institusi raja dan peranannya terhadap penyebaran islam di ... · majapahit. oleh itu unsur islam...

14
1 INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ALAM MELAYU NUSANTARA Dr Bharuddin Bin Che Pa Pensyarah Kanan Jabatan Siasah Syar‘iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. [email protected] Abstrak Alam Melayu sejak dahulu lagi mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Masyarakat Melayu menganggap raja sebagai punca atau kuasa yang menjamin kedamaian, kemakmuran dan kegemilangan masyarakat. Buktinya, Sejarah Melayu menekankan bahawa negara hanya wujud selagi wujudnya seorang raja yang berwibawa. Dalam berbagai sejarah Nusantara apabila raja memeluk Islam, maka semua rakyat akan mengikuti agama raja mereka dan secara rasminya Islam akan menjadi agama rasmi Negara. Raja akan menjadi ujung tombak perjuangan dan penyebaran Islam. Sumbangan institusi raja terhadap penyebaran Islam di Borneo tidak kurang pentingnya dengan apa yang berlaku di Kepulauan Nusantara lainnya. Kertas kerja ini akan menjelaskan tentang peranan Institusi Raja terhadap penyebaran agama Islam di Alam Melayu Nusantara. Sejauhmanakah fungsi institusi raja dalam penyebaran dakwah dan membantu pelaksanaan syariat Islam di zaman silam dan masa kini. Keywords: Institusi, Raja, Islam, Nusantara. Pendahuluan Biasanya raja ialah gelaran kepada seseorang yang berkuasa untuk memerintah sesebuah negeri atau negara secara individu (rules alone). 1 Dialah yang mengepalai dan memerintah sesuatu kerajaan. 2 Raja berasal dari perkataan Sanskrit iaitu rajah’. Dalam bahasa Melayu perkataan raja mempunyai berbagai- bagai makna, di antaranya ia memberi pengertian sultan yang memerintah dan mengetuai sesebuah negeri khususnya di Semenenjung Malaysia. 3 Gelaran raja juga diberikan kepada bakal raja sepeti istilah raja muda. Permaisuri raja pula diberi berbagai-bagai gelaran seperti raja perempuan atau raja permaisuri. 4 Konsep raja yang berbentuk raja mutlak atau raja berdaulat yang diamalkan secara meluas pada zaman dahulu kala adalah suatu sistem yang berasaskan nilai-nilai tradisi. Di kebanyakan negeri sistem tersebut sudah tidak diamalkan lagi dan ianya telah bertukar kepada sistem raja berpelembagaan. 5 Fungsi utama mereka adalah sebagai simbul kebangsaan, kesatuan dan kebersamaan. 6 Institusi raja adalah sangat penting bagi penduduk di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Kewujudan raja dikaitkan dengan wujudnya sesebuah kerajaan dan negeri. 7 Dari segi asal usul istilahnya pun sudah menyakinkan kita. Istilah ‘kerajaandiambil dari perkataan ‘raja’. Perkataan ‘state’ atau ‘Governmentdalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai ‘kerajaan’ dan tentu sekali ada kaitannya dengan raja. Ini membayangkan pada pemikiran orang Melayu kerajaan dan raja sangat rapat hubungannya. Ia juga membayangkan bahawa orang-orang Melayu sejak dahulu lagi ada raja dan mengamalkan sistem pemerintahan beraja. 8 Mereka menganggap raja sebagai punca atau kuasa yang menjamin kedamaian, kemakmuran dan kegemilangan masyarakat. Buktinya, Sejarah Melayu menekankan bahawa negara hanya wujud selagi wujudnya seorang raja yang berwibawa. 9 Jadi, kerajaan ialah bentuk pemerintahan yang ketuanya ialah raja. 10 Tanpa seorang raja yang berdaulat dipercayai tiadalah negara seterusnya manusia akan hidup dalam keadaan berpecah belah dan amat primitif sekali.

Upload: hoangtruc

Post on 11-Mar-2019

247 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

1

INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM

DI ALAM MELAYU NUSANTARA

Dr Bharuddin Bin Che Pa

Pensyarah Kanan

Jabatan Siasah Syar‘iyyah, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.

[email protected]

Abstrak

Alam Melayu sejak dahulu lagi mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Masyarakat Melayu

menganggap raja sebagai punca atau kuasa yang menjamin kedamaian, kemakmuran dan kegemilangan

masyarakat. Buktinya, Sejarah Melayu menekankan bahawa negara hanya wujud selagi wujudnya

seorang raja yang berwibawa. Dalam berbagai sejarah Nusantara apabila raja memeluk Islam, maka

semua rakyat akan mengikuti agama raja mereka dan secara rasminya Islam akan menjadi agama rasmi

Negara. Raja akan menjadi ujung tombak perjuangan dan penyebaran Islam. Sumbangan institusi raja

terhadap penyebaran Islam di Borneo tidak kurang pentingnya dengan apa yang berlaku di Kepulauan

Nusantara lainnya. Kertas kerja ini akan menjelaskan tentang peranan Institusi Raja terhadap

penyebaran agama Islam di Alam Melayu Nusantara. Sejauhmanakah fungsi institusi raja dalam

penyebaran dakwah dan membantu pelaksanaan syariat Islam di zaman silam dan masa kini.

Keywords: Institusi, Raja, Islam, Nusantara.

Pendahuluan

Biasanya raja ialah gelaran kepada seseorang yang berkuasa untuk memerintah sesebuah negeri atau

negara secara individu (rules alone).1 Dialah yang mengepalai dan memerintah sesuatu kerajaan.

2 Raja

berasal dari perkataan Sanskrit iaitu ‘rajah’. Dalam bahasa Melayu perkataan raja mempunyai berbagai-

bagai makna, di antaranya ia memberi pengertian sultan yang memerintah dan mengetuai sesebuah negeri

khususnya di Semenenjung Malaysia.3 Gelaran raja juga diberikan kepada bakal raja sepeti istilah raja

muda. Permaisuri raja pula diberi berbagai-bagai gelaran seperti raja perempuan atau raja permaisuri.4

Konsep raja yang berbentuk raja mutlak atau raja berdaulat yang diamalkan secara meluas pada zaman

dahulu kala adalah suatu sistem yang berasaskan nilai-nilai tradisi. Di kebanyakan negeri sistem tersebut

sudah tidak diamalkan lagi dan ianya telah bertukar kepada sistem raja berpelembagaan.5 Fungsi utama

mereka adalah sebagai simbul kebangsaan, kesatuan dan kebersamaan.6

Institusi raja adalah sangat penting bagi penduduk di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Kewujudan raja

dikaitkan dengan wujudnya sesebuah kerajaan dan negeri.7 Dari segi asal usul istilahnya pun sudah

menyakinkan kita. Istilah ‘kerajaan’ diambil dari perkataan ‘raja’. Perkataan ‘state’ atau ‘Government’

dalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai ‘kerajaan’ dan tentu sekali ada kaitannya dengan raja. Ini

membayangkan pada pemikiran orang Melayu kerajaan dan raja sangat rapat hubungannya. Ia juga

membayangkan bahawa orang-orang Melayu sejak dahulu lagi ada raja dan mengamalkan sistem

pemerintahan beraja.8 Mereka menganggap raja sebagai punca atau kuasa yang menjamin kedamaian,

kemakmuran dan kegemilangan masyarakat. Buktinya, Sejarah Melayu menekankan bahawa negara hanya

wujud selagi wujudnya seorang raja yang berwibawa.9 Jadi, kerajaan ialah bentuk pemerintahan yang

ketuanya ialah raja.10

Tanpa seorang raja yang berdaulat dipercayai tiadalah negara seterusnya manusia

akan hidup dalam keadaan berpecah belah dan amat primitif sekali.

