instrumen penilaian bm

3
Bahagian A i. Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang aktiviti –aktiviti yang terdapat dalam gambar . Bahagian B Pilih satu dari pada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Gambarkan suasana di pasar malam di tempat anda. 2. Industri pelancongan dapat menaikkan nama negara Malaysia. Cadangkan bagaimana industri pelancongan dapat menaikkan nama negara kita. ATAU

Upload: hasrolnizam-hassan

Post on 23-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

Page 1: Instrumen Penilaian Bm

Bahagian A

i. Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang aktiviti –aktiviti yang terdapat dalam gambar .

Bahagian B

Pilih satu dari pada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak

kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Gambarkan suasana di pasar malam di tempat anda.

2. Industri pelancongan dapat menaikkan nama negara Malaysia. Cadangkan bagaimana

industri pelancongan dapat menaikkan nama negara kita.

ATAU

3. Faktor keselamatan amat penting kepada pengguna jalanraya .Kamu telah mewakili

sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan ialah "Cara-

cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya".

Tulis teks syarahan kamu selengkapnya.

Page 2: Instrumen Penilaian Bm

Bahagian C

Tuliskan lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu

dalam satu perenggan.

Aidil merupakan seorang murid yang malas dan nakal. Dia suka mengusik kawan-

kawannya yang sedang belajar di dalam kelas. Semua kawan sekelasnya tidak menyenangi

sikap Aidil. Pada suatu hari, Cikgu Aminah telah mengadakan ujian bulanan bagi matapelajaran

bahasa Melayu. Aidil tidak terkejut dengan hal itu, walaupun dia tidak mengulangkaji pelajaran

tersebut. Ketika ujian berlangsung, Aidil tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Lalu dia

meniru kertas jawapan kawannya. Tanpa disedari, Cikgu Aminah ternampak perbuatan Aidil.

Akibatnya keputusan ujian Aidil digantung .Aidil sungguh kecewa dan marah dengan tindakan

Cikgu Aminah. Selepas tamat waktu persekolahan, Aidil terus pulang ke rumah dengan

menunggang basikal. Dia asyik memikirkan cara untuk membalas dendam terhadap Cikgu

Aminah. Tiba-tiba tayar basikalnya pancit sedangkan rumahnya masih jauh. Jadi, dia terpaksa

mengheret basikalnya. Ketika itu, cuaca amat panas terik. Kepanasan itu menyemarakkan lagi

kemarahan Aidil. Nasib Aidil ibarat, “sudahjatuhditimpatangga”. Di sekolah, keputusan Aidil

digantung, pulang dari sekolah pula, basikal meragam.