pensijilan jaminan kualiti

Khidmat Rundingan

Page 57: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

57

ii. Skim Anak Angkat MARDI

Khidmat Pembangunan Perniagaan

Inovasi dan Komersialisasi Teknologi

iii. Projek Khas Pembangunan Usahawan

Khidmat Khas Teknikal dan Pengurusan (MPPB)

TEKMAR

SDSI

FELDA

LPP

PERDA, SPU

vii) Program Pembangunan dan Pemindahan Teknologi

Meningkatkan kejayaan proses inovasi teknologi MARDI, menyokong keperluan

pembangunan dan penggunaan teknologi di kalangan kumpulan sasar serta mempercepatkan

proses pemindahan teknologi hasilan MARDI kepada kumpulan sasar terutamanya sektor

awam/pekebun kecil melalui aktiviti-aktiviti berikut :

a. Pembangunan Teknologi

Projek Peningkatan Skala

Projek Ladang Contoh

b. Pemindahan Teknologi

Projek Perintis

Projek Kumpulan Kerja Teknikal (TWG)

Projek MOA Inc.

Projek Pertanian Moden Kluang, Johor.

Page 58: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

58

Projek Pembangunan Pertanian Kawasan Pagoh, SPU, Sik, Jeli, Luar MADA dan

Batang Lupar

Pemindahan Teknologi Melalui Latihan

c. Terbitan Teknologi

Manual Teknologi

Siri Panduan Untuk Usahawan

2.2.1.4 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Antara fungsinya:

1. Menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak

swasta atau jabatan/agensi kerajaan.

2. Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluas sarta memajukan pasaran baru bagi

hasil-hasil pertanian Malaysia.

3. Bekerjasama dengan pihak Swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan

pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan.

4. Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap dalam industri pertanian

berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian.

(FAMA, 2012).

Page 59: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

59

2.3 TEORI EKONOMI TENTANG KEMISKINAN DAN PENGAGIHAN

PENDAPATAN

Pertumbuhan ekonomi merupakan matlamat utama bagi setiap unit ekonomi. Melalui

pertumbuhan, sesebuah negara menikmati peningkatan bukan sahaja dari segi tingkat

pendapatan dan kekayaan tetapi secara tidak langsung akan memberi kesan positif pada

kualiti kehidupan. Dalam mengaitkan isu ini dengan teori-teori yang sedia ada, ramai

FAMA Hilir Perak

Page 60: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

60

ekonomis terutamanya dari kelompok pendapat Klasik dan Keynesia telah menyuarakan

pendapat masing-masing.

Beberapa teori yang sering diguna pakai ialah Adam Smith dalam bukunya An

Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations yang diterbitkan pada tahun

1776. Teori dan pendapat lain yang juga sering diguna pakai ialah dari Robert Malthus

dalam buku yang bertajuk Essays on Population as Social Theory yang telah diterbitkan

pada tahun 1798. Selain itu, David Ricardo pada tahun 1817 telah mengeluarkan pendapat

tentang pertumbuhan melalui bukunya On the Principles of Political Economy and

Taxation. Ekonomis lain yang turut mengeluarkan pendapat tentang teori pertumbuhan ialah

John Stuart Mills melalui bukunya The Life of John Stuart Mill yang ditulis pada tahun

1954.

Menurut Smith (1776), pembangunan ekonomi terhasil dari pertumbuhan ekonomi

yang berlaku. Dalam erti kata lain, bagi mencapai status sosioekonomi yang tinggi,

sesebuah masyarakat perlu memberi perhatian pada aktiviti-aktiviti yang menggalakkan

pertumbuhan ekonomi. Keadaan ini boleh di sama ertikan sebagai satu fasa di mana

pengeluaran output ataupun hasil berlaku secara berterusan. Menurut beliau lagi, empat

faktor penting yang dapat menjamin proses tersebut ialah memastikan komuniti atau negara

mempunyai tingkat simpanan/tabungan (S), tingkat pelaburan (I) yang teguh bagi tujuan

pengumpulan modal, berupaya membentuk pasaran tidak kira dalam atau luar negara, dan

akhir sekali mengamalkan pengkhususan dalam proses pengeluaran (pembahagian kerja).

Bagi faktor yang terakhir, ianya dilihat penting kerana keupayaannya meningkatkan daya

pengeluaran (produktiviti buruh) iaitu, kemahiran buruh meningkat dan lebih output dapat

dikeluarkan per unit buruh yang digunakan dan juga berupaya menentukan atau

Page 61: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

61

mempengaruhi saiz pasaran. Dalam erti kata lain, peningkatan pengeluaran menggalakkan

pasaran yang lebih besar.

Smith (1776) juga menegaskan bahawa faktor penentu pembangunan ekonomi

adalah pertumbuhan penduduk. Menurut beliau, penduduk yang ramai akan meluaskan

pasar dan seterusnya mempertingkatkan pengkhususan untuk memenuhi permintaan dalam

ekonomi. Pengkhususan dan pembahagian tenaga kerja juga meningkatkan produktiviti dan

menggalakkan pembangunan teknologi. Proses ini akan menghasilkan pertumbuhan

ekonomi dan peningkatan dalam pendapatan negara. Pendapatan yang bertambah ini akan

seterusnya meningkatkan jumlah tabungan serta inovasi penduduk. Menurut Smith, proses

ini akan berterusan dan ianya berlaku secara kumulatif. Beliau juga mempunyai pandangan

yang terlalu optimis tentang peranan penduduk dalam proses pembangunan.

Robert Malthus (1798), yang melihat isu ini daripada perspektif makro berpendapat,

pembangunan sosioekonomi sesebuah negara bergantung pada pertumbuhan populasi

berbanding pertumbuhan pendapatan. Sekiranya pertumbuhan populasi tidak dikawal dan ia

tumbuh pada kadar yang lebih tinggi berbanding pertumbuhan pendapatan, sesebuah negara

cenderung untuk terperangkap dalam apa yang dinamakan “Perangkap Malthus” dan

masyarakat di negara tersebut akhirnya akan hidup pada tingkat upah sara diri sahaja dalam

jangka masa panjang.

Kritikan teori Malthus bersifat pesimis. Ia dihasilkan atas andaian bahawa

kemiskinan tidak boleh diatasi melalui campur tangan dasar sosial. Teori penduduk Malthus

ini telah mempengaruhi dasar penghijrahan dan penempatan semula lebihan buruh di

Eropah ke Dunia Baru atau negara jajahan seperti Amerika Syarikat dan Kanada. Teori ini

Page 62: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

62

juga menjustifikasikan dasar buruh murah untuk membangunkan perusahaan perlombongan

dan ladang di negara jajahan. Dasar buruh murah ini digunakan untuk mengawal

keuntungan kapitalis.

David Ricardo (1817) pula berpendapat, asas-asas bagi pembangunan sosioekonomi

ialah wujudnya pembentukan modal dalam proses pengeluaran dan dagangan antarabangsa.

Beliau juga menekankan kepentingan interaksi antara tiga agen ekonomi berikut iaitu tuan

tanah (yang mengenakan sewa tanah), kapitalis ataupun pengeluar (yang menghasilkan

untung) dan buruh (yang menghasilkan upah). Ini adalah kerana interaksi antara agen-agen

ini menggalakkan proses pengeluaran atau pembangunan sosioekonomi sesebuah negara.

Menurut beliau lagi, pertumbuhan ekonomi berlaku secara peringkat. Pada peringkat

permulaan, jumlah penduduk adalah rendah dan sumber alam adalah banyak. Ini

membolehkan para pengusaha mengaut keuntungan dan mencipta modal yang tinggi. Akibat

daripada peningkatan modal, ini akan berlaku kenaikan dalam pengeluaran serta

pertambahan dalam permintaan tenaga kerja. Apabila tenaga buruh yang diperlukan

meningkat, maka upah akan meningkat. Kesan daripada kenaikan dalam kadar upah akan

mendorong kepada pertambahan penduduk. Dalam teorinya, Ricardo mengandaikan faktor

tanah adalah tetap, manakala faktor lain seperti tenaga buruh dan modal boleh berubah.

Oleh itu, semakin lama tanah diusahakan, maka mutunya akan menjadi semakin menurun.

Ricardo mendasarkan teorinya kepada Hukum Pulangan Bertambah Kurang. Akibat

pertambahan penduduk yang berterusan, maka sewa tanah semakin meningkat dan tingkat

keuntungan yang diperoleh oleh pengusaha semakin berkurangan. Oleh itu, tanah

merupakan faktor yang boleh menghalang pertumbuhan. Apabila keadaan ini berlaku,

Page 63: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

63

dorongan untuk pembentukan modal akan menurun dan seterusnya menyebabkan

pengurangan permintaan terhadap tenaga buruh. Keadaan tersebut menyebabkan tingkat

upah semakin menurun dan akhirnya akan berada pada tingkat yang minima. Pada tahap ini,

ekonomi akan mencapai keadaan stationary di mana tiada pembentukan modal baru berlaku.

Dalam keadaan ini, produktiviti boleh ditingkatkan dengan menggunakan kemajuan

teknologi. Apabila produktiviti meningkat, tingkat upah dan keuntungan akan turut

meningkat. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak kekal lama kerana apabila penduduk

semakin bertambah keadaan yang sama akan berulang.

Secara ringkasnya, dalam teori pertumbuhan Ricardo pertumbuhan ekonomi

bergantung kepada jumlah penduduk, jumlah stok modal, jumlah luas tanah dan tingkat

teknologi. Manakala Hukum Pulangan Bertambah Kurang akan berlaku untuk semua

kegiatan ekonomi.

Teori di atas menyenaraikan faktor-faktor yang berupaya memberi kesan pada

tingkat pembangunan sosioekonomi sesebuah masyarakat atau negara. Kesemua teori yang

dipaparkan setakat ini banyak tertumpu pada faktor-faktor ekonomi dan demografi. Teori

yang berikutnya, yang dikemukakan oleh John Stuart Mills (1848) memberi lebih tumpuan

kepada faktor-faktor bukan ekonomi yang memberi pengaruh pada aktiviti ekonomi ataupun

pengeluaran. Faktor-faktor yang dimaksudkan ialah faktor umur, kaum, adat istiadat, corak

pemikiran, kepercayaan, amalan tradisional dan corak institusi sesebuah masyarakat.

Menurut Mills lagi, untuk mewujudkan pembangunan yang disasarkan, masyarakat perlu

bersikap kreatif dan mampu melahirkan penciptaan-penciptaan baru yang dapat menambah

dan mengembangkan kegiatan ekonomi. Untuk itu terjadi, halangan-halangan pembangunan

yang dicipta oleh manusia seperti adat istiadat, dan amalan tradisional perlulah dihapuskan.

Page 64: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

64

Dalam erti kata lain, masyarakat perlu bersikap kreatif dan inovatif, dan bukan bersifat kolot

dan ortodoks untuk menikmati pembangunan.

Menurut Mill, pembangunan ekonomi bergantung kepada dua perubahan, iaitu

perubahan dalam tingkat pengetahuan masyarakat dan perubahan untuk menghapuskan

halangan-halangan pembangunan yang dicipta oleh manusia. Implikasinya, peranan

pendidikan menjadi sangat penting dan berguna untuk pembangunan ekonomi. Melalui

institusi pendidikan, masyarakat dapat meluaskan pengetahuan teknik dan pengetahuan yang

lebih moden supaya dapat meningkatkan produktiviti dan pengkhususan dalam pelbagai

bidang kemahiran.

Bagi Simon Kuznets (1955) melalui hipotesis Kuznets, ketidaksamaan agihan

pendapatan akan meningkat pada awal tahap pertumbuhan ekonomi dan kemudiannya

menurun pada tahap pertumbuhan kemudiannya. Didapati ketidaksamaan agihan

pendapatan adalah berbentuk U-terbalik, di mana pola proses pertumbuhan seperti ini

berlaku pada tahap awal pertumbuhan, pembangunan lebih cenderung atau menumpu

kepada sektor moden. Berlaku perpindahan penduduk secara besar-besaran dari sektor

pertanian atau tradisional ke sektor perindustrian atau sektor moden. Oleh itu, penduduk

yang berpindah akan mengalami peningkatan dalam pendapatan. Manakala bagi mereka

yang tidak berpindah akan mengalami penurunan dalam pendapatan.

Page 65: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

65

( Sumber: Wikipedia, 2012)

Menurut Kuznets lagi, pada awal proses pertumbuhan ekonomi, hanya orang yang

mempunyai modal akan menikmati faedah (atau pendapatan) yang lebih tinggi. Oleh sebab

itu, wujud jurang perbezaan yang besar dalam agihan pendapatan. Hasil kajian Kuznets,

bagi negara-negara maju (Amerika Syarikat, Britain dan Jerman), pertumbuhan ekonomi

tidak akan meluaskan jurang perbezaan agihan pendapatan dalam kalangan penduduknya.

Namun begitu, kajian yang dijalankan ke atas India, Sri Lanka dan Puerto Rico (Amerika

Selatan) mendapati agihan pendapatan menjadi tidak seimbang atau tidak stabil ekoran

proses perindustrian. Keadaan ini menunjukkan wujudnya konflik di antara pertumbuhan

keseimbangan agihan pendapatan.

Beberapa ahli ekonomi seperti Loehr dan Powelson (1981), telah mempersoalkan

ketepatan Hipotesis Kuznets ini. Loehr membuat kesimpulan bahawa tidak ada sebab yang

jelas mengapa agihan pendapatan menjadi semakin tidak seimbang apabila ekonomi

semakin bertumbuh. Manakala kajian oleh Chenery, Carter dan Ahluwalia (1979) telah

menyokong hipotesis U-terbalik apabila menggunakan data keratan lintang. Walau

bagaimanapun, kajian mereka yang menggunakan data siri masa ‘time-series’ menunjukkan

Page 66: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

66

bahawa tiada sebab ketidaksamaan dalam agihan pendapatan meningkat dengan

pertumbuhan.

2.4 KAJIAN LEPAS KEMISKINAN & PENGAGIHAN DAN KAJIAN

BERKAITAN PENGELUARAN KELAPA DALAM DAN LUAR NEGARA

Bahagian ini memberi fokus kepada dua perkara utama. Yang pertama menumpukan teori

kemiskinan & pembangunan dan yang kedua teori pemasaran.

2.4.1 Kajian Kemiskinan dan Pembangunan

Sebelum terhasilnya kertas kerja ini, beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan analisis

ini telah dikenal pasti. Kajian World Bank (2001) bertajuk ‘Poverty And The Environment’

mengkaji hubungan di antara tingkat kemiskinan dengan kualiti alam sekitar. Dengan

menggunakan pendekatan analisis rangka kerja, corak penggunaan sumber alam semula jadi

sebagai sumber pendapatan masyarakat dapat dilihat secara terperinci. Hubungan antara

faktor kemiskinan, alam sekitar dan sumber asli adalah kompleks dan sering dibahaskan

dengan meluas. Ini adalah kerana kemiskinan sering dikaitkan dengan penurunan sumber

alam untuk generasi baru. Hasil kajian membuktikan bahawa pengaruh kemiskinan

penduduk banyak memberi kesan terhadap kualiti alam sekitar yang semakin merosot.

Berdasarkan pendekatan ‘rangka kerja kecairan aset’ yang mengambil kira aspek kesihatan,

pendidikan, pemilikan harta dan jenis pekerjaan dalam menentukan perbelanjaan dan

pendapatan isi rumah di kawasan pesisir pantai. Hasil kajian membuktikan faktor kawasan

geografi akan mempengaruhi kemiskinan hidup yang berterusan (Ravallion, 1996).

Page 67: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

67

Walker & James (1990) membuat kajian hubungan antara faktor profil dan

impaknya terhadap kemiskinan bagi masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar India

dengan menggunakan kaedah analisis regresi. Dapatan kajian merumuskan, masalah

kemiskinan adalah agak ketara di lokasi luar bandar, terutamanya dalam kalangan isi rumah

yang terlibat dalam sektor pertanian. Kajian berdasarkan profil kemiskinan mendapati

bahawa keluarga miskin dipengaruhi oleh bilangan tanggungan isi rumah yang ramai, tahap

pendidikan yang rendah dan pekerjaan utama dalam bidang pertanian warisan serta tidak

mempunyai kemahiran dalam bidang lain.

Blank & Grosh (1999) dalam kajiannya yang memberi fokus terhadap pengukuran

taraf hidup di lima buah negara iaitu Bolivia, Jamaica, Republik Kyrgyz, Afrika Selatan dan

Vietnam. Kajian ini mengambil kira beberapa aspek utama kajian seperti pemakanan,

keselamatan, pendidikan, jenis pekerjaan isi rumah, tahap pendidikan dan tabungan isi

rumah. Dari keputusan yang diperoleh, mereka merumuskan bahawa faktor geografi, politik

dan ekonomi yang berbeza menentukan corak agihan pendapatan dan perbelanjaan

masyarakat.

Decron (2002) pula mengkaji punca kemiskinan dalam kalangan penduduk di

Ethiopia serta kawasan pesisir pantai dengan menggunakan ‘Data Kajian Isi Rumah’. Para

pengkaji dari negara-negara barat sering menggunakan model Foster-Greer-Thorbecke

(FGT) dalam pengukuran kemiskinan. Kajian ini menggunakan pemboleh ubah seperti

gender, bilangan tanggungan, umur, jenis pekerjaan, tahap pendidikan dan pemilikan harta

dalam mempengaruhi agihan pendapatan isi rumah dan corak perbelanjaan mereka. Beliau

menyimpulkan bahawa, faktor demografi menunjukkan dominasi dalam mempengaruhi

kewujudan jurang agihan pendapatan dan penggunaan berbanding faktor-faktor lain.

Page 68: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

68

Kajian World Bank (2004) memberi fokus terhadap punca kemiskinan masyarakat

luar bandar di Kemboja khasnya di kawasan pedalaman Tonle Sap dan di kaki gunung.

Kajian ini menjelaskan hubungan profil pekerjaan ketua isi rumah yang menjalankan aktiviti

pertanian dan penglibatan dalam sektor awam bagi mendapatkan perbelanjaan dan

penggunaan sejumlah tanggungannya. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemiskinan

mempunyai hubungan yang rapat dengan tahap pendidikan, kemahiran yang dimiliki,

kesihatan dan pekerjaan yang dilakukan. Selain itu, ketidakupayaan penduduk

mempertahankan hak dan peluang dalam menjana pendapatan yang menguntungkan

daripada dicerobohi oleh orang luar turut mempengaruhi agenda kemiskinan komuniti

tersebut.