Page 2: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

2

Kesultanan Melaka

Sistem beraja dan konsep kesultanan yang diamalkan di Alam Melayu ada hubungkaitnya dengan sistem

kesultanan Melaka di zaman lampau. Terbentuknya institusi raja yang menerajui kesultanan Melaka di

peringkat awal adalah dipelopori oleh Parameswara.11

Beliau adalah seorang pengeran berketurunan raja

besar iaitu keturunan raja-raja Sriwijaya (Sailendra). Beliau dianggap sebagai seorang raja yang sangat

cerdik dan berpandangan jauh. Beliau telah membuka negeri Melaka dan menjadi raja Melaka yang

pertama. Mengikut sesetengah pendapat, ketika Parameswara mula sampai ke Melaka, di sana sudah

ramai penganut Islam. Suasana ini menyebabkan semakin lama beliau semakin tertarik dengan ajaran

agama Islam dan akhirnya beliau telah menganut agama tersebut dengan memakai nama Iskandar Syah.12

Seterusnya Melaka mendapat bantuan dari para ‘ulama’ dan cendikiawan Islam dari Pasai, terutama dari

keluarga Sriwijaya sendiri yang melarikan diri dari Palembang, terutama ketika kota itu telah diduduki

Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja

di Melaka.13

Sejarah awal tertubuhnya kerajaan Islam di Melaka ada dicatit oleh sesetengah pengkaji sejarah di

Indonesia. Di antaranya ialah Muhammad Yunus Jamil yang menyatakan bahawa sultan Perlak, al-Sultan

Makhdum ‘Ala’uddin Malik Muhammad Amin Syah II Johan Berdaulat yang memerintah Perlak tahun

1225-1263 telah megahwinkan puterinya yang pertama bernama Puteri Ratna Kamala dengan raja Melaka

al-Sultan Muhammad Syah yang bergelar dengan Parameswara Iskandar Syah. Manakala puteri

keduanya yang bernama Puteri Ganggang pula dikahwinkan dengan al-Malik al-Saleh (Meurah

Silo/Merah Silu), Sultan bagi negeri Samudra Pasai yang memerintah tahun 1261-1289 dan mangkat pada

tahun 1291.14

Cerita ini menunjukkan bahawa kerajaan Melaka yang pertama ada hubungannya dengan

kerajaan Islam Samudra Pasai15

yang yang sudah menerima pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan

beraja pada masa itu. Sebab itulah kerajaan Islam Melaka pada masa itu dipercayai memainkan peranan

yang penting dalam perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sultan Muhammad Syah

(Parameswara Iskandar Syah) dalam usahanya mengembangkan agama Islam itu telah dibantu oleh

iparnya Pangeran Malik Abdul Aziz Syah.16

Pengeran Syaikh Abdul Aziz inilah yang dikatakan oleh

Aristided Marre sebagai orang yang mengIslamkan Raja Melaka.17

Namun demikian fakta yang jelas menunjukkan bahawa pengaruh Islam di Malaysia tidaklah sampai

kekemuncak kekuatan dan keagungannya melainkan setelah Melaka muncul sebagai kerajaan agung

pada abad ke 15M. Hal ini bermula selepas tahun 1414M apabila rajanya memeluk Islam dan

menamakan dirinya “Megat Iskandar Syah”. Bila raja telah memilih Islam, selanjutnya keseluruhan

rakyat Melaka menjadi Islam.18

Mulai saat itulah Melaka telah menjadi sebuah negeri Islam. Kedudukan

politiknya menjadi semakin kuat dengan adanya hubungan antara istana Melaka dengan istana Pasai dari

segi keIslamannya. Seterusnya Melaka berkembang menjadi sebuah penempatan yang "berkerajaan".

Landasan berkerajaan di sini ialah apabila hadirnya seorang raja yang berkuasa serta mempunyai kesan

dan pengaruh dalam melaksanakan kuasanya. Bersama-sama raja terdapat para pembesar dari berbagai-

bagai peringkat pegawai yang menyokong kedaulatan raja yang memerintah.19

Raja-raja Melayu zaman dahulu mengambil peranan yang aktif melakukan proses Islamisasi dengan cara

mencadangkan supaya segala masalah hendaklah diselesaikan berasaskan pertimbangan agama.

Kesungguhan raja-raja memperkenalkan Islam telah dicatatkan oleh para sejarawan tempatan dan juga

orang Eropah. Menurut seorang penulis portugis Tome Pires, Sultan Mohammad Syah telah memimpin

semua orang-orang Melaka "diperingkat atasan dan peringkat bawahan" supaya memeluk agama Islam.20

Sultan-sultan Melaka yang seterusnya hanya meneruskan apa yang telah dilakukan oleh Sultan

Mohammad.21

Sebelum tertubuhnya kerajaan Melaka pengaruh Islam telahpun tersebar meluas di jalan-

jalan perdagangan di Lautan Hindi selama beberapa tahun.22

Keadaan ini berterusan sehingga akhir kurun

ke 14 dan kurun ke 15 di mana pedagang-pedagang India Muslim dan pendakwah-pendakwah Islam

telah berjaya menyebarkan agama mereka kepada penduduk Melaka. Kumpulan Islam ini telah

menyokong penerusan sistem beraja di negeri Melaka. Tambahan pula raja Melaka pada masa itu juga

adalah dari keturunan India Muslim iaitu Raja Kassim (Sultan Mudzaffar Syah) 1446-1459M. Baginda

telah menerima pengajaran Islam untuk memerintah negeri. Oleh itu Islam yang menjadi anutan para

pedagang telah bertukar menjadi panduan kepada raja dan mahkamah23

khususnya di negeri Melaka.

Page 3: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

3

Pengaruh Islam Dalam Institusi Raja

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah merentasi budaya Hindu-Buddha dan animisme yang dianuti

selama ini. Oleh itu telah berlaku campur aduk di antara kebudayaan Islam dengan kebudayaan asal

penduduk Tanah Melayu. Dengan kedatangan Islam amalan lama dalam sistem pemerintahan beraja

kerajaan Melayu tidaklah berubah serta merta. Struktur adat istiadat negeri Melayu, kedudukan pangkat

dan upacara tradisi terus berjalan. Sebab itu Milner berpendapat bahawa Sultan yang beragama Islam itu

telah menjelaskan kepada pengikut-pengikutnya bahawa beliau adalah wakil Tuhan di muka bumi ini

(zallulLah fi al-‘alam). Milner berpendapat pengakuan ini seakan-akan sama dengan pengakuan raja

Sriwijaya yang menjanjikan kedamaian abadi (eternal peace).24

Begitu juga rakyat telah menganggap raja mereka adalah seorang manusia sempurna dan mempunyai ciri-

ciri luar biasa. Ada beberapa maklumat yang menjelaskan perkara tersebut. Misalnya, Hikayat Raja-raja

Pasai ada menjelaskan tentang kisah seorang raja Pasai pada kurun ke 14. Raja tersebut ialah Sultan

Ahmad telah mendapat kuasa ganjil (ghaib) setelah baginda memeluk agama Islam. Apabila seorang ahli

sihir (jogi) berbangsa India yang mahir tentang ilmu ghaib datang mengadap sultan untuk menunjukkan

kebolehan luar biasanya, jogi tersebut telah pengsan disebabkan sifat keramat25

yang ada pada sultan dan

dia terus jatuh ke bumi. Hikayat tersebut menyebut:

“Maka jogi itu pun jatoh ka-tanah lalu ia pengsan sebab daripada keramat

Sultan itu. Maka Sultan pun hairanlah melihat dia, karna daripada sangat

ia tahu bermain-main sihirnya, maka kemudian dari itu jogi itu pun lalu

masuk ia igama Islam”.26

Sesuatu yang berlaku kepada raja itu menandakan beliau telah terkeluar dari fenomena yang biasa yang

ada pada dirinya.27

Pertandingan menunjukkan keajaiban seperti mana yang berlaku di antara raja Pasai

dan jogi itu adalah perkara biasa di kalangan ahli sufi.28

Keajaiban itu telah menggambarkan kepada

masyarakat bahawa raja itu adalah manusia yang sempurna dan mempunyai ciri-ciri yang luar biasa.

Tanggapan bahawa raja-raja Melayu adalah manusia yang sempurna dan mempunyai ciri-ciri yang luar

biasa digambarkan juga dalam buku Sejarah Melayu. Buku tersebut telah menggambarkan bahawa Sultan

Ahmad adalah seorang raja yang kebal, mampu menghadapi tembakan peluru meriam daripada orang-

orang Portugis yang menyerang Melaka pada masa itu (1511). Sultan Ahmad diberitakan sedang

menunggang gajah, diiringi oleh penasihat kerohanian dan guru ilmu Tauhid yang bernama Makhdum

Sadar Johan. Sejarah Melayu menjelaskan:

"Maka Sultan Ahmad ditempuh baginda dengan gajah, dan segala

hulubalang Feringgi pun pecah berhamburan, lalu ke air. Maka

sekaliannya pun undurlah turun ke perahunya. Maka dibedilnya dari

kapal dengan meriam yang besar-besar seperti halilintar bunyinya.

