institut perguruan tengku ampuan afzan, …jpmipgmtaa.webs.com/aktiviti_jabatan/microsoft...

5
INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR LAPORAN KIA2M 2008 1.0 Pengenalan Institut Pendidikan Guru masih dipertanggungjawabkan untuk meneruskan Program Sekolah Angkat KIA2M yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian penguasaan membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid orang asli/peribumi. Selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu pelan yang komprehensif, holistik dan realistik yang menekankan kepada pembestarian pendidikan dengan berusaha merapatkan jurang pendidikan antara lokasi bandar dan luar bandar, maka program KIA2M dilaksanakan. Program KIA2M dilaksanakan di semua sekolah kebangsaan dalam tempoh 3 atau 6 bulan secara sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu. Walaupun program ini dijalankan oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu, namun Bahagian Pendidikan Guru melalui Institiut Perguruan diminta turut sama bangun sederap mara sepakat, berganding bahu untuk mengatasi masalah pemulihan membaca dan menulis ini. Sekolah-sekolah yang dipilih dijadikan sekolah angkat IPG berkenaan. 2.0 Objektif Program Pada akhir program ini, diharapkan murid-murid tahun satu dapat; 1. Menguasai kemahiran membaca dan menulis(mekanis) 2. Mengikuti proses pembelajaran biasa dalam tahun dua 3. Meningkatkan keyakinan diri dan minat untuk belajar. 4. Meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu Program ini juga dapat membantu para guru mencari idea, strategi serta menggunakan teknik pengajaran yang terbaik untuk mengatasi masalah pengajaran pemulihan kemahiran membaca dan menulis. Mengenalpasti masalah dalam pengajaran merupakan satu mekanisme yang terbaik dalam merancang pengajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan murid terutamanya di kawasan pendalaman. 3.0 SEKOLAH YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM KIA2M IPTAA 1. Sk Runcang, Pekan Pahang. 2. Sk. Sungai Koyan 3. Sk. Lenjang 4. Sk. Permatang Keledang 4.0 PELAKSANA KIA2M IPTAA Penaung : Tn Hj Roslan Abd Hamid (Pengarah IPTAA) En. Mazlan bin Mohamad (Pengarah IPTAA) (Bermula September 2008) Penasihat : Tn Hj Johar Othman (Tim. Pengarah IPTAA) Pengerusi : Pn Hjh Ramlah bt Abdul Rahman Penyelaras : En. Mohamad Hanifah bin B.K Koya Moideen Kutty

Upload: dinhtram

Post on 21-Feb-2018

216 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, …jpmipgmtaa.webs.com/Aktiviti_Jabatan/Microsoft Word... · INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR LAPORAN

INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

LAPORAN KIA2M 2008

1.0 Pengenalan Institut Pendidikan Guru masih dipertanggungjawabkan untuk meneruskan Program Sekolah Angkat KIA2M yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian penguasaan membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid orang asli/peribumi. Selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu pelan yang komprehensif, holistik dan realistik yang menekankan kepada pembestarian pendidikan dengan berusaha merapatkan jurang pendidikan antara lokasi bandar dan luar bandar, maka program KIA2M dilaksanakan. Program KIA2M dilaksanakan di semua sekolah kebangsaan dalam tempoh 3 atau 6 bulan secara sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu. Walaupun program ini dijalankan oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu, namun Bahagian Pendidikan Guru melalui Institiut Perguruan diminta turut sama bangun sederap mara sepakat, berganding bahu untuk mengatasi masalah pemulihan membaca dan menulis ini. Sekolah-sekolah yang dipilih dijadikan sekolah angkat IPG berkenaan. 2.0 Objektif Program Pada akhir program ini, diharapkan murid-murid tahun satu dapat;

1. Menguasai kemahiran membaca dan menulis(mekanis) 2. Mengikuti proses pembelajaran biasa dalam tahun dua 3. Meningkatkan keyakinan diri dan minat untuk belajar. 4. Meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu

Program ini juga dapat membantu para guru mencari idea, strategi serta menggunakan teknik pengajaran yang terbaik untuk mengatasi masalah pengajaran pemulihan kemahiran membaca dan menulis. Mengenalpasti masalah dalam pengajaran merupakan satu mekanisme yang terbaik dalam merancang pengajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan murid terutamanya di kawasan pendalaman. 3.0 SEKOLAH YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM KIA2M IPTAA

1. Sk Runcang, Pekan Pahang. 2. Sk. Sungai Koyan 3. Sk. Lenjang 4. Sk. Permatang Keledang

4.0 PELAKSANA KIA2M IPTAA

Penaung : Tn Hj Roslan Abd Hamid (Pengarah IPTAA)

En. Mazlan bin Mohamad (Pengarah IPTAA) (Bermula September 2008)