Kemiskinan merupakan masalah yang bersifat multidimensi sehingga dapat ditinjau

dari pelbagai sudut. Kajian World Bank (2002) membahagi dimensi kemiskinan kepada

empat perkara iaitu kekurangan peluang, keupayaan rendah, keselamatan dan kapasiti

rendah. Kemiskinan dikaitkan dengan keterbatasan sosial, ekonomi dan politik sehingga

menyebabkan ketidakmampuan, kesunyian dan kebuluran. Fenomena kemiskinan

merupakan sesuatu yang kompleks dan tidak hanya berkaitan dengan aspek ekonomi, tetapi

berkaitan juga dengan aspek lain. Namun, kemiskinan lebih kepada ketidakcukupan

pendapatan dan harta untuk memenuhi keperluan seperti pakaian, perumahan, pendidikan

dan kesihatan.

Kajian World Bank (1993) memperkenalkan ‘Human Development Index (HDI)’

yang diukur berdasarkan keperluan hidup, tahap pendidikan tahun bermastautin iaitu 15

tahun ke atas. HDI juga menegaskan bahawa pendapatan masyarakat atau GDP bukanlah

satu-satunya indikator untuk mengukur kemiskinan, tetapi bergantung juga kepada indikator

Page 69: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

69

lain. Kemiskinan bukan hanya bergantung kepada wang nominal yang diterima sebagai

pendapatan, tetapi kemiskinan juga mempertimbangkan aspek lain terutama aspek

pendidikan dan kesihatan.

Kajian World Bank (2002) mengkategorikan penduduk miskin berdasarkan

komuniti, wilayah, rumah tangga dan individu. Untuk komuniti, infrastruktur merupakan

faktor utama kemiskinan. Infrastruktur berkaitan dengan tingkat kesejahteraan masyarakat.

Infrastruktur yang baik akan memudahkan masyarakat untuk melakukan aktiviti sosial

seperti aktiviti kemasyarakatan. Indikator pembangunan infrastruktur akan memudahkan

rakyat.

Selain itu, kajian kemiskinan dan pembangunan oleh Kuznets (1955)

memperkenalkan Keluk U-terbalik atau Hipotesis Kuznets, yang menerangkan sifat

pengagihan pendapatan dan pertumbuhan ekonomi. Menurut hipotesis Kuznets, agihan

pendapatan pada peringkat awal pembangunan bertambah tidak setara sehingga ke satu

peringkat dan selepas itu pada peringkat pembangunan seterusnya agihan pendapatan akan

bertambah baik. Hipotesis ini adalah berpandukan model pembangunan dualistik yang

menjelaskan apabila berlaku pembangunan dalam dua sektor yang berjalan seiring, iaitu

sektor pertanian tradisional dan perindustrian moden. Tenaga buruh dari sektor pertanian

akan mula berpindah ke sektor perindustrian yang lebih produktif.

Hassan Ali & Rahmah Ismail (1995) mengkaji perhubungan di antara pertumbuhan

dengan agihan pendapatan. Pada peringkat awal pembangunan, hanya sebahagian kecil

tenaga buruh yang sanggup mengambil risiko dan mempunyai peluang untuk mendapatkan

pekerjaan di sektor perindustrian, sementara yang lain terus kekal di sektor pertanian

Page 70: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

70

tradisional yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah. Oleh itu, perubahan struktur

ekonomi melalui pembangunan di peringkat awal akan mengakibatkan agihan pendapatan

semakin tidak setara. Setelah ekonomi negara bertambah maju, sektor pertanian akan

menjadi relatif semakin kecil dan sektor perindustrian bertambah besar. Maka semakin

ramai tenaga buruh yang mendapat manfaat daripada perkembangan dalam perindustrian,

manakala tenaga buruh yang terus kekal di sektor pertanian turut mendapat faedah melalui

peningkatan produktiviti hasil daripada perubahan teknologi dan berkurangnya tekanan

lebihan buruh. Pandangan optimis seperti inilah yang mendorong model dualistik

menjangkakan bahawa pada peringkat pembangunan seterusnya perubahan struktur

ekonomi akan memperbaiki agihan pendapatan.

Analisis faktor-faktor yang menyebabkan kemiskinan pernah dilakukan oleh Lua

Kim Geot (2003). Beliau membahagi faktor-faktor kemiskinan kepada empat kelompok

iaitu modal insan, modal fizikal produktif, status pekerjaan dan pendapatan. Namun, yang

paling penting dan sering digunakan adalah indikator tingkat pendidikan, bilangan

tanggungan dan bilangan anak. Secara umum, semakin tinggi tahap pendidikan, semakin

tinggi tingkat pendapatan.

Wan Sohaibanun Wan Nilam (1985: 73, 2004) dalam kajiannya mendapati

kemiskinan ke atas penduduk miskin adalah keperluan ke atas pendidikan, kesihatan dan

keperluan penguasaan teknologi terutama bagi mengetahui bagaimana mengukur

kemiskinan dan sejauh mana ketersediaan data kemiskinan. Melalui ‘Vicious Circles of

Poverty,’ suatu negara akan tetap miskin dan akan mengalami kesukaran untuk mencapai

tingkat pembangunan yang lebih tinggi tanpa pemboleh ubah sosioekonomi. Lingkaran

kemiskinan yang wujud menyebabkan terciptanya tingkat pembentukan modal.

Page 71: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

71

Pembentukan modal diperoleh daripada tingkat tabungan. Ada dua jenis lingkaran

kemiskinan iaitu penawaran dan permintaan wang. Pertama, penawaran wang, tingkat

pendapatan masyarakat yang rendah disebabkan oleh produktiviti yang rendah dan

menyebabkan kemampuan masyarakat untuk menabung rendah. Pada akhirnya, tingkat

pembentukan modal juga rendah. Kesan dari pembentukan modal yang rendah, ada negara

menghadapi kekurangan barang modal seterusnya menyebabkan tingkat produktiviti rendah.

Kedua, permintaan wang, di negara miskin, keinginan untuk menanam modal adalah rendah

dan menyebabkan pendapatan masyarakat rendah kesan dari produktiviti yang rendah

(Hakim Sulaiman, 1981:218).

2.5 TEORI PEMASARAN

Drucker (1954) menyatakan bahawa pemasaran bukanlah satu fungsi pengurusan yang

berasingan daripada aktiviti perniagaan tetapi merupakan sebahagian dari perniagaan

keseluruhan yang memberi penekanan kepada pelanggan. Oleh disebabkan pelanggan yang

mempunyai set kepercayaan dan nilai-nilai yang berbeza, maka kaedah aktiviti perniagaan

yang dilaksanakan mestilah berbeza, menyesuaikan dengan keperluan dan kehendak

pelanggan yang berbeza. Ia adalah selari dengan definasi yang diberikan oleh Chartered

Institute of Marketing, United Kingdom yang menegaskan bahawa pemasaran adalah proses

pengurusan yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti, menjangka dan memenuhi

keperluan pelanggan dengan sedikit keuntungan.

Page 72: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

72

Dari definisi pemasaran ini jelas menekankan fokus kepada pelanggan dan pada

masa yang sama menekankan keperluan untuk menghubungkan operasi perniagaan yang

lain dengan aktiviti pemasaran untuk mencapai keuntungan. Pemasaran adalah satu fungsi

sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan mengekalkan

pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran produk dan perkhidmatan.

Mengenali dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna, adalah menjadi keutamaan

aktiviti pemasaran bagi memastikan keuntungan dan keboleh daya saingan sesebuah

organisasi yang berorientasikan keuntungan mahupun tanggung jawab sosial (Kotler, 2011).

Menurut Chaffey et al., (2006), istilah pemasaran yang sering digunakan boleh

dipecahkan kepada dua. Pertama,sebagai fungsi pakar yang merangkumi penyelidikan

pasaran, jenama dan produk pengurusan, perhubungan awam dan perkhidmatan pelanggan.

Kedua, sebagai satu falsafah panduan untuk semua fungsi dan aktiviti-aktiviti organisasi

yang merangkumi semua aspek perniagaan. Semua strategi perniagaan dan usaha semua

orang dalam sesebuah organisasi perlu memfokuskan kepada pelanggan.

Konsep campuran atau bauran pemasaran 4P yang popular itu adalah campuran asas

Product, Place, Price and Promotion. McCarthy (1964) merupakan orang pertama

memperkenalkan konsep ini. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini konsep ini telah

dikritik hebat oleh beberapa pihak. Antara yang kuat mengkritik ialah Boom dan Bitner

(1981) dari aspek pemasaran perkhidmatan. Mereka telah menambah 3P lagi iaitu Process

(Proses), Physical evidence (Bukti Fizikal) dan Participant (Peserta). Idea ini telah diterima

dengan baik oleh sarjana pemasaran dan literatur pemasaran. Ada juga pendapat

mengatakan Politic (peraturan dan undang-undang), Personality (bagaimana peruncit

bertindakbalas dengan pelanggan), dan People (orang yang terlibat dalam aktiviti

Page 73: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

73

perniagaan) juga patut dimasukkan bersama menjadikan 10P. Walau bagaimanapun,

akhirnya campuran pemasaran tersebut telah menjadi 7P sahaja yang diakui oleh ahli

ekonomi Eropah( Muhammad Rafiq & Pervaiz Ahmad, 1995). Dalam perniagaan produk

yang ketara (tangible). Pengeluar mengawal produk, promosi dan harga dikawal oleh

pengeluar, manakala peraih mengawal pada peringkat pengedaran.

Syarikat kecil-kecilan atau usahawan selalunya bermula dengan bekerja keras

(Kenny & Dyson, 1989) dan lazimnya berhadapan dengan cabaran pemasaran yang getir

yang mana memberi kesan kepada masa depannya (Romano & Ratnatunga, 1995).

Kejayaannya bukan sekadar begantung kepada kehadiran produk dan pasaran, malahan

lebih dari itu, termasuklah dengan keberkesanan pemasarannya (Smith, 1990). Syarikat

kecil atau usahawan tidak dapat melarikan diri daripada masalah menjalankan aktiviti

pemasaran yang canggih yang dilaksanakan oleh syarikat besar (Cromie, 1991). Menurut

Willsmer (1984), kejayaan perniagaan banyak begantung kepada kebolehannya berada dekat

atau bertindak balas dengan pantas terhadap perubahan kehendak dan keperluan pelanggan.

Memandangkan perniagaan kecil atau usahawan terbatas dari segi sumber, maka

penggunaan kaedah pemasaran yang sesuai digunakan oleh mereka perlu di ketengahkan

supaya amalan pemasarannya boleh di perbaiki.

Selain dari menghadapi masalah sumber, syarikat kecil atau usahawan menghadapi

masalah seperti pasaran dan persaingan yang berbeza (Stasch & Ward, 1987); tidak

mampu melaksanakan amalan pemasaran inovatif (Matthews & Scott, 1995); penjenamaan

yang lemah dan kuasa pasaran yang rendah (Chen & Hambrick, 1995); kurang berkesan

dalam penggunaan teknik pemasaran (Brannen, 1983); bilangan pelanggan yang sedikit,

aktiviti pemasaran yang lemah, bergantung kepada kebolehan pemilik atau usahawan atau

Page 74: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

74

syarikat melaksanakan aktiviti pemasaran (Rafiq & Ahmed,1995); mendapatkan pinjaman

(LaBarbera & Rosenberg, 1989); sukar mengambil kesempatan terhadap peluang pemasaran

(Stokes and Fitchew, 1997). Tambahan lagi kos bagi mengeluarkan hasil amat tinggi

menyebabkan hasil pendapatan tidak membenarkan peruntukan bagi perbelanjaan bagi

aktiviti pemasaran rendah (Stokes,1994). Ini menyebabkan perbelanjaan dan penggunaan

teknik pemasaran yang terhad (Stokes, 1995), peruntukan perbelanjaan untuk latihan

pemasaran rendah (Shepherd & Ridnour,1996).

Aktiviti pemasaran yang diguna pakai contohnya penetapan harga, biasanya

mengikut norma industri (industry norms) (Carson et al., 1998). Tambahan pula Ong

(1997), menegaskan antara kelemahan pemasaran bagi syarikat ini atau usahawan adalah

ketidakupayaan untuk meramalkan permintaan produk masa akan datang yang akan

memberi kesan kepada kemampuan memenuhi keperluan dan penggunaan sumber.

Amalan aktiviti pemasaran yang di guna pakai sekarang adalah secara informal,

intuitif, dan berfokuskan kepada penjualan. Lokasi dan tempat yang biasa kelapa

dikeluarkan dan dijual ialah di kawasan pantai. Pabuayon, Cabahug, Castillo dan Mendoza

(2009), dalam kajiannya tentang key actors, prices and value shares in the Philippines

coconut market chains implication for poverty reduction, mendapati bahawa pemain

pasaran (market players) yang berbeza melakukan pelbagai perkhidmatan pemasaran dan

pengeluaran untuk memastikan produk sampai ke pengguna akhir dalam keadaan bentuk

yang betul, masa yang tepat dan tempat yang sesuai. Pekebun kecil kelapa masih di tahap

yang terendah dalam saluran pengedaran tersebut kerana mereka menjual hasil mentah

kelapa kepada orang tengah. Pekebun tersebut akan dapat meningkatkan pendapatan apabila

Page 75: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

75

mereka melibatkan diri dengan meningkatkan tahap aktiviti sepanjang saluran pengedaran

tersebut.

Kebanyakan pekebun kecil kelapa tersebut tidak berpendidikan tetapi aktiviti

penjualan kelapa adalah suatu sumber pekerjaan yang sangat penting kepada mereka.

Pemasaran kelapa segar memberi pulangan yang tinggi kepada peruncit atas pelaburan

mereka yang berlipat kali ganda. Aktiviti peruncitan adalah peringkat pengedaran di

sepanjang saluran agihan yang memberikan pulangan yang menguntungkan. Dengan

mengedarkan kelapa dari pekebun kecil kelapa terus kepada pengguna akhir adalah lebih

menguntungkan daripada mengedarkannya melalui pemborong.

Niraj Kumar and Sanjeev Kapoor (2010) menjalankan satu kajian bertajuk Value

Chain Analysis of Coconut in Orisa di mana pengagihan kelapa dilakukan daripada

peringkat rendah iaitu daripada pengeluar terus kepada pengguna atau peringkat tinggi iaitu

melalui kaedah pengagihan yang ekstensif. Ia berlaku sama ada pekebun kecil kelapa

menjual terus kepada pelanggan atau pekebun kecil kelapa menjual kelapa kepada

pemborong, broker, agen, wakil penjual dan peruncit. Harga yang ditentukan adalah

mengikut kaedah pengagihan yang digunakan oleh pekebun kecil kelapa. Sekiranya

pekebun kecil kelapa menjual terus kepada pelanggan, harga yang diperoleh adalah lebih

tinggi. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah pengagihan yang ekstensif digunakan, maka

harga kelapa meningkat kerana setiap peringkat pengagihan akan mengenakan harga

tambahan sebagai untung mereka. Pelanggan akhir akan membayar pada harga yang tinggi

sedangkan pekebun kecil kelapa menjual dengan harga yang rendah. Saluran pemasaran

yang baik di negeri Utta Pradesh terutamanya di sepanjang jalan pesisiran pantai

memudahkan pemasaran dilaksanakan bagi memenuhi pasaran.

Page 76: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

76

Menurut kajian ini walaupun nisbah antara vendor dan peraih adalah tinggi, mereka

masih mendapat keuntungan. Ini adalah kerana mereka mempunyai Coconut Development

Board yang mempromosikan hasil industri kelapa di bawah Kementerian Pertanian dan

Lembaga Kemajuan Kelapa India.

Buat masa ini, penyelidikan kelapa mendapati bahawa aliran pemprosesan produk

kelapa adalah perlahan. Oleh itu pekebun kecil dan sederhana tidak mampu untuk

menonjolkan produk tersebut ke peringkat yang lebih tinggi. Di India, proses makanan

berasaskan kelapa mempunyai potensi yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dan

menjadi pemangkin pendapatan pekebun kecil. Ia akan dapat meningkatkan pendapatan

pekebun kecil sebanyak 20% - 40% dan menawarkan sebanyak 50-100 juta pekerjaan

setahun. Tambahan lagi, Abankwah, Aidoo, Tweneboah-Koduah (2010), menegaskan

bahawa penerokaan pemasaran kelapa segar di bandar Kumasi, India merupakan satu

peluang pekerjaan kepada mereka yang aktif dalam kegiatan ekonomi.

Kejayaan dalam industri ini memerlukan perhatian yang berfokus, komitmen yang

mendalam dan keberanian mengambil risiko serta langkah atau melaksanakan strategi

pemasaran yang berkesan. Antara langkah yang boleh diambil ialah menyeragamkan kaedah

pengagihan, meningkatkan produktiviti, penetapan harga, saluran pembekalan yang mudah,

penggudangan dan infrastruktur pengangkutan yang berkesan. Usaha ini dapat memacu

persaingan melalui teknologi, pembangunan kemahiran yang mendorong produktiviti dan

kualiti (Manggalam & Theerkhapathy, 2012).

Page 77: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

77

2.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Rajah 2.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 2.1 menunjukkan kerangka konseptual kajian. Terdapat hubungan antara pemboleh

ubah tidak bersandar, mediator dan pemboleh ubah bersandar. Terdapat tujuh faktor iaitu

tahap pendidikan atau pengetahuan, pemilikan nilai tambah, pasaran, modal, dasar, bantuan

kerajaan dan faktor perosak yang mempengaruhi lima faktor di dalam mediator iaitu

meningkatkan keluasan atau pengeluaran kelapa, meningkatkan nilai tambah (proses),

menambahbaikkan pemasaran, harga yang tinggi dan menerokai pasaran yang baru. Hasil

lima faktor dalam mediator, pada peringkat akhirnya sosioekonomi pekebun kecil kelapa

dapat ditingkatkan.