Maka baginda terdiri di atas gajah baginda di ujung jambatan: khabar

pun baginda tiada akan bedil yang seperti hujan itu. Maka Makhdum

berpegang kedua-dua tangannya pada kiri kanan rengka gajah. Maka

kata Makhdum,‘Hai Sultan, disini bukannya tempat tauhid; mari kita

kembali’.”29

Peristiwa ini telah menjadi suatu bukti bahawa Sultan adalah seorang manusia yang hebat. Ungkapan "

khabar pun baginda tiada akan bedil yang seperti hujan itu" menunjukkan bahawa hujan tembakan

peluru dari orang-orang Portugis tidak dapat membunuh Sultan.30

Kekuatan sultan yang sempurna dan luar

biasa itu dikaitkan dengan ilmu tauhid dan kehebatan Makhdum Sadar Jahan dan kemampuan

kewaliannya itu boleh menahan beliau dari "hujan tembakan peluru".31

Kesetiaan Kepada Raja

Walau pun sistem perajaan di Tanah Melayu telah diresapi oleh berbagai-bagai pengaruh, seperti pengaruh

Hindu-Buddha, animisme, Islam, pengaruh adat dan lain-lain, raja-raja tersebut tetap juga diberikan

kesetiaan oleh rakyat dan dianggap berdaulat. Konsep setia telah menjadi satu asas yang penting dalam

kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di kalangan mereka yang berdekatan dengan istana. Maksud

Page 4: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

4

kesetiaan di sini pada dasarnya ialah ketaatan kepada segala kehendak raja. Kesetiaan yang ditunjukkan

oleh pembesar-pembesar terhadap raja-raja mereka kadang-kadang melulu dan kadang kala ada batasan

dan sempadannya. Konsep setia ini juga mendapat tempat di kalangan masyarakat umum. Mereka patuh

kepada kehendak raja dan pembesar.32

Walau bagaimanapun terdapat juga orang-orang tertentu di samping menjalankan perintah raja-raja

mereka mengeluh, menunjukkan hati kecil mereka membantah terhadap tugas-tugas yang dibebankan oleh

raja dan pembesar ke atas mereka. Contohnya, Abdullah Munshi semasa berada di Kelantan melaporkan

keluhan anak negeri Kelantan seperti berikut:

"Inilah tuan adat Melayu ini terlalu aninaya; sahaya sendiri juga

membawa makanan, dan anak bini sahaya tinggal di rumah itu,

barangkali makan, barangkali tidak. Demikianlah berbulan-bulan,

sehari-hari mengerjakan pekerjaan raja; dan jikalau tiada pergi,

disuruhnya rampas rumah sahaya; maka jikalau melawan dibunuhnya,

lagi didendanya".33

Dalam satu perbualan Abdullah Munshi dengan beberapa orang lain pula, beliau ada mendengar keluhan-

keluhan berikut:

"Sehari-hari mengerjakan pekerjaan raja: dan makan minum sahaya

dan anak bini sahaya, tiada diberinya; di atas sahaya sendiri juga. Dan

lagi, baik perahu atau tanam-tanaman dan hidup-hidupan sahaya

sekalian, jikalau dikehendaki raja diambilnya sahaja dengan tiada

berharga. Dan lagi , kalau ada berharta dan anak perempuan yang baik-

baik, jikalau berkenan raja, diambilnya juga: Tiada boleh ditahankan

kehendak raja; dan jikalau ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya

tikam mati-mati sahaja".34

Kedaulatan Raja

Dari konsep setia dan taat kepada raja itu maka timbullah pula konsep ‘daulat’. Setiap raja yang

memerintah Tanah Melayu dianggap sebagai raja yang berdaulat. Perkataan ‘daulat’ adalah berasal dari

istilah arab iaitu ‘dawlatun’. Perkataan dawlatun berasal dari perkataan dala, yadlu, dawlatun. Secara

bahasanya ia memberi pengertian pemerintahan dan kerajaan. Ia juga digunakan untuk maksud keturunan

raja-raja.35

Pengertiannya dikaitkan dengan kuasa, kerajaan, empayar, dinasti, pemerintahan, negara,

negeri dan lain-lain. Dalam konteks sesebuah kerajaan ia menjadi intipati kepada hak individu atau

kelompok menggunakan kuasa dan wibawa untuk memerintah sesebuah kerajaan, negara atau negeri.

Apabila dihubung dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktiraf baik secara lisan,

kepercayaan, ataupun tulisan (piagam atau perlembagaan) bagi individu atau kelompok untuk melaksana

atau menegaskan kuasa atau wibawa ke atas anggota masyarakat yang mendiami atau menduduki

sesebuah negeri atau negara.36

Dalam sistem politik berkerajaan yang menjadi lambang kedaulatan ialah

seseorang raja yang memerintah kerajaan tersebut.37

Untuk meneguhkan lagi kedudukan raja di sisi rakyatnya, raja diberikan sifat luarbiasa iaitu sifat

charisma. Sifat istimewa yang di khususkan untuk raja-raja sahaja ialah sifat berdaulat. Dengan adanya

sifat ini membezakan antara raja dengan rakyatnya. Rakyat tidak boleh mempermainkan rajanya kerana

takutkan kuasa daulat ini. Sebenarnya kuasa daulat ini wujud hanya selepas seseorang raja itu menaiki

takhta kerajaan.38

Daulat juga dianggap sebagai tuah kepada seseorang raja. Buku Adat Raja-Raja Melayu

menjelaskan:

“Maka adalah raja itu telah dikurniai Allah Ta‘ala dilebihkan daulatnya

yakni tuahnya,...jika duduk tuah itu kepada raja kerajaan maka dinamai

akan dia berdaulat. Maka taktakala itu segala manusia pun kasih sayang

dan takut akan dia.”39

Page 5: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

5

Petikan di atas menjelaskan bahawa teras kepada daulat ialah tuah. Bila adanya daulat kepada raja semua

rakyat akan kasih dan gerun kepada raja tersebut. Apabila seseorang telah ditabalkan secara rasmi menjadi

raja, beliau dianggap mempunyai status yang tinggi iaitu berdaulat. Gelaran yang biasa dipakai untuk raja

berdaulat yang memerintah ialah Sultan. Sultan dianugerahkan suatu status yang suci melalui upacara

pertabalannya. Raja tersebut merupakan sumber kuasa, dan segala kebajikan yang dilakukan di dalam

negeri adalah hasil tindak balasnya. Beliau seorang sahaja yang berkuasa mengeluarkan perintah. Rakyat

juga mempercayai bahawa darah putih mengalir dalam diri raja itu.40

Seterusnya konsep daulat tersebut telah dikaitkan pula dengan konsep derhaka. Derhaka ialah kalimah

yang digunakan terhadap orang yang engkar kepada titah perintah raja. Dalam Sejarah Melayu perkataan

"derhaka" sering diucapkan apabila timbul kecenderungan untuk menentang raja. Dalam sejarah

kesultanan Melaka pihak yang gigih mempertahankan tradisi ini dan menentang penderhakaan selalunya

ialah pembesar-pembesar Melaka sendiri, khasnya Bendahara. Pada hakikatnya, kepercayaan adanya

daulat dan takutkan derhaka itulah yang menjadi teras kuasa dan hak mutlak raja sebagai pemerintah

yang ada hubungannya dengan anggota masyarakat lain yang diperintah.41

Terdapat pepatah Melayu yang berbunyi "pantang anak Melayu menderhaka kepada rajanya". Ini

terbukti melalui kata-kata yang diungkapkan oleh Bendahara Tun Perak dan Laksamana Melaka kepada

Raja Tua dizaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah sebagaimana katanya: "Sekali-kali tiada anak

Melayu bernama durhaka…"42

. Derhaka boleh terjadi dalam beberapa bentuk. Undang-undang Melaka

menyebut bahawa antara perbuatan menderhaka ialah membunuh orang yang membawa titah raja,43

menyangkal titah raja,44

bermaharajalela dan cuba menentang perbuatan raja. Kenyataan ini

menggambarkan sifat orang-orang Melayu yang tidak menderhaka kepada rajanya. Menafikan titah raja

dan enggan mengakui kedaulatannya akan dianggap menderhaka. Diri peribadi sultan itu adalah dianggap

suci dan dilarang rakyat jelata menyentuhnya. Darah putih dikatakan mengalir dalam tubuh raja itu. Ini

adalah sebenarnya lebih merupakan metos daripada kenyataan. Ianya merupakan satu rekaan yang dibuat

untuk melahirkan unsur kemuliaan raja.45

Selain itu penderhaka juga dipercayai akan ditimpa mudarat dalam dua bentuk iaitu, mudarat dalam

bentuk hukuman fizikal oleh pihat berkuasa atau akan ditimpa ‘tulah’ (daulat raja). Mudarat yang muncul

dalam bentuk balasan fizikal daripada pihak kerajaan sendiri, iaitu pihak yang didapati menderhaka akan

dibelasah dalam berbagai-bagai bentuk, bukan sahaja si penderhaka tadi yang dibelasah, malah keluarga

dan suku-sakatnya turut dibelasah agar tidak meninggalkan zuriatnya.46

Si penderhaka biasanya dibunuh

dengan cara disula dan seluruh keluarga si penderhaka juga turut dibunuh. Sekiranya tidak dibunuh lambat

laung ianya dipercayai akan ditimpa tulah raja dan merana sepanjang hayat.47

Kedua, derhaka dihubungkan pula dengan kepercayaan tulah.48

Orang yang derhaka dipercayai akan

ditimpa tulah raja. Di zaman Sriwijaya, daulat raja-raja dikatakan terletak pada keistimewaan air sumpah,

yang perlu diminum pembesar dan pemerintah di bawah takluknya. Sesiapa yang derhaka atau engkar

kepada raja kemudiannya akan terkena tulah.49

Hikayat Malim Dagang mencatatkan bahawa tulah

mengambil bentuk tertimpa bisa kawi. Si penderhaka dipercayai akan ditimpa tulah raja (mungkin dalam

bentuk sumpahan). Misalnya, Sejarah Melayu ada menyebut bahawa Sang Rajuna Tapa, iaitu Penghulu