Penasihat : Tn Hj Johar Othman (Tim. Pengarah IPTAA) Pengerusi : Pn Hjh Ramlah bt Abdul Rahman Penyelaras : En. Mohamad Hanifah bin B.K Koya Moideen Kutty

Page 2: INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, …jpmipgmtaa.webs.com/Aktiviti_Jabatan/Microsoft Word... · INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR LAPORAN

Pengajar : En Mohd Rasdi Saamah En Mohd Asri Abdul Razak

En Aminuddin Mohamed En Mohamad Zaim Mohd Hassan Tn Syed Abdullah Syed Sulaiman Pn Walaini Abu Bakar Cik Asiah Ismail

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN Program yang dilaksanakan melalui program sandaran yang melibatkan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPTAA dengan guru-guru sekolah yang terlibat. Salah satu program yang dijalankan oleh Jabatan Pengajian Melayu ialah “SITE BASED TRAINING” di Sk Runcang, Pekan yang melibatkan guru-guru Bahasa Melayu sekolah yang terlibat. Program yang dijalankan dengan menjemput Prof Dr.Emeritus Ishak Haron untuk membentang dan mengaplikasi kaedah pengajaran Bahasa Melayu khususnya Kaedah Gabungan Bunyi Kata(KGBK) dalam bahasa Melayu. Seterusnya pensyarah yang terlibat dalam program KIA2M akan membantu guru kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemantauan dan penilaian keberkesanan program ini serta penambahbaikan akan dijalankan pada setiap masa dengan kerjasama para pensyarah dengan guru-guru sekolah berkenaan.

5.1 Berikut adalah Pelan Tindakan yang akan dijalankan 2008. 5.1.1 Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti KIA2M (8 Jan) 5.1.2 Program Site based Training KIA2M (4-5. Feb) 5.1.3 Bimbingan dan pemantauan ( Feb- April ) 5.1.4 Ujian Penapisan (April) 5.1.5 Analisis pemantauan 5.1.6 Bimbingan dan pemantauan (Mei-Jun) 5.1.7 Ujian Pelepasan 1 5.1.8 Analisis pemantauan 1 5.1.9 Bimbingan dan pemantauan (Julai-Nov) 5.1.10 Ujian Pelepasan 2 (Nov 2008) 5.1.11 Analisis Pelepasan 2 5.1.12 Pelaporan KIA2M kepada Pengarah IPTAA dan BPG. (Nov 2008)

6.0 Strategi tindakan pengajaran KIA2M

6.1 Mewujudkan pengajaran yang ceria dan harmonis. 6.2 Pensyarah menjalankan pengajaran koloboratif. 6.3 Menggalakkan aktiviti belajar sambil bermain serta interaksi. 6.4 Penggunaan Intgreated Learning System 6.5 Mengadakan kursus kepada guru-guru KIA2M sebagai guru bantu KIA2M’ 6.6 Pencapaian Keputusan Ujian Penapisan (LIHAT LAMPIRAN).

• SK Kuala Koyan, Kuala Lipis.

• Bilangan murid yang menduduki ujian penapisan 1: 21 orang

• Bilangan skor 0-9: 6 orang

• Bilangan skor 10-44: 11 orang

Page 3: INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, …jpmipgmtaa.webs.com/Aktiviti_Jabatan/Microsoft Word... · INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR LAPORAN

• Bilangan skor 45-60: 4 orang

• Peratus lulus : 19.05%

• SK Lenjang, Kuala Lipis

• Bilangan murid yang menduduki Ujian Penapisan 1 :41 orang

• Bilangan skor 0-9 :4 orang(9.7%)

• Bilangan skor 10-44 :22 orang(53%)

• Bilangan skor 45-60 :1 orang(2.4%) • Peratus lulus 3.8% (14 orang tidak

menduduki ujian )

• SK Permatang Keledang

• Bilangan murid yang menduduki Ujian Penapisan 1 :18 orang

• Bilangan skor 0-9 :1 org(5.5%)

• Bilangan skor 10-44 :1 org(5.5%)

• Bilangan skor 45-60 :16org(88%)

• Peratus lulus : 88%

• Sk Runchang, Pekan

• Bilangan murid yang menduduki Ujian Penapisan 1 :45 org

• Bilangan skor 0-9 : -

• Bilangan skor 10-44 :17(37%)

• Bilangan skor 45-60 :16(35%)

• Peratus lulus : :48.5% ( 12 orang tidak hadir )

7.0 CABARAN DAN MASALAH

7.1 Masalah tidak kenal abjad 7.2 Pelajar hanya kenal abjad mengikut urutan 7.3 Menggunakan kaedah menghafal. 7.4 Mudah lupa- pelajar mudah lupa apa yang diajar oleh guru. 7.5 Kurang mengulangkaji pelajaran di rumah- bimbingan ibubapa di rumah

terhad. 7.6 Sikap

• Poteng sekolah - kerap kali tidak hadir ke sekolah.

