interaksi 14 & 15

2
Interaksi 14 & Interaksi 15 Tajuk: Aktiviti Pengajaran Yang Sesuai Dengan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Sumber : School of Educational Studies. (2008). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang Sesuai untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Dicapai pada 21 April 2014, daripada http://specialeducationusm.blogspot.com/2008/12/kaedah- pengajaran-dan-pembelajaran-yang.html Kaedah Bercerita Definisi Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan. Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat Ciri-ciri Penting 1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar. 2.Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur). 3.Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka. 4.Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian. 5.Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan berketrampilan.

Upload: gladys-tan-jiao-qi

Post on 04-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Interaksi 14 & 15

TRANSCRIPT

Page 1: Interaksi 14 & 15

Interaksi 14 & Interaksi 15

Tajuk: Aktiviti Pengajaran Yang Sesuai Dengan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Sumber :

School of Educational Studies. (2008). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang

Sesuai untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Dicapai pada 21 April 2014, daripada

http://specialeducationusm.blogspot.com/2008/12/kaedah-pengajaran-dan-

pembelajaran-yang.html

Kaedah Bercerita

Definisi

Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku

atau diciptakan. Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan

penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan

masyarakat

Ciri-ciri Penting

1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar.

2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran

lisan (mendengar dan bertutur).

3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan

ekspresi/mimik muka.

4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang

berkaitan dengan kehidupan seharian.

5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan

berketrampilan.

Aktiviti Pengajaran yang dibincang : Bercerita

Tema Cerita : Nilai kasih sayang

Cara Penyampaian Cerita :

1) Guru mengarahkan murid-murid duduk bersama-sama dan menumpukan perhatian kepada

pergerakan guru dan cerita yang akan disampaikan.

2) Guru boleh menjanjikan murid bahawa murid-murid yang mengikuti arahan akan diberi gula-

gula sebagai hadiah kecil selepas sesi pengajaran.

3) Guru memulakan cerita dengan cara yang menarik, contohnya ditambah dengan muzik.

Page 2: Interaksi 14 & 15

4) Dalam penyampaian cerita, guru membuat pergerakan badan yang dapat membolehkan

murid-murid lebih memahami situasi dalam cerita dan menarik minat mereka.

5) Guru menyampaikan cerita dan juga memberi pengajaran kepada murid-murid bahawa

kepentingan nilai kasih sayang dalam kehidupan.

6) Selepas tamat sesi bercerita, guru mengajar murid-murid cara menunjukkan kasih sayang

kepada orang lain, contohnya membantu orang lain apabila mereka memerlukan bantuan.