Bendahari kepada Raja Iskandar di Singapura dan isterinya dilaporkan menjadi batu akibat terkena tulah

kerana membenarkan orang Majapahit masuk dan menyerang Singapura.50

Raja Dan Sistem Pemerintahan Islam

Perubahan sejarah yang berlaku dari zaman orang-orang Melayu yang dipengaruhi oleh Hindu-Buddha

kepada zaman Melayu-Islam merupakan faktor utama berlakunya berbagai-bagai perubahan dalam

institusi perajaan dan kesultanan di Tanah Melayu. Walaupun kedatangan Islam telah mengubah nilai-nilai

hidup masyarakat Melayu, sebahagian besar nilai-nilai tradisional masih terus menguasai pemikiran dan

corak kehidupan mereka.51

Konsep politik berhubung dengan Dewa-Raja yang telah tertanam dengan

kuat dalam kepercayaan dan mental tradisi tidak mudah untuk dikikis dengan cepat. Malah di atas

landasan kepercayaan kerohanian yang diwarisi turun temurun itu berterusan di zaman Islam. Cuma ianya

disuaikan dengan doktrin kepimpinan dalam Islam. Raja Islam yang memerintah tidak lagi dikaitkan

hubungan batiniahnya dengan para dewa tetapi dihubungkaitkan pula dengan Allah dan RasululLah

serta kekudusan tokoh para awliya’ dan anbiya’. Oleh itu lahirlah pula berbagai-bagai konsep dan istilah

Page 6: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

6

baru yang datang dari ajaran Islam dan dikaitkan pula dengan konsep perajaan di Alam Melayu. Buktinya

dengan kedatangan agama Islam, status raja-raja Melayu diturunkan dan kini hanya menjadi bayangan

Tuhan didunia.52

Raja dianggap sebagai ganti atau wakil tuhan di dunia ini. Dalam ungkapan bahasa Arab ia disebut

dengan berbagai-bagai istilah seperti zallulLah fi al-‘alam, zallulLah fi al-ard dan khalifah al-mu’minin.

Risalat Hukum Kanun Melaka53

(selepas ini disebut RHKM) memberi gelaran khalifah al-mu’minin

zallulLah fi al-‘alam 54

kepada raja-raja yang memerintah negeri Melaka. Selain itu terdapat juga undang-

undang Melaka versi lain yang menyokong fakta-fakta di atas. Contohnya dalam Risalat Hoekoem

Kanoen Jaitoe Oendang-oendang Melaka55

yang diedit oleh PH. S. Van Ronkel ada tertulis satu gelaran

khas kepada raja iaitu Khalifah al-Mu’minin ZallulLah fi al-‘alam. Catatannya adalah seperti berikut:

“…dan turun kepada Putera baginda Sultan Mahmud Syah Khalifah al-

Mu’minin ZallulLah fi al-‘alam. Ialah yang mempunyai adat hukum dan

perintah.”56

Manakala Undang-Undang Melaka (The Laws of Melaka)57

yang diedit oleh Liaw Yock Fang juga

menggelarkan raja sebagai zallulLah fi al-‘alam. Undang-undang itu menegaskan:

“…Sultan Iskandar Syah. Ialah raja yang pertama menyusuk negeri

Melaka. Ialah yang bergelar Sultan Mahmud Syah ZallulLah fi al-‘alam.

Ialah raja yang pertama masuk agama Islam.”58

Bukti lain yang menunjukkan raja-raja Melayu Melaka dihubungkaitkan dengan Allah dan RasululLah

ialah wasiat Bendahara Tun Perak yang telah tertulis di dalam buku Sejarah Melayu:

"…dan jangan kamu sekelian lupa pada berbuat kebaktian kepada raja

kamu. Maka kata hukama, adalah raja yang adil itu dengan Nabi s.‘a.w.

umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagipun raja itu

umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia zallulLah fi al-‘alam.

Apabila berbuat kebaktian kepada raja, seperti berbuat kebaktian

kepada Allah subhanah wa Ta‘ala. Yakni berbuat kebaikan kamu akan

Allah dan Rasulnya… hendaklah jangan kamu lupai, supaya kebesaran

dunia akhirat kamu perolehi".59

Oleh kerana masih kuat berpegang kepada adat dan tradisi, maka unsur kudus, luhur dan suci tetap terus

menjadi intisari untuk membina dan menegakkan daulat dan meletakkan taraf raja mengatasi segala

undang-undang. Masyarakat menganggap raja dan RasululLah sebagai dua buah permata yang saling

bergandingan membentuk sebentuk cincin. Seorang raja diumpamakan sebagai ganti Allah untuk

memerintah manusia di dunia ini.

Begitu juga banyak istilah-istilah Islam yang pernah digunakan kepada raja-raja yang pernah memerintah

di Tanah Melayu. Contohnya ialah seperti sekeping dinar emas yang dijumpai di Kelantan dalam tahun

1914, yang bertulis di salah satu mukanya dengan perkataan "al-julus kelantan" dan di muka yang kedua

bertulis dengan perkataan "al-mutawakkil".60

Al-Julus dari segi bahasa ertinya ialah duduk dan dari segi

istilah ialah menduduki singgahsana. Al-Mutawakkil pula ialah gelaran rajanya, yang bermaksud orang

yang bertawakkal, iaitu bertawakkal kepada Allah. Analisis sejarah menjelaskan bahawa Al-Mutawakkil

adalah gelaran kepada seorang raja yang pernah memerintah kerajaan Islam di Kelantan dalam abad yang

keduabelas.61

Beberapa gelaran lain lagi bagi raja Islam terdapat pada beberapa keping wang syiling. Sebagai contoh,

terdapat beberapa keping wang syiling yang telah digunakan pada kurun ke 15 di Melaka. Di antara

gelaran yang digunakan untuk raja pada kepingan wang tersebut ialah ‘Sultan’, ‘Syah’ dan "Nasr al-dunya

wa al-din" (penolong dunia serta penolong agama).62

Di Kedah, Trengganu dan Johor wang syilingnya

menamakan raja sebagai ‘khalifah ’ di mana gelaran tersebut juga dijumpai di dalam Hukum Kanun

Pahang.63

Beberapa istilah di atas membuktikan bahawa telah berlaku proses perubahan terhadap konsep

Page 7: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

7

perajaan yang dipengaruhi oleh nilai-nilai tradisional dan fahaman Hindu-Buddha kepada pengaruh

Islam.

Dalam sistem politik Melayu Islam raja juga adalah sumber dan pusat kuasa. Raja adalah penyusun adat

istiadat, pemilik kerajaan dan berdiri teguh mempertahankan imej negara Islam dalam sebuah masyarakat

yang bahagia serta mengamalkan undang-undang syariah Islam. Kuasa raja adalah restu daripada daulat

yang dimiliki oleh raja tersebut. Kuasanya disalurkan bagi menggerakkan jentera serta tenaga-tenaga

pemerintahan dan pentadbiran. Contohnya di zaman kerajaan Melaka, pribadi dan tubuh raja itulah

yang didaulati. Kerajaan Melaka itu sendiri terbentuk hanya selepas adanya raja yang memerintah.