• Ketinggalan dalam mengikut proses p&p

• Pelajar masih belum dapat mengecam sepenuhnya huruf A hingga Z

• Kurang keyakinan diri. 7.7 Faktor keluarga dan persekitaran. 7.8 Guru yang tiada pengalaman mengajar- bukan opsyen Pengajian Melayu. 7.9 Bahan pengajaran yang kurang sesuai dengan murid.

8.0 CADANGAN Program KIA2M perlu diteruskan sebagai satu program pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penambahbaikan atau pemantapan program ini harus dilihat secara berterusan yang melibatkan semua pihak Pendidikan. Cadangan penambahbaikan ini termasuklah perkara-perkara berikut:

Page 4: INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, …jpmipgmtaa.webs.com/Aktiviti_Jabatan/Microsoft Word... · INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR LAPORAN

• Kajian perlu dijalankan mengenai keperluan murid-murid orang asli dibekalkan dengan vitamin yang boleh merangsang minda.

• Mengadakan pendedahan/ inovasi terkini pengajaran pemulihan kepada guru-guru yang terlibat dalam KIA2M

• Pihak sekolah dengan kerjasama masyarakat setempat harus memperbanyakkan aktiviti tambahan pada waktu petang- klinik bacaan, kelas tambahan dan sebagainya.

• Mengadakan khidmat Haluan Siswa dengan kerjasama JHEOA.Guru mengajar kaedah pengajaran bahasa mengikut cara yang mudah dikuasai oleh murid. – dikalangan murid orang asli, bahasa Melayu merupakan bahasa kedua mereka.

• Pemantauan mengenai kemudahan pembelajaran yang tidak digunakan dengan sewajarnya- contoh kit pengajaran dan BBM yang lain.

• Program KIA2M perlu penglibatan yang menyeluruh di kalangan guru sekolah yang berkenaan.

9.0 RUMUSAN Program KIA2M yang dilaksanakan oleh IPG dalam membantu penguasaan Bahasa Melayu iaitu, membaca dan menulis perlu diteruskan dengan usaha mengenalpasti masalah yang berlaku serta usaha yang dijalankan dalam mengatasi masalah tersebut. Sebagai satu cabaran yang besar dalam mengisi kerangka Falsafah Pendidikan Negara, pembelajaran KIA2M harus melibatkan pengalaman sedia ada murid. Ini bertujuan menarik minat mereka dengan kepelbagaian kaedah pengajaran yang mampu mencetuskan minda teroka. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP 2006-2010) merupakan landasan cemerlang tanpa mengenal dan membezakan warna kulit, latar belakang agama serta tidak kira siapa mereka dan di mana mereka berada seterusnta tidak tercicir dalam arus pembangunan Negara. Justeru, semua pihak harus berkerjasama kerana “ akar pendidikan adalah pahit, tetapi manis buahnya”. Usaha yang gigih dan berterusan merupakan ramuan yang berkesan dalam mengatasi masalah KIA2M. Kita tidak boleh melihat hasil dalam masa yang terdekat. Ini kerana “Kota Rome tidak dibina dalam sehari”. Pengembelengan tenaga serta usaha yang dijalankan secara tutas dengan semangat dan iltizam yang tinggi, kita percaya KIA2M berjaya dalam visi dan misinya.

BIL DAN % MURID(SKOR) Catatan Bil Sekolah Bil Murid tahun

1

Bil Murid KIA2M Ujian

Penapisan

Ujian Perlepasan

1

Ujian Perlepasan

2

1 SK Kuala Koyan, K Lipis

21

17

0-9 : 6 10-44 : 11 45-60 : 4

0-9 : 8 10-44 : 6 45-60 : 3

0-9 : 7 10-44 : 3 45-60 : 4

LULUS: 7 GAGAL:10

2 SK Lenjang, K Lipis

41

40

0-9 : 4 10-44 : 22 45-60 : 1 TH - 14

0-9 : 7 10-44 : 16 45-60 : 2 TH - 15

0-9 : 10 10-44 : 11 45-60 : 7 TH :10

LULUS: 9 GAGAL: 21 TH : 10

Page 5: INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, …jpmipgmtaa.webs.com/Aktiviti_Jabatan/Microsoft Word... · INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR LAPORAN

3 SK Permatang Keledang

18

2

0-9 : - 10-44 : 1 45-60 : 16 TH : 1

0-9 : - 10-44 : - 45-60 : 1 TH - 1

0-9 : - 10-44 : - 45-60 : - TH : 1

LULUS: 1 TH : 1

4 SK Runcang, Pekan

45

29

0-9: - 10-44 : 17 45-60: 16 TH - 12

0-9 : 8 10-44 : 8 45-60 :5 TH : 8

0-9 : - 10-44 : 6 45-60 : 8 TH : 12 (Murid baru masuk 2 orang)

LULUS: 13 GAGAL: 6 TH: 12