Meningkatkan

keluasan /

pengeluaran kelapa

Meningkatkan nilai

tambah (proses)

Menambahbaikkan

pemasaran

Harga yang tinggi

Menerokai pasaran

yang baru

Pendidikan /

pengetahuan

Pemilikan nilai

tambah

Pasaran

Modal

Dasar

Bantuan kerajaan

Faktor perosak

Meningkatkan

Sosioekonomi

Pekebun Kecil

Kelapa

Pemboleh Ubah

Tidak Bersandar

Mediator

Pemboleh Ubah

Bersandar

Page 78: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

78

2.7 RUMUSAN

Keseluruhannya, Bab dua ini mengaitkan teori dan kajian penyelidik terdahulu serta

pandangan mereka terhadap kemiskinan dan pembangunan serta pemasaran. Kajian lepas

sama ada kajian oleh penulis luar negara mahupun dalam negara akan dapat membantu

menghasilkan penulisan kajian. Kajian lepas akan dijadikan rujukan serta panduan dalam

menghasilkan kajian yang sedang dijalankan menjadi lebih baik.

Page 79: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

79

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan aspek-aspek berkaitan kaedah dan tatacara untuk menjalankan

kajian ini. Perbincangan berfokus kepada reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan

sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, proses pengumpulan dan analisis data. Dalam

setiap kajian, kaedah atau metodologi yang digunakan memainkan peranan penting dalam

usaha untuk mendapatkan hasil penyelidikan yang sah dan boleh dipercayai.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif untuk

mengkaji status sosioekonomi, masalah-masalah yang dihadapi, dan strategi pemasaran

pekebun kecil kelapa. Menurut Danial (2011) kajian kuantitatif digunakan untuk menerang,

menjelaskan, meneka dan mengawal fenomena dengan mengumpul numerical data yang

kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah berasaskan statistik deskriptif. Antara

kelebihan menjalankan kajian dalam bentuk tinjauan adalah kerana ia lebih cepat, murah,

efisien dan tepat dalam memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi (Zikmund, Babin,

Carr dan Griffin, 2010).

Page 80: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

80

3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Kajian ini dijalankan di kawasan Hilir Perak dan Perak Tengah. Populasi kajian ini terdiri

daripada semua pekebun kecil di daerah Hilir Perak dan Perak Tengah.

Kajian ini telah dijalankan secara pensampelan bertujuan (purposive sampling).

Menurut Zikmund, et. al. (2010) pensampelan bertujuan ialah satu prosedur pensampelan di

mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih menjadi responden

kajian. Dalam membentuk reka bentuk pensampelan dan juga saiz sampel, penyelidik telah

membuat keputusan berpandukan kepada Table for Determining Sample Size from a Given

Population oleh Krejcie dan Morgan (1970). Berdasarkan panduan yang diberikan, 650

borang soal selidik diedarkan dan pihak penyelidik menerima semula sebanyak 436 set

borang. Jumlah ini yang mewakili 67% daripada jumlah keseluruhan adalah mencukupi

untuk meneruskan kajian. Baki yang tidak diterima semula ialah sebanyak 214 borang. Ini

adalah kerana borang soal selidik tidak lengkap, tiada kaitan dengan kajian kelapa dan lewat

diterima.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen bagi pengumpulan data.

Soalan-soalan kajian soal selidik ini dibuat atas dasar perbincangan antara pengkaji dengan

merujuk pada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan topik ini.

Page 81: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

81

Soal selidik ini terdiri daripada 45 soalan yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:

i. Bahagian A - maklumat am responden

ii. Bahagian B – tingkat dan sumber pendapatan, perbelanjaan dan simpanan

iii. Bahagian C – pemilikan kenderaan, peralatan dan infrastruktur

iv. Bahagian D – maklumat permasalahan utama pekebun kecil kelapa

v. Bahagian E – pemasaran

i. Bahagian A - Maklumat Am Responden

Di bahagian A borang soal selidik, terdapat 4 soalan mengenai latar belakang

responden. Soalan-soalan menggunakan soalan tertutup di mana responden

menjawab berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan. Soalan-soalan bahagian A

ini untuk mengetahui serba sedikit latar belakang responden seperti keturunan, tahap

pendidikan, bilangan tanggungan dan jenis pemilikan kebun iaitu sama ada

diusahakan sendiri, dipajak atau diusahakan oleh orang lain.

ii. Bahagian B – Tingkat dan Sumber Pendapatan, Perbelanjaan dan Simpanan

Di dalam bahagian B kajian soal selidik ini pula terdapat 12 soalan berkaitan tingkat

dan sumber pendapatan dan 3 soalan berkaitan perbelanjaan dan simpanan. Soalan-

soalan bahagian B juga adalah soalan tertutup dan soalan-soalan terbuka untuk

mendapatkan input terperinci daripada pekebun kecil.

iii. Bahagian C – Pemilikan Kenderaan, Peralatan dan Infrastruktur

Di dalam bahagian C kajian soal selidik ini terdapat tiga soalan berkaitan dengan

pemilikan kenderaan dan peralatan dan 10 soalan berkaitan infrastruktur. Soalan-

soalan di dalam bahagian C ini juga soalan tertutup.

Page 82: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

82

iv. Bahagian D – Maklumat Permasalahan Utama Pekebun Kecil Kelapa

Di dalam bahagian D pula kajian soal selidik ini terdapat tujuh soalan terbuka.

Melalui soalan-soalan ini pekebun kecil boleh menyenaraikan seberapa banyak

masalah yang dihadapi daripada aspek aktiviti kebun kelapa, dan aktiviti

meningkatkan pendapatan mereka.

v. Bahagian E – Pemasaran

Di dalam bahagian E pula kajian soal selidik ini terdapat enam soalan tertutup.

Melalui soalan-soalan ini pekebun kecil boleh menyenaraikan hasil kelapa yang

dijual, hasil yang paling tinggi permintaannya dan faktor mempromosi produk

kelapa. Rujuk instrumen kajian di bahagian lampiran.

3.4 KAJIAN RINTIS

Set soalan yang telah dibangunkan diuji melalui kajian rintis. Dalam ujian ini 10 pegawai

telah terlibat. Sebanyak lima set soalan ini diberi pada pegawai dari Jabatan Pertanian

Persekutuan dan Pegawai Pertanian Negeri di kawasan Hutan Melintang, disusuli dengan

dua orang responden dari kalangan pegawai di MARDI, dan tiga orang lagi responden

(pengurus besar, ketua lembaga pertubuhan peladang kawasan dan ahli) dari Lembaga

Pertubuhan Peladang, dari kawasan Simpang Tiga, Bagan Datoh.

Page 83: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

83

Bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Datoh dan Pegawai

Pertanian Negeri Hutan Melintang

Hasil kajian rintis, kumpulan pengkaji telah mendapat cadangan-cadangan yang

konstruktif daripada responden-responden yang terlibat secara verbal, mengenai perincian

nama-nama (jenis-jenis) kelapa yang di tanam, kaedah dan strategi pengumpulan kelapa,

perkara yang berkaitan dengan pemasaran, tambah nilai soalan dan maklumat-maklumat

lain yang berkenaan dengan kajian ini agar bersesuaian dengan objektif yang di sasarkan.

Menemubual Ketua Unit dan Ahli PPK di Simpang Tiga dan Hutan Melintang

Page 84: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

84

Lanjutan dari perkara ini, selepas kajian rintis selesai, set soalan soal selidik telah

dimurnikan sebanyak tiga kali lagi melalui mesyuarat dalam kalangan penyelidik-penyelidik

yang terlibat. Hasil akhir usaha ini, set soalan asal yang terdiri dari 37 muka surat (103

soalan) telah diringkaskan kepada 13 muka surat yang mengandungi 45 soalan sahaja.

3.5 KONSTRUK SOALAN KAJI SELIDIK DAN PROSES PENGUMPULAN

DATA

3.5.1 Soal Selidik

Soal selidik bagi kajian ini telah dibina berdasarkan set-set soalan kajian lepas. Proses

pemurnian yang dilakukan sebelum kajian rintis dijalankan adalah sebanyak empat kali.

Selepas kajian rintis, set soalan telah dimurnikan sebanyak tiga kali lagi dan barulah ia

digunakan sebagai instrumen kutipan data bagi kajian ini.

Ujian kebolehpercayaan telah dilakukan dan didapati nilai cronbach alpha ialah

0.821. Oleh itu, soal selidik ini boleh diguna pakai sebagai stabil.

3.5.2 Proses Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data dilaksanakan selepas berbincang dan mendapatkan

pandangan daripada pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Bagan Datoh.

Pihak pengkaji menetapkan tarikh, masa dan tempat. Setelah mendapat persetujuan

oleh pihak PPK, proses kutipan data dijalankan di kawasan-kawasan dan tarikh-

tarikh berikut.

Page 85: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

85

o Kawasan Bagan Datoh: Okt. 16, 2010,

o Hutan Melintang: Okt. 17, 2010,

o Perak Tengah: Okt. 23, 2010

Ahli Lembaga Pengarah PPK telah membantu mengumpul semula borang soal

selidik daripada ketua-ketua unit PPK, yang mewakili kampung masing-masing.

Ketua-ketua unit ini diberi panduan untuk menjawab set soalan yang disediakan dari

mula sehingga tamat. Selepas aktiviti ini selesai, setiap ketua unit ini dibekalkan 10

set soal selidik untuk diedarkan kepada ketua isi rumah pekebun-pekebun kecil

kelapa di kawasan masing-masing. Tempoh masa kutipan semula borang soal selidik

yang diberikan adalah selama seminggu.

Butiran data yang berjaya dikutip adalah seperti berikut:

PPK Bagan Datoh (yang melibatkan Ahli Lembaga Pengarah PPK & Ketua Unit

PPK dan ketua isi rumah pekebun kecil) : 217 set

Hutan Melintang (yang melibatkan Ahli Lembaga Pengarah PPK, Ketua Unit PPK

& ketua unit wanita dan ketua isi rumah pekebun kecil): 197 set

Di Perak Tengah (yang melibatkan ketua unit PPK yang sedang menghadiri seminar

di Pengkalan Hulu dan ketua isi rumah pekebun kecil): 22 set

Page 86: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

86

Taklimat Borang Soal Selidik Di Simpang Tiga dan Hutan Melintang

Daripada 650 set soalan yang diedarkan, 436 (67.07%) berjaya dijawab mengikut kehendak

soalan dan dijadikan sampel kajian. Selain dari kutipan data melalui penggunaan borang set

soalan, proses temu bual dan beberapa siri lawatan juga dijalankan. Pada tarikh 16

November 2012, dua lawatan dan temu bual telah dijalankan di Lembaga Pertubuhan

Peladang (LPP) bagi kawasan Bagan Datoh dan Hutan Melintang. Hari yang berikutnya,

iaitu 17 November 2012 kumpulan penyelidik-penyelidik ke FAMA Hilir Perak, di

Simpang Tiga. Lawatan ke rumah pengusaha-pengusaha hasil kelapa dan kraf tangan juga

dijalankan untuk melihat produk-produk yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha kecil di

kawasan kampung Sungai Ular, Sungai Betul dan Sungai Nipah Darat.

Page 87: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

87

Kampung Sungai Ular, Sungai Betul dan Sungai Nipah Darat

Antara produk-produk berasaskan kelapa yang dilawati adalah; perusahaan kerisik,

minyak kelapa dara, produk-produk berasaskan kelapa lain seperti sabun, dodol, coco de

nata, dadih dan lain-lain (Kg. Sg. Ular, Bagan Datoh dan juga di Sg. Nipah Darat, Bagan

Datoh), barangan kraf yang terhasil dari tempurung (Sg, Betul, Bagan Datoh), kilang

Agrotech Fiber (Hutan Melintang), kilang santan dan kerisik (Simpang Tiga). Bagi

memantapkan lagi kajian yang dilakukan, kumpulan penyelidik juga telah melakukan

lawatan ke Pusat Pengolahan Kelapa Terpadu, di Yogyakarta, Indonesia.

Page 88: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

88

Pusat Pengolahan Kelapa Terpadu, di Yogyakarta, Indonesia.

Page 89: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

89

Dalam siri lawatan ini penyelidik-penyelidik di bawa ke kampung-kampung yang

mengusahakan keluaran santan, barangan kraf, minyak dan penyelidik juga dibawa ke

Bantul, Yogyakarta yang menghasilkan 163 jenis produk termasuk minyak Crude Coconut

Oil (CCO), Virgin Coconut Oil (VCO), asap cair, gula semut, nata de coco, arang (briket

tempurung kelapa) dan kosmetik. Penyelidik-penyelidik juga di bawa ke pusat-pusat

penjualan hasil kelapa.

Produk-Produk Dari Hasil Kelapa

Susulan dari semua aktiviti kutipan data yang dijalankan di atas, kumpulan

penyelidik juga telah melakukan lawatan susulan bagi tujuan menemu bual Pengarah

Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Pengarah Pertanian Negeri Perak, pada 16

Page 90: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

90

November 2012, untuk mengemas kini dan memantapkan maklumat-maklumat yang

diperoleh.

Menemu Bual Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Pengarah

Pertanian Negeri Perak

Konstruk keseluruhan kajian ini telah menghasilkan satu penyelidikan yang

merangkumi kedua-dua kaedah; kuantitatif (borang soal selidik) dan kualitatif (temu bual

dan lawatan, dan pemerhatian).

3.6 ANALISIS KAJIAN

Menurut Gay, Mills dan Airasian (2009), mengenal pasti teknik analisis data adalah sangat

penting dalam sesebuah kajian. Analisis kajian bagi penyelidikan ini dimulakan sebaik

sahaja data yang di kutip siap di kumpul semula. Proses keseluruhan selepas itu melibatkan

kerja-kerja pengkategorian dan pengkodan, memasukkan data yang diperoleh ke dalam

sistem pangkalan data (key-in), dan akhir sekali disusuli dengan proses menganalisis data.

Sebelum melalui proses-proses ini, semua borang soal selidik ini terlebih dahulu akan

Page 91: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

91

dikumpulkan dan disemak bagi memastikan setiap jawapan yang diperoleh adalah lengkap

dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif

menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) versi 18.0.

Bagi memastikan keputusan akhir boleh dipercayai, data-data yang telah dimasukkan

ke dalam pangkalan kajian data akan melalui proses semakan sekali lagi. Analisis statistik

deskriptif digunakan untuk memastikan data yang diperoleh bebas daripada kesilapan

semasa memasukkan data dan juga missing value.

3.6.1 Analisis Deskriptif

Setelah proses semakan data selesai, analisis deskriptif dijalankan ke atas data-data ini bagi

mendapatkan keputusan kajian yang disasarkan seperti yang tertera di objektif 1 hingga 4.

Analisis deskriptif merangkumi peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai digunakan

bagi memerihalkan ciri-ciri sampel. Menurut Azizi Yahaya et al., (2006) statistik deskriptif

digunakan untuk menghurai ataupun membuat ringkasan pada maklumat ataupun data yang

diperoleh bagi populasi ataupun sampel. Ini bertujuan menunjukkan komposisi dan skor

responden terhadap sesuatu pemboleh ubah.

Menurut Gay et al., (2009) pula analisis deskriptif merupakan satu prosedur analisis

data yang melibatkan proses pengiraan dan interpretasi yang membolehkan penyelidik

menerangkan makna setiap indeks nombor yang diperoleh daripada populasi kajian.

Analisis deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah kekerapan (frekuensi), min dan

peratus.

Page 92: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

92

Walau bagaimanapun pengiraan frekuensi, min dan peratus bagi setiap pemboleh

ubah tidak bersandar dalam kajian ini diperoleh melalui penggunaan perisian SPSS 18.0.

Aras keyakinan signifikan yang digunakan ialah 0.05.

Jadual yang berikut adalah ringkasan kajian-kajian dan jenis-jenis ujian yang akan

dijalankan. Bagi kesemua kajian yang di senaraikan, setiap satu kajian akan menjalan ujian

deskriptif dan frekuensi bagi menjawab persoalan kajian yang diutarakan.

Jadual 3.1

Analisis Kajian

Bil Persoalan Kajian Jenis Ujian

1. Apakah tahap sosioekonomi pekebun kelapa di daerah

Hilir Perak dan daerah Perak Tengah?

Deskriptif

Deskriptif

Deskriptif

Deskriptif

2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun-

pekebun kecil kelapa?

3. Apakah tingkat keberkesanan peranan yang dimainkan

oleh agensi kerajaan di dalam membantu pekebun kecil

kelapa?

4. Apakah kaedah pemasaran yang diawalkan oleh pekebun

kecil kelapa di daerah Hilir Perak dan daerah Perak

Tengah?

3.7 RUMUSAN

Secara keseluruhannya perkara yang diutamakan yang dibincangkan di dalam bab ini ialah

prosedur pengumpulan data dan proses menganalisis data. Kajian ini dijalankan di sekitar

Hilir Perak dan Perak Tengah dengan menggunakan kaedah atau instrumen borang soal

selidik bagi tujuan kutipan data. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan analisis

Page 93: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

93

deskriptif dan frekuensi. Setiap analisis yang dijalankan di dalam kajian ini yang akan

dibincangkan keputusan yang diperoleh di dalam bab berikutnya.

Page 94: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

94

BAB 4

ANALISIS DATA

4.0 PENGENALAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap sosioekonomi pekebun kecil

kelapa di daerah Hilir Perak dan Perak Tengah. Perbincangan di Bab 4 memberi fokus

terhadap hasil analisis daripada setiap instrumen yang telah ditadbir berpandukan kepada

soalan-soalan kajian seperti berikut:

1. Apakah tahap sosioekonomi pekebun kecil kelapa di daerah Hilir Perak dan daerah

Perak Tengah?

2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil kelapa?

3. Adakah peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan di dalam membantu pekebun

kecil kelapa berkesan?

4. Adakah kaedah pemasaran yang digunakan oleh pekebun kecil kelapa di daerah Hilir

Perak dan daerah Perak Tengah berkesan?

Perbincangan hasil analisis ini menggunakan statistik deskriptif melibatkan

perincian demografi responden dan pemboleh ubah yang lain, yang berdasarkan kekerapan,

peratusan, dan min. Hasil analisis kemudiannya dijelaskan dalam bentuk jadual berserta

penerangan yang sewajarnya.

Page 95: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

95

4.1 MAKLUMAT AM DAN TAHAP SOSIOEKONOMI PEKEBUN KECIL

KELAPA

Perbincangan di bahagian ini dibahagikan pada dua topik utama iaitu profil responden dan

tahap sosioekonomi pekebun kecil kelapa.

4.1.1 Profil Responden

Dalam bahagian ini aspek butiran responden dianalisis berdasarkan keturunan, tahap

pendidikan, bilangan tanggungan dan jenis pemilikan kebun kelapa. Seramai 436 orang

pekebun kecil kelapa telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Jadual 4.1 menunjukkan

perincian maklumat am responden yang terlibat dalam kajian ini.

Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden yang terlibat di dalam kajian ini

terdiri daripada 433 orang (99.03%) berbangsa Melayu dan 3 orang (0.07%) kaum India.

Kajian terhadap status akademik terhadap 436 orang responden pula menunjukkan,

kebanyakan pekebun kecil kelapa, iaitu seramai 213 orang (48.9%) berkelulusan sekolah

rendah, 180 orang (41.3%) berkelulusan sekolah menengah, 26 orang (6.0%) berkelulusan

kolej, politeknik atau universiti dan baki seramai 17 orang (3.9%) tidak bersekolah.

Jadual 4.1 juga menunjukkan taburan responden berdasarkan bilangan tanggungan.

Hasil analisis kajian mendapati 198 orang responden (45.4%) terdiri daripada mereka yang

mempunyai 3 - 4 orang tanggungan. Seramai 105 orang (24.1%) mempunyai kurang

daripada 2 orang tanggungan, 89 orang (20.4%) mempunyai 5 – 6 orang tanggungan.

Selebihnya iaitu 44 orang (10.1%) mempunyai tanggungan 7 orang dan ke atas.

Page 96: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

96

Jadual 4.1

Maklumat Responden

Butiran Responden Bilangan Peratus (%)

Keturunan

Melayu 433 99.03

Cina - -

India 3 0.07

Lain-lain - -

Tahap Pendidikan

Universiti 10 2.3

Politeknik/Kolej 16 3.7

Sekolah Menengah 180 41.3

Sekolah Rendah 213 48.9

Tidak Bersekolah 17 3.9

Bilangan tanggungan

Kurang dari 2 105 24.1

3 - 4 198 45.4

5 - 6 89 20.4

7 - 8 34 7.8

9 ke atas 10 2.3

4.1.2 Status Sosioekonomi Pekebun Kelapa Di Daerah Hilir Perak dan Perak Tengah

Indikator status sosioekonomi dalam kajian ini dibincangkan daripada aspek ekonomi dan

sosial. Penerangan lanjut bagi setiap aspek adalah seperti berikut:

4.1.2.1 Indikator Ekonomi

Bagi aspek ekonomi indikator terpilih adalah tingkat pendapatan, perbelanjaan dan

simpanan.

a. Pendapatan: Analisis Umum

Jadual 4.2 memaparkan keputusan analisis deskriptif bagi kajian pendapatan pekebun kecil

kelapa. Nilai pendapatan minimum dan maksimum yang dicatatkan ialah RM50 dan

RM4,900. Tingkat pendapatan purata yang rekodkan ialah RM1,124.53. Keputusan bagi

Page 97: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

97

analisis frekuensi pula menunjukkan, peratus tertinggi 41.2% berpendapatan rendah iaitu

antara RM500 hingga RM999, diikuti oleh 35.2% yang berikutnya yang berpendapatan

sederhana rendah iaitu antara RM1,000 hingga RM1,999. Peratus ketiga tertinggi (8.6%)

berada pada tingkat pendapatan sederhana tinggi iaitu antara RM2,000 hingga RM2,999, di

ikuti dengan 1.9% dan 1.7% kumpulan yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi.

Jadual 4.2

Keputusan Analisis Deskriptif Pendapatan Pekebun Kecil Kelapa

Analisis Deskriptif Purata Pendapatan Pekebun Kecil Kelapa

N

Minimu

m Maksimum Min Sisihan Piawai

Pendapatan 432 50.00 4900.00 1124.53 777.43

Analisis Frekuensi Tingkat Pendapatan Pekebun Kecil Kelapa Ikut Kategori

Tingkat Pendapatan Frekuensi Peratus

Rendah 1-499 50 11.6

500-999 178 41.2

Sederhana Rendah 1000-1499 96 22.2

1500-1999 56 13.0

Sederhana 2000-2499 16 3.7

2500-2999 21 4.9

Sederhana tinggi 3000-3499 5 1.2

3500-3999 2 .5

Tinggi 4000-4499 8 1.9

Jumlah 432 100.0

b. Pendapatan: Analisis Lanjutan

Bahagian ini memberi fokus pada sumber-sumber pendapatan pekebun kecil kelapa. Jadual

4.3 menunjukkan terdapat pelbagai sumber pendapatan bagi pekebun kecil kelapa.

Sebahagian besar iaitu seramai 126 (28.9%) meraih pendapatan daripada hasil kelapa, 124

Page 98: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

98

(28.4%) menjana pendapatan dari kelapa sawit, 78 orang (17.9%) melalui perniagaan, 33

orang (7.6%) bertukan dan 8 orang (1.8%) melakukan kerja menoreh getah.

Jadual 4.3

Sumber Pendapatan Pekebun Kecil Kelapa

Sumber-sumber Pendapatan Pekebun Kelapa Bilangan Peratus (%)

Penoreh getah 8 1.8

Pekebun kelapa 126 28.9

Penanam kelapa sawit 124 28.4

Bertukang 33 7.6

Berniaga 78 17.9

Selain daripada pendapatan berasaskan penanaman kelapa, pekebun kecil

mempunyai pelbagai cara lain bagi meningkatkan pendapatan. Jadual 4.4 memaparkan

ringkasan keputusan yang membincangkan perkara ini. Seramai 216 orang (49.5%)

berpendapat, pendapatan dapat ditingkatkan dengan melakukan aktiviti tanaman selingan

dengan pokok pisang atau kekacang, 206 orang (47.2%) pula mencadangkan aktiviti

menanam selingan pokok kelapa dan kelapa sawit, 157 orang (36%) mencadangkan aktiviti

menanam semula kelapa dengan baka kelapa yang bermutu tinggi, 37 orang (8.5%)

menjalankan lain-lain kegiatan, 22 orang (5%) mencadangkan aktiviti selingan penanaman

pokok kelapa dan menternak ikan atau udang, 12 orang (2.8%) menanam selingan pokok

kelapa dengan pokok getah dan 7 orang (1.6%) menanam selingan pokok kekacang.

Page 99: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

99

Jadual 4.4

Cadangan Meningkatkan Pendapatan

Cadangan Frekuensi Peratus

Tanam semula dengan baka kelapa yang bermutu tinggi 157 36.0

Tanam selingan pokok pisang atau kekacang 216 49.5

Tanam selingan pokok kelapa dengan kelapa sawit 206 47.2

Tanam selingan pokok kelapa dengan menternak ikan/udang 22 5.0

Tanam selingan pokok kelapa dengan getah 12 2.8

Lain-lain 37 8.5

4.1.2.2 Perbelanjaan

Analisis perbelanjaan dibahagikan kepada dua bahagian; analisis umum dan analisis

lanjutan.

4.1.2.3 Perbelanjaan: Analisis Umum

Jadual 4.5 memaparkan keputusan analisis deskriptif tingkat perbelanjaan pekebun kecil

kelapa secara keseluruhan. Dari 436 orang responden, hanya 417 memberikan maklum

balas. Dapatan yang diperoleh menunjukkan tingkat perbelanjaan minimum dan maksimum

mencatatkan nilai dari serendah RM150 sehingga setinggi RM2,500. Tingkat perbelanjaan

purata mencatatkan nilai RM838.97.

Page 100: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

100

Jadual 4.5

Analisis Deskriptif Perbelanjaan Purata

N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

Perbelanjaan 417 150.00 2500.00 838.97 481.44

Analisis Frekuensi Tingkat Perbelanjaan

Tingkat perbelanjaan Frekuensi Peratus

1-499 97 23.3

500-999 195 46.8

1000-1499 76 18.2

1500-1999 31 7.4

2000-2499 12 2.9

2500 dan lebih 6 1.4

Jumlah 417 100.0

Keputusan analisis frekuensi menunjukkan kelompok majoriti iaitu seramai 46.8%

berada dalam lingkungan perbelanjaan yang bernilai antara RM500 hingga RM999

manakala peratus paling minimum 1.4% adalah kelompok pekebun kecil kelapa yang

perbelanjaannya lebih daripada RM2,500. Selain itu, maklumat di jadual yang sama juga

memaparkan purata 70% berbelanja kurang dari RM1,000, 18.2% berbelanja antara

RM1,500 hingga RM1,999 dan selebihnya 11.7% berbelanja lebih dari RM1,500.

4.1.2.4 Perbelanjaan: Analisis Lanjutan

Bahagian ini adalah kajian lanjutan bagi kajian perbelanjaan pekebun kecil kelapa. Ia

bertujuan mengenal pasti tingkat perbelanjaan pekebun kecil kelapa terhadap beberapa jenis

perbelanjaan asas terpilih. Jenis-jenis perbelanjaan asas ini terbahagi kepada lima komponen

Page 101: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

101

iaitu perbelanjaan bagi bayaran (sewa) rumah, elektrik dan air (utiliti), kereta dan petrol,

perbelanjaan rumah dan lain-lain perbelanjaan.

Jadual 4.6 memaparkan keputusan analisis deskriptif bagi bayaran atau perbelanjaan

(sewa) terhadap rumah penginapan. Keputusan menunjukkan tingkat bayaran minimum dan

maksimum yang dicatatkan adalah RM60 dan RM950. Nilai purata bagi perbelanjaan ini

ialah sebanyak RM300.65. Jadual 4.7 berikutnya menunjukkan perincian tingkat

perbelanjaan yang dilakukan bagi perkara ini mengikut kategori yang ditetapkan. Peratus

tertinggi dicatatkan pada nilai bayaran rumah di antara RM100 hingga RM199 dan RM200

hingga RM299, diikuti dengan kelompok 22.6% yang membayar pada nilai antara RM300

hingga RM399. Peratus yang seterusnya 16.2% membayar pada kadar RM500 ke atas dan

disusuli oleh peratus terkecil iaitu sebanyak 6.5% dan 3.2% masing-masing antara RM400

hingga RM499 dan RM1 hingga RM99. Terdapat sekumpulan kecil pekebun kecil kelapa

iaitu 1.3% yang membayar lebih daripada RM500 sebulan.

Jika dilihat daripada bilangan responden, hanya 31 orang sahaja yang menjawab

soalan ini. Daripada jumlah 396 orang yang disasarkan. Statistik ini memberi indikasi

bahawa majoriti 365 orang 92.2% berstatus pemilikan penuh (mutlak) bagi rumah yang

didiami. Keadaan ini menerangkan mengapa mereka tidak mengeluarkan apa-apa bayaran

bulanan bagi jenis pembayaran ini.

Page 102: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

102

Jadual 4.7 memaparkan keputusan bagi ujian deskriptif berkaitan perbelanjaan utiliti (air

dan elektrik). Daripada keputusan deskriptif, nilai purata bagi perbelanjaan utiliti ialah

sebanyak RM172.87, dengan tingkat perbelanjaan minimum sebanyak RM5 manakala

maksimum mencecah RM1,500. Tingkat perbelanjaan mengikut kategori pula mencatatkan,

8.3% membelanjakan kurang daripada RM60, manakala 13.1% berbelanja pada kadar

sederhana rendah iaitu RM60 hingga RM99. Peratus tertinggi ialah 45.5% berbelanja di

antara RM100 hingga RM199 manakala 27.8% yang berikutnya berbelanja antara RM200

hingga RM399 dan selebihnya 5.3% berbelanja sebanyak RM400 ke atas. Rumus

keseluruhan analisis ini menunjukkan dapatan bagi nilai min adalah konsisten dengan mod

tertinggi dalam analisis frekuensi yang mencatatkan tingkat perbelanjaan antara RM100

hingga RM199.

Jadual 4.6

Keputusan Analisis Deskriptif Bagi Bayaran Rumah

Analisis Deskriptif Bagi Bayaran Rumah

N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

Rumah 31 60 950 300.65 215.034

Analisis Frekuensi Bagi Bayaran Rumah

Frekuensi Peratus

Peratus

Kumulatif

1-99 1 3.2 3.2

100-199 8 25.8 29.0

200-299 8 25.8 54.8

300-399 7 22.6 77.4

400-499 2 6.5 83.9

500 ke atas 5 16.1 100.0

Total 31 100.0

Page 103: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

103

Jadual 4.7

Keputusan Analisis Deskriptif Bagi Perbelanjaan Utiliti

Analisis Deskriptif Bagi Perbelanjaan Utiliti (Air dan Elektrik)

N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

Elektrik dan Air 396 5 1500 172.87 165.265

Analisis Frekuensi Bagi Perbelanjaan Utiliti

Frekuensi Peratus Peratus Kumulatif

1-49 12 3.0 3.0

50-59 21 5.3 8.3

60-69 18 4.5 12.9

70-79 10 2.5 15.4

80-89 17 4.3 19.7

90-99 7 1.8 21.5

100-199 180 45.5 66.9

200-299 85 21.5 88.4

300-399 25 6.3 94.7

400-499 7 1.8 96.5

500 ke atas 14 3.5 100.0

Total 396 100.0

Jadual 4.8 melaporkan keputusan analisis deskriptif bagi kajian perbelanjaan

terhadap kenderaan dan petrol. Dapatan bagi analisis deskriptif menunjukkan tingkat

perbelanjaan minimum dan maksimum ialah RM20 dan RM1,250 menjadikan tingkat

perbelanjaan purata bagi item ini ialah RM221.31. Perincian mengenai perbelanjaan item ini

mengikut kategori tingkat perbelanjaan menunjukkan hampir 15.1% berbelanja kurang

daripada RM60 sebulan. Majoriti 34.2% pula berbelanja dalam lingkungan RM100 hingga

RM199 sebulan, diikuti oleh purata masing-masing 14% dan 13% bagi tingkat perbelanjaan

sebanyak RM200 hingga RM299, RM300 hingga RM399 dan RM500 ke atas. Pada tingkat

perbelanjaan yang selainnya, nilai peratus adalah kecil atau kurang dari 10%.

Page 104: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

104

Jadual 4.9 memaparkan keputusan analisis deskriptif bagi kajian perbelanjaan

seharian pekebun kecil kelapa. Perbelanjaan jenis ini merangkumi belanja makan-minum,

rokok dan perbelanjaan anak-anak. Secara umumnya, tingkat perbelanjaan seharian pekebun

kecil menganjur dari nilai minimum RM20 ke maksimum RM2,000 sebulan. Ini

memberikan nilai purata sebulan ialah RM473.05. Dari segi kategori tingkat perbelanjaan,

88.7% memperuntukkan lebih daripada RM200 sebulan, manakala 11.3% pula berbelanja

kurang daripada RM200 sebulan.

Jadual 4.8

Keputusan Analisis Deskriptif Bagi Perbelanjaan Kenderaan dan Petrol

Analisis Deskriptif Bagi Perbelanjaan Kenderaan dan Petrol

N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

Kenderaan dan

petrol

298 20 1250 221.31 199.551

Analisis Frekuensi Bagi Perbelanjaan Kereta dan Petrol

Frekuensi Peratus

1-49 15 5.0

50-59 30 10.1

60-69 8 2.7

70-79 7 2.3

80-89 3 1.0

90-99 1 .3

100-199 102 34.2

200-299 42 14.1

300-399 40 13.4

400-499 10 3.4

500 ke atas 40 13.4

Total 298 100.0

Page 105: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

105

Jadual 4.9

Keputusan Analisis Deskriptif Bagi Perbelanjaan Seharian

N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

Perbelanjaan

Seharian

363 20 2000 473.05 292.381

Analisis Frekuensi Bagi Perbelanjaan Seharian

Frekuensi Peratus

0 12 3.3

1-49 2 .6

50-59 7 1.9

60-69 1 .3

100-199 23 6.3

200-299 43 11.8

300-399 56 15.4

400-499 47 12.9

500 ke atas 172 47.4

Jumlah 363 100.0

Jadual 4.10 menunjukkan keputusan bagi kajian perbelanjaan lain-lain. Keputusan

deskriptif mencatat nilai minimum sebanyak RM20 dan nilai maksimum sebanyak

RM1,000. Nilai purata bagi perbelanjaan ini ialah sebanyak RM238.82. Maklumat

perbelanjaan melalui analisis frekuensi pula menunjukkan majoriti 57.6% berbelanja antara

RM100 hingga RM299. Dua kumpulan pekebun kecil kelapa, masing-masing berada dalam

kelompok 13.2% berbelanja antara RM300 hingga RM399 dan RM500 ke atas. Tingkat

perbelanjaan yang lain bagi item ini mempunyai skor kurang daripada 10%.

Page 106: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

106

Jadual 4.11 memaparkan ringkasan keputusan analisis deskriptif ke semua jenis

perbelanjaan asas pekebun kecil kelapa. Keputusan yang diperoleh mencatatkan nilai purata

sebanyak RM300.65 bagi bayaran rumah, RM172.87 utiliti, RM221.31 perbelanjaan

kenderaan dan petrol, RM473.05 perbelanjaan seharian dan RM238.82 lain-lain

perbelanjaan yang memberikan nilai jumlah perbelanjaan purata sebulan sebanyak

RM1,406.7. Nilai purata perbelanjaan yang diperoleh daripada analisis lanjutan (indepth

analysis) sebanyak RM1,406.7 adalah berbeza dari nilai purata perbelanjaan yang diperoleh

melalui analisis umum yang bernilai RM838.97. Penyelidik merumuskan nilai perbelanjaan

sebanyak RM1,406.7 adalah lebih realistik kerana keputusan ini diperoleh daripada analisis

lanjutan berdasarkan jenis-jenis perbelanjaan asas yang berlaku dalam kehidupan seharian

mereka.

Jadual 4.10

Keputusan Analisis Deskriptif Bagi Perbelanjaan Lain-lain

Analisis Deskriptif Bagi Perbelanjaan Lain-lain

N

Minimu

m

Maksimu

m Min Sisihan Piawai

Lain-lain perbelanjaan 144 20 1000 238.82 198.320

Analisis Frekuensi Bagi Perbelanjaan Lain-lain

Frekuensi Peratus Peratus Kumulatif

0 5 3.5 3.5

50-59 6 4.2 7.6

70-79 2 1.4 9.0

90-99 2 1.4 10.4

100-199 52 36.1 46.5

200-299 31 21.5 68.1

300-399 19 13.2 81.3

400-499 8 5.6 86.8

500 keatas 19 13.2 100.0

Jumlah 144 100.0

Page 107: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

107

Jadual 4.11

Keputusan Keseluruhan Analisis Deskriptif Perbelanjaan Bagi Setiap Item

N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

Rumah 31 60 950 300.65 215.034

Utiliti 396 5 1500 172.87 165.265

Kenderaan dan petrol 298 20 1250 221.31 199.551

Belanja seharian 363 20 2000 473.05 292.381

Lain-lain belanja 144 20 1000 238.82 198.320

Jumlah perbelanjaan 1406.7

4.1.2.5 Simpanan

Jadual 4.12 memaparkan keputusan analisis deskriptif berkaitan simpanan pekebun kecil

kelapa. Jumlah keseluruhan responden yang menjawab soalan ini ialah seramai 157 orang.