Kedudukan raja sungguh tinggi dan istimewa dalam sistem kerajaannya. Titah perintahnya adalah

undang-undang, gerak-gerinya boleh jadi arahan untuk bertindak, malah perbuatan dan tabiatnya tidak

boleh ditegur. Sekiranya ada undang-undang yang diamalkan dalam kerajaannya, raja boleh mengatasi

undang-undang tersebut. Raja yang memerintah itu sendiri sebenarnya undang-undang. Oleh itu raja dan

kerajaan adalah sinonim, sebab dari segi ideal raja dipercayai seperti pohon yang rimbun, tempat rakyat

tumpang berteduh. Anggapan rakyat terhadap raja yang sedang berkerajaan begitu tinggi. Sehingga

Sejarah Melayu menegaskan:

“…rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon, jikalau tiada

akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri, demikian lagi raja itu

dengan segala rakyatnya.”64

Peranan Institusi Raja Terhadap Agama Islam Di Alam Melayu Nusantara

Sistem beraja atau kesultanan telah pun diakui sebagai satu institusi pemerintahan yang besar

sumbangannya kepada perkembangan tamadun Islam di Nusantara. Sebagai pemegang kuasa tertinggi

yang menerajui pentadbiran negeri dan pemegang panji Islam, raja-raja bertanggungjawab secara langsung

menentukan hala tuju sesebuah kerajaan. Sepanjang sejarah kesultanan Islam telah terbukti ramai raja

telah membantu mengembangkan dakwah Islam di Nusantara. Contohnya ialah seperti al-Malik al-Zahir

(1326-1346) di Pasai, Sultan Muzafar Syah (1530-1594) di Patani, Sultan Saiful Rijal (1578-1589) di

Brunei, Sultan Iskandar Muda (1607-1636) di Aceh, Sultan Muhammad Jiwa di Kedah (1710-1760),

Sultan Azimuddin (1735-1748) di Sulu selatan Filipina, Sultan Iskandar Zulqarnain (1756-1780) di Perak,

Sultan Muhammad II (1837-1886)di Kelantan dan Sultan Zainal Abidin III (1888-1918) di Terengganu.65

Kesemua mereka didapati telah berusaha menghayati, menjiwai, mengamalkan dan seterusnya

menyebarkan agama Islam di Nusantara. Mereka juga telah memainkan peranan utama dalam

menegakkan dasar-dasar Islam dalam sistem bernegara.

Kesultanan Pasai

Kesultanan Samudera Pasai, juga dikenal dengan Samudera, Pasai, atau Samudera Darussalam, adalah

kerajaan Islam yang terletak di pesisir pantai utara Sumatera, kurang lebih di sekitar Kota Lhokseumawe,

Aceh Utara sekarang. Kerajaan ini didirikan oleh Merah Silu, yang bergelar al-Malik al-Saleh, pada

sekitar tahun 1267 dan berakhir dengan dikuasainya Pasai oleh Portugis pada tahun 1521. Raja pertama

bernama Sultan al-Malik al-Salih yang wafat pada tahun 696 1297, kemudian dilanjutkan

pemerintahannya oleh Sultan al-Malik al-Tahir. Kesultanan Samudera-Pasai juga tercantum dalam kitab

Rihlah ila al-Masyriq (Pengembaraan ke Timur) karya Abu Abdullah Ibn Batutah (1304–1368),

pengembara Moroko yang singgah di Samudera pada tahun 1345.66

Kedudukan Samudera Pasai sangat

strategik sebagai pusat pelayaran dan perdagangan di Nusantara. Banyak pedagang muslim dari Arab,

Cina dan India datang untuk berdagang dan menyebarkan Islam. Kesultanan ini memperoleh sumber

pendapatan yang besar dari cukai perdagangan dan pelayaran. Samudera Pasai ditaklukkan Portugis pada

1521.

Di zaman kesultanan Pasai telah terdapat usaha melantik beberapa orang Islam asing untuk menyandang

jawatan Mufti, Syeikhul Islam dan Kadi. Raja Pasai, al-Malik al-Salih (1267-1297) telah melantik ulama

dari luar iaitu Sayyid Ali al-Makarani sebagai Syeikh al-Islam. Pelantikan ini selaras dengan kehendak

baginda yang ingin melaksanakan syariah Islam di Pasai. Cucu baginda al-Malik al-Zahir (1326-1346)

telah melantik dua ulama asing iaitu Taj al-Din al-Isfahani sebagai mufti dan Amir Said al-Syirazi selaku

Kadi. Baginda sendiri seorang yang luas pengetahuan agamanya dan gemar berpakaian seperti ulama.67

Page 8: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

8

Kesultanan Patani

Pada awalnya, Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang berdaulat, mempunyai kesultanan

dan perlembagaan yang tersendiri. Patani adalah sebahagian dari 'Tanah Melayu'. Namun pada

pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi korban penaklukan Kerajaan Siam.68

Kehadiran Islam di

Pattani dimulai dengan kedatangan Syekh Said, mubalig dari Pasai, yang berhasil menyembuhkan raja

Pattani bernama Phaya Tu Nakpa yang sedang sakit parah. Phaya Tu Nakpa (1486-1530) beragama Budha

kemudian masuk Islam dan bergelar Sultan Ismail Syah. Kesultanan Pattani mengalami kemajuan pesat

setelah menjalin hubungan dagang dengan Kesultanan Malaka. Kesultanan Pattani kemudian menjadi

pusat perdagangan dan pelabuhan, terutama bagi pedagang dari Cina dan India. Kejayaan Pattani berakhir

setelah dikalahkan Kerajaan Siam dari Bangkok. Peninggalan sejarah Pattani berupa nisan kubur yang

disebut Batu Aceh yang melambangkan kedekatan hubungan dengan Samudera Pasai.

Zaman kesultanan Patani, Sultan Muzafar Syah (1530-1594) dikenali sebagai seorang pemerintah yang

berminat meluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang pengajian Islam dan banyak memberikan

perhatian dalam mendirikan tempat beribadah dimerata tempat. Kedatangan seorang ulama bernama

Syeikh Safiyuddin telah meningkatkan lagi penyebaran Islam dan penerapan syariah di bumi Patani.

Syeikh Safiyuddin telah dikurniakan gelaran Raja Seri Faqih oleh baginda kerana segala jasanya itu.

Zuriat keturunan Syeikh Safiyuddin melahirkan ramai ulama terkenal yang memainkan peranan penting

dalam penegakan syariah di Patani.69

Kesultanan Brunei

Kesultanan Brunei Darussalam merupakan kesultanan Islam yang terletak di Pulau Kalimantan sebelah

utara. Islam pertama kali masuk ke Brunei pada tahun 977 H., dibawa saudagar Cina. Setelah raja Awang

Alak Betatar (1406-1408) masuk Islam, ia mengubah kerajaan itu menjadi kesultanan. Kata "Darussalam"

ditambahkan pada kata "Brunei" pada abad ke-15 untuk menekankan Islam sebaga agama negara.

Kesultanan Brunei Darussalam berkembang menjadi pusat penyebaran Islam dan perdagangan wilayah

Melayu ketika Kesultanan Malaka jatuh ke tangan Portugis. Kesultanan Brunei Darussalam pernah

dikuasai Inggris pada 1888, di masa kepemimpinan Sultan Hasyim Jalilu Ageramaddin, sultan ke-15,

namun dapat meraih kemerdekaannya dari Inggeris pada tahun 1983.

Dalam sejarah kesultanan Brunei pernah kedapatan soal pelaksanaan hukum hudud dan qisas. Ini berlaku

pada tahun 1580an iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Saiful Rijal (1578-1589). Baginda ini terkenal

sebagai seorang raja berjiwa pahlawan yang pernah berjaya mematahkan serangan tentera Sepanyol. Ini

bererti hukum Hudud dan Qisas telah berjalan di Brunei sebelum Hukum Kanun Brunei disusun, kerana ia

hanya baru ditulis pada zaman Sultan Hassan (1605-1619). Kanun ini kemudiannya diperkemaskan oleh

raja-raja yang terkemudian dan Kanun Mahkota Alam serta Hukum Kanun Melaka telah dijadikan rujukan

dalam proses ini. Langkah Sultan Saiful Rijal itu jelas menunjukkan bahawa soal pelaksanaan syariah

lebih banyak bergantung kepada kemahuan raja-raja selain daripada sokongan dan peranan ulama dan

penglibatan pembesar negeri.

Kesultanan Brunei telah membawa cirinya tersendiri dalam pembentukan institusi agama. Soal ini ketara

pada zaman pemerintahan Sultan Hassan (1605-1619) apabila baginda melantik seorang wazir sebagai

penanggungjawab dan penyelia hal ehwal agama. Wazir ini dibantu oleh Pehin Dato‘ Seri Maharaja yang

bertaraf Mufti. Di bawah pehin Dato‘ Seri Maharaja ini terdapat empat orang menteri agama iaitu Pehin

Datu Imam, Pehin Siraja Khatib, Pehin Tuan Imam dan Pehin Udana Khatib. Keempat-empat menteri

agama ini menjalani pengkhususan tugas masing-masing. Ada yang dipertanggungjawabkan menjadi kadi

(hakim), menjadi pengurus masjid dan pondok serta menjalani lain-lain tugas aspek pentadbiran agama.

Dalam sejarah Kesultanan Brunei pernah dihasilkan Undang-undang yang dipanggil Hukum Kanun

Brunei pada zaman pemerintahan Sultan Hassan (1605-1619). Undang-undang ini dikatakan banyak

dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka dan Qanun al-Asyi (Aceh). Hukum Kanun Brunei yang

mengandungi 44 fasal itu banyak menunjukkan pengaruh Islam dipengaruhi oleh hukum syariah dalam

Page 9: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

9

bidang-bidang perkahwinan, perniagaan, jenayah serta hukuman ke atas orang yang murtad. Hukum

Kanun Brunei ini kemudiannya dikemaskinikan oleh raja-raja Brunei berikutnya.

