interaksi dan pembelajaraan

4
BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN Interaksi merupakan satu jalinan hubungan di antara guru dengan pelajar. Diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Interaksi merupakan satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu yang lain atau individu lain dengan alam sekitarnya. Manakala bilik darjah adalah tempat dimana berlakunya proses pengajran dan pembelajaran.Interaksi bilik darjah yang sempurna dan berbentuk dua hala kurang dipraktikkan. Mengikut analisis Ned A. Flanders, interaksi di antara guru dengan pelajar dalam bilik darjah boleh digolongkan dalam tiga kategori utama, iaitu percakapan guru, percakapan pelajar, dan kesenyapan. Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan pelajar memerlukan interaksi dua hala. Aktiviti kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat dijalankan melalui interaksi di antara pelajar dalam kumpulan. Manakala interaksi berkomputer membolehkan pelajar- pelajar memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada. Antara ciri-ciri interaksi guru dan pelajar di dalam bilik darjah yang berkesan adalah guru memberikan motivasi pelajar untuk belajar, guru menggunakan teknik "Supportive Communication Behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna, guru

Upload: awin-ayura

Post on 06-Aug-2015

161 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Interaksi dan pembelajaraan

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Interaksi merupakan satu jalinan hubungan di antara guru dengan pelajar. Diwujudkan

oleh guru untuk menambahkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Interaksi merupakan satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu

yang lain atau individu lain dengan alam sekitarnya. Manakala bilik darjah adalah tempat dimana

berlakunya proses pengajran dan pembelajaran.Interaksi bilik darjah yang sempurna dan

berbentuk dua hala kurang dipraktikkan. Mengikut analisis Ned A. Flanders, interaksi di antara

guru dengan pelajar dalam bilik darjah boleh digolongkan dalam tiga kategori utama, iaitu

percakapan guru, percakapan pelajar, dan kesenyapan.

Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan

proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Pertukaran

maklumat atau idea di antara guru dengan pelajar memerlukan interaksi dua hala. Aktiviti

kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat dijalankan melalui interaksi di antara

pelajar dalam kumpulan. Manakala interaksi berkomputer membolehkan pelajar-pelajar

memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media

bercetak yang sedia ada.

Antara ciri-ciri interaksi guru dan pelajar di dalam bilik darjah yang berkesan adalah guru

memberikan motivasi pelajar untuk belajar, guru menggunakan teknik "Supportive

Communication Behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna, guru menggunakan

"direct" dan "spontaneous communication“ serta menggunakan struktur matlamat secara

menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah. Terdapat juga

halangan-halangan dalam interaksi iaitu faktor fizikal seperti bangunan, dinding bilik serta

kecacatan tubuh badan dan faktor bukan fizikal seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan

dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu

juga faktor masa.

Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus tujuh jenis

pengetahuan iaitu pelajar, pedagogi, kurikulum, isi kandungan pedagogi, kandungan mata

pelajaran, konteks pendidikan di Malaysia dan tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia.

Terdapat tiga tahap pengurusan kurikulum bilik darjah iaitu tahap perancangan di mana analisis

Page 2: Interaksi dan pembelajaraan

keperluan dan persiapan dokumen kurikulum dilakukan. Tahap implementasi pula adalah tahap

di mana pelaksanaan sebenar kurikulum dijalankan di bilik darjah dan tahap penilaian pula

adalah bagi keperluan pembaikan atau perubahan kurikulum.

Terdapat juga halangan-halangan dalam interaksi iaitu faktor fizikal seperti bangunan,

dinding bilik serta kecacatan tubuh badan dan faktor bukan fizikal seperti peraturan-peraturan

yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut,

marah, ragu-ragu, malu juga faktor masa. Pelbagai kaedah dapat dilakukan untuk mengatasi

halangan-halangan yang ada antaranya adalah melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid

dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas, memperkenalkan kaedah kumpulan

mengikut kebolehan, pendekatan individu, menggalakkan penggunaan sumber sebagai media

dan aktiviti-aktiviti gerak kerja kelas, kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja,

eksperimen dan sebagainya.

Para interaksionis melihat perhubungan guru dan murid sebagai suatu situasi konflik

kerana guru dan murid masing-masing mempunyai matlamat yang berbeza. Guru dan murid

perlu berkongsi interpretasi dan pemahaman dan ini boleh diperolehi melalui proses rundingan

tentang makna-makna yang bakal dipersetujui dan harus berterusan sekalipun guru selalunya

mempunyai kuasa yang lebih.

Guru juga berperanan sebagai pengamal disiplin termasuklah menyelaraskan aktiviti

dalam bilik darjah, membahagikan kumpulan murid, mengawasi aktiviti dalam bilik darjah.

Kebanyakkan murid suka sekolah dan dapat menerima definisi-definisi situasi guru untuk

mereka. Oleh itu, guru mestilah menggembirakan dan memahami hati murid agar murid dapat

menggembirakan guru mereka. Misalnya, dengan memberikan jawapan yang betul kepada

soalan-soalan guru sekalipun sebenarnya mereka mungkin tidak faham. Namun ada juga murid

yang langsung tidak ambil peduli kepada guru merekaGuru dan murid juga mempunyai pelbagai

strategi sendiri untuk cuba mencapai definisi tersendiri. Contoh teknik guru, memberi amaran,

merujuk kepada guru besar dan sebagainya. Contoh teknik murid, merujuk kepada keadilan,

merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti seperti ibu bapa dan sebagainya.

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang

sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

Page 3: Interaksi dan pembelajaraan

menarik.Komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu

pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan

tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Selain itu, kegagalan

guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi

kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu

tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.