Daripada keputusan yang dipaparkan, tingkat simpanan minimum adalah sifar manakala

yang paling tinggi dicatatkan ialah RM1,000 manakala tingkat simpanan purata pekebun

kecil ialah sebanyak RM298.38.

Keputusan analisis frekuensi di jadual yang sama memberi perincian lanjut pecahan

tingkat simpanan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Daripada keputusan yang

diperoleh, peratus tertinggi 24.8% direkodkan pada tingkat simpanan yang bernilai RM500

ke atas, manakala peratus kedua tertinggi 22.3% dicatatkan pada tingkat simpanan yang

bernilai di antara RM100 hingga RM149. Maklumat lanjutan analisis ini mendapati 2.5%

responden tidak mempunyai simpanan, hampir 10% yang lain menyimpan pada nilai kurang

daripada RM100 sebulan, manakala purata 26% yang berikutnya menyimpan di antara

RM100 hingga RM199, diikuti sebanyak 13.3% menyimpan pada kadar sederhana tinggi

iaitu di antara RM200 hingga RM299 sebulan. Selebihnya termasuk dalam kategori

Page 108: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

108

simpanan tinggi RM300 hingga RM499 iaitu sebanyak 23.6%, dan kategori pendapatan

sangat tinggi RM500 ke atas iaitu sebanyak 24.8%.

Jadual 4.12

Analisis Deskriptif Tingkat Simpanan Pekebun Kecil Kelapa

Keputusan Analisis Deskriptif Kajian Simpanan

Tingkat Frekuensi Peratus Peratus Kumulatif

Rendah 0 4 2.5 2.5

1-49 1 .6 3.2

50-99 14 8.9 12.1

Sederhana Rendah 100-149 35 22.3 34.4

150-199 6 3.8 38.2

Sederhana Tinggi 200-249 20 12.7 51.0

250-299 1 .6 51.6

Tinggi 300-349 11 7.0 58.6

350-399 2 1.3 59.9

400-499 24 15.3 75.2

Sangat Tinggi 500 keatas 39 24.8 100.0

Jumlah 157 100.0

Keputusan keseluruhan mencatatkan purata tingkat pendapatan dan perbelanjaan

ialah masing-masing RM1,124.53 dan RM1,406.7 berdasarkan analisis lanjutan. Keputusan

analisis mendapati simpanan positif sebanyak RM298.38. Walau bagaimanapun, kiraan nilai

simpanan berdasarkan tingkat pendapatan umum dan tingkat perbelanjaan analisis lanjutan

adalah bernilai negatif RM282.17 (RM1,124.53-RM1,406.7). Keputusan yang diperoleh

memberi gambaran tentang status ekonomi pekebun kecil yang rendah atau sekadar cukup

untuk sara diri. Tingkat simpanan yang rendah atau negatif memberi indikasi pekebun kecil

kelapa mempunyai tingkat keupayaan kewangan dari segi modal yang rendah. Keadaan ini

N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

Simpanan 157 .00 1000.00 298.38 230.51

Page 109: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

109

menerangkan kesukaran yang mereka hadapi untuk menjalankan aktiviti tanam semula yang

secara umumnya memerlukan modal yang besar.

4.2.2 Status Sosial

Indikator sosial diukur melalui pemilikan tempat tinggal, pemilikan tanah, pemilikan

kenderaan dan pemilikan barang elektrik.

4.2.2.1 Pemilikan Tempat Tinggal

Jadual 4.13 menunjukkan taburan responden berdasarkan taraf pemilikan tempat tinggal.

Hasil analisis kajian mendapati 418 orang responden (97.0%) tinggal di rumah sendiri dan

13 orang (3.0%) tinggal di rumah sewa.

Jadual 4.13

Jenis Tempat Tinggal

Tempat Tinggal Bilangan Peratus

Sewa 13 3.0

Sendiri 418 97.0

Jumlah 431 100.0

4.2.2.2 Taraf Pemilikan Tanah

Jadual 4.14 menyenaraikan taraf pemilikan tanah pekebun kecil kelapa. Analisis

menunjukkan kebanyakan pekebun kecil memiliki tanah sendiri iaitu seramai 375 orang

(86%). Selebihnya, pekebun kecil kelapa menyewa tanah orang lain dan menggunakan

tanah wakaf iaitu seramai 26 orang (6.0%), menumpang tanah orang lain seramai 23 orang

(5.3%), menggunakan tanah pusaka seramai 12 orang (2.8%) dan menumpang di tanah

kerajaan seorang (0.2%).

Page 110: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

110

Jadual 4.14

Taraf Pemilikan Tanah

Taraf Pemilikan Tanah Bilangan Peratus

Sendiri 375 86.0

Sewa Tanah Orang Lain 26 6.0

Tanah Kerajaan 1 .2

Tumpang Tanah Orang Lain 23 5.3

Tanah Wakaf 26 6.0

Tanah Pusaka 12 2.8

4.2.2.3 Cara Tanah Diusahakan

Jadual 4.15 menunjukkan cara tanah diusahakan oleh pekebun kecil kelapa. Analisis

menunjukkan kebanyakan responden, iaitu seramai 321 orang (73.6%) telah mengusahakan

tanah mereka secara persendirian dan 16 orang (3.7%) mengusahakan tanah yang dipajak.

Seramai 66 orang (15.7%) mengupah orang lain untuk mengusahakan tanah mereka,

manakala 33 orang (7.6%) mengusahakan tanah milik orang lain.

Jadual 4.15

Cara Tanah Diusahakan

Kebun diusahakan sendiri atau

diusahakan oleh orang lain

Bilangan Peratus (%)

Diusahakan sendiri 321 73.6

Dipajak 16 3.7

Diusahakan oleh orang lain 66 15.7

Bukan pemilik tanah 33 7.6

Jumlah 436 100

4.2.2.4 Pemilikan Kenderaan

Jadual 4.16 menunjukkan taburan responden berdasarkan pemilikan kenderaan. Hasil

analisis kajian mendapati 374 orang responden (85.8%) mempunyai motosikal, 228 orang

(52.3%) mempunyai basikal, 219 orang (50.2%) mempunyai kereta, 22 orang (5.0%)

Page 111: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

111

mempunyai lori, 16 orang (3.7%) mempunyai van dan seorang mempunyai (0.2%) mesin

kubota dan baki seorang lagi memiliki pacuan empat roda. Maklumat pemilikan kenderaan

di kalangan pekebun kecil kelapa memberi indikasi tahap kemampuan mereka dalam

pemilikan harta adalah agak baik.

Jadual 4.16

Pemilikan Kenderaan

Pemilikan Kenderaan Pemilikan Peratus

Motosikal 374 85.8

Basikal 228 52.3

Kereta 219 50.2

Lori 22 5.0

Van 16 3.7

Kubota 1 .2

Pacuan Empat Roda 1 .2

4.2.2.5 Pemilikan Peralatan Elektrik

Jadual 4.17 menunjukkan taburan responden berdasarkan pemilikan peralatan elektrik.

Alatan yang senaraikan merangkumi peralatan asas (televisyen, dapur gas, peti sejuk, mesin

basuh dan radio) dan juga peralatan mewah (Astro, pemain VCD, komputer). Hasil analisis

kajian mendapati 427 orang responden (97.9%) mempunyai televisyen, 424 orang (97.2%)

mempunyai dapur gas, 419 orang (96.1%) mempunyai peti sejuk, 394 orang (90.4%)

mempunyai mesin basuh, 326 orang (74.8%) mempunyai radio, 189 orang (43.3%)

mempunyai Astro, 103 orang (23.6%) mempunyai VCD dan 99 orang (22.7%) mempunyai

komputer. Maklumat pemilikan peralatan elektrik dalam kalangan pekebun kecil kelapa

memberi indikasi taraf kehidupan yang baik.

Page 112: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

112

Jadual 4.17

Pemilikan Peralatan Elektrik

Kategori Peralatan Elektrik Pemilikan Peralatan

Elektrik

Bilangan Peratus

Asas Televisyen 427 97.9

Dapur gas 424 97.2

Peti sejuk 419 96.1

Mesin basuh 394 90.4

Radio 326 74.8

Mewah Astro 189 43.3

Pemain VCD 103 23.6

Komputer 99 22.7

4.3 INFRASTRUKTUR

Jadual 4.18 menunjukkan kemudahan infrastruktur yang terdapat di kawasan pekebun kecil

kelapa. Analisis infrastruktur yang dibincangkan ialah kemudahan jalan raya, bekalan

elektrik, bekalan air dan kemudahan sistem komunikasi. Kebanyakan kawasan pekebun

kecil kelapa mempunyai kemudahan jalan raya iaitu seramai 411 orang (94.3%) dan cuma

25 orang (5.7%) tidak mempunyai jalan raya. Manakala kemudahan jalan di kawasan kebun

kelapa menunjukkan 347 orang (79.6%) mempunyai kemudahan jalan raya dan 89 orang

(20.4%) tidak mempunyai kemudahan jalan dalam kawasan kebun.

Bagi analisis kemudahan bekalan elektrik, seramai 432 orang (99.1%) mendapat

bekalan elektrik dan cuma 4 orang (0.4%) yang tidak mendapat bekalan elektrik. Keputusan

bagi analisis bekalan air pula menunjukkan 434 orang (99.5%) menerima bekalan air awam

dan cuma 2 orang (0.5%) tidak mendapat bekalan air.

Page 113: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

113

Analisis kemudahan sistem komunikasi di kawasan pekebun kecil kelapa

menunjukkan bilangan pekebun kecil kelapa menggunakan kemudahan telefon mudah alih

atau bimbit ialah seramai 394 orang (90.4%) dan cuma 42 orang (9.6%) menggunakan

telefon awam. Manakala kemudahan Pusat Jalur Lebar Komuniti juga wujud di kawasan

pekebun kecil kelapa yang mana seramai 354 orang (81.2%) menyatakan terdapat

kemudahan tersebut. Baki 82 orang (18.8%) tidak mempunyai Pusat Jalur Lebar Komuniti

di kawasan mereka.

Jadual 4.18

Kemudahan Infrastruktur

Infrastruktur Bilangan Peratus

Jenis Jalan

Tiada Jalan Raya 25 5.7

Ada Jalan Raya 411 94.3

Kemudahan Jalan Di Kebun Kelapa

Tiada Jalan 89 20.4

Ada Jalan 347 79.6

Jenis Bekalan Elektrik

Tiada Bekalan Elektrik 4 .9

Ada Bekalan Elektrik 432 99.1

Jenis Sumber Air

Tiada Bekalan Air 2 .5

Ada Bekalan Air Awam 434 99.5

Jenis Sistem Komunikasi

Telefon Awam 42 9.6

Telefon mudah alih /bimbit 394 90.4

Pusat Jalur lebar Komuniti

Ya 82 18.8

Tidak 354 81.2

Page 114: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

114

4.4 ISU DAN PERMASALAHAN PEKEBUN KELAPA

Perbincangan di bahagian ini merangkumi topik maklumat umum penanaman dan

pengeluaran kelapa dan masalah-masalah penanaman kelapa.

4.4.1 Maklumat Umum Penanaman dan Pengeluaran Kelapa

Analisis permasalahan yang dihadapi oleh pekebun kecil kelapa merangkumi jenis tanaman

kelapa, tempoh matang kelapa dan pulangan hasil kelapa serta perbandingan dengan hasil

tanaman lain.

4.4.1.1 Jenis-jenis Tanaman Kelapa

Jadual 4.19 menunjukkan jenis-jenis pokok kelapa yang ditanam oleh pekebun kecil kelapa.

Majoriti 326 orang (79.58%) menanam jenis pokok Kelapa Tinggi, diikuti seramai 71 orang

(17%) menanam kelapa jenis Matag manakala selebihnya seramai 10 orang (2.42%) dan 6

orang (1%) menanam jenis kelapa Mawa dan Pandan.

Jadual 4.19

Jenis Tanaman Kelapa

Jenis Tanaman Kelapa Bilangan Peratus

Pokok kelapa tinggi 326 79.58

Matag 71 17.00

Mawar 10 2.42

Pandan

Jumlah

6

413

1.00

100

4.4.1.2 Kekerapan Mendapat Hasil Daripada Tanaman Kelapa

Jadual 4.20 menunjukkan kekerapan pekebun kecil kelapa mendapat hasil daripada tanaman

kelapa. Jadual tersebut menunjukkan seramai 144 orang (52.0%) mendapat pulangan hasil

dalam tempoh tiga bulan, diikuti seramai 56 orang (20.2%), mendapat pulangan hasil dalam

Page 115: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

115

tempoh dua bulan. Manakala 42 orang (15.2%) mendapat pulangan hasil dalam empat bulan

dan 14 orang (5.1%) mendapat hasil dalam tempoh satu bulan. Selebihnya 21 orang (7.6%)

mendapat pulangan hasil dalam tempoh antara lima hingga lapan bulan.

Jadual 4.20

Kekerapan Mendapat Hasil Daripada Tanaman Kelapa

Kekerapan Bilangan Peratus

Satu bulan 14 5.1

Dua bulan 56 20.2

Tiga bulan 144 52.0

Empat bulan 42 15.2

Lima bulan 5 1.8

Enam bulan 13 4.7

Tujuh bulan 2 .7

Lapan bulan 1 .4

Jumlah 277 100.0

4.4.1.3 Pulangan Hasil Kelapa dan Perbandingan Dengan Hasil Kebun Yang Lain

Jadual 4.21 menunjukkan terdapat perbezaan tingkat pendapatan per ekar yang diperoleh

pekebun kecil kelapa yang menanam Kelapa Tinggi, kelapa sawit, kelapa Matag.

Berdasarkan dapatan kajian seramai 245 orang (56.19%) pekebun yang menanam pokok

kelapa tinggi, mendapat purata hasil bulanan sebanyak RM291.66 sebulan. Daripada 223

orang (51.15%) pekebun yang menanam kelapa sawit pula, purata hasil kelapa sawit yang

diperoleh adalah sebanyak RM665.00 sebulan. Seramai 60 orang (13.76%) pekebun kecil

kelapa Matag mendapat purata pulangan bulanan sebanyak RM641.00.

Page 116: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

116

Jadual 4.21

Perbezaan Hasil Pendapatan Yang Diperoleh Mengikut Jenis Tanaman (RM/Per

Ekar)

Jenis hasil Bilangan Peratus (%) RM sebulan

Kelapa tinggi 245 56.19 291.66

Kelapa sawit 223 51.15 665.00

Kelapa matag 60 13.76 641.00

4.4.2 Masalah Penanaman Kelapa

Perbincangan di bahagian ini memberi tumpuan pada dua aspek berikut; Masalah sedia ada

berkaitan dengan penanaman kelapa, dan ii. Masalah tanam semula kelapa.

4.4.2.1 Masalah Sedia Ada Berkaitan Penanaman Kelapa

Jadual 4.22 menunjukkan respons dari pekebun kecil kelapa tentang 11 pemasalahan yang

dikemukakan kepada mereka. Seramai 436 orang responden telah menjawab soalan ini.

Majoriti 314 orang (72.0%) menyatakan masalah utama ialah masalah kemudahan jalan raya

ke kawasan kebun. Masalah kesukaran mendapatkan benih kelapa Matag merupakan

masalah kedua dan ini dinyatakan oleh 313 orang responden (71.8%). Seramai 298 orang

(68.3%) menyenaraikan pemasaran sebagai sebahagian daripada masalah, manakala 280

orang (64.2) menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh. Seramai 265 yang lain (60.8%)

mendapati kekurangan galakan/insentif pihak kerajaan sebagai satu masalah. Seramai 248

orang (56.9) mengaitkannya dengan masalah orang tengah yang meraih keuntungan, 130

orang (29.8%) menyenaraikan harga kelapa yang murah sebagai masalah utama. Seterusnya

seramai 213 (48.9%) mendapati bantuan baja sebagai masalah, dan seramai 142 orang

(32.6%) mendapati masalah kekurangan modal sebagai satu halangan. Selebihnya seramai

101 orang(23.2%) mendapati binatang perosak sebagai satu masalah utama.

Page 117: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

117

Jadual 4.22

Masalah Pekebun-pekebun Kelapa

Masalah Bilangan Peratus

Kekurangan modal 142 32.6

Galakan/ Insentif pihak kerajaan 265 60.8

Buruh 280 64.2

Kemudahan jalan raya ke kawasan kebun 314 72.0

Pemasaran 298 68.3

Harga kelapa 130 29.8

Orang tengah 248 56.9

Biji benih Matag 313 71.8

Binatang perosak (monyet, babi hutan, kumbang) 101 23.2

Bantuan baja 213 48.9

4.4.2.2 Isu Tanam Semula Kelapa

Perbincangan bagi topik ini meliputi tinjauan pekebun kecil kelapa yang telah melakukan

tanam semula, tinjauan kecenderungan pekebun kecil kelapa untuk melakukan tanam

semula di masa hadapan, sebab-sebab untuk tanam semula dan masalah-masalah tanam

semula.

i. Kajian tinjauan bilangan pekebun kecil yang telah melakukan tanam semula

Kajian di bahagian ini bertujuan mengenal pasti bilangan pekebun kecil kelapa yang telah

melakukan aktiviti tanam semula kelapa dan dapatan kajian dipaparkan di Jadual 4.23.

Keputusan yang diperoleh mendapati majoriti responden iaitu seramai 309 orang (70.9%)

memberi maklum balas mereka belum membuat penanaman semula. Seramai 123 orang

yang lain (28.2%) melaporkan telah membuat penanaman semula pokok kelapa. Dari segi

taburan kebanyakan responden iaitu seramai 76 orang (64.47%) telah membuat penanaman

sebanyak satu kali manakala 39 orang (33%) telah membuat penanaman semula sebanyak

Page 118: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

118

dua kali. Seramai 2 orang (1.69%) telah membuat penanaman semula sebanyak tiga kali.

Seramai satu orang (0.84%) membuat penanaman semula sebanyak lima kali.

