int3101 internship (proforma)

4
Pro Forma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Internship) Nama Kursus Internship Kod Kursus INT3101 Kredit 2 (0+2) Tempoh 4 Minggu Semester Semester 2 Tahun 4 Prasyarat Pelajar telah melalui PBS dan Praktikum Hasil Pembelajara n 1. Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial dan budaya untuk individu dan kumpulan 2. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti di sekolah 3. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti, dan integriti dalam melaksanakan tugas 4. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan 5. Berkomunikasi dengan pelbagai cara dalam pelbagai situasi dalam lingkungan komuniti sekolah 6. Mengurus masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru 7. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran pembelajaran serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan 8. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa 9. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan 10. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan. Sinopsis Internship merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuan mengaitkan pengalaman dalam amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar juga perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan seliaan guru pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah pembentukan guru permulaan yang berkesan. Internship is a profesional transitional stage aims at linking the students’ experience of the profesional practice and the responsibility as beginning teachers. Student teachers are expected to plan, implement and evaluate teaching and learning activities outside the classroom and the activities which are routinely done in the schools as part of the school culture. Student teachers are to demonstrate leadership qualities in managing various school activities. Internship also gives opportunities to student teachers in developing their self confidence, endurance, 1

Upload: michelle-chin

Post on 30-Oct-2014

115 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: INT3101 Internship (Proforma)

Pro Forma KursusProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

(Internship)

Nama Kursus Internship

Kod Kursus INT3101

Kredit 2 (0+2)

Tempoh 4 Minggu

Semester Semester 2 Tahun 4

Prasyarat Pelajar telah melalui PBS dan Praktikum

Hasil Pembelajaran

1. Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial dan budaya untuk individu dan kumpulan

2. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti di sekolah

3. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti, dan integriti dalam melaksanakan tugas

4. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan

5. Berkomunikasi dengan pelbagai cara dalam pelbagai situasi dalam lingkungan komuniti sekolah

6. Mengurus masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru

7. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran pembelajaran serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan

8. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa

9. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan

10. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

Sinopsis

Internship merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuan mengaitkan pengalaman dalam amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar juga perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan seliaan guru pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah pembentukan guru permulaan yang berkesan.

Internship is a profesional transitional stage aims at linking the students’ experience of the profesional practice and the responsibility as beginning teachers. Student teachers are expected to plan, implement and evaluate teaching and learning activities outside the classroom and the activities which are routinely done in the schools as part of the school culture. Student teachers are to demonstrate leadership qualities in managing various school activities. Internship also gives opportunities to student teachers in developing their self confidence, endurance, leadership and inculcates professionalism as effective beginning teachers.

1

Page 2: INT3101 Internship (Proforma)

Kandungan Kursus

Bil. Komponen Tempoh

1. Pengurusan aktiviti di luar bilik darjah1.1 Kepemimpinan1.2 Pengurusan1.3 Penglibatan dan sumbangan 2. Profesionalisme guru2.1 Sikap dan sahsiah2.2 Interpersonal dan intrapersonal2.3 Amalan refleksi2.4 Hubungan profesional2.5 Komunikasi2.6 Amalan etika profesion keguruan2.7 Komitmen2.8 Keyakinan diri2.9 Jati diri2.10 Ketahanan2.11 Penambahbaikan berterusan

JUMLAH 4 Minggu

Penilaian Penilaian dilakukan oleh pengurus sekolah dan mentor berdasarkan aspek-aspek di atas dengan merujuk :

- Laporan daripada pihak pengurus sekolah dan mentor- Portfolio internship- Pengurusan aktiviti/projek- Pembentangan hasil aktiviti/projek

Wajaran markah untuk Internship : 100%

Rujukan Asas

RujukanTambahan

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008). Garis panduan amalan profesional program ijazah sarjana muda perguruan. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Baird, B.N. (1999). The Internship, practicum and field placement handbook. New Jersey: Prentice Hall.

Parkay, F.W. & Stanford, B.H. (2004). Becoming a teacher. (6th Ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1994). Kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) secara menyeluruh. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

2

Page 3: INT3101 Internship (Proforma)

Aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang dicadangkan semasa internship:

1. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat ‘outdoor’, seperti lawatan belajar ke muzium sejarah dan seni, zoo negeri, taman botani, pertanian dan lain-lain

2. Membantu dalam mengendalikan kursus kepemimpinan bagi Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakawan dan lain-lain

3. Merancang, mengendali dan menilai aktiviti sukan, persatuan dan unit beruniform

4. Mengendalikan program ‘grooming’ untuk murid lelaki dan perempuan

5. Mengurus perhimpunan pagi serta memberi ucapan tentang sesuatu tajuk yang menarik

6. Mengurus aktiviti membaca, mengarang, di sudut pembacaan sekolah dan lain-lain

7. Membina kolam ikan, muzium sekolah, pusat kaji cuaca dan lain-lain

8. Mengurus pertandingan kebersihan kelas, perbahasan, Hari Kantin, Hari Sukan, Hari Terbuka, Hari Bersama Ibu Bapa dan lain-lain

9. Mengendalikan kursus motivasi, teknik soal jawab, kelas bimbingan, dan lain-lain

10. Membantu menghasilkan sumber pengajaran pembelajaran di PKG

11. Menganjurkan kursus latihan dalam perkhidmatan di peringkat sekolah

12. Mengumpul dan memahami pekeliling perkhidmatan (PKPA) yang telah dikeluarkan oleh KPM

13. Menghasilkan projek inovasi pedagogi yang dapat membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

3