Kesultanan Aceh

Kesultanan Aceh ialah satu-satunya kesultanan di Alam Melayu yang banyak mencatat hubungan dengan

empayar Uthmaniyah. Pertalian ini berlaku sejak zaman Sultan Ala’uddin Ri’ayat Shah al-Qahar (m.

1571). Empayar Uthmaniyah yang menjadi lambang kemegahan dan tunggak kekuasaan Islam pada masa

itu telah menjadi sumber kekuatan inspirasi yang meniupkan semangat perjuangan di kalangan kesultanan-

kesultanan Melayu menentang penjajah barat. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam terbukti amat aktif

dalam usaha menegakkan syariah dan menjalankan dasar pemerintahan Islam. Sebuah badan dipanggil

Balai Gadeng yang dianggotai seramai 22 orang ulama telah didirikan untuk menasihati baginda dalam

urusan pemerintahan. Baginda bukan sahaja berjaya membawa ciri-ciri seorang pemimpin Islam, bahkan

juga membentuk institusi-institusi yang menjadi landasan ke arah keberkesanan suasana pemerintahan

Islam. Baginda telah berjaya memupuk semangat bermesyuarat dalam sistem pemerintahan sebagaimana

yang dianjurkan oleh syariat Islam. Baginda bukan sahaja berjaya membawa ciri-ciri seorang pemimpin

Islam, bahkan juga membentuk institusi-institusi yang menjadi landasan ke arah keberkesanan suasana

pemerintahan Islam.70

Sultan Iskandar Muda merupakan raja Aceh yang paling tegas dalam soal

pelaksanaan hukum Islam di mana baginda pernah mengenakan hukuman rejam sampai mati ke atas

puteranya sendiri, Meurah Pupok yang bakal menaiki takhta kerana kesalahan berzina dengan isteri

seorang perwira dalam angkatan perang Aceh, selepas suaminya menuntut keadilan kepada pemerintah.

Baginda sanggup melaksanakan hukum syariah berbanding dengan kepentingan pribadi.

Di Aceh juga ada jawatan yang dikenali dengan panggilan Kali Malikoy ‘Adi (Kadi Malik al-‘Adil) yang

terletak secara langsung di bawah Sultan. Selain dari Kadi Malik al-‘Adil yang merupakan ketua Kadi,

terdapat lagi kadi-kadi lain yang berkuasa di mukim-mukim yang terletak secara langsung di bawah

kuasa Uleebalang (Hulubalang). Kadi Malik al-‘Adil pertama yang pernah dilantik ialah Syeikh

Syamsuddin al-Sumatrani pada zaman Sultan Alauddin Riayat Syah al-Mukammil (1589-1604). Baginda

ialah seorang raja yang kuat pegangan agamanya dan melaksanakan syariat Islam. Dasar pemerintahan

Islam kemudiannya disempurnakan pada zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636) dan diperkemaskan

lagi pada zaman Sultanah Safiafuddin (1641-1675). Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani telah diangkat

menjadi Perdana Menteri (Mangkabumi) pada zaman Sultan Iskandar Muda dan beliau telah menjadi

penggerak penting kepada pelaksanaan dasar-dasar pemerintahan Islam di Aceh. Sebagai seorang

pembesar berpengaruh, beliau menjadi tenaga penggerak penting di sebalik pelaksanaan dasar-dasar Islam

di Aceh. Beliau berperanan sebagai pemimpin sidang Balai Gadeng yang dianggotai oleh para ulama

Aceh. Sesungguhnya kegemilangan di zaman Sultan Iskandar Muda dalam sejarah kesultanan Aceh

adalah berkait rapat dengan peranan beliau sebagai penasihat utama Sultan.71

Syeikh Nuruddin al-Raniri telah menjadi Kadi al-Malik al-‘Adil yang baru pada zaman Sultan Iskandar

Thani (1636-1641) selepas Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani berundur. Apabila al-Raniri berhenti dalam

tahun 1657, beliau telah diganti oleh Syeikh Abdul Rauf dari Singkel yang kekal di jawatan ini sehingga

beliau meninggal dunia dalam tahun 1696.72

Kesultanan Sulu

Kesultanan Sulu merupakan kesultanan Islam yang terletak di Filipina bagian selatan. Islam masuk dan

berkembang di Sulu melalui orang Arab yang melewati jalur perdagangan Melaka dan Filipina. Pembawa

Islam di Sulu adalah Syarif Karim al-Makdum, orang Arab yang ahli ilmu pengobatan. Abu Bakar,

seorang pendakwah dari negara Arab, berkahwin dengan puteri dari pangeran Bwansa dan kemudian

memerintah di Sulu dengan mengangkat dirinya sebagai Sultan.

Kesultanan Sulu di selatan Filipina telah mampu menonjolkan Sultan Azimuddin (1735-1748) sebagai

seorang pemerintah yang membawa ciri-ciri kepimpinan Islam. Baginda seorang yang luas pengetahuan

agama. Semasa muda pernah memperdalami agama di Batavia (Jakarta). Baginda didapati amat berminat

menguatkuasakan undang-undang Islam dalam sistem pemerintahan. Para ulama digalakkan

memperdalami bahasa Arab kerana baginda merancang penyusunan kamus Arab-Sulu sebagai langkah

awal untuk menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi di wilayah Kesultanan Sulu.73

Page 10: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

10

Kesultanan Kedah Dan Perak

Sultan Muhammad Jiwa (1710-1760) dari Kesultanan Kedah seorang lagi tokoh yang membuktikan ciri-

ciri kepimpinan yang tidak kurang keunggulannya. Baginda terkenal sebagai seorang raja yang mencatat

zaman gemilang dalam sejarah negeri Kedah kerana pelbagai kemajuan di bidang agama, politik,

hubungan luar, dan ekonomi yang telah dapat dilaksanakan selain daripada bidang keagamaan.

Pendampingan rapat dengan guru agama, Syeikh Abdul Jalil al-Madani telah banyak membantu

kecermelangan zaman pemerintahan baginda kerana guru agamanya ini juga bertindak sebagai penasihat

pribadi baginda dalam urusan pentadbiran negeri.74

Pada zaman Kesultanan Perak di dapati Sayyid Hussain al-Faridz, seorang ulama berasal dari Hadramaut

dilantik menjadi seorang pembesar negeri oleh Sultan Mahmud Iskandar (1653-1720). Beliau mendapat

gelaran “Orang Kaya Menteri Paduka Tuan" dan menjadi guru agama kepada Sultan Mahmud Iskandar

Syah. Beliau dilantik sebagai salah seorang daripada Orang-orang Besar Empat yang bertanggungjawab

mentadbirkan urusan agama di Perak.

Sultan Iskandar Zulqarnain (1756-1780) dari kesultanan Perak merupakan seorang raja yang menunjukkan

kecenderungan besar untuk menjalankan dasar pemerintahan Islam. Baginda telah melantik Faqih Yusuf

seorang ulama dari Aceh untuk mengendalikan pelaksanaan syariah di kawasan tempat baginda

memerintah di Pulau Indera Sakti. Baginda telah menggalakkan pembinaan masjid dan memberikan

penghormatan kepada para ulama. Baginda telah meluangkan masa untuk menerima pengaduan rakyat

sebanyak tiga kali sehari di beranda istana yang dipanggil “Balai Lepau" iaitu selepas sembahyang Subuh,

pada waktu tengahari dan selepas sembahyang zohor.75

Kesultanan Kelantan

Dalam sejarah kesultanan Kelantan, Sultan Muhammad I (1800-1837) dikenal pasti sebagai seorang raja

yang warak dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan seperti mendirikan masjid, surau, madrasah dan

rumah-rumah wakaf sebagai tempat persinggahan dan beramal ibadat. Baginda mendirikan Mahkamah

Balai di istana untuk mendengar sendiri segala pengaduan rakyat jelata. Kecenderungan agama baginda ini

sebenarnya berkaitan dengan perdampingan baginda dengan seorang ulama, Syeikh Abdul Halim al-

Yunani yang menjadi penasihat danjuga saudara angkat baginda.76

Seorang lagi raja iaitu Sultan Muhammad II (1837-1886) yang terkenal dengan sifatnya yang mempunyai

minat mendalam mempelajari agama dan seterusnya menjalankan amalan pemerintahan Islam. Peranan

baginda ini banyak membantu dalam menegakkan pelaksanaan syariah dan seterusnya meletakkan asas

bagi kemunculan Kelantan sebagai sebuah kesultanan dengan ciri-ciri pemerintahan Islam di Alam

Melayu. Baginda telah berusaha memperkemaskan usaha menerapkan syariah dalam amalan

pemerintahan. Negeri Kelantan telah dibahagikan kepada 100 buah mukim. Di setiap satu mukim

didirikan satu surau dan dilantik seorang Imam yang berfungsi sebagai ketua urusan agama dan

pentadbiran mukim. Surau menjadi pusat kegiatan rasmi dan tidak rasmi bagi penduduk kampung. Dua

orang ulama terkenal merupakan penasihat pribadi baginda. Mereka ialah Haji Abdus Samad Haji

Abdullah (Tok Pulai Condong) dan Haji Ya‘akub, anak kepada Syeikh Abdul Halim al-Yunani.77

Kesultanan Terengganu

Dalam sejarah kesultanan Terengganu contoh seorang Raja yang berjiwa Islam ialah Sultan Baginda Umar

(1839-1876). Baginda terkenal sebagai seorang pemerintah yang cekap dalam percaturan diplomasi

menghadapi ancaman kuasa-kuasa Siam dan Inggeris dan rapat dengan golongan ulama. Baginda telah

mendapat kekuatan daripada golongan ulama dalam menghadapi ancaman campur tangan Inggeris dan

Siam. Baginda berdamping rapat dengan tokoh-tokoh ulama terkenal pada zamannya iaitu Sayyid

Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus (Tok ku Tuan Besar) dan Syeikh Abdul Rahim bin Abdul Kadir al-

Fatani (Tok Pulau Duyung). Baginda juga telah bersedia mendengar sendiri pengaduan rakyat jelata di

ruang istananya.78

Sultan Baginda Umar terkenal sebagai seorang raja yang berpegang teguh dengan suruhan agama dan

mempunyai keinginan yang kuat untuk menjalankan dasar-dasar pemerintahan Islam. Baginda telah

Page 11: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

11

bertindak tegas mengenakan hukum hudud ke atas mereka yang bersalah dan baginda sendiri selalunya

bertindak sebagai hakim dalam perbicaraan. Penglibatan pribadi baginda dalam urusan kehakiman ini

telah menjamin keadilan dan memperbaikkan urusan pentadbiran agama.79

Begitu juga Sultan Zainal

Abidin III (1888-1918) yang telah terkenal bukan hanya kerana berpunca daripada kecenderungan besar

untuk menjalankan dasar pemerintahan Islam, bahkan juga berpunca daripada keperibadian baginda yang

dapat menyerlahkan diri seorang raja yang agamawan. Baginda bukan sahaja patuh mengerjakan perintah

agama, malah amat berminat memperluaskan ilmu agama sehingga diakui sebagai seorang raja yang pakar

di bidang agama. Dengan kemempuan inilah, baginda telah merancang penggubalan perlembagaan Islam

yang disebut Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk sebuah perlembagaan Islam terunggul yang pernah

dihasilkan dalam sejarah perundangan Islam di Alam Melayu.80

Sultan Zainal Abidin III adalah seorang

Raja yang terkenal dengan perwatakan pemimpin Islam dan mempunyai hasrat yang besar untuk

melaksanakan syariah Islam dalam pemerintahan. Hasrat baginda menjadi lebih mudah kerana ia

mempunyai dua pembantu yang unggul iaitu Tok ku Paloh, seorang ulama yang berwibawa dan Datuk Sri

Amar Diraja, Ngah Muhammad bin Yusuf, seorang menteri besar yang masyhur dengan perwatakan

keIslamannya.

Dalam sejarah Kesultanan Terengganu, Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus daripada satu

keluarga ulama berpengaruh telah dilantik menjadi Menteri Besar dengan gelaran Engku Sayyid Seri

Perdana dalam tahun 1864 pada zaman Sultan Baginda Umar. Beliau ialah anak kepada Tok ku Tuan

Besar dan saudara kepada Tok ku Paloh, dua ulama terkenal yang telah mencipta sejarah gemilang

masing-masing di Terengganu. Beliau bukan sahaja seorang ulama dan pentadbir yang cekap, bahkan juga

seorang penulis kitab-kitab agama dan seorang sasterawan yang produktif sehingga mendapat gelaran

sebagai “Bapa Kesusasteraan Melayu Terengganu".

Di samping tokoh-tokoh raja ini, ada lagi beberapa orang sultan yang telah membuktikan kewibawaan dan

keunggulan sebagai raja-raja yang berjiwa Islam. Mereka ini terkenal sebagai raja-raja yang memiliki ciri-

ciri kepimpinan Islam, yang taat menunaikan kewajipan agama dan berakhlak sebagai pemimpin Islam

yang selayaknya seperti Sultan Mahmud Badruddin (1803-1821) di Palembang, Sultan Mansur (1891-

1900) di Kelantan, Alauddin Sulaiman Syah (1898-1938), Sultan Hisyamuddin Alam Syah (1938-1960) di

Selangor, Sultan Idris Syah (1887-1961) dan Sultan Iskandar Syah (1918-1938) di Perak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini mendapati raja dan institusi raja telah memainkan peranan yang sangat penting

dalam penyebaran agama Islam dan mempertahankan cara hidup Islam di Alam Melayu Nusantara. Raja-

raja Melayu mempunyai peranan yang sangat besar iaitu sebagai Ketua agama Islam bagi negeri masing-

masing. Fakta sejarah membuktikan apabila raja sesebuah negeri memeluk agama Islam, rakyatnya akan

mengikuti jejak langkah raja tersebut memeluk agama Islam. Raja-raja juga didapati telah menggunakan

peluang memerintah untuk melaksanakan tuntutan yang sepatutnya baginda lakukan mengikut hukum

syarak. Mereka telah membantu mendaulatkan syariah Islam di beberapa buah negeri di Alam Melayu

Nusantara. Raja-raja boleh memerintahkan agar diadakan berbagai-bagai peraturan yang berkaitan dengan

agama. Baginda ada kuasa memerintahkan agar setiap negeri menubuhkan sebuah Majlis Agama Islam

agar menjadi penasihat kepada Baginda terhadap perkara-perkara yang ada kaitannya dengan hukum

hakam agama dan adat istiadat Melayu. Kedudukan politik dan kepimpinan raja menjadi lebih kuat

apabila mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan para pembesar negara dari kalangan ulama. Para

ulama juga telah memberikan peranan yang cukup besar membantu institusi raja menyebar dan

mengamalkan syariah Islam di Alam Melayu Nusantara.

Page 12: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

12

NOTA HUJUNG

1 Grolier International, Grolier Academic Encyclopedia, USA: Grolier International, j. XII, 1983, h. 80.

2 J.S. Badadu, Prof. Dr., dan Sutan Mohammad Zain, Prof., Kamus Umum Bahasa Indonesia, Jakarta:

Pustaka Sinar Harapan, cet. pertama, 1994, h. 1120. 3 Anzagain Sdn. Bhd., Ensiklopedia Malaysiana, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd., j. II, 1995, h. 110.

4 Ibid.

5 Grolier Incorporated, The Encyclopedia Americana (International Edition), Connecticut: Grolier

Incorporated, 1984, h. 453. 6 Grolier International, op. cit., vol. XII, h. 80.

7 Lihat Virginia Matheson, Concepts of State In The Tuhfat al-Nafis. Dalam Anthony Reid and Lance

Castles (eds), Monograf of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, No. 6, Pre-Colonial State Systems in Southeast Asia, Kuala Lumpur: Perchetakan Mas Sdn. Bhd. 1975, h. 20. 8 A.C. Milner, Islam And Malay Kingship. Dalam Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique dan Yasmin Hussain,

Reading On Islam In Southeast Asia, Singapore: Institute Of Southeast Asian Studies, 1985, h. 25. 9 C.C. Brown, Sejarah Melayu of Malay Annals, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1976, h. 185.

10 J.S. Badadu, Prof. Dr., dan Sutan Mohammad Zain, Prof., op. cit., h. 1121.

11 Paul Wheatley menganggap Parameswara, iaitu tokoh kerabat dari Palembang yang telah pun

ditundukkan oleh Majapahit sebagai pembelot terhadap kedaulatan kuasa pusat di Jawa. Percubaan Parameswara yang berani ini telah gagal. Beliau meninggalkan Palembang, dan pergi ke Singapura, dan sekali lagi menjadi pembelot apabila beliau membunuh pemerintah Singapura pula. Lihat Paul Wheatley, Impressions of The Malay Peninsular in Ancient Times, Singapore: Eastern University Press, 1964, h. 28. 12

Zubir Usman, Drs., Melaka: Pusat Perkembangan Islam di Tenggara Asia. Dalam Khoo Kay Kim (ed.), Melaka dan sejarahnya, Melaka: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka, cet. pertama, 1982, h.17. 13

Ibid. 14

M. Junus Djamil, Salsilah Tawarich Radja2 Keradjaan Atjeh, bahan stensil, 1968, h. 8. 15

Wan Hussein Azmi, Islam di Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan (Abad 7-20M). Dalam Khoo Kay Kim dan lain-lain (ed.), Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, cet. pertama, 1980, h.. 145. 16

A. Hasjimi, Dustur Da‘wah Menurut al-Quran, Jakarta: Bulan Bintang, cet. pertama, 1974, h. 376. 17

T.W. Arnold, The Preaching of Islam, London: Luza & Companny, edisi ketiga, 1935, hh. 372-373. 18

S.Q. Fatimi, Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaya Publishing House Ltd, 1963, h. 86. 19

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, op.cit., h. 147. 20

A. Cortesao (ed.), The Suma Oriental of Tome Pires, London, 1944, h. 242. 21

Ibid, h. 251. 22

M.A.P. Meilink-Roelofsz, Trade And Islam In The Malay-Indonesian Archipelago. Dalam D.S. Richards (ed.), Islam And The Trade of Asia, Oxford, 1970, h. 145. 23

C.H. Wake, Malacca’s Early Kings And The Reception of Islam, Journal of South-East Asian History, 1964, h. 5. Lihat juga, R.J. Wilkinson, The Malay Sultanate. Dalam Wilkinson’s Papers On Malays Subjects, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1971. 24

A.C. Milner, op. cit., h. 26. 25

Keramat ialah istilah yang berasal dari bahasa Arab karama yakrumu karamatan, yang bermaksud suatu pemberian yang luar biasa kepada seseorang Islam yang baik. 26

A.H. Hill (ed.), “Hikayat Raja-raja Pasai”. A revised romanised version of Raffles MS 67, together with an English translation. Dalam Journal of The Malayan Branch of The Royal Asiatic Society (selepas ini disebut JMBRAS), Singapore: Malaya Publishing House Limited, vol. XXXIII, 1960, h. 74. 27

R.A. Nicholson, Studies In Islamic Mysticism, Cambridge, 1921, h. 78. 28

A. Schimmel, Mystical Dimensions of Islam, Chapel Hill, 1975, h. 211.

Page 13: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

13

29

W.G Shellabear (ed.), Sejarah Melayu (Edisi Jawi), Singapura: Malay Publishing, House Limited, 1896, h. 317. 30

Lihat juga Sejarah Melayu/The Malay Annals, MS. Raffles No. 18, disusun oleh Cheah Boon Kheng, terjemahan oleh Abdul Rahman Haji Ismail, The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, t.tp., 1998, h. 267. 31

A.C. Milner, op. cit., h. 30. 32

Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hassan, Islam, Kepimpinan dan nilai-nilai hidup dalam masyarakat Melayu Tradisional. Dalam Khoo Kay Kim dan lain-lain (ed.), Tamadun Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, cet. pertama, 1980, h.89. 33

Kassim Ahmad (editor), Kisah Pelayaran Abdullah, Kuala Lumpur: Oxford University Press, h. 85. 34

Ibid., h. 103. 35

Al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi, op. cit., h. 212. 36

Mohammad Yusoff Hashim, Daulat Dalam Tradisi Budaya dan Politik Kesultanan Melayu Abad ke 15 dan Awal Abad ke 16: Antara Mitos dan Realiti. Dalam Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, No. 3/1994-1995, Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, 1995, h. 215. 37

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, op. cit., hh. 140-141. 38

J.M. Gullick, Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, h. 72. 39

PH. S. Van Ronkel (ed.), Adat Radja Radja Melajoe, Leiden: N.V. Boekhandel En Drukkerij Voorheen E. J. Brill, 1929, h. 80. 40

Lihat R.O. Winsted, Kingship And Enthronement In Malaya, JMBRAS, Singapore: Malay Publishing House Limited, vol. XX, part I, 1947, hh. 45-56. 41

Lihat Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, op. cit., h. 280. 42

W.G Shellabear (ed.), op. cit., h. 221. 43

Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka (The Laws Of Melaka), Netherlands: The Hague - Martinus Nijhoff, 1976, h. 70. 44

Ibid., h. 68-69. Fasal 4. 45

J.M. Gullick, Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, op. cit., h. 73. 46

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, op. cit., 153-154 . 47

Ibid. 48

Dari segi bahasa tulah bererti kemalangan, fizikal mahupun rohaniah atau mental yang menimpa seseorang akibat dipercayai kesalahannya kepada orang-orang tua, raja atau tempat-tempat keramat. Kedua-dua Sejarah Melayu Versi tahun 1612 dan tahun 1536 menerangkan tentang suatu peristiwa apabila Maharaja China dihinggapi penyakit kedal seluruh tubuhnya, lantaran baginda menerima sembah Sultan Mansur Syah dari Melaka. Cuma apabila tabib menyuruh supaya Maharaja China itu meminum dan mandi air basuh kaki Sultan Mansur Syah, barulah penyakit tadi sembuh. Raja China disebut tertimpa tulah raja Melaka. 49

Hashim Ismail, Bustan Al-Salatin: Persoalan Kedaulatan Raja. Dalam Seminar Warisan Persuratan Johor II 1997, Johor Bahru: Kerajaan Negeri Johor, 1997, h. 4. 50

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, op. cit., h. 279. 51

Lihat Dr. Syed Nuguid al-Attas, Preliminary Statement on General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesians Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969. Lihat juga, Syed Muhammad Naguib al-Attas, Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972. 52

Abu Hassan bin Mohd. Sham, Undang-undang Melayu Lama, op. cit., h. 147. 53

Microfiche 15 (LUB D393/1 K1.45), Risalat Hukum Kanun Melaka, Kuala Lumpur: Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Risalat ini ditulis dengan menggunakan tulisan jawi. 54

Ibid., h. 2. 55

PH. S. Van Ronkel (ed.), Risalat Hoekoem Kanoen Jaitoe Oendang-oendang Melaka, Leiden: Boekhandel En Drukkerij Voorheen E. J. Brill, 1919. 56

Ibid., h. 3.

Page 14: INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM DI ... · Majapahit. Oleh itu unsur Islam dan unsur-unsur Sriwijaya telah berkembang serentak dalam institusi raja di Melaka.13

14

57

Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka (The Laws Of Melaka), Netherlands: The Hague - Martinus Nijhoff, 1976. 58

Lihat Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka (The Laws Of Melaka), op. cit., h. 64. 59

W.G. Shellabear (ed.), op. cit., h. 224. 60

Sa‘ad Shukri Haji Muda, Detik-detik Sejarah Kelantan, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1971, h. 28. 61

Wan Hussein Azmi, op. cit., h.144. 62

W.W. Shaw dan Mohd. Kassim Haji Ali, Malacca Coins, Kuala Lumpur, 1970, h. 2-4. 63

W.W. Shaw dan Mohd. Kassim Haji Ali, Coin of North Malaya, Kuala Lumpur, 1971, h. 12. 64

W.G. Shellabear (ed.), op. cit., h. 202. 65

Auni Haji Abdullah (2005), Tradisi Pemerintahan Islam & Kolonialisme Dalam Sejarah Alam Melayu, Kuala Lumpur: Darulfikir, h. 1. 66

Ibn Batutah bercerita bahwa Sultan Malik al-Zahir di negeri Samatrah menyambutnya dengan penuh keramahan. Menurut Ibn Batutah, penduduk Samatrah (Samudera) menganut mazhab Syafi`i. 67

Ismail Yakub (1972), Sejarah Islam Indonesia, Jakarta: Penerbit Widjaya, h. 24. 68

http://pgssajkm.blogspot.com/2008/05/sejarah-perjuangan-pattani.html. Dipetik pada 2 Mei 2012. 69

Mohd Zamberi A. Malik (1993), Umat Islam Patani: Sejarah Dan Politik, Shah Alam: Hizbi, h. 40. 70

Zakaria Ahmad (1972), Sekitar Kerajaan Atjeh, Medan: Penerbit Menora, h. 93. 71

Ibid., hh. 116-117. 72

A Hasjmy (1977), 59 Tahun Aceh Merdeka di Bawah Pemerintahan Ratu, Jakarta: Bulan Bintang, hh. 110, 189 dan 213. 73

Majul C.A. (1973), Muslims in the Philippines, Manila: University of Philippine Press, hh. 202-203. 74

Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Rashid (1968), Al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hh. 96-103. 75

Andaya, B.W. (1979), Perak The Abode of Grace, Kuala Lumpur: Oxford University Press, h. 188. 76

Alwi Haji Hassan (1996), The Administration of Islamic Law in Kelantan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.3. 77

Ismail Che’ Daud (1988), Tokoh-tokoh Ulama di Semenanjung, Kelantan: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, h. 48. 78

Wan Husin Wan Embong (1991), Peranan dan Pengaruh Tok Ku Tuan Besar, dalam Muhammad Abu Bakar (ed.), Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Kuala Lumpur: Utusan Publications, h. 135. 79

Alwi Haji Hassan (1996), op. cit., h. 7. 80

Muhammad Yusuf Hashim (1991), Terengganu Darul Iman, Tradisi Persejarahan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 100.