Jadual 4.23

Maklumat Tanaman Semula Kelapa

Pernah tanam Semula Bilangan Peratus (%)

Ya

Tidak

123

309

29.1

70.9

Analisis Frekuensi

Bil. Kali tanam semula Frekuensi Peratus

1 76 64.47

2 39 33.05

3 2 1.69

4 - -

5 1 .84

Jumlah 118

ii. Tinjauan Kecenderungan Pekebun Kecil Kelapa Untuk Melakukan Tanam

Semula Kelapa Di Masa Hadapan

Jadual 4.24 menunjukkan respons dari pekebun kecil kelapa sekiranya mereka diberi

peluang menanam semula. Seramai 298 orang (68.3%) menunjukkan kesediaan untuk

membuat tanaman semula kelapa manakala 129 orang (29.6%) tidak berminat untuk

menanam semula kelapa atas alasan-alasan seperti yang telah disenaraikan sebelum ini.

Page 119: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

119

Jadual 4.24

Kecenderungan Untuk Melakukan Tanam Semula Kelapa Di Masa Hadapan

Ingin Menanam Semula Bilangan Peratus (%)

Ya

Tidak

Jumlah

298

129

427

69.78

30.22

100

iii. Masalah-Masalah Tanam Semula Kelapa

Bahagian ini menyenaraikan alasan-alasan yang dikemukakan oleh pekebun kecil yang

memilih untuk tidak melakukan tanam semula kelapa.

Jadual 4.25 menunjukkan maklumat terperinci bagi pekebun kecil kelapa yang

membuat keputusan untuk tidak melakukan tanam semula kelapa. Alasan-alasan yang

diberikan adalah gambaran kepada masalah yang dihadapi pekebun kecil kelapa berkaitan

dengan penanaman kelapa. Masalah yang mempengaruhi keputusan pekebun kecil kelapa

untuk tidak menanam semula di masa hadapan adalah seramai 20 orang (24.38%)

memberikan alasan harga sawit yang lebih mahal sebagai sebab utama, diikuti 18 orang

(21.95%) dengan gangguan haiwan perosak manakala 12 orang (14.63%) menyatakan

harga kelapa lebih murah, seramai 10 orang (12.20%) menyatakan ketiadaan bantuan modal

sebagai halangan. Seramai 7 orang (8.54%) yang lain menyatakan masalah buruh, diikuti

oleh 4 orang (4.88%) yang menyatakan hasil kelapa tidak menguntungkan. Seramai 8 orang

(9.76%) mengakui lebih mudah menjaga kelapa sawit berbanding tanaman kelapa. Baki

seramai 3 orang (3.66%) mendapati persaingan dengan kelapa import yang murah.

Page 120: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

120

Jadual 4.25

Alasan Tidak Cenderung Tanam Semula Kelapa

Sebab-sebab Frekuensi Peratus

Harga sawit lebih mahal

Banyak haiwan perosak

Harga kelapa murah

Tiada bantuan modal

Masalah buruh

Hasil tidak lumayan

Persaingan dengann kelapa impot

Lebih mudah menjaga sawit

20

18

12

10

7

4

3

8

24.38

21.95

14.63

12.20

8.54

4.88

3.66

9.76

Jumlah 82 100

iv. Mengganti Tanaman Kelapa Dengan Kelapa Sawit

Jadual 4.26 melaporkan statistik pekebun kecil kelapa yang telah menggantikan tanaman

kelapa dengan kelapa sawit. Masa depan industri kelapa agak tergugat apabila dapatan

menunjukkan seramai 241 pekebun kecil kelapa iaitu 56.2% telah menukar penanaman

kelapa kepada kelapa sawit. Baki seramai 188 orang (43.8%) memilih untuk tidak

menggantikan tanaman kelapa dengan kelapa sawit.

Dari jadual yang sama, disenaraikan sebab-sebab yang menyumbang kepada

penggantian tanaman kelapa dengan kelapa sawit. Seramai 94 orang (12.6%) menyatakan

hasil kelapa sawit yang lebih menguntungkan sebagai sebab utama, 19 orang (6.9%)

berpendapat pengurusan kelapa sawit dikatakan lebih mudah serta mendapat bantuan

modal dan seramai 4 orang (3.42%) memberikan lain-lain masalah seperti haiwan

perosak.

Page 121: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

121

Jadual 4.26

Menggantikan Kelapa Dengan Kelapa Sawit

Status Bilangan Peratus (%)

Ya

Tidak

Jumlah

241

188

429

56.2%

43.8%

100%

Sebab-Sebab Menggantikan Kelapa Dengan Kelapa Sawit

Sebab-sebab Bilangan Peratus (%)

Pulangan yang lebih lumayan

Penanaman kelapa sawit lebih mudah

Lain-lain

94

19

4

80.34%

16.24

3.42

Jumlah 117 100%

Jadual 4.26 menunjukkan seramai 188 orang (43.8%) membuat keputusan untuk

tidak mengganti tanaman kelapa dengan kelapa sawit. Seramai 56 orang (64.5%)

menyatakan kos untuk menanam kelapa sawit kos yang tinggi menjadi penyebab pekebun

kecil kelapa ini menanam semula kelapa. Seramai 20 orang (22.9%) memilih untuk

menanam semula kelapa kerana percaya industri kelapa mempunyai potensi dan juga atas

kesedaran bahawa kelapa adalah satu tanaman tradisional yang perlu dikekalkan kerana

kegunaannya yang pelbagai. Manakala 11 orang (12.6%) memberi alasan seperti saiz tanah

yang kecil, tidak berminat dan belum masa menanam semula.

v. Menggantikan Kelapa Tinggi dengan Kelapa Mataq

Jadual 4.27 memaparkan statistik pekebun kecil kelapa yang melakukan penggantian

tanaman pokok Kelapa Tinggi dengan pokok Kelapa Matag. Jadual yang sama turut

menyenaraikan sebab-sebab penggantian ini berlaku ataupun tidak. Aktiviti penggantian ini

adalah satu kaedah bagi meningkatkan produktiviti kelapa, Namun begitu, hanya 30%

Page 122: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

122

responden yang melakukan penggantian ini berbanding 70% yang masih belum membuat

penggantian ini.

Bagi kumpulan yang melakukan penanaman gantian Kelapa Tinggi dengan Kelapa

Matag, antara alasan yang diutarakan adalah seperti berikut. Seramai 24 orang (42.9%)

berpendapat faktor utama yang mendorong mereka melakukan pertukaran tanaman ini

adalah kerana Kelapa Matag berpotensi dalam memberikan mereka hasil yang banyak dan

menguntungkan. Faktor kedua, seramai 15 orang (26.8%) pula adalah kerana proses

penanaman dan pengeluaran adalah mudah dan seterusnya 9 dan 8 orang (16.1% dan

14.3%) berpendapat faktor bantuan dari kerajaan dan kos pengeluaran yang murah

mendorong mereka melakukan penanaman gantian.

Senarai faktor-faktor yang tidak mendorong pekebun kecil kelapa melakukan

penanaman gantian, seramai 50.3% berpendapat faktor kesukaran mendapatkan benih

Matag menjadikan kos penanaman dan pengeluaran kelapa jenis ini mahal dan mereka

sendiri kekurangan modal, manakala 25 orang (14%) berpendapat kelapa sedia ada belum

masa untuk diganti kerana masih mengeluarkan hasil. Faktor-faktor lain yang

mempengaruhi pekebun kelapa untuk tidak melakukan tanaman gantian Kelapa Matag bagi

Kelapa Tinggi adalah; masalah penyakit dan binatang perosak (7.8%), buah Kelapa Matag

tidak berkualiti dan hasil adalah rendah (5.6%), tiada bantuan kerajaan (5%) memilih untuk

menggantikan tanaman Kelapa Tinggi dengan kelapa sawit (3.4%) dan lain-lain (14%).

Page 123: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

123

Jadual 4.27

Mengganti Kelapa Tinggi Dengan Kelapa Matag

Status Bilangan Peratus (%)

Ya

Tidak

Jumlah

128

298

426

30%

70%

100%

Sebab-sebab menggantikan kelapa Tinggi dengan Kelapa Matag

Sebab-sebab Bilangan Peratus (%)

berpotensi dan beri hasil banyak dan lumayan 24 42.9

bantuan daripada pihak kerajaan 9 16.1

kos murah 8 14.3

proses senang 15 26.8

Jumlah 56 100.0

Sebab-sebab tidak menggantikan kelapa Tinggi dengan kelapa Matag

Sebab-sebab Bilangan Peratus (%)

Buah tak berkualiti dan hasil rendah 10 5.6

Masalah penyakit dan binatang perosak 14 7.8

Ganti dengan tanaman sawit 6 3.4

Benih sukar menjadikan kos mahal dan kurang modal 90 50.3

Kelapa sedia ada belum matang atau masih

mengeluarkan hasil

25 14.0

Tiada bantuan kerajaan 9 5.0

Lain-lain 25 14.0

Jumlah 179 100.0

Page 124: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

124

4.5 PERANAN DAN KEBERKESANAN AGENSI KERAJAAN

Bahagian ini membincangkan dua perkara utama iaitu peranan agensi kerajaan dan

keberkesanan agensi kerajaan.

4.5.1 Peranan Agensi Kerajaan

4.5.1.1 Jabatan Pertanian

Jadual 4.28 menunjukkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian. Daripada

perkhidmatan yang ditawarkan, pekebun kecil kelapa ditanya sama ada mereka mengetahui

dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan dan akhirnya analisis jurang dibuat untuk

mengetahui perkhidmatan mana yang kurang digunakan dan boleh ditingkatkan

penggunaannya.

Menurut Jadual 4.28, perkhidmatan yang paling diketahui oleh pekebun kecil kelapa

ialah khidmat nasihat iaitu seramai 318 orang (72.9%), diikuti dengan perkhidmatan kursus

dan latihan iaitu seramai 194 orang (44.5%), khidmat teknikal seramai 159 orang (36.5%),

pemprosesan makanan seramai 80 orang (18.3%) dan paling sedikit diketahui ialah khidmat

regulatori iaitu seramai 16 orang (3.7%). Susunan perkhidmatan yang digunakan oleh

pekebun kecil kelapa adalah sama dengan susunan perkhidmatan yang diketahui iaitu yang

paling banyak ialah khidmat nasihat seramai 269 orang (61.7%), diikuti dengan kursus dan

latihan seramai 171 orang (39.2%), khidmat teknikal 129 orang (29.6%), pemprosesan

makanan 80 orang (18.3%) dan perkhidmatan yang paling sedikit digunakan ialah khidmat

regulatori iaitu 5 orang (1.1%). Analisis jurang yang dibuat menunjukkan bahawa khidmat

pemprosesan makanan adalah yang paling kurang digunakan iaitu sebanyak 12.1%, diikuti

dengan khidmat nasihat 11.2%, khidmat teknikal 6.9%, kursus dan latihan 5.3% dan

khidmat regulatori 2.6 %.

Page 125: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

125

Jadual 4.28

Perkhidmatan Jabatan Pertanian

Perkhidmatan Jabatan

Pertanian

Perkhidmatan Yang

Diketahui

Perkhidmatan Yang

Digunakan

Analisis

Jurang

Bilangan % Bilangan % %

Khidmat Nasihat 318 72.9 269 61.7 11.2

Khidmat Teknikal 159 36.5 129 29.6 6.9

Khidmat Regulatori 16 3.7 5 1.1 2.6

Kursus dan Latihan 194 44.5 171 39.2 5.3

Pemprosesan Makanan 80 18.3 27 6.2 12.1

Berdasarkan Jadual 4.29, agensi yang banyak memberi sumbangan kepada pekebun

kecil kelapa dalam meningkatkan pendapatan mereka ialah Lembaga Pertubuhan Peladang

Kawasan iaitu seramai 244 orang (56.0%), diikuti dengan Jabatan Pertanian Negeri atau

Kawasan iaitu seramai 227 orang (52.1%), Jabatan Pertanian Persekutuan seramai 43 orang

(9.9%), FAMA seramai 39 orang (8.9%), lain-lain agensi seramai 23 orang (5.3%), dan

agensi yang paling sedikit memberi sumbangan kepada pekebun kecil kelapa ialah MARDI

iaitu hanya seramai 20 orang (4.6%).

Jadual 4.29

Bilangan Pekebun Kecil Kelapa Yang Menerima Bantuan Dari Agensi Kerajaan

Agensi Bilangan Peratus (%)

Jabatan Pertanian Persekutuan 43 9.9

Jabatan Pertanian Negeri/Kawasan 227 52.1

MARDI 20 4.6

Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan 244 56.0

FAMA

Lain-lain agensi

39

23

8.9

5.3

Jadual 4.30 menunjukkan bentuk-bentuk bantuan yang diberikan oleh pelbagai agensi-

agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Persekutuan, Jabatan Pertanian Negeri, Lembaga

pertubuhan Peladang Kawasan, agensi MARDI dan juga FAMA. Bagi bentuk bantuan

Page 126: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

126

modal, agensi Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan banyak memberi bantuan jenis ini

kepada pekebun-pekebun kecil kelapa iaitu seramai 19 orang (44.2%), diikuti dengan agensi

Jabatan Pertanian Negeri seramai 12 orang (27.9%), Jabatan Pertanian Persekutuan seramai

11 orang (25.6%) dan agensi yang paling sedikit member bantuan jenis modal ialah FAMA

seramai seorang (2.3%).

Jabatan Pertanian Negeri banyak memberi bantuan teknikal kepada pekebun kecil

kelapa iaitu seramai 44 orang (62%), diikuti dengan Jabatan Pertanian Persekutuan seramai

13 orang (18.3%), Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan seramai 12 orang (16.9%),

MARDI dan FAMA masing-masing mencatatkan jumlah yang sama iaitu seramai seorang

(1.4%). Pekebun-pekebun kecil kelapa banyak menerima bantuan jenis baja daripada agensi

Jabatan Pertanian Negeri iaitu seramai 115 orang (69.7%), diikuti dengan Jabatan Pertanian

Persekutuan seramai 26 orang (15.8%), Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan seramai 22

orang (13.3%) dan yang paling sedikit memberi bantuan baja kepada pekebun kecil ialah

MARDI dan FAMA seramai seorang (0.6%).

Page 127: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

127

Jadual 4.30

Bentuk-bentuk Bantuan yang Diberikan Oleh Agensi-Agensi Kerajaan

Bentuk Bantuan Bilangan Peratus

Modal

Jabatan Pertanian Persekutuan 11 25.6

Jabatan Pertanian Negeri

Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan

FAMA

12

19

1

27.9

44.2

2.3

Teknikal

Jabatan Pertanian Persekutuan 13 18.3

Jabatan Pertanian Negeri

MARDI

Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan

FAMA

44

1

12

1

62.0

1.4

16.9

1.4

Baja

Jabatan Pertanian Persekutuan 26 15.8

Jabatan Pertanian Negeri

MARDI

Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan

115

1

22

69.7

0.6

13.3

Benih Kelapa

Jabatan Pertanian Persekutuan 42 36.2

Jabatan Pertanian Negeri

MARDI

Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan

60

2

11

51.7

1.7

9.5

Kursus

Jabatan Pertanian Persekutuan 14 8.6

Jabatan Pertanian Negeri

MARDI

Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan

FAMA

96

2

48

2

59.3

1.2

29.6

1.2

Tanam Semula

Jabatan Pertanian Persekutuan 7 10.9

Jabatan Pertanian Negeri

Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan

42

14

65.6

21.9

Pemasaran

Jabatan Pertanian Persekutuan

Jabatan Pertanian Negeri

Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan

FAMA

2

5

17

11

5.7

14.3

48.6

31.4

Page 128: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

128

Bagi bantuan benih kelapa pula, Jabatan Pertanian Negeri memberi bantuan benih

kelapa kepada 60 orang (51.7%) pekebun kecil kelapa. Jabatan Pertanian Persekutuan

memberi bantuan benih kelapa kepada 42 orang (36.2%), diikuti Lembaga Pertubuhan

Peladang Kawasan kepada 11 orang (9.5%). Seramai 2 orang melaporkan mendapat bantuan

benih dari MARDI (1.7%) dan FAMA (0.9%).

Seramai 96 orang (59.3%) menerima bantuan kursus daripada Jabatan Pertanian

Negeri. Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan turut memberi bantuan kursus kepada

pekebun kecil seramai 48 orang (29.6%), diikuti Jabatan Pertanian Persekutuan seramai 14

orang (8.6%). MARDI dan FAMA pula mencatatkan jumlah yang sama iaitu masing-

masing 2 orang (1.2%) pekebun kecil sahaja.

Jabatan Pertanian Negeri memberi bantuan jenis tanam semula kepada 42 orang

(65.6%) pekebun kecil. Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan turut memberi bantuan

tanam semula kepada 14 orang (21.9%), diikuti Jabatan Pertanian Persekutuan seramai 7

orang (10.9%). Bagi jenis bantuan pemasaran, Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan

banyak memberi bantuan jenis ini iaitu seramai 17 orang (48.6%) pekebun kecil mendapat

bantuan ini. FAMA juga banyak memberi bantuan pemasaran iaitu seramai 11 orang

(31.8%), diikuti Jabatan Pertanian Negeri seramai 5 orang (14.3%) dan yang paling sedikit

memberi bantuan jenis ini ialah Jabatan Pertanian Persekutuan hanya seramai 2 orang

(5.7%).

4.5.1.2 Keperluan Pembangunan Pekebun Kecil Kelapa

Agensi-agensi kerajaan berperanan membangunkan pekebun kecil kelapa melalui khidmat

pembangunan kemahiran, bantuan modal dan lain-lain. Berdasarkan Jadual 4.31, seramai

Page 129: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

129

269 orang (61.7%) pekebun kecil kelapa menyatakan mereka tidak pernah menghadiri

sebarang kursus yang disediakan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan.

Manakala seramai 155 orang (35.6%) pernah menghadiri kursus. Kebanyakan daripada

mereka menghadiri kursus yang disediakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan,

Jabatan Pertanian dan FAMA.

Selain, itu, pekebun kecil mempunyai beberapa keperluan utama iaitu seramai 61

orang (14%) menghadapi masalah modal, 39 orang (9%) memerlukan baja dan racun, 12

orang (2.8%) memerlukan projek hiliran berasaskan kelapa, 10 orang (2.3%) memerlukan

bantuan mesin, 7 orang (1.6%) memerlukan bantuan sokongan dan 6 orang (1.4%)

memerlukan benih dan baja.

Jadual 4.31

Tinjauan Menghadiri Kursus/latihan Yang di Anjurkan Oleh Agensi Kerajaan

Pernah menghadiri kursus? Bilangan Peratus (%)

Ya 155 35.6

Tidak 269 61.7

Jenis-jenis bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan pendapatan

Modal

Bilangan

61

Peratus(%)

14.0

Baja dan racun 39 9.0

Projek hiliran berasaskan kelapa 12 2.8

Bantuan mesin 10 2.3

Bantuan dari segi sokongan atau pun modal 7 1.6

Benih dan baja 6 1.4

Page 130: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

130

4.5.2 Keberkesanan Agensi Kerajaan

Sejauh mana projek atau aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri berkesan

membantu meningkatkan pengeluaran kelapa dan mengubah taraf hidup pekebun kecil

kelapa adalah di antara perkara yang ditinjau dalam kajian ini. Jadual 4.32 memaparkan

dapatan kajian bagi analisis jenis bantuan kerajaan yang berkesan yang pernah diterima oleh

pekebun kelapa negeri Perak bagi tujuan meningkatkan pengeluaran dan mengubah taraf

hidup mereka. Jawapan yang diperoleh dikategorikan kepada lapan kelompok jawapan

seperti yang disenaraikan.

Daripada keputusan yang diperoleh, majoriti atau 35% berpendapat kaedah paling

berkesan dalam membantu mereka meningkatkan taraf hidup ialah bantuan kerajaan dalam

bentuk subsidi wang, baja, benih, latihan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Sebanyak

23% yang lainnya menyenaraikan saranan kerajaan agar menggantikan tanaman kelapa ke

tanaman kelapa Matag yang dianggap berkesan bagi tujuan tersebut. Langkah-langkah

kerajaan yang lain yang disenaraikan ialah saranan menggantikan tanaman kelapa dengan

sawit, melibatkan diri dengan perniagaan, campur tangan kerajaan dalam aspek penentuan

harga dan kawalan kemasukan kelapa import dan lain-lain kaedah. Setiap satu kaedah

mempunyai nilai skor purata kurang daripada 10%. Daripada jumlah ini, 16 orang

responden (20%) memberi maklum balas bahawa mereka tidak pernah menerima apa-apa

bentuk bantuan dari pihak kerajaan.

Page 131: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

131

Jadual 4.32

Jenis Bantuan Kerajaan Yang Berkesan Pernah Diterima

Frekuensi Peratus

4 - bantuan kerajaan (subsidi wang, baja, benih, latihan,

infrastruktur dll)

28 35.0

2 - gantikan dengan kelapa Matag 23 28.8

1 - tidak pernah terima bantuan 16 20.0

5 – campur tangan kerajaan (harga dan kelapa import) 4 5.0

3 - gantikan dengan kelapa sawit 3 3.8

7 - melibatkan diri dalam perniagaan (hasil kelapa/iks/dll) 3 3.8

6 - projek tanam semula 2 2.5

8 - lain-lain 1 1.3

Jumlah 80 100.0

4.6 PEMASARAN

4.6.1 Hasil Kelapa Yang Dijual

Data yang diperoleh daripada pekebun kecil menunjukkan bahawa kebanyakan mereka iaitu

401 orang (92%) menjual kelapa tua dan diikuti dengan kelapa muda iaitu seramai 106

orang (24.3%). Manakala seramai 54 orang (12.4%) menjual sabut, 44 orang (10.1%)

menjual kelapa patik, 37 orang (8.5%) menjual tempurung, 35 orang (8.0%) menjual lidi, 24

orang (5.5%) menjual kelapa salai, 12 orang (2.8%) menjual kerisik dan 11 orang (2.5%)

menjual santan. Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pekebun kecil kelapa di

kawasan Hilir Perak dan Perak Tengah lebih memberi tumpuan kepada menjual buah kelapa

sama ada yang tua atau muda dan kurang menghasilkan produk daripada kelapa (Jadual

4.33).

Page 132: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

132

Jadual 4.33

Hasil Kelapa Yang Dijual

4.6.2 Hasil Kelapa Yang Tinggi Permintaannya

Dapatan kajian menunjukkan seramai 372 orang (85.3%) pekebun kelapa berpendapat

kelapa tua mempunyai permintaan yang paling tinggi, diikuti dengan kelapa muda 235

orang (53.9%), kelapa patik 82 orang (18.8%), santan 78 orang (17.9%), sabut 56 orang

(12.8%), kerisik 51 orang (11.7%) dan tempurung 50 orang (11.5%). Permintaan untuk

produk lain didapati kurang daripada 10%. Produk-produk tersebut ialah lidi, batang kelapa,

kelapa kering / kopra, kelapa salai, nira / tuak, dan hampas kelapa / palet (Jadual 4.34).

Hasil kelapa N=436 Bilangan Peratus Harga sebiji / sekilo/ tan /

Kelapa tua 401 92.0 0.92 sebiji

Kelapa muda 106 24.3 1.32 sebiji

Sabut 54 12.4 0.81 sekilo

Kelapa patik 44 10.1 25.32 sekilo

Tempurung 37 8.5 0.87 sekilo

Lidi 35 8.0 0.64 seikat

Kelapa salai 24 5.5 1.75 sekilo

Kelapa kering / kopra 23 5.3 1.22 sekilo

Kerisik 12 2.8 4.92 sekilo

Santan 11 2.5 2.69 sekilo

Batang kelapa 10 2.3 2.33 semeter

Nira / tuak 3 .7 0.92 secawan

Page 133: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

133

Jadual 4.34

Hasil Kelapa Yang Tinggi Permintaannya

Hasil kelapa N=436 Bilangan Peratus

Kelapa tua 372 85.3

Kelapa muda 235 53.9

Kelapa patik 82 18.8

Santan 78 17.9

Sabut 56 12.8

Kerisik 51 11.7

Tempurung 50 11.5

Lidi 40 9.2

Batang kelapa 29 6.7

Kelapa kering / kopra 25 5.7

Kelapa salai 22 5

Nira / tuak 21 4.8

Hampas kelapa / pallet 2 0.5

4.6.3 Pembeli Hasil Kelapa

Jadual 4.35 menunjukkan bahawa kebanyakan pekebun kelapa seramai 292 orang (71.4%)

menjual kelapa melalui orang tengah, 97 orang (23.7%) menjual sendiri, 12 orang (2.9%)

menjual kepada FAMA, 4 orang (1.0%) masing-masing menjual ke kilang kelapa dan lain-

lain.

Jadual 4.35

Pembeli Hasil Kelapa

Pembeli Bilangan Peratus

Orang tengah 292 71.4

Dijual sendiri 97 23.7

FAMA 12 2.9

Kilang kelapa 4 1.0

Lain-lain 4 1.0

Jumlah 409 100

Page 134: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

134

4.6.4 Hasil Produk Kelapa Yang Dihasilkan

Dapatan kajian menunjukkan ramai pekebun kelapa menghasilkan kerisik sebagai produk

utama kelapa iaitu 24 orang (5.5%), minyak kelapa dara seramai 20 orang (4.6%), arang

seramai 13 orang (3.0%). Dodol seramai 10 orang (2.3%), nata de coco seramai 7 orang

(1.6%), kraf tangan seramai 6 orang (1.4%), sabun seramai 4 orang (0.9%) dan 3 orang

(0.7%) masing-masing untuk fiber dan hampas kelapa (Jadual 4.36).

Jadual 4.36

Hasil Produk Kelapa Yang Dihasilkan

4.6.5 Mempromosi Hasil Produk Kelapa

Seramai 176 responden telah memberi respons bagaimana pekebun kecil mempromosi hasil

produk kelapa. Daripada jumlah tersebut seramai 129 orang (73.3%) mempromosi sendiri,

21 orang (11.9%) dipromosikan oleh pihak swasta, 13 orang (7.4%) masing-masing

dipromosikan oleh agensi kerajaan dan lain-lain (Jadual 4.37).

Produk Kelapa N=436 Bilangan Peratus

Kerisik 24 5.5

Minyak kelapa dara 20 4.6

Arang 13 3.0

Dodol 10 2.3

Nata de coco 7 1.6

Kraf tangan 6 1.4

Sabun 4 0.9

Fiber 3 0.7

Hampas kelapa 3 0.7

Coconut peach 2 0.5

Papan lapis 1 0.2

Page 135: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

135

Jadual 4.37

Mempromosi Hasil Produk Kelapa

4.6.6 Bentuk Promosi Hasil Produk Kelapa Pekebun Kecil

Berdasarkan analisis dapatan daripada 95 orang responden, 20 orang (21.1%) mempromosi

hasil produk kelapa melalui iklan, 14 orang (14.7%) melalui internet, 9 orang (11.5%)

melalui brosur / pamplet / flyer manakala 52 orang (54.7%) melalui cara lain-lain yang tidak

dinyatakan (Jadual 4.38).

Jadual 4.38

Bentuk Promosi Hasil Produk Kelapa

4.7 RUMUSAN

Bab ini telah membentangkan dapatan kajian yang telah dianalisis mengikut persoalan

kajian. Susunan analisis adalah mengikut soalan soal selidik iaitu dimulakan dengan

mengkaji tahap sosioekonomi, masalah-masalah yang dihadapi, peranan agensi kerajaan dan

kaedah pemasaran yang digunakan oleh pekebun kecil kelapa. Data telah dianalisis dengan

menggunakan statistik deskriptif.

Promosi Bilangan Peratus

Individu 129 73.3

Pihak swasta 21 11.9

Agensi kerajaan 13 7.4

Lain-lain 13 7.4

Jumlah 176 100

Bentuk Promosi Bilangan Peratus

Iklan 20 21.1

Internet 14 14.7

Brosur 6 6.3

Pamplet 2 2.1

Flyer 1 1.1

Lain-lain 52 54.7

Jumlah 95 100

Page 136: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

136

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 PENGENALAN

Bab ini membuat kesimpulan dan memberi cadangan berdasarkan kepada pandangan,

persepsi, pengalaman responden dan pemerhatian penyelidik. Susunan sub topik dalam bab

ini mengambil kira urutan persoalan-persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 1.

Kemudian disusuli dengan cadangan untuk meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil

kelapa di daerah Hilir Perak dan Perak Tengah. Bab ini memberikan cadangan dan tindakan

yang boleh dijadikan panduan kepada pihak tertentu untuk mengambil langkah yang

sewajarnya dalam meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil kelapa.

5.1 MAKLUMAT AM RESPONDEN

Seramai 436 orang pekebun kecil kelapa telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Hasil

kajian mendapati bahawa majoriti responden yang terlibat terdiri daripada 433 orang

(99.03%) berbangsa Melayu dan 3 orang (0.07%) kaum India. Daripada aspek pendidikan,

responden mempunyai pendidikan sekolah rendah dan menengah iaitu masing-masing

48.9% dan 41.3%. Hasil analisis kajian mendapati 198 orang responden (45.4%) terdiri

daripada mereka yang mempunyai 3 hingga 4 orang tanggungan. Seramai 105 orang

Page 137: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

137

(24.1%) mempunyai kurang daripada 2 orang tanggungan, 89 orang (20.4%) mempunyai 5

hingga 6 orang tanggungan. Selebihnya iaitu 44 orang (10.1%) mempunyai tanggungan 7

orang dan ke atas.

5.2 TAHAP SOSIOEKONOMI

Indikator status sosioekonomi dalam kajian ini dibincangkan daripada aspek pendapatan,

perbelanjaan dan simpanan. Purata pendapatan pekebun kecil ialah RM1,124.53 sebulan.

Keputusan analisis frekuensi bagi kajian pendapatan mencatatkan 88% berada dalam

lingkungan pendapatan kurang dari RM2,000 di mana lebih separuh 52.8% berada

dikategorikan pendapatan kurang dari RM1,000. Keadaan ini memberi indikasi yang tingkat

pendapatan pekebun kecil kelapa adalah rendah, yang hanya mencukupi untuk sara diri.

Bagi meningkatkan pendapatan isi rumah, ramai pekebun kecil kelapa menanam

pokok pisang sebagai tanaman selingan 47.9% dan kelapa sawit 36%. Tingkat perbelanjaan

purata pekebun kecil kelapa mencatatkan nilai sebanyak RM838.97 sebulan. Lingkungan

perbelanjaan antara RM500 hingga RM999 (46.8%). Dapatan kajian juga menunjukkan

tingkat simpanan purata yang dilakukan oleh pekebun kecil kelapa ialah sebanyak

RM298.38 sebulan. Majoriti 22% menyimpan antara RM100 hingga RM149 sebulan.

Dengan itu dirumuskan status ekonomi pekebun kecil kelapa adalah rendah. Jumlah

pendapatan ini sekadar cukup untuk sara diri. Tingkat simpanan yang rendah memberi

gambaran bahawa pekebun kecil kelapa mempunyai tingkat keupayaan kewangan dan

modal yang rendah untuk menjalankan aktiviti tanaman semula yang secara umumnya

memerlukan modal yang besar. Dari temu bual penyelidik dengan Pengerusi PPK kawasan

Bagan Datoh (Tuan Haji Che Ros) terdapat juga usahawan kelapa sawit yang sanggup

Page 138: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

138

menawarkan modal kepada pekebun kecil kelapa supaya menebang pokok kelapa dan

diganti dengan tanaman kelapa sawit. Ini membolehkan pekebun kecil kelapa mendapat

keuntungan dari hasil kelapa sawit yang dibahagi 80% oleh pemodal dan baki 20%

diberikan kepada pemilik kebun kelapa selama 20 tahun.

5.3 ISU DAN PERMASALAHAN PEKEBUN KELAPA

Ramai pekebun kecil kelapa masih lagi menanam pokok kelapa tinggi 74.8%, diikuti

dengan kelapa Matag 16.3%, mawar 2.3% dan pandan 1.4%. Selain itu pekebun kecil

kelapa juga menanam pokok kelapa sawit iaitu seramai 35 orang (8.0%). Jumlah pendapatan

daripada jenis kelapa yang ditanam menunjukkan perbezaan yang amat besar. Penanam

kelapa tinggi memperoleh pendapatan sebanyak RM291.66 sebulan berbanding dengan

kelapa Matag sebanyak RM641.00 dan kelapa sawit RM665.00. Jumlah pendapatan yang

berbeza ini menyebabkan ramai pekebun kecil kelapa beralih menanam kelapa sawit dan

kelapa Matag.

Walau bagaimanapun, masih ramai pekebun kecil yang masih belum menanam

semula kelapa iaitu sebanyak 70.9%. Kebanyakan mereka telah menanam semula sebanyak

sekali iaitu sebanyak 17.4% diikuti dengan penanaman semula sebanyak dua kali iaitu 8.9%.

Ramai pekebun kecil kelapa tidak berminat untuk menanam semula kelapa kerana banyak

masalah yang dihadapi. Antaranya adalah ancaman haiwan perosak seperti kumbang, babi,

monyet, lotong, tupai dan sebagainya. Tambahan pula harga kelapa yang murah berbanding

dengan harga kelapa sawit dan kekurangan bantuan modal daripada agensi kerajaan serta

masalah kekurangan buruh.

Page 139: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

139

Dari segi urutan keutamaan masalah, pekebun kecil kelapa menyatakan bahawa

harga sawit yang lebih mahal sebagai alasan utama mereka tidak menanam semula kelapa

dan diikuti dengan gangguan haiwan perosak, kekurangan bantuan modal dan persaingan

dengan kelapa import yang dijual dengan harga murah. Selain itu, tempoh pusingan yang

lebih pendek iaitu pendapatan setiap 20 hari bagi kelapa sawit berbanding dua hingga tiga

bulan bagi mendapatkan hasil tanaman kelapa juga menjadi penyebab. Selain faktor

pendapatan yang lebih lumayan, pengurusan kelapa sawit dikatakan lebih mudah serta

terdapat bantuan modal daripada usahawan kelapa sawit.

Bagi pekebun kecil kelapa yang mempunyai kesedaran tentang kepupusan tanaman

kelapa memilih untuk menanam semula kelapa mereka serta melihat potensi industri kelapa

ini mempunyai masa depan yang cerah. Tanaman kelapa dilihat sebagai satu tanaman

tradisional yang perlu dikekalkan kerana kegunaannya yang pelbagai yang tidak dapat

ditandingi oleh tanaman lain. Alasan yang diberikan ialah kos untuk menanam kelapa sawit

lebih tinggi dan kini mempunyai jenis kelapa Matag yang boleh meningkatkan hasil

pendapatan yang lumayan. Walau bagaimanapun, kelapa Matag juga mempunyai kelemahan

antaranya kesukaran mendapat benih kelapa jenis Matag kerana harganya yang mahal iaitu

RM22 sebiji (temu bual dengan pegawai MARDI, 2012). Namun begitu terdapat juga

masalah berkaitan kelapa ini iaitu serangan haiwan perosak dan kos penanaman yang tinggi

serta kurang yakin dengan potensi kelapa Matag.

Masalah teknikal juga menyumbang kepada kelemahan dalam penanaman semula

seperti masalah penyelarasan di antara proses kerja, kekurangan bekalan benih dari United

Plantations berkurangan bagi fasa 1 (penanaman semula), fasa 2 (pemulihan 1), fasa 3

(pemulihan 2) dan kurang kerjasama daripada peserta yang terlibat. Daripada susunan

masalah yang diutarakan ialah masalah mendapatkan benih kelapa Matag, pemasaran,

Page 140: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

140

kemudahan jalan raya di kebun, bekalan buruh, galakan atau insentif kerajaan, orang tengah,

kekurangan modal, bantuan baja dan harga kelapa yang rendah.

5.4 KEBERKESANAN PERANAN AGENSI KERAJAAN

Agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Pertanian Persekutuan, Jabatan Pertanian

Negeri, Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan, MARDI dan FAMA. Melalui Jabatan

Pertanian, pekebun kecil kelapa boleh mendapat khidmat nasihat dan teknikal, pengeluaran

makanan, melindungi tanaman-tanaman daripada perosak-perosak dan penyakit. Agensi

kerajaan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan bertindak sebagai penggerak

menceburi projek pertanian berasaskan kesesuaian iklim, tanah, pasaran dan

kebolehupayaan selain meningkatkan pembangunan peladang usahawan. Seterusnya

MARDI berperanan sebagai menawarkan latihan dan khidmat perundingan dalam bidang

pertanian dan makanan. FAMA pula berperanan memasarkan hasil pertanian pekebun kecil

kelapa tetapi peranan agensi ini kurang berkesan.

Daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan yang terlibat, pekebun

kecil kelapa menyatakan mereka mengetahui perkhidmatan yang disediakan tetapi jarang

menggunakan perkhidmatan agensi kerajaan kerana kekurangan khidmat nasihat yang

berkesan, kursus dan latihan yang tidak mencukupi, khidmat teknikal yang tidak bersepadu,

khidmat pemprosesan makanan yang tidak sukar difahami dan khidmat regulatori yang tidak

bersungguh-sungguh.

Sejauh mana projek atau aktiviti yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan berkesan di

dalam membantu meningkatkan pengeluaran kelapa dan mengubah taraf hidup pekebun

kecil kelapa adalah di antara perkara yang ditinjau dalam kajian ini. Jawapan-jawapan yang

Page 141: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

141

diperoleh daripada pekebun kecil kelapa dapat dirumuskan bahawa majoriti iaitu 35%

berpendapat kaedah paling berkesan dalam membantu mereka meningkatkan taraf hidup

ialah bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi wang, baja, benih, latihan, kemudahan

infrastruktur dan lain-lain. 23% yang lainnya menyarankan kerajaan agar menggantikan

tanaman kelapa kepada tanaman kelapa Matag yang dianggap berkesan bagi meningkatkan

sosioekonomi pekebun kecil kelapa.

Langkah-langkah kerajaan yang lain yang disarankan ialah menggantikan tanaman

kelapa dengan tanaman kelapa sawit, melibatkan diri dengan perniagaan, campur tangan

kerajaan dalam aspek penentuan harga dan kawalan kemasukan kelapa import.

5.5 KEBERKESANAN PEMASARAN

Daripada kajian ini didapati agensi kerajaan seperti FAMA kurang berkesan dari segi

memasarkan produk dan hasil tambah kelapa. Pekebun kecil kelapa menjual produk mereka

melalui orang tengah (71.4%) dan menjual sendiri (23.7%). FAMA hanya memasarkan

sebanyak 2.9%. Pekebun kecil kelapa di kawasan Hilir Perak dan Perak Tengah lebih

memberi tumpuan kepada menjual sama ada buah kelapa tua atau muda dan kurang

menghasilkan produk yang mempunyai nilai tambah seperti minyak kelapa dara, kraftangan,

asap cair, arang, nata de coco, dodol, kosmetik dan lain-lain. Agensi kerajaan kurang

berjaya mempromosi hasil produk kelapa kerana kebanyakan pekebun kecil kelapa lebih

suka mempromosikannya sendiri secara tradisional atau menjual kepada orang tengah.

Selain itu, harga yang ditawarkan oleh agensi kerajaan lebih murah berbanding dengan

harga di pasaran.

Page 142: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

142

5.6 CADANGAN KAJIAN

Hasil daripada analisis data, kajian ini mencadangkan supaya pihak kerajaan:

i. Mengawal harga kelapa supaya stabil. Antara salah satu caranya ialah dengan

mewujudkan pusat pengumpulan kelapa untuk menstabilkan harga. Kerajaan harus

lebih berfungsi sebagai pemborong dan menghalang pengimportan kelapa dari luar

negara atau mengawal kemasukan kelapa import.

ii. Mengawal penanaman semula ladang kelapa supaya tidak digantikan dengan

tanaman lain seperti kelapa sawit. Langkah ini adalah untuk memastikan ladang

kelapa tidak berkurang yang boleh menyebabkan keluaran kelapa negara menurun.

iii. Meningkatkan bantuan kerajaan dalam aktiviti penanaman semula seperti membiayai

aktiviti penebangan, pembersihan, perparitan, membina jalan ladang, benih, baja,

racun serta kos guna tenaga.

iv. Meningkatkan pembenihan kelapa hibrid seperti Matag, Mawa dan Pandan bagi

membolehkan pekebun kecil kelapa menanam semula menggunakan jenis benih

yang berkualiti. Pada masa ini harga benih kelapa Matag terlalu mahal dan kurang di

pasaran. Selain itu, penanam semula kelapa juga perlu dibantu bagi mengawal

haiwan perosak yang menjadi masalah kepada pekebun kecil kelapa. Dicadangkan

penggunaan minyak asap cair untuk menghalau haiwan perosak di kebun kelapa.

v. Meningkatkan peranan agensi kerajaan yang terlibat dalam memberi khidmat nasihat

dan latihan yang berkesan dalam semua aspek penanaman, pemprosesan,

penggunaan, pemasaran dan meningkatkan nilai tambah hasil kelapa.

vi. Menubuhkan sebuah Lembaga Kelapa Negara bagi membantu pekebun kecil kelapa.

Fungsi Lembaga ini ialah untuk:

a. Menjalan dan menggalakkan penyelidikan dalam pengeluaran, pemprosesan,

penstoran dan penggunaan;

Page 143: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

143

b. Memberi bantuan subsidi secara konsisten (bulanan) sama seperti nelayan-

nelayan, untuk membantu mereka dalam pengeluaran kelapa dan seterusnya

meningkatkan pendapatan mereka.

c. Mengawal dan menyelaras aktiviti dan dasar penyelidikan;

d. Mempertingkatkan kualiti dalam semua aspek untuk kemajuan industri

kelapa;

e. Menyelaras aktiviti pemasaran;

f. Memperluaskan pasaran hasil produk kelapa dalam dan luar negara;

g. Mengumpul, menyatukan dan menyebarkan maklumat;

h. Mengawal selia dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan

kelapa seperti pemprosesan, penstoran, pengawalseliaan; dan

i. Berfungsi sebagai Baitulmal, pusat yang menyediakan pinjaman jangka

pendek yang bersifat qard Al-Hassan.

vi. Mempelbagaikan nilai tambah produk kelapa dengan penubuhan kilang seperti:

CCO dan VCO

Sabun, kosmetik dan produk penjagaan kulit

Produk makanan

Kraf tangan

Minyak asap cair (liquid oil) seperti cuka getah

Coconut nets dan kusyen

Nata de coco

Bio Ethanol

Gula kelapa

Page 144: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

144

Teknologi Proses, Nata De Coco dan Barangan Kraftangan

Pelbagaikan industri daripada hasil kelapa dengan menggalakkan “satu kampung satu

produk” yang memberi fokus kepada satu produk nilai tambah kelapa sahaja. Dicadangkan

satu perancangan yang komprehensif untuk merealisasikan matlamat ini. Selain itu,

pengetahuan pekebun kecil juga perlu ditingkatkan untuk membolehkan mereka

mempelbagaikan produk kelapa melalui program latihan kemahiran.

vii. Mewujudkan “Coconut Village” bagi mengumpul semua hasil produk kelapa dan

dipasarkan dalam satu tempat. “Coconut Village” boleh dijadikan sebagai pusat

tarikan pelancongan di negeri Perak.

Page 145: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

145

5.7 CADANGAN PENYELIDIKAN AKAN DATANG

Bagi melengkapkan lagi maklumat berkaitan dengan pekebun kecil kelapa, dicadangkan

supaya penyelidikan lanjutan (Fasa Kedua) dijalankan dengan memberi fokus kepada nilai

tambah produk kelapa, cara pemasaran produk nilai tambah kelapa di pasaran dalam dan

luar negara serta mengenal pasti produk kelapa yang sesuai untuk dipraktikkan bagi

sesebuah kampung atau komuniti.

5.8 PENUTUP

Kajian bagi meningkatkan sosioekonomi kelapa telah dapat memberi gambaran tentang

tahap sosioekonomi dan masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil kelapa di daerah Hilir

Perak dan daerah Perak Tengah. Kajian ini juga telah dapat menerangkan apakah peranan

yang dimainkan oleh agensi kerajaan dan apakah kaedah pemasaran yang digunakan oleh

pekebun kecil kelapa. Secara umumnya, pekebun kecil kelapa di daerah Hilir Perak dan

daerah Perak Tengah masih boleh dibantu bagi meningkatkan pengeluaran hasil kelapa dan

seterusnya meningkatkan sosioekonomi mereka. Agensi kerajaan yang berkaitan masih

boleh meningkatkan peranannya bagi memenuhi semua keperluan pekebun kecil kepada

daripada aspek penamaan semula sehinggalah menghasilkan produk nilai tambah kelapa.

Tingkat pengetahuan pekebun kelapa perlu ditingkatkan terutama bagi mempelbagaikan lagi

pengeluaran produk kelapa.

Page 146: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

146

RUJUKAN

Abankwah, Aidoo, & Tweneboah-Koduah (2010), Margins and economic viability of fresh

coconut marketing in the Kumasi metropolis of Ghana, Journal of development and

agricultural economics, vol 2(12), pp432-440,

AH Bambang Setiaji. (2005). Menyingkap Keajaiban Minyak Kelapa Virgin. Jogjakarta:

Pusat Pengolahan Kelapa Terpadu.

Azizi Yahaya, et al. (2006). Menguasai penyelidikan: Teori, analisis & interpretasi data.

SelangorPTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Berita Harian. 10 Ogos 2012. (atas talian). K’jaan pastikan kos hidup tinggi dapat diuruskan

(atastalian).[http://beritaharian.org/kjaan-pastikan-kos-hidup-tinggi-

dapatdiuruskan.html]. Diakses pada 3 Februari, 1012.

Blank, L. & Grosh, M. (1999). Using Household Surveys To Build Analytic Capacity. The

World Bank Reseach Observer, Vol (14),2 : 207-227

Carson, D., A. Gilmore, D. Cummins, O’ Donnell, A. & Grant, K. (1998). Price setting in

SMEs: Some empirical findings. Journal of Product & Brand Management 7(1), 74-

86.

Chen, M. & Hambrick, D. C. (1995). Speed, stealth, and selective attack: How small firms

differ from large firms in competitive behavior. Academy of Management Journal

38(2), 453-482.

Cromie, S. (1991). The problems experienced by young firms. International Small Business

Journal 9(3).

Decron, S. (2002). The Impact Of Economic Reform On Households In Rural Ethiopia

1989-95. Poverty Dinamics In Africa Series World Bank, Washington DC.

Drucker, P. (1954). The practice of management. New York: Harper and Row Publishers,

Inc.

Gay,L.R., Mills, G.E., & Airasian, P.W. (2011). Educational research: Competencies for

analysis and applications (10th Ed.). New York: Pearson.

Hassan Haji Ali & Rahmah Ismail. (1995). Perhubungan Antara Pertumbuhan Dengan

Agihan Pendapatan : Kes Malaysia. Kertas Kerja Bengkel Lead Scholar Fakulti

Ekonomi, UKM.

Houston, F. (1986). The marketing concept: what it is and what it is not. Journal of

Marketing, 50, 81–7.

http://www.coconutresearchcenter.org/resources.htm diakses pada 9 Disember, 2012

http://www.lpp.gov.my/web/guest/peranan diakses pada 9 Disember, 2012

Page 147: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

147

http://www.moa.gov.my/web/guest/unit_perhubungan diakses pada 9 Disember, 2012

http://agribdc.blogspot.com/2012/01/penubuhan-fungsi-mardi.html diakses pada 9

Disember, 2012

http://www.fama.gov.my/web/guest/background diakses pada 9 Disember, 2012

http://en.wikipedia.org/wiki/Simon_Kuznets diakses pada 12 Disember, 2012

Jabatan Pertanian. (n.d.). Manual Tanaman – Kelapa Hibrid Matag dan Kelapa Pandan.

Hutan Melintang: Seksyen Tanaman Industri, Pusat Pembangunan Komoditi.

Jabatan Pertanian Malaysia. 2012. Dasar Pertanian Negara ke-3. (atas talian).

[http://www.doa.gov.my/web/guest/dasar_pertanian_negara_ke-3]. Diakses pada 3

Februari, 1012.

Jabatan Penerangan Malaysia. 2012. Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (atas talian).

[http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/466-

pengenalan-nkra/4808-pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra.html].

Diakses pada 3 Februari, 1012.

Jabatan Pertanian Negeri Perak. 2010. Panduan Menanam Kelapa (atas talian).

[http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=artic

le&id=436:panduan-menanam-kelapa&catid=68:manual-tanaman]. Diakses pada 5

Februari, 1012.

Jaworski, B. & Kohli, A. (1993). Market orientation: antecedents and consequences.

Journal of Marketing, July, 53–70.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. 2010. Dasar Jaminan Bekalan

Makanan(atastalian).

[http://www.moa.gov.my/web/guest/dasar_jaminan_bekalan_makanan].Diakses

pada 5 Februari, 1012.

Kenny, B. & Dyson, K. (1989). Marketing in small businesses. Routledge.

Kotler, P & Armstrong,G.M. (2011). Principles of Marketing. Prentice Hall.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Kuznets, S. (1955). Economic growth and income inequality. American economic review

45 (1) : 1-28

LaBarbera, P. A. & Rosenberg, S. A. (1989). Marketing research and small entrepreneurial

enterprises, in Gerald E. Hills, Raymond W. La Forge & Beverly J. Parker (eds.),

Research at the marketing entrepreneurship interface, Proceedings of the U.I.C.

Symposium on Marketing and Entrepreneurship, University of Illinois at Chicago.

Published by The Office For Entrepreneurial Studies, Chicago, pp. 233-244.

Page 148: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

148

Laporan Prestasi Pelaksanaan Kerja-Kerja Pembekalan Rundingan Terus & Projek

Pemulihan Kelapa Matag Daerah Hilir Perak.

Lua Kim Geot. 2003. Keterbukaan Ekonomi dan Kesannya Terhadap Kemiskinan dan

Ketaksamarataan Agihan Pendapatan: Satu Kajian di Malaysia. Laporan Kualitli

Hidup Malaysia. Jabatan Percetakan Negara. Kuala Lumpur.

Manggalam,S.C & Theerkhapathy, SS., (2012), Necessitates of marketing research on

coconut copra processing industries in India: a bird eye view, European journal of

social sciences, vol 28 (3), pp 335-343.

Matthews, C. H. & Scott, S. G. (1995). Uncertainty and planning in small and

entrepreneurial firms: An empirical assessment. Journal of Small Business

Management 33(4), 34-52.

MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia), 2009. Manual Teknologi

Penanaman Kelapa, MARDI, Kuala Lumpur.

Niraj Kumar & Sanjeev Kapoor (2010)., Value chain analysis of coconut in Orisa,

Agricultural economics research review vol 23 (1), pp411-418

Ong, N. S. (1997). Productivity improvements for a small “made-to-order” manufacturing

environment. Industrial Management & Data Systems 97(7), 251-258.

Pabuayon, Cabahug, Castillo & Mendoza (2009, Key factors price and value shares in the

Philippines, coconut market chains, implication for poverty reduction, Journal of

ISSAAS vol 15, no 1, pp52-62

Rafiq., M, & Ahmed, P,K. (1995). Using the 7Ps as a generic marketing mix: An

exploratory survey of UK and European marketing academics. Marketing

Intelligence & Planning, Vol. 13 No. 9, 1995, pp. 4-15.

Ravallion, M. (1996). What Can New Survey Data Tell Us About Recent Changes in

Distribution and Poverty? Policy Paper 1694. World Bank, Washington DC

Ravallion, M. (1996). How Important to India’s Poor Is The Sectoral Composition of

Economic Growth? World Bank Economic Review 10 (1) : 1-25

Romano, C. & Ratnatunga, J. (1995). The role of marketing: its impact on small enterprise

research. European Journal of Marketing, 29(7), 9-30.

Shepherd, C. D. & Ridnour, R. E. (1996). A comparison of the sales management training

practices of smaller and larger organizations. Journal of Business & Industrial

Marketing 11(2), 37-46.

Smith, D., (1990). Small is beautiful, but difficult: Towards cost-effective research for small

business. Journal of The Market Research Society, 32(1), 37-60.

Page 149: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

149

Stasch, S. F. & Ward, J. L. (1987). Some observations and research opportunities regarding

marketing of smaller businesses in Gerald E. Hills (ed.), Research at the

marketing/entrepreneurship interface, Proceedings of the U.I.C. Symposium on

Marketing and Entrepreneurship, University of Illinois at Chicago, pp. 39–53.

Published by The United States Association For Small Business And

Entrepreneurship.

Stokes, D. (1994). Discovering marketing. London: D P Publications Ltd.

Stokes, D. (1995). Small business management (2nd

Ed.). London: D P Publications Ltd.

Stokes, D. & Fitchew, S. (1997). Marketing in small firms: Towards a conceptual

understanding, in Marketing without borders, Proceedings from the Academy of

Marketing 1st Annual Conference, pp. 1509-1513.

Syed Mahadzir. 2011. Potensi Dan Cabaran Industri Pertanian Negara (atas talian).

[http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2011/02/potensi-dan-cabaran-

industri-pertanian.html]. Diakses pada 6 Februari, 1012.

Valentin, E. (1996) The marketing concept and the conceptualization of marketing strategy.

Journal of Marketing Theory and Practice, Fall, 16–27.

Walker, T. & James, G. (1994). Village And Household Economies In India’s Semi-Arid

Tropics. Baltimore : Johns Hopkins University Press

Wan Sohaibanun Wan Nilam. (2004). Faktor Penentu Pendapatan Isi Rumah dan Implikasi

Terhadap Pembangunan Sosioekonomi di Pesisir Pantai Daerah Marang. Data Asas

2002. Yayasan Islam Terengganu, Kuala terengganu.

Willsmer, R. L. (1984). The basic arts of marketing. Business Books Ltd.

Wikipedia. 2012.Kelapa MATAG. (atas talian).

[http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelapa_MATAG]. Diakses pada 6 Februari, 1012.

World Bank. (2001). Poverty And The Environment. World Bank, Washington DC

World Bank. (2004). The Nature Of Poverty In Cambodia. World Bank, Washington DC

World Bank. (2002). Federal Islamic Republic of the Comoros Poverty and Growth in a

Traditional Small Island Society. Document of the World Bank. December 10

World Bank. (1993). Federal Islamic Republic of the Comoros Poverty and Growth in a

Traditional Small Island Society. Document of the World Bank. September 29

World Bank. (2003). World Development Report : Attacking Poverty Oxford Univ. Press,

New York

www.doa.gov.my/pakej_teknologi_kelapa.pdf diakses pada 9 Disember, 2012

Page 150: BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - idrperak.myidrperak.my/wp-content/...Sosioekonomi-Pekebun-Kecil-Kelapa.pdf · kepada pembangunan ekonomi Malaysia. ... kelapa sangat terkenal di

150

Zikmund, W. G., Babin, B. J., Carr, J. C., & Griffin M. (2010). Business research methods.

Canada: South-Western, Cengage Learning.

Zulkafli Daud. (2007). Apa dan Kenapa Minyak Kelapa Dara. Kuala Lumpur: Forbina

Resources Sdn